Download - KLASIFIKASI KAJIAN FABRIKsauqaymohamad
KAJIAN FABRIK
Oleh : AHMAD AS SAUQAY BIN MOHAMAD
HASIL PEMBELAJARAN
• Menyatakan klasifikasi fabrik mengikut gentian
• Mengenal pasti sumber gentian asli dan sumber gentian buatan
• Menyatakan contoh bagi setiap sumber gentian asli dan gentian buatan
KAJIAN FABRIK
• Kajian fabrik meliputi klasifikasi gentian, kegunaan dan cirinya.
• Pengetahuan tentang fabrik dapat membantu kita untuk memilih fabrik yang sesuai untuk pakaian dan kelengkapan rumah tangga.
KLASIFIKASI FABRIK
Gentian AsliGentian Asli Gentian BuatanGentian Buatan
Selulosa Terjana Selulosa Terjana SemulaSemula
Gentian HaiwanGentian HaiwanGentian TumbuhanGentian Tumbuhan SintetikSintetik
GENTIAN ASLI
• Sejak zaman purba, manusia telah
menggunakan pelbagai sumber semula jadi
untuk melindungi tubuh badan.
• Kulit haiwan dan sumber tumbuhan seperti daun
dan kulit pokok merupakan pilihan utama
mereka.
• Perubahan masa dan pengetahuan sains dan
teknologi kini berupaya menghasilkan pelbagai
fabrik yang bermutu.
GENTIAN ASLI
Gentian asli boleh diklasifikasikan kepada :
(a) Gentian tumbuhan
(b) Gentian haiwan
GENTIAN TUMBUHAN
Gentian KapasGentian Kapas
Dihasilkan dari buah kapasDihasilkan dari buah kapas
GENTIAN HAIWAN
• Gentian Sutera
- dihasilkan oleh lelehan ulat sutera
GENTIAN BUATAN
• Perkembangan teknologi yang pesat telah
merealisasikan penghasilan pelbagai fabrik daripada
bahan kimia.
• Tindak balas bahan kimia dengan bahan mentah akan
menghasilkan fabrik yang dikategorikan sebagai
gentian buatan.
• Bahan mentah yang lazim digunakan termasuklah
selulosa, petroleum dan arang batu.
GENTIAN SINTETIK
• Gentian sintetik ialah hasil daripada campuran arang batu
atau petroleum dengan bahan kimia.
• Secara amnya bahan kimia yang digunakan terdiri
daripada satu asid dan satu bes untuk membentuk
polimer dan seterusnya menghasilkan cecair pekat.
• Cecair ini dimasukkan melalui spineret untuk
menghasilkan yarn melalui proses pemintalan cair.
GENTIAN SINTETIK
Gentian sintetik terdiri daripada :
a)poliamida atau nilon,
b)poliester
c)akrilik
POLIAMIDA
• Poliamida atau nilon dihasilkan melalui pemintalan cair.
• Bahan asas yang terlibat ialah arang batu, udara dan
air.
• Gentian ini boleh dipintal daripada yang paling halus
hingga yang paling tebal mengikut kegunaannya.
• Gentian yang halus sesuai dibuat payung, baju hujan,
dan sebagainya.
POLIESTER
• Poliester dihasilkan melalui pemintalan cair
campuran bahan kimia terbitan petroleum, asid
terftalik, dan gliko etilena.
• Gentian ini sesuai untuk membuat fabrik bertenun
dan fabrik berkait kerana keteguhan dan tidak
mudah renyuk.
AKRILIK
• Akrilik dihasilkan daripada campuran petrokimia
akriolonitril dengan ammonia dan air melalui proses
pemintalan kering.
• Akrilik sesuai digunakan untuk membuat pakaian
seperti jersi, kardigan, stoking, dan kelengkapan
rumah tangga seperti langsir dan permaidani
GENTIAN SELULOSA TERJANA SEMULA
• Gentian selulosa terjana semula merupakan hasil
campuran sebatian bahan kimia dengan selulosa
daripada kayu atau serpihan kapas.
• Antara gentian yang dihasilkan termasuklah
a) Viskos
b) asetat
c) triasetat.
VISKOS
• Viskos dihasilkan daripada campuran kayu atau
biji kapas dengan soda kaustik dan karbon
sulfida melalui proses pemintalan basah.
• Viskos murah dan popular digunakan untuk
membuat pakaian dan kain kelengkapan rumah
tangga seperti cadar dan sarung bantal.
ASETAT
• Asetat dihasilkan melalui proses pemintalan
kering serpihan kayu pulpa, asid asetik,
anhidrida, dan aseton.
• Fabrik asetat sesuai dijadikan pakaian seperti
kemeja, tali leher, pakaian formal, blaus, langsir
dan sebagainya.
TRIASETAT
• Gentian triasetat juga dihasilkan melalui pemintalan kering.
• Gentian ini dihasilkan daripada campuran selulosa asetik
anhidrida dengan metilena klorida.
• Kaedah penghasilannya sama seperti gentian asetat tetapi
keadaan pengeluaran dan jenis pelarut yang digunakan
telah diubahsuai.
• Fabrik triasetat sesuai dijadikan pakaian sukan dan skirt.
SEKIAN,TERIMA KASIH