Download - KKP ANATOMI
1.0 PENGENALAN
Tubuh badan yang sihat berupaya untuk melakukan pelbagai aksi
pergerakan seperti melompat, berlari, berjalan dan sebagainya. Pergerakan
ini berlaku hasil daripada gabungan sistem rangka dan otot. Kajian
menunjukkan bahan reka bentuk struktur sendi dan sokongan yang tegar
menyebabkan pergerakan dapat dilakukan dengan sempurna.
Semua pergerakan badan kita dihasilkan oleh penguncupan
otot.Penguncupan otot rangka membolehkan kita berjalan, berenang dan
mengangkat barang.Otot rangka juga membolehkan kita berupaya bertindak
denagan pantas mengikut perubahan yang berlaku di sekeliling.Otot rangka
juga membolehkan kita melakukan berbagai-bagai ekspresi muka seperti
tersenyum dan bermasam muka. Semasa melakukan pergerakan, otot-otot
rangka juga menstabilkan sendi-sendi terutama pada pergerakan yang
melibatkan banyak sendi. Sebagai contoh, perlakuan dalam sukan memanah
Rangka tubuh dapat digerakkan kerana saling bersambungan di antara
satu sama lain. Penghubung antara tulang yang memungkinkan pergerakan
tersebut adalah sendi. Jenis-jenis sendi dibahagikan berdasarkan fungsi dan
struktur. Dari segi fungsi, sendi terbahagi kepada tiga jenis iaitu sendi tidak
boleh bergerak (sinatrosis), sendi bergerak sedikit (amfiartrosis) dan sendi
bergerak bebas (diartosis). Struktur sendi dipengaruhi oleh hubungan pada
titik pertemuan pergerakan. Semakin rapat hubungan pada titik pertemuan
semkian kuat sendi itu, walaupun pergerakan sendi tersebut agak terbatas.
Sistem-sistem yang berfungsi dengan baik dapat memantapkan tahap
kesihatan seseorang individu tersebut. Oleh demikian, amat penting bagi kita
untuk mengenali struktur tubuh dan sistem fisiologi agar kita dapat memahami
fungsi dan kegunaannya dalam penjagaan kesihatan diri serta untuk
diaplikasikan dalam kegiatan sukan yang kita lakukan.
1
LOMPAT TINGGI (GAYA FOSBURY)
Terdapat emapat fasa utama dalam kemahiran lompatan acara lompat tinggi,
iaitu fasa larian, fasa lonjakan, fasa layangan dan fasa pendaratan. Fasa
yang menjadi fokus tugasan saya ialah fasa lonjakan. Dalam acara lompat
tinggi, atlet bebas melakukan lompatan dengan gaya sendiri. Bagi gaya
Fosbury ini terdapat empat fasa yang perlu dilakukan :
1) Fasa penujuan (Approach)
2) Fasa lonjakan (Take – off)
3) Fasa layangan (Bar Clearance)
4) Fasa pendaratan (Landing)
1. Fasa Penujuan
1. Penujuan atau larian landas merangkumi larian lurus dan larian
lengkung.
2. Dalam larian lurus lebih kurang 3 hingga 6 langkah diambil.
3. Semasa larian lurus, belakang badan di tinggikan.
4. Tambahkan kelajuan larian dengan langkah yang lebih besar dan
kuasa yang tinggi.
5. Condongkan badan ke dalam semasa larian lengkung. Bahu yang di
dalam lengkung lebih rendah daripada bahu yang di luar lengkung.
2
2. Fasa Lonjakan
1. Langkah yang terakhir hendaklah lebih pendek. Kaki yang melonjak
mesti mendarat cepat aksi “ acceleration”.
2. Tumit arah ke kawasan mendarat. Kaki tidak sepatutnya selari dengan
hadapan kawasan mendarat.
3. Kaki yang tidak diguna untuk melonjak dinaikkan cepat ke kedudukan
horizontal dan mengekalkan kedudukan begitu.
4. Tangan dihayun ke atas ketinggian kepala dan kekalkan kedudukan.
3. Fasa Layangan
1. Selepas melonjak, teruskan dengan kaki yang bukan kaki lonjak dalam
kedudukan horizontal.
2. Gerakkan tangan kiri sebagai pendahulu melepasi palang.
3. Angkat pinggul semasa melepasi palang.
3
4. Apabila pinggul sudah melepasi palang, dengan cepat kepala
mendekati dada.
4. Fasa Pendaratan
1. Mendarat dengan keseluruhan bahagian belakang badan.
2. Jarakkan lutut semasa mendarat.
4
2.0 OBJEKTIF TUGASAN
Antara objektif tugasan yang telah kami kenal pasti bagi menghasilkan
tugasan ini ialah :
a) Mengenalpasti pelbagai organ sistem bergerak pada tubuh badan
manusia.
b) Mengidentifikasikan gerak dan kerja otot pada manusia.
c) Menyatakan sendi-sendi pada manusia dan satah pergerakannya.
d) Memahami fungsi-fungsi otot utama dalam tubuh badan, bahagian-
bahagian sendi dan tulang utama anggota yang terlibat dalam fasa
lonjakan acara lompat tinggi.
5
3.0 PENERANGAN DISOKONG GAMBARAJAH / LUKISAN
TEKNIK DAN ASPEK LOMPATAN
Teknik dan aspek ini penting bagi atlit lompat tinggi dalam menghasilkan sebuah
lompatan yang sempurna dan mengurangkan risiko kecederaan.
1. Kelajuan Larian
Kelajuan larian yang sesuai penting untuk menghasilkan daya
lompatan yang kuat dan mungkin juga tinggi. Pendapat ini salah
kerana tanpa larian deras yang sesuai, tidak mungkin seseorang itu
dapat melompat tinggi.
Biasanya, larian yang mengandungi antara 10- 12 langkah atau
jarak 15 meter diambil oleh pelompat. Manakala untuk ketepatan yang
tinggi, check-mark dilakukan sebelum membuat lompatan. Check-
mark ini dibuat untuk memudahkan serta memberikan ketepatan
antara larian mula dengan tempat melonjak.
2. Pelepasan Lompatan
Kesesuaian dalam kelajuan larian dan daya konsentrasi. Yang tinggi
akan dapat membantu menghasilkan pelepasan yang baik.
Kajian yang pernah dibuat oleh beberapa pakar sukan Amerika
Ssyarikat menunjukkan bahawa dalam jangka masa pelepasan ini,
sebanyak 12% daripada momentum mendatar telah dikurangkan
sebelum lompatan dibuat. Ia dikenali sebagai sudut hentian.
6
Melalui pemerhatian corak dan teknik lompatan yang dibuat oleh
jaguh-jaguh terkemuka peringkat antarabangsa, teknik seperti berikut
disarankan :
a. Perlu ada konsentrasi yang tinggi daripada pelompat pada
tahap pelepasan lompatan.
b. Teknik ini dilakukan dengan mengayunkan kedua-dua belah
tangan dari atas ke bawah dan kilaskan kaki bebas
melintang badan.
c. Bahu dan dada membantu dalam membuat pelepasan, iaitu
dengan kedua-duanya diangkat ke atas.
3. Semasa di Udara
Selepas pelepasan lompatan dibuat, momentum menegak mula
mengambil tempat pada diri pelompat
Daya pergerakan menegak ini bagaimanapun telah dikurangkan
akibat daripada sudut hentian yang berlaku pada awal
pelepasan.
Pergerakan menegak ini juga akan dikurangkan iaitu daya
graviti di mana adalah pada badan pelompat.
Walaupun wujud rintangan, tetapi ia adalah kecil berbanding
pusat graviti yang ada pada badan seseorang pelompat.
7
4. Semasa Mendarat
Aspek pendaratan penting untuk memastikan palang tidak jatuh dan
keselamatan terjamin.
Teknik pendaratan yang baik dapat mengimbangkan
pergerakan ke hadapan dengan pendaratan yang dilakukan. Ini
seterusnya dapat membantu pendaratan yang baik lagi stabil. Teknik
yang baik dilakukan dengan melentikkan badan dan mendarat dengan
belakang badan.
OTOT, SENDI DAN TULANG UTAMA YANG TERLIBAT
Dalam fasa lonjakan, atlet tersebut dikehendaki:
1. Ayun kedua-dua belah tangan ke belakang.
2. Angkat kaki pada kedudukan paha selari dengan permukaan
gelangggang.
3. Kaki lonjakan menolak badan ke atas.
4. Tangan dihulur ke atas untuk membantu pergerakan badan melepasi
palang.
Kekuatan otot kaki dan daya lonjakan yang tinggi membantu atlet melepasi
palang pada ketinggian maksimum.
Rajah 1 : Gambarajah Fasa Lonjakan Gaya Fosbury
8
BAHAGIAN 1 : OTOT-OTOT UTAMA
Otot-otot Utama yang
Terlibat
Lokasi Fungsi
Kuadriseps Hadapan paha Otot ini melunjurkan sendi
lutut setelah lutut
dibengkokkan
Harmstring Belakang paha Otot ini melunjurkan sendi
lutut serta melunjurkan
sendi paha
Soleus dan
Gastroknemius
Belakang batang
kaki
Otot ini membengkokkan
sendi lutut dan
membengkokkan tapak kaki
ke bawah
Gambarajah:
Gambarajah 2 : Otot-otot Utama
9
Gambarajah 3 : Hamstring
10
BAHAGIAN 2: BAHAGIAN-BAHAGIAN SENDI
Bahagian-bahagian
yang Terlibat
Fungsi Jenis Pergerakan Satah
Pergerakan
Sendi Engsel Sendi lutut
Melipat atau
fleksi : otot
hamstring di
belakang paha
dengan bantuan
otot betis
Melunjur atau
ekstensi : Otot
kuadrisep di
hadapan paha
Bersudut:
Ekstensi
Fleksi
Coronal
Sendi Lesung Sendi paha
Melipat paha ke
badan
Melurus paha
ke bawah
Merenggang
atau abduksi
dan kisaran
Bersudut:
Ekstensi
Fleksi
Coronal
Sendi Pelana Sendi pergelangan
kaki
Bengkok kaki ke
hala atas
Bengkok kaki ke
hala tapak kaki
Khusus:
Dorsi-fleksi
Plantar-
fleksi
Tranverse
11
GAMBARAJAH
Gambarajah 5 : Sendi Engsel (sendi lutut)
Gambarajah 6 : Sendi Lesung (sendi paha)
12
Gambarajah 7 : Sendi Pelana
Gambarajah 8 : Dorsi-fleksi dan Plantar-fleksi
13
GAMBARAJAH 7 : SENDI PELANA
GAMBARAJAH 8 : DORSI-FLEKSI DAN PLANTAR-FLEKSI
14
GAMBARAJAH 9 : SATAH-SATAH BADAN
BAHAGIAN 3: TULANG-TULANG UTAMA
15
Nama Tulang-tulang
yang Terlibat
Huraian
Femur Femur merupakan tulang terpanjang,
terberat dan terkuat
Di hujung proksimalnya terdapat kepala
yang bersendi dengan lesung astabulum,
tronkanter besar dan tronkanter kecil.
Di hujung distalnya terdapat dua kondil, dua
epikondil dan lekuk antara kondi. Hujung
distalnya bersendi dengan tarus.
Patella Patella ialah sejenis tulang sesamoid yang
leper dan berbentuk segitiga.
Permukaan depannya kasar dan
belakangnya licin.
Permukaan belakangnya bergelangsar di
atas tulang paha apabila sendi bergerak.
Tibia Tibia dan fibula adalah dua tulang kaki
bahagian bawah anggota badan, kedua-
duanya merupakan tulang panjang.
Tibia terletak di bahgian sisi dalam
manakala fibula di sisi luar. Tibia dan fibula
membentuk batang kaki.
Di hujung proksimal tibia terdapat dua kondil
yang bersendi lutut. Tuberositinya adalah
untuk perlekatan otot-otot.
Di hujung proksimal tibia terdapat kepala
Fibula
16
kecil tidak bersendi yang berlekat dengan
femur.
Hujung distal tibia dan fibula bersendi
dengan tulang-tulang pergelangan kaki
disebut karpus.
Karpus, Metakarpus dan
Falanks
Setiap pergelangan kaki mengandungi:
8 karpus
5 metakarpus
14 falanks
Ia membantu dalam membuat lonjakan oleh
pelompat.
FUNGSI TULANG-TULANG
1. Tulang berfungsi dengan memberi bentuk dan mengekalkan
bentuk badan
2. Tulang berfungsi sebagai penyokong berat badan. Disamping itu,
tulang membentuk kerangka tegar bagi perlekatan tisu-tisu lembut dan
organ-organ tubuh.
3. Tulang berfungsi untuk elindungi dan menyokong organ-organ badan.
Ia membentuk rangka tubuh bagi melindungi dan menyokong tisu-tisu
lembut dan organ-organ tubuh.
4. Tulang berfungsi sebagai tuas untuk pergerakan. Apabila otot yang
melekat pada tulang berkontraksi, tulang-tulang akan bertindak
sebagai tuas bagi menghasilkan pergerakan yang berpaksi pada sendi.
5. Tulang menjadi tempat perlekatan otot. Oleh itu, ia akan menghasilkan
rangka kerja yang dapat menghasilkan pergerakan.
GAMBARAJAH
17
GAMBARAJAH 10 : SISTEM RANGKA MANUSIA
18
GAMBARAJAH 12 : FEMUR
GAMBARAJAH 13 : PATELLA, TIBIA DAN FIBULA
19
GAMBARAJAH 14 : PATELLA
GAMBARAJAH 15 : FIBULA DAN TIBIA
20
GAMBARAJAH 16 : KARPUS, METAKARPUS DAN FALANKS
21
SATAH PERGERAKAN
Satah anatomi digunakan untuk menerangkan dan menganalisis pergerakan.
Satah-satah anatomi yang terlibat dalam pergerakan adalah seperti:
1.Satah Sagital
Membahagikan tubuh badan secara vertical iaitu bahagian kanan dan kiri di
mana setiap bahagian mempunyai jisim/berat yang sama.
.
2.Satah Frontal
Membahagikan tubuh secara vertical daripada bahagian depan dan belakang
tubuh badan
3.Satah Tranvers
Membahagikan tubuh badan melalui bahagian bawah dan atas secara
horizontal dengan sama berat.
22
SATAH TRANVERSE / TRANVERSE PLANE
Satah tranverse merupakan satah di bahagian kaki. Ketika
melakukan lompatan dalam acara lompat tinggi, Pemain menggunakan satah
sagital untuk menggerakkan kaki ketika membuat lompatan tinggi ke udara.
Satah tranverse ialah satah yang merentasi dari depan ke belakang badan.
Satah ini membahagikan badan kepada dua bahagian iaitu bahagian kanan
dan bahagian kiri. Contoh pergerakan pada satah sagital ialah fleksi,
hiperflrksi, ekstensi, dan hiperekstensi.
Rajah 25 : Gambar di bawah menunjukkan pergerakan – pergerakan kaki
yang dapat dihasilkan menggunakan satah tranverse
Rajah 17 : Pergerakan satah tranverse
23
MEKANISME PERGERAKAN SEMASA MEMBUAT LOMPATAN
OTOT-OTOT DAN TULANG YANG TERLIBAT
Dalam melakukan lompatan yang baik, otot kuadriseps adalah amat
berguna untuk membuat lompatan yang tinggi. Otot ini dapat berfungsi
sebagai alat untuk memudahkan pelunjuran sendi lutut setelah lutut
dibengkokkan. Otot hamstring pula berfungsi untuk melunjurkan sendi lutut
serta melunjurkan sendi paha. Jadi pergerakan yang terhasil akan
menyebabkan badan mudah melayang semasa lompatan. Otot soleus dan
gastroknemius pula akan membantu membengkokkan sendi lutut dan juga
membengkokkan tapak kaki ke bawah untuk menghasilkan fleksi ekstensi
semasa pergerakan lompatan.
Bukan itu sahaja, sendi lutut berfungsi untuk melipat otot hamstring di
belakang peha dengan bantuan otot betis. Jadi, ianya akan membolehkan
sendi ini membantu dalam membentuk lonjakan yang tinggi dalam lompat
tinggi. Sendi paha pula berfungsi untuk melipat paha ke badan, melurus paha
ke bawah dan meregang atau abduksi serta kisaran. Sendi paha ini amat
berguna semasa membuat larian landas serta ketika berada di dalam fasa
layangan dalam acara lompat tinggi.
Tulang-tulang yang terlibat pula berfungsi untuk menyokong tubuh
badan individu semasa membuat lompatan. Selain itu, tulang tibia dan fibula
merupakan tulang yang utama dalam menghasilkan lompatan yang baik dan
sempurna. Kedua-dua tulang ini turut bersambung dengan tulang karpus iaitu
tulang di bahagian pergelangan kaki. Jadi, secara langsung, tulang ini amat
penting dalam memastikan pergerakan atau lompatan berlaku dengan
sempurna. Di samping itu juga, Apabila otot yang melekat pada tulang
berkontraksi, tulang-tulang akan bertindak sebagai tuas bagi menghasilkan
pergerakan yang berpaksi pada sendi.
24
PRINSIP ASAS SAINS YANG TERLIBAT (MOMENTUM)
Individu akan berlari atau bergerak untuk mendapatkan impak. Prinsip
asas sains ini diperlukan untuk mendapatkan kuasa bagi menghasilkan impak
atau kesan yang diperlukan oleh individu bagi mendapatkan tenaga atau
kuasa bagi melakukan lompatan dengan baik. Momentum akan memberi
kesan maksima yang diperlukan oleh individu bagi menjana sesuatu
pergerakkan yang boleh menghasilkan lompatan yang sempurna. Untuk
mendapatkan momentum ini, individu mestilah melompat untuk menghasilkan
tenaga keupayaan yang tinggi dan apabila dia beransur untuk jatuh, tenaga
kinetik yang tinggi pula akan diperolehinya. Oleh itu, individu akan mendapat
sepenuhnya momentum bagi melakukan jaringan.
Hukum Newton yang pertama dan Hukum Newton yang ketiga juga
turut serta terlibat. Hal ini kerana, daya yang digunakan adalah berkadaran
dengan momentum yang dihasilkan. Manakala Hukum Newton yang kedua
iaitu pembabitan graviti juga terlibat semasa individu ingin menghasilkan
tenaga keupayaan dan tenaga kinetik iaitu individu perlu melompat. Semasa
melompat hukum tuas kelas pertama juga telah diaplikasikan iaitu semasa
individu membengkokkan lutut untuk melompat, lutut telah bertindak sebagai
fulkrum manakala kaki terlibat sebagai daya dan berat badan bertindak
sebagai beban.
25
KESAN-KESAN FIZIOLOGI LATIHAN TERHADAP TUBUH BADAN
MANUSIA
Bagi mencapai tahap kecergasan yang optima untuk seseorang
individu, dia seharusnya perlu mengetahui dan merancang latihan secara
saintifik dan bersistematik. Latihan itu perlu dijalankan mengikut prinsip-
prinsip latihan serta disiplin yang tinggi untuk mencapai hasil yang sempurna
dan berkseasn. Oley yang demikian, adalah penting seseorang itu
mengetahui dan mendalami kaedah-kaedah dan jenis-jenis latihan yang
sesuai. Di antara kesan-kesan fisiologi:
i. Meningkatkan kekuatan otot
Latihan seperti latihan beban yang dijalankan memberikan kesan
kepada tubuh badan individu tersebut. latihan beban ini dapat
meningkatkan kekuatan otot individu. Melalui latihan seperti ‘leg press’
dan ‘heel raise’, individu dapat melatih otot-otot di bahagian kaki
seperti otot kuadriseps dan gastrocnemius untuk menjadi lebih kuat
lagi. Hal ini dapat meningkatkan keupayaan individu untuk berlari lebih
pantas dan melonjak dengan lebih tinggi lagi.
ii. Meningkatkan dayatahan otot
Selain daripada itu, latihan beban juga dapat meningkatkan daya tahan
otot. Selepas menjalani latihan beban, otot akan menjadi lebih tahan
dan tidak mudah lesu. Dalam hal ini, terdapat latihan pliometrik yang
dapat meningkatkan daya tahan otot yang terlibat dalam latihan seperti
otot gastrocnemius, hamstring dan juga kuadriseps. Melalui latihan ini,
otot akan menjadi lebih kuat dan tahan. Otot-otot yang terlibat tidak
akan mudah lesu apabila melakukan lompatan.
26
iii. Meningkatkan tahap kelembutan dan kepantasan
Latihan beban ini juga dapat meningkatkan tahap kelembutan dan
kepantasan individu tersebut. Hal ini dapat membantu ketika fasa
permulaan iaitu fasa larian sebelum melonjak kerana pada ketika itu
individu mestilah berlari dengan pantas sebelum melonjak. Selain itu,
dalam latihan pliometrik, individu dilatih dengan latihan ‘lunge jump’
dan juga ‘death drop jump’. Otot di bahagian kaki terlibat secara
langsung. Latihan melompat yang dilakukan ini dapat meningkatkan
kelajuan individu apabila berlari terutamanya semasa fasa permulaan
lompat jauh iaitu fasa larian. Kekuatan otot gastrocnemius dan juga
hamstring serta kuadriseps juga akan lebih baik lagi.
iv. Meningkatkan kuasa eksplosif
Semasa fasa lonjakan, kuasa eksplosif diperlukan agar individu dapat
melonjak dengan lebih tinggi. Otot di bahagian kaki dan paha yang
sudah dilatih melalui latihan ‘leg press’ dan ‘heel praise’ akan dapat
melonjak dengan lebih baik. Oleh yang demikian, satu lompatan yang
tinggi akan dapat dihasilkan serta dapat mencapai tahap yang
diinginkan.
27
BIBLIOGRAFI
BUKU:
Masood bin Abdul Rashid. 2003. Anatomi dan Fisiologi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Aziz Mohammed.1993. Badminton. Petaling Jaya : Amiza Publishing Sdn Bhd
Abdul Hamid bin Abd Rashid. 2000. Anatomi Umum. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Wan Patanah bin Wan Yussof. 2003.Badan Manusia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Gan Wan Yeat. 2003.Sukses Biologi SPM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd
Gerard J. Tortora.1995. Principle of Human Body (7th edition). New York : Harper Collins College Publishers
INTERNET :
Human Anatomy Online. Muscular System (Front View). Dilayari pada tarikh 2 Januari 2008, daripada http://www.innerbody.com/image/musfov.html
BrianMac Sports Coach. (02.02.08). Movement Analysis. Dilayari pada tarikh 16 Februari 2008, daripada http://www.brianmac.co.uk/musrom.htm
Family Shockwave. (21.12.01). The Joints. Dilayari pada tarikh 16 Februari 2008, daripada http://www.shockfamily.net
Oasis Technology. (2006). Saggital Plane. Dilayari pada tarikh 16 Februari 2008, daripada http://www.asicsamerica.com/asicstech/saggital_plane.htm
Muscles in Badminton. Dilayari pada tarikh 21 Februari 2008, daripada http://www.highwire.org.uk/showcase/sc_05_06/hf_pe1/badminton/ba_delt2.html
Web Shops. The Human Skeletal System. Dilayari pada tarikh 21 Februari 2008, daripada http://www.anatomy-resources.com/human-anatomy/sh210.htm
4 Functions of Bones. Dilayari pada tarikh 21 Februari 2008, daripada http://sciencefun4all.net/Life_Sci/06Skel_MuscSys/JournalTopics/FunctionBones.html#top
28
REFLEKSI
Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, terdapat banyak hasil
pembelajaran yang telah saya perolehi. Walaupun pada mulanya kursus
Anatomi dan Fisiologi ini agak sukar untuk difahami bagi saya. Namun,
setelah menyiapkan tugasan ini dan mendengar pembentangan serta
penerangan semasa kuliah yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah, saya
mendapati tugasan ini tidaklah begitu sukar. Saya ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya Encik Rashid Bin Mohamad
yang sentiasa membimbing saya apabila saya menghadapi masalah
berkenaan dengan isi kandungan kursus ini.
Setelah mendapat tugasan ini, saya segera mendapatkan maklumat
dan bahan-bahan tugasan dari Internet, dan pusat sumber. Saya juga
berkongsi maklumat dengan rakan-rakan yang lain dan saling bertukar
pendapat. Terlebih dahulu saya memahami apa yang perlu dilakukan dan
membaca segala maklumat yang dicari. Saya juga telah berjumpa dengan
senior saya untuk bertanyakan pendapat dan tunjuk ajar mereka serta
bertanyakan apa yang perlu ditambah lagi dalam tugasan saya ini, kerana
saya ingin mendapatkan kepastian supaya tugasan yang saya siapkan ini
lebih sempurna.
Di dalam proses mencari bahan tugasan ini, saya telah dapat
mengukuhkan pengetahuan saya dalam subjek ini bagi memantapkan
pengajaran saya pada masa hadapan. Banyak ilmu pengetahuan yang tidak
terkira telah saya perolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya akan
menghargainya dan menerapkannya dalam profesion saya. Untuk ini, saya
akan menggunakan ilmu yang saya dapat sepanjang kursus ini dalam
pengajaran dan pembelajaran saya kelak. Diharap juga saya dapat menjadi
seorang guru yang berjaya.
Bukan itu sahaja, dalam melaksanakan tugasan ini, saya telah
mempelajari sesautu yang tersirat daripadanya. Setiap pelajar harus tahu
untuk membahagikan masanya agar dapat menyiapakan kerja kursus ini
29
dalam tempaoh yang telah ditetapkan. Buka itu sahaja, saya juga dapat
mengulangkaji pelajaran bagi subjek ini dengan lebih mendalam ketika
melaksanakan tugasan yang telah diberikan.
Akhir sekali. Sebagai kesimpulannya, perjalanan tugasan ini memang
banyak member pengalaman baru kepada saya. Walaupun terdapat
beberapa masalah atau kekangan yang mengganggu saya dalam
menyiapkan kerja kursus ini, akan tetapi, ianya tidak sama sekali
mengganggu fokus saya dalam menghasilkan kerja yang bermutu. Di harap
agar kerja kursus ini akan memberi manfaat kepada sesiap yang membaca
serta memberikan saya pengetahuan yang amat berguna untuk digunakan
apabila bergelar pendidik di masa hadapan.
MUHAMMAD MUAZ BIN MOHD AMIN 910611-02-5219
30
REFLEKSI
Saya begitu teruja apabila mendapat kerja kursus ini kerana memerlukan
saya untuk memahami dengan lebih mendalam lagi tentang anatomi dan
fisiologi berkaitan dengan tubuh badan manusia.
Tugasan ini memerlukan saya dan rakan sekumpulan untuk membuat
rujukan dan penyelidikan tentang pergerakan kemahiran dan kami telah
memilih lompat tinggi sebagai bahan kajian kami. Kami perlu membuat
analisis berkaitan dengan aspek anatomi dan fisiologi seperti otot-otot utama,
tulang-tulang, sendi-sendi, aksi pergerakan dan banyak lagi bagi
menerangkan tentang lompat tinggi ini.
Tugasan ini memberi banyak ilmu pengetahuan kepada saya
terutamanya di dalam bidang anatomi dan fisiologi. Ilmu ini amat penting
terutamanya kepada saya sebagai guru pelatih yang berkemungkinan untuk
mengajar Pendidikan Jasmani ketika di sekolah kelak.
Selain itu, tugasan ini memerlukan saya untuk membuat
perbincangan bersama rakan-rakan dan juga pensyarah. Selepas membuat
perbincangan, saya mendapat lebih pemahaman dan memperoleh lebih
banyak isi-isi yang berkualiti. Hal ini mengajar saya bahawa perbincangan
bersama rakan dan pensyarah akan membawa kepada hasil yang lebih baik.
Selain daripada itu juga, tugasan ini yang diberikan bersama dengan
tugasan-tugasan yang lain membuatkan jadual harian saya padat dan
memerlukan saya untuk mengatur aktivit harian dengan sebaiknya. Hal ini
membuatkan saya lebih teratur dalam membahagikan tugasan harian agar
jadual harian saya lebih teratur.
Kesimpulannya, kerja kursus ini telah banyak memberi ilmu
pengetahuan dan kebaikan kepada saya. Setiap perkara yang telah saya
pelajari dan perolehi dalam menyiapkan tugasan ini penting dalam pengajian
saya sebagai seorang bakal guru dan segala imu yang saya telah perolehi ini
akan saya guna dan amalkan dalam kehidupan seharian saya.
MUHAMMAD AZRI ASYRAF B. MOHD ASARI 911209-11-5149
31
REFLEKSI
Syukur ke hadrat Ilahi dan Alhamdulillah kerana akhirnya dengan
berkat daripada Allah S.W.T. akhirnya saya dan rakan-rakan berjaya
menyiapkan kerja kursus anatomi ini. Terima kasih diucapkan kepada En.
Rashid Bin Mohamad iaitu pensyarah untuk subjek anatomi kerana banyak
membantu saya ini sepanjang proses penghasilan kerja kursus ini. Tidak lupa
juga kawan-kawan yang banyak memberi pandangan dan perkongsian idea
yang bernas dalam memastikan kerja kursus yang baik dapat dihasilkan.
Secara keseluruhannya, saya telah mempelajari banyak benda baru
dan pengalaman dalam proses penghasilan tugasan pjk kali ini. Pada
mulanya saya berasa agak keliru terhadap keperluan-keperluan soalan
tugasan ini tetapi selepas mengadakan perbincangan bersama dengan
kawan-kawan lain, saya Berjaya membuahkan idea pada akhirnya.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa masalah yang dihadapi seperti
semua bahan rujukan adalah dalam bahasa inggeris. Pada mulanya agak
sukar untuk menterjemahkannya kerana subjek anatomi banyak
menggunakan perkataan sainstifik, tetapi dengan kecanggihan teknologi
zaman kini, Alhamdulillah perkara itu dapat diselesaikan tanpa sebarang
masalah.
Bagi memastikan kerja projek ini berjalan dengan lancar, saya
membuat banyak rujukan selaras dengan tajuk yang diberi. Dari situ, saya
telah membina sifat tidak berputus asa, mengikut arahan dan
bertanggungjawab. Melalui tugasan ini juga, saya didedahkan dengan
pembelajaran kendiri. Kaedah ini sangat berkesan untuk mempelajari ilmu
yang baru kerana melaui usaha yang kuat, seseorang itu akan lebih paham
apa yang dikuasainya
Selain itu, melalui tugasan ini juga, saya secara tidak langsung telah
mengulangkaji pelajaran bagi tajuk sistem otot, sistem tulang, dan sistem
sendi semasa tugasan ini dilakukan. Jadi ini akan membantu saya
32
meningkatkan pengetahuan tentang tajuk ini dan seterusnya membuatkan
saya lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan.
Akhir sekali. Sebagai kesimpulannya, perjalanan tugasan ini memang
banyak memberi pengalaman baru kepada saya. Walaupun terdapat
beberapa masalah atau kekangan yang mengganggu saya dalam
menyiapkan kerja kursus ini, akan tetapi, ianya tidak sama sekali
mengganggu fokus saya dalam menghasilkan kerja yang bermutu. Di harap
agar kerja kursus ini akan memberi manfaat kepada sesiap yang membaca
serta memberikan saya pengetahuan yang amat berguna untuk digunakan
apabila bergelar pendidik di masa hadapan.
AMIRUDIN BIN OTHMAN 911017-11-5865
33
KUMPULAN : PISMP RBT 2 SEMESTER : 3
MATA PELAJARAN : ANATOMI DAN FISIOLOGI
PENSYARAH BIMBINGAN : EN. RASHID BIN MOHAMAD
TARIKH PERKARA DIBINCANGKAN
KOMEN TANDATANGAN
34
LAMPIRAN
35