Download - KERTAS KONSEP NILAM

Transcript
Page 1: KERTAS KONSEP NILAM

KERTAS KONSEP NILAM (Sistem Kupon)

1.0 PENGENALAN

Nilam ialah Nadi Ilmu Amalan membaca. Program NILAM ini telah di perkenalkan pada

tahun 1999 bagi sekolah menengah dan pada tahun 1998 bagi sekolah rendah. Program

ini merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk

membina tabiat membaca di kalangan murid. Walaubagaimanapun di sekolah Menengah

Kebangsaan Padang Serai tahap pembacaan NILAM masih lagi jauh ketingggalan. Oleh

itu sistem kupon ini diperkenalkan sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan tahap

pembacaan murid agar mampu mencapai sekurang- kurangnya tahap gangsa.

2.0 RASIONAL

Tahap membaca di kalangan murid pada tahap gangsa masih lagi belum dapat dicapai.

Di peringkat sekolah menengah sebanyak 72- 143 buah buku perlu dibaca untuk

mencapai tahap gangsa, manakala untuk mencapai tahap gangsa di sekolah rendah pula

sebanyak 90- 179 buah buku.

3.0 MATLAMAT

Untuk meningkatkan bilangan murid yang mampu mencapai tahap gangsa.

4.0 OBJEKTIF

1. Melahirkan murid yang banyak membaca dan menggalakkan sekolah terus menjana

idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.

2. Menjayakan program NILAM di sekolah.

5.0 SASARAN

Semua pelajar terutamanya pelajar tingkatan 1

6.0 JAWATAN KUASA

Pengerusi : PengetuaN/ Pengerusi. : PK Pentadbiran

: PK Kokurikulum: PK HEM

Penyelaras Program : GK BahasaSetiausaha (I) : GPMSetiausaha (II) : S/U NilamAJK Promosi :AJK Hadiah :AJK Dokumentasi :

Page 2: KERTAS KONSEP NILAM

6.1 TARIKH

Januari - November

6.2 TEMPAT

PSS

6.3 JADUAL PERANCANGAN AKTIVITI

BIL AKTIVITI TARIKH TEMPAT TINDAKAN

1 Menyediakan Kertas Kerja Jan - GPM

2 Berbincang dengan Pentadbir Jan - GPM

3 Mesyuarat AJK Jan PSS AJK

4 Taklimat dan promosi kepada

pelajar

Jan Perhimpunan GPM

5 Pelajar meminjam buku dan

mencatat di dalam buku NILAM

Jan- Nov - -

6 Pelajar membeli kupon dengan

harga RM 0.10 dan mula

mengumpul cop

Jan- Nov PSS Pelajar dan

pengawas

PSS

7 Pelajar membuat penebusan

hadiah

Feb- Nov PSS Pelajar dan

GPM

7.0 KEPERLUAN

7.1 PERALATAN/ BAHAN-BAHAN

i) Cop Bulat

ii) Kupon

iii) Cenderahati

iv) Buku catatan NILAM

7.2 PERINCIAN AKTIVITI

i) Sistem kupon ini diperkenalkan dengan mengambil idea daripada pusat cuci

kereta di mana setiap kali kereta dicuci di pusat cuci kereta tersebut

pelanggan diberi 1 cop. Apabila cukup 9 cop pelanggan akan diberi percuma

1 kali cuci kereta.

Page 3: KERTAS KONSEP NILAM

ii) Oleh itu inspirasi tersebut ditukar kepada sistem kupon bagi meningkatkan

pembacaan murid. Di mana murid boleh menukar kupon tersebut dengan

hadiah-hadiah yang telah disediakan.

iii) Bagi setiap buku yang dibaca pelajar hendaklah merekodkannya di dalam

buku NILAM. Pembacaan sebuah buku melayakkan pelajar mendapat 1 cop

dan 9 cop untuk melengkapkan 1 kupon.

iv) Pelajar- pelajar juga perlu membuat pengesahan pembacaan daripada guru

bahasa ataupun GPM.

v) Pelajar boleh membuat penebusan kupon tersebut ataupun kupon tersebut

boleh disimpan untuk mendapatkan hadiah yang lebih besar

vi) Hadiah – hadiah mengikut bilangan kupon haruslah dipamerkan supaya dapat

menarik minat pelajar.

vii) Setiap pelajar yang lengkap 10 kupon akan diberikan hadiah istimewa.

viii)Pembacaan dan penebusan pelajar direkod dalam buku rekod program

Penebusan NILAM.

7.3 DOKUMEN SOKONGAN

Kupon Penebusan Nilam

8.0 IMPLIKASI KEWANGAN

8.1 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL BUTIRAN JUMLAH

1 Hadiah RM 200.00

8.2 CADANGAN PEMBIAYAAN

BIL BUTIRAN JUMLAH

1. Jualan Kupon - Sekeping RM 0.10

2. Sumbangan pembekal RM 200.00

PUSAT SUMBER SMK PADANG SERAINAMA:_________________ TING.:______

Page 4: KERTAS KONSEP NILAM

9.0 PENUTUP

Sistem kupon ini dilihat mampu meningkatkan pembacaan pelajar dan mampu

menghasilkan murid-murid yang mencapai tahap gangsa.

Disediakan oleh:

Pn. Rohanah bt. Mat Esa

Pn. Noorlidza bt. Mahfodz

En. Ku Nor Pazli b. Ku Putra


Top Related