Kenyataan Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah
Sebelum menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah, Encik Awang telah
memberikan taklimat tentang pekara-pekara yang berkenaan dengan
Pengalaman Berasaskan Sekolah. Sepanjang taklimat tersebut, Encik Awang
telah berulang kali mengingatkan kami semua bahawa kami perlulah
menunjukkan imej yang baik. Setelah tiba ke sekolah tersebut, kita perlu
bersopan-santun ,berhemah, dan hormat-menghormati kepada semua orang
serta menunjukkan kita bahawa merupakan seorang bakal guru yang baik.
Di samping itu, Encik Awang juga telah memberi penerangan tentang tugasan
yang perlu kita lakukan semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan
Sekolah. Kami dimaklumkan bahawa selain melakukan pemerhatian terhadap
semua keadaan semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah,
kami juga perlu melaksankan tugasan yang diberi seperti menemu bual guru-
guru, guru besar, ketua panitia, guru darjah, dan juga para murid sekalian.
Selain itu, kami juga diminta untuk mendapatkan semua maklumat yang ada
berkenaan dengan sekolah tersebut.
Pengalaman Berasaskan Sekolah ini merupakan pengalaman saya yang
pertama. Dalam aktivti ini, saya telah memilih Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina iaitu Sekolah Lok yuk Batu Satu di Kudat, di mana Ia juga merupakan
sekolah lama saya. Tujuan saya untuk memilih sekolah ini adalah disebabkan
ia merupakan sekolah yang pernah saya duduki, di samping itu saya ingin
mempelajari kemahiran-kemahiran dan juga ilmu pengetahuan daripada guru-
guru yang pernah mengajar saya. Selain daripada itu, sekolah ini juga
merupakan sebuah sekolah yang cermerlang. Sekolah ini amat dikenali oleh
orang ramai khususnya di Bandar Kudat kerana semua murid yang berasal
dari sekolah tersebut mempunyai akhlak yang baik, dan juga cerdik dalam
menuntut ilmu.
Sebelum menuju ke sekolah tersebut, saya adalah begitu gementar sekali
kerana saya akan bertemu dengan guru-guru yang pernah mengajar saya.
Setelah tamat persekolahan sekolah rendah saya yang sekian lama, saya
jarang bertemu dengan semua guru tersebut. Walaupun saya berasa sangat
gementar, namun saya juga berasa sangat gembira kerana berpeluang untuk
balik ke sekolah lama saya dan juga dapat membelajari banyak pekara
daripada guru-guru yang pernah mengajar saya. Saya adalah begitu teruja
sekali dan tidak sabar menunggu ketibaan tersebut. Sebelum menjalankan
Pengalaman Berasaskan sekolah ini, saya telah banyak membuat persediaan
, khususnya mencari pelbagai bahan dan maklumat yang diperlukan semasa
menjalankan Pengalaman ini.
Akhir kata, saya tidak sabar untuk menanti ketibaan hari tersebut. Dengan ini,
saya juga berharap agar saya dapat menjalankan aktiviti ini dengan lancer
sekali tanpa sebarang masalah, begitu juga harapan saya kepada rakan-
rakan seperjuangan yang akan menjalankan Pengalaman Berasaskan
Sekolah ini.
Laporan Aktiviti
Laporan Aktiviti 1 Semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah
Aktiviti : Peperiksaan
Tarikh : 05/3/2012
Masa : 8:30 am-9:30 am
Tempat :Bilik Darjah 6
Aktiviti pertama yang saya jalankan semasa menjalankan Pengalam an
Berasaskan Sekolah ialah mengawal peperiksaan. Pada hari pertama iaitu
pada 05/3/2012, hari Isnin, saya telah ditugaskan sebagai pengawas
peperiksaan di bilik darjah 6 dari jam 8:30 pagi hingga 9:30 pagi.
Sebelum memasuk ke bilik peperiksaan, guru berkenaan telah memberikan
sedikit penerangan apa yang perlu saya lakukan ketika mengawal
peperiksaan. Setelah memahami tugasan yang diberikan, saya bersedia
untuk memasuki bilik peperiksaan untuk melaksanakan tugasan saya.
Ketika mengawal bilik peperiksaan, saya mendapati bahawa terdapat
beberapa murid tidak memberi perhatian kepada peperiksaan yang
dijalankan. Keadaan ini mengganggu murid lain yang sedang fokus
menduduki peperiksaan. Dengan itu, saya telah mengambil tindakan.
Tindakan saya tersebut adalah memberi amaran kepada murid-murid tersebut
agar mereka boleh fokus menduduki peperiksaan, dan tidak mengganggu
murid yang lain.
Sepanjang mengawal peperiksaan, saya berasa sangat bersyukur kerana
dapat melaksanakan tugasan dengan lancar. Di samping itu, saya ingin
mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru
yang telah memberi peluang kepada saya untuk melibatkan diri dalam
tugasan ini. Kesempatan ini memberi peluang saya untuk mempelajari pekara
yang baru.
Laporan Aktiviti
Laporan Aktiviti 2 Semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah
Aktiviti : Pemerhatian Kepada Guru yang Mengajar / Suasana Bilik Darjah
Tarikh : 06/3/2012
Masa : 10:am -11am
Tempat :Bilik Darjah 5
Aktiviti kedua yang saya lakukan ialah menjalankan pemerhatian terhadap
guru yang mengajar dan juga suasana proses pembelajaran dan pengajaran.
Pada hari terakhir saya menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya
telah meminta kebenaran Guru Lee untuk melakukan pemerhatian
terhadapnya. Dengan bangganya, Guru Lee telah meluluskan permintaan
saya. Pada Jam 10 pagi saya telah mengikuti Guru Lee ke darjah 5.
Guru Lee merupakan seorang guru matematik. Oleh yang demikian, Guru
Lee mengajar subjek matematik darjah 5. Sepanjang guru mengajar, saya
mendapati bahawa cara dan juga kemahiran mengajar Guru Lee adalah
begitu menarik sekali. Sepanjang proses pembelajaran tidak membosankan,
ia sangat menarik perhatian murid-murid sekalian dan juga termasuk saya.
Saya mendapati bahawa Guru Lee merupakan seorang guru yang
mempunyai humor yang tinggi. Mungkin hal ini menyebabkan murid-muridnya
gemar belajar dengannya. Di samping itu, sepanjang Guru Lee mengajar,
beliau juga telah melakukan aktivti kecil yang sangat menarik agar murid
dapat memberi perhatian ketika guru sedang mengajar. Aktiviti kecil yang
dijalankan ialah , beliau telah membahagikan murid-muridnya kepada
beberapa kumpulan, dan telah mengeluarkan beberapa soalan di papan
putih. Murid-murid dikehendaki bertanding untuk menjawab soalan tersebut.
Kepada kumpulan yang menang, kumpulan tersebut akan memperolehi
hadiah kecil sebagai galakkan.
Cara ini adalag begitu kreatif sekali, melalui cara atau kaedah ini, murid
bukan sahaja dapat mempelajari ilmu pengetahuan yang disampaikan malah
ia juga dapat meningkatkan keyakinan mereka sendiri untuk berdiri di depan
dan menjawab soalan. Ia juga boleh meningkatkan potensi setiap murid.
Kesimpulannya, saya rasa sangat bertuah kerana dapat mempelajari kaedah
ini daripa Guru Lee. Di sampinng itu, Guru Lee juga telah banyak memberi
nasihat dan juga tunjuk ajar kepada saya apakah yang perlu diambil perhatian
ketika mengajar. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Lee. Sekian terima kasih.
Ilmu Pengetahuan Baru Melalui Pemerhatian
Sepanjang pemerhatian yang saya lakukan , saya telah meyedari dan juga
telah mempelajari beberapa pekara. Antara pekara pertama yang saya sedari
adalah menjadi seorang guru adalah tidak begitu mudah sekali. Tugas
seorang guru adalah sangat berat sekali, selain mengajar, guru juga perlu
melibatkan diri dalam pelbagai bidang tugas seperti pentadbiran dan juga
pengurusan sekolah. Sepanjang saya menjalankan Pengalaman Berasaskan
Sekolah , saya dapati bahawa semua guru sangat sibuk sekali. Mereka bukan
sahaja perlu mengajar bilangan murid yang ramai, tetapi juga perlu
memastikan bahawa mereka faham apa yang diajar. Guru-guru juga perlu
menghadiri kursus-kursus pendek seminggu tiga kali. Hal ini menyebabkan
guru-guru tidak mempunyai masa peribadi yang mencukupi.
Selain daripada itu, saya juga mendapati bahawa semua guru dapat
berkomunikasi dengan baik, mereka dapat berinteraksi antara satu sama lain
seperti rakan baik. Hal ini telah menyedarkan saya bahawa kita merupakan
satu keluarga perlu saling bantu-menbantu antara satu sama lain. Pada
amnya, terdapat beberapa buah sekolah yang guru-gurunya mempunyai
geng-geng yang masing-masing. Namun itu, sekolah ini adalah bebas geng.
Mereka dapat bergaul dengan baik. Pekara yang amat penting dan perlu kita
pelajari ialah guru –guru saling bantu-membantu.
Dari segi pemerhatian terhadap suasana sekolah pula, didapati bahawa di
sekeliling sekolah mempunyai tanaman. Pada setiap hari rabu iaitu hari
kokurikulum, murid-murid akan melakukan aktiviti tanaman yang kecil. Hal ini
adalah begitu menarik sekali. Sekolah ini adalah begitu mementingkan nilai
cinta kepada alam semula jadi dan juga alam sekeliling. Ia telah
mennyedarkan saya betapa pentingnya nilai ini. Di samping itu, pekara ini
perlulah kita pelajari
Keimpulanya, merujuk kepada huraian di atas, kesemuanya merupakan
pekara yang saya pelajari melalui pemerhatian.
Ilmu Pengetahuan Baru Melalui Temu Bual
Semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah menemu
bual beberapa guru sekolah tersebut. Melalui temu bual yang telah
dijalankan, saya telah mempelajari beberapa pekara.
Pengetahuan baru yang saya dapat melalui temu bual ialah komunikasi
merupakan satu kaedah yang amat penting untuk mengeratkan hubungan
antara satu sama lain. Semasa sesi menemu bual, saya telah berinteraksi
dan berkomunikasi dengan guru-guru. Untuk mendapatkan sesuatu maklumat
daripada mereka, maka kita perlu berkomunikasi dengan mereka agar dapat
memperolehi maklumat yang kita perlukan. Tanpa kaedah ini, maka kita
mungkin tidak akan dapat maklumat yang diperlukan. Namun itu, cara
komunikasi kita haruslah berhemah, bersopan-santun, dan juga berbudi-
bahasa.
Selain daripada itu , melalui temu bual juga, hubungan saya antara guru-guru
bertambah lebih erat dan baik.Selepas tamat sesi temu bual , saya dan juga
guru-guru lain bertukar pendapat masing-masing. Kami juga berbual tentang
banyak pekara dan berkongsi tentang kehidupan masing-masing. Hal ini
menyebabkan wujudnya persahabatan yang positif antara satu sama lain.
Pekara baru yang saya pelajari ialah cara menemu bual. Tugasan menemu
bual merupakan pengalaman baru saya. Selama ini, saya tidak pernah
menemu bual orang. Oleh yang demikian, tugasan ini telah memberi peluang
kepada saya bagaimana cara untuk menemu bual orang. Sebelum sesi temu
bual bermula, kita perlulah meminta kebenaran orang yang kita hendak
menemu bual, setelah mendapat kelulusan daripadanya, maka kita boleh
memulakan sesi temu bual. Sepanjang sesi temu bual dijalankan, bahasa
yang diguna perlulah bersopan dan berhemah agar tidak menyinggung
perasaan orang lain.
Kesimpulanya, saya rasa sangat bersyukur kerana berpeluang untuk
menemu bual orang. Ia telah memberi kesempatan kepada saya untuk
mempelajari ilmu pengetahuan yang baru melalui aktiviti temu bual ini.
Ilmu Pengetahuan Baru Melalui Senarai Semak
Melalui senarai semak, ia juga telah memberi ilmu pengetahuan kepada saya.
Dengan adanya senarai semak, saya dapat melakukan kerja saya dengan
lengkap. Sekiranya terdapat sebarang keraguan, kita boleh merujuk kepada
senarai semak apa yang hendak dilakukan.
Selain daripada itu, dengan adanya senarai semak, kita juga boleh
melakukan sesuatu kerja atau tugasan dengan lebih teratur dan tersusun.
Tugasan yang dilakukan tidaklah kelihatan kelam kabut seperti tidak tersusun.
Oleh itu, dengan adanya senarai semak, kita boleh menyemak senarai
tersebut agar kertas kerja kita sentiasa tersusun.
Di samping itu, saya juga telah pelajari sesuatu pekara yang amat penting.
Pekara tersebut adalah menyediakan satu senarai semak sebelum
melakukan sesuatu tugas atau kerja. Hal ini akan membantu kita dapat
melaksanakan tugas dengan lebih dan lancar.
Ilmu Pengetahuan Baru Melalui Soal Selidik
Selain melakukan tugas menemu bual, membuat pemerhatian, saya juga
telah melakukukan soal selidik. Semasa Menjalankan Pengalaman
Berasaskan Sekolah, saya telah menyediakan beberapa boring soal selidik
kepada murid-murid.
Dalam konteks ini, saya telah pelajari bagaimana untuk menghasilkan
ataupun menyediakan borang soal selidik. Jika dibandingkan dengan masa
yang lalu, saya tidak mahir ataupun boleh dikatakan langsung tidak tahu
bagaimana cara untuk menyediakannya.
Namun dengan kesempatan yang diberi, saya telah mengumpul maklumat
yang banyak tentang penyediaan borang soal selidik. Maklumat yang
dikumpulkan ini adalah berguna pada masa kelak. Oleh itu, ia adalah tidak
rugi untuk kita belajar cara untuk menyediakan boring soal selidik kerana
pada masa akan datang ataupun pada suatu hari nanti, kita sebagai seorang
guru pasti akan menggunakan kaedah tersebut untuk membuat sebarang
kajian atau sesuatu selidik.
Akhir sekali, sekali lagi saya ingin berkongsi dengan anda semua bahawa
saya berasa sangat bersyukur kerana dapat mempelajari banyak ilmu
pengetahuan yang baru melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah ini. Saya
menanti ketibaan Pengalaman Berasaskan Sekolah yang akan dijalankan
pada masa yang akan datang.
Laporan Tugasan A
Tarikh : 06/3/2012
Laporan ini adalah berdasarkan pemerhatian dan interaksi dengan warga
sekolah semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah.
Sepanjang menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah ini, kami telah
melakukan pemerhatian dan juga telah mengumpul maklumat mengenai
peranan pengurusan dan pentadbiran sekolah untuk menyokong
pembangunan fizikal ,kognitif dan sosio-emosi murid sekolah secara
berkesan.
Objektif atau matlamat:
Objektif atau matlamat tugasan kami ini adalah ingin mengkaji sejauh
manakah peranan pihak pengurusan ,pentadbiran, prasarana, program dan
aktiviti dapat meningkatkan aspek JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek,
dan sosial dikalangan murid-murid dalam hasrat merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Kaedah :
Dalam tugasan ini, saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk
mendapatkan pelbagai maklumat. Kaedah-kaedah yang telah saya guna
adalah seperti soal selidik, temu bual dan juga rakaman.
Setelah menyempurnakan tugasan ini, saya berasa adalah baiknya untuk
mencadangkan satu aktiviti atau program yang dapat meningkatkan
pembangunan kanank-kanak sama ada secara fizikal , kognitif atau sosio-
emosi murid-murid. Oleh itu, saya mencadangkan pihak sekolah boleh
mengadakan kem motivasi untuk murid-murid tersebut, hal demikian kerana
aktiviti ini dapat meningkatkan aspek JERIS murid-murid.
Dalam kem tersebut, pihak penganjur boleh memberikan taklimat ataupun
ceramah tentang info yang berkenaan dengan sudut akedemik. Dengan ini,
murid-murid dapat meningkatkan ilmu mereka selaras dengan aspek intelek.
Selain daripada itu, dalam kem tersebut, murid-murid dapat berkenalan
dengan rakan-rakan yang lain. Mereka boleh dibahagikan kepada beberapa
kumpulan untuk menyertai sesuatu aktiviti, dalam suasana tersebut mereka
akan saling bekerjasama dan saling mengenali antara satu sama lain,maka
wujudnya persahabatan yang positif. Di samping itu, murid juga boleh
mengenali gurunya dengan lebih erat. Oleh itu, aktiviti yang dicadangkan ini
juga boleh meningkatkan aspek sosial murid dengan baik.
Aktiviti ini juga dapat meningkatkan aspek jasmani murid-murid. Dalam kem
tersebut, pihak pengurusan boleh mengadakan aktivti senaman pada setiap
pagi dan juga boleh menyediakan beberapa permainan yang boleh
meningkatkan perkembangan tahap fizikal murid-murid.
Aspek emosi dan juga rohani dapat dipertingkatkan. Dengan aktiviti yang
diadakan, murid-murid pasti akan berasa sangat seronok, menikmati dan juga
gembira. Dengan ini, emosi murid-murid dapat diseimbangkan. Apabila
keseimbangan emosi murid tercapai, maka secara amnya rohani murid-murid
juga akan bertambah baik.
Akhir sekali, saya berharap agar cadangan yang dicadangkan ini serba sedikit
dapat membantu meningkatkat perkembangan aspek JERIS murid-murid
dalam hasrat merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan .
Temu Bual 1
Nama Guru : Encik Chan Ket Min
Jawatan : Guru
1 ) Sudah berapa lamakah Encik bertugas sebagai seorang guru?
Saya bertugas sebagai seorang guru selama 12 tahun. Bidang yang
saya mengajar adalah bahasa cina, matematik, dan juga pendidikan
seni.
Saya mengajar bahasa cina pada darjah empat, subjek matematik pada
darjah dua, manakala mengajar pendidikan seni pada darjah tiga hingga
darjah kelima.
2 ) Pernahkah Encik menghadapi sebarang masalah ketika mengajar dan
apakah tindakan yang Encik ambil untuk menyelesaikan masalah tersebut?
Ya, pernah. Masalah yang saya pernah saya hadapi adalah masalah
murid –murid kurang memberikan perhatian apabila proses p&p sedang
dijalankan. Namun itu, masalah ini telah saya selesaikan. Tindakan yang
saya ambil ialah, setiap kali proses p&p dijalankan ,saya akan membuat
satu aktiviti kecil yang berkenaan dengan tajuk yang akan diajar pada
hari tersebut. Sebagai contohnya, mengadakan pertandingan membuat
latihan di papa putih. Dengan ini, mereka akan berasa sangat seronok
dan sangat menikmati proses p&p yang dijalankan. Dengan ini juga, ia
dapat menarik perhatian mereka untuk belajar.
3 ) Pada Pendapat Encik, apakah yang perlu diperbaiki tentang sekolah ini?
Pada pendapat saya, aspek yang perlu dipertingkatkan adalah apek
minat membaca di kalangan murid-murid. Saya mendapati bahawa
murid-murid kurang minat untuk membaca. Oleh itu, saya
mencadangkan bahawa pihak sekolah boleh menganjurkan aktiviti
minggu membaca agar dapat memperbaiki masalah ini.
4 ) Pada Pendapat Encik, apakah pula kebaikkan yang terdapat dalam
sekolah ini ?
Pada pendapat saya, kebaikkan yang terdapat dalam sekolah ini adalah
semua guru boleh berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik seperti
satu keluarga yang besar dan bahagia.
Temu Bual 2
Nama Guru : Cik Lam Ko Shiun
Jawatan : Guru
1 ) Sudah berapa lamakah Encik bertugas sebagai seorang guru?
Saya bertugas sebagai seorang guru selama 13 tahun. Bidang subjek
yang saya mengajar adalah Matematik.
2 ) Pernahkah cik menghadapi sebarang masalah ketika mengajar dan
apakah tindakan yang cik ambil untuk menyelesaikan masalah tersebut?
Ya. Masalah yang saya hadapi adalah murid sangat nakal sekali. Ketika
saya mengajar, ada di kalangan mereka yang enggan mendengar
arahan dan tidak sudi memberi perhatian ketika prosese p&p dijalankan.
Hal ini amat memrunsingkan saya. Namun itu, saya tetap bersabar. Oleh
itu, saya tindakan yang saya dapat lakukan ialah memberi perhatian
lebih kepada murid-murid yang bermasalah. Kadang-kala saya akan
memuji mereka agar mereka dapat berasa bahawa mereka adalah
berguna dan guru adalah begitu mengambil berat tentang mereka.
Dengan ini, mereka akan berusaha dan akan memberikan perhatian
semasa belajar agar tidak mengecewakan guru yang mengambil berat
terhadap mereka.
3 ) Pada Pendapat cik ,apakah yang perlu diperbaiki tentang sekolah ini?
Pada pendapat saya, prasarana sekolah ini perlu diperbaiki khususnya
bilik darjah adalah tidak mencukupi. Pada masa kelak, bilangan murid
akan bertambah. Namun, pekara yang dikhuatir adalah kekurangan bilik
darjah. Oleh itu, saya berharap agar pihak pengurusan sekolah boleh
mengambil tindakan agar masalah ini dapat diselesaikan.
4 ) Pada Pendapat Cik, apakah pula kebaikkan yang terdapat dalam sekolah
ini ?
Kebaikkan yang terdapat pada sekolah ini ialah, sekolah ini
mengamalkan dasar pendidikan yang berkonsepkan pendidikan kasih
sayang. Selain daripada itu, ibu bapa sekolah ini adalah sangat
mengambil berat terhadap pencapaian anak-anak mereka.
Lampiran Ruang Pembelajaran
Bilik Darjah 6
Suasana bilik darjah ketika belajar
Sudut bacaan dalam bilik darjah