Download - Kaedah Dan Teknik Pengajaran
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN
-SUMBANG SARAN-TUNJUK CARA
DISEDIAKAN OLEH: LAM PUI YEE TAN ZING MIN
3 PISMP RBT 2
DEFINISI CIRI-CIRI PRINSIP TUJUAN LANGKAH-LANGKAH KELEBIHAN & KELEMAHAN
Definisi Sumbang Saran
Satu teknik perbincangan yang kreatif untuk mendapatkan beberapa idea daripada sesuatu
kumpulan dalam masa yang terkawal.
CIRI-CIRI SUMBANG SARAN
aktiviti perbincangan yang kreatif
ahli dalam kumpulan besar mengemukakan seberapa banyak
idea
Idea yang paling sesuai
(diterima sebagai rumusan
perbincangan)
keputusan yang dicapai merupakan keputusan kumpulan
PRINSIP-PRINSIP SUMBANG SARAN
Topik perbincangan sesuai dengan
kebolehan dan minat pelajar
Suasana perbincangan kondusif dan tidak
formal untuk menggalakkan perbincangan
Diberi peluang untuk mengemukakan
seberapa banyak idea / pendapat
Dilarang membuat kritikan idea semasa
perbincangan. Penilaian idea dibuat pada peringkat akhir
Semua pendapat / idea dicatat dan huraian idea
orang lain dibenarkan
Digalakkan untuk mengembangkan idea
(untuk melahirkan pandangan yang
baharu)
Masa untuk mengemukakan idea adalah terkawal (ahli
digalakkan untuk berfikir secara pantas)
TUJUAN SUMBANG SARAN
Melatih pelajar mengemukakan idea / pandangan yang bernas.
Memberi peluang kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah secara bersama.
Meningkatkan keyakinan pelajar dalam mengemukakan pendapat di hadapan orang ramai.
Memupuk semangat berkongsi idea serta menerima pendapat orang lain.
Memupuk sifat-sifat sosial (bekerjasama, saling membantu, menghormati pandangan orang lain)
Menggalakkan perkembangan mental pelajar.
LANGKAH-LANGKAH SUMBANG SARAN
Membahagikan kelas kepada kumpulan kecil (8-12 orang).
Tajuk perbincangan dikemukakan oleh ketua kumpulan (dengan jelas).
Setiap ahli kumpulan berpeluang untuk mengemukakan idea secara bergilir-gilir.
Selepas sesi sumbang saran, setiap idea dibincangkan.
Idea yang kurang sesuai diketepikan.
Rumusan idea dibuat hasil daripada persetujuan semua ahli kumpulan.
KELEBIHAN SUMBANG SARAN
Semua pelajar melibatkan diri dalam mengemukakan idea.• Pelajar berpeluang untuk berkongsi idea,
pandangan, pengalaman dan pengetahuan baharu.
Menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis.
• Gerak balas yang spontan daripada pelajar boleh melahirkan idea yang baharu dan kreatif.
Digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif.• Pelajar yang malu dan pasif dibenarkan
untuk memberi idea dan sumbangan mereka diterima oleh ahli kumpulan.
Nilai-nilai murni dipupuk.
• Saling menghormati semasa mengemukakan idea dan pendapat.
KELEMAHAN SUMBANG SARAN
Kurang sesuai untuk pelajar lemah.
Tidak dapat memberikan idea (sekiranya topik di luar pengalaman).
Banyak masa dan tenaga digunakan.
Pelajar akan kecewa dan berasa rendah diri (sekiranya idea ditolak pada akhir sesi sumbang saran).
Masalah kritik-mengkritik wujud (sekiranya guru tidak dapat mengawal situasi).
Susah untuk membuat rumusan yang baik (sekiranya kekurangan pengalaman dalam kalangan pelajar).
DEFINISI TUNJUK CARA
Tunjuk cara/ demonstrasi merupakan satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur.
Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, KH, lukisan, jimnastik dan sbg.
CIRI-CIRI TUNJUK CARA
Memberi peluang kepada pelajar
untuk benar-benar memahami apa
yang hendak dipelajari setelah
melalui prosedur yg ditunjukkan.
Memudahkan pelajar menguasai
sesuatu
konsep dan prinsip sesuatu
pengajaran
Meningkatkan ingatan pelajar terhadap
langkah-langkah pelaksanaan sesuatu
eksperimen.
Meningkatkan keyakinan pelajar untuk
menjalankan sesuatu aktiviti.
Membolehkan pelajar mencontohi
sesuatu perlakuan dengan lebih mudah.
Prinsip Tunjuk Cara
SEBELUM
SEMASA
SELEPAS
SEBELUM
Menentukan objektif, topik dan aktiviti/kandungan
Menyediakan tempat, peralatan dan bahan.
Prosedur keselamatan
SEMASAMenerangkan objektif , aktiviti serta langkah-langkah dengan jelas, sistematik dan menarik perhatian.
memastikan murid dapat melihat, mendengar guru dengan jelas supaya mereka peka apa yang perlu dilakukan oleh mereka.
Guru menunjuk cara, membimbing dan memerhati murid-murid.
Semua murid akan dibenarkan mencuba langkah-langkah yang ditunjuk, dan pemerhatian diteruskan sehingga murid-murid telah 100% mahir.
SELEPAS• Berbincang. • rumus objektif dan bahagian penting.• jawab soalan (soal-jawab) dan
selesaikan kerumitan murid (jika ada).
• cadangkan aktiviti pengukuhan; murid kemaskan tempat tunjuk cara dan tempat kerja masing-masing.
TUJUAN TUNJUK CARA
Pelajar dapat melihat dengan jelas perkara yang berlaku.
Pelajar dapat melakukan semula langkah-langkah yang ditunjuk dengan cara yang betul.
LANGKAH-LANGKAH
a. Guru merancang bagaimana dan di mana hendak mengadakan tunjuk cara ini.
b. Pastikan semua pelajar dapat melihat pertunjukkan itu dengan jelas. Jika pelajar ramai, pecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil supaya semuanya dapat melihat dengan jelas.
c. Guru tunjuk atau lakonkan dengan betul supaya dapat dilihat dan difahami oleh pelajar
d. Bertanya jika ada yang kurang jelas atau tidak faham, jika perlu tunjuk semula
e. Minta beberapa orang pelajar melakunkan semula untuk menguji kefahaman mereka
KELEBIHAN Memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada pelajar melalui penglihatan dan pendengaran. Pelajar-pelajar boleh menguasai kemahiran-kemahiran melalui demonstrasi yang ditunjukkan.Pengajaran melalui demonstrasi dapat mengekalkan perhatian pelajar
Memberi peluang untuk pelajar mengapliksikan pengetahuan yang dipelajari.
Model yang berkesan dapat memotivasikan pembelajaran pelajar kerana konsep dan prinsip diilustrasikan dengan jelas serta pelajar dapat menguasai perlakuan yang diingini.
Memudahkan pelajar menguasai sesuatu konsep dan prinsip sesuatu pengajaran.Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu eksperimen. Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti.Membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah.
KELEMAHAN Memerlukan perancangan dan persediaan yang sungguh teliti.
Jika tdk, pengajaran akan gagal mencapai objektif.
Kaedah ini kurang berkesan sekiranya guru tidak dapat menerangkan prosedur dengan bersistematik.
Menggalakkan peniruan tanpa memahami dengan betul tentang prosedur yang diperhatikan.
SEKIAN
TERIMA KASIH