Download - Isi kandungan pengajaran
KUIH-MUIH TEMPATAN
Pengenalan :-
Mempunyai keistimewaannya yang tersendiri iaitu dari segi namanya yang unik, bentuknya dan rasanya yang
sedap.
Pada kebiasaannya kuih-muih ini dihidangkan dalam majlis-majlis keramaian seperti perkahwinan, berkhatan,
berpindah rumah, doa ksyukuran dan sebagainya
ISI-ISI PENTING :
Kuih Muih Tradisional terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:
1.Kuih Muih Kering.2.Kuih Muih Basah.
Kuih-muih kering mempunyai berbagai bentuk, nama, dan saiz mengikut acuan yang digunakan dan ia tahan disimpan lama seperti kuya, jala, cacah, cincin, buahulu, kuripit, rangin, amping, madu kasirat, sapit
dan lain-lain lagi.
Manakala Kuih Muih Basah pula merupakan sejenis
kuih yang tidak tahan lama disimpan.
Contoh Kuih Muih Basah ialah Kelupis, Tapai, Salurut,
Penyaram, Ardam, Seri Muka dan banyak lagi.
Pada zaman yang semakin maju dan moden ini, kebanyakkan kuih-muih ini telah mengalami “inovasi” iaitu dari segi bentuk, rasanya dan
warnanya.
Pada kebiasaannya, makanan Tradisional ini boleh diperolehi di tamu-tamu terutamanya di Kianggeh, di gerai-gerai pasar malam dan ada juga di jual di
gedung-gedung perniagaan seperti di Hua Ho, Giant dan banyak lagi.
Kesimpulannya :-
Kuih-muih tempatan ini merupakan sebahagian daripada kebudayaan orang-orang Brunei dan kita mesti
mengetahuinya.
Remaja dan kanak-kanak juga perlu didedahkan mengenai makanan tradisi ini kerana mereka adalah merupakan penyambung generasi akan datang, bagi mengelakkan
makanan tempatan ini tidak dilupakan walaupun mengikut arus peredaran zaman.
Ia juga merupakan lambang identiti kita sebagai orang Brunei.