HHHC9301- KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
SET 2
TAJUK TUGASAN:
JURNAL REFLEKSI INDIVIDU
PENSYARAH:
Dr. NORIDA BT. BASNAN
NAMA PELAJAR NO. MATRIK
NORLAILA BINTI MOHD ASRIE A 143420
Jurnal Refleksi Individu
Nama :Norlaila Binti Mohd Asrie
No Matrik :A 143420
Tajuk Projek :Program Melestarikan Kitar Semula Dalam Kalangan Mahasiswa/I
Kursus :HHHC9301 Kemahiran Pengurusan Maklumat Dan Pembelajaran
Sepanjang Hayat
Refleksi berdasarkan pengalaman saya merujuk kepada perkara-perkara berikut:
Pembahagian kumpulan telah dilakukan semasa perjumpaan pertama dan sesi mengeratkan
silaturahim dikalangan AJK program telah dilakukan. Berikut merupakan beberapa pengisian
semasa pertemuan pertama iaitu:-
Pengagihan jawatan kepada pelajar-pelajar yang terlibat
Menentukan tugasan yang bakal dilaksanakan bagi setiap jawatan yang disandang.
Menentukan gerak kerja yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan tugasan dalam
tempoh yang diberikan
Dalam proses pembahagian jawatan ini, saya mempelajari untuk mengenlpasti
individu yang boleh dipercayai untuk mewakili pimpinan proram ini serta pemikiran kritis
dan kreatif di aplikasi dalam pembahagian tugasan kepada AJK program agar tugasan yang
diterima seimbang tanpa berat sebelah. Susunan gerak kerja yang teliti perlu dilakukan untuk
membantu kelancaran gerak kerja berpasukan.
Dalam menyelesaikan tugasan, perbincangan antara ahli kumpulan dilakukan dalam
aplikasi WhatsApp mengenai maklumat-maklumat yang perlu diperolehi dan perkongsian
maklumat setelah diperolehi. Dengan menggunakan kaedah ini, perbincangan perjalanan
gerak kerja dapat dipermudahkan dari aspek komunikasi dua hala tersebut. Walaupun terdapat
beberapa halangan kecil dalam melakukan perbincangan seperti ini seperti maklumat yang
ingin disampaikan tidak dapat diterima dengan tepat. Walau bagaimana pun, kekangan ini
dapat di atasi dan cara ini masih bersesuaian digunakan untuk melakukan perbincangan. Hal
ini kerana, ahli kumpulan kami terdiri daripada program yang berbeza dan menyukarkan
untuk melakukan perbincangan berkumpulan secara bersemuka kerana perbezaan jadual
pembelajaran. Oleh itu, dapat dilihat setiap ahli kumpulan menghargai perbincangan melalui
cara ini untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Pembelajaran sepanjang hayat diperolehi apabila terdapat beberapa kekangan seperti
usaha untuk memahami prosedur yang ditetapkan oleh pihak-pihak tertentu untuk
menyelesaikan program yang ingin dilaksanankan. Penyelesaian telah diperolehi hasil
daripada pertemuan diantara penyelia program dan pihak PPMPA. Hasil daripada
perbincangan ini, saya telah menyampaikan beberapa maklumat penting sebagai proses untuk
menyelesaikan tugasan. Melalui pengalaman ini, saya mempelajari untuk berkomunikasi
dengan profesional dengan pihak-pihak tertentu dan belajar untuk menyampaikan maklumat
dengan baik agar mesej yang disampaikan dapat diterima dengan baik. Dengan persetujuan
dan kerjasama semua ahli kumpulan, kertas kerja telah di buat untuk memenuhi prosedur
pihak Universiti Kebangsaan Malaysia bagi tujuan penganjuran sesuatu program. Perkongsian
yang berkesan akan memberi faedah kepada kumpulan kerana perkongsian pengetahuan akan
menggalakkkan percambahan idea secara produktif dan inovatif serta meningkatkan
kecekapan menyelesaikan masalah.
Melalui pendedahan prosedur yang pelbagai ini, saya dapat kaitkan dengan
pembelajaran yang telah dilalui didalam kursus yang diduduki sepanjang berada dibawah
program pentadbiran pernigaan. yang mana pentadbiran perniagaan banyak mendedahkan hal-
hal organisasi yang mana prosedur-prosedur atau polisi yang diimplimentasikan dalam
sesebuah organisasi. Oleh itu, mudah untuk saya memahami setiap tindakan yang diberikan
oleh pihak-pihak tertentu. Selain itu, pembahagian tugas boleh diagihkan dengan mudah
mengikut keperluan dengan mengaplikasikan serba sedikit ilmu yang dipelajari dalam kurus
pengurusan sumber manusia. Secara tidak langsung program pentadbiran perniagaan juga
melatih saya untuk berdepan dengan situasi tertentu dengan professional dan beretika.
Refleksi seterusnya adalah mengenai pihak-pihak terlibat dalam program ini. Saya
berasa bersyukur atas penglibatan saya untuk menjalankan program ini kerana telah
memberikan pengalaman yang berbeza daripada program yang biasa saya lakukan. Kutipan
barangan kitar semula di kolej-kolej mewujudkan rasa prihatin yang lebih kuat untuk menjaga
alam sekitar dan merasa betapa pentingnya persekitaran yang bersih dan selamat. Atas dasar
keprihatinan ini juga, timbul rasa ingin berkongsi kepentingan alam sekitar kepada penghuni-
penghuni kolej walaupun mereka telah menyedari akan kepentingannya. Selepas kutipan
dibuat, kami berkumpul untuk mengasingkan barang-barang yang telah diperolehi.
Pengasingan barang dilakukan adalah untu memenuhi syarat pembelian yang telah ditetapkan
oleh pihak Pusat Kitar Semula UKM. Hal ini kerana barang-barang perlu diasingkan
mengikut jenis barang untuk mengelakkan pembelian pada harga yang rendah. Saya
bersyukur kerana mempunyai ahli kumpulan yang sangat komited dan bersemangat untuk
meneruskan aktiviti yang telah dirancangkan pada hari tersebut sehingga sanggup menunggu
hujan reda.
Secara keseluruhannya, kerja sepasukan ini semestinya memperlihatkan banyak aspek
positif dan negatif. Segala masalah yang dihadapi memberi pengajaran dan melatih pemikiran
kirits ahli yang terlibat. Program Melestarikan Kitar Semula Dalam Kalangan Mahasiswa/I
ini secara tidak langsung memberi impak kepada saya untuk menguasai ilmu, menghayati
nilai murni dan memperluaskan pengalaman hidup supaya saya berupaya menangani pelbagai
cabaran hidup dengan yakin serta kreatif selain menjadi aktif demi kebaikan diri saya sendiri.
Kemahiran ini turut menekankan beberapa perkara penting seperti bagaimana untuk saya
mengesan, mengakses, mendapat semula, menilai, menyusun dan menggunakan maklumat itu
kerana pelajar yang celik maklumat seharusnya bukan sekadar mampu mengakses sumber
maklumat dengan cekap semasa proses pengumpulan maklumat, bahkan mampu menilai
maklumat secara kritis dan menggunakan maklumat tersebut dengan tepat dan kreatif.
Hal ini dapat dilihat semasa pengalaman menguruskan capaian maklumat mengenai
bagaimana sesebuah program kitar semula yang dijalankan dapat memberi impak khususnya
kepada AJK program, pihak luar dan persekitaran. Pelbagai maklumat yang berguna dapat
diperolehi dan serba sedikit dapat diadaptasi dalam program ini dengan menginovasi aktiviti-
aktiviti yang perlu dilakukan mengikut kesesuaian objektif program. Untuk mengadaptasi
aktiviti ini, saya perlu menilai maklumat yang diperolehi agar menepati tujuan pencarian
maklumat. Oleh itu, melalui program ini saya telah mempelajari dan melalui beberapa
pengalaman yang boleh diaplikasikan sepanjang melakukan urusan seharian ia juga
bersesuaian dikatakan sebagai pembelajaran sepanjang hayat.
Penglibatan komunikasi melalui aplikasi WhatsApp
Ahli Kumpulan yang terlibat dalam Program Melestarikan Kitar Semula Dalam Kalangan
Mahasiswa/I