Download - Folio Sejarah Form 2
SMK MeruFolio
Kajian Sejarah Tempatan
Tingkatan 2
Tajuk ;Sejarah Sekolah
Nama Pelajar ;Mohamad Faizal Bin Ab Wahab
Tingkatan ;2 Bijak
Nama Guru :En. Amirudin Bin Alias
PENDAHULUAN
Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Meru dimulakan pada pertengahan pelaksanaan RMK-4 di batu 7, Pekan Meru, Klang di kawasan tanah berukuran 18 ekar dan merupakan kawasan sekolah kedua terbesar di Daerah Klang. Sekolah ini telah siap dibina pada Mei 1982 dan mula digunakn pada 1 Jun 1982. Nama sekolah ini diambil sempena nama Kampung Meru yang pada mulanya dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah. Pengetua pertama sekolah ini ialah Tn. Hj. Ajidin Bin Hj. Hashim yang bertugas dari 16 Feb 1982 – 31 Jun 1986.
Pada mulanya, sekolah ini hanya mempunyai 12 buah bilik darjah yang mengandungi 17 kelas dari tingkatan 1-3. Pada tahun 1982, bilangan murid semakin bertambah seramai 647 orang dan terus meningkat seramai 891 orang pada awal Januari 1983 dan jumlah kelas juga bertambah kepada 28 buah yang terdiri daripada kelas peralihan hingga tingkatan 5.
Sekolah Menengah Kebangsaa Meru tela mencapai keputusan terbaik SPM seluruh Negara katagori luar Bandar dengan mencapai keputusan 83% lulus pada tahun 1987. Sekolah ini juga pernah menjuarai Sekolah Paling Bersih di Daerah Klang Pada tahun 1985 dan tempat ke-3 peringkat Negeri Selangor. Pada 22 Ogos 1985, SMK Meru telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Bujang Bin Haji Ulis, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Pada 1988, sebuah blok 2 tingkat yang mempunyai 6 buah bilik telah dibina.
Sebuah makmal tulen dan surau sekolah telah dibina atas inisiatif pengetua ke-3 iaitu En. Ghazali bin Othman, guru-guru dan kakitangan sekolah. Pada 1999, sebuah dewan terbuka telah diusahakan pembinaannya oleh pengetua ke-7 iaitu Puan Hajjah Siti Meriam Binti Kasim dengan mengadakan Hari Usahawan. Menjelang tahun 2001, sebuah dewan besar yang serba lengkap telah dibina dan diberi nama Dewan Merak, dan pada tahun itu juga, sebuah makmal komputer dan Bengkel MPV telah siap dibina. Pembinaan bangunan Sekolah Model Khas bermula pada tahun 2001 dan siap sepenuhnya pada Mei 2003 yang mengandungi 2 blok bangunan 4 tingkat, 1 blok dewan besar dan 2 blok asrama 3 tingkat. Murid-muridnya terdiri daripada Tahun 4,5 dan 6 yang berjumlah 75 orang murid.
Sehingga akhir Disember 2007, jumlah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Meru berjumlah 3050 orang dengan kekuatan 159 orang guru.
OBJEKTIF
Mengenali dan memahami sejarah perkembangan sekolah.Mengenali nama dan lambang sekolah.Memupuk rasa bangga dan cinta terhadap sekolah.Mengamalkan nilai murni yang diwarisi bersama dalam warga sekolah.Menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisa maklumat tentang sekolah.
ISI KANDUNGAN
Perkara m/s
PenghargaanObjektifPendahuluan
Aspek Kajian: Latar Belakang dan Lambang-lambang Kemegahan Sekolah
Insfratruktur dan Kemudahan AsasPengetua SMK MeruGuru-guru SMK MeruBadan Pengurus dan PIBGTokoh-tokoh Bekas PelajarPeristiwa Bersejarah
Prestasi dan Kejayaan Akademik
Prestasi dan Kejayaan Kokurikulum
Kaedah KajianGuru menerangkan kaedah yang akan digunakan semasa mencari dan mengumpul maklumat seperti:
1. Temubual2. Analisis dokumen3. Pemerhatian
Contoh temuramah :
Menemuramah orang sumber.
Contoh analisis dokumen : Memilih maklumat, dokumen yang berkaitan
seperti fail kurikulum dan kokurikulum dan menjadi sekolah.
Contoh pemerhatian : Membuat pemerhatian kemudahan
insfrastruktur seperti asrama, pusat sumber dan pusat komputer.
Selepas mengumpulkan maklumat, guru membimbing pelajar mengolah dan menyusun maklumat yang releven.
Guru bertindak sebagai pembimbing dan pemudah cara.
LATAR BELAKANG SEKOLAH DAN LAMBANG-LAMBANG KEMEGAHAN SEKOLAH:
SMK Meru mula digunakan pada 1 Jun 1982 dan nama sekolah ini diambil sempena nama Kampung Meru yang pada mulanya dkenali sebagai Sekolah Menengah Rendah pada tahun yang sama.
Sekolah ini terletak di Batu 7, Pekan Meru, Klang di kawasan tanah keluasan 18 ekar. Pada 22 Ogos 1985, SMK Meru telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Bujang Bin Haji Ulis, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Pada 1988, sebuah blok 2 tingkat yang mempunyai 6 buah bilik telah dibina.
Lencana Sekolah :
Makna :
1. 3 simbol manusia (biru) melambangkan perpaduan erat pelajar dalam meneroka alam ilmu pengetahuan.
2. 2 simbol manusia di kiri dan kanan (putih) melambangkan tenaga pengajar yang berjiwa suci menjadi pembimbing ke arah
meninggikan mutu pelajaran sekolah dan negara.
3. Simbol atom yang dirangkumi oleh simbol roda bergigi melambangkan mata pelajaran Sains dan Teknologi penting disamping pelajaran lain yang dilambangkan oleh lima garisan berpenjuru.
4. 5 petak kuning melambangkan berpegang teguh kepada nilai-nilai keIslaman.
5. 5 rantai besi (merah) mlambangkan semangat gigih dalam aktiviti kesukanan.
6. Buku menjadi panduan dalam mencapai ilmu pengetahuan.
Misi Sekolah :
Memantapkan kemudahan pendidikan dengan kecekapan
maksimum untuk membentuk insan yang berdaya saing
dalam menghadapi cabaran globalisasi.Mengeratkan hubungan kemasyarakatan bagi
merealisasikan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan.
Visi Sekolah :
Ke arah melahirkan insan yang cemerlang dan bersahsiah
tinggi menjelang 2010.
Moto Sekolah :
Ilmu Teras Kemajuan
Lagu Sekolah :
Putera dan puteriMegah berdiri
Mari kita semua seruSMK Meru maju
Ilmu teras kemajuanPegangan kami
Ke arah mercu kejayaanIbu pertiwi
Gurumu berhati muliaPerintis harapan
Mencurah ilmu terpendamTeras kemajuan
Ikrar :Bahawasanya kami, pelajar-pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan MeruBerikrar, akan mematuhi undang-undang
sekolah dan akan menghormatiGuru-guru, ketua-ketua dan rakan-rakan
kami.
Bahawasanya kami, akan berusaha sedaya uaya untuk belajar demi kejayaan kami.
Kami menghargai segala kemudahan yang disediakan dan kami akan sentiasa
memelihara dan menjaga keselamatannya.
Bahawasanya kami, akan bergiat cergas dalam kegiatan sekolah dan akan sentiasa
meninggikan nama Sekoalah Menengah
Kebangsaan Meru, berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara:
Kepercayaan kepada TuhanKesetiaan kepada Raja dan
NegaraKeluhuran PerlembagaanKedaulatan Undang-UndangKesopanan dan Kesusilaan
Nilai Sekolah :
Nilai-nilai yang diberi penekanan di sekolah ini
Kecemerlangan Berilmu Kegigihan Penyayang Keadilan Kepekaan
KecemerlanganMaksudnya disini ialah mewujudkan kejayaan optimum dalam semua aspek iaitu kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Ia meliputi mendidik pelajar menjadi insane yang cemerlang, dalam aspek rohani dan jasmani.
BerilmuDimaksudkan berkemampuan untuk menyelidik,
mengetahui atau memaklumi segala jenis pengetahuan yang diperolehi melalui pembacaan, pengalaman dan pendidikan yang berkaitan dengan dunia dan akhirat. Setiap warga sekolah harus berbudaya ilmu dan boleh mengamalkannya untuk berbakti kepada orang lain.
KegigihanMaksudnya ialah sebagai tahap usaha da kesungguhan
yang tinggidilakukan oleh semua pihak di sekolah dalam pelaksanaan tugas yang diamanahkan.
PenyayangMaksudnya ialah memberi ruang dan peluang kepada semua warga sekolah untuk merasai bahawa sekolah
adalah tempat yang bahagia, selesa dan selamat untuk semua. Hubungan antara insan guru dengan murid dan
sebaliknya harus diberi penekanan kepada rasa sayang-menyayang antara satu sama lain.
KeadilanMaksudnya ialah sebagai memberi peluang dan
layanan yang adil dan saksama kepada semua warga bagi meningkatkan prestasi kerja dan
memperkembangkan potensi yang ada pada setiap individu tanpa mengira latar belakang yang berbeza.
KepekaanMaksudnya ialah mengambil berat terhadap semua urusan yang berkait dengan sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang mengamalkan budaya ilmu,
kecemerlangan dan terkehadapan.
PIAGAM PELANGGAN:
Komitmen kami ialah untuk berkhidmad dan bertindak dengan cekap, tepat dan mesra dalam
mengendalikan keperluan pelajar, guru dan masyarakat. Melahirkann insan yang taat kepada
agama, bangsa dan Negara.
Menetapkan kualiti yang tinggi untuk dicapai oleh pelajar. Menyediakan perkhidmatan, bimbingan
kaunseling dan kerjaya untuk pelajar. Mengutamakan kebajikan pelajar.
Sentiasa menjalin hubungan terus dengan pelajar dan masyarakat.
Mengamalkan mesyuarah dalam semua hal. Berkhidmat dengan penuh kesungguhan.
Menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Meru sebuah institusi Pendidikan yang terbaik.
FALSAFAH SEKOLAH:
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN ASAS :
Sejak pembinaan SMK Meru hingga sekarang, pembangunan di sekolah ini semakin bertambah dan perkembangannya adalah seperti berikut :
1 Jun 1982 : Bangunan yang hanya menpunyai 12 bilik darjah
telah digunakan pada terikh tersebut.1988 : Sebuah blok 2 tingkat yang mempunyai 6 buah
bilik darjah dibina.1990 : Sebuah makmal tulen dibina dan surau sekolah
juga dibangunkan atas inisiatif pengetua ke-3 iaitu En. Ghazali bin Othman, guru-guru dan kakitangan sekolah.
1993 : 2 unit rumah guru ditambah.1999 : Sebuah dewan terbuka telah diusahakan
pembinaannya oleh pengetua ke-7 iaitu Puan Hajjah Siti Meriam binti Kassim dengan mengadakan Hari Usahawan.
2001 : Menjelang tahun 2001, sebuah dewan besar serba lengkap telah dibina dan diberi nama Dewan Merak. Pada tahun ini juga, sebuak makmal komputer dan Bengkel MPV telah siap dibina.
2003 : Bangunan Sekolah Model Khas yang mengandungi 2 blok bangunan 4 tingkat, 1 blok dewan besar dan 2 blok asrama 3 tingkat telah siap dibina sepenuhnya.
Pelan Sekolah:
Peta Ke Sekolah:
PENGETUA SMK MERU :
Wajah-wajah pengetua SMK Meru...
Tn. Hj. Ajidin bin Hj. Hashim (16 Feb. 1982 - 31 Jun 1986)
Tn. Hj. Mohd. Noh bin Munawar (1 Feb. 1986 - 31 JUN 1992)
Tn. Hj. Ghazali Othman (1 Feb. 1988 - 15 Jun 1992)
Tn. Hj. Ahmad tulani Suratman (16 Jun 1992 - 31 Okt. 1993)
Tn. Hj. Harun Hasan (1 Nov. 1993 – 1994)
Pn. Hjh. Tek bt. Mohammad (1 Feb. 1995 - 15 Jan 1998)
Pn. Hjh. Siti Meriam Kassim (1 April 1998 - 28 Nov 2004)
Pn. Hasnah Bt. Mohamad (29 Nov. 2004 - sekarang...)
Biodata Pengetua Ke-8
Nama :
Puan Hasnah Bt. Mohamad.
Tarikh dan Tempat :
14. 8. 1955 di Kg. Jenjarom, Kuala Langat, Selangor.
LahirHobi :
Mengumpul kenangan....
Cita-cita :
Untuk memberi yang paling baik.
Latar Belakang :keluarga
Anak ke-2 daripada 4 orang anak.Ayah orang Sijangkang, ibu orang Jenjarom.Dibesarkan di Kuala Lumpur.
Kelulusan akademik :
B. Soc. Sc. [Hons] USM. Dip. Pend. [UM].
Pekerjaan sebelum :menjadi guru
Banker - memperolehi gaji yang lumayan tetapi tiada masa untuk keluarga.
Perkara yang mendorong :menjadi guru
Menjadi guru berkesempatan mendidik anak bangsa dan ia seperti sebuah keluarga yang besar dan dalam masa yang sama keluarga sendiri akan terdidik.
Sejarah perkhidmatan : 1980 - 1984 : SM Kerajaan Bintangor, Sarawak.1985 - 1991 : SM Telok Panglima Garang, Kuala Langat.1992 - 1995 : SMK Telok Datok, Banting.1995 / 1996 – 2004 : SMK Sri Andalas, Klang.
Pencapaian cemerlang :perkhidmatan
1993 dan 2003 - Anugerah Khidmat Cemerlang
Kenangan pahit dan Manis :
Kenangan Manis : Seronok tinggal bersama kawan-kawan di perantauan walaupun prasarana serba kekurangan.Kenangan Pahit : Bila Sakit; demam (paling ringan), kawan hanya mampu tengok saja. Baru insaf betapa perlunya keluarga di sisi.
Harapan Terhadap SMK :Meru
Menjadi terbilang tanpa melupakan akar umbi, menjadi masyur walaupun tersohor, menjadi warga yang berguna kepada keluarga, agama,bangsa dan negara.
Pengetua bagi SMK Meru ini merupakan anak kelahiran Kg. Jemjarom yang mempunyai kelulusan B. Soc. Sc. [Hons] USM. Dip. Pend. [UM]. Sebelum menjadi pengetua, beliau pernah bekerja sebagai banker di sebuah bank dan mendapat gaji yang lumayan. Beliau juga pernah menjadi guru di SM Kerajaan Bintagor, Sarawak, SM Telok Panglima Garang, Kuala Langat, SMK Telok Datok, Banting dan SMK Sri Andalas sebelum ke SMK Meru. Beliau menaruh harapan yang tinggi terhadap SMK Meru agar menjadi yang terbilang tanpa melupakan akar umbi, menjadi mashur walaupun tersohor, menjadi warga yang berguna kepada keluarga, agama, bangsa dan negara. Saya berasa amat berbesar hati kerana mempunyai pengetua yang panyayang, baik hati, bertanggungjawab dan amanah dalam menguruskan kerjanya.
Guru-guru SMK Meru
Sesi Pagi :
Sesi Petang :
Biodata Guru
Nama :
Husna Wizana Bt. Jaafar
Umur :
31 Tahun
Tarikh Lahir :
22 Disember 1976
Tempat Lahir :
Alor Star, Kedah.
Hobi :
Membaca Novel, Majalah dan Menonton teleisyen.
Karjaya :
Guru
Mengajar :Matapelajaran
Pend. Sivik & Kewarganegaraan, Sejarah
Kelulusan :
Bachelor Pendidikan (PBMP)-UPM
Sekolah Rendah :
SK TITI HJ. Idris Lanaggar, Alor Star
Sekolah Menengah :
Ting. 1-2= Sekolah Menengah Agama Taufiqah Khairiah Al-HalimahTing. 3-5= Sekolah Menengah agama Al IslahTing. 6 = Sekolah menengah kebangsaan Agama Kedah
Opsyen Dalam Latihan :Pengurusan
Bahasa Melayu & Sastera Melayu
Sekolah Yang Pernah :Diajar
1999- 2002=SMK Joseph Miri, Sarawak2002- sekarang= SMK Meru, Klang
Jantina : PerempuanStatus :
Sudah Berkahwin
Guru yang menagajar matapelajaran Sivik dan Sejarah ini merupakan anak kelahian Alor Setar, Kedah mempunyai kelulusan Bachelor Pendidikan (PBMP)-UPM. Beliau yang berumur 31 tahun ini amat penyabar, baik hati, periang, penyayang dan mengambil berat membuatkn saya memilih beliau sebagai guru pilihan saya.
Badan Pengurus / PIBG
Pemgerusi PIBG
1983 - 1984 :
Tn. Hj. Hussain B. Abdul Rahaman
1985 - 1988 :
Tn. Hj. Rosman B. Warjono
1989 - 1990 :
Tn. Hj. Taklib B. Sarun
1991 - 1994 :
En. Mohamad Ramlan B. Mohd. Hanafiah
1995 - 1996 :
En. Daud B. Yaman
1997 :
En. Mohd Khalid B. Hashim
1998 - 2007 :
Tn. Hj. Jamaluddin B. Hj. Jupri
2007 - :sekarang
En. Mohlis B. Hj. Jaafar
Anak lalaki Andiappan ini telah mendapat pencapaian kokurikulum 2A, 1B dan 2C dalam UPSR, 3A dan 4B dalam PMR dan 8A dan 3B dalam SPM. Pencapaian kokurikulum beliau jugu agak memberangsangkan kerana telah menyertai enam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Beliau juga telah memegang tanggungjawab kepimpinan, antaranya ialah Bendahari Pengawas pada tahun 2005 dan 2006 dan Urus Setia program ’Sehari Bersama Pengawas 2006’.Selain itu, beliau telah menerima anugerah khas jurujual terbaik (Hari Koperasi Sekolah) tahun 2006, pelajar cemerlang akademi ’top 10’ tahun 2006 (tempat pertama) dan banyak lagi.
Peristiwa-peristiwa Bersejarah
Prestasi dan Kejayaan Akademik
Prestasi dan Kejayaan Kokurikulum
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan projek folio yang diberi oleh En. Amirudin ini dengan jayanya. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Amiruddin iaitu guru Sejarah saya yang telah memberi tunjuk ajar kepada saya tentang cara-cara untuk menyiapkan folio ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa, adik-beradik dan kawan-kawan saya yang tidak kedekut ilmu memberi sedikit sebanyak maklumat dan tunjuk ajar tentang cara untuk menaip. Sekian, terima kasih..
Yang Menaip,
Rujukan
Buku aturcara Anugerah Pelajar CemerlangMajalah Sekolah Teras
PemerhatianFolio kakakSoal selidik
Internet
Rumusan
Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana saya telah menyiapkan projek folio ini dengan jayanya. Semasa membuat folio ini, saya dibantu oleh ibu bapa, guru dan rakan-rakan saya yang sentiasa memberi maklmat-maklumat terkini dan sedikit tunjuk ajar dari mereka untuk saya menyiapkan folio ini. Saya tidak akan melupakan jasa dan tunjuk ajar daripada mereka. Dengan folio ini, saya lebih mengetahui tentang latar belakang, kemudahan dan insfrastruktur sekolah. Selain itu, saya juga dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang nama dan lambang sekolah.
Sejarah pembangunan sekolah ini membuatkan saya bearasa teruja terhadap SMK Meru. Saya berharap agar folio ini dapat memupuk rasa bangga dan cinta terhadap SMK Meru. Sekian, wassalam...
Tokoh Pelajar 2007
Nama :
Amalina Zafira binti Sarip
Tarikh Lahir ;
24 Oktober 1990
Tempat Lahir :
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Cita-cita : Pakar OthodontikPencapaian :
UPSR : 5APMR : 8ASPM : 8A1, 3A2
Tokoh pelajar ini dilahirkan di Klang pada 24 Oktober 1990. Puteri kepada pasangan Encik Sarip dan Puan Noriyah ini merupakan anak ke empat daripada enam orang adik- beradik. Beliau merupakan seorang yang berkeyakinan tinggi dalam mencapai cita-cita beliau. Bekas pelajar SMK Meru ini juga menjawat
pelbagai jawatan penting seperti pengawas, AJK Kelab Bola Keranjang, AJK Kelab Pengakap dan AJK Persatuan Bahasa Inggeris. Tokoh pelajar ini juga telah menyertai pelbagai pertandingan, antaranya Kuiz Pengguna pada tahun 2007, Kuiz Fizik, Kuiz Sains, Kuiz Matematik, Forum Remaja dan Cabaran Celcom Exchange. Sentiasa fokus dan berdisiplin merupakan faktor kecemerlangan dalam hidupnya. Selain itu, tokoh pelajat ini mempunyai sahsiah terpuji dan amat menghormati guru.
Bendera sekolah
Histeria
Sekolah ini pernah mengalami kejadian histeria yang amat teruk sehinggakan sekolah ditutup selama beberapa hari. Kejadian ini berlaku pada bulan Ogos 2007. Seramai 66 pelajar perempuan dan 3 pelajar leleki telah mengalami histeria. 11 bamoh juga dipanggil untuk mengawal keadaan itu.