Download - Bab 4 Dan 5 Kajian Ilmiah Sem 8
KRL 3043
LATIHAN ILMIAH
DRAF BAB 4 DAN BAB 5
KUMPULAN
UPSI 28 ( A 151 PJJ )
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
NOR HASIDA BINTI MAI D 20112055260 019-4159011
NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. MAHIZER BIN HAMZAH
TARIKH SERAH : 22 NOVEMBER 2015
KANDUNGAN
BAB 4 : DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan
4.2 Analisis Dapatan kajian
4.2.1 Profil Responden
4.2.2 Jadual Pecahan Responden mengikut Jantina
4.2.3 Jadual Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos
4.2.4 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos mengikut Gred
4.3 Laporan Dapatan Kajian
4.4 Penyataan Malasalah
4.5 Analisis Kajian
4.6 Rumusan
BAB 5 : PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN KAJIAN
5.1 Pendahuluan
5.2 Perbincangan Berdasarkan Soalan Kajian
5.3 Cadangan Kajian Lanjutan
5.4 Rumusan
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
Dapatan kajian telah dianalisis bagi melihat sama ada penerapan pembelajaran
berasaskan koperatif berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid terhadap subjek
penulisan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Kerunai
Gerik Perak. Bab ini juga melaporkan semua keputusan dapatan kajian terhadap tajuk yang di
pilih.Bab ini mengkaji sejauh mana keberkesanan pendekatan koperatif berjaya atau pun
tidak bagi meningkatkan pencapaian murid kumpulan rawatan.Hasil daripada kajian telah
dianalisis dengan mencari min yang bakal digunakan sebagai asas untuk menentukan sama
ada kaedah yang cuba diterapkan tersebut berkesan atau sebaliknya.
4.2 Analisis Dapatan Kajian
4.2.1 Profil Responden
Bahagian ini akan melaporkan berkaitan dengan bioadata responden.
KAUM JANTINA JUMLAH PERATUS
MELAYU LELAKI 17 ORANG 48.5%
PEREMPUAN 18 ORANG 51.5%
JUMLAH 35 ORANG 100%
Jadual 4.1
Jadual 4.1 Latar belakang Responden Mengikut Jantina dan Kaum
Seramai 35 orang murid telah dipilih untuk sebagai responden untuk kajian ini.Responden
terdiri daripada 17 orang murid lelaki dan 18 orang murid perempuan. Bilangan pelajar
perempuan dipilih lebih ramai daripada pelajar lelaki. Jika diteliti daripada rajah di atas
bilangan pelajar lelaki mewakili 48.5 % dan pelajar perempuan 51.5 % .Semua pelajar ialah
murid di Sekolah Kebangsaan Kerunai dan berumur 11 tahun ke bawah. Kajian di lakukan di
dalam kelas 5 cemerlang .Murid bercampur lelaki dan perempuan. Murid –murid berlatarkan
keluarga penoreh getah , petani dan bekerja kampung. Pendapatan bulanan tidak melebihi
RM 2500.00 ringgit
4.2.2 Jadual Pecahan Responden mengikut Jantina
BIL RESPONDEN JANTINA KUMPULAN
01 RESPONDEN 1 LELAKI RAWATAN
02 RESPONDEN 2 LELAKI KAWALAN
03 RESPONDEN 3 LELAKI RAWATAN
04 RESPONDEN 4 PEREMPUAN RAWATAN
05 RESPONDEN 5 PEREMPUAN KAWALAN
06 RESPONDEN 6 PEREMPUAN KAWALAN
07 RESPONDEN 7 PEREMPUAN RAWATAN
08 RESPONDEN 8 LELAKI KAWALAN
09 RESPONDEN 9 LELAKI RAWATAN
10 RESPONDEN 10 LELAKI RAWATAN
11 RESPONDEN 11 LELAKI RAWATAN
12 RESPONDEN 12 LELAKI RAWATAN
13 RESPONDEN 13 LELAKI KAWALAN
14 RESPONDEN 14 PEREMPUAN RAWATAN
15 RESPONDEN 15 PEREMPUAN KAWALAN
16 RESPONDEN 16 PEREMPUAN KAWALAN
17 RESPONDEN 17 LELAKI RAWATAN
18 RESPONDEN 18 LELAKI KAWALAN
19 RESPONDEN 19 LELAKI RAWATAN
20 RESPONDEN 20 LELAKI KAWALAN
21 RESPONDEN 21 LELAKI RAWATAN
22 RESPONDEN 22 LELAKI KAWALAN
23 RESPONDEN 23 PEREMPUAN RAWATAN
24 RESPONDEN 24 PEREMPUAN KAWALAN
25 RESPONDEN 25 LELAKI KAWALAN
26 RESPONDEN 26 LELAKI RAWATAN
27 RESPONDEN 27 PEREMPUAN KAWALAN
28 RESPONDEN 28 PEREMPUAN RAWATAN
29 RESPONDEN 29 PEREMPUAN RAWATAN
30 RESPONDEN 30 PEREMPUAN RAWATAN
31 RESPONDEN 31 PEREMPUAN RAWATAN
32 RESPONDEN 32 PEREMPUAN KAWALAN
33 RESPONDEN 33 PEREMPUAN RAWATAN
34 RESPONDEN 34 PEREMPUAN KAWALAN
35 RESPONDEN 35 PEREMPUAN RAWATAN
4.2.3 Jadual Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos
RESPONDEN JANTINA % SKOR UJIAN
PRA
% SKOR UJIAN
POS
% PENINGKATAN
RESPONDEN 1 LELAKI 44 50 6
RESPONDEN 2 LELAKI 56 63 7
RESPONDEN 3 LELAKI 54 67 13
RESPONDEN 4 PEREMPUAN 43 56 13
RESPONDEN 5 PEREMPUAN 44 50 14
RESPONDEN 6 PEREMPUAN 47 50 3
RESPONDEN 7 PEREMPUAN 49 49 0
RESPONDEN 8 LELAKI 55 59 4
RESPONDEN 9 LELAKI 80 84 4
RESPONDEN 10 LELAKI 77 80 3
RESPONDEN 11 LELAKI 66 75 9
RESPONDEN 12 LELAKI 65 78 13
RESPONDEN 13 LELAKI 68 79 11
RESPONDEN 14 PEREMPUAN 72 80 8
RESPONDEN 15 PEREMPUAN 34 44 10
RESPONDEN 16 PEREMPUAN 47 57 10
RESPONDEN 17 LELAKI 58 65 7
RESPONDEN 18 LELAKI 66 74 8
RESPONDEN 19 LELAKI 62 68 6
RESPONDEN 20 LELAKI 69 78 9
RESPONDEN 21 LELAKI 53 62 9
RESPONDEN 22 LELAKI 42 45 3
RESPONDEN 23 PEREMPUAN 44 56 12
RESPONDEN 24 PEREMPUAN 47 55 8
RESPONDEN 25 LELAKI 83 92 9
RESPONDEN 26 LELAKI 90 97 7
RESPONDEN 27 PEREMPUAN 43 52 9
RESPONDEN 28 PEREMPUAN 70 89 19
RESPONDEN 29 PEREMPUAN 75 80 5
RESPONDEN 30 PEREMPUAN 77 80 3
RESPONDEN 31 PEREMPUAN 42 50 8
RESPONDEN 32 PEREMPUAN 73 80 7
RESPONDEN 33 PEREMPUAN 55 59 4
RESPONDEN 34 PEREMPUAN 56 59 3
RESPONDEN 35 PEREMPUAN 58 63 5
JUMLAH MIN 58.97 66.42 8.48
4.2.4 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos mengikut Gred
Kategori gred Ujian Pra Ujian Pos
80-100 (Cemerlang) 03 orang( 8%) 08 orang(22%)
60-79(Sederhana) 11orang(31%) 11 orang(31%)
40-49(lulus) 10orang(28%) 03orang(08%)
00-39(gagal) 01orang(0.28%) 00(00.00%)
Jadual di atas adalah analisis ujian pra dan ujian pasca mengikut gred yang telah ditetapkan.
Bagu ujian Pra , bilangan pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang ialah seramai 03
orang ataupun 8 % daripada jumlah keseluruhan responden.Bilangan calon cemerlang
meningkat sekali ganda dalam ujian pasca berbanding ujian pra, dimana seramai 08
orang(22%) mendapat keputusan yang cemerlang. Sementara itu 11 orang murid telah
mendapat keputusan yang sederhana di kedua-dua ujian. Murid gagal pula 0% peratus apabila
dilaksanakan ujian pos berbanding 0.28 % semasa penyelidik melaksanakan ujian pra.
4.3 Laporan Dapatan kajian
4.3.1 Adakah pendekatan koperatif meningkatkan pencapaian Bahasa Melayu
Penulisan bagi kumpulan rawatan berbanding kawalan?
Analisis Pencapaian Kumpulan Rawatan Berdasarkan Ujian Pra dan Ujian Pos
Jadual 4.3.1
Kumpulan 1
Bil Responden/
Jantina
% Markah
Ujian Pra
%Markah
Ujian Pos
Peningkatan
01 Responden 1 (L) 44 50 6
02 Responden 4 (P) 43 56 13
03 Responden 3(L) 54 67 13
04 Responden9 (L) 80 84 4
05 Responden 7(P) 49 49 0
Kumpulan 2
Bil Responden/
Jantina
% Markah
Ujian Pra
%Markah
Ujian Pos
Peningkatan
01 Responden 10 (L) 77 80 3
02 Responden 11 (L) 66 75 9
03 Responden 12(L) 65 78 13
04 Responden14 (P) 72 80 8
05 Responden 1 7(L) 58 65 7
Kumpulan 3
Bil Responden/
Jantina
% Markah
Ujian Pra
%Markah
Ujian Pos
Peningkatan
01 Responden 19 (L) 62 68 6
02 Responden 21 (P) 53 62 9
03 Responden 23(P) 44 56 12
04 Responden26 (L) 90 97 7
05 Responden 28(P) 70 89 19
Kumpulan 4
Bil Responden/
Jantina
% Markah
Ujian Pra
%Markah
Ujian Pos
Peningkatan
01 Responden 29 (P) 44 50 6
02 Responden 30(P) 43 56 13
03 Responden 31(P) 54 67 13
04 Responden33 (P) 80 84 4
05 Responden 35(P) 49 49 0
PURATA MARKAH KESELURUHAN
PURATA MARKAH(MIN) 59.85 68.1 8.25
Jadual 4.3.2
Analisis Markah Ujian Pra dan Pos Bagi Kumpulan Kawalan
Kumpulan
Bil Responden/
Jantina
% Markah
Ujian Pra
%Markah
Ujian Pos
Peningkatan
01 Responden 2 (L) 56 63 7
02 Responden 5 (P) 44 50 6
03 Responden 6(L) 47 50 3
04 Responden8 (L) 55 59 4
05 Responden 13(L) 68 79 11
06 Responden 15 (P) 34 44 10
07 Responden 16 (P) 47 57 10
08 Responden 18(L) 66 74 8
09 Responden20 (L) 69 78 9
10 Responden 22(L) 42 45 3
11 Responden 24(P) 47 55 8
12 Responden 25 (L) 83 92 9
13 Responden 27(P) 43 52 9
14 Responden32 (P) 73 80 7
15 Responden 34(P) 56 59 3
PURATA MARKAH(MIN) 55.33 62.46 7.13
Jadual 4.3.3
Analisis Pencapaian Kumpulan Rawatan Mengikut Gred
BIL Gred Markah Ujian Pra Ujian Pos
01 80-100 ( A ) 02 06
02 60-79 ( B ) 08 07
03 40-59 ( C ) 10 07
04 20-39( D ) - -
Jadual 4.3.4
Analisis Pencapaian Kumpulan Kawalan Mengikut Gred
BIL Gred Markah Ujian Pra Ujian Pos
01 80-100( A) 01 02
02 60-79 ( B ) 03 03
03 40-59 ( C ) 10 11
04 20-39( D ) 01 -
Merujuk kepada jadual yang dipaparkan boleh dianalisiskan bahawa , jika dibandingkan
dengan markah purata bagi kumpulan kawalan dalam ujian pra ialah 55.33 % manakala
purata markah ujian pos ialah 62.46% perbezaan hanya 7.13%.Ini menunjukkan satu
peningkatan yang kurang berbanding kumpulan rawatan yang mempunyai perbezaan markah
sebanyak 8.25%.Di mana secara keseluruhannya semua murid menunjukkan peningkatan
markah setelah dilaksanakan pendekatan koperatif.
Peningkatan yang yang agak sedikit dialami oleh kumpulan kawalan kerana kumpulan ini
hanya melaksanakan latih tubi dari guru dan mereka belajar secara individu berbanding
kumpulan rawatan. Justeru pembelajaran secara pendekatan koperatif terbukti dapat
meningkatkan pencapaian murid.
Jika ditinjau dari jadual di atas, perbezaan min markah antara kedua-dua kumpulan jelas
boleh dilihat walaupun jurangnya agak tidak jauh. Maka dengan itu , ia menjelaskan kepada
persoalan yang dibina menjadi satu kebenaran iaitu pencapaian murid rawatan lebih tinggi
daripada murid kawalan. Ia juga menunjukkan bahawa kaedah pengajaran koperatif
menggunakan model STAD adalah berkesan untuk meningkatkan pencapaian murid di dalam
subjek penulisan Bahasa Melayu.
4.4 Adakah pencapaian murid perempuan lebih tinggi berbanding murid lelaki bagi
kumpulan rawatan dalam pembelajaran koperatif di kalangan murid tahun 5.
4.4.1 Jadual Analisis Murid Pencapaian Murid Lelaki Dalam Kumpulan Rawatan
RESPONDEN JANTINA % SKOR UJIAN
PRA
% SKOR UJIAN
POS
% PENINGKATAN
RESPONDEN 1 LELAKI 44 50 6
RESPONDEN 3 LELAKI 54 67 13
RESPONDEN 9 LELAKI 80 84 4
RESPONDEN 10 LELAKI 77 80 3
RESPONDEN 11 LELAKI 66 75 9
RESPONDEN 12 LELAKI 65 78 13
RESPONDEN 17 LELAKI 58 65 7
RESPONDEN 19 LELAKI 62 68 6
RESPONDEN 21 LELAKI 53 62 9
RESPONDEN 26 LELAKI 90 97 7
JUMLAH MIN 32.45 72.6 7.7
4.4.2 Jadual Analisis Murid Pencapaian Murid Perempuan Dalam Kumpulan Rawatan
RESPONDEN JANTINA % SKOR UJIAN
PRA
% SKOR UJIAN
POS
% PENINGKATAN
RESPONDEN 4 PEREMPUAN 43 56 13
RESPONDEN 7 PEREMPUAN 49 49 0
RESPONDEN 23 PEREMPUAN 44 56 12
RESPONDEN 28 PEREMPUAN 70 89 19
RESPONDEN 29 PEREMPUAN 75 80 5
RESPONDEN 30 PEREMPUAN 77 80 3
RESPONDEN 31 PEREMPUAN 42 50 8
RESPONDEN 33 PEREMPUAN 55 59 4
RESPONDEN 35 PEREMPUAN 58 63 5
RESPONDEN 14 PEREMPUAN 72 80 8
JUMLAH MIN 58.5 66.2 7.7
4.4.3 Jadual Analisis Murid Pencapaian Murid Lelaki Dalam Kumpulan Kawalan
RESPONDEN JANTINA % SKOR UJIAN
PRA
% SKOR UJIAN
POS
% PENINGKATAN
RESPONDEN 2 LELAKI 56 63 7
RESPONDEN 8 LELAKI 55 59 4
RESPONDEN 13 LELAKI 68 79 11
RESPONDEN 18 LELAKI 66 74 8
RESPONDEN 20 LELAKI 69 78 9
RESPONDEN 22 LELAKI 42 45 3
RESPONDEN 25 LELAKI 83 92 9
JUMLAH MIN 62.7 70.0 7.28
4.4.4 Jadual Analisis Murid Pencapaian Murid Perempuan Dalam Kumpulan Kawalan
RESPONDEN JANTINA % SKOR UJIAN
PRA
% SKOR UJIAN
POS
% PENINGKATAN
RESPONDEN 5 PEREMPUAN 44 50 14
RESPONDEN 6 PEREMPUAN 47 50 3
RESPONDEN 15 PEREMPUAN 34 44 10
RESPONDEN 16 PEREMPUAN 47 57 10
RESPONDEN 24 PEREMPUAN 47 55 8
RESPONDEN 27 PEREMPUAN 43 52 9
RESPONDEN 32 PEREMPUAN 73 80 7
RESPONDEN 34 PEREMPUAN 56 59 3
JUMLAH MIN 48.87 55.87 8.0
4.4.5 Analisis Pencapaian Murid Lelaki dalam kumpulan Kawalan Mengikut Gred
BIL Gred Markah Ujian Pra Ujian Pos
01 80-100( A) 01 01
02 60-79 ( B ) 05 05
03 40-59 ( C ) 01 01
04 20-39( D ) 00 00
4.4.6 Analisis Pencapaian Murid Perempuan dalam kumpulan Kawalan
MengikutGred
BIL Gred Markah Ujian Pra Ujian Pos
01 80-100( A) 00 01
02 60-79 ( B ) 01 05
03 40-59 ( C ) 06 01
04 20-39( D ) 01 00
Analisis pencapaian kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan lelaki dan murid perempuan yang
dinyatakan di dalam jadual di atas, terdapat beberapa peningkatan yang ketara di antara
responden-responden .Misalnya di dalam kumpulan rawatan, murid lelaki telah mendapat
gred A seramai 2 orang, gred B seramai 4 orang , manakala gred C seramai 3 orang.Bilangan
0 tercatat untuk gred D dan E. Semasa ujian pos pula di dalam kumpulan rawatan untuk
pelajar lelaki , bertambahan bilangan gred A telah berlaku iaitu seramai 3 orang, gred B
seramai 5 dan gred C seorang.
Manakala keputusan ujian pra untuk kumpulan rawatan yang terdiri daripada pelajar
perempuan ialah bilangan 0 untuk gred A , gred B seramai 4 orang , sama bilangannya
dengan gred C. Apabila penyelidik melaksanakan ujian pos peningkatan berbeza dapat dilihat
iaitu gred A untuk pelajar perempuan dalam kumpulan rawatan ialah seramai 4 orang, Gred B
1 dan gred C seramai 3 orang.
Jika diteliti kepada jadual di atas dapat dirumuskan terdapat banyak peningkatan yang
berlaku. Di dalam kumpulan Kawalan pula terdapat seorang murid perempuan mendapat gred
D semasa ujian pra dilaksanakan. Setelah ujian pos diberi peningkatan dari D kepada C telah
berlaku terhadap responden murid perempuan tersebut.
4.4.7 Perbezaan Min Pencapaian Murid Lelaki Berbanding Murid Perempuan Dalam
Kumpulan Rawatan
Apabila meneliti Jadual Analisis Pencapaian murid lelaki dan perempuan di jadual 4.4.1 dan
4.4.2 didapat min pencapaian mereka adalah sama. Ini membuktikan tiada perbezaan yang
ketara bagi menentukan pencapaian mereka.Min pencapaian murid lelaki dan perempuan
iaitu 7.7 %. Satu penemuan penyelidikan yang begitu menarik yang membuktikan tiada
perbezaan dari segi pencapaian mata pelajaran penulisan tahun 5 di Sekolah Kebangsaan
Kerunai Gerik Perak.
Perbezaan min markah yang diperolehi oleh murid perempuan dalam kumpulan kawalan pula
menunjukkan peningkatan yang tinggi iaitu perbezaan sebanyak 0.72. Situasi ini
membuktikan tiada perbezaan dari segi pencapaian di antara murid lelaki dan murid
perempuan. Mereka dapat menerima pengajaran dan pembelajaraan secara koperatif.
4.5Adakah Pendekatan Koperatif Berjaya Menarik Minat Murid Tahun Lima
Cemerlang Terhadap Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Penulisan)
SOALAN SOAL-SELIDIK 1
Bil Pernyataan Ya Tidak
01 Saya sangat meminati Bahasa Melayu 33 2
02 Adakah anda selalu bertanya rakan semasa
belajar
30 5
03 Saya berasa bersemangat ketika belajar
Bahasa Melayu secara berkumpulan
30 5
04 Saya amat meminati belajar secara
berkumpulan
35 0
05 Saya dapati cara berkumpulan yang
digunakan oleh guru meningkatkan
penguasaan penulisan
35 0
06 Saya memberi sepenuh tumpuan ketika guru
mengajar
20 15
07 Saya dapati dengan belajar secara kumpulan
memudahkan saya menguasai kemahiran
menulis
30 5
08 Guru selalu membantu saya apa yang tidak
saya faham
29 6
09 Anda sentiasa menyiapkan tugasan secara
berkumpulan
34 1
10 Saya dapat menulis dengan baik setelah
mengikuti cara yang digunakan oleh guru
35 0
4.5.1 Jadual Analisis Soalan Soal Selidik 1 Persepsi Murid terhadap Pendekatan
Koperatif
Berdasarkan analisis data soalan kaji selidik iaitu soalan 1:Saya sangat meminati Bahasa
Melayu, seramai 33 orang atau 94.2 % memilih jawapan YA. 2 orang pelajar sahaja yang
memberikan jawapan TIDAK. Soalan item 2 pula seramai menunjukkan 85.7 %peratus
memberikan jawapan YA, manakala 14.3% peratus memberikan respon TIDAK.Ini
menunjukkan murid berminat untuk berbincang bagi mencari jawapan atau idea untuk
menulis sesebuah karangan.
Untuk Item no 3, Saya berasa bersemangat ketika belajar Bahasa Melayu secara berkumpulan
, seramai 30 orang murid memberikan jawapan YA dan 5 orang murid memberikan jawapan
TIDAK. Seterusnya untuk item soalan yang ke empat ,bagi skala bersetuju keputusan 100%
telah diberikan .Soalan item yang ke empat ini adalah . Saya amat meminati belajar secara
berkumpulan.
Seterusnya kita merujuk pula soalan yang ke lima, untuk soalan soal selidik yang
diberikan.Penyelidik mendapati kesemua pelajar memberikan jawapan bersetuju untuk
jawapan kepada soalan tersebut.
Item nombor 6 iaitu Saya memberi sepenuh tumpuan ketika guru mengajar, menunjukkan
taburan skala yang dipilih oleh pelajar sebanyak 57.14% memilih jawapan YA .Namun
begitu bilangan murid yang memilih item TIDAK mencatat bilangan peratus yang agak besar
iaitu 42.85 % .
Bagi item soalan nombor 7 iaitu saya dapati dengan belajar secara berkumpulan memudahkan
saya menguasai kemahiran menulis,taburan skala responden ialah sebanyak 30 orang murid
YA dan 5 orang murid memilih jawapan TIDAK.
Seterusnya , item nombor 8 iaitu guru selalu membantu saya memahami apa yang tidak
faham, didapati taburan skala pilihan responden ialah seramai 82.85 peratus atau 29 orang
responden memberikan status jawapan YA, manakala 17.14 peratus memberikan status
jawapan TIDAK.Untuk item soalan yang ke 9,seramai 34 orang memberikan respon yang
positif iatu jawapan YA, manakala seorang murid menyatakan jawapan TIDAK.Akhirnya
untuk item soalan yang ke 10, keseluruhan responden memberikan jawapan YA.
SOALAN SOAL-SELIDIK 2
Bil Pernyataan Setuju Tidak
Setuju
01 Saya dapati menulis berkumpulan sangat
menyeronokkan
34 1
02 Saya lebih berminat belajar setiap topik
dengan kaedah kumpulan mengikut
kemampuan
34 1
03 Saya dapati penulisan berkumpulan lebih
jelas dan mudah difahami
35
04 Saya mendapati belajar berkumpulan dapat
memberi rangsangan kepada saya serta
member tumpuan yang lebih
30 5
05 Saya dapati pembelajaran penulisan
berkumpulan tidak membuang masa dan
menyeronokan
33 2
06 Saya dapati alat bantu belajar dapat
memberi motivasi untuk saya terus maju di
dalam Bahasa Melayu
29 6
07 Saya dapati rangsangan gambar yang
disediakan dapat memudahkan saya belajar
34 1
08 Penerangan yang disampaikan oleh guru
mudah difahami
34 1
09 Saya dapat memahami setiap penerangan
dan penyampaian dengan mudah
32 3
10 Saya dapati bahan bantu mengajar yang
digunakan boleh dijadikan panduan
pembelajaran kendiri
29 6
4.5.2 Jadual Analisis Soalan Soal Selidik 2 Persepsi Murid terhadap Pendekatan
Koperatif.
Berdasarkan analisis data soalan kaji selidik item 1 iaitu saya dapati menulis berkumpulan
sangat menyeronokan, seramai 34 (97.14%) bersetuju mengatakan bahawa mereka sangat
seronok ketika mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu. Seorang pelajar atau 2.85% pula
menyatakan bahawa mereka tidak pasti, manakala bagi tidak setuju, tiada pun pelajar yang
memilih skala berkenaan Untuk analisa persepsi murid item 2 : Saya lebih berminat belajar
setiap topik menggunakan kaedah koperatif.Bagi item nombor 2 iaitu saya lebih berminat
belajar setiap topik menggunakan kaedah koperatif.
Iaitu kaedah berkumpulan mengikut kemampuan telah menampakkan jurang perbezaan yang
agak ketara walaupun bagi skala tidak setuju, pelajar yang memilihnya. Bilangan pelajar yang
memilih skala setuju adalah seramai 34 orang responden. Bagi skala tak pasti pula, bilangan
responden yang memilih pernyataan ini adalah seramai seorang dan jika dilihat dari segi
pecahan peratusan, ia cuma melibatkan 2.85 % sahaja.
Seterusnya, analisa persepsi murid item 3: Saya dapati pembelajaran menggunakan kaedah
koperatif lebih jelas dan mudah difahami. Jika dilihat pada item ke 3 iaitu saya dapati
pembelajaran menggunakan kaedah koperatif lebih jelas dan mudah difahami, kesemua
responden bersetuju dengan pernyataan. Ini bermakna ,pernyataan berkenaan telah
dipersetujui oleh 35 orang responden berbanding dengan pernyataan tak pasti dan tak setuju.
Analisa persepsi murid item 4 : Saya mendapati pembelajaran menggunakan kaedah koperatif
dapat memberi rangsangan kepada saya serta memberi tumpuan yang lebih Berdasarkan item
ke 4 iaitu saya mendapati pembelajaran menggunakan kaedah koperatif dapat memberi
rangsangan kepada saya serta memberi tumpuan yang lebih, didapati taburan skala yang
dipilih oleh pelajar lebih kepada setuju iaitu seramai 30 orang (85.71%) manakala pelajar
yang memilih tak pasti seramai 5 (14.28%) orang sahaja .Analisa persepsi murid item 5 pula :
Saya dapati pembelajaran menggunakan kaedah koperatif tidak membuang masa dan dan
menyeronokkan.Item ke 5 iaitu saya dapati pembelajaran menggunakan kaedah koperatif
tidak membuang masa dan menyeronokan, taburan skala yang dipilih oleh responden agak
menyeluruh. Bagi skala setuju, didapati bilangan pelajar yang memilihnya adalah seramai 33
orang ataupun 94.28 % daripada keseluruhan pelajar. Seramai 2 orang responden (5.71%)
telah memilih skala tak pasti. Keadaan ini adalah lebih baik berbanding skala tidak bersetuju,
dimana bagi pernyataan tak setuju, tiada seorang pelajar pun yang memilihnya.
Analisa persepsi murid item 6: Saya dapati alat bantu belajar dapat memberi motivasi untuk
saya terus maju di dalam Bahasa Melayu.Taburan skala bagi item ke-6 iaitu saya dapati alat
bantu belajar dapat memberi motivasi untuk saya terus maju di dalam Bahasa Melayu,
menunjukkan adanya jurang perbezaan yang agak besar diantara kenyataan bersetuju dan tak
pasti. Bagi kenyataan setuju, seramai 29 responden telah memilih bersetuju dengan
pernyataan berkenaan berbanding tak pasti yang hanya ada 6 orang responden sahaja. Namun
begitu,jurang perbezaan diantara keduanya telah dapat dikecilkan berbanding item nombor 5.
Analisa persepsi murid item 7 : Saya dapati gambar ransangan yang disediakan
memudahkan.Item ke-7 iaitu saya dapati gambar ransangan yang disediakan memudahkan,
rata-rata responden telah bersetuju dengan kenyataan yang diberikan. Seramai 34 orang
responden mengakui keberkesanan kaedah ini berbanding hanya seorang sahaja yang
memilih kenyataan tidak pasti.
Analisa persepsi murid item 8 : Penerangan yang disampaikan oleh guru mudah
difahami.Berdasarkan item ke-8 iaitu penerangan yang disampaikan oleh guru mudah
difahami, didapati taburan skala pilihan responden menunjukkan jurang perbezaan yang
masih ketara. Kenyataan ini disokong dengan pilihan responden dimana seramai 34 daripada
35 orang telah bersetuju dengan kenyataan ini. Hanya seorang pelajar yang memilih skala tak
pasti. Bagi skala tak setuju pula, tiada seorang pun yang telah memilihnya.
Rajah 4.16 : Analisa persepsi murid item 9: Saya dapat memahami setiap penerangan dan
penyampaian dengan mudah.Bagi item ke-9 iaitu saya dapat memahami setiap penerangan
dan penyampaian dengan mudah, rata-rata responden telah memilih bersetuju berbanding
dengan skala lain. Bilangan pelajar yang menyetujui pernyataan, saya dapat memahami setiap
penerangan dan penyampaian teks dengan mudah setelah menggunakan kaedah koperatif
adalah seramai 32 orang berbanding tidak pasti yang hanya melibatkan 3 orang responden
sahaja.
Analisa persepsi murid item 10 : saya dapati bahan bantu mengajar yang digunakan boleh
dijadikan panduan pembelajaran kendiri.Item terakhir iaitu item ke-10 iaitu saya dapati bahan
bantu mengajar yang digunakan boleh dijadikan panduan pembelajaran kendiri, menunjukkan
taburan skala pilihan responden tetap tidak berubah. Namun begitu, jurang perbezaan
diantara skala setuju dan tidak pasti mula mengecil. Bagi skala setuju, bilangan responden
yang bersetuju dengan pernyataan saya dapati bahan bantu mengajar yang digunakan boleh
dijadikan panduan pembelajaran kendiri adalah seramai 29 orang ataupun 82.85 % daripada
keseluruhan responden seramai 35 orang. Penurunan bilangan responden yang bersetuju
dengan pernyataan berkenaan telah menyebabkan bilangan responden yang memilih skala
tidak pasti telah meningkat dengan ketara berbanding dengan pernyataan pada item pertama
hingga ke 9. Didapati seramai 8 orang responden menyatakan bahawa mereka tidak pasti
dengan pernyataan yang diberi.
Untuk analisa secara keseluruhan min persepsi murid terhadap pembelajaran koperatif ini
mendapati bahawa 27.4 atau 90.75% bersetuju dan hanya atau 9.25 % tidak bersetuju. Ini
menunjukkan bahawa pendekatan koperatif ini sangat berkesan dan berguna dalam
menjayakan pembelajaran bahasa Melayu untuk pelajar tahun lima
4.6 Rumusan
Bab ini telah melaporkan secara menyeluruh mengenai prestasi pelajar, keberkesanan
pembelajaran penulisan dengan menggunakan kaedah koperatif di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu tahun lima di Sekolah Kebangsaan Gong Balai, Marang.
Namun begitu pendapat pelajar tentang pengajaran dan pembelajaran serta beberapa
kelemahan yang dapat dikesan dalam proses pengajaran tidak diabaikan. Perbincangan yang
berterusan mengenai keputusan dan dapatan yang diperoleh dalam penyelidikan ini akan
diterangkan dalam bab 5.
BAB 5
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN KAJIAN
5.1 Pendahuluan
Bab ini membincangkan dapatan yang diperolehi hasil dari kajian yang dijalankan.
Dengan penerapan kaedah pengajaran koperatif kepada mereka, tanggapan awal bahawa mata
pelajaran Bahasa Melayu Penulisan hanya bermakna kepada murid-murid yang mempunyai
kemahiran menulis sahaja dapat ditangkis kerana rakan-rakan berkemahiran tinggi akan
membimbing rakan-rakan mereka yang lemah supaya mereka sama-sama dapat
menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan.
Menurut Cheah dan June (19981/1999) , kelebihan dalam pengajaran koperatif ialah
murid dilatih untuk berkomunikasi , mengurus konflik , memimpin dan membuat keputusan ,
semuanya merupakan kemahiran social yang amat penting dalam dunia bekerja pada masa
hadapan. Di sini , kita dapat melihat dengan jelas bahawa aspek-aspek yang telah diterangkan
oleh Cheah dan June ini dapat ditingkatkan melalui penerapan kaedah pembelajaran ini.
Disamping belajar , mereka akan memainkan peranan ,masing-masing di mana yang kuat
akan membantu yang lemah, yang bermotivasi tinggi akan memberikan sokongan kepada
yang bermotivasi rendah, serta tolak ansur untuk mencapai kata sepakat. Mereka dididik
supaya boleh memainkan peranan masing-masing dengan berkesan dan mungkin peranan
tersebut bertukar pada setiap tugasan yang akan diberikan guru.
5.2 Perbincangan berdasarkan soalan kajian
Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kerunai Gerik ,Perak. Seramai 35 orang
murid Tahun Lima Cemerlang di sekolah tersebut telah dipilih untuk menjadi sampel kajian
ini. Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji keberkesanan kaedah koperatif untuk pengajaran
Bahasa Melayu Penulisan Tahun Lima bagi meningkatkan kemahiran menulis dalam
kalangan murid. Diharap kajian ini dapat memberi peluang serta keyakinan kepada murid
untuk membina pengalaman mereka bagi menyelesaikan masalah penulisan di sekolah
rendah.
Dengan menggunakan kaedah ini di dalam pengajaran dan pembelajaran, adalah
diharapkan murid dapat membuat keputusan secara bersama berdasarkan pengetahuan sedia
ada, pengalaman yang lepas dan pengetahuan yang diperolehi dalam bilik darjah, seterusnya
membolehkan mereka menyelesaikan masalah dengan lebih baik lagi. Besarlah harapan,
bahan ini akan digunakan sebaik mungkin dengan tujuan agar proses pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi lebih tersusun dan sistematik.
Empat instrumen telah digunakan ketika menjayakan kajian ini, iaitu soal selidik tentang
persepsi murid terhadap Bahasa Melayu dan kaedah koperatif, soal selidik tentang
keberkesanan kaedah keperatif juga instrument ujian pra dan ujian pasca. Soal selidik
digunakan untuk mengkaji persepsi mereka terhadap penggunaaan kaedah pengajaran dan
pembelajaran menggunakan kaedah koperatif untuk Bahasa Melayu Penulisan Tahun Lima .
Ujian pra dan ujian pasca pula digunakan untuk mengkaji pencapaian mereka sebelum dan
selepas rawatan dijalankan. Set soalan ujian pra dan pasca itu mengandungi beberapa aras
kesukaran.
Sepanjang tempoh kajian, kaedah belajar berkumpulan telah digunakan oleh pengkaji semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ujian pra telah diberi sebelum sesi
pengajaran dan pembelajaran dimulakan. Ujian ini dijalankan adalah bertujuan untuk
mengesan sejauh mana pencapaian pelajar sewaktu menggunakan kaedah tradisional . Pada
peringkat seterusnya adalah memberi pelajar ujian pasca. Dapatan keputusan menunjukkan
prestasi pelajar semakin meningkat hasil dari proses pembelajaran menggunakan kaedah ini.
Persepsi murid juga didapati positif setelah mengunakan bahan bantu mengajar berkenaan
ketika proses pembelajaran dijalankan. Bahagian seterusnya akan melaporkan keputusan
yang diperolehi melalui analisis soal selidik dan keputusan yang diperolehi dalam ujian pra
dan ujian pasca.
Kaedah pembelajaran koperatif yang diaplikasikan kepada responden iatu murid-
murid di dapati menunjukkan peningkatan terhadap kefahaman mereka dalam mengikuti
kelas Bahasa Melayu Penulisan. Kesuluruhan skor min bagi item penilaian pada peringkat
ujian pos adalah lebih tinggi berbanding nilai skor min bagi item penilaian peringkat pra
ujian. Keseluruhan skor min pada peringkat ujian pos kajian adalah sebanyak 66.42%
manakala skor min pada peringkat pra ujian ialah 58.97% .Secara purata , ini menunjukkan
peningkatan iaitu sebanyak 8.48%.
Kadar peningkatan ini membuktikan bahawa kaedah pembelajaran koperatif berkesan
meningkatkan murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan.Bukti ini menyokong
pandangan S-L Gan (1992), Cheah dan June (1998/1999), D.W. Johnson dan R. T Johson
(1989) yang menyokong penerapan kaedah pembelajaran kopretaif dalam kelas.
5.2.1 Perbincangan Soal selidik Keberkesanan Pendekatan Koperatif Dalam
meningkatkan Minat Murid Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Penulisan.
Persepsi pelajar terhadap pengajaran Bahasa Melayu dapat dirumuskan kepada dua tema iaitu
minat murid terhadap Bahasa Melayu dan penerimaan murid dalam pembelajaran Bahasa
Melayu penulisan oleh guru mereka. Berdasarkan jadual 4.5.1 minat terhadap Bahasa Melayu
dikesan melalui item pertama iaitu saya sangat meminati Bahasa Melayu. Peratusan yang
memberi reaksi sangat setuju ialah 33(94.28) berbanding tidak setuju ialah 2 ( 5.71 %) . Ini
menunjukkan minat murid terhadap matapelajaran Bahasa Melayu amat tinggi sekali.
Melalui item ke-3 iaitu saya berasa bersemangat ketika belajar Bahasa Melayu secara
berkumpulan dan item ke-7 iaitu saya dapati dengan belajar secara kumpulan memudahkan
saya menguasai kemahiran membaca membuktikan pendekatan kaedah koperatif semasa
rawatan amat membantu murid meningkatkan kemahiran membaca. Ini di perkukuhkan lagi
dengan peratusan yang diberikan iaitu 85.71 untuk reaksi setuju.
Melalui item ke-10 iaitu saya dapat menulis dengan baik setelah mengikuti cara yang
digunakan oleh guru. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru mereka
amat berkesan. Peratusan yang memberi reaksi setuju ialah 100 % ). Dapatan daripada hasil
soal selidik di atas maka jelaslah pendekatan koperatif boleh membantu meningkatkan
pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan.Ini disokong oleh Allport
(1995), Salvin (1990) yang menegaskan pembelajaran koperatif dapat membantu pelajar
belajar dalam kumpulan , menjalin kerjasama secara kolektif dan membentang hasil dapatan
secara bersama.Apa yang cuba diterapkan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah berdasarkan
hasil ketiga-tiga kajian ini dan mendapati bahawa kaedah ini sangat sesuai untuk
diaplikasikan di dalam kelas.
5.3 Cadangan Kajian Lanjutan
Falasafah Pendidikan Negara yang menekankan pembelajaran sepanjang hayat dapat menjadi
pemangkin kepada guru untuk terus mendidik pelajarnya supaya tekun belajar mencapai
kecemerlangan di masa hadapan.Guru yang bercita-cita tinggi tidak seharusnya mengajar
secara sambil lewa dan terlalu bergantung kepada kaedah pengajaran tradisional yang bersifat
sehala.Kaedah ini masih boleh dipakai , tetapin kelihatan sudah tidak relevan lagi pada masa
kini. Justeru , sebagai pendidik yang berwibawa , kita haruslah memperkasakan profesion
keguruan dengan ilmu-ilmu yang berguna untuk dicurahkan kepada anak didik kita.
Kaedah pembelajaran koperatif hanya salah satu daripada kaedah pembelajaran yang telah
ditemui oleh pakar-pakar pendidikan. Apa yang penting , guru-guru haruslah mempersiapkan
diri dengan ilmu-ilmu untuk mendidik , memilih serta merancang dengan rapi rancangan
pengajaran mereka supaya dapat membangkitkan minat pelajar yang dating daripada pelbagai
kecerdasan dan latar belakang. Di sini , pengkaji ingin mencadangkan beberapa cadangan
yang sesuai untuk meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
Penulisan.
Pengkaji mencadangkan agar kajian dijalankan dalam tempoh masa yang lebih panjang Masa
kajian yang diperuntukan selama 10 minggu adalah terlalu singkat jika dibandingkan dengan
hasil yang diharapkan oleh pengkaji kerana dalam tempoh yang begitu singkat telah
menyebabkan peningkatan prestasi murid tidak begitu memberangsangkan. Kajian lebih
mendalam, diharap dapat dilaksanakan di masa depan terutamanya ketika pengajaran dan
pembelajaran penulisan berbantukan kaedah koperatif dilaksanakan oleh pengkaji.
Selain itu juga, kajian ini perlu dijalankan lebih awal iaitu sebelum peperiksaan akhir tahun
agar semangat murid untuk belajar masih tinggi. Guru juga seharusnya menmanfaatkan
kemajuan bidang sain dan teknologi agar bahan bacaan yang bermutu seperti menghasilkan
bahan bacaan menggunakan perisian komputer dan teknologi terkini dapat dilaksanakan
sendiri. Dalam usaha memantapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran penulisan, perisian
yang lebih bermuta amat diperlukan oleh pendidik bagi memastikan perlaksanaan pengajaran
dan pebelajaran berjalan dengan lancar selaras dengan peningkatan prestasi pelajar. Oleh itu,
adalah menjadi harapan warga pendidik agar Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia serta
Pusat Perkembangan Kurikulum dan Bahagian Teknologi Pendidikan dapat menyediakan
perisian ini.
Kajian ini dijalankan terhadap 35 orang murid sekolah rendah sahaja. Untuk
mengetahui keberkesanannya kaedah pembelajaran dan pengajaran koperatif di dalam
penulisan dengan lebih mendalam, kajian seharusnya dilakukan pada bilangan murid yang
lebih ramai. Seterusnya kajian juga boleh dilakukan untuk mencari perbandingan
keberkesanan kaedah ini dari aspek demografi seperti perbandingan antara kawasan bandar
dan luar bandar, jantina, taraf sosio ekonomi dan sebagainya. Di samping itu kajian boleh
dilakukan pada perkataan lain agar keberkesanannya dalam pengajaran Bahasa Melayu
dengan menggunakan perkataan-perkataan yang lebih mencabar dapat ditentukan.
Kajian ini berkenaan satu kumpulan eksperimen yang diberi ujian pra dan ujian pasca.
Melalui pendekatan ini keberkesanan kaedah ini dapat ditentukan dengan lebih baik lagi.
Adalah dicadangkan supaya reka bentuk eksperimental yang melibatkan kumpulan kawalan
dan kumpulan rawatan dijalankan. Seterusnya kajian ini dilakukan dalam bentuk tinjauan
secara kuantitatif. Melalui pemerhatian ke atas aktiviti pembelajaran pola interaksi yang
berlaku boleh dianalisis untuk mengetahui apakah yang sebenarnya proses-proses yang
terlibat yang menyebabkan peningkatan prestasi murid.
Untuk memahami proses pembelajaran dengan lebih mendalam satu kajian berbentuk
kualitatif harus dilakukan. Melalui pendekatan ini justifikasi terhadap kekuatan dan
kelemahan kaedah ini boleh dibuat dengan lebih baik lagi. Selain itu, melalui temubual
perasaan murid dan apa yang mereka fikirkan boleh diketahui dengan lebih mendalam.
5.4 Rumusan
Bidang pendidikan telah menerima dan menyerap pelbagai revolusi baru hasil penyelidikan
tokoh-tokoh terkenal dalam meningkatkan keberkesanannya. Sebagai seorang pendidik , kita
wajib mengkuti perkembangan terbaru yang berlaku dalam dunia pendidikan di sekeliling
kita. Jika pada waktu dahulu proses pembelajaran hanya dilakukan secara sehala dan
berpusatkan guru, namun pada masa ini proses tersebut tidak lagi sesuai untuk diamalkan,
kerana murid akan mudah berasa bosan dan terlalu autokratik. Justeru , pendidik yang baik
mestilah mempunyai kebolehan menukar strategi pengajaran dan pembelajaran dengan pantas
jika didapati murid berasa bosan atau sukar memahami sesuatu topic pembelajaran. Untuk
menjadi seorang guru yang mempunyai kredibiliti tinggi , tentu sekali kita perlu
mempersiapkan diri dengan kemahiran , kaedah pengajaran dan pengetahuan tentang
teknologi yang terbaru bagi menarik minat murid.
Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, kaedah pembelajaran penulisan menggunakan
kaedah koperatif memang dapat meningkatkan lagi prestasi dan minat murid terhadap Bahasa
Melayu. Kaedah pengajaran ini dapat menjana idea murid secara kumpulan mahu pun
individu. Oleh itu kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran penulisan yang sesuai
amat perlu diaplikasikan dengan betul dan berterusan.
Perkembangan pengajaran menggunakan kaedah koperatif adalah cepat serta dapat
meningkatkan minat murid. Selain itu, penggunaannnya yang berterusan akan memberikan
keyakinan kepada guru dalam menyampaikan pengajaran dan secara tidak langsung serta
menggalakkan para guru mencipta sendiri bahan bantu mengajar sebagai sumber utama
dalam pengajaran dan pembelajaran. Disamping juga, guru haruslah mempertingkatkan
kemahiran dan mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi mengatasi masalah murid yang
merasa bosan serta dapat menarik minat murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
khususnya dalam menangani masalah membaca di kalangan murid. Selain itu juga,
penggunaan kad kad perkataan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran menjadikan guru
lebih bersedia untuk memulakan tugas mereka. Oleh itu, sebagai seorang guru yang
berdedikasi, kita perlulah bijak memilih kaedah yang sesuai dengan murid supaya proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan serta dapar melahirkan insan yang
seimbang yang selalu mahu berusaha mengatasi sebarang cabaran yang mendatang dalam
bidang pendidikan yang semakin mencabar.
SENARAI RUJUKAN
Cheah T. T. , Adlan A., Baskaran N.dan Lim C. L (2002). Keberkesanan Kaedah
Pembangunan Koperatif dalam Pembelajaran Pemahaman Teks di kalangan murid
SJK(C) dan SJK( T ), Jurnal Pendidikan MPSHAH Jld 6,
Pp21-35
David, W.J.,(1975).Learning Together and Alone :Cooperation, Competition and
Individualization, University of Minnesota ,New Jersey,Prentice-Hall, Inc.
Efendi Zakaria(1988). Mencari Titik Perseimbangan Di antara Keunggulan Teori dan
Kenyataan Praktis: Satu Kes Pelaksanaan Penyelidikan Pembelajaran Koperatif
Dalam Pengajaran Matematik Sekolah Rendah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan
MPS, 2 ,68-85.
Hulya Julie Yazici , 2005 .`A Study of Collaborative Learning style and Team Learning
Performance’ , Proceeding of the Education and Training , Vol:47.pp 216-229.
Mok Soon Sang (2010). “Penyelidikan Dalam Pendidikan ; Perancangan dan Pelaksanaan
Penyelidikan Tindakan”. Selangor .Penerbitan Multimedia sdn. Bhd.
Nor Azizah Salleh (2001). “Penerapan Nilai Murni Melalui Pembelajaran
Koperatif”.Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Santhiram, R.,(1978), The Deveploment of History Teaching in School In Peninsular
Malaysia (1905-1978).Can Examination Of the Syllabus & Textbook.Disember
1970,Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Sharan,S.(1980).Cooperative Learning in Small Groups: Recent Methods and Effects on
Achievement,Attiudes, and Ethnic Realtions. Review of Educational Research,
50(2),241-271
Salvin,R.E (1980).Cooperative Learning.Review of Educational Research,50(2), 241-271.
Vygotsky,L. H.(1978).Mind in Society.Cambridge, MA:Harvard UniversityvPress.