Download - bab 3 renew
-
8/3/2019 bab 3 renew
1/50
1
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pengenalan
Bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan penganugerahan Diploma
Kejuruteraan Elektronik, setiap pelajar diwajibkan membuat satu projek secara
berkumpulan pada semester lima dan semester enam pengajian. Perlaksanaan projek
ini membolehkan pelajar mempraktikkan segala pengetahuan dan kebolehan yang
didapati daripada pembelajaran di politeknik.
Oleh itu, pelajar diwajibkan mereka cipta satu projek yang diberi dan harus
disiapkan sepenuhnya. Projek yang dicipta ini mestilah memenuhi spesifikasi yang
telah ditetapkan oleh pihak politeknik.Untuk memenuhi syarat bagi mendapatkan
penganugerahan diploma, kami telah mencadangkan satu projek yang sesuai. Projek
yang dimaksudkan ialah 20 Watt Amplifier.
Projek ini merangkumi tiga litar yang bergabung. Iaitu litar bekalan kuasa 12
voltan, litar pra penguat dan litar penguat 20 watt. Projek ini menggunakan litar
bersepadu jenis TDA2005. TDA2005 ialah penguat audio B kelas kedua yang
khusus untuk penggunaan radio kereta.
Sebelum projek dilaksanakan, kami telah membuat beberapa perbincangan
bersama dan menjalankan beberapa kajian literatur agar projek yang hendak
dilaksanakan bersesuaian dengan persekitaran, dan keperluan samada ia memenuhi
kehendak pengguna atau tidak, dimana ia mendapat sambutan dipasaran tempatan
dan antarabangsa terutamanya dalam industri elektronik masa kini.
-
8/3/2019 bab 3 renew
2/50
2
Secara keseluruhannya, projek ini direka bermatlamat untuk menghasilkan
litar yang berjaya yang ekfisen dalam pengendalian operasinya sebagai sebuah
penguat audio.
1.1 Pernyataan Masalah
Kebanyakkan penguat audio yang sedia ada mempunyai saiz yang besar dan
terdiri daripada pelbagai gabungan peralatan asing. Kelebihan penggunaan penguat
audio ini adalah ianya boleh di bawa ke mana sahaja di sebabkan oleh saiz nya yang
agak kecil.
Masalah utama yang dihadapi adalah berkaitan dengan cara penggunaan litar
bersepadu jenis TDA2005 yang betul di mana ianya adalah komponen utama kepada
asas pelaksanaan projek ini. Kesukaran penggunaan litar bersepadu menyebabkan
pelaksanaan pengujian keseluruhan litar susah untuk dijalankan kerana ianya sering
mendapat herotan yang tinggi.
1.2 Objektif
Dalam melaksanakan projek ini, kami telah menetapkan beberapa objektif
utama yang hendak dicapai sebagai panduan dalam menjayakan projek ini. Untuk
merealisasikan projek ini, beberapa objektif perlu dicapai, iaitu :-
i. Membina litar penguat audio 20 watt.
ii. Membina litar bekalan kuasa 12 voltan.
iii. Membina litar pra penguat yang berfungsi untuk
menyediakan isyarat elektrik yang kecil untuk menguatkan lagi isyarat.
-
8/3/2019 bab 3 renew
3/50
3
iv. Membina litar penguat akan menaikkan amplitud sesuatu isyarat.
v. Merekacipta sebuah sistem penguat audio yang lebih kecil dari saiz yang
sedia ada.
1.3 Skop
Skop untuk projek ini adalah:-
i. Projek ini hanya menggunakan bekalan kuasa sebanyak 12 voltan.
ii. Litar ini menggunakan litar bersepadu jenis TDA 2005.
iii. Melakukan kerja-kerja penyelidikan dan mempelajari serba sedikit berkaitan
konsep dan fungsi penguat audio.
iv. Melakukan kerja-kerja penggabungan litar bagi menghasilkan sebuah sistem
yang lengkap serta pengujian yang sepenuhnya ke atas litar-litar yang telah
siap digabungkan.
v. Melakukan pengujian ke atas litar-litar yang telah siap bagi mengenal pasi
kadaran herotan dan kecekapan yang bersesuaian.
1.4 Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, kami telah mengenal pasti komponen-komponen yang
akan digunakan sebelum memulakan projek. Ini akan memudahkan kami untuk
menyediakan komponen yang sepatutnya sebelum proses membuat litar.
-
8/3/2019 bab 3 renew
4/50
4
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.0 Pengenalan
Kajian literatur adalah mengenai fungsi-fungsi komponen dan peralatan yang
digunakan dalam pembinaan projek bertajuk20 watt amplifier. Berdasarkan litar
skematik terdapat beberapa jenis komponen dan peralatan yang di gunakan.
Antara peralatan yang digunakan semasa menjalankan projek ini adalah ;
a) Playar pemotong sisi.
b) Playar muncung tirus.
c) Pemutar skru mata rata.
d) Pena ujian.
e) Besi pematri (soldering)
f) Penyedut timah (sucker)
g) Multimeter.
h) Squaring shear.
i) Acid ferric chloride.
j) Lettering
k) Pemateri.
-
8/3/2019 bab 3 renew
5/50
5
2..1 Komponen-komponen yang digunakan
2.1.1 Pengubah
Pengubah (transfomer) adalah merupakan sebuah alat statik yang
menghubungkan dua litar elektrik yang mana fungsinya adalah untuk menaik dan
menurunkan nilai voltan atau arus Ulang-alik. Sekiranya ia direka bentuk untuk
berkendali dalam mod voltan tetap, ia dikenali sebagai pengubah voltan dan
seandainya ia direka bentuk untuk berkendalian dalam mod arus-tetap, ia akan
dikenali sebagai pengubah arus.
Konsep kendalian pengubah adalah mengubah kuantiti elemen elektrik
(khususnya voltan dan arus) daripada satu nilai kepada satu nilai yang berlainan,
samada menaikkan atau merendahkan. Ini bermakna pengubah menjadi alat utama
untuk menggandingkan kesemua bahagian dalam satu sistem elektrik besar yang
menggunakan pelbagai aras voltan.
Ketika penghantaran kuasa, bekalan kuasa daripada penjana akan dinaikkan
(dengan pengubah peninggi) ke aras voltan talian penghantaran, manakala pada
penghujung talian penghantaran, nilai voltan akan diturunkan lagi (dengan pengubah
penurunan) secara berperingkat dan akhirnya kepada satu nilai voltan piawai yang
sesuai untuk pengagihan kepada pengguna akhir. Ini bertujuan untuk menyumbang
kelebihan dalam sistem penghantaran kuasa elektrik, kerana dalam pemindahan suatu
nilai kuasa tertentu, voltan tinggi membawa arus yang rendah dan seterusnya
mengalami kehilangan yang rendah.
-
8/3/2019 bab 3 renew
6/50
6
2.1.1.1 Binaan Asas Pengubah
Binaan asas pengubah terdiri daripada sebuah teras yang dililit dengan dua belitan
pengalir. Belitan-belitan ini masing-masing mempunyai fungsi dan bilangan lilitan
tertentu.
Bahagian teras dililit oleh pengalir kuprum berpenebat dengan bilangan
lilitan tertentu. Nama dan jenis pengubah bergantung kepada bilangan belitan pengalir
kuprum tersebut dibuat dan jenis teras yang digunakan.
Rajah 2.1: Binaan Asas
2.1.1.2 Teras pengubah
Teras diperbuat daripada kepingan-kepingan keluli silikon yang ditebat
diantara satu sama lain. Ketebalan setiap kepingan biasanya adalah antara 1 mm hingga 5 mm. Di samping tahan lasak, kepingan keluli silikon mempunyai sifat
histerisis yang rendah bagi mengurangkan kehilangan kuasa. Teras dibuat berlapis-
lapis untuk mengelakkan kehilangan kuasa yang disebabkan oleh arus pusar.
Teras dibuat mengikut bentuk tertentu bagi mengurangkan lesapan kuasa.
Bentuk utama teras yang lazim digunakan ialah bentuk kelompang (E-I) dan bentuk
tingkap (U-I) seperti ditunjukkan di bawah. Walau bagaimanapun, pemilihan jenisdan bentuk teras adalah bergantung kepada penggunaan pengubah.
-
8/3/2019 bab 3 renew
7/50
7
Rajah 2.2 : Teras Bentuk Tingkap (U-I)
Rajah 2.3 : Teras Bentuk L
Rajah 2.4 : Teras Bentuk E dan I
-
8/3/2019 bab 3 renew
8/50
8
2.1.1.3 Gelung Pengubah
Binaan asas pengubah terdiri daripada dua gelung yang dililit pada teras.
Gelung yang disambung ke punca voltan dinamai gelung primer utama dan digunakan
untuk menyalur masuk tenaga elektrik kepada pengubah. Gelung yang disambung ke
litar beban dinamai belitan sekunder dan digunakan untuk menyalur keluar tenaga
elektrik dari pengubah.
Manakala adalah dawai pengalir dengan saiz garis pusat tertentu yang
dibentuk sebagai gelung. Kedua-dua gelung ini mempunyai aruhan saling yang
tinggi. Jika gelung primer atau utama (primary coil) disambungkan kepada bekalan
Arus Ulang-alik sebagai punca masukan, arus akan mengalir dalam gelung dan
mewujudkan fluks ulangalik di dalam teras (core), di mana kebanyakan fluks ini akan
merangkai gelung sekunder (secondary coil) sebagai punca keluaran yang
disambungkan kepada beban elektrik.
Terdapat juga pengubah yang mempunyai hanya satu belitan iaitu auto-pengubah.
Bahagian sekunder auto-pengubah diambil sebahagian daripada belitan utama.
Np NsBekalan Primer, Vp Bekalan
SekunderVs
Garisan fluks
Gelung SekunderGelung Primer Teras
Rajah 2.5 : Binaan Pengubah
-
8/3/2019 bab 3 renew
9/50
9
Rajah 2.6 : Bentuk auto-pengubah
2.1.2 Kapasitor (Pemuat)
Pemuat ialah komponen yang menyimpan cas elektrik. Proses menyimpan
tenaga dalam kapasitor dikenali sebagai mengecas, dan melibatkan cas elektrik
yang mempunyai magnitud yang sama, tetapi kekutuban yang berlawan yang
berkumpul di kedua-dua plat masing-masing. Pada asasnya, pemuat terdiri daripada
dua plat logam atau 2 pengalir yang selari dan dipisahkan oleh penebat yang
dipanggil dielektrik. Dielektrik ini boleh terdiri daripada udara, kertas, mika, polister
atau elektrolitik. Satu pemuat mengandungi lapisan bahan penebat yang terapit di
antara dua plat logam. Medan elektrik di dalam pemuat mempunyai banyak
kesamaan dengan medan magnet. Nilai kemuatan pemuat ialah ukuran jumlah caselektrik yang boleh distor di dalam peranti. Pemuat boleh dibahagikan kepada dua
kumpulan iaitu pemuat tetap dan pemuat boleh ubah iaitu :
http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Cas_elektrik&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Cas_elektrik&action=edit&redlink=1 -
8/3/2019 bab 3 renew
10/50
10
2.1.2.1 Pemuat Tetap
Rajah 2.7: Pemuat tetap.
Pemuat tetap ialah pemuat yang nilai kemuatannya tetap. Pemuat jenis ini
ada yang berkutub seperti pemuat elektrolitik.. Pemuat tetap jenis tidak berkutub
seperti pemuat seramik, mika dan kertas pula boleh disambung tanpa mengambilkira
kekutupan sambungannya.
Pemuat berkutub hanya sesuai untuk litar arus terus. Jenis-jenis bagi pemuat
tetap ialah pemuat udara, pemuat kertas, pemuat mika, pemuat seramik atau pemuat
elektrolitik. Apabila memilih pemuat, faktor yang perlu diambil kira ialah nilai
kemuatan, had terima, voltan kerja dan bocoran.
2.1.2.2 Pemuat Boleh Ubah
Rajah 2.8 : Pemuat boleh ubah
Pemuat boleh ubah ialah jenis pemuat yang nilai kemuatannya boleh dilaras.
Nilai kemuatan dapat diubah sama ada dengan melaraskan luas permukaan plat yang
berkesan ataujarak antara plat.
-
8/3/2019 bab 3 renew
11/50
11
2.1.2.3 Pemuat jenis elektrolitik (ada kekutuban)
Rajah 2.9: Tantalum
Rajah 2.10 Aluminium
2.1.2.4 Pemuat jenis bukan elektrolitik (tiada kekutuban)
Rajah 2.11 Seramik
Rajah 2.12 Mylar
-
8/3/2019 bab 3 renew
12/50
12
2.1.2.5 Cara Menguji Kapasitor
i) Pintaskan pemuat
ii) Pada awalnya, jarum meter akan terus bergerak ke bacaan 0 ohm
kerana pemuat mula mengecas.
iii) Kemudian, jarum meter akan bergerak menuju ke inifiniti perlahan-
lahan menandakan pemuat nyahcas.
iv) Apabila pemuat nyahcas sepenuhnya, jarum meter akan berhenti pada
bacaan infiniti.
2.1.3 Perintang
Di dalam litar Board Pengesan Pintar , terdapat perintang yang
digunakan. Perintang ditakrifkan sebagai sesuatu komponen atau bahan yang boleh
menghalang atau menghadkan aliran arus dalam litar sebagai pembahagi voltan. Ia
juga menghasilkan susutan voltan dan melesapkan tenaga elektrik.
Rajah 2.13 Simbol perintang
Secara umumnya, perintang juga dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu
perintang tetap dan perintang boleh ubah. Bentuk perintang secara fizikal pada
dasarnya menggunkan Kod warna perintang.Kod warna bertujuan untuk menentukan
nilai. Nilai perintang didapati dengan membaca jaluran kod warna pada perintang.
-
8/3/2019 bab 3 renew
13/50
13
2.1.3.1 Jenis Perintang
i. Perintang tetapperintang yang mempunyai nilai rintangan yang tetap.
Rajah 2.14 Perintang tetap
ii. Perintang boleh ubah perintang yang nilai rintangannya boleh diubah-
ubahdan dikenali sebagai REOSTAT.
Rajah 2.15 Perintang boleh laras
Jadual di bawah menunjukkan jadual kod warna perintang. Kebanyakkan
perintang mempunyai empat jalur. Tiga jalur yang pertama memberikan bacaan nilai
namaan perintang, manakala jalur yang keempat menunjukkan nilai had terima.
-
8/3/2019 bab 3 renew
14/50
14
Jadual 2.1 Nilai Perintang
Warna Jalur 1
No. 1
Jalur 2
No. 2
Jalur 3
Pendarab
Jalur 4
Had
Terima
Hitam 0 0 1 -
Coklat 1 1 10 -
Merah 2 2 100 -
Jingga 3 3 1000 -
Kuning 4 4 10000 -
Hijau 5 5 100000 -
Biru 6 6 1000000 -
Ungu 7 7 10000000 -
Kelabu 8 8 100000000 -
Putih 9 9 1000000000 -
Emas 0.1 5%
Perak 0.01 10%
Tiada 20%
-
8/3/2019 bab 3 renew
15/50
15
2.1.3.2 Menguji perintang
i. Sebelum menggunakan meterpelbagai, pastikan penunjuk beradadalam kedudukan sifar ohm apabila kedua-dua prob penguji
bersentuhan.
ii. Bacaan akan ditunjukkan pada meter pelbagai,jika perintang dalam
keadaan baik.
iii. Jika meter pelbagai menunjukkan bacaaan infiniti atau terkeluar dari
julat, itu menandakan perintang tersebut rosak.
2.1.3.3 Nilai perintang
Perintang jenis filem karbon dan filem logam mempunyai kod warna untuk
pengenalan nilainya. Perintang ini mempunyai empat jalur warna yang tercetak
padanya dan mempunyai nilai tertentu. Gabungan empat warna tersebut
menunjukkan nilai sebenar perintang tersebut. Untuk mengetahui nilai rintangan
pada perintang adalah dengan mengetahui kod warna perintang. Kod warna ini
terdapat pada badan perintang dan setiap warna mewakili nilai tertentu. Perkara
penting untuk anda mesti tahu adalah mengenali warna atau anda bukan seorang buta
warna.
Empat perkara penting yang perlu diambil kira apabila memilih perintang iaitu:-
i. Nilai Perintang
Nilai perintang boleh didapati dengan merujuk kepada kod warna atau kod
bercetak pada perintang. Nilai yang dinyatakan oleh kod warna dan kod
bercetak disebut sebagai nilai namaan (nilai terkadar).
-
8/3/2019 bab 3 renew
16/50
16
ii. Had Terima
Had terima ialah kelegaan bagi nilai sebenar. Jika satu perintang dengan nilai
namaannya 100 dan had terimanya ialah 10%. Perintang tersebut biasanya
akan mempunyai nilai sebenar antara 90 dan 110. Lebih kecil nilai terima
maka lebih tepat bacaan nilai perintang.
iii. Kadar Kuasa
Kadar kuasa ialah kuasa maksimum yang dapat diterima oleh perintang dan
tanpa mengalami kerosakan. Jika kadar dilampaui, perintang akan perintang
biasanya berkait rapat dengan kadar kuasa.
iv. Kestabilan
Kestabilan merupakan keupayaan sesuatu perintang untuk mengekalkan nilai
rintangan dari segi perubahan suhu persekitar dan jangka hayat sesuatu
perintang.
2.1.4 Suis Tekan
Suis tekan merupakan sebagai salah satu daripada suis. Ia akan diletakkan
pada permukaan casing. Ia bertujuan untuk ON dan OFF litar. Ia akan
mengawal samada ingin mengoperasikan litar atau mematikan pengoperasian litar.
Suis tekan memainkan peranan utama dalam litar.
Rajah 2.16 Suis Tekan
-
8/3/2019 bab 3 renew
17/50
17
2.1.5 Litar Bersepadu TDA 2005
TDA2005 ialah penguat audio B kelas kedua yang dirancang khusus untuk
penggunaan radio kereta. Keupayaan arus yang deras (sehingga 3.5A) dan
keupayaan memandu muatan-muatan impedans rendah (jatuh untuk 1.6ohms) adalah
satu litar pilihan yang baik untuk penguatkuasaan penggalak murah ini. Litar
bersepadu ini boleh didapati dalam dua kelainan: jenis jambatan dan TDA2005S
TDA2005M untuk penggunaan stereo.
2.2 Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, kami telah mengumpul maklumat mengenai langkah-langkah
kerja yang akan kami lakukan sepanjang proses penyiapan projek kami. Di sini,
kami dapat membuat persediaan awal dan mengetahui status perkembangan status
projek kami. Kajian literatur juga amat penting kerana ia dapat memberikan idea dan
hala tuju mengenai projek yang akan kami lakukan.
-
8/3/2019 bab 3 renew
18/50
18
BAB 3
METODOLOGI
3.0 Pengenalan
Pada semester 5 ini, kerja penyiapan untuk litar bekalan kuasa harus
disiapkan bagi mengelak kekurangan masa pada semester 6. Pada semester 5 ini,
kerja mencari komponen, proses etching atau CNC dan juga penyiapan litar harus
dilakukan mengikut jadual.
Pada semester ini ,kerja harus cepat disiapkan supaya pada semester 6 nanti
tidak berlaku kekurangan masa bagi pelajar. Selain itu,kerja-kerja seperti membuat
kasing untuk litar bekalan kuasa harus dilakukan supaya pada semester depan pelajar
hanya fokus unuk membuat litar projek sebenar.
Bagi mengelak kekurangan masa, pelajar dinasihatkan supaya membuat grant
chart untuk mengikut penjadualan yang tepat. Selain itu, pada semester 5, kerja
penyiapan bekalan kuasa harus dilakukan di atas PCB dan pastikan ia tidak perlu di
baikpulih untuk mengelak kekurangan masa
-
8/3/2019 bab 3 renew
19/50
19
3.1 Carta Alir Penghasilan Proposal Projek bagi Bekalan Kuasa
MULA
MULA MENCARI LITAR PROJEK
BEKALAN KUASA YANG SESUAI
PENILAIAN DAN PERSETUJUAN
PENYELIA
MENGUMPUL MAKLUMAT TENTANG
BEKALAN KUASA
MENCARI BAHAN UNTUK LITAR BEKALAN
KUASA
MEMBINA BEKALAN
KUASA DUAL
TAMAT
SIMULASI
(PENGUNAAN LIVEWIRE)
GAG
BERJAY
MELAKUKAN KAJIAN
TERAKHIR SEBELUM
MELAKUKAN KAJIAN LITAR
BEKALAN KUASA PADA
-
8/3/2019 bab 3 renew
20/50
20
3.2 Carta Aliran Penghasilan Projek Bagi Bekalan Kuasa
Mula
Memilih
Tajuk Yang Sesuai
Mengkaji
Litar
Penyelidikan
Komponen
Mendapatkan
Komponen
Merekabentuk
Litar Surihan
Menguji
Komponen
Memeriksa
Litar Surihan
A
ADA
TIDAK
BERFUNGSI
BETUL
SALAH
-
8/3/2019 bab 3 renew
21/50
21
Proses CNC
Memateri
Komponen
Memindahkan
Litar ke PCB
Lukisan Di atas
PCB
Etching
Memasang
kom onen
Menebuk
Luban
Memeriksa
kedudukan kaki
komponen
B
Menguji
O erasi Litar
Tidak Berfungsi
A
Memastikan kaki komponen
tidak touchin
-
8/3/2019 bab 3 renew
22/50
22
3.3 Keterangan
a) Memilihkan Tajuk
- Memilih tajuk yang mampu dibuat.
- Mencari tajuk yang sesuai dan mencari litar skematik.
b) Mengkaji Litar
- Memahami litar skematik yang dipilih dan memahami operasi litar tersebut.
- Mengubah litar sedia ada untuk memudahkan kerja.
c) Penyelidikan komponen
- Komponen harus dipastikan terdapat di kedai-kedai berkaitan.
- Jika tiada komponen harus usaha untuk mencari dan jika tiada komponen
yang dijumpai harus menukar tajuk.
d) Mendapatkan Komponen
- Pastikan kesemua komponen ada sebelum membuat keputusan.
- Komponen boleh ditukar mengikut nilai yang sesuai.
B
Tamat
Kasing
-
8/3/2019 bab 3 renew
23/50
23
e) Menguji Komponen
- Komponen yang telah ada harus diuji sama ada berfungsi atau tidak.
- Komponen haruslah menepati litar yang hendak dibuat.
f) Merekabentuk Litar Surihan
- Rekabentuk litar boleh diubah mengikut skala sendiri dan pastikan ia tepat.
- Litar yang dibentuk sendiri harus dijarakkan supaya kerja pemateri dapat
dilakukan dengan mudah.
g) Memeriksa Litar Surihan
- Pastikan tiada litar pintas yang berlaku atas litar surih yang dibuat.
- Jika didapati ada litar pintas,litar surih harus dilakukan semula.
h) Memindahkan Litar ke PCB
- Litar yang sudah siap dikaji dan dipastikan harus diterbalikkan sebelum
melukis di atas PCB.
i) Lettering
- Kerja lettering dilakukan dengan menyurih keseluruhan litar dan ia perlu
dilakukan dengan cermat serta tepat.
- Melekatkan lettering pada pengalir - papan PCB.
j) Etching
- Proses etching dilakukan supaya bahagian yang tidak diperlukan dibuang.
- Pastikan lukisan menggunakan marker tebal sebelum membuat proses etching
mengunakan asid flerric cloride.
-
8/3/2019 bab 3 renew
24/50
24
k) Proses CNC (Computer Numerical Contol)
- Numerical Control merupakan sistem automatic mesin perkakas yang
dioperasikan oleh perintah yang diprogram secara abstarkdan disimpan di
media penyimpanannya.
- Hal ini berlawanan dengan kebiasaan sebelumnya dimana mesin perkakas
biasanya dikawal dengan putaran tangan atau manual.
l) Menebuk Lubang
- Lubang yang ditebuk harus berada tepat pada tempat-tempat diman hendak
meletakkan kaki komponen.
m) Memasang komponen
- Komponen diletakkan pada tempat yang sesuai mengikut litar skematik yang
dilihat.
n) Menguji kedudukan kaki komponen
- Pastikan komponen dilettakkan pada tempat yang betul seperti negatif ke
negatif untuk mengelakkan pematerian semula atau kerosakkan komponen.
o) Memateri
- Melakukan pematerian ke atas kaki-kaki komponen pada litar PCB.
- Pematerian harus dilakukan dengan teliti supaya tidak berlaku kerosakan
pada komponen atau PCB.
p) Menguji Operasi Litar
- Litar diuji dengan menggunakan multimeter supaya tiada litar pintas yang
berlaku.
- Jika litar gagal berfungsi, proses memeriksa kedudukan kaki komponen
diulangi.
- Jika perlu,litar perlu dibuat semula.
http://id.wikipedia.org/wiki/Mesin_perkakashttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Abstark&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Abstark&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/wiki/Mesin_perkakas -
8/3/2019 bab 3 renew
25/50
25
q) Binaa Kasing
- Selepas siap semua proses penyedian litar,casing akan dibuat untuk
meletakkan litar dengan kreativiti sendiri.
- Kasing harus dilakukan mengikut saiz litar.
3.4Perkakasan
Tujuan pengujian komponen ini dibuat adalah untuk memastikan komponen
yang digunakan mempunyai nilai yang sama dengan litar yang diperlukan.Selain itu,
komponen yang rosak atau kurang nilainya akan menyebabkan litar tidak berfungsi
atau berlaku letupan ke atas komponen seperti transistor dan sebagainya.Komponen
seperti perintang harus diukur kerana takut ada kesilapan pada kod warna atau
kecuain pelajar mengira kod warna.Jika berlaku kerosakan atau salah nilai pada
komponen,litar yang dibuat tidak dapat berfungsi dengan baik atau tidak dapat
berfungsi terus.
Cara-cara untuk menguji komponen adalah seperti berikut:
a) Pengujian Perintang
Langkah-langkah untuk menguji perintang adalah seperti berikut: -
i. Sediakan sebuah multimeter.
ii. Laraskan multimeter ke julat untuk memeriksa rintangan.
iii. Calibration ke atas multimeter dilakukan iaitu kedua-dua probe multimeter
dipintaskan.
iv. Pastikan bateri multimeter cukup supaya tidak berlaku ralat pada multimeter
yang boleh mempengaruhi nilai yang hendak diambil.
-
8/3/2019 bab 3 renew
26/50
26
Rajah 3.1: Calibration Multimeter
v. Laraskan butang Adj (pelarasan sifar ohm) sekiranya penunjuk tidak
menunjukkan tepat pada nilai sifar.
vi. Untuk memeriksa perintang yang tidak diketahui nilai rintangannya,
sentuhkan kedua-dua probe itu kepada kaki perintang berasingan.
Rajah 3.2 : Mengambil Bacaan Perintang
vii. Bacaan akan didapati pada penunjuk namun ianya bukan nilai sebenar.
Ianya perlu didarabkan dengan julat rintangan yang telah dilaras pada
multimeter.
viii. Baca bacaan dengan cara yang betul bagi mengurangkan ralat terjadi.
ix. Sekiranya perintang tidak menunjukkan sebarang nilai rintangan, ini
menunjukkan perintang itu rosak.
-
8/3/2019 bab 3 renew
27/50
27
b) Pengujian Litar PadaBreadboard
Untuk memastikan sama ada litar skematik projek yang dipilih dapat berjaya
beroperasi atau tidak, litar tersebut hendaklah terlebih dahulu diuji dengan
menggunakan breadboard. Pengujian liatar dilakukan dengan menyambungkan
komponen-komponen pada breadboard berpandukan kepada litar skematik projek.
Bekalan kuasa diberikan dan keluaran litar diperhatikan.
Rajah 3.3 : Pengujian Litar PadaBreadboard.
Rajah 3.4 : Rupabentuk Dan Binaan Breadboard.
Pemasangan ini memerlukan Pelompat (Jumper) untuk melengkapkan litar
dan biasanya wayar akan digunakan sebagai pelompat. Jika litar tersebut dapat
berfungsi seperti yang telah dijangkakan, maka litar surihan boleh mula dilukis. Jika
didapati litar tidak berfungsi, kesilapan atau masalah yang timbul perlu dikenalpasti
dan diselesaikan sebelum proses seterusnya dilakukan.
-
8/3/2019 bab 3 renew
28/50
28
c) Melukis Litar Rekabentuk
Sebelum melukis litar surihan, litar rekabentuk dilukis untuk memandu kita
menganggar ruang komponen yang perlu disediakan untuk melukis litar surihan.
Biasanya litar rekabentuk dilukiskan di atas kertas graf bagi pengukuran yang lebih
tepat.
d) Merekabentuk Litar Surihan
Litar surihan atau litar bercetak merupakan litar yang akan dilukis pada papan
PCB. Litar surihan hendaklah dilukis mengikut saiz sebenar komponen-komponen
dalam litar. Litar surihan bagi keseluruhan litar akan dilukis berpandu kepada litar
rekabentuk mengikut jarak yang telah ditentukan. Sambungan hendaklah dipastikanagar tidak bersilang. Setiap sambungan pada litar surihan hendaklah diperiksa
dengan teliti untuk memastikan tiada sebarang kesilapan. Litar surihan yang dilukis
diubahsuai supaya saiznya sama dengan saiz papan PCB yang telah ditentukan.
Selepas siap melukis kedudukan litar hendaklah diterbalikkan. Litar surihan ini
kemudiannya boleh dipindahkan ke papan PCB.
e) Proses Lettering
Kertas graf yang telah dilukis dengan litar surihan dilekatkan di bahagian atas
papan PCB bersama-sama dengan kertas karbon.
Rajah3.5 Menekap Litar Di Atas PCB
Litar ditekapkan pada papan PCB yang beralaskan kertas karbon dengan
menggunakan pen atau pensil.
-
8/3/2019 bab 3 renew
29/50
29
Rajah 3.6 Menekap Litar Di Atas PCB
Setelah selesai menekap, pensil digunakan untuk menghitamkan lagi litar
yang telah ditekap pada permukaan papan PCB. Setelah selesai membuat litar
bercetak atas papan PCB, langkah seterusnya adalah melekatkan lettering pada
permukaan kuprum yang telah dihitamkan.
f) Proses Etching
Proses Etching merupakan proses menghakis lapisan kuprum yang tidak
diperlukan. Proses ini dimulakan dengan penyediaan larutan asid ferric klorida yang
merupakan sumber penghakis yang utama bagi kuprum dimana gumpalan pepejal
asid ferric klorida dilarutkan dengan air panas dalam sebuah bekas sehingga ianya
menjadi sebati. Selepas itu, papan PCB dimasukkan ke dalam bekas yangmengandungi larutan tersebut dan bekas digerakkan secara perlahan-lahan selama 20
minit untuk mendapatkan hasil etching yang lebih seragam. Setelah proses etching
siap, lettering yang masih tertinggal pada papan PCB digosok dengan kertas pasir
bersama dengan air secara perlahan-lahan supaya lapisan kuprum tidak menjadi nipis
atau terputus.
Rajah 3.7 :Contoh Asid Ferric Chloride
http://us.st9.yimg.com/store4.yimg.com/I/webtronics_1744_22806880http://us.st9.yimg.com/store4.yimg.com/I/webtronics_1744_22806880http://us.st9.yimg.com/store4.yimg.com/I/webtronics_1744_22806880 -
8/3/2019 bab 3 renew
30/50
30
g) Proses CNC
Numerical Control merupakan sistem automatic mesin perkakas yang
dioperasikan oleh perintah yang diprogram secara abstarkdan disimpan di media
penyimpanannya. Hal ini berlawanan dengan kebiasaan sebelumnya dimana mesin
perkakas biasanya dikawal dengan putaran tangan atau manual. Mesin perkakas
biasa ditambahkan dengan motor yang akan menggerakkan pengawal mengikuti
titik-titik yang dimasukan kedalam sistem. Mesin kemudian komputer digital dan
akhirnya menciptakan mesin perkakas moden yang disebut Mesin CNC (computer
numerical control). Manual penggunaan mesin CNC adalah seperti di bawah:
1. Proses menukar PCB WizardkepadaExport Gerber.
- Litar dari livewire ditukar ke PCB Wizard dan pastikan litar telah
lengkap disambung.
- KlikTools pilih CADD/CAMdan klik padaExport Gerber.
- Paparan Export Gerber akan muncul dan klik butang Save As untuk
memilih lokasi Folderyang hendak disimpan.
- Pilih Folder yang digunakan dan Save dengan menggunakan FileName yang mudah diingati.
- Hilangkan tanda semak pada Circuit Board, Component Side dan Silk
Screen.
- Tukar Format pada Coordinates dari No Zero Supression kepada
Leading Zero Supression.
- Klik pada kotakMetric (mm), kemudian klik butang OK.
- Selesai prosesExport GerberdanMinimize perisian PCB Wizard.
2. Proses menggunakan perisianISOCAM- Buka perisianISOCAM.
- Klik butang File kemudian pilihLoad Files.
- Pilih Folder yang digunakan dari File Project (Export Gerber).
- Pilih File Name yang disimpan dalam format .drl dan . gb0 dan buka
secara serentak.
- PaparanRead Files akan muncul, klik OK.
http://id.wikipedia.org/wiki/Mesin_perkakashttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Abstark&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/wiki/Komputerhttp://id.wikipedia.org/wiki/Digitalhttp://id.wikipedia.org/wiki/Digitalhttp://id.wikipedia.org/wiki/Komputerhttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Abstark&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/wiki/Mesin_perkakas -
8/3/2019 bab 3 renew
31/50
31
- Paparan ini hanya menyatakan bilangan Tools yang diggunakan dalam
ISOCAM.
3. Proses Synchronize Layer
- Litar dibuka.
- Litar mestilah dianjakkan ke Paksi (0,0) dengan cara berikut:
i. Klik butang Editpilih Synchronize Layers dan pilih By Hand
untuk anjakkan secara manual.
ii. Paparan Synchronize Layers akan muncul.
iii. Hitamkan Layer 0 dan Layer 1 dan klik pada kotak bertanda
semak.
iv. Move Selected Layers To Zero kemudian klik butang OK.
v. Paparan Trek Litar akan muncul dan pilih mana-mana satu
lubang Trek dan Klik.
vi. PaparanDrill Holes sahaja akan muncul dan klik pada lubang
yang sama dengan Lubang Trek Tadi.
vii. Satu paparan akan muncul, dimana litar sudah berada di Paksi
(0,0).
4. Proses Add Fixing Holes
- Seterusnya proses membuat lubang rujukan pada litar agar proses
Mirrorlitar dapat dilakukan.
- Pilih butangEditdan klik padaAdd Fixing Holes.
- Satu paparan Create Fixing Holes muncul.
- Klik butang Select Drill Tool dan satu paparan Select Drill Tool akan
muncul.
- Di ruang Tool Code taipkan angka 1 kemudian pada ruangDiameter
taipkan 3.0 mm.
- Selepas itu, klik butangAdd Tool dan satu paparan bacaan keluar pada
ruangDrill Tools.
- Setelah selesai, klik butang OK.
- Paparan Create Fixing Holes akan muncul sekali lagi bagi
mempaparkan saiz lubang yang telah dipilih, dan langkah seterusnyaadalah klik butang OK.
-
8/3/2019 bab 3 renew
32/50
32
- Setelah selesai paparan akan menunjukan lubang yang dibuat pada
litar.
- Litar ini sudah siap sedia untuk prosesMirror.
5. ProsesMirror- Pastikan L0 tajuk projek.gb0 diaktifkan atau dipaparkan untuk Trek
Litar.
- Kemudian Right Klikpada tetikus dan klik pada Mirror Over Fixing
Holes.
- Paparan akan muncul, dimana Trek Litartelah diMirrornamunDrill
Holes masih berada di kedudukan asal.
- Seterusnya adalah prosesMirrorbagiDrill Holes:
i. Pastikan tajuk projek.drl diaktifkan atau dipaparkan untuk Drill
Holes.
ii. KemudianRight Clikpada tetikus dan klik pada Mirror Over
Fixing Holes.
iii. Paparan prosesMirrortelah lengkap.
6. Proses Create Milling Data
- Pasti tajuk projek.gb0 diaktifkan atau dipaparkan untukTrek litar.
- Pilih butang File. Klik pada pilihan Create Milling Data.
- Paparan pilihanEdit Milling Parameters akan muncul dan klik OK.
- Paparan pilihanMessage akan muncul dan klik pada butangNo.
- Selepas itu kelihatan garisan putih pada sekeliling Trek Litar. Ini
menandakan kawasan yang akan terlibat dalam Proses Milling
- Seterusnya adalah proses menyimpan Milling Data dengan cara
berikut:
i. Pilih butang File dan klik pada saveMilling Data.
ii. Paparan pilihan Save Milling Data As akan muncul. Pilih
Folderyang digunakan dan tulis name File bagi prosesMilling
kemudian klikSave.
-
8/3/2019 bab 3 renew
33/50
33
7. Proses Save Drilling Data
- Pastikan tajuk projek.drl diaktifkanDrill Holes.
- Pilih butang File kemudian klik pada pilihan Save As.
- Paparan pilihan Save As muncul. Pilih Folder digunakan dan tulis
nama File bagiDrilling kemudian klik Save.
- Paparan Save Drills akan muncul.
- Pada ruang Drill type klik pilihan pada User, pada pilihan Number
Format klik pilihan Floating Point pada pilihan Units klik butang
pilihan unit sehingga unitMils.
- Setelah selesai klik pada butang OK.
- Paparan pilihan Save Drill Toll Listmuncul. Klik butang Cancel.
- Selesai proses menggunakan perisianISOCAM.
- Minimize perisianISOCAM.
8. Proses Akhir Menggunakan PerisianRouterPro
- Buka perisianRouterPro 2008, dan paparan pilihan akan muncul.
- Pastikan PCB Boardtelah dipasang pada mesin CNC dalam keadaan
betul.
- Setkan Offset ( titik mula ) pada paksi X dan Y. ( Cadangan 10-
15mils ). Pastikan offsetpadaDriling danRouting adalah sama.
- Ukur dan setkan ketebalan Board: 1.51 (telah diset) dan Base: 4.16
(telah diset).
9. Proses Drilling
- Tandakan Drilling untuk proses menebuk lubang,
- Klik butang Open File pada bahagianDrill File dan pilih Folder File
Projectyang disimpan dan format .nc dan klik butang OPEN.
- Paparan pilihan Drill Toll Data akan muncul.
- Tools in use diberikan 1 and 2 menandakan bahawa Tool T1 dan T2
yang digunakan dalam proses ini.
- Pada ruanganATC Tab adalah 1 bagi T1 dan 2 bagi T2 menandakan
Drill Bits hendaklah diletakkan di tab 1 dan 2 pada mesin CNC.
- Ruang + mm adalah tetapan saiz bagi Drill Bits yang akan
digunakan setiap Tools.
-
8/3/2019 bab 3 renew
34/50
34
- Setelah itu, klik OK.
- Paparan pilihanDrilling akan muncul.
- Klik pada butang Update Data untukUpdate Data yang disimpan
tadi, kemudian butang Update Data akan bertukar warna kelabu
tanda sudah Update.
- Setelah itu, klik butang Start Drilling untuk memulakan proses
menebuk lubang.
- Paparan Pilihan Toolbarakan muncul dan klik pada butang [Play]
untuk mula.
- Paparan Pilihan Toolbar sekali lagi muncul dan klik butang Tools
Inserted.
- Kemudian mesin CNC akan mula beroperasi sehinnga selesai.
- Setelah prosesDrilling selesai, paparan muncul dan klik butang OK.
- Kemudian paparan Toolbarsmuncul dan klik butang [segi empat].
- Kemudian selesailah proses menebuk lubang (drill holes).
10.Proses Routing
- Tandakan pada ruangRouting untuk prosesMilling.
- Klik butang Open File pada bahagian Route File dan pilih Folder
File Projectyang disimpan dalam format .Plt dan klik butang OPEN.
- Paparan pilihanRouter Tools akan muncul.
- Tools in use diberikan 1 menanda bahawa Tool T1 yang digunakan
dalam proses ini.
- Pada ruangan ATC Pos adalah 13 bagi T1 menandakan kedudukan
Drill bits hendaklah diletakkan di tab 13 pada mesin CNC.
- Ruang Depth mm adalah tetapan kedalaman torehan yang akan
dilakukan pada
- Tetapan padaDepth mm ini boleh diubah mengikut kesesuaian litar.
- setelah itu, klik butang OK.
- Paparan pilihanRouting akan muncul.
- Klik pada butang Update Data untuk Update Data yang disimpan
tadim kemudian butang Update Data akan bertukar warna kelabu
menandakan sudah Update.
-
8/3/2019 bab 3 renew
35/50
35
- Setelah itu, klik butang Start Routing untuk memulakan proses
Milling.
- Paparan Pilihan Toolbar akan muncul dan klik ada butang [Play]
untuk mula.
- Paparan Pilihan Toolbar sekali lagi muncul dan klik butang Tools
inserted.
h) Menebuk Lubang
Proses menebuk lubang dilakukan bertujuan untuk menyediakan lubang-
lubang yang diperlukan bagi memasukkan kaki-kaki komponen ke dalam papan PCB
untuk dipateri. Proses ini dijalankan setelah proses Etching selesai. Biasanya mata
gerudi yang berdiameter 1mm digunakan untuk menebuk lubang. Lubang perlulah
ditebuk dengan berhati-hati supaya hasil kerja adalah baik dan cantik.
Rajah 3.8 : Proses Menebuk Lubang Pada PCB
i) Proses Memateri
Pematerian adalah proses mencantumkan kaki komponen dengan litar pada
papan PCB. Alat dan bahan yang digunakan untuk pematerian ialah pemateri,
penyedut pateri, timah, kertas pasir dan pemotong tepi.
-
8/3/2019 bab 3 renew
36/50
36
Rajah 3.9 : Alat Yang Digunakan Semasa Proses Soldering.
Sebelum kerja pematerian dimulakan, pemateri dipanaskan terlebih dahulu.
Kepanasan pemateri boleh diuji dengan menyentuh sedikit pateri pada pemateri. Jika
pateri lebur, maka kerja pematerian boleh dijalankan. Semasa memateri, pemateri
tidak boleh menyentuh kaki komponen dan papan PCB terlalu lama kerana papan
PCB dan komponen akan megalami kerosakan akibat suhu yang tinggi.
Untuk memastikan proses pematerian dilakukan dengan selamat dan
menghasilkan hasil kerja yang kemas. Langkah-langkah memateri yang betul perlu
diikuti. Jadual dibawah nunjukkan langkah-langkah yang perlu diikuti semasa proses
soldering dijalankan.
3.5 Kesimpulan
Setiap proses dalam melakukan projek ini harus dilakukan mengikut jadual
supaya tidak berlaku kekurangan masa untuk menyiapkannya.Selain itu,projek yang
dibuat haruslah dipilih megikut kemampuan pelajar.Setiap kerja yang dilakukan
harus dilakukan dengan teliti supaya tidak akan mengulang benda yang sama bagi
mengelak membazir masa.Kerjasama diperlukan bagi mendapatkan hasil yang baik.
http://www.hobbytron.net/product847.htmlhttp://www.hobbytron.net/r-rts12.htmlhttp://www.hobbytron.net/product847.htmlhttp://www.hobbytron.net/r-rts12.htmlhttp://www.hobbytron.net/product847.htmlhttp://www.hobbytron.net/r-rts12.htmlhttp://www.hobbytron.net/product847.htmlhttp://www.hobbytron.net/r-rts12.htmlhttp://www.hobbytron.net/product847.htmlhttp://www.hobbytron.net/r-rts12.htmlhttp://www.hobbytron.net/product847.htmlhttp://www.hobbytron.net/r-rts12.html -
8/3/2019 bab 3 renew
37/50
37
BAB 4
DAPATAN DAN ANALISA
4.0 Pengenalan
Penemuan (dapatan) dan analisa projek merujuk kepada ujikaji atau
percubaan tertentu dan analisis rangkaian pada projek projek yang telah siap. Tujuan
utama dari analisis rangkaian projek adalah untuk memastikan bahawa rangkaian
projek berfungsi,berkendali dengan baik seperti yang dirancang ataupun sebaliknya.
Tujuan lain kerja ujikaji ini dilakukan adalah mengesan kerosakan pada litar ataupun
kesalahan pemasangan komponen dari segi polarity dan sebagainya.
4.1 Dapatan
4.1.1 Pengenalan
Penguat audio amplifier mempunyai pelbagai class yang menghasilkan
berbagai jenis kualiti keluaran bunyi. Perbandingan antara ketiga-tiga kelas penguat
dari aspek kebaikan, keburukan, kegunaan dan gelombang adalah seperti yang
berikut :
-
8/3/2019 bab 3 renew
38/50
38
Kelas
Penguat
Ciri-ciri
A Kebaikan : Herotan bentuk gelombang terendah
Keburukan : Kecekapan terendah; digunakan hanya untuk kegunaan
isyarat kecil.
Kegunaan : Tahap-tahap kuasa rendah pra penguat
Gelombang :
B Kebaikan : Kecekapan yang agak baik
kerana tiada kuasa
digunakan kecuali apabila
ada isyarat.
Keburukan : Hanya separuh bentuk gelombang yang hadir,
digunakan dengan transistor pasangan untuk menghasilkan semula
kedua-dua separuh.
Kegunaan : Penguatkuasa keluaran audio
Gelombang :
C Kebaikan : Kecekapan tertinggi kerana arus mengalir secara meletus
dalam sebahagian gelombang.
Keburukan : Herotan paling teruk; hanya 30-45% dari bentuk gelombang
dikuatkan.
Kegunaan : Digunakan dalam penerima dan pengayun.
Gelombang :
-
8/3/2019 bab 3 renew
39/50
39
Jadual 4.1 Jenis-jenis Kelas Penguat
4.2 Analisa Projek
Banyak hasil yang diperolehi daripada projek ini setelah selesai dilaksanakan.
Antaranya melalui pengujian yang dilakukan. Di sini dapat diketahui teknik-teknik
yang perlu digunakan semasa melakukan pengujian seperti cara menggunakan
multimeter, osiloskop dan sebagainya.
Rajah 4.1 Osiloskop
Osiloskop perlu di kalibrasi terlebih dahulu supaya mendapat 1 kHz.
Caranya ialah;
I. Tentukan volt/div x bilangan petak xprobe multiplier.
II. Sambungkan probe positif dan negatif osiloskop disambungkan pada litar
untuk mengambil keluaran gelombang pada osiloskop tersebut.
III. Pastikan nilai pada osiloskop adalah betul pada spesifikasi yang ditetapkan.
-
8/3/2019 bab 3 renew
40/50
40
Rajah 4.2 Litar gambar rajah beserta dengan gelombang
4.2.1 PraPenguat Audio
Pra penguat audio di reka bentuk bagi fungsi :
i. Menguatkan isyarat kecil dari unit masukan
ii. Menjodohkan galangan masukan
iv. Menghadkan nisbah hingar isyarat.
4.2.2 Penguat Audio
Litar ini adalah penguat kelas B dan dijodohkan dengan pengubah keluaran agar
sesuai dengan speaker.Isyarat pincang (voltan a.t) di masukkan oleh pemacu samada
Pengubah Penerus Penapis Pengatur Pembahag
i voltan
Voltan a.u. Voltan a.t.
-
8/3/2019 bab 3 renew
41/50
41
dari litar transistor atau litar sepadu untuk membolahkan transistor keluaran bekerja
dalam kelas B.
4.2.3 Kerosakan Yang Mungkin Berlaku
a. Diod pincang: Bagi setengah reka bentuk, diod pincang di kenakan untuk
menentukan keluaran tepat pada fasa 180. Jadi diod yang rosak harus di gantikan
dengan nilai pincang bagi transistor pemacu.
b. Nilai kapasitor: Nilai voltan kapasitor yang digunakan tidak sama sepertiyang sedia pada litar sebenar. Ini kerana kapasitor sebenar yang dikehendaki tidak
mudah didapati.
c. Litar bersepadu jenis TDA 2005: Laluan masukan dan keluaran kaki litar
bersepadu tidak dilakukan dengan betul. Penggunaan heatsink tidak digunakan
terlebih dahulu.
d. Litar pintas: Kami lebih mengutamakan penggunaan mesin CNC dalam
pembuatan litar kami. Oleh itu, kami masih lagi kurang dalam pengetahuan
penggunaan mesin tersebut di mana jarak antara longkang-longkang terlalu dekat dan
sekaligus mengalami masalah memateri komponen dengan sempurna.
e. Teknik pemateri: Kemungkinan pematerian yang telah dilakukan tidak begitu
sempurna. Di mana, ianya boleh menyumbang kepada kegagalan untuk litar kami
berfungsi seperti yang dirancang.
4.3 Teknik-teknik Mengesan Kerosakan
-
8/3/2019 bab 3 renew
42/50
42
Cara-cara mengesan kerosakan komponen elektronik biasanya berpandukan
pada kegunaan alat tersebut. Sebelum mencari kerosakan kita harus mengetahui
fungsi asas sesuatu alat yang perlu diperbaiki. Dari sini kita dapat menganalisa
kerosakan.
Antara teknik yang digunakan :
i. Mengukur voltan.
ii. Mengesan surihan isyarat.
iii. Mengesan surihan litar.
4.4 Pengujian-pengujian Yang Dibuat
4.4.1 Pengujian Setiap Komponen
Di sini semua komponen akan di uji dengan menggunakan alat
pengujian yang telah dinyatakan dalam bab sebelumnya. Pengujian akan
dibuat dengan menggunakan multimeter. Sekiranya terdapat komponen yang
tidak berfungsi, maka komponen tersebut akan diganti dengan komponen
yang baru.
4.4.2 Pengujian komponen kapasitor.
-
8/3/2019 bab 3 renew
43/50
43
Rajah 4.3 Pengujian kapasitor menggunakan multimeter.
i. Pintaskan pemuat
ii. Bila ia menyimpang ke kanan dan kemudian secara beransur- ansur kembali
ke kiri, bererti kapasitor baik.
iii. Bila jarum tidak bergerak,bermakana kapasitor tersebut telah rosak.
iv. Ketika ia menyimpang arah ke kanan dan tidak balik, kemungkinan kapasitor
bocor.
v. Untuk menguji 10F jangkah pada x10k atau 1k.
vi. Untuk kapasiti sampai 100F jangkah pada x100, di atas 1000F, Tukarkan
julat pada x1 untuk menguji kapasitor non elektrolit
4.4.3 Pengujian Komponen Diod
-
8/3/2019 bab 3 renew
44/50
44
Rajah 4.4 Pengujian komponen diod
i. Tukarkan julat kerintangan pada x1k atau X100
ii. Probemerah pada kedudukan katod (pada tanda gelang putih) dan prob
hitam pada anod.
iii. Oleh itu, kedudukan jarum adalah ke kanan maka ia tidak mempunyai
kerosakan.
iv. Jika ia tidak menunjukkan reaksi terhadap multimeter maka kemungkinan
diode megalami kerosakan.
4.4.4 Pengujian Perintang
-
8/3/2019 bab 3 renew
45/50
45
Rajah 4.5 Pengujian perintang.
i. Sebelum menggunakan meterpelbagai, pastikan penunjuk berada dalam
kedudukan sifar ohm apabila kedua-dua prob penguji bersentuhan.
ii. Bacaan akan ditunjukkan pada meter pelbagai,jika perintang dalam keadaan
baik.
iii. Jika meter pelbagai menunjukkan bacaaan infiniti atau terkeluar dari julat,
itu menandakan perintang tersebut rosak.
-
8/3/2019 bab 3 renew
46/50
46
BAB 5
PERBINCANGAN
5.0 Pengenalan
Dalam bab ini,menerangkan berkenaan dengan objektif yang telah dicapai
daripada projek bekalan kuasa ini. Terdapat empat objektif yang telah dicadangkan
dan ternyata hanya beberapa sahaja objektif ini telah berjaya. Bab ini
membincangkan tentang hasil dapatan projek dengan mengaitkan pencapaian
objektif projek. Bab ini juga perlu menerangkan hasil dapatan projek dan
mengemukakan hasil analisa terhadap projek tersebut.
5.1 Tahap Pencapaian Objektif
Pembuatan litar ini, telah tidak mencapai objektif sepenuhnya yang telah
ditetapkan dan mendapatkan voltan keluaran litar iaitu 12v dan .Proses pembuatan
bekalan kuasa ini dilakukan secara membuat perbincangan terlebih dahulu, samada
bekalan kuasa yang digunakan nanti bersesuaian dengan litar projek yang hendak
dijalankan.
Proses melakar dan menganalisis litar ini dilakukan dengan menggunakan
perisian iaitu livewire dan pcb wizard. Pengujian komponen juga dilakukan bagi
memastikan komponen yang diterima dapat berfungsi dalam keadaan yang baik.
Proses mencetak dan melakar litar pada pcb board dilakukan setelah selesai
-
8/3/2019 bab 3 renew
47/50
47
pengujian komponen dilakukan. Kemudian proses etching ataupun CNC pada pcb
board dan menebuk lubang bagi menempatkan kaki komponen, dan seterusnya
memateri komponen dilakukan. Kemudian pengujian litar dilakukan untuk
memastikan litar bekalan kuasa dapat berkendali dengan baik dan hasil voltan
keluaran adalah bersesuaian,
Kerja yang terakhir dalam membuat litar ini pula ialah membuat ataupun
memasang litar-litar kedalam kasing projek.
5.2 Masalah yang dihadapi
Dalam perlaksanaan projek pada semester 6 ini juga, banyak kesilapan yang
telah berlaku pada litar iaitu litar tidak berfungsi, penukaran litar, komponen yang
sukar didapati, pemasangan litar, penyambungan dan kekutuban. Kesilapan tersebut
telah dikenalpasti dan telah diperbaiki dan diperbetulkan.
Akhir sekali anggaran kos boleh membantu sekiranya komponen mahal
dengan mencari alternative lain untuk mengantikan komponen tersebut dengan
komponen lain agar dapat mengurangkan perbelanjaan mengikut kemampuan. Oleh
yang demikian, membuat jadual dan melakukan perancangan dengan teliti adalah
perkara yang sangat penting sebelum melaksanakan projek. Selain itu, antara
masalah yang dihadapi juga adalah seperti yang berikut:
Setelah litar siap dilakukan, pengujian keluaran dari litar dilakukan dan
didapati hasil yang ada tidak seperti yang dijangka. Keluaran dari litar
penguat tidak mengeluarkan keluaran menguat malah ianya hanya
mengeluarkan keluaran gelombang arus terus dan bukan arus ulang-alik.
-
8/3/2019 bab 3 renew
48/50
48
Hasil daripada simulasi tidak dapat dilakukan sepenuhnya. Ia mungkin
disebabkan oleh kapasitor dan perintang yang tidak bersesuaian telah
digunakan.
Objektif projek ini tidak tercapai sepenuhnya. Litar tidak dapat
menghasilkan keluaran kuasa sebanyak 20 Watts dan pelaksanaan ke dalam
perkakasan tidak bekerja. Ia amungkin disebabkan oleh komponen-
komponen yang tidak berfungsi dengan betul terutamanya litar bersepadu
TDA2005.
BAB 6
KESIMPULAN DAN CADANGAN
-
8/3/2019 bab 3 renew
49/50
49
6.0 Kesimpulan
Pelbagai aplikasi penguat sedang dilaksanakan setiap hari ini di dunia. Projek
ini adalah salah satu daripada pelaksanaan menggunakan penguat dalam kehidupan
sebenar. Dari ini pengetahuan projek praktikal telah diperolehi dan projek ini juga
adalah satu platform yang baik untuk belajar tentang sistem penguat audio terutama
dalam reka bentuk litar. Spesifikasi litar yang sangat penting dalam reka bentuk apa-
apa. Peranti ini digunakan dalam litar merupakan satu lagi faktor yang penting.
Semua spesifikasi tentang peranti mesti dikenali untuk memastikan peranti boleh
beroperasi pada syarat-syarat yang diperlukan. Sesuatupenguat alat yang mengambil
isyarat yang lemah dari sumber yang. Dalam hal audio penguat, kita ingin
mengambil isyarat yang lemah dari sumber (pemain CD, penala, pita dek, dan lain-
lain) dan membuat cukup kuat untuk memacu satu atau lebih pembesar suara.
Dalam melaksanakan projek bekalan kuasa ini, kami memilih bekalan kuasa
12 voltan. Bekalan kuasa ini hanya menggunakan sedikit sahaja komponen. Litar
bekalan kuasa ini boleh dibuat dalam bentuk yang besar atau kecil mengikut
kehendak pengguna. Litar pra-penguat juga hanya menggunakan komponen yang
agak sedikit dan berjaya disiapkan dengan sempurnanya. Di mana bagi litar penguat
20 watt pula, kami menghadapi masalah dengan cara dan penggunaan konsep yang
betul dalam penggunaan litar bersepadu jenis TDA2005. Kami membuat litar
tersebut sebanyak tiga kali dan masih menumui jalan buntu setiap kali simulasi litar
hendak dijalankan. Dalam pembuatan casing pula dengan saiz litar yang sesuai kami
dapat meletakkan transformer dengan litar dengan mengurangkan pembaziran ruang.
Bahan asas untuk kasing kami diperbuat daripada prospek itu sendiri. Kasing yang
kami buat juga mempunyai beberapa lubang yang ditebuk sendiri dengan
menggunakan pemateri untuk meletakkan fius, led, suis, wayar dan sebagainya.
-
8/3/2019 bab 3 renew
50/50
6.1 Cadangan
Penambahbaikan perlu dibuat untuk mengatasi kelemahan dalam mereka bentuk
penguat audio. Reka bentuk litar harus diubah suai untuk memudahkan lagi litar
sebagai contoh, mengubah litar dari menggunakan litar bersepadu untuk
menggunakan komponen diskret. Litar yang menggunakan litar bersepadu lebih
kompleks daripada menggunakan litar komponen diskret. Perhatian yang lebih perlu
diberikan kepada ciri-ciri komponen diskret yang digunakan adalah seperti perintang
dan kapasitor transistor.
Selama membuat projek ini,saya mencadangkan supaya membuat kiraan yang betultentang pungukuran bentuk litar terlebih dahulu supaya ia muat untuk diletakkan di
dalam kasing supaya tidak membazir dalam membuat kasing berulang-kali. Selain
itu,cara-cara untuk membuat penyusunan pada kasing hendaklah tepat supaya ia
tidak kelihatan berselerak apabila dilihat. Semasa penebukkan lubang juga harus lah
diukur supaya ia tidak kelihatan kucar-kacir. Tanda dibuat pada kasing supaya lokasi
komponen dan tanda-tanda yang penting seperti positif, negative, dan saiz suiz.