Download - Assignment Hbef3203
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER MEI/ 2012
HBEF3203
PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN
NAMA PELAJAR : KAREN ANAK SULAU
NO. MATRIKULASI : 791018135282001
NO. KAD PENGNEALAN : 791018-13-5282
NO. TELEFON : 019-8861018
E-MEL : [email protected]
NAMA TUTOR : WAN KAMARAN WAN SULAIMAN
PUSAT PEMBELAJARAN : SARAWAK LEARNING CENTRE
Karen anak Sulau HBEF3203
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKASURAT
1.0. PENGENALAN 2
2.0. JADUAL PENENTUAN UJIAN (JPU) DAN PEMILIHAN 4
ITEM-ITEM SOALAN
2.1. SKEMA PEMARKAHAN 4
2.2. PENTADBIRAN UJIAN 5
3.0. ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN, INDEKS KESUKARAN 6
DAN INDEKS DISKRIMINASI UJIAN KALI PERTAMA
3.1. PERBANDINGAN INDEKS KESUKARAN 8
SETIAP ITEM DENGAN JADUAL PENENTUAN UJIAN (JPU)
4.0. ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN DAN INDEKS KESUKARAN 10
UJIAN KALI KEDUA
4.1. LANGKAH PENGIRAAN PEKALI KORELASI 10
5.0. KESIMPULAN 12
6.0. APENDIKS 13
7.0. LAMPIRAN 14
1
Karen anak Sulau HBEF3203
1.0. PENGENALAN
Di dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid,
peranan yang perlu dimainkan oleh para guru adalah amat penting sekali. Guru juga perlu
merancang dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran,
menganalisis maklumat, menilai, melapor dan menjalankan tindakan susulan seperti
melaksanakan aktiviti pengukuhan, pengayaan atau aktiviti pemulihan. Ujian adalah di antara
salah satu kaedah atau prosedur yang boleh digunakan untuk memperoleh maklumat secara
sistematik berkaitan dengan sifat seseorang yang berhubung dengan aspek pendidikan atau
psikologi. Ujian juga adalah penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan calon dalam
sesuatu peperiksaan yang dijalankan.
Sebagai seorang guru, kita sudah semestinya perlu melalui suatu proses membuat
pemilihan jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian tertentu seperti pencapaian akademik
pelajar di mana ianya agak sukar dan rumit, begitu juga dalam membina item/soalan tersebut.
Dengan adanya penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU), ia sudah pasti sedikit sebanyak
akan dapat membantu kita untuk memilih jenis item yang diperlukan ataupun jenis soalan
yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar-pelajar kita.
Selepas item soalan dibina dan ujian sudah digubal, analisis item dan ujian perlulah
dibuat untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai untuk
digunakan. Analisis item akan membolehkan kita menilai kesesuaian item tersebut dari segi
kesukarannya, yakni sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu
kumpulan pelajar. Selepas membuat analisis item adalah digalakkan untuk membuat analisis
ujian bagi menentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut. Analisis
– analisis ini akan menghasilkan indeks yang dinamakan Indeks Kesukaran Item, Indeks
Diskriminasi Item, dan Pekali Korelasi - analisis ini perlu dilakukan supaya ujian yang
dihasilkan adalah sesuai dan sah bagi sesuatu tujuan tertentu.
Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, satu Jadual Penentuan Ujian (JPU)
yang meliputi salah satu sukatan pelajaran sekolah rendah, di mana melalui JPU berkenaan
satu set instrumen ujian yang mengandungi soalan objektif dan subjektif perlu digubal untuk
2
Karen anak Sulau HBEF3203
ditadbirkan kepada sebuah kelas. Kemudiannya, indeks kesukaran, indeks diskriminasi perlu
dikira untuk menghuraikan keberkesanan item yang telah dipilih.
Oleh yang demikian, bagi melaksanakan tugasan ini, tajuk “Nombor Bulat hingga 100
000” yang diambil daripada huraian sukatan matapelajaran Matematik Tahun 4 (rujuk
Lampiran A) telah dipilih. Berdasarkan tajuk satu unit JPU telah dibina bagi memudahkan
menggubal satu set soalan ujian yang akan kami tadbirkan di sekolah nanti. Setelah soalan ini
siap dibina, soalan ini telah ditadbirkan kepada 25 orang murid tahun 4 dari Sekolah
Kebangsaan Aping, Sri Aman.
3
Karen anak Sulau HBEF3203
2.0. JADUAL PENENTUAN UJIAN (JPU) DAN PEMILIHAN ITEM-ITEM SOALAN
Menurut Kubiszyn dan Borich ( 2003 ), Jadual Penentu Ujian ( JPU ) adalah carta dua
– hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini
menyenaraikan objektif – objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan
konsep – konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Antara ciri – ciri yang terdapat pada
Jadual Penentu Ujian ialah ia mengandungi kandungan sukatan pelajaran, jenis item yang
digunakan, kemahiran dan aras soalan mengikut aras taksonomi bloom, nombor soalan serta
jumlah keseluruhan soalan. JPU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas
ujian dan pembina item/soalan ujian. Antara kepentingan JPU ialah, kertas ujian dapat
digubal secara teratur dan bersistematik, untuk menjamin kesahan dari segi persampelan
sukatan pelajaran, memberi keseimbangan terhadap taburan soalan mengikut tajuk yang telah
ditetapkan dan perlaksanaan ujian adalah meliputi keseluruhan sukatan pelajaran yang telah
dipelajari. Di samping itu juga, aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun,
walaupun item dibina oleh pembina soalan yang berbeza.
Berdasarkan tajuk tugasan yang diberikan, satu Jadual Penentu Ujian ( JPU ) telah
dirangka meliputi sukatan pelajaran bagi Tahun 4 sepertimana yang terdapat pada Lampiran
B. Berdasarkan JPU tersebut, tajuk ‘Nombor Bulat hingga 100 000’ telah dibahagikan
kepada 6 topik kecil iaitu ‘Menamakan sebarang nombor hingga 100 000’, ‘Menambah
sebarang nombor hingga 100 000’, ‘ Menolak sebarang nombor daripada suatu nombor yang
kurang daripada 100 000’, ‘ Darab sebarang dua nombor dengan hasil darab sehingga 100
000’, ‘Membahagi sebarang nombor kurang daripada 100 000 dengan J nombor dua digit’
dan ‘Melaksanakan operasi bergabung melibatkan tambah dan tolak’. Daripada subtopik –
subtopik ini, 1 set instrumen soalan yang meliputi kemahiran kognitif mengikut aras
Taksonomi Objektif Domain Kognitif Bloom. Soalan – soalan yang telah kami gubal adalah
terdiri daripada 10 soalan aras pengetahuan, 10 soalan aras kefahaman dan aplikasi dan 10
soalan aras analisis, sintesis dan penilaian. Soalan – soalan yang dibina juga adalah terdiri
daripada 7 soalan aras rendah, 19 soalan aras sederhana dan 4 soalan aras tinggi.
4
Karen anak Sulau HBEF3203
2.1. SKEMA PEMARKAHAN
Pada umumnya, dalam sesuatu ujian/ peperiksaan, penggubal soalan diminta
menyediakan skema pemarkahan sebagai panduan semasa memeriksa skrip jawapan. Skema
pemarkahan ini perlu disediakan guru lebih awal untuk membantu guru mengenalpasti soalan
yang tidak sesuai, yang perlu dibaiki atau dibuang. Oleh itu, untuk tugasan ini, skema
pemarkahan telah disediakan untuk membantu proses penyemakan. (Rujuk Lampiran D)
2.2. PENTADBIRAN UJIAN
Setelah item-item siap dibina beserta dengan skema pemarkahan, ujian telah
ditadbirkan kepada 25 orang murid tahun 4 dari SK Aping, Sri Aman. Kertas ujian terdiri
daripada 20 soalan objektif/ aneka pilihan untuk bahagian A dan 10 soalan subjektif untuk
bahagian B. Ujian berlangsung selama 1 jam dan dikendalikan oleh guru matapelajaran
Matematik kelas berkenaan iaitu En. Ronny anak Unan. Calon-calon murid terdiri daripada 7
orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi, 11 orang murid berpencapaian sederhana dan
7 orang murid berpencapaian rendah.
5
Karen anak Sulau HBEF3203
3.0. ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN, INDEKS KESUKARAN DAN INDEKS
DISKRIMINASI UJIAN KALI PERTAMA
Setelah pentadbiran ujian berjaya dilaksanakan dalam masa 1 jam yang telah
diperuntukkan, jawapan murid akan disemak berdasarkan skema pemarkahan yang telah
ditetapkan. Hasil keputusan dan jawapan setiap murid telah dijadualkan seperti dalam Jadual
3.2(A) dan 3.2(B) yang dilampirkan.
Berpandukan jadual tersebut, indeks kesukaran bagi setiap item soalan boleh
ditentukan dengan rumus berikut.
Indeks kesukaran item (p) = bilangan calon yang memberi jawapan betul
Jumlah calon yang menjawab
Indeks kesukaran item dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item, iaitu sama ada
sesuatu item itu mudah dijawab atau susah dijawab.
Seterusnya, indeks diskriminasi setiap item juga turut dikira dengan menggunakan
rumus tersebut di bawah.
Indeks diskriminasi (d) = (Ru - R L ) ½ T (L+U)
Indeks diskriminasi adalah indeks yang digunakan untuk menentukan perbezaan keupayaan
murid sama ada berkeupayaan rendah atau berkeupayaan tinggi. Indeks diskriminasi boleh
dirujuk dalam Jadual 3.3.
Daripada Jadual 3.3, dapatlah dilihat bahawa soalan 1 dan soalan 11 mempunyai nilai
indeks diskriminasi yang negatif. Ia menunjukkan bahawa soalan-soalan ini tidak baik untuk
Penilaian Rujukan Norma (PRN) sebab ia secara songsang membezakan murid pandai
daripada murid lemah, iaitu lebih ramai murid lemah dapat menjawab soalan-soalan ini
dengan betul daripada pelajar pandai. 12 daripada 20 soalan iaitu 60% soalan mempunyai
indeks diskriminasi yang lebih daripada 0.3 yang merupakan agak baik untuk
mendiskriminasikan murid.
6
Karen anak Sulau HBEF3203
Aras diskriminasi boleh ditafsirkan seperti dalam Jadual 3.1.
Nilai (d) Pengkelasan item
0.00 - 0.10 tidak baik
0.11 - 0.20 kurang baik
0.21 - 0.30 sederhana baik
0.31 - 0.40 baik
0.41 - 1.00 sangat baik
Jadual 3.1: Aras diskriminasi dan pengkelasan item
7
Karen anak Sulau HBEF3203
3.1. PERBANDINGAN INDEKS KESUKARAN SETIAP ITEM DENGAN JADUAL
PENENTUAN UJIAN (JPU)
Kadar kesukaran soalan ditentukan oleh nilai (p) indeks yang diperolehi. Semakin
kecil nilai (p) indeks, semakin sukar soalan tersebut. Apabila nilai p > 0.85, maka soalan
tersebut dikatakan terlalu mudah dan apabila p < 0.15 maka soalan itu adalah amat susah.
Oleh itu, julat p perlu terletak diantara 0.15 minimum dan 0.85 maksimum untuk menentukan
soalan yang dibina adalah berkualiti.
Hasil daripada pengiraan analisis keputusan dan jawapan murid dalam Jadual 3.2(A)
dan 3.2(B), didapati soalan 1 sahaja yang dikategorikan dalam soalan yang terlalu mudah
dengan nilai p = 0.88. Tiada soalan yang dikategorikan dalam soalan yang terlalu susah dan
29 soalan berada dalam julat 0.15 < p < 0.85. Maka, dapatlah disimpulkan bahawa item-item
soalan yang dibina adalah berkualiti.
Jika dibandingkan dengan JPU yang telah ditetapkan, didapati bahawa kebanyakan
item-item soalan bersesuaian dengan tahap kognitif Bloom. Contohnya, untuk item nombor 7,
16, 13 dan 12 dalam bahagian A, semuanya soalan berbentuk analisis, sintesis dan nilai
dalam aras sukar. Indeks kesukaran bagi soalan-soalan tersebut ialah dalam julat 0.41- 0.60
iaitu sederhana sukar. Begitu juga item nombor 1 yang dalam kategori pengetahuan aras
mudah dan sememangnya mudah dengan nilai p = 0.88.
Akan tetapi bagi item nombor 3, 4 dan 20, nilai p berada dalam julat 0.21- 0.40 iaitu
sukar. Ia tidak sepadan dengan penetapan JPU yang mengkategorikan soalan-soalan tersebut
dalam aras mudah dan pertengahan bukannya sukar. Hal ini mungkin disebabkan murid
mudah alpa dengan soalan yang mudah dan keliru dengan pilihan jawapan yang lain.
Dapatlah disimpulkan bahawa item-item soalan yang dibina agak berkesinambungan
dengan Jadual Penentuan Ujian yang telah dibina. Sebagai paanduan aras kesukaran item
boleh ditafsirkan mengikut nilai p seperti dalam Jadual 3.4. berikut.
8
Karen anak Sulau HBEF3203
Nilai (p) Pengkelasan Item
0.00 - 0.20 terlalu sukar
0.21 - 0.40 sukar
0.41 - 0.60 sederhana sukar
0.61 - 0.80 mudah
0.81 - 1.00 terlalu mudah
Jadual 3.4. Aras kesukaran dan Pengkelasan Item
9
Karen anak Sulau HBEF3203
4.0. ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN DAN INDEKS KESUKARAN UJIAN KALI
KEDUA
Seterusnya, ujian kali kedua menggunakan item yang sama diberikan kepada
kumpulan murid yang sama. Hasil analisis keputusan murid dan pengiraan indeks kesukaran
bagi setiap soalan ditunjukkan dalam Jadual 4.2(A) dan 4.2(B).
Pengiraan pekali korelasi antara indeks kesukaran ujian kali pertama dan ujian kali
kedua boleh dilakukan dengan melengkapkan Jadual 4.3: Analisis Korelasi Linear bagi
Markah Uji-Semula.
4.1. LANGKAH PENGIRAAN PEKALI KORELASI
Sisihan piawai (Sx)
=
=
=
=
=4.55
Sisihan piawai (Sy)
=
=
=
=
=4.01
10
Karen anak Sulau HBEF3203
Pekali korelasi (rxy)
=
=
= = 0.71
Hasil daripada tiga langkah pengiraan tersebut, pekali kolerasi yang diperolehi ialah
0.71. Berdasarkan Jadual 4.1: Kekuatan hubungan mengikut nilai mutlak Pekali Kolerasi,
nilai 0.71 menunjukkan hubungan yang kuat antara markah Ujian 1 dan Ujian 2, yang juga
menjadi indeks kebolehpercayaan bagi ujian tersebut. Justeru, bolehlah diputuskan bahawa
ujian ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.
Nilai Mutlak Kekuatan Hubungan
≤ 0.20 Amat lemah
0.21 - 0.40 Lemah
0.41 - 0.60 Sederhana kuat
0.61 - 0.80 Kuat
0.81 - 1.00 Sangat Kuat
Jadual 4.1: Kekuatan Hubungan Mengikut Nilai Mutlak Pekali Kolerasi
11
Karen anak Sulau HBEF3203
5.0. KESIMPULAN
Secara keseluruhan, item-item soalan yang dibina adalah bertepatan dengan Jadual
Penentuan Ujian yang telah dibuat. Hasik pengiraan indeks diskriminasi juga menunjukkan
bahawa lebih 80% soalan adalah berada dalam pengkelasan item yang baik untuk Penilaian
Rujukan Norma (PRN) kerana soalan-soalan ini dapat membezakan murid yang pandai
dengan murid yang lemah. 29 daripada 30 item soalan juga mempunyai indeks kesukaran
yang sederhana sukar dan sesuai untk PRN.
Kesimpulannya, item-item soalan yang dibina boleh digunakan untuk menilai murid
kerana mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Pemilihan jumlah soalan yang
sebanyak 30 soalan dalam masa 1 jam juga agak sesuai dan memberi banyak ruang kepada
murid untuk menyelesaikan soalan berbentuk subjektif.
12
Karen anak Sulau HBEF3203
6.0. APENDIKS
RUJUKAN
Bhasah Abu Bakar. (2007). Pengujian, Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bhasah Abu Bakar. (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjung Malim: Quantum Books.
Mokhtar Ismail. (1995). Penilaian Di Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (1996). Penilaian Kendalian Sekolah. Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Raminah Hj Sabran. (1991). Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya pada
peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
13
Karen anak Sulau HBEF3203
7.0. LAMPIRAN
7.1. Lampiran A : Bahagian Sukatan Pelajaran yang dipilih.
7.2. Lampiran B : Jadual Penentuan Ujian
7.3. Lampiran C : Kertas soalan
7.4. Lampiran D : Skema Pemarkahan
7.5. Lampiran E : Sampel jawapan bagi tiga murid yang sama bagi ujian kali pertama dan kali
kedua
14
Karen anak Sulau HBEF3203
15