Transcript
Page 1: AGAMA Gema Jumaat HIKMAH - pusatislam.uum.edu.mypusatislam.uum.edu.my/images/BIL-6-2013.pdfUsaha membentuk generasi berilmu bukannya semudah yang disangka. Ianya memerlukan pengor-

Roh Saling Mengenali

Antara roh di alam barzakh saling mengenali antara sa-tu sama lain?

Roh bagi orang yang beriman akan terus mendapat nik-mat yang berkekalan, mereka mengenali antara satu sama lain. Suami mengenali isterinya begitu juga se-

baliknya, si bapa akan mengenali anak-anaknya begitu juga sebaliknya dan saling ziarah menziarahi antara satu sama lain. Sumber: Kitab Furu’ Masail

MUTIARA

HIKMAH

Berkata Al Hakim: Syukur itu pengikat perkara yang ada dan pemburu perkara yang tiada.

Ayuh kita meriahkan program

kerohanian…

Setiap Selasa dan Rabu–

KELAS TAHSIN AL QURAN

Setiap Selasa –KELAS

PENGAJIAN ASAS

FARDHU AIN

Setiap Khamis– KELAS

ASAS TAJWID MUSLIMAT

Khamis 2013-PENGAJIAN

KITAB TURATH

Selasa (minggu kedua dabn

keempat)- PENGAJIAN

FARDHU AIN

Setiap Jumaat- KURSUS

ASAS HAJI BERSIRI

Ahad- Khamis BIMBINGAN

AL QURAN INDIVIDU Khamis - RAWATAN ISLAM

DARUL SYIFA’

4- 5 Jun 2013– KEM

ALQURAN

13 Jun 2013– CERAMAH

ISRA’ MIKRAJ

18 Jun 2013- BICARA ULA-

MA’

Hubungi talian...

049285867/64/60/08/18/36

Dan layari…

www.pusatislam.uum.edu.my

AGAMA

m/s 4

S

J

TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM

Imam Abu Hanifah adalah pengasas kepada mazhab Hanafi, iaitu salah satu mazhab daripada Ahli Sunnah Wal Ja-maah.

Nama sebenar beliau ialah Abu Nu’man (Nu’man bin Thabit). Imam Hanafi berbangsa Parsi dan dilahirkan di sebuah perkampungan pada tahun 80 Hijriah bersamaan 660 Masihi. Be-liau seorang yang gemar kepada ilmu pengetahuan terutama ilmu fiqh dan juga mahir dalam sastera Arab. Kecintaan beliau ter-hadap ilmu telah membawa beliau untuk menuntut ilmu dengan 200 orang ulama termasuk para sahabat dan tabiin. Antara buku-bukunya yang terkenal ialah Al Fiqhul Akbar dan Al Alim Wa Al Muta’allim.

Beliau meninggal dunia pada 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi di penjara ketika berusia 70 tahun dan dikebumikan di Bahgdad.

AZHAB

Pengertian Hukum

Hukum ialah sesuatu ketetapan yang ditentukan kepada sesuatu perkara. Contoh kita menetapkan putih kepada kapur tulis atau menafikan putih pada dakwat. Memahami istilah

hukum adalah penting dalam mempelajari syariat Islam terutamanya dalam masalah A’qaid Islamiah.

Sidang Redaksi

Pengarang:

Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Perundingan, Pusat Islam UUM Dengan kerjasama:

Bahagian Hal Ehwal Masjid , Pusat Islam UUM

04-9285867/64/60/03/06

BIL 6/2013

Gema Jumaat

Page 2: AGAMA Gema Jumaat HIKMAH - pusatislam.uum.edu.mypusatislam.uum.edu.my/images/BIL-6-2013.pdfUsaha membentuk generasi berilmu bukannya semudah yang disangka. Ianya memerlukan pengor-

m/s 2

Tuntutan Bersikap Adil Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: Takutlah doa orang yang dizalimi

sekalipun ia seorang kafir kerana sesungguhnya tidak ada halangan di antara doanya dengan Allah. (Riwayat Ahmad)

Huraian 1) Sikap menzalimi orang lain adalah satu sifat yang dibenci dan dilaknat oleh

Allah S.W.T. 2) Selaku orang Islam kita hendaklah bersikap adil meskipun terhadap orang

yang bukan Islam kerana keadilan itu adalah cermin keimanan yang sebenar yang boleh melembutkan hati yang keras dan mengubah akhlak yang buruk

kepada baik. Malah keadilan itu boleh menerbitkan perasaan kasih sayang dan hormat-menghomati dalam masyarakat.

3) Hadis ini menjelaskan bahawa Allah S.W.T. menunjukkan sifat-Nya yang Ma-ha Adil di mana sesiapa juga hamba-Nya yang menzalimi orang lain akan dibalas dengan balasan yang setimpal sekalipun orang yang dizalimi itu adalah

orang kafir.

Pengertian Tajwid

Menurut bahasa ialah memperelokkan.

Menurut istilah pula ialah satu ilmu yang menghuraikan kaedah atau cara

bacaan Al Quran yang merangkumi hukum-hukum tajwid seperti makhraj

(tempat keluar huruf) sifat huruf, dengung, mad, waqaf dan lain-lain hukum

yang berkaitan dengan bacaan AlQuran.

Hukum Mempelajari Hukum Tajwid dan Membaca Al Quran Mengikut Tajwid

Hukumnya ialah fardhu kifayah bagi orang yang ingin mempelajari hukum

tajwid manakala fardhu ain bagi orang yang ingin membaca Al Quran mengi-kut tajwid.

m/s 3

HARI WARGA PENDIDIK

Tarikh 16 Mei adalah hari yang cukup bermakna bagi para pendidik kerana ianya diraikan bagi

memperingati jasa dan pengorbanan warga pendidik. Tidak kira banyak atau sedikit yang mereka ajari dan

walau apa juga bangsa dan agama mereka, mereka tetap dihargai sebagai seorang pendidik.Hadith daripada

Abu Hurairah, sabda Rasulullah S.A.W,

“ Pelajarilah ilmu, pelajarilah juga ketenangan dan kesopanan terhadap ilmu dan rendahkanlah

dirimu kepada mereka yang kamu pernah belajar padanya.”

Usaha membentuk generasi berilmu bukannya semudah yang disangka. Ianya memerlukan pengor-

banan masa, wang dan tenaga di samping kegigihan tanpa sifat putus asa para pendidik dalam misi per-

juangan yang berterusan.Para pendidik berganding dengan pimpinan kerajaan (Umara‟) untuk menggerak-

kan usaha membangunkan modal insan serta minda pelajar melalui ilmu fardhu „ain dan fardhu kifayah.

Saidina Ali Karamallahu Wajhah berkata, “Bukanlah kecantikan itu berupa pakaian yang menghiasi diri

kita, sesungguhnya kecantikan itu ialah kecantikan ilmu dan adab. Bukanlah anak-anak yatim itu anak-anak

yang kematian bapanya, tetapi sesungguhnya anak yatim itu ialah yatim ilmu dan adab”.

Islam menyuruh umatnya belajar dan seterusnya mengajarkannya pula kepada orang lain terutama

ilmu Al Qur‟an. Sabda nabi,

“Sebaik-baik kamu ialah mereka yang mempelajari Al Qur’an serta mengajarkannya kepada

orang lain.”

Imam As Syafie menggariskan enam panduan untuk para pelajar mendapat kejayaan iaitu; Kecerdi-

kan, minat yang mendalam, kesungguhan, perbelanjaan (wang ringgit) tunjuk ajar guru dan masa yang pan-

jang. Era globalisasi dan ICT memberikan cabaran yang besar kepada para pendidik di mana banyak masa-

lah terhasil ekoran penyalahgunaan teknologi, komunikasi dan ICT seperti laman sosial, membuli, mero-

kok, melepak, penyalahgunaan dadah, gangster dan bermacam karenah lain. Bagi menangani hal ini

ibubapa perlulah proaktif menyambung pendidikan yang dijalankan disekolah seperti solat berjemaah, me-

nutup aurat, berbudi bahasa dan lain-lain lagi. Ibu bapa perlu menghadiri mesyuarat PIBG sebagai suatu

cara permuafakatan menghadapi masalah. Mereka juga tidak sepatutnya melenting dan agresif apabila anak

mereka ditegur dan dinasihati oleh pendidik atau masyarakat setempat kerana inilah merupakan salah satu

cara menangani salah laku pelajar supaya tidak merebak.

Menyedari betapa besarnya jasa para pendidik maka sewajarnya masyarakat mengambil beberapa

langkah seperti berikut:

Mengakui para pendidik adalah manusia biasa yang boleh melakukan kesilapan dan jangan diperbesar-

kan isu-isu yang remeh yang timbul.

Amalkan budaya permuafakatan dan perundingan seperti yang digalakkan di dalam Islam.Mendoakan

kesejahteraan para pendidik serta menziarahi mereka seadanya. Menghulurkan apa juga sumbangan

yang diperlukan walaupun sedikit kepada mereka. Bercakap secara lemah lembut dengan mereka dan

selalulah mengucapkan terima kasih di atas jasa mereka.

Kepada semua pendidik diharapkan supaya meneruskan usaha gigih dan kecemerlangan budaya

ilmu supaya kegemilangan yang diimpikan akan menjadi kenyataan.


Top Related