dokumentasi majlis persaraan cikgu hashimi

6
PENGENALAN Majlis Persaraan Tuan Haji Hashimi Bin Hasan ini merupakan majlis khusus yang diadakan sempena meraikkan persaraan Tuan Haji Hashimi di sekolah ini sebagai guru dan pendidik. Majlis ini telah diadakan bagi mengenang jasa dan keringat yang dicurahkan oleh beliau selama lebih kurang 7 tahun bertugas di sekolah ini mulai 2008. Majlis Persaraan ini telah diadakan pada 29hb September 2014 di Dewan Terbuka SMK Seksyen 5 Wangsa Maju yang turut sama dihadiri oleh Puan Nor Adil Binti Jalil selaku Pengetua sekolah, Penolong Kanan Petang, Puan Hajjah Sharifah Binti Mat Deris, Ketua-ketua Bidang, guru-guru dan para pelaja sesi petang. Tuan Haji Hashimi telah dilahirkan pada 30hb September 1958 di Ipoh, Perak dan mendapat pendidikan menengah di SMK Setapak sehingga tahun 1974. Kecemelangan beliau dalam bidang akademik dan juga aktif dalam bidang sukan dan penah menjadi pemain bola sepak Liga Negeri Sembilan. Beliau telah mengikuti Latihan Asas Perguruan di Maktab Perguruan Raja Melewar dalam bidang TESL. Tuan Haji Hashimi telah memulakan tugas sebagai guru selama lebih kurang 35 tahun. Tuan Haji Hashimi telah memulakan tugas sebagai seorang guru sejak tahun 1980 di SMK simpang 3, Bagan Dato’, Perak iaitu sebagai guru Bahasa Inggeris. Majlis Persaraan Tuan Haji Hashimi ini diadakan bagi menghargai sumbangan dan bakti yang telah dicurahkan di sekolah ini selama lebih kurang 11 tahun. Di sekolah ini, beliau telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Sejarah. Beliau telah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi dan bersungguh-sungguh dalam mendidik anak-anak bangsa. 1

Upload: saya-lah-tu

Post on 04-Sep-2015

2.234 views

Category:

Documents


139 download

DESCRIPTION

persaraan guru

TRANSCRIPT

PENGENALANMajlis Persaraan Tuan Haji Hashimi Bin Hasan ini merupakan majlis khusus yang diadakan sempena meraikkan persaraan Tuan Haji Hashimi di sekolah ini sebagai guru dan pendidik. Majlis ini telah diadakan bagi mengenang jasa dan keringat yang dicurahkan oleh beliau selama lebih kurang 7 tahun bertugas di sekolah ini mulai 2008. Majlis Persaraan ini telah diadakan pada 29hb September 2014 di Dewan Terbuka SMK Seksyen 5 Wangsa Maju yang turut sama dihadiri oleh Puan Nor Adil Binti Jalil selaku Pengetua sekolah, Penolong Kanan Petang, Puan Hajjah Sharifah Binti Mat Deris, Ketua-ketua Bidang, guru-guru dan para pelaja sesi petang.Tuan Haji Hashimi telah dilahirkan pada 30hb September 1958 di Ipoh, Perak dan mendapat pendidikan menengah di SMK Setapak sehingga tahun 1974. Kecemelangan beliau dalam bidang akademik dan juga aktif dalam bidang sukan dan penah menjadi pemain bola sepak Liga Negeri Sembilan. Beliau telah mengikuti Latihan Asas Perguruan di Maktab Perguruan Raja Melewar dalam bidang TESL. Tuan Haji Hashimi telah memulakan tugas sebagai guru selama lebih kurang 35 tahun. Tuan Haji Hashimi telah memulakan tugas sebagai seorang guru sejak tahun 1980 di SMK simpang 3, Bagan Dato, Perak iaitu sebagai guru Bahasa Inggeris.Majlis Persaraan Tuan Haji Hashimi ini diadakan bagi menghargai sumbangan dan bakti yang telah dicurahkan di sekolah ini selama lebih kurang 11 tahun. Di sekolah ini, beliau telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Sejarah. Beliau telah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi dan bersungguh-sungguh dalam mendidik anak-anak bangsa.

PELAKSANAAN MAJLISMajlis Persaraan ini telah diadakan pada 29hb September 2014 di Dewan Terbuka SMK Seksyen 5 Wangsa Maju yang turut sama dihadiri oleh Puan Nor Adil Binti Jalil selaku Pengetua sekolah, Penolong Kanan Petang, Puan Hajjah Sharifah Binti Mat Deris, Ketua-ketua Bidang, guru-guru dan para pelajar sesi petang.Majlis dimulakan dengan perhimpunan rasmi mingguan, iaitu pada pukul 1.00 petang, paa pelajar dan guru-guru sesi petang telah bersedia berkumpul di Dewan Terbuka SMK Seksyen 5 Wangsa Maju. Pengawas yang bertugas telah menjalankan rutin perhimpunan rasmi mingguan sekolah yang dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti lagu Wilayah dan lagu Sekolah. Para Pelajar dan guru-guru menyanyikannya dengan penuh semangat. Selesai nyanyian, Pengawas yang bertugas akan membaca Visi dan Misi Sekolah, Rukunegara dan Ikrar Pelajar. Selepas itu, pengawas menyerahkan Majlis untuk diteruskan oleh Encik Sulaiman sebagai pengacara majlis bagi meraikan persaraan Tuan Haji Hashimi ini. Acara majlis diteruskan dengan menjemput seorang wakil pelajar untuk menyampaikan ucapan sempena Majlis Persaraan Tuan Haji Hashimi. Selesai ucapan dari wakil pelajar, Tuan Haji Hashimi dijemput bagi memberikan ucapan dan peluang terakhir kepada beliau untuk menyampaikan sepatah dua kata. Akhir sekali, Puan Nor Adib binti Jalil selaku Pengetua SMK Seksyen 5 dijemput bagi memberikan ucapan pertama dari beliau sempena pertukaran beliau ke sekolah ini dan ucapan penghargaan juga turut diberikan kepada Tuan Haji Hashimi terhadap jasa dan bakti yang dicurahkan selama berkhidmat di sekolah ini. Majlis Persaraan Tuan Haji Hashimi ini juga turut dimeriahkan dengan persembahan dari pelajar-pelajar seperti persembahan nyanyian, bersajak dan seloka. Akhir sekali, sebagai tanda terima kasih dan penghargaan terhadap bakti dan jasa Tuan Haji Hashimi, acara penyampaian hadiah dari Puan Sharifah, wakil panitia-panitia dan wakil pelajar kepada beliau.

JANGKAMASA MAJLISMajlis Persaraan Tuan Haji Hashimi ini telah mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit, iaitu bermula pada pukul 1.00 petang dan berakhir pada pukul 2.30 petang.

MATLAMATMatlamat majlis ini adalah dilakukan bagi menghargai sumbangan dan jasa yang telah diberikan secara langsung atau tidak langsung kepada Tuan Haji Hashimi sepanjang bekhidmat di sekolah ini dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.

OBJEKTIFMajlis Persaraan Tuan Haji Hashimi ini merupakan majlis anjuran guru-guru sesi petang yang secara khususnya meraikan hari terakhir beliau bertugas sebagai seorang guru dan pendidik. Majlis Persaraan ini juga dilakukan bagi;a) Memberi penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh beliau sepanjang bertugasb) Memberi peluang kepada pelajar-pelajar dan guru-guru bagi menyatakan ucapan terima kasih c) Mewujudkan kerjasama antara para guru dan pelajard) Memupuk perasaan hormat menghormati dan kasih saying antara satu sama lain

PERLAKSANAAN TUGAS DAN DAN PERSEDIAAN PROGRAM

Perlaksanaan program dimulakan dengan perbincangan antara guru sesi petang dan pelajar. Ahli Jawatan Kuasa kemudiaannya dibentuk untuk memastikan program berjalan lancar. Sehari sebelum majlis berlangsung, dewan dihias oleh AJK persiapan pentas dan backdrop. AJK persembahan pula melatih pelajar untuk persembahan untuk memastikan majlis berjalan lancar. Buku program juga disediakan bagi memastikan semua guru bersedia sepanjang majlis berlangsung.majlis dijangkakan diakhiri dengan acara bersalaman antara yang dirai dengan pelajar lelaki.

CATATAN PROGRAM

Program dimulai dengan ucapan alu-aluan dan bacaan doa oleh juruacara diikuti nyanyian lagu Negaraku, lagu Wilayah dan lagu Sekolah. Kemudian, majlis diteruskan dengan bacaan visi dan misi sekolah diikuti lafaz ikrar Rukunegara dan ikrar Pelajar. Seterusnya, Tuan.Haji Hashimi dijemput untuk memberikan ucapan diikuti ucapan dari pengetua sekolah. Selepas ucapan pengetua, majlis diteruskan dengan persembahan daripada pelajar dan penyampaian hadiah sebagai tanda penghargaan di atas jasa dan pengorbanan Tuan. Haji Hashimi di sekolah ini. Acara bersalaman terpaksa dibatalkan kerana hujan turun dengan lebatnya. Selesai majlis di dewan terbuka, Tuan Haji Hashimi diiring oleh Pengetua dan Penolong Kanan Petang ke Bilik Masak untuk menikmati sedikit juadah.

POST MOTERM

Majlis persaraan Tn. Hj. Hashimi berjalan dengan jayanya. Semua guru dan pelajar memainkan peranan masing-masing. Tiada kesukaran dialami sepanjang majlis berlangsung. Terdapat satu sahaja kekangan yang berlaku iaitu pada majlis penutup, acara bersalam-salaman antara yang dirai dengan pelajar tidak dapat dilaksanakan kerana hujan turun dengan lebatnya. Maka, pelajar terus naik ke kelas selepas majlis selesai.

PENAMBAHBAIKAN

Melalui pengalaman dan pemerhatian sepanjang majlis tersebut berlangsung, tidak banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi majlis persaraan. Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah mengubah cara persembahan yang mana hanya pelajar membuat persembahan. Pada masa akan datang, guru yang diraikan boleh dijemput bersama menyertai persembahan tersebut dan pasti akan memeriahkan lagi majlis.

PENUTUP

Diharap majlis yang dijalankan ini dapat mencapai objektif dan matlamatnya dalam meraikan guru yang bersara sebagai tanda penghargaan di atas jasa dan pengorbanan guru yang telah bertugas selama 30 tahun. Selain itu, majlis ini juga sebagai tanda kenang-kenangan diakhir perkhidmatan seorang guru. Semoga majlis sebegini mampu memupuk ukhwah antara guru-guru dan pelajar-pelajar.

DOKUMENTASI INI DISEDIAKAN OLEH;

________________________ _________________________(PN. ROSNANI BINTI ZAKARIA) (PN. NOR MUTMINAT BINTI MOHD NOOR)3