dokumentasi hari anugerah cemerlang

Upload: anieyta041063

Post on 08-Jan-2016

269 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

LAPORAN

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUANMajlis Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Bohor telah berlangsung pada31 Oktober 2013, bersamaan hari khamis bertempat di Dewan Sinaran, Sekolah Kebangsaan Bohor. Majlis tersebut bermula pada pukul 2.30 petang dan tamat pada pukul 4.30 petang. Ketibaan para tetamu jemputan dan ibu bapa serta tetamu kehormat bermula pada pukul 2.00 petang. Para penerima anugerah telah mendaftarkan kehadiran mereka di meja pendaftaran dan mereka berkumpul di Dewan Sinaran sementara menunggu tetamu kehormat tiba. Sesi pendaftaran kehadiran para jemputan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Hari Anugerah Kecemerlangan menjadi wahana penting untuk menjayakan misi disamping melengkapkan pakej akedemik yang dihadapi oleh murid setiap tahun.

2.0 OBJEKTIFTerdapat beberapa objektif yang hendak dicapai melalui program ini iaitu :i. Memberi penghargaan kepada murid di atas usaha yang telah mereka lakukan disepanjang tahun 2013 di dalam bidang akademik.

ii. Memberi peluang kepada murid untuk menampilkan bakat masing-masing.

iii. Memupuk sikap positif dan berdaya saing di kalangan murid di dalam mencapai kejayaan di dalam pelajaran masing-masing.

iv. Memberi gambaran kepada ibu bapa hasil yang diperolehi oleh anak mereka di dalam bidang pelajaran sekiranya mereka mempunyai usaha untuk meningkatkan diri.

3.0 RASIONALProgram ini amat perlu dilaksanakan dalam usaha memberikan penghargaan kepada murid di atas usaha mereka selama ini di dalam pelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah. Selain itu, program ini memberi pendedahan dan peluang kepada murid lain untuk berusaha dengan lebih gigih lagi agar dapat memperolehi ganjaran seperti rakan mereka yang berjaya.

4.0TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAMTarikh:31 Oktober 2013Hari:KhamisMasa:2.00 PetangTempat:Dewan Sinaran Sekolah Kebangsaan Bohor