dokumen tender ta fasa 2 - public service … · web viewbahawa sekiranya tawaran kami diterima...

31
DOKUMEN SEBUT HARGA SEBUT HARGA KERJA-KERJA MENGECAT 2 (DUA) BUAH BAS JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA BAGI TAHUN 2018 NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)07/2018

Upload: others

Post on 07-Jan-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

DOKUMEN SEBUT HARGA

SEBUT HARGAKERJA-KERJA MENGECAT

2 (DUA) BUAH BAS JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

BAGI TAHUN 2018

NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)07/2018

SENARAI LAMPIRAN

1. Lampiran 1 : ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA

2. Lampiran 2 : JADUAL SPESIFIKASI TEKNIKAL

3. Lampiran 3 : JADUAL TAWARAN HARGA

4. Lampiran 4 : SURAT AKUAN SEBUT HARGA

5. Lampiran 5 : SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA

6. Lampiran 6 : KESALAHAN RASUAH (AKTA PENCEGAHAN RASUAH (2009)

7. Lampiran 7 : LAMPIRAN Q

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

_________________________________

DOKUMEN PELAWAAN

SEBUT HARGA KERJA-KERJA MENGECAT 2 BUAH BAS JPA BAGI TAHUN 2018

MUSTAHAK PENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMAHAMI DAN MEMATUHI SYARAT DAN

PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI SEBUT HARGA INI

1. PERIHAL

1.1 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia mempelawa Penyebutharga bagi Sebut Harga Kerja-kerja Mengecat 2 Buah Bas JPA Bagi Tahun 2018 arahan Penyebut Harga seperti di Lampiran 1.

2.  SYARAT-SYARAT PENYERTAAN BAGI PENYEBUTHARGA

2.1  Penyebutharga yang dipelawa mestilah daripada mana-mana syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di dalam kod bidang : 220108 Sila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada) dari Kementerian Kewangan.

2.2  Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan jaminan ke atas Sebut Harga yang dikemukakan. Oleh itu sekiranya Penyebut harga menarik balik tawaran sebelum Sebut Harga dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah Sebut Harga diberikan kepadanya, maka tindakan akan diambil berdasarkan 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP)/PK 8 – Tindakan Tatatertib ke atas Syarikat dan Firma Perunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan .

2.3  Syarikat-syarikat yang digantung atau dipotong pendaftarannya tidak akan dibenarkan mengambil bahagian di dalam mana-mana Sebut Harga yang dipelawa oleh semua Kementerian/Jabatan Berkanun di seluruh Malaysia.

2.4  Bagi semua penggantungan/potongan pendaftaran syarikat, nama pengarah-pengarah termasuk nama pemegang-pemegang saham terbesar akan disenarai hitamkan.

1

3. SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA

3.1  Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh Penyebut harga.

3.1.1 Kerajaan tidak terikat untuk menyetujui terima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran.

3.1.2 Kerajaan berhak menimbang tiap-tiap satu butiran sebagai satu tawaran yang berasingan atau bersekali.

3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran Harga) yang tidak diletakkan harga, maka ia akan dianggap bahawa kos item atau barangan tersebut telah pun dimasukkan di lain-lain bahagian atau barangan di dalam Lampiran 3. Sebarang tuntutan tambahan untuk perkhidmatan tersebut tidak akan dilayan.

3.1.4 Penyebut harga hendaklah mengganti rugi Kerajaan dengan sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang perlakuan, tuntutan, kos atau perbelanjaan yang berbangkit daripada atau disebabkan oleh sebab-sebab atau perlanggaran paten hakmilik dan rekabentuk, ‘trademark’, nama atau pun apa-apa hak yang dilindungi di dalam apa-apa kerja, material atau benda/sistem atau cara-cara menggunakan, cara-cara kerja atau susunan yang digunakan atau dibekalkan oleh Penyebut harga.

3.1.5 Para 3.1.1 dan 3.1.2 di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kemungkiran kontrak.

3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana tawaran boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

3.1.7 Sebut Harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia dan Penyebut harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai Sebut Harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

3.1.8 Pembekal perlu mengemukakan nombor pendaftaran Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) sekiranya ada.

2

4. SKOP PERKHIDMATAN

4.1Spesifikasi Teknikal Kerja-kerja Mengecat 2 buah Bas JPA Bagi Tahun 2018 adalah seperti di Lampiran 2 (Jadual Spesifikasi Teknikal).

5.  SPESIFIKASI TEKNIKAL

5.1 Spesifikasi Teknikal seperti di Lampiran 2 adalah penting dan perlu dibaca, difahami dan diuruskan seperti mana yang diminta. Kegagalan memahami serta menguruskannya dengan tidak betul boleh mencacat dan menggagalkan tawaran pelawaan Sebut Harga.

5.2 Penyebut harga dikehendaki membuat ulasan/kenyataan yang sewajarnya di ruangan yang ditetapkan.  Kegagalan berbuat demikian boleh menjejaskan penilaian terhadap tawaran yang dibuat.

5.3 Sebelum menghantar tawaran Sebut Harga, Penyebut harga hendaklah memeriksa dokumen Sebut Harga dan jadual spesifikasi dengan teliti dan sekiranya mendapati sebarang kesilapan atau kekeliruan hendaklah mendapatkan penjelasan dan pengesahan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam.

5.4 Sebarang tuntutan berkenaan alasan ketidaktahuan (plea of  ignorance) yang dibuat kemudian tidak akan dilayan.

6. TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

6.1 Tarikh dan masa tutup bagi penerimaan tawaran Sebut Harga ini adalah seperti berikut:

Tarikh Tutup   : 28 Mei 2018Masa   : 12.00 TengahariNombor Rujukan : JPA(SII)07/2018

7.  DOKUMEN SEBUT HARGA

7.1 Penyebutharga dikehendaki mengisi dengan lengkap segala butir butir di dalam lampiran berikut:

7

7.1.1 Lampiran 2 - Jadual Spesifikasi Teknikal 7.1.2 Lampiran 3 - Jadual Tawaran Harga7.1.3 Lampiran 4 - Surat Akaun Sebut Harga 7.1.4 Lampiran 5 - Surat Akuan Pembida 7.1.5 Lampiran 7 - Lampiran Q

3

8.  PERATURAN MENGISI DAN MENGIRIM DOKUMEN

88.1 Semua dokumen hendaklah diisi dengan lengkap di ruangan yang

ditentukan sama ada ditaip atau  ditulis dengan kemas dan terang. Maklumat yang tidak jelas akan menjejaskan tawaran yang dibuat. Jika ruangan yang disediakan tidak mencukupi, Penyebut harga dibenarkan menaip atau menulis maklumat itu di dalam kertas tambahan.

8.2 Sebarang pindaan dan pembatalan di dalam dokumen hendaklah ditandatangani ringkas oleh Penyebut harga dan diberi tarikh serta diletakkan cop syarikat.

8.3 Dokumen-dokumen di bawah perlu dikembalikan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) :

8.3.1 Lampiran 2 - Jadual Spesifikasi Teknikal 8.3.2 Lampiran 3 - Jadual Tawaran Harga8.3.3 Lampiran 4 - Surat Akuan Sebut Harga 8.3.4 Lampiran 5 - Surat Akuan Pembida8.3.5 Lampiran 7 - Lampiran Q

8.4 Dokumen-dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri (sealed) dan ditandai dengan jelas seperti arahan di Lampiran 1.  Sampul surat hendaklah dihantar ke alamat:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,Jabatan Perkhidmatan Awam,Bahagian Khidmat Pengurusan,Sektor Perolehan dan Aset,Aras 9, Blok C1, Kompleks C,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 PUTRAJAYA

8.5 Dokumen tersebut  hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga yang telah ditetapkan beralamat seperti di para 8.4.

8.6 Tawaran Sebut Harga juga boleh dihantar melalui pos atau agensi penghantaran swasta.  Bagaimanapun JPA tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak kepada sebarang kelewatan, kehilangan atau sebagainya terhadap tawaran Sebut Harga yang dihantar melalui pos atau agensi penghantaran swasta.

9.  TEMPOH SAH SEBUT HARGA

9

4

9.1 Semua tawaran harga (Lampiran 3) yang ditawarkan di dalam dokumen Sebut Harga ini hendaklah sah dan tidak boleh ditarik balik dalam tempoh sekurang-kurangnya 90 hari dari tarikh Sebut Harga ini ditutup.

10.  PEMBATALAN PERKHIDMATAN DALAM SEBUT HARGA

10

10.1 JPA berhak untuk membatalkan salah satu perkhidmatan yang telah dinyatakan dalam dokumen Sebut Harga ini pada bila-bila masa, sekiranya diperlukan.

10.2 Sebarang kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak Penyebut harga kerana urusan Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pihak Penyebutharga dan pihak JPA tidak akan bertanggungjawab terhadap perkara tersebut.

11.  SETUJU TERIMA SEBUT HARGA

11.1  JPA adalah berhak mempersetujui Sebut Harga sama ada kesemuanya atau sebahagiannya.

11.2  JPA tidak terikat mempersetujui Sebut Harga yang rendah sekali atau mana-mana Sebut Harga jua pun.

11.3  JPA akan memberi notis bertulis kepada Penyebut harga  yang berjaya apabila tawarannya dipersetujui.

11.4  Notis ini boleh mengandungi syarat-syarat tawaran atau pengubahsuaian kepada syarat-syarat tawaran. Sebut Harga itu tidak boleh diterima sehinggalah persetujuan bertulis daripada Penyebut harga menyatakan bahawa pengubahsuaian syarat itu adalah diterima.

11.5  Apabila dipersetujui maka suatu perjanjian hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat di antara Kerajaan dengan Penyebut harga dan suatu perjanjian akan diadakan selepas persetujuan tersebut.

12. KEPUTUSAN SEBUT HARGA ADALAH MUKTAMAD

12.1 JPA tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran dari Penyebutharga. Keputusan adalah muktamad. Sebarang surat menyurat mengenai keputusan Sebut Harga ini tidak akan dilayan.

13.  BANTAHAN

13.1 Bantahan rasmi secara bertulis yang disertai dengan butir-butir lengkap berkaitan dengan penentuan Spesifikasi Teknikal yang menjurus kepada sesuatu jenama (jenis) tertentu boleh dibuat oleh

5

Penyebutharga dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh iklan tawaran Sebut Harga. 

13.2 Bantahan hendaklah dialamatkan kepada:

Ketua Pengarah Perkhidmatan AwamJabatan Perkhidmatan AwamBahagian Khidmat PengurusanSektor Perolehan & AsetAras 9, Blok C1, Kompleks CPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 PUTRAJAYA.(u.p: En. Safuan Bin Saleh)

14.  URUS SETIA SEBUT HARGA

14.1  Penyebut harga yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai secara bertulis seperti alamat di para 13.2 (Untuk perhatian : En. Safuan Bin Saleh)

15.  TAWARAN HARGA PENYEBUTHARGA – Lampiran 4

15.1 Merujuk perkara Bil. 4(a) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2013 menyebut kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM9,600 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi kontrak yang melibatkan hanya sekali bayaran (one-time payment); dan

Kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM4,800 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran (multiple payment) sama ada melalui Jadual Penghantaran (Delivery Schedule), Pencapaian Perkhidmatan (Milestone), Bayaran Kemajuan (Progressive Payment) atau mengikut permintaan (as-and-when-required) yang ditetapkan dalam tempoh kontrak.

15.2 Pembayaran akan dikenakan ke atas perkhidmatan yang sebenar sahaja tertakluk kepada perubahan atau penambahan dalam skop perkhidmatan.

16.  PENUTUP

6

16.1 Penyebut harga dinasihatkan agar memberi perhatian terhadap arahan-arahan yang terkandung di dalam dokumen pelawaan semasa mengisi dokumen-dokumen tawaran. Ini untuk memastikan segala maklum balas yang diperlukan.

7

LAMPIRAN 1

8

ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA(LAMPIRAN INI TIDAK PERLU DIKEMBALIKAN)

1. PERIHAL SEBUT HARGA

1.1 Penyebutharga yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan memiliki kod bidang : 220108 dipelawa untuk mengambil bahagian dalam Sebut Harga Kerja-kerja Mengecat Bas JPA yang berkelayakan Bagi Tahun 2018.

1.2 Sebarang urusan/pertanyaan yang melibatkan Sebut Harga mestilah berurusan terus di alamat:

Ketua Pengarah Perkhidmatan AwamJabatan Perkhidmatan AwamBahagian Khidmat PengurusanSektor Perolehan & AsetAras 9, Blok C1, Kompleks CPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 PUTRAJAYA.(u.p: En. Safuan Bin Saleh)

1.3 Dokumen Tawaran hendaklah mengandungi syarat-syarat berikut:

(a) Semua tawaran harga (pembelian terus, lantikan terus, sebut harga dan tender) oleh syarikat hendaklah dikemukakan tanpa kenaan GST;

(b) Syarikat hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran dan mengemukakan nombor pendaftaran GST kepada Agensi;

(c) Sekiranya syarikat yang berjaya adalah berdaftar GST dengan JKDM, Kementerian/Jabatan akan mengeluarkan:

i. SST/Pesanan Tempatan/Inden Kerja kepada syarikat dengan tawaran harga termasuk kenaan GST bagi perolehan perkhidmatan; dan

ii. CoGSTR bagi perolehan pembekalan untuk pelepasan kenaan GST

(d) Bagi syarikat yang mengisytiharkan tidak dikenakan cukai bawah Akta GST, tetapi akan menjadi syarikat yang berdaftar GST setelah ditawarkan perolehan tersebut, syarikat hendaklah:

1

i. Memaklumkan dengan segera kepada Kementerian/Jabatan berkenaan perubahan status pendaftaran syarikat tersebut di bawah Akta GST; dan

ii. Syarikat hendaklah membuat permohonan untuk pelarasan bagi kenaan GST.

1.4 Kerja-kerja dan bahan-bahan mentah yang dibekalkan hendaklah merupakan yang berkualiti dan baru atau tulen dan belum digunakan. Pihak kerajaan berhak menolak jika didapati tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

1.5 Kerja-kerja, spesifikasi dan kualiti yang dibekalkan hendaklah sama seperti yang dinyatakan di dalam Sebut Harga ini.

1.6 Kos bagi perkhidmatan ini hendaklah termasuk kos tenaga buruh, kos sewa pengangkutan, perlindungan insuran dan apa-apa kos yang terlibat dan berkaitan.

1.7 Harga Tawaran hendaklah diisi di dalam ruangan Jadual Tawaran Harga (Lampiran 3) yang disediakan dan hendaklah disahkan dan ditandatangani dengan sempurna.

2. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA

2.1 Penyebut harga hanya dibenarkan mengemukakan satu tawaran sahaja.

2.2 Dokumen Sebut Harga yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat

2.3 Dokumen Sebut Harga yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,Jabatan Perkhidmatan Awam,Bahagian Khidmat Pengurusan,Sektor Perolehan dan Aset,Aras 9, Blok C1, Kompleks C,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 PUTRAJAYA.

2

3. PERTANYAAN

3.1 Pertanyaan mengenai Spesifikasi Sebut Harga boleh berhubung dengan pegawai berikut:

Spesifikasi :

En. Muhammad Fadzlan bin Basroh 03-8885 3043En. Ismail bin Safian 03-8885 3224En. Wan Muhammad Mustaqim bin 03-8885 3215 Wan Roslan

Urus Setia

En. Safuan Bin Saleh 03 - 8885 3035Pn. Zainorshila binti Khalid 03 - 8885 3256

4. KESIMPULAN

Penyebut harga dinasihatkan supaya berhati-hati terutamanya semasa mengisi dokumen Jadual Spesifikasi Teknikal (Lampiran 2) dan Jadual Tawaran Harga (Lampiran 3) dengan memberikan maklumat tambahan yang diperlukan. Maklumat yang TIDAK lengkap akan menyebabkan dokumen tawaran Sebut Harga tersebut ditolak.

3

LAMPIRAN 2

4

SPESIFIKASI KERJA-KERJA MENGECAT 2 BUAH BAS

BIL HURAIAN KERJAPEMATUHAN SPESIFIKASI

1.

Mengikis, mencuci, menanggal dan membuang cat yang sedia ada dengan menggunakan peralatan yang sesuai

2.Menyapu sealer pada permukaan yang perlu mengelakan kebocoran

3.

Kerja-kerja mengecat

(a) Mengecat semua permukaan dengan 2 lapisan cat primer pada keseluruhan bas

(b) Mengecat semula permukaan dengan 2 lapisan cat asas (under coat) pada keseluruhan bas

(c) Mengecat semula permukaan dengan 3 lapisan base coat pada keseluruhan bas

(d) Mengecat semula permukaan dengan 2 lapisan clear coat (2K) pada keseluruhan bas

4.

Merekabentuk dan memasang menggunakan inkjet & wording sticker pada permukaan bas.

(a) Merekabentuk corak bas

(b) Merekabentuk Logo dan Perkataan

5

LAMPIRAN 3

6

JADUAL TAWARAN HARGA

BIL HURAIAN KERJA HARGA (RM) JUMLAH (RM)

1. Bas Nombor : XIIINAM 999

Mengecat keseluruhan badan bas

Memasang Sticker bas & logo

Kapasiti : 27 Penumpang

2. Bas Nombor : PUTRAJAYA 3506

Mengecat keseluruhan badan bas

Memasang Sticker bas & logo

Kapasiti : 25 Penumpang

JUMLAH

Tempoh perkhidmatan boleh mula dilaksanakan : ......... hari (selepas surat setuju terima dari pihak Kerajaan ditandatangani)

TANDATANGAN :

NAMA :

7

JAWATAN :

COP SYARIKAT :

LAMPIRAN 4

8

SURAT AKUAN SEBUT HARGA

Ketua Pengarah Perkhidmatan AwamJabatan Perkhidmatan AwamBahagian Khidmat PengurusanSektor Perolehan dan AsetAras 9, Blok C1, Kompleks CPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62510 W.P Putrajaya

Tuan,

NO. SEBUT HARGA : JPA(SII)07/2018

SEBUT HARGA KERJA-KERJA MENGECAT 2 BUAH BAS JPA BAGI TAHUN 2018

Saya/kami yang bertandatangan di bawah, dengan ini mengemukakan tawaran bagi perkhidmatan yang ditawarkan dengan harga yang telah ditentukan di dalam Lampiran 3. Tawaran ini mempunyai sah laku untuk tempoh selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh Sebut Harga ini ditutup.

2. Saya/ kami yang bertandatangan di bawah ini bersetuju sepenuhnya :

(a) Bahawa tawaran ini akan dijadikan asas oleh Kerajaan untuk penerimaan tawaran kami;

(b) Bahawa Kerajaan tidak terikat untuk menerima Sebut Harga dengan harga yang terendah atau mana-mana Sebut Harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu Sebut Harga;

(c) Bahawa Kerajaan berhak untuk menerima keseluruhan atau sebahagian tawaran Penyebutharga mengikut pakej atau menerima tawaran yang sama lebih daripada satu Penyebutharga;

(d) Bahawa keputusan Lembaga Sebut Harga adalah muktamad;

(e) Bahawa sekiranya tawaran kami diterima maka satu kontrak yang formal akan ditandatangani antara pihak kami dengan Kerajaan selaras dengan tawaran yang diberikan;

9

(f) Bahawa Surat Akuan Sebut Harga ini berserta dengan Surat Setuju Terima hendaklah menjadi sebahagian daripada kontrak yang mengikat antara Kerajaan dan Penyebutharga walaupun kontrak yang formal belum dilaksanakan;

(g) Bahawa sekiranya kami menolak tawaran ini atau jika maklumat yang diberikan adalah palsu, Kerajaan boleh menarik balik penganugerahan Sebut Harga yang diberikan kepada dan membawa kes ini ke Mahkamah; dan

(h) Bahawa kami akan mematuhi segala syarat – syarat seperti mana yang dinyatakan di dalam dokumen ini.

Bagi pihak Penyebut Harga

Tandatangan Penyebut harga :

Nama Penuh :

No. Kad Pengenalan :

Alamat / Cap Syarikat :

Di hadapan :

Tandatangan Saksi :

Nama Penuh Saksi :

No. Kad Pengenalan Saksi :

Alamat :

10

LAMPIRAN 5

11

(SAP bertarikh 1 April 2010)

SURAT AKUAN PENYEBUTHARGA

Bagi

(Tajuk dan Nombor Tender/Sebut Harga)……………………………………………………

Saya, ……………………………………....... nombor K.P. .........………………...... yang mewakili …………………………………..................................................... nombor Pendaftaran …………………………………...... dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam .......……………………................... atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga/Tender* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepadamana-mana individu dalam ……………………………….............. atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga/ Tender* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi Sebut Harga/Tender* di atas; atau2.2 penamatan kontrak bagi Sebut Harga/Tender* di atas; dan2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga/ Tender* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.

Yang benar,

……………………………...... (Nama dan No.KP)

Cop Syarikat :Catatan: * Potong mana yang tidak berkaitan.

12

(Nama Wakil Syarikat) (Nama Kementerian/Agensi)

(Nama Kementerian/Agensi)

(Tandatangan)

LAMPIRAN 6

13

KESALAHAN RASUAH (AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009)

1. Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

2. Sekiranya mana-mana pihak menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

3. Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota pentadbiran awam dan menyenaraihitamkan Kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

4. Mana-mana Kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan di bekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi di mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

14

LAMPIRAN 7

15

(Kew. 284-Pin. 2/94)Lampiran Q

Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini

KERAJAAN MALAYSIA(ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

SEBUTHARGA UNTUK BEKALAN BARANG-BARANG/PERKHIDMATAN

Kepada (Nama Syarikat). ......................................... Pelawaan Sebutharga

dikeluarkan oleh

.................................................................................. Jabatan (Alamat Lengkap)

No. Telefon............................................................... Ketua Pengarah

No. Pendaftaran dengan Kementerian Jabatan Perkhidmatan

Kewangan ...... ......... ............................................... Awam, Bahagian Khidmat

Kod Bidang Pendaftaran yang relevan dengan Pengurusan, Sektor

pembelian ini 220108 Perolehan dan Aset Aras 9,Blok C1, Kompleks C

No. Telefon. 03-8885 3256

Tarikh:

1. Sila beri sebutharga untuk bekalan barang-barang/perkhidmatan yang

disenaraikan di bawah

tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan:

1.1 Syarat Penyerahan/Penyempurnaan kepada Ketua Pengarah dengan

sempurna.

1.2 Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan akan ditentukan.

1.3 Arahan Pengirim hantar dengan tangan.

1.4 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul surat berlakri

dan bertanda

16

No. Sebutharga Bil. JPA(SII) /2018

“No. Sebutharga JPA(SII)07/2018”.

1.5 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang

berkenaan di alamat di atas tidak lewat pada jam 12.00 tengahari

1.6 Tempoh sahlaku sebutharga hendaklah sembilan puluh (90) hari

selepas tarikh tutup.

Tarikh:

Nama Pegawai : Safuan Bin Saleh

Jawatan : Ketua Penolong

Pengarah

Bil

Perihal barang-barang/perhidmatan dan Syarat-syarat Khas

UnitUkuran

Kuantiti/ Kekerapan

Kadar Seunit(RM)

HargaKeseluruhan(RM)

Untuk diisi oleh JabatanUntuk disi oleh

Penyebutharga

SEBUT HARGA KERJA-KERJA MENGECAT 2 BUAH BAS JPA YANG BERKELAYAKAN BAGI TAHUN 2018

1. Kerja-kerja Mengecat 2 buah Bas JPA Yang Berkelayakan Bagi Tahun 2018

Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan ditawarkan.......................................

*sila sertakan sesalinan Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan

Jumlah

(i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan

(ii) Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan ialah ...........................................

17

Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang/perkhidmatan di

atas dengan harga dan syarat-syarat yang ditunjukkan di atas dengan tertakluk kepada

syarat-syarat di atas dan di belakang ini.

Tandatangan Penyebutharga : ..........................................

Nama dan

K/P : ..................

......................

Alamat Syarikat : ..........................................

Tarikh : ..........................................

18