dokumen sebut harga - jpa · web viewsenarai keperluan yang perlu digunakan bagi urusan...

38
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA DOKUMEN SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN KE ASEAN – KOREA CENTRE, SEOUL, KOREA NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)04/2015

Upload: others

Post on 26-Dec-2019

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DOKUMEN SEBUT HARGA - JPA · Web viewSENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIGUNAKAN BAGI URUSAN PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

DOKUMEN SEBUT HARGA

PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN KE

ASEAN – KOREA CENTRE, SEOUL, KOREA

NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)04/2015

Page 2: DOKUMEN SEBUT HARGA - JPA · Web viewSENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIGUNAKAN BAGI URUSAN PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN

SENARAI LAMPIRAN

1. Lampiran 1 : ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA

2. Lampiran 2 : JADUAL SPESIFIKASI TEKNIKAL

3. Lampiran 3 : JADUAL TAWARAN HARGA

4. Lampiran 4 : LATAR BELAKANG DAN PENGALAMAN PENYEBUTHARGA

5. Lampiran 5 : SURAT AKUAN SEBUT HARGA

6. Lampiran 6 : SURAT AKUAN PEMBIDA

7. Lampiran 7 : KESALAHAN RASUAH (AKTA PENCEGAHAN RASUAH (1997)

8. Lampiran 8 : LAMPIRAN Q

Page 3: DOKUMEN SEBUT HARGA - JPA · Web viewSENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIGUNAKAN BAGI URUSAN PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN

JABATAN PERKHIDMATAN AWAMMALAYSIA

_________________________________

DOKUMEN PELAWAAN SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI

KEDIAMAN KE ASEAN – KOREA CENTRE, SEOUL, KOREA

MUSTAHAK PENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMAHAMI DAN MEMATUHI SYARAT DAN PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI SEBUT HARGA INI

1. PERIHAL

1.1 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia mempelawa Sebut Harga bagi Perkhidmatan Pembungkusan dan Penghantaran Barang Persendirian seorang pegawai dari kediaman ke Asean – Korea Centre, Seoul, Korea seperti di Lampiran 1.

2. SYARAT-SYARAT BAGI PENYEBUT HARGA

2.1 Penyebut Harga yang dipelawa mestilah daripada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan bertaraf Bumiputera. Syarikat juga perlu memiliki kod bidang : 221703 – Agen Perkapalan, 221704 – Pengangkutan Lori, 221705 – Agen Penghantaran, 221706 – Pembungkusan dan Penyimpanan dan 221709 – Multimodal Transport Operator (MTO). Sila sertakan salinan Sijil Kementerian Kewangan dan juga salinan Sijil Taraf Bumiputera (sekiranya ada).

Page 4: DOKUMEN SEBUT HARGA - JPA · Web viewSENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIGUNAKAN BAGI URUSAN PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN

2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan jaminan ke atas sebut harga yang dikemukakan. Oleh itu sekiranya Penyebut Harga menarik balik tawaran sebelum sebut harga dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah sebut harga diberikan kepadanya, maka tindakan menggantung/membatalkan pendaftaran akan diambil seperti berikut:

2.2.1 Menggantung pendaftaran selama dua (2) tahun bagi kesalahan pertama;

2.2.2 Menggantung pendaftaran selama lima (5) tahun bagi kesalahan kedua; dan

2.2.3 Pendaftaran akan dipotong terus bagi kesalahan berikutnya.

2.3 Syarikat-syarikat yang digantung atau dipotong pendaftarannya tidak akan dibenarkan mengambil bahagian di dalam mana-mana sebut harga yang dipelawa oleh semua Kementerian/Jabatan Berkanun di seluruh Malaysia.

2.4 Bagi semua penggantungan/potongan pendaftaran syarikat, nama pengarah-pengarah termasuk nama pemegang-pemegang saham terbesar akan disenaraihitamkan.

3. SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA

3.1 Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh Penyebut Harga.

3.1.1 Kerajaan tidak terikat untuk menyetujui terima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran.

3.1.2 Kerajaan berhak menimbang tiap-tiap satu butiran sebagai satu tawaran yang berasingan atau bersekali.

3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran Harga) yang tidak diletakkan harga, maka ia akan dianggap bahawa kos item atau barangan tersebut telahpun dimasukkan di lain-lain bahagian atau barangan di dalam Lampiran 3. Sebarang tuntutan tambahan untuk perkhidmatan tersebut tidak akan dilayan.

Page 5: DOKUMEN SEBUT HARGA - JPA · Web viewSENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIGUNAKAN BAGI URUSAN PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN

3.1.4 Penyebut Harga hendaklah menggantirugi Kerajaan dengan sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang perlakuan, tuntutan, kos atau perbelanjaan yang berbangkit daripada atau disebabkan oleh sebab-sebab atau perlanggaran paten hakmilik dan rekabentuk, ‘trademark’, nama atau pun apa-apa hak yang dilindungi di dalam apa-apa kerja, material atau benda/sistem atau cara-cara menggunakan, cara-cara kerja atau susunan yang digunakan atau dibekalkan oleh Penyebut Harga.

3.1.5 Para 3.1.1 dan 3.1.2 di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kemungkiran kontrak.

3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana tawaran boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

3.1.7 Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia dan Penyebut Harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

4. SKOP PERKHIDMATAN

4.1 Skop perkhidmatan bagi Sebut Harga Perkhidmatan Pembungkusan dan Penghantaran Barang Persendirian seorang pegawai dari kediaman ke Asean – Korea Centre, Seoul, Korea adalah seperti di Lampiran 2 : Jadual Spesifikasi Teknikal.

5. SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN

Antara syarat-syarat perkhidmatan yang perlu dipatuhi oleh para pembekal adalah seperti berikut :

5.1 Perkhidmatan yang akan diberikan mestilah mematuhi piawaian spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Pihak Kerajaan.

5.2 Sekiranya perkhidmatan yang berikan tidak mematuhi piawaian spesifikasi yang ditetapkan setelah dipersetujui tawarannya, Pihak Kerajaan boleh menolak tawaran tersebut.

Page 6: DOKUMEN SEBUT HARGA - JPA · Web viewSENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIGUNAKAN BAGI URUSAN PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN

5.3 Penyebut harga mestilah mematuhi kehendak tawaran yang telah ditetapkan di dalam Lampiran 2 (Jadual Spesifikasi Teknikal).

6. SPESIFIKASI TEKNIKAL

6.1 Spesifikasi Teknikal seperti di Lampiran 2 adalah penting dan perlu dibaca, difahami dan diuruskan seperti mana yang diminta. Kegagalan memahami serta menguruskannya dengan tidak betul boleh mencacat dan menggagalkan tawaran pelawaan sebut harga.

6.2 Penyebut Harga dikehendaki membuat ulasan/kenyataan yang sewajarnya di ruangan yang ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian boleh menjejaskan penilaian terhadap tawaran yang dibuat.

6.3 Sebelum menghantar tawaran sebut harga, Penyebut Harga hendaklah memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti dan sekiranya mendapati sebarang kesilapan atau kekeliruan hendaklah mendapatkan penjelasan dan pengesahan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) – Lampiran 1 (Para 4).

6.4 Sebarang tuntutan berkenaan alasan ketidaktahuan (plea of ignorance) yang dibuat kemudian tidak akan dilayan.

7. TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

7.1 Tarikh dan masa tutup bagi penerimaan tawaran sebut harga ini adalah seperti berikut:

Tarikh Tutup : 02 Mac 2015Masa : sebelum jam 12.00 tengah hariNombor Rujukan : JPA(SII)04/2015

9. DOKUMEN SEBUT HARGA

9.1 Penyebut Harga dikehendaki mengisi dengan lengkap segala butir-butir di dalam lampiran berikut:

9.1.1 Lampiran 2 - Jadual Spesifikasi Teknikal9.1.2 Lampiran 3 - Jadual Tawaran Harga9.1.3 Lampiran 4 - Latar Belakang Dan Pengalaman

Penyebut Harga9.1.4 Lampiran 5 - Surat Akuan Sebut Harga

7

Page 7: DOKUMEN SEBUT HARGA - JPA · Web viewSENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIGUNAKAN BAGI URUSAN PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN

89

9.19.1.19.1.29.1.39.1.49.1.5 Lampiran 6 - Surat Akuan Pembida9.1.6 Lampiran 8 - Lampiran Q

10. PERATURAN MENGISI DAN MENGIRIM DOKUMEN

10.1 Semua dokumen hendaklah diisi dengan lengkap di ruangan yang ditentukan sama ada ditaip atau ditulis dengan kemas dan terang. Maklumat yang tidak jelas akan menjejaskan tawaran yang dibuat. Jika ruangan yang disediakan tidak mencukupi, Penyebut Harga dibenarkan menaip atau menulis maklumat itu di dalam kertas tambahan.

10.2 Sebarang pindaan dan pembatalan di dalam dokumen hendaklah ditandatangani ringkas oleh Penyebut Harga dan diberi tarikh serta diletakkan cop syarikat.

10.3 Dokumen-dokumen di bawah perlu dikembalikan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) :

10.3.1 Lampiran 2 - Jadual Spesifikasi Teknikal 10.3.2 Lampiran 3 - Jadual Tawaran Harga10.3.3 Lampiran 4 - Latar Belakang Dan

Pengalaman Penyebut Harga

10.3.4 Lampiran 5 - Surat Akuan Sebut Harga10.3.5 Lampiran 6 - Surat Akuan Pembida10.3.6 Lampiran 8 - Lampiran Q

10.4 Dokumen-dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri (sealed) dan ditandai dengan jelas seperti arahan di Lampiran 1. Sampul surat hendaklah dihantar ke alamat:

KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MalaysiaJABATAN PERKHIDMATAN AWAMBAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSANSEKTOR PEROLEHAN DAN ASETARAS 9, BLOK C1, KOMPLEKS CPUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN62510 PUTRAJAYA

Page 8: DOKUMEN SEBUT HARGA - JPA · Web viewSENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIGUNAKAN BAGI URUSAN PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN

10.5 Dokumen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga yang telah ditetapkan beralamat di 10.4.

10.6 Tawaran sebut harga juga boleh dihantar melalui pos atau agensi penghantaran swasta. Bagaimanapun JPA tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak kepada sebarang kelewatan, kehilangan atau sebagainya terhadap tawaran sebut harga yang dihantar melalui pos atau agensi penghantaran swasta.

11. TEMPOH SAH SEBUT HARGA

Semua tawaran harga (Lampiran 3) yang ditawarkan di dalam dokumen Sebut Harga ini hendaklah sah dan tidak boleh ditarik balik dalam tempoh sekurang-kurangnya 90 hari dari tarikh sebut harga ini ditutup.

12. PEMBATALAN PERKHIDMATAN DALAM SEBUT HARGA

JPA berhak untuk membatalkan sebut harga ini pada bila-bila masa, sekiranya diperlukan. Sebarang kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak Penyebut Harga kerana urusan sebut harga ini adalah menjadi tanggungjawab pihak Penyebut Harga dan pihak JPA tidak akan bertanggungjawab terhadap perkara tersebut.

13. SETUJU TERIMA SEBUT HARGA

13.1 JPA adalah berhak mempersetujui sebut harga sama ada kesemuanya atau sebahagiannya.

13.2 JPA tidak terikat mempersetujui sebut harga yang rendah sekali atau mana-mana sebut harga jua pun.

13.3 JPA akan memberi notis bertulis kepada Penyebut Harga yang berjaya apabila tawarannya dipersetujui.

13.4 Notis ini boleh mengandungi syarat-syarat tawaran atau pengubahsuaian kepada syarat-syarat tawaran. Sebut harga itu tidak boleh diterima sehinggalah persetujuan bertulis daripada Penyebut Harga menyatakan bahawa pengubahsuaian syarat itu adalah diterima.

13.5 Apabila dipersetujui maka suatu perjanjian hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat di antara Kerajaan dengan Penyebut Harga dan suatu perjanjian akan diadakan selepas persetujuan tersebut.

14. KEPUTUSAN SEBUT HARGA ADALAH MUKTAMAD

JPA tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran dari Penyebut Harga-Penyebut Harga. Keputusan adalah muktamad. Sebarang surat menyurat mengenai keputusan sebut harga ini tidak akan dilayan.

Page 9: DOKUMEN SEBUT HARGA - JPA · Web viewSENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIGUNAKAN BAGI URUSAN PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN

15. URUS SETIA SEBUT HARGA

15.1 Penyebut Harga yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai tersebut :

En. Mohd Husaini bin Saidi : 03-8885 3767

16. TAWARAN HARGA PENYEBUT HARGA – LAMPIRAN 3

Merujuk perkara 8 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2005 menyebut bagi perolehan yang diuruskan secara elektronik akan dikenakan caj sebanyak 0.8% bagi setiap nilai pesanan Kerajaan tertakluk kepada had maksimum RM 9,600.00 bagi Pesanan Kerajaan yang melebihi RM 1.2 juta. Sehubungan itu, caj sebanyak 0.8% akan dikenakan atas nilai invois/ tawaran harga yang dikemukakan.

17. PENUTUP

Penyebut Harga dinasihatkan agar memberi perhatian terhadap arahan-arahan yang terkandung di dalam dokumen pelawaan semasa mengisi dokumen-dokumen tawaran. Ini untuk memastikan segala maklum balas yang diperlukan dapat dipenuhi.

Page 10: DOKUMEN SEBUT HARGA - JPA · Web viewSENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIGUNAKAN BAGI URUSAN PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN

LAMPIRAN 1

ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA(LAMPIRAN INI TIDAK PERLU DIKEMBALIKAN)

1. PERIHAL SEBUT HARGA

1.1 Penyebut Harga yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan memiliki kod bidang : 221703 – Agen Perkapalan, 221704 – Pengangkutan Lori, 221705 – Agen Penghantaran, 221707 – Pembungkusan dan 221709 – Multimodal Transport Operator (MTO) dan Sijil Bumiputera dipelawa untuk mengambil bahagian dalam Sebut Harga PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN KE ASEAN – KOREA CENTRE, SEOUL, KOREA. Sebarang urusan / pertanyaan yang melibatkan Sebut Harga mestilah dalam tempoh 90 hari dari hari tawaran dibuka sehingga ianya ditutup dan mestilah berurusan terus di alamat:

Jabatan Perkhidmatan Awam MalaysiaBahagian Pembangunan Modal InsanAras 6, Blok C1, Kompleks CPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 PUTRAJAYA.

(u.p: En. Mohd Husaini bin Saidi)

2. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA

2.1 Penyebut Harga hanya dibenarkan mengemukakan satu tawaran sahaja.

2.2 Dokumen Sebut Harga yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat.

2.3 Dokumen Sebut Harga yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,Jabatan Perkhidmatan Awam,Bahagian Khidmat Pengurusan,Sektor Perolehan dan Aset,Aras 9, Blok C1, Kompleks C,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 PUTRAJAYA.

2.4 Penyebut Harga adalah dilarang menulis atau mencatatkan nama/tanda syarikat di dalam dokumen tawaran teknikal. Perlanggaran mematuhi syarat ini akan menyebabkan tawaran Penyebut Harga ditolak.

Page 11: DOKUMEN SEBUT HARGA - JPA · Web viewSENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIGUNAKAN BAGI URUSAN PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN

3. KESIMPULAN

Penyebut Harga dinasihatkan supaya berhati-hati terutamanya semasa mengisi dokumen Jadual Spesifikasi Teknikal (Lampiran 2) dan Jadual Harga (Lampiran 3) dengan memberikan maklumat tambahan yang diperlukan. Maklumat yang TIDAK lengkap akan menyebabkan dokumen tawaran Sebut Harga tersebut ditolak.

4. PERTANYAAN

4.1 Pertanyaan mengenai Spesifikasi Sebut Harga boleh berhubung dengan pegawai berikut:

Spesifikasi :

i) En. Mohd Husaini bin Saidi : 03-8885 3767

Urus Setia :

i) Cik Sharifah Qameilya Binti Syed Ahmad : 03-8885 3035

ii) Pn. Mashitah Binti Nasaruddin : 03-8885 3256

Page 12: DOKUMEN SEBUT HARGA - JPA · Web viewSENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIGUNAKAN BAGI URUSAN PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN

LAMPIRAN 2Tugasan 1

JADUAL SPESIFIKASI

PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN KE ASEAN – KOREA CENTRE, SEOUL, KOREA

Bil. Perkara Keterangan CatatanKenyataan Pembekal

(Ya / Tidak)

1. Muatan barang di dalam satu (1) kontena 20 kaki.

(berdasarkan kelayakan pegawai)

14.0 m3

(kelayakan had muatan barang)

Seperti di Lampiran B – Senarai Barang Yang Akan Dibawa Ke Luar Negara

Senarai barang adalah tertakluk kepada had kelayakan.

2. Khidmat Pengambilan/ Penghantaran Barang

‘Door-to-Door’

Semua perkhidmatan pengambilan/penghantaran meliputi:

Alamat di Malaysia (Pengambilan)

No. 45 Jalan PUJ 9/2, Taman Puncak

Jalil, Bandar Putra Permai, 43300 Seri

Kembangan, Selangor.

Alamat di Korea Selatan (Penghantaran)

Asean-Korea Centre, Korea Selatan, 8th fl., 124, Sejong-daero, Jung-gu, Seoul, Korea 100-750

Semua aktiviti penghantaran hendaklah meliputi konsep penghantaran ini.

(alamat kediaman pegawai di luar negara akan dimaklumkan kelak)

Page 13: DOKUMEN SEBUT HARGA - JPA · Web viewSENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIGUNAKAN BAGI URUSAN PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN

LAMPIRAN 2Tugasan 1

JADUAL SPESIFIKASI

PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN KE ASEAN – KOREA CENTRE, SEOUL, KOREA

Bil. Perkara Keterangan CatatanKenyataan Pembekal

(Ya / Tidak)3. ‘Pack and

Unpack’Meliputi semua kerja-kerja membungkus kotak/bungkusan barang-barang di lokasi (termasuk kerja-kerja pemisahan/pemasangan perabot/peralatan yang dipisahkan untuk tujuan pembungkusan/penghantaran sekiranya ada)

Pihak syarikat perlu mengambil kembali segala kotak/ bungkusan supaya ia tidak ditinggalkan di lokasi.

Semua aktiviti pembungkusan dan penghantaran hendaklah meliputi konsep penghantaran ini.

(Rujuk Lampiran B untuk senarai lengkap keperluan pembungkusan)

4. Tempoh Penghantaran

Pengambilan / penghantaran barang ke destinasi dengan selamat dan cepat.

Status pengambilan / penghantaran perlu dilaporkan dari semasa ke semasa.

_________ hari(nyatakan bilangan hari diperlukan)

5. Pengendalian Kastam (clearance)

Semua urusan dokumentasi termasuk proses ‘clearance’ barang-barang.

6. Valuation Coverage. (Perlindungan Insuran)

Melibatkan 3.5% nilai keseluruhan barang (Rujuk senarai barang pegawai di lampiran)

(Kelayakan Kadar Insuran ≤RM350,000.00)

Senarai barang pegawai terhad kepada kepada kelayakan pegawai di Perkara 1 di atas.

7. Storage (jika perlu)

Meliputi khidmat penyimpanan barang di dalam dan di luar negara (jika perlu).

8. Contigency Meliputi perkhidmatan yang akan ditanggung oleh pembekal perkhidmatan sekiranya berlaku sesuatu perkara di luar jangka/kecemasan.

Page 14: DOKUMEN SEBUT HARGA - JPA · Web viewSENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIGUNAKAN BAGI URUSAN PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN

LAMPIRAN 3Tugasan 1

JADUAL TAWARAN HARGA

PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN KE ASEAN – KOREA CENTRE, SEOUL, KOREA

Bil. Perkara Keterangan Catatan Kos (RM)

1. Muatan barang di dalam satu (1) kontena 20 kaki.

(berdasarkan kelayakan pegawai)

14.0 m3

(kelayakan had muatan barang)

Seperti di Lampiran B – Senarai Barang Yang Akan Dibawa Ke Luar Negara

Senarai barang adalah tertakluk kepada had kelayakan.

2. Khidmat Pengambilan/ Penghantaran Barang

‘Door-to-Door’

Semua perkhidmatan pengambilan/penghantaran meliputi:

Alamat di Malaysia (Pengambilan)

No. 45 Jalan PUJ 9/2, Taman Puncak

Jalil, Bandar Putra Permai, 43300 Seri

Kembangan, Selangor.

Alamat di Korea Selatan (Penghantaran)

Asean-Korea Centre, Korea Selatan, 8th fl., 124, Sejong-daero, Jung-gu, Seoul, Korea 100-750

Semua aktiviti penghantaran hendaklah meliputi konsep penghantaran ini.

(alamat kediaman pegawai di luar negara akan dimaklumkan kelak)

Page 15: DOKUMEN SEBUT HARGA - JPA · Web viewSENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIGUNAKAN BAGI URUSAN PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN

LAMPIRAN 3Tugasan 1

JADUAL TAWARAN HARGA

PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN KE ASEAN – KOREA CENTRE, SEOUL, KOREA

Bil. Perkara Keterangan Catatan Kos (RM)

3. ‘Pack and Unpack’

Meliputi semua kerja-kerja membungkus kotak/bungkusan barang-barang di lokasi (termasuk kerja-kerja pemisahan/pemasangan perabot/peralatan yang dipisahkan untuk tujuan pembungkusan/penghantaran sekiranya ada)

Pihak syarikat perlu mengambil kembali segala kotak/ bungkusan supaya ia tidak ditinggalkan di lokasi.

Semua aktiviti pembungkusan dan penghantaran hendaklah meliputi konsep penghantaran ini.

(Rujuk Lampiran B untuk senarai lengkap keperluan pembungkusan)

4. Pengendalian Kastam (clearance)

Semua urusan dokumentasi termasuk proses ‘clearance’ barang-barang.

5. Valuation Coverage. (Perlindungan Insuran)

Melibatkan 3.5% nilai keseluruhan barang (Rujuk senarai barang di lampiran).

(Kelayakan Kadar Insuran ≤RM350,000.00)

Senarai barang pegawai terhad kepada kelayakan pegawai di Perkara 1 di atas.

6. Storage (jika perlu)

Meliputi khidmat penyimpanan barang di dalam dan di luar negara (jika perlu).

7. Contigency Meliputi perkhidmatan yang akan ditanggung oleh pembekal perkhidmatan sekiranya berlaku sesuatu perkara di luar jangka/kecemasan.

JUMLAH HARGA TAWARAN (RM)

Page 16: DOKUMEN SEBUT HARGA - JPA · Web viewSENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIGUNAKAN BAGI URUSAN PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN

Lampiran A

SENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIGUNAKAN BAGI URUSAN PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN KE ASEAN – KOREA CENTRE, SEOUL, KOREA

NO. SENARAI KEPERLUAN FUNGSI1. Kotak pelbagai saiz (3 lapisan) Menyimpan barang-barang yang telah dibungkus

seperti buku, peralatan dapur, pakaian dll.

2. Standing Wardrobe Untuk pakaian.

3. Newsprint Membungkus semua barang-barang sebelum dimasukkan ke dalam kotak.

4. Acid Free Paper Membungkus lukisan atau barang-barang yang ada permukaan kaca bagi mengelakkan daripada calar mengikut ciri-ciri dan kesesuaian barangan tersebut.

5. Kertas Minyak Membungkus lukisan atau barang-barang yang ada permukaan kaca bagi mengelakkan daripada calar mengikut ciri-ciri dan kesesuaian barangan tersebut.

6. Shrink Wrap/Stretch Film Membalut barang-barang seperti perabot yang telah dibungkus dengan kertas tisu.

7. Bubble Wrap Membalut barang-barang mudah pecah sebelum dibungkus dengan kertas tisu.

8. Cardboard Sheets Membungkus perabot yang besar seperti almari hiasan, tilam yang telah dibalut dengan kertas tisu dan shrink wrap.

9. Corrugated Paper Membungkus perabot yang besar seperti almari hiasan, tilam yang telah dibalut dengan kertas tisu dan shrink wrap.

10. Vacuum Pack Membungkus barang-barang makanan yang mudah berbau dan rosak seperti belacan, ikan bilis, ikan kering dll.

11. Kotak Kayu (Crates) Melindungi barang-barang mudah pecah seperti piano, pasu, barang-barang Kristal, mesin-mesin jentera yang terlebih dahulu dibungkus mengikut kesesuaian cirri-ciri barangan.

12. OPP Tape/Masking Tape Seal13. Paper Gum Tape Seal

Page 17: DOKUMEN SEBUT HARGA - JPA · Web viewSENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIGUNAKAN BAGI URUSAN PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN

LAMPIRAN BSenarai Lengkap Keperluan Pembungkusan

1. Barangan Makanan;

BIL BARANG

i. Tepung Jagung

ii. Tepung Ubi Kayu

iii. Kerisik

iv. Sos Ikan

v. Soya

vi. Ribena

vii. Kacang Dhal

viii. Gula Melaka

ix. Nescafe

x. Buah Keras

xi. Air Zam Zam

xii. Madu

xiii. Beras Pulut

xiv. Palapam Padi

xv. Tepung Kacang Kuda

xvi. Tepung Pulut

xvii. Tepung Gandum (60 Kg)

xviii. Tepung Beras (10 Kg)

xix. Instant Noodles (6 Paket)

xx. Tepung Pulut (10 Kg)

xxi. Kelapa Kering

xxii. Rempah Beriyani

xxiii. Kacang Putih

xxiv. Kacang Tanah

xxv. Jacob Biscuit

xxvi. Mamee

xxvii. The Uncang

xxviii. Serbuk Cili

xxix. Serbuk Kunyit

xxx. Spagetti

xxxi. Macoroni

xxxii. Tepung Kastard

xxxiii. Oats

xxxiv. Kerepek

xxxv. Gula – Gula

xxxvi. Sambal

xxxvii.Jem

xxxviii.Biskut

xxxix. Biskut Oats

xl. National Tandori

xli. Chat Masala

xlii. Beriyani Masala

xliii. Pewarna & Perasa Botol

xliv. Agar – Agar

xlv. Minyak Masak (62 Kg)

Page 18: DOKUMEN SEBUT HARGA - JPA · Web viewSENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIGUNAKAN BAGI URUSAN PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN

xlvi. Kicap (24 Botol)

xlvii. Sos Tiram

xlviii. Abc Sous Manis

xlix. Tepung Ata (45 Kg)

l. Jagung Manis

li. Backed Beans

lii. Kaya

liii. Rempah

liv. Kiub Ayam

lv. Cube Tomyam

lvi. Rempah Beriyani Kering

lvii. Acar

lviii. Kacang

lix. Cereal

lx. Santan

lxi. Tuna Flakes In Water

lxii. Lain - Lain

2. Peralatan Mandian (Toiletries)

3. Pakaian Sekeluarga

4. Peralatan Pejabat/Buku/Beg

5. Permainan Kanak-Kanak

6. Peralatan Dapur

7. Peralatan Rumah / Elektrik;

BIL BARANG JUMLAH

Page 19: DOKUMEN SEBUT HARGA - JPA · Web viewSENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIGUNAKAN BAGI URUSAN PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN

1. PIANO 1 UNIT

2. KARPET 1 UNIT

3. SOFA BED 1 UNIT

4. SINGLE ARM CHAIR 2 UNIT

5. FREEZER BOX 1 UNIT

6. TV 34 IN 1 UNIT

7. LAIN – LAIN

LAMPIRAN 4

LATAR BELAKANG DAN PENGALAMAN PENYEBUT HARGA

(JIKA MAKLUMAT DI BAWAH TIDAK LENGKAP AKAN MENJEJASKAN PENILAIAN KE ATAS TAWARAN SYARIKAT)

A. AM

1. Nama Syarikat : _______________________________

1.1 Alamat Pejabat : _______________________________

_______________________________

_______________________________

1.2 No. Telefon : _______________________________

1.3 No. Pendaftaran : _______________________________

Syarikat

1.4 No. Pendaftaran : _______________________________

Kementerian Kewangan (sertakan salinan sijil)

2. Modal Di benar : _______________________________

Modal Berbayar : _______________________________

B. PROFIL SYARIKAT

(i) Pengarah :

Page 20: DOKUMEN SEBUT HARGA - JPA · Web viewSENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIGUNAKAN BAGI URUSAN PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN

Bil. Nama

(ii) Pemegang Saham :

Bil. Nama Peratus Pegangan Saham (%)

(iii) Pekerja :

Bil. Kategori Jawatan Bilangan Orang

1 Pengurusan

2 Profesional

3 Kakitangan

C. NYATAKAN PERATUSAN PEMILIKAN SAHAM SYARIKAT

Bil. Taraf Peratusan (%)

i. Bumiputra

Page 21: DOKUMEN SEBUT HARGA - JPA · Web viewSENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIGUNAKAN BAGI URUSAN PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN

ii. Bukan Bumiputra

iii. Modal Asing dan

Nama Negeri

D. KEDUDUKAN KEWANGAN

1. Nyatakan dengan jelas dan sertakan salinan dokumen berkaitan.

i. Total Authorised Capital (Share) RM

ii. Total Paid Out Capital RM

iii. Penyata Akaun Syarikat Sertakan Salinan Penyata Akaun Bank Bagi Tiga Bulan Terakhir

E. PENGALAMAN DALAM PERKHIDMATAN PENGHANTARAN DAN PENGANGKUTAN SAHAJA. ( CTH : 2012, 2013 DAN 2014)

- JIKA TIADA PENGALAMAN PASTIKAN RUANG TERSEBUT DINYATAKAN JUA

(i) Kerajaan :

Bil. Butiran Pengalaman/ PerkhidmatanTarikh

Perkhidmatan & Tempoh

Nama & No. Tel. Pegawai / Agensi untuk dirujuk

1

2

Page 22: DOKUMEN SEBUT HARGA - JPA · Web viewSENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIGUNAKAN BAGI URUSAN PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN

3

4

5

(ii) Swasta :

Bil. Butiran Pengalaman/ PerkhidmatanTarikh

Perkhidmatan & Tempoh

Nama & No. Tel. Pegawai / Agensi untuk dirujuk

1

2

3

4

5

F. HUBUNGAN DENGAN EJEN LUAR NEGARA/CAWANGAN DI LUAR NEGARA

Bil. Nama AgensiTempoh

KerjasamaNama & No. Tel. Pegawai /

Agensi untuk dirujuk

1

2

3

4.

5.

Page 23: DOKUMEN SEBUT HARGA - JPA · Web viewSENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIGUNAKAN BAGI URUSAN PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN

G. PERAKUAN

Saya/kami mengaku bahawa segala maklumat yang dikemukakan di atas adalah benar. Saya juga menyedari sekiranya didapati maklumat-maklumat yang diberikan ini adalah palsu atau tidak benar, maka Kerajaan boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap saya dan Syarikat yang saya wakili di bawah apa-apa undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Tandatangan : ____________________________________

Nama Penyebut Harga : ____________________________________

Nombor Kad Pengenalan : ____________________________________

Tarikh : ____________________________________

Cap Syarikat :

Page 24: DOKUMEN SEBUT HARGA - JPA · Web viewSENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIGUNAKAN BAGI URUSAN PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN

LAMPIRAN 5

SURAT AKUAN SEBUT HARGA

Ketua pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia,Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,Bahagian Khidmat Pengurusan,Sektor Perolehan dan Aset,Aras 9, Blok C1, Kompleks C,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 W.P Putrajaya.

Tuan,

NO. SEBUT HARGA : JPA(SII)04/2015

PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN KE ASEAN – KOREA CENTRE, SEOUL, KOREA

Saya/kami yang bertandatangan di bawah, dengan ini mengemukakan tawaran bagi perkhidmatan yang ditawarkan dengan harga yang telah ditentukan di dalam Lampiran 3. Tawaran ini mempunyai sah laku untuk tempoh selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh Sebut Harga ini ditutup.

2. Saya/kami yang bertandatangan di bawah ini bersetuju sepenuhnya :

a) Bahawa tawaran ini akan dijadikan asas oleh Kerajaan untuk penerimaan tawaran kami;

b) Bahawa Kerajaan tidak terikat untuk menerima Sebut Harga dengan harga yang terendah atau mana-mana Sebut Harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu Sebut Harga;

c) Bahawa Kerajaan berhak untuk menerima keseluruhan atau sebahagian tawaran penyebut harga mengikut pakej atau menerima tawaran yang sama lebih daripada satu penyebut harga;

d) Bahawa keputusan Lembaga Sebut Harga JPA adalah muktamad;

Page 25: DOKUMEN SEBUT HARGA - JPA · Web viewSENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIGUNAKAN BAGI URUSAN PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN

e) Bahawa sekiranya tawaran kami diterima maka satu kontrak yang formal akan ditandatangani antara pihak kami dengan Kerajaan selaras dengan tawaran yang diberikan;

Page 26: DOKUMEN SEBUT HARGA - JPA · Web viewSENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIGUNAKAN BAGI URUSAN PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN

f) Bahawa Surat Akuan Sebut Harga ini berserta dengan Surat Setuju Terima hendaklah menjadi sebahagian daripada kontrak yang mengikat antara Kerajaan dan Penyebut Harga walaupun kontrak yang formal belum dilaksanakan;

g) Bahawa sekiranya kami menolak tawaran ini atau jika maklumat yang diberikan adalah palsu, Kerajaan boleh menarik balik penganugerahan Sebut Harga yang diberikan kepada dan membawa kes ini ke Mahkamah; dan

h) Bahawa kami akan mematuhi segala syarat – syarat seperti mana yang dinyatakan di dalam dokumen ini.

Bagi pihak Penyebut Harga

Tandatangan Penyebut Harga : ________________________________

Nama Penuh : ________________________________

No. Kad Pengenalan : ________________________________

Alamat / Cap Syarikat : ________________________________

Di hadapan :

Tandatangan Saksi : ________________________________

Nama Penuh Saksi : ________________________________

No. Kad Pengenalan Saksi : ________________________________

Alamat : ________________________________

________________________________

________________________________

Page 27: DOKUMEN SEBUT HARGA - JPA · Web viewSENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIGUNAKAN BAGI URUSAN PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN

(SAP bertarikh 1 April 2010)

SURAT AKUAN PEMBIDABagi

(Tajuk dan Nombor Tender/Sebut Harga)……………………………………………………

Saya, ……………………………………....... nombor K.P. .........………………...... yang mewakili…………………………………................................................................ nombor Pendaftaran…...........……………………………………………...... dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam .......………………………………................... atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga/Tender* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalahmenawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam……………………………….............. atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untukdipilih dalam Sebut Harga/Tender* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetujutindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi Sebut Harga/Tender* di atas; atau2.2 penamatan kontrak bagi Sebut Harga/Tender* di atas; dan2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya ataumana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalamSebut Harga/Tender* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkanperbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM)atau balai polis yang berhampiran.

Yang Benar,

……………………………...... (Nama dan No.KP)

Cop Syarikat :Catatan: * Potong mana yang tidak berkaitan.

(Nama Wakil (Nama

(MOF/PKK/CIDB/ROS/

(Nama

(Nama

(Tandatang

Page 28: DOKUMEN SEBUT HARGA - JPA · Web viewSENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIGUNAKAN BAGI URUSAN PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN

LAMPIRAN 7

KLAUSA PENCEGAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN

(a) Without prejudice to any other rights of Government, if the [Company/Firm], its personnel, servants or employees is convicted by a court of law for corruption or unlawful or illegal activities in relation to this [Agreement/Contract] or any other agreement that the [Company/Firm] may have with the Government, the Government shall be entitled to terminate this [Agreement/Contract] at any time, by giving immediate written notice to that effect to the [Company/Firm].

(b) Upon such termination, the Government shall be entitled to all losses, costs, damages and expenses (including any incidental costs and expenses) incurred by the Government arising from such termination.

(c) For the avoidance of doubt, the Parties hereby agree that the [Company/Firm] shall not be entitled to any form of losses including loss of profit, damages, claims or whatsoever upon termination of this [Agreement/Contract].”

Page 29: DOKUMEN SEBUT HARGA - JPA · Web viewSENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIGUNAKAN BAGI URUSAN PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN

(Kew. 284-Pin. 2/94)Lampiran Q

Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini

KERAJAAN MALAYSIA(ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

SEBUTHARGA UNTUK BEKALAN BARANG-BARANG/PERKHIDMATAN

Kepada (Nama Syarikat). ......................................... Pelawaan Sebutharga dikeluarkan

oleh;

.................................................................................. Jabatan (Alamat Lengkap)

No. TeIefon............................................................... Ketua Pengarah Jabatan

No. Pendaftaran dengan Kementerian Perkhidmatan Awam

Kewangan ...... ......... ............................................... Jabatan Perkhidmatan Awam

Kod Bidang Pendaftaran yang relevan dengan Bahagian Khidmat Pengurusan

pembelian ini 221703, 221704, 221705, 221706 Sektor Perolehan Dan Aset, Aras

dan 221709 Blok C1 Kompleks C, Putrajaya

No. Telefon. 03-8885 3256

Tarikh: 25 Februari 2015

1. Sila beri sebutharga untuk bekalan barang-barang/perkhidmatan yang disenaraikan di

bawah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan:

1.1 Syarat Penyerahan/Penyempurnaan kepada Ketua Pengarah dengan sempurna

1.2 Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan akan ditentukan.

1.3 Arahan Pengirim hantar dengan tangan.

1.4 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul surat berlakri dan

bertanda

”No. Sebutharga JPA(SII)04/2015

1.5 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan di alamat

di atas tidak lewat pada jam 12.00 tengahari 02 Mac 2015.

1.6 Tempoh sahlaku sebutharga hendaklah sembilan puluh (90) hari selepas tarikh

tutup.

Tarikh: 25 Februari 2015

No. Sebutharga Bil. JPA(SII)04/2015

Page 30: DOKUMEN SEBUT HARGA - JPA · Web viewSENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIGUNAKAN BAGI URUSAN PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN SEORANG PEGAWAI DARI KEDIAMAN

Nama Pegawai : Sharifah Qameilya Binti Syed Ahmad

Jawatan : Ketua Penolong Pengarah

BilPerihal barang-barang/perhidmatan

dan Syarat-syarat Khas

Unit

Ukuran

Kuantiti/

Kekerapan

Kadar

(RM)

Harga

(RM)

Untuk diisi oleh JabatanUntuk disi oleh

Penyebutharga

Perkhidmatan Pembungkusan Dan

Penghantaran Barang Persendirian

Seorang Pegawai Dari Kediaman Ke

Asean – Korea Centre, Seoul, Korea

Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan

ditawarkan.......................................

*sila sertakan sesalinan Sijil

Pendaftaran dengan Kementerian

Kewangan

Jumlah

(i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan

(ii) Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan ialah ...........................................

Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang/perkhidmatan di atas

dengan harga dan syarat-syarat yang ditunjukkan di atas dengan tertakluk kepada syarat-

syarat di atas dan di belakang ini.

Tandatangan Penyebutharga : ..........................................

Nama dan K/P : .........................................

Alamat Syarikat : ..........................................

Tarikh : ...........................................