akta agensi persendirian 1971

16
UNDANG-UNDANG CETAKAN SEMULA MALAYSIA DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006 Akta 27 AKTA AGENSI PERSENDIRIAN 1971 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 027b.fm Page 1 Monday, March 27, 2006 5:21 PM

Upload: lyquynh

Post on 01-Feb-2017

544 views

Category:

Documents


47 download

TRANSCRIPT

Page 1: AKTA AGENSI PERSENDIRIAN 1971

UNDANG-UNDANG

CETAKAN SEMULA

MALAYSIA

DITERBITKAN OLEHPESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA

DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD

DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD2006

Akta 27

AKTA AGENSI PERSENDIRIAN 1971

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

027b.fm Page 1 Monday, March 27, 2006 5:21 PM

Page 2: AKTA AGENSI PERSENDIRIAN 1971

DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEHMALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD

DAN DICETAK OLEHPERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD

CAWANGAN KUALA LUMPUR2006

2

AKTA AGENSI PERSENDIRIAN 1971

Tarikh Perkenan Diraja … … … … 24 April 1971

Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 29 April 1971

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama … … 1993Cetakan Semula Yang Kedua … … 1999

027b.fm Page 2 Monday, March 27, 2006 5:21 PM

Page 3: AKTA AGENSI PERSENDIRIAN 1971

33

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 27

SUSUNAN SEKSYEN

AKTA AGENSI PERSENDIRIAN 1971

Seksyen

1. Tajuk ringkas dan pemakaian

2. Tafsiran

3. Pengeluaran lesen

4. Pembatalan, pengkenselan atau penggantungan lesen

5. Senarai hendaklah disiarkan

6. Peruntukan khas berhubung dengan kesalahan boleh tangkap

7. Kertas pengenalan

8. Kuasa pegawai polis untuk memeriksa

9. Pekerja agensi persendirian berlesen

10. Uniform, lencana atau lambang

11. Kuasa untuk memasuki dan menggeledah premis sesuatu agensipersendirian berlesen

12. Kuasa untuk memasuki dan menggeledah premis yang disyakidigunakan oleh agensi persendirian yang tidak berlesen

13. Pernyataan palsu

14. Penalti am

15. Kesalahan boleh tangkap

16. Tanggungan pengarah, dsb.

17. Kuasa Menteri untuk mewakilkan kuasa dan kewajipan

18. Kuasa membuat kaedah-kaedah

19. Kecualian

20. Pemansuhan

027b.fm Page 3 Monday, March 27, 2006 5:21 PM

Page 4: AKTA AGENSI PERSENDIRIAN 1971

027b.fm Page 4 Monday, March 27, 2006 5:21 PM

Page 5: AKTA AGENSI PERSENDIRIAN 1971

55

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 27

AKTA AGENSI PERSENDIRIAN 1971

Suatu Akta bagi mengawal perniagaan agensi persendirian.

[Seluruh Malaysia—30 April 1971]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh SeriPaduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat danpersetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidangdalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yangberikut:

Tajuk ringkas dan pemakaian

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Agensi Persendirian 1971dan hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.

Tafsiran

2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendakimakna yang lain—

“agensi persendirian” ertinya seseorang yang menjalankanperniagaan agensi persendirian sebagaimana yang ditakrifkan dibawah;

“agensi persendirian berlesen” ertinya agensi persendirian yanglesen bagi perniagaannya telah dikeluarkan di bawah seksyen 3;

“agensi persendirian tidak berlesen” ertinya agensi persendirianyang lesen bagi perniagaannya tidak dikeluarkan di bawahseksyen 3;

“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagikeselamatan dalam negeri; dan, jika Menteri telah mewakilkanmana-mana atau semua kuasa dan kewajipannya di bawahseksyen 17, ungkapan “Menteri” itu termasuklah, setakat yangkuasa dan kewajipan itu telah diwakilkan, seseorang yang telahdiwakilkan dengan kuasa atau kewajipan itu;

027b.fm Page 5 Monday, March 27, 2006 5:21 PM

Page 6: AKTA AGENSI PERSENDIRIAN 1971

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 27

“surat kelulusan” ertinya surat kelulusan yang dikeluarkan dibawah seksyen 9;

“perniagaan agensi persendirian” ertinya perniagaan atauaktiviti yang dijalankan oleh seseorang bagi maksud—

(a) mengadakan pengawalan dan perlindungan bagikeselamatan diri orang lain atau bagi keselamatanharta atau perniagaan orang lain itu; atau

(b) mendapatkan dan memberi maklumat mengenai kelakuan,aktiviti atau hal ehwal orang lain.

Pengeluaran lesen

3. (1) Tiada seorang pun boleh menjalankan perniagaan agensipersendirian kecuali menurut dan mengikut suatu lesen yangdikeluarkan oleh atau bagi pihak Menteri dan melainkan jikasuatu deposit mengenai perniagaan itu telah dibayar mengikutsebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah subseksyen(3).

(2) Seseorang yang hendak menjalankan perniagaan agensipersendirian hendaklah memohon kepada Menteri untukmendapatkan suatu lesen dan, tertakluk kepada peruntukansubseksyen yang berikut, Menteri boleh mengeluarkan lesen ituatau enggan mengeluarkannya; dan apabila mengeluarkan lesenitu atau membaharuinya di bawah subseksyen (4) Menteri bolehmengenakan syarat ke a tas lesen i tu sebagaimana yangdifikirkannya perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan Aktaini.

(3) Tiada lesen boleh dikeluarkan di bawah Akta ini atau jikadikeluarkan, t iada perniagaan agensi persendir ian bolehdijalankan, melainkan jika suatu deposit sebanyak dan mengikutcara yang ditetapkan oleh Menteri telah dibayar, disimpan danterus disimpan dengan Akauntan Negara.

(4) Menjadi suatu syarat bahawa sebelum sesuatu lesendikeluarkan di bawah seksyen ini pemohon hendaklah membayarbayaran yang ditetapkan oleh Menteri dan lesen itu hendaklahhabis tempohnya tidak lewat daripada akhir tahun kalendar yangdalamnya lesen itu bermula, tetapi boleh dibaharui tiap-tiap tahundengan membayar bayaran yang tersebut di atas itu.

027b.fm Page 6 Monday, March 27, 2006 5:21 PM

Page 7: AKTA AGENSI PERSENDIRIAN 1971

Agensi Persendirian 77

(5) Menteri boleh dengan perintah mengecualikan mana-manaorang atau golongan orang daripada peruntukan seksyen ini.

Pembatalan, pengkenselan atau penggantungan lesen

4. (1) Jika pada pendapat Menteri sesuatu agensi persendirianberlesen menjalankan perniagaannya atau mengambil bahagiandalam aktiviti atau perniagaannya digunakan bagi sesuatu maksudyang memudaratkan keamanan, kebajikan dan ketenteraman dalamPersekutuan, atau melanggar Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain, tertakluk kepada subseksyen (4)Menteri boleh membatalkan atau mengkensel atau menggantunglesen yang dikeluarkan kepada agensi persendirian berlesen itu.

(2) Jika pembatalan, pengkenselan atau penggantungan sesuatulesen di bawah seksyen ini dibuat oleh seseorang yang telahdiwakilkan oleh Menteri di bawah seksyen ini dengan kuasanyamenurut seksyen 17, sesuatu agensi persendirian berlesen yangt idak puas ha t i dengan pembata lan , pengkenselan a taupenggantungan lesennya itu boleh merayu kepada Menteri dalamm a s a 1 4 h a r i s e l e p a s p e m b a t a l a n , p e n g k e n s e l a n a t a upenggantungan itu.

(3) Keputusan Menteri membatalkan, mengkensel ataumenggantung lesen di bawah subseksyen (1) atau keputusan yangdibuat atas sesuatu rayuan di bawah subseksyen (2) muktamaddan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

(4) Sebelum membatalkan, mengkensel atau menggantungsesuatu lesen, Menteri hendaklah memberikan peluang kepadaagensi persendir ian ber lesen yang berkenaan i tu untukmenunjukkan sebab mengapa lesen itu tidak patut dibatalkan,dikensel atau digantung, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(5) Jika lesen sesuatu agensi persendirian dibatalkan, dikenselatau digantung di bawah subseksyen ini, deposit yang disimpan dibawah subseksyen 3(3) hendaklah dilucuthakkan oleh Kerajaandan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Senarai hendaklah disiarkan

5. Menteri hendaklah, dalam bulan Mac tiap-tiap tahun,menyebabkan supaya disiarkan dalam Warta suatu senarai agensi

027b.fm Page 7 Monday, March 27, 2006 5:21 PM

Page 8: AKTA AGENSI PERSENDIRIAN 1971

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 27

persendirian berlesen, dan tambahan kepada dan potongan daripadasenarai itu hendaklah disiarkan dari semasa ke semasa apabilatambahan atau potongan itu dibuat.

Peruntukan khas berhubung dengan kesalahan boleh tangkap

6. Tiada apa-apa jua dalam Akta ini mengehakkan sesuatuagensi persendirian berlesen untuk menyiasat berkenaan dengansesuatu kesalahan boleh tangkap dan jika dalam masa perjalananurusan atau selainnya sesuatu agensi persendirian berlesen ataupekerjanya mendapat sesuatu maklumat berhubung dengan sesuatukesalahan boleh tangkap (sama ada telah dilakukan atau akandilakukan) agensi persendirian berlesen itu atau pekerjanya ituhendaklah menyampaikan maklumat itu kepada seseorangpegawai polis atau membuat laporan di balai polis yang hampirsekali.

Kertas pengenalan

7. (1) Tiap-tiap agensi persendirian berlesen hendaklahmengadakan dan mengeluarkan kertas pengenalan kepada pekerjanyamengikut bentuk dan mengandungi butir-butir yang ditetapkanoleh Menteri.

(2) Tiap-tiap pekerja sesuatu agensi persendirian berlesenhendaklah sentiasa membawa kertas pengenalan dan menunjukkannyauntuk diperiksa apabila dikehendaki oleh seseorang pegawai polisdan hendaklah menyerahkan kertas pengenalan itu kepada agensipersendirian berlesen, itu apabila berhenti bekerja.

Kuasa pegawai polis untuk memeriksa

8. Seseorang pegawai polis boleh memeriksa kertas pengenalanyang dikeluarkan di bawah seksyen 7 dan boleh juga memeriksalesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 3.

Pekerja agensi persendirian berlesen

9. (1) Tiada seorang pun boleh diambil berkerja dalam apa-apajua jawatan oleh sesuatu agensi persendirian berlesen melainkan

027b.fm Page 8 Monday, March 27, 2006 5:21 PM

Page 9: AKTA AGENSI PERSENDIRIAN 1971

Agensi Persendirian 99

jika suatu surat kelulusan telah dikeluarkan mengenai orang ituoleh Pesuruhjaya Polis atau Ketua Pegawai Polis.

(2) Sesuatu agensi persendirian berlesen yang hendak mengambilberkerja seseorang hendaklah memohon suatu surat kelulusandaripada Pesuruhjaya Polis atau Ketua Pegawai Polis bagi Negeridi mana orang itu biasanya tinggal atau, jika dia biasanya tinggaldi luar Malaysia, kepada Pesuruhjaya Polis atau Ketua PegawaiPolis bagi Negeri di mana agensi persendirian berlesen itumempunyai pejabat berdaftarnya, dan permohonan itu hendaklahmengikut bentuk dan mengandungi butir-butir yang ditetapkanoleh Menteri.

(3) Apabila sesuatu permohonan untuk surat kelulusan diterima,Pesuruhjaya Polis atau Ketua Pegawai Polis boleh, selepasmenjalankan siasatan yang difikirkannya sesuai, mengeluarkansuatu surat kelulusan.

(4) Bagi maksud menjalankan siasatan di bawah subseksyen(3) , Pesuruhjaya Pol is a tau Ketua Pegawai Pol is bolehmenghendaki orang yang hendak diambil kerja itu supayamematuhi segala langkah yang semunasabahnya perlu bagimengambil dan merekodkan cap jarinya.

(5) Pesuruhjaya Polis atau Ketua Pegawai Polis boleh engganmengeluarkan sesuatu surat kelulusan.

(6) Seseorang yang permohonannya untuk surat kelulusantelah ditolak boleh merayu kepada Menteri dalam masa 14 hariselepas tarikh penolakan itu dan Menteri boleh mengesahkankeputusan i tu atau mengarahkan supaya surat kelulusandikeluarkan.

(7) Keputusan Menteri atas sesuatu rayuan di bawah subseksyen(6) muktamad.

Uniform, lencana atau lambang

10. Tertakluk kepada mana-mana undang-undang berhubungdengan uniform, lencana atau lambang, sesuatu uniform, lencanaatau lambang yang dicadang untuk dipakai oleh pekerja agensipersendirian berlesen hendaklah terlebih dahulu diluluskan olehMenteri.

027b.fm Page 9 Monday, March 27, 2006 5:21 PM

Page 10: AKTA AGENSI PERSENDIRIAN 1971

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 27

Kuasa untuk memasuki dan menggeledah premis sesuatuagensi persendirian berlesen

11. (1) Jika Menteri ada sebab bagi mempercayai bahawasesuatu agensi persendirian berlesen menjalankan perniagaannyaatau mengambil bahagian dalam aktiviti atau bahawa perniagaannyadigunakan bagi maksud yang memudaratkan keamanan, kebajikandan ketenteraman dalam Persekutuan, Menteri boleh, secarabertulis, memberi kuasa seseorang pegawai polis yang berpangkattidak rendah daripada Penolong Penguasa untuk memasuki mana-mana tempat yang Menteri ada sebab bagi mempercayaidigunakan sebagai tempat perjumpaan atau perniagaan agensipersendirian itu.

(2) Seseorang pegawai yang diberi kuasa untuk menjalankankuasa masuk di bawah seksyen ini boleh, tanpa waran dan denganbantuan atau tanpa bantuan dan dengan menggunakan kekerasanbagi maksud itu jika perlu, memasuki tempat itu dan bolehmenggeledah tempat itu dan memeriksa sesiapa jua yangdijumpai di dalamnya atau yang lari dari tempat itu:

Dengan syarat bahawa tiada seorang perempuan pun bolehdiperiksa di bawah subseksyen ini kecuali oleh seorangperempuan.

(3) Seseorang pegawai yang diberi kuasa untuk menjalankankuasa masuk di bawah seksyen ini boleh mengambil apa-apasuratan, atau benda lain yang dipercayai dengan semunasabahnyamenjadi atau mengandungi keterangan berhubung denganperniagaan atau aktiviti yang disebut dalam subseksyen (1).

(4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkanmenyentuh kuasa seseorang pegawai polis di bawah KanunTatacara Jenayah [Akta 593] atau mana-mana undang-undangbertulis yang lain.

Kuasa untuk memasuki dan menggeledah premis yang disyakidigunakan oleh agensi persendirian yang tidak berlesen

12. (1) Jika Menteri ada sebab bagi mempercayai bahawaperniagaan sesuatu agensi persendirian tidak berlesen dijalankanatau bahawa mana-mana buku, akaun atau suratan lain agensipersendirian tidak berlesen itu ada disimpan atau diletakkan didalam sesuatu premis atau tempat, Menteri boleh, secara bertulis,memberi kuasa seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak

027b.fm Page 10 Monday, March 27, 2006 5:21 PM

Page 11: AKTA AGENSI PERSENDIRIAN 1971

Agensi Persendirian 1111

rendah daripada Penolong Penguasa untuk memasuki mana-manapremis atau tempat itu.

(2) Seseorang pegawai yang diberi kuasa untuk menjalankankuasa masuk di bawah seksyen ini boleh, tanpa waran dan denganbantuan atau tanpa bantuan dan dengan menggunakan kekerasanbagi maksud itu jika perlu, memasuki tempat itu dan bolehmenggeledah tempat itu dan memeriksa sesiapa jua yangdijumpai di dalamnya atau yang lari dari tempat itu:

Dengan syarat bahawa tiada seorang perempuan pun bolehdiperiksa di bawah subseksyen ini kecuali oleh seorangperempuan.

(3) Seseorang pegawai yang diberi kuasa untuk menjalankankuasa masuk di bawah seksyen ini boleh mengambil apa-apabuku, akaun atau dokumen lain yang dipercayai dengansemunasabahnya menjadi a tau mengandungi keteranganberhubung dengan perniagaan sesuatu agensi persendirian tidakberlesen.

(4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkanmenyentuh kuasa seseorang pegawai polis di bawah KanunTatacara Jenayah atau mana-mana undang-undang bertulis yanglain.

Pernyataan palsu

13. Jika mana-mana orang—

(a) memberikan butir-butir yang, pada pengetahuannya,palsu atau mengelirukan tentang sesuatu perkaramaterial, berhubung dengan sesuatu permohonanlesen di bawah seksyen 3; atau

(b) dengan tujuan hendak mendorong Pesuruhjaya Polisatau Ketua Pegawai Polis memberi surat kelulusan,membuat sesuatu pernyataan atau akuan yang, padapengetahuannya, palsu atau tidak betul, sama adakesemuanya atau sebahagiannya, atau mengelirukantentang sesuatu perkara material,

dia adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan,boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjaraselama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.

027b.fm Page 11 Monday, March 27, 2006 5:21 PM

Page 12: AKTA AGENSI PERSENDIRIAN 1971

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 27

Penalti am

14. Seseorang yang melanggar peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya melakukan suatu kesalahandan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh riburinggit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahunatau kedua-duanya.

Kesalahan boleh tangkap

15. Sesuatu kesalahan di bawah Akta ini ialah kesalahan bolehtangkap mengikut pengertian undang-undang yang berhubungandengan tatacara jenayah.

Tanggungan pengarah, dsb.

16. (1) Jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukanoleh suatu kumpulan orang sama ada diperbadankan atau tidak,sesiapa jua yang pada masa kesalahan itu dilakukan menjadipengarah, pengurus, setiausaha atau seseorang pegawai lain yangseumpamanya bagi kumpulan orang itu atau yang berupa sebagaimenjalankan tugas dalam mana-mana jawatan itu, hendaklahdisifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika diamembuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpapersetujuannya atau tanpa dibiarkan olehnya, dan bahawa diatelah menjalankan usaha sebagaimana yang patut dijalankanolehnya bagi mencegah kesalahan itu daripada dilakukanmemandangkan jenis fungsinya dalam jawatan itu dan segala halkeadaan.

(2) Seseorang yang akan bersalah atas suatu kesalahan, jikasesuatu perkara dilakukan atau tidak dilakukan olehnya sendiri,bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan penalti yangsama jika perkara itu dilakukan atau tidak dilakukan olehpekongsi, ejen atau penjawatnya dalam masa urusan perkongsianatau dalam masa perjalanan kerjanya, mengikut mana-mana yangberkenaan, melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahani t u t e l ah d i l akukan t anpa penge t ahuannya a t au t anpapersetujuannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkahyang munasabah untuk mencegah perkara itu daripada dilakukanatau tidak dilakukan:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam ini bolehmelepaskan pekongsi, ejen atau penjawat itu daripada bolehdidakwa.

027b.fm Page 12 Monday, March 27, 2006 5:21 PM

Page 13: AKTA AGENSI PERSENDIRIAN 1971

Agensi Persendirian 1313

Kuasa Menteri untuk mewakilkan kuasa dan kewajipan

17. (1) Menteri boleh, secara bertulis, mewakilkan semua ataumana-mana kuasa dan kewajipannya di bawah Akta ini atau dibawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya kepadaseseorang pegawai dalam perkhidmatan awam Persekutuan danboleh pada bila-bila masa membatalkan pewakilan kuasa dankewajipan itu.

(2) Tiada apa-apa pewakilan kuasa dan kewajipan di bawahsubseksyen (1) boleh menyentuh penjalanan kuasa ataukewajipan itu oleh Menteri.

Kuasa membuat kaedah-kaedah

18. Menteri boleh membuat kaedah-kaedah secara am untukmelaksanakan peruntukan Akta ini dan kaedah-kaedah itu boleh—

(a) menetapkan fi atau caj yang perlu bagi maksud Aktaini;

(b) membuat peruntukan mengenai maklumat dan suratanyang akan diberikan bagi maksud permohonan lesenatau surat kelulusan;

(c) membuat peruntukan mengenai pengambilan danperekodan fotograf orang yang memohon lesen atausurat kelulusan;

(d) menetapkan jumlah dan jenis deposit yang akandisimpan dengan Akauntan Negara di bawah seksyen3;

(e) menetapkan bentuk lesen yang akan dikeluarkan dibawah seksyen 3 dan bentuk kertas pengenalan dibawah seksyen 7;

(f) membuat peruntukan mengenai hal meluluskan uniform,lencana atau lambang yang akan dipakai olehseseorang pekerja sesuatu agensi persendirian berlesen;

(g) menetapkan daftar pekerja yang akan disenggarakanoleh sesuatu agensi persendirian berlesen dan membuatperuntukan mengenai pemeriksaannya;

027b.fm Page 13 Monday, March 27, 2006 5:21 PM

Page 14: AKTA AGENSI PERSENDIRIAN 1971

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 27

(h) menetapkan bahawa sesuatu perbuatan yang dilakukanatau tidak dilakukan bersalahan dengan peruntukanmana-mana kaedah itu adalah menjadi suatukesalahan;

(i) mengadakan peruntukan peralihan berhubung denganperniagaan agensi persendirian yang telah dijalankansebelum permulaan kuat kuasa Akta ini;

(j) membuat peruntukan secara am bagi maksudmelaksanakan Akta ini.

Kecualian

19. (1) Setakat yang mana-mana peruntukan Akta ini berhubungdengan sesuatu perniagaan atau syarikat, peruntukan itu hendaklahditafsirkan sebagai tambahan kepada dan bukan sebagai pengurangankuasa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berhubungdengan pendaftaran perniagaan atau berhubung dengan syarikat.

(2) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh—

(i) ditafsirkan sebagai memberi sesuatu agensi persendirianberlesen atau pekerjanya mana-mana kuasa yangdiberikan oleh mana-mana undang-undang bertuliskepada dan yang boleh dijalankan oleh seseorangpegawai polis, pegawai kastam, pegawai imigresen,pegawai penjara atau mana-mana pegawai awam yanglain;

(ii) memberi kuasa sesuatu agensi persendirian berlesenatau pekerjanya untuk melakukan atau tidak melakukansesuatu perbuatan yang jika dilakukan atau tidakdilakukan adalah bersalahan dengan sesuatu undang-undang bertulis.

Pemansuhan

20. Ordinan No. 58 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970 adalahdimansuhkan.

027b.fm Page 14 Monday, March 27, 2006 5:21 PM

Page 15: AKTA AGENSI PERSENDIRIAN 1971

1515

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 27

AKTA AGENSI PERSENDIRIAN 1971

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari

Akta 160 Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit)1975

29-08-1975

027b.fm Page 15 Monday, March 27, 2006 5:21 PM

Page 16: AKTA AGENSI PERSENDIRIAN 1971

16

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 27

AKTA AGENSI PERSENDIRIAN 1971

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari

13 Akta 160 29-08-1975

14 Akta 160 29-08-1975

027b.fm Page 16 Monday, March 27, 2006 5:21 PM