warta kerajaan persekutuan - home – the official … · “butir-butir yang perlu dicatatkan...

14
24 Jun 2013 24 June 2013 P.U. (A) 182 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE PERATURAN-PERATURAN REKA BENTUK PERINDUSTRIAN (PINDAAN) 2013 INDUSTRIAL DESIGNS (AMENDMENT) REGULATIONS 2013 DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

Upload: trinhdien

Post on 11-Jun-2019

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - Home – The Official … · “Butir-butir yang perlu dicatatkan dalam Daftar ... apa-apa dokumen, ... undang-undang lain atau urus niaga kepentingan

24 Jun 2013 24 June 2013 P.U. (A) 182

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

PERATURAN-PERATURAN REKA BENTUK PERINDUSTRIAN (PINDAAN) 2013

INDUSTRIAL DESIGNS (AMENDMENT) REGULATIONS 2013

DISIARKAN OLEH/

PUBLISHED BY JABATAN PEGUAM NEGARA/

ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

Page 2: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - Home – The Official … · “Butir-butir yang perlu dicatatkan dalam Daftar ... apa-apa dokumen, ... undang-undang lain atau urus niaga kepentingan

P.U. (A) 182

2

AKTA REKA BENTUK PERINDUSTRIAN 1996

PERATURAN-PERATURAN REKA BENTUK PERINDUSTRIAN (PINDAAN) 2013

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 47 Akta Reka Bentuk

Perindustrian 1996 [Akta 552], Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:

Nama dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan

Reka Bentuk Perindustrian (Pindaan) 2013.

(2) Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 1 Julai 2013.

Pindaan peraturan 21

2. Peraturan-Peraturan Reka Bentuk Perindustrian 1999 [P.U. (A) 351/1999], yang

disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dengan

menggantikan peraturan 21 dengan peraturan yang berikut:

“Butir-butir yang perlu dicatatkan dalam Daftar

21. Pendaftar hendaklah mencatatkan butir-butir yang berhubungan dengan

setiap reka bentuk perindustrian dalam Daftar seperti yang berikut:

(a) tarikh pendaftaran;

(b) tarikh prioriti, jika ada, yang ditetapkan menurut suatu tuntutan

kepada hak prioriti di bawah seksyen 17 Akta dan nama negara

atau wilayah berkenaan;

(c) nama, alamat dan alamat penyampaian pemunya;

(d) nombor pendaftaran;

(e) suatu representasi reka bentuk perindustrian;

Page 3: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - Home – The Official … · “Butir-butir yang perlu dicatatkan dalam Daftar ... apa-apa dokumen, ... undang-undang lain atau urus niaga kepentingan

P.U. (A) 182

3

(f) peryataan kebaharuan yang berhubungan dengan reka bentuk

perindustrian;

(g) butir-butir mengenai hakmilik atau kepentingan yang melibatkan

reka bentuk perindustrian di bawah seksyen 30 Akta, jika ada;

(h) suatu catatan yang dibuat di bawah subperaturan 26(2);

(i) tarikh reka bentuk perindustrian itu habis tempoh, luput,

dibatalkan atau tidak sah;

(j) nama ejen yang dilantik mengikut peraturan 32, alamat atau

alamat penyampaiannya, jika ada; dan

(k) apa-apa butir lain yang Pendaftar fikirkan patut untuk dicatatkan

dalam Daftar.”.

Pindaan peraturan 22

3. Peraturan 22 Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan perkataan

“Warta” dengan perkataan “Jurnal Rasmi”.

Pindaan peraturan 23

4. Peraturan 23 Peraturan-Peraturan ibu dipinda dalam subperaturan (1), dengan

menggantikan perkataan “dalam masa enam bulan” dengan perkataan “pada bila-bila

masa”.

Pindaan peraturan 26

5. Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 26 dengan

peraturan yang berikut:

“Permohonan untuk merekod penyerahhakan, dsb.

26. (1) Suatu permohonan untuk mendaftarkan butir-butir mengenai

hakmilik atau kepentingan di bawah subseksyen 30(1) Akta hendaklah—

Page 4: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - Home – The Official … · “Butir-butir yang perlu dicatatkan dalam Daftar ... apa-apa dokumen, ... undang-undang lain atau urus niaga kepentingan

P.U. (A) 182

4

(a) dibuat kepada Pendaftar dalam Borang RP 5;

(b) disertakan dengan—

(i) fi yang ditetapkan; dan

(ii) salinan terperaku penyerahhakan, perpindahan,

kuat kuasa undang-undang atau urus niaga

kepentingan sekuriti, mengikut mana-mana yang

berkenaan; atau

(iii) apa-apa keterangan lain yang Pendaftar sifatkan

sebagai bukti yang mencukupi bagi urus niaga itu.

(2) Pendaftar boleh menghendaki pemohon untuk memberikan

apa-apa dokumen, surat cara atau maklumat lain yang menyokong permohonan

itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pendaftar dalam apa-apa tempoh

masa yang ditetapkan oleh Pendaftar.

(3) Pemohon boleh memohon kepada Pendaftar bagi pelanjutan masa

dalam Borang RP 13 sebelum habisnya tempoh yang ditetapkan oleh Pendaftar

yang disebut dalam subperaturan (2) atau apa-apa tempoh masa yang

dilanjutkan sebelum ini yang dibenarkan oleh Pendaftar.

(4) Jika urus niaga itu dibuat melalui surat cara yang boleh dikenakan

cukai, kelulusan permohonan itu hendaklah tertakluk kepada Pendaftar berpuas

hati bahawa surat cara itu telah disetem dengan sewajarnya.

(5) Suatu permohonan untuk meminda apa-apa butir mengenai

hakmilik atau kepentingan yang memberi kesan kepada reka bentuk

perindustrian di bawah subseksyen 30(1) Akta hendaklah dibuat dalam Borang

RP 9.

Page 5: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - Home – The Official … · “Butir-butir yang perlu dicatatkan dalam Daftar ... apa-apa dokumen, ... undang-undang lain atau urus niaga kepentingan

P.U. (A) 182

5

(6) Jika Pendaftar berpuas hati bahawa permohonan itu lengkap,

Pendaftar hendaklah membuat apa-apa catatan dalam Daftar sebagaimana yang

difikirkannya patut.”.

Pindaan peraturan 28

6. Peraturan 28 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a) dalam subperaturan (1), dengan menggantikan perkataan “notis usul”

dengan perkataan “saman pemula”; dan

(b) dalam subperaturan (3), dengan menggantikan perkataan “Warta”

dengan perkataan “Jurnal Rasmi”.

Pindaan peraturan 30

7. Peraturan 30 Peraturan-Peraturan ibu dipinda dalam subperaturan (3), dengan

menggantikan perkataan “Warta” dengan perkataan “Jurnal Rasmi”.

Pindaan peraturan 36

8. Peraturan 36 Peraturan-Peraturan ibu dipinda dalam perenggan (1)(a), dengan

menggantikan perkataan “Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 [P.U. (A) 50/80]”

dengan perkataan “Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [P.U. (A) 205/2012]”.

Pindaan peraturan 45

9. Peraturan 45 Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan perkataan

“tidak terperaku” dengan perkataan “pendua”.

Pindaan Jadual Pertama

10. Jadual Pertama Peraturan-Peraturan ibu dipinda dalam butiran 14, dengan

menggantikan perkataan “tidak diperakui” di mana-mana jua terdapat dengan

perkataan “pendua”.

Page 6: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - Home – The Official … · “Butir-butir yang perlu dicatatkan dalam Daftar ... apa-apa dokumen, ... undang-undang lain atau urus niaga kepentingan

P.U. (A) 182

6

Pindaan Jadual Kedua

11. Jadual Kedua Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a) dengan menggantikan Borang RP 5 dengan borang yang berikut:

“BORANG RP 5

PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA

Akta Reka Bentuk Pejabat Pendaftaran Perindustrian 1996 Reka Bentuk Perindustrian Peraturan-Peraturan Reka Bentuk Perindustrian 1999 (Seksyen 30 dan Peraturan 26) PERMOHONAN BAGI MEREKODKAN PENYERAHHAKAN, PERPINDAHAN, KUAT KUASA UNDANG-UNDANG LAIN ATAU URUS NIAGA KEPENTINGAN SEKURITI KEPADA: (i) SUATU REKA BENTUK PERINDUSTRIAN BERDAFTAR; ATAU (ii) PERMOHONAN BAGI PENDAFTARAN SUATU REKA BENTUK

PERINDUSTRIAN

1. Nombor permohonan (untuk kegunaan rasmi sahaja):

2. Nombor pendaftaran: Berikan jumlah nombor jika lebih daripada satu.

3. Nama penuh dan alamat pemohon/pemunya/setiap pemohon/pemunya

sebagaimana yang direkodkan dalam Daftar atau permohonan pada masa ini:

4. Nama penuh dan alamat orang/setiap orang yang membuat permohonan ini: (Biarkan kosong jika maklumat ini sama dengan yang diberikan dalam ruang 3)

5. Alasan untuk permohonan ini:

Salinan terperaku dokumen bagi penyerahhakan, perpindahan, kuat kuasa undang-undang lain atau urus niaga kepentingan sekuriti hendaklah disertakan.

Page 7: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - Home – The Official … · “Butir-butir yang perlu dicatatkan dalam Daftar ... apa-apa dokumen, ... undang-undang lain atau urus niaga kepentingan

P.U. (A) 182

7

Nyatakan yang berkaitan Penyerahhakan Perpindahan Kuat kuasa undang-undang lain Urus Niaga Kepentingan Sekuriti

Berikan butir-butir termasuk tarikh dan nama semua pihak yang terlibat, termasuk pertubuhan perbadanan, negara dan, jika sesuai, negeri pertubuhan perbadanan diperbadankan. Nama: Tarikh:

6. Nama ejen (jika berkenaan): Alamat penyampaian di Malaysia di mana surat-menyurat patut dihantar:

7. Akuan:

(Nama dan status setiap penandatangan hendaklah juga dimasukkan, jika berkaitan) Saya/Kami mengaku bahawa jika hak reka bentuk perindustrian wujud dalam reka bentuk perindustrian/setiap reka bentuk perindustrian yang disebut dalam ruang 2, orang yang berhak kepada apa-apa kepentingan yang diminta oleh pemohon untuk didaftarkan adalah juga berhak kepada kepentingan yang bersamaan dalam reka bentuk perindustrian itu. (Potong yang tidak berkenaan)

_______________ Tandatangan Tarikh

8. Nama dan nombor telefon orang yang boleh dihubungi di Malaysia:

___________________________________________________________________________________”; dan

(b) dengan menggantikan perkataan “tidak diperakui” dalam Borang RP 14 di

mana-mana jua terdapat dengan perkataan “pendua”.

Page 8: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - Home – The Official … · “Butir-butir yang perlu dicatatkan dalam Daftar ... apa-apa dokumen, ... undang-undang lain atau urus niaga kepentingan

P.U. (A) 182

8

Dibuat 12 Jun 2013 [KPDN (MYIPO); PN(PU2)588/III]

DATO’ HASAN BIN MALEK

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Page 9: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - Home – The Official … · “Butir-butir yang perlu dicatatkan dalam Daftar ... apa-apa dokumen, ... undang-undang lain atau urus niaga kepentingan

P.U. (A) 182

9

INDUSTRIAL DESIGNS ACT 1996

INDUSTRIAL DESIGNS (AMENDMENT) REGULATIONS 2013 IN exercise of the powers conferred by section 47 of the Industrial Designs Act 1996

[Act 552], the Minister makes the following regulations:

Citation and commencement

1. (1) These regulations may be cited as the Industrial Designs (Amendment)

Regulations 2013.

(2) These Regulations come into operation on 1 July 2013.

Amendment of regulation 21

2. The Industrial Designs Regulations 1999 [P.U. (A) 351/1999], which are referred

to as the “principal Regulations” in these Regulations, are amended by substituting for

regulation 21 the following regulation:

“Particulars to be entered in the Register

21. The Registrar shall enter the particulars relating to each industrial design

in the Register such as follows:

(a) the date of registration;

(b) the priority date, if any, accorded pursuant to a claim to a right to

priority under section 17 of the Act and the name of the country or

territory concerned;

(c) the name, address and address for service of the owner;

(d) the registration number;

(e) a representation of the industrial design;

Page 10: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - Home – The Official … · “Butir-butir yang perlu dicatatkan dalam Daftar ... apa-apa dokumen, ... undang-undang lain atau urus niaga kepentingan

P.U. (A) 182

10

(f) the statement of novelty relating to the industrial design;

(g) particulars of the title or interest affecting the industrial design

under section 30 of the Act, if any;

(h) an entry made under subregulation 26(2);

(i) the date on which the industrial design expired, lapsed, revoked,

cancelled or invalidated;

(j) the name of the agent appointed in accordance with regulation 32,

his address or the address for service, if any; and

(k) such other particulars as the Registrar thinks fit to enter in the

Register.”.

Amendment of regulation 22

3. Regulation 22 of the principal Regulations is amended by substituting for the

word “Gazette” the words “Official Journal”.

Amendment of regulation 23

4. Regulation 23 of the principal Regulations is amended in subregulation (1), by

substituting for the words “within six months” the words “at any time”.

Amendment of regulation 26

5. The principal Regulations are amended by substituting for regulation 26 the

following regulation:

“Application to record assignment, etc.

26. (1) An application to register particulars of the title or interest under

subsection 30(1) of the Act shall—

(a) be made to the Registrar in ID Form 5;

Page 11: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - Home – The Official … · “Butir-butir yang perlu dicatatkan dalam Daftar ... apa-apa dokumen, ... undang-undang lain atau urus niaga kepentingan

P.U. (A) 182

11

(b) be accompanied by—

(i) a prescribed fee; and

(ii) a certified copy of the assignment, transmission,

operation of law or security transaction, as the case

may be; or

(iii) such other evidence as the Registrar deems as

sufficient proof of the transaction.

(2) The Registrar may require the applicant to furnish such other

document, instrument or information in support of the application as the

Registrar thinks fit within such time as the Registrar may specify.

(3) The applicant may apply to the Registrar for an extension of time

in Form ID 13 before the expiry of the time specified by the Registrar referred to

in subregulation (2) or any extended period previously allowed by the Registrar.

(4) Where the transaction is effected by an instrument chargeable

with duty, the granting of the application shall be subject to the Registrar being

satisfied that the instrument has been duly stamped.

(5) An application to amend any particulars of the title or interest

affecting the industrial design under subsection 30(1) of the Act shall be made in

Form ID 9.

(6) If the Registrar is satisfied that the application is completed, the

Registrar shall make such entry in the Register as he thinks fit.”.

Page 12: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - Home – The Official … · “Butir-butir yang perlu dicatatkan dalam Daftar ... apa-apa dokumen, ... undang-undang lain atau urus niaga kepentingan

P.U. (A) 182

12

Amendment of regulation 28

6. Regulation 28 of the principal Regulations is amended—

(a) in subregulation (1), by substituting for the words “notice of motion” the

words “originating summons”; and

(b) in subregulation (3), by substituting for the word “Gazette” the words

“Official Journal”.

Amendment of regulation 30

7. Regulation 30 of the principal Regulations is amended in subregulation (3), by

substituting for the word “Gazette” the words “Official Journal”.

Amendment of regulation 36

8. Regulation 36 of the principal Regulation is amended in paragraph (1)(a), by

substituting for the words “Rules of the High Court 1980 [P.U. (A) 50/80]” the words

“Rules of Court 2012 [P.U. (A) 205/2012]”.

Amendment of regulation 45

9. Regulation 45 of the principal Regulations is amended by substituting for the

word “uncertified” the word “duplicate”.

Amendment of First Schedule

10. The First Schedule to the principal Regulations is amended in item 14, by

substituting for the word “uncertified” wherever appearing the word “duplicate”.

Amendment of Second Schedule

11. The Second Schedule to the principal Regulations is amended—

Page 13: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - Home – The Official … · “Butir-butir yang perlu dicatatkan dalam Daftar ... apa-apa dokumen, ... undang-undang lain atau urus niaga kepentingan

P.U. (A) 182

13

(a) by substituting for ID FORM 5 the following form:

“ID FORM 5

INTELLECTUAL PROPERTY CORPORATION OF MALAYSIA

Industrial Designs Act 199 Industrial Designs Registration Office Industrial Designs Regulations 1999 (Section 30 and Regulation 26)

APPLICATION TO RECORD THE ASSIGNMENT, TRANSMISSION, OTHER OPERATION OF LAW OR SECURITY INTEREST TRANSACTION TO: (i) A REGISTERED INDUSTRIAL DESIGN; OR (ii) APPLICATION FOR REGISTRATION OF AN INDUSTRIAL DESIGN

1. Application number (for official use only):

2. Registration number(s): Give the total number if more than one.

3. Full name and address of the/each applicant/owner of the industrial design as currently recorded on the Register or application(s):

4. Full name and address of the/each person making this application: (Leave blank if this information is the same as given in column 3)

5. Grounds for this application:

A certified copy of the document of the assignment, transmission, other operation of law or security interest transaction shall be enclosed.

Please state where relevant

Assignment Transmission Other operation of law Security Interest Transaction

Give details including the date and the names of all the parties involved, including for corporate bodies, the country and, if appropriate, state of incorporation.

Page 14: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - Home – The Official … · “Butir-butir yang perlu dicatatkan dalam Daftar ... apa-apa dokumen, ... undang-undang lain atau urus niaga kepentingan

P.U. (A) 182

14

Name:

Date:

6. Name of the agent (if applicable): Address for service in Malaysia to which correspondence should be sent: __________________________________________________________________________________________________ 7. Declaration: (Name of each signatory should be entered, and status, if relevant)

I/We declare that where the industrial design right exists in the/each industrial design mentioned in column 2, the persons(s) entitled to any interest which the applicant is seeking to register by this application is/are also entitled to the corresponding interest in the industrial design right.

(Delete whichever is not applicable)

Signature(s) Date __________________________________________________________________________________________________ 8. Name and telephone number of person to contact in Malaysia:

________________________________________________________________________________________________”; and

(b) by substituting for the word “uncertified” in ID Form 14 wherever

appearing the word “duplicate”.

Made 12 June 2013 [KPDN (MYIPO); PN(PU2)588/III]

DATO’ HASAN BIN MALEK Minister of Domestic Trade, Co-operatives and Consumerism