doa sempena sambutan aidilfitri

Upload: husniza-ghazali

Post on 04-Mar-2016

233 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

g

TRANSCRIPT

DOA SEMPENA SAMBUTAN AIDILFITRI

YaAllahYaRahman,dengankeberkatanbulanSyawalyangmuliadan barakahinikamizahirkanrasasyukuryangtidakterhinggaatassegala anugerahMu kepada kami seluruhnya. Lantaran itu ya Allah jadikanlah kami semuasebagaihamba Muyangberiman,yangbertaqwa,yangberilmu,yang berakhlak mulia, yang sejahtera di dunia dan di akhirat.Ya Allah Ya Rahim, Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pada Kali Ini, kami memohon keampunan atas segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami dan seluruh kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah kembali kepada-Mu ya Allah.Kami panjatkan juga kesyukuran atas kurniaan nikmat Aidil Fitri dalam aman dan damai, penuh harmonis dan tenang, disambut dengan kemeriahan dan keceriaan. Kami warga Alumni SMK Gaal 1986 ini amat bersyukur kepada Mu dengan penganjuran majlis sambutan sempena hari kebesaran Aidil Fitri pada hari ini. Wahai Tuhan yang Maha melimpah rahmat dan keberkatanNya, kami pohonkan agar majlis kami ini sentiasa diiringi lembayung rahmat dan berkat dari Mu, agar di sepanjang majlis ini berjalan, kami senantiasa mengingati Mu dan mencari redha Mu.Pada bulan syawal yang mulia ini, kami berhimpun untuk meraikan majlis Hari Raya Aidilfitri, yang disebut sebagai hari kemenangan bagi ummat Islam yang telah berjaya menghadapi segala cubaan dan dugaan melawan kehendak nafsu dengan keimanan, ketabahan dan kesabaran sepanjang Ramadan yang telah lalu.

Dihari yang mulia ini, kami menadah tangan memohon RahmatMu, Limpahkanlah Taufiq HidayahMu, petunjuk dan inayahMu kepada kami.Engkau menjamin rezeki kami,Engkaumemberikekuatansertasemangatyangtinggikepadakami.Dorongkanlah kami ke arah melaksanakan kebaikan dan amal soleh serta kami memohon dipanjangkan usia diliputi dengan sihat walafiat, menabur bakti danjasa kepada agama,bangsa dan Negara kami yang tercinta ini.Sedarkan kami atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah kami lakukan. Mudah-mudahan Ramadhan yang akan datang akan menjadi lebih bermakna bagi kami semua.

Ya Allah, kami memohon dariMu, Makmurkanlah kesepakatan kami ini dengan limpahan rahmat kasihMu, Tautkanlah ikatan ukhuwwah dan silaturrahim antara kami. Untuk itu, satukanlah hati-hati kami dengan tautan kasih lagi mesra, saling percaya lagi memahami. Jauhilah kami dari segala sifat mazmumah, hasad dengki, fitnah, umpat keji,irihati,meninggi diri dan segala yang membawa bencana kepada kami, agar terhindar perasaan keji sesama sendiri, dan segala sifat yang memusnah kemesraan kami.

YaAllahYaGhaffar,KamipohonkanjugaYaAllah,keselamatandan kesejahteraan,keamanan,kemakmurandankeberkatannegarakamiyang dikasihi rakyatnya sejahtera sentosa, agama-Mu terus terpelihara dan maju jaya dibawah pemerintahan pemimpin kami.YaAllah,jadikanlahperhimpunankamiinisebagaisatu perhimpunanyang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan merekayangbersamakami,kebinasaan,danmenyingkirkankamidari memperolehi rahmatMu.AllahurabbilalaminSesungguhnya kami telah banyak membuat kezaliman terhadap diri kami sendiri, dan tiada yang dapat mengampuni dosa-dosa kami kecuali Engkau. Curahkanlah keampunan dan belas kasihan kepada kami. Sungguh Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, Permudahkanlah bagi kami laluan ke arah mengekalkan keamanan dan kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan. Jadikanlah pertemuan di Aidil Fitri kami pada kali ini pertemuan yang penuh bermakna buat kami dan pertemuan yang disulami kesyukuran dan sempurnakanlah semua pekerjaan kami dengan segala kebaikan.Ya Allah, Ya Samiun Alim, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, maka terimalah dan perkenankanlah doa kami ini.