sambutan aidilfitri tradisi atau sunnah? - jakess.gov.myjakess.gov.my/pdffile/bulbakemas/bakemas...

3
Tuan-Tuan dan Puan Puan yang dirahmati Allah Setelah Allah SWT mensyariatkan puasa di sepanjang bulan Ramadhan, maka dengan sifat Pemurah dan PengasihNya diberikan imbuhan kepada mereka yang lulus tarbiyah rabbani ini, jadi disyariatkan kita untuk merayakan Aidil Fitri, sepertimana yang difirmankan dalam ayat 185 tadi, disertakan juga pengisian yang sepatutnya dilaksanakan oleh sekelian mus- limin yaitu mengagungkan Allah SWT dan bersyukur dengan cara dan kaedah yang diredhaiNya. Inilah hari yang bererti bagi mereka yang berusaha melipat ganda- kan amalan disepanjang tempoh bulan Ramadhan, ditangisi oleh Solehin bimbang tidak akan bertemu lagi dengan ramadhan yang akan datang, namun Shawal yang menyertai Ramadhan bukanlah satu pestaria yang mesti diisi dengan perkara mungkar dan ghaflah tetapi ia mestilah diisi dengan amalan-amalan sunnah yang disyariat- kan oleh Rasul SAW dan athar pada Sahabah. Amalan-amalan yang mulia sewaktu menyambut Aidilfitri adalah cermin kepada keberke- sanan kita dalam menjalankan ibadah disepanjang Ramadhan, bern- ilaikah lagi ibadah puasa jika usaha tersebut dileburkan dengan ama- lan maksiat dan menuntun hawa nafsu?. Dalam membuat persiapan menjelang hariraya, dinasihatkan kepada kita semua termasuk diri saya sendiri supaya tidak terlalu mementingkan ke- laziman membuat bermacam-macam persiapan yang berbentuk material seperti membuat pakaian baru, juadah dan barangan rumah. Itulah yang dititikberatkan sehingga menyebabkan kesibukan apabila menjelang malam Hari Raya dan menyebabkan kita lupa perkara yang lebih afdhal dilakukan ketika meraikan malam Hari Raya itu. Sambung ke muka surat belakang Ramadhan 1428 H 2/2007 September 2007 Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba, masing-masing sibuk menandakan carta cuti hariraya atau menandakan tempahan biskut raya, jangan sampai bermasam muka. Buletin kali ini difokuskan kepada perutusan dari YDP dan adab-adab untuk men- yambut hari raya, semoga Aidilfitri 1428H anda akan menjadi lebih bermakna. "Daripada Jubair bin Nufair, "Sahabat - saha- bat Rasulullah SAW apabila mereka berjumpa di Hari Raya, setengahnya men- gucapkan kepada setengah yang lain: وﻣﻨﻜﻢ ﻣﻨﺎ اﷲ ﺗﻘﺒﻞzakat fitrah di Negeri Selangor adalah se- banyak RM5.20 satu nafar, zakat fitrah adalah wajib keatas setiap muslim yang hidup semasa bulan Ramadhan Kandungan yang mempunyai firman Allah SWT dan Sabda Rasul SAW wajar dihormati dan disimpan dengan baik PERUTUSAN KHAS YDP BAKEMAS SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh, Segala puji bagi Allah yang menciptakan Ramadhan sebagai medan ujian bagi umat Islam, bulan yang penuh dengan limpah kurnia serta keberkatan, selawat dan salam keatas Rasul junjungan juga para sahabat yang mewariskan Islam pada mereka yang beriman. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu men- gagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." [Al-Baqarah : 185] Hari Keluarga BAKEMAS akan diadakan pada Sabtu dan Ahad dari 3 hingga 4 November 2007 bertempat di PD Perdana Resort, Port Dickson. Negeri Sembilan. Program selama 2 hari 1 malam ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim. Diharapkan agar semua ahli BAKEMAS dapat mencurahkan bakti dan kerjasama untuk menjayakan program dwitahunan tersebut dengan mem

Upload: nguyenlien

Post on 02-Mar-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sambutan Aidilfitri tradisi atau sunnah? - jakess.gov.myjakess.gov.my/pdffile/bulBAKEMAS/BAKEMAS 2.pdf · Setelah Allah SWT mensyariatkan puasa di sepanjang bulan Ramadhan, ... dan

Tuan-Tuan dan Puan Puan yang dirahmati Allah Setelah Allah SWT mensyariatkan puasa di sepanjang bulan Ramadhan, maka dengan sifat Pemurah dan PengasihNya diberikan imbuhan kepada mereka yang lulus tarbiyah rabbani ini, jadi disyariatkan kita untuk merayakan Aidil Fitri, sepertimana yang difirmankan dalam ayat 185 tadi, disertakan juga pengisian yang sepatutnya dilaksanakan oleh sekelian mus-limin yaitu mengagungkan Allah SWT dan bersyukur dengan cara dan kaedah yang diredhaiNya.

Inilah hari yang bererti bagi mereka yang berusaha melipat ganda-kan amalan disepanjang tempoh bulan Ramadhan, ditangisi oleh Solehin bimbang tidak akan bertemu lagi dengan ramadhan yang akan datang, namun Shawal yang menyertai Ramadhan bukanlah satu pestaria yang mesti diisi dengan perkara mungkar dan ghaflah tetapi ia mestilah diisi dengan amalan-amalan sunnah yang disyariat-kan oleh Rasul SAW dan athar pada Sahabah. Amalan-amalan yang mulia sewaktu menyambut Aidilfitri adalah cermin kepada keberke-sanan kita dalam menjalankan ibadah disepanjang Ramadhan, bern-ilaikah lagi ibadah puasa jika usaha tersebut dileburkan dengan ama-lan maksiat dan menuntun hawa nafsu?.

Dalam membuat persiapan menjelang hariraya, dinasihatkan kepada kita semua termasuk diri saya sendiri supaya tidak terlalu mementingkan ke-laziman membuat bermacam-macam persiapan yang berbentuk material seperti membuat pakaian baru, juadah dan barangan rumah. Itulah yang dititikberatkan sehingga menyebabkan kesibukan apabila menjelang malam Hari Raya dan menyebabkan kita lupa perkara yang lebih afdhal dilakukan ketika meraikan malam Hari Raya itu.

Sambung ke muka surat belakang

Ramadhan 1428 H 2/2007 September 2007 Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba, masing-masing sibuk menandakan carta cuti hariraya atau menandakan tempahan biskut raya, jangan sampai bermasam muka. Buletin kali ini difokuskan kepada perutusan dari YDP dan adab-adab untuk men-yambut hari raya, semoga Aidilfitri 1428H anda akan menjadi lebih bermakna.

"Daripada Jubair b i n N u f a i r , "Sahabat - saha-bat Rasulullah SAW apab i l a mereka berjumpa di Hari Raya, setengahnya men-gucapkan kepada setengah yang lain: تقبل اهللا منا ومنكم

zakat fitrah di Negeri Selangor adalah se-banyak RM5.20 satu

nafar, zakat fitrah adalah wajib keatas setiap muslim yang hidup semasa bulan

Ramadhan

Kandungan yang mempunyai firman Allah SWT dan Sabda Rasul SAW wajar dihormati dan disimpan dengan baik

PERUTUSAN KHAS YDP BAKEMAS SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh, Segala puji bagi Allah yang menciptakan Ramadhan sebagai medan ujian bagi umat Islam, bulan yang penuh dengan limpah kurnia serta keberkatan, selawat dan salam keatas Rasul junjungan juga para sahabat yang mewariskan Islam pada mereka yang beriman. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu men-gagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." [Al-Baqarah : 185]

Hari Keluarga BAKEMAS akan diadakan pada Sabtu dan Ahad  dari  3 hingga 4 November 2007 bertempat di  PD Perdana Resort, Port Dickson. Negeri Sembilan. Program selama 2 hari 1 malam ini bertujuan  untuk mengeratkan hubungan silaturrahim.  Diharapkan agar semua ahli BAKEMAS dapat mencurahkan bakti dan kerjasama untuk menjayakan program dwitahunan tersebut dengan mem‐

Page 2: Sambutan Aidilfitri tradisi atau sunnah? - jakess.gov.myjakess.gov.my/pdffile/bulBAKEMAS/BAKEMAS 2.pdf · Setelah Allah SWT mensyariatkan puasa di sepanjang bulan Ramadhan, ... dan

Sambungan dari muka hadapan:- Bersegeralah kita mencari keberkatan semasa merayakan Aidilfitri dan tidak mencemari hari yang mulia ini dengan amalan yang bertentangan den-gan hukum syara’ Marilah kita sama-sama meraikan Hari Raya yang akan menjelang ini mengikut apa yang diajarkan oleh agama Islam, bertasbih, bertakbir, bershukur, maaf-bermaafan, ziarah menziarahi dan sebagainya, mudah-mudahan kita mendapat rahmat dan berkat dari Allah SWT pada hari tersebut. Bagi menyatakan tentang kecenderungan amalan kita, Allah SWT berfirman yang bermaksud “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Tidak sama Yang buruk Dengan Yang baik, Walaupun banyaknya Yang buruk itu menarik hatimu. oleh itu bertaqwalah kepada Allah Wahai orang-orang Yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya.” [Al-Maa-idah: 100]

Dalam masa kita bergembira, janganlah dilupakan umat Islam yang kurang ber-nasib baik di seluruh dunia, banyakkan menginsafi sirah Rasulullah SAW semasa Ramadhan dan Shawal. Bersama-samalah kita berdoa agar ibadah puasa kita diterima oleh Allah SWT, agar madrasah Ramadhan dapat membentuk kita menjadi yang terbaik, diberi rezeki untuk bertemu lagi di Ramadhan pada tahun yang akan datang dan diselamatkan perjalanan pergi dan balik kekampung masing-masing InsyaAllah. Saya mewakili barisan para exco dan ajk BAKEMAS memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah serta silap samada zahir dan batin, saya akhiri perutusan ini dengan ucapan تقبل اهللا منا ومنكم’Taqabballahu minna wamin kum’ (Semoga Allah menerima daripada kami dan menerimanya daripada kamu). Wassalam.

but, sebagaimana mengikut pendapat yang shahih.

Bertakbir, disunatkan kepada kita mengucapkan takbir den-gan mengangkat suara, bermula waktunya dari terbenam matahari malam Hari Raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang Hari Raya. Firman Allah Ta‘alayang bermaksud "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepada mu, supaya kamu ber-syukur."[Al-Baqarah: 185]

Memandangkan perayaan yang akan disambut di awal bulan Shawal adalah hari kebesaran Islam, maka sewajarnya sambu-tan yang diraikan oleh kita adalah berpandukan kepada adab yang telah digariskan oleh Al-Qur’an dan Sunnah yang Sahih, kerana ia lebih tepat dan mendapat nilai serta ganjaran dari Allah SWT. Diantaranya adalah: Berdoa, Imam Al-Syafie r.a. telah menegaskan bahawa ma-lam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mu-dah diperkenankan doa, seba-gaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm: "Telah sam-pai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya‘ban. Kelebihan menghidupkan ma-lam Hari Raya itu tidak akan diperolehi melainkan dengan mengisi dan menghidupkan sebahagian besar malam terse-

Mandi Sunat Solat Aidil Fitri pada pagi hari raya disu-natkan mandi sebelum ke mu-solla untuk solat sunat Aidil Fitri sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas dan Al-Fakih bin Sa‘d r.a bahawa Rasulullah SAW melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. [Ibnu Majah] Berwangi-wangian dan Me-makai Pakaian yang elok adalah sunnah pada hari ini, tidak semestinya pakaian yang baru tetapi dipersiapkan seba-gus-bagusnya kerana inilah hari untuk berhias-hias dan berelok-elok. Diriwayatkan daripada Ja‘far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya:" Bahawasanya Rasul SAW me-makai kain yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya." [Al-Syafi‘e dan Al-Baghawi] dan juga diriwayatkan bahawa Ibn Umar memakai pakaian yang bagus bersama sahabat Rasulullah yang lain semasa hari raya [Fathul Bari]

“diberi rezeki

untuk bertemu

lagi di

Ramadhan

pada tahun

depan dan

diselamatkan

perjalanan

pergi dan balik

kekampung

masing-

masing.”

Page 2

Edaran hanya untuk ahli BAKEMAS sahaja

Sambutan Aidilfitri tradisi atau sunnah?

“Keluputanku seng akeh-akeh,

Njalok ngapuro dusoku, halalkan mangan

karo ngombe”

Page 3: Sambutan Aidilfitri tradisi atau sunnah? - jakess.gov.myjakess.gov.my/pdffile/bulBAKEMAS/BAKEMAS 2.pdf · Setelah Allah SWT mensyariatkan puasa di sepanjang bulan Ramadhan, ... dan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI BARISAN KEPIMPINAN BAKEMAS 2007/2008

BIL NAMA JAWATAN

1 Y.A TUAN HAJI ABU ZAKY BIN MOHAMAD Yang Di Pertua 2. PUAN HAJJAH NOOR HADINA BT HJ AHMAD ZABIDI TIM. Yang Di Pertua

3 TN ABDUL MALIK BIN SOLEH S/AGUNG

4 EN. SAZALI BIN IBRAHIM BINTI AHMAD BENDAHARI 6 TUAN ZAINAL ABIDIN BIN KUSMIN BIRO PENDIDIKAN & DAKWAH 7 TUAN MOHAMED FOUZI BIN MOKHTAR BIRO SUKAN & KEBUDAYAN 8. TUAN ATRAS BIN HJ MOHD ZIN BIRO KEBAJIKAN 9 CIK MASROHA BINTI DUKI BIRO HAL EHWAL WANITA 10 TUAN JAMIL BIN AHMAD BIRO EKONOMI 11 Y.A TUAN ABU BAKAR BIN HAJI MOHD DAUD,PJK BIRO PENERANGAN&PENERBITAN

12. Y.A TUAN KHALID BIN SHAEE @ SHAII PEMERIKSA KIRA-KIRA 1 13 PUAN ASMAH BINTI YUNUS PEMERIKSA KIRA-KIRA 2

Page 3

dari jalan yang digunakan untuk pergi. [Bukhari] Solat Aidilfitri Dari Al-Bara ia berkata: Aku mendengar Nabi SAW berkhutbah, sesung-guhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (Hari Raya) ia lah sembahyang. [Bukhari]. Disunnahkan untuk dihadiri oleh orang dewasa baik laki-laki atau wanita, baik wanita yang suci dari haidh atau wanita yang sedang haidh dan juga kanak- kanak baik laki-laki atau wanita. Wanita yang sedang haidh tidak ikut solat, tetapi hadir untuk mendengar-kan khutbah 'ied diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Ziarah menziarahi, sunnah disyariatkan di dalam Islam. Diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud: "Rasulullah SAW masuk kepadaku, dan di sisiku ada dua orang anak per-empuan yang menyanyi dengan

Makan Sebelum ke Musolla untuk Solat Aidilfitri mengi-kut apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas r.a, beliau berkata: Mak-sudnya: "Nabi SAW tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil." [Bukhari dan Ahmad] makan disini bermak-sud tidak berpuasa pada hari pertama bulan Shawal.

Mengucapkan tahniah dan doa antara satu sama lain dengan mengucapkan: تقبل اهللا منا

. ومنكم Berdasarkan daripada athar Sahabah: "Daripada Jubair bin Nufair, "Sahabat - sahabat Rasulullah SAW apabila mereka berjumpa di Hari Raya, setengah-nya mengucapkan kepada seten-gah yang lain: تقبل اهللا منا ومنكم terjemahannya: "Semoga Allah menerima daripada kami dan menerimanya daripada kamu." bermaksud semoga di terima puasa dan amal kebajikan yang dibuat di bulan Ramadhan Perjalanan ke Musolla pergi dan pulang berbeza diri-wayatkan oleh Jabir bahawa Rasulullah SAW pulang dari solat Aidilfitri melalui jalan yang lain

nyanyian Bu‘ats. Lalu Baginda baring di atas hamparan dan memalingkan mukanya, dan kemudian Abu Bakar masuk,

lalu mengherdikku dengan ber-kata: "Seruling syaitan di sisi (di tempat) Nabi SAW!" Rasulullah SAW menghadap kepada Abu Bakar lalu berkata: "Biarkan mereka berdua itu." Melalui r iwayat Hisyam Baginda menambah: "Wahai Abu Bakar, masing-masing kaum ada hari rayanya, dan hari ini adalah Hari Raya kita." [Bukhari] Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-‘Asqalani mener-angkan di dalam kitabnya Fath Al-Bari bahawa kedatangan atau

masuknya Abu Bakar r.a ke dalam rumah Rasulullah SAW menunjukkan seolah-olah Abu Bakar r.a datang sebagai pen-gunjung atau penziarah selepas masuknya Rasulullah SAW ke dalam rumah Baginda. [Fath Al-Bari] . Dan Hadis ini juga mengi-syaratkan keharusan bergem-bira dan berhibur semasa hari raya, dengan syarat hiburan tersebut tidak melanggar hukum syarak. Semoga Aidilfitri yang akan disambut nanti bukannya semata-mata kegembiraan atau keseronokan tetapi yang lebih penting dan lebih utama lagi ialah mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah SWT .

Didoakan kita semuanya men-d a p a t k e b e r k a t a n d a n keredhaan Allah SWT kerana menghidupkan, membesarkan dan mengagungkan Hari Raya Idulfiri. Pengarang mengucapkan berhati-hati di jalanraya, selamat berhariraya maaf zahir batin dan jangan lupa membayar zakat fitrah. .

آل سنة وانت اهللا منا ومنكم تقبل

Keluaran Biro Penerbitan Badan Kebajikan Kakitangan Mahkamah Syariah Selangor 2007

"Biarkan mereka berdua itu."

Melalui riwayat Hisyam Baginda

menambah: "Wahai Abu

Bakar, masing-masing kaum ada hari rayanya , dan

hari ini adalah Hari Raya

kita." [Bukhari]