perutusan pengarah duchess edisi 1_2017.pdf · sempena sambutan hari penolong pegawai perubatan...

17
1

Upload: others

Post on 20-May-2020

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perutusan Pengarah DUCHESS EDISI 1_2017.pdf · Sempena sambutan Hari Penolong Pegawai Perubatan julung kali diadakan sambutan secara besar-besaran dengan mengadakan “7K Injection

1

Page 2: Perutusan Pengarah DUCHESS EDISI 1_2017.pdf · Sempena sambutan Hari Penolong Pegawai Perubatan julung kali diadakan sambutan secara besar-besaran dengan mengadakan “7K Injection

DR PAUL CHAN HONG KIT

TIMBALAN PENGARAH

HOSPITAL DUCHESS OF KENT

SANDAKAN

Perutusan PengarahDr. Francis Paul

Pengarah,

Hospital Duchess Of Kent Sandakan

Dari Meja Ketua Editor

1

Saya amat bangga dengan Edisi terkini Buletin The Duchess-Where HealthMatters di mana ianyamemaparkanwawasan dan visihospital untukmencapai kecemerlangan dalamperkhidmatan yangholistic kepada pesakit danmasyarakat.

Dalam keadaan kewangan yang sangat mencabar pada tahun ini, penganjuran kursus klinikal danbukan klinikal terus diadakan untuk memastikan kompetensi kakitangan di tahap yang tinggi sepertianjuran kursus Advanced Life Support. Aktiviti kemasyarakatan juga menjadi salah satu komitmenwarga hospital dan telahmenjadi sebahagian daripada budaya kakitangan.

Pada masa yang sama, kecergasan minda dan tubuh adalah penting untuk mengurangkan stressdan megukuhkan budaya berpasukan dengan penganjuran Ekpedisi Gunung KInabalu, sukan riadahseperti larian Hari Penolong Pegawai Perubatan dan pertandingan badminton.

Kemuncak awal tahun adalah lawatan Timbalan Menteri Kesihatan yang berlangsung pada bulanJanuari 2017. Lawatan kerja ini telah menunjukkan komitmen daripada pihak atasan atas perkhidmatanperubatan di Sandakan.

Syabas dan tahniah!

Pertama sekali syabas dan tahniah kerana The Duchess berjayaditerbitkan untuk edisi pertama bagi tahun 2017 dan merupakan edisikelima sejak diterbitkan pada penghujung tahun 2015.

Pada tahun 2017 kita akan berusaha untuk menerbitkan tiga edisiberbanding tahun 2015 dan 2016 kita hanya menerbitkan dua edisisahaja. Pada setiap tahun kita berusaha untuk meningkatkan mutukeluaran buletin. Saya yakin dan percaya dengan sokongan semua pihakini akan dapat membantu sidang redaksi “The Duchess” menghasilkanmutu terbitan yang terbaik. Syabas dan tahniah kita ucapan kepada semuayang terlibat.

Page 3: Perutusan Pengarah DUCHESS EDISI 1_2017.pdf · Sempena sambutan Hari Penolong Pegawai Perubatan julung kali diadakan sambutan secara besar-besaran dengan mengadakan “7K Injection

3

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Christina Rundi telahmengadakan lawatan kerja ke Dewan Bedah Utama Hospital Duchessof Kent Sandakan. Lawatan ini adalah untuk meninjau perkembanganpenambahbaikan dewan bedah berkenaan. Pada masa yang samabeliau juga berkesempatan untuk melawat beberapa unit lain sepertiPusat Jagaan Harian, stor penyimpanan rekod dan wad kanak-kanak.

Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Hilmi bin HajiYahaya, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysiatelah mengadakan lawatan kerja ke HospitalDuchess of Kent Sandakan. Turut bersama dalamlawatan tersebut ialah Pengarah KesihatanNegeri Sabah, Datuk Dr. Christina Rundi,Pengarah Bahagian Perkembangan PerubatanDato Dr Azman, Dr. William Gotulis, TimbalanPengarah Kesihatan Negeri Sabah serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian KesihatanMalaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Sesi taklimat berkenaan dengan hospital telahdisampaikan oleh Pengarah Hospital, Dr. FrancisPaul. Selepas selesai taklimat Timbalan MenteriKesihatan telah dibawa melawat Jabatan RekodPerubatan, Klinik Pakar ENT dan Mata, JabatanRadiologi, Dewan Bedah Utama dan TCM.

Turut hadir dalam lawatan berkenaan Dr. PaulChan Timbalan Pengarah serta ketua jabatan danunit di HDOK

LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN

LAWATAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI

2

Page 4: Perutusan Pengarah DUCHESS EDISI 1_2017.pdf · Sempena sambutan Hari Penolong Pegawai Perubatan julung kali diadakan sambutan secara besar-besaran dengan mengadakan “7K Injection

5

Sempena sambutan Hari Krismas dan Tahun Baru Cina, Jabatan

Bedah Mulut Maksilofasial telah mengadakan majlis rumah terbuka

sempena Tahun Baru Cina dan Hari Krismas.

Sambutan ini adalah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan di

antara kakitangan jabatan serta memberikan peluang kepada

kakitangan beramah mesra di antara unit-unit lain di hospital.

Majlis ini dihadiri oleh Dr Lawrence Mah, Pengarah Pergigian, Dr

Francis Paul, Pengarah Hospital, Dr. Paul Chan Hong Kit, Timbalan

Pengarah, Dr Jeremy Lee, Ketua Jabatan dan kakitangan Jabatan

serta jemputan dari pelbagai unit.

Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengadakan pelbagaikursus untuk memberi pendedahan kepada para pengamal perubatan untuk meningkat ilmu terutamadalam klinikal.

Pelbagai kursus telah dirancangkan dan telah dijalankan bermula Februari hingga April ialahIntroduction to clinical research (ICR), basic research methodology, basic intermediate biostatistik-Using SPSS. Antara kursus yang akan dilaksanakan lagi antaranya research protocol writing,introduction to clinical audit dan banyak lagi.

AKTIVITI PUSAT PENYELIDIKAN KLINIKAL

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DAN KRISMAS

3

Page 5: Perutusan Pengarah DUCHESS EDISI 1_2017.pdf · Sempena sambutan Hari Penolong Pegawai Perubatan julung kali diadakan sambutan secara besar-besaran dengan mengadakan “7K Injection

5

4

KURSUS BUDAYA KORPORAT CEMERLANG

Jawatankuasa Penerapan Budaya Korporat Hospital Duchess of Kentsekali lagi menunjukkan kecemerlangan dalam menjayakan KursusPenerapan Budaya Korporat siri 1/2017.

Seramai 50 peserta telah menghadiri kursus tersebut terdiridaripada Pegawai Perubatan dan kumpulan sokongan I dan II.Kursus yang telah diadakan pada 13 hingga 14 Mac 2017 telahdiselitkan dengan pelbagai ceramah seperti budaya korporat,komunikasi berkesan, integriti, ketrampilan diri dan EQ.

Selain itu, gerak kerja kumpulan turut diadakan iaitukumpulanku sayang, biarlah rahsia, My Team, nahkoda, tarantuladan persembahan kumpulan. Kursus Penerapan Budaya Korporatakan diadakan semula pada bulan Ogos dan November 2017.

Lebih 150 orang menghadiri Mesyuarat Agung Kelab Kebajikandan Rekreasi (KKRS) Hospital Duchess of Kent bagi tahun2017/2018 yang telah diadakan pada 23 Mac 2017 di DewanSelingan. Dr Francis Paul, Pengarah Hospital masih dipilihmenjadi Presiden KKRS. Pemilihan AJK kali ini merupakangabungan muka lama dan muka baru bagi memastikan KKRSakan terus melonjak prestasinya.

Pindaan juga telah dibuat dengan menambah bilangan AJK Biasadaripada empat ke 10 orang. Pada tahun 2016 pelbagai aktivititelah dianjurkan oleh KKRS terutama Kem Perubatan sertaaktiviti riadah.

KKRS GABUNGAN MUKA LAMA DAN BARU

Page 6: Perutusan Pengarah DUCHESS EDISI 1_2017.pdf · Sempena sambutan Hari Penolong Pegawai Perubatan julung kali diadakan sambutan secara besar-besaran dengan mengadakan “7K Injection

6

Jabatan Otorinolaringologi telah mengadakan Kursus Emergencies in Ear, Nose & Throat (ENT). Tujuanprogram ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menanganipesakit-pesakit ENT, meningkatkan kesedaran mengenai pelbagai penyakit ENT dan menangani masalahkes-kes kecemasan ENT dan mempromosikan Continuous Medical Education di ENT. Seramai 62 pesertatelah mengikuti kursus yang melibatkan kakitangan hospital dan juga jemputan dari luar hospital.

TOP Team Hospital Duchess of Kent Sandakan tidak pernahketinggalan untuk mengadakan bengkel dan kempen terutamadalam memupuk kesedaran warga hospital dan orang ramaimengenai kepentingan dan kebaikan pendermaan organ selepaskematian.

Untuk memupuk kesedaran di kalangan warga hospital TOP Teamtelah merancang untuk mengadakan Taklimat dan Kempen JOMIKRAR pada setiap bulan serta mengadakan kempen untukkesedaran orang awam semasa Sambutan Hari Tibi Sedunia. Disamping itu TOP Team turut mengadakan Bengkel TOP LinkOfficer untuk pendedahan kepada kakitangan mengenaipendermaan organ.

TOP TEAM SEMAKIN MANTAP

AKTIVITI JABATAN OTORINOLARINGOLOGI

5

Page 7: Perutusan Pengarah DUCHESS EDISI 1_2017.pdf · Sempena sambutan Hari Penolong Pegawai Perubatan julung kali diadakan sambutan secara besar-besaran dengan mengadakan “7K Injection

7

6

LAWATAN TCM KE RUMAH WARGA TUA

Unit Perubatan Tradisional & Komplimentari (PT&K) Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengadakanlawatan ke Rumah Warga Tua Sri Harapan Sandakan pada 1 Mac 2017 sambil mengadakan promosiberkenaan TCM. Aktiviti ini mendapat sambutan telah dihadir lebih 40 orang yang terdiri dari penghuni,kakitangan dan pelajar Kolej Kejururawatan Sandakan.

Objektif promosi ini adalah “Education activity” iaitu memperkenalkan jenis-jenis rawatan yang disediakandan memberi pendidikan kesihatan berkaitan dengan amalan tradisional yang selamat. “Health screening”bertujuan untuk memantau darah penghuni warga tua sebelum menjalankan demostrasi rawatan urutmelayu dan akupuntur. Disamping “Traditional Complementary Treatment” iaitu pemberian rawatanakupuntur dan urutan Melayu.

Jabatan Oftalmologi Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengadakanprogram kesedaran mengenai penyakit mata glaukoma kepada orangawam pada 12 Mac 2017 bertempat di Harbour Mall Sandakan sempenaHari Glaukoma Sedunia.

Objektif program ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuandan kesedaran orang awam mengenai penyakit mata Glaukoma dalamusaha pencegahan dari kebutaan akibat komplikasi dari penyakit mataGlaukoma.

Antara aktiviti yang diadakan seperti pameran dan kaji selidik berkenaanpenyakit mata glaukoma yang melibatkan 200 orang.

KESEDARAN PENYAKIT MATA GLAUKOMA

Page 8: Perutusan Pengarah DUCHESS EDISI 1_2017.pdf · Sempena sambutan Hari Penolong Pegawai Perubatan julung kali diadakan sambutan secara besar-besaran dengan mengadakan “7K Injection

5

Sempena sambutan Hari Penolong Pegawai

Perubatan julung kali diadakan sambutan secara

besar-besaran dengan mengadakan “7K Injection

Run”. Seramai 500 peserta yang menyertai larian ini

yang dirasmikan oleh Dr. Francis Paul, Pengarah

Hospital pada 26 Mac 2017.

Di samping itu, turut diadakan majlis sambutan Hari

Penolong Pegawai Perubatan di Sanbay Hotel pada

10 Mac 2017 yang bertemakan “Merialisasikan

Transformasi Kesihatan Nasional”

.

Jabatan Anestesiologi dan Kecemasan telah mengadakan Kursus Advanced Life Support (ALS) pada 10 hingga 11 April 2017 bertempat di Dewan Selingan dan dihadiri oleh enam pegawai perubatan , enamPegawai Perubatan Siswazah, dua Jururawat Terlatih dan dua Penolong Pegawai Perubatan. Pesertayang menghadiri kursus ini bertugas di Jabatan Kecemasan, Anestesiologi, dan Pembedahan.

Kursus ini dikendalikan oleh Pakar-Pakar dan Pegawai Perubatan dari Jabatan Anestesia dan JabatanKecemasan. Antara topik ceramah yang disampaikan adalah berkenaan Airway Management, Drugsuse in Resuscitation, Algorithm dan juga sesi latihan praktikal iaitu i. Airway, ii. Defibrillation, iii. ECGRecognition dan iv. Megacode.

KURSUS ADVANCED LIFE SUPPORT (ALS)

SAMBUTAN HARI PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

7

Page 9: Perutusan Pengarah DUCHESS EDISI 1_2017.pdf · Sempena sambutan Hari Penolong Pegawai Perubatan julung kali diadakan sambutan secara besar-besaran dengan mengadakan “7K Injection

9

Jabatan Rekod Perubatan dan Dokumentasi tidak ketinggalanmelaksanakan aktiviti bermula bulan Januari hingga Mac 2017. Aktivitiyang telah dilaksanakan bermula 16 hingga 25 Januari 2017 ialah BengkelEcho training MyHDW, SMRP versi 2.0 bertempat di Bilik Mesyuarat UtamaHospital Duchess of Kent Sandakan. Bengkel ini dijalanakan secaraberperingkat-peringkat yang dihadiri seramai 98 orang.

Di samping itu JRPD turut menerima lawatan dari Hospital Tuaran pada 3Mac 2017. Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri penggunaanSistem Temujanji Pesakit.

Unit Audiologi dan Sains pertuturan , Jabatan Otorinolaringologi telahmengadakan satu program kesedaran bersempena Bulan KesedaranPendengaran dan Pertuturan pada 11 Mac 2017 yang berlangsung diDewan Selingan.

Objektif utama program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang awam terutama ibu bapa yangmempunyai anak-anak bermasalah pendengaran tentang hala tuju pendidikan untuk kanak-kanak ini.Program ini dihadiri oleh dari wakil Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan, wakil Persatuan Orang-OrangPekak Sabah, dan juga beberapa orang guru dari sekolah sekitar Sandakan dan juga Kota Kinabalu. Seramai110 peserta yang terdri daripada kakitangan hospital, ibu bapa yang mempunyai anak bermasalahpendengaran dan orang awam yang menjayakan program ini.

BULAN KESEDARAN PENDENGARAN DAN PERTUTURAN

AKTIVITI JABATAN REKOD PERUBATAN DAN DOKUMENTASI

8

Page 10: Perutusan Pengarah DUCHESS EDISI 1_2017.pdf · Sempena sambutan Hari Penolong Pegawai Perubatan julung kali diadakan sambutan secara besar-besaran dengan mengadakan “7K Injection

10

9

AKTIVITI SABAH MEDICAL SERVICES UNION (SMSU)

Sabah Medical Services Union (SMSU) Cawangan Sandakan berjayamelaksanakan aktiviti Promosi Gaya Hidup Sihat melalui sukanbadminton pada 8-9 April 2017 di Kompleks Sukan Sandakan yangdirasmikan oleh Dr Paul Chan Hong Kit, Timbalan Pengarah Hospital.Aktviti ini disertai oleh kakitangan HDOK, Jabatan Pesakit Luar, KolejKejururawatan, Pejabat Pergigian, Sedafiat serta jemputan luar dariHospital Kinabatangan dan Beluran.

Selain itu, SMSU juga sering mengadakan mesyuarat wakil-wakilpekerja bagi membincangkan masalah atau isu untuk disuarakankepada pengurusan tertinggi .

Bengkel Obstetric Emergency bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai pengendalian kes-kes kecemasan ibu mengandung. Selain itu, peserta-peserta yang hadir diberikan pendedahan mengenailangkah-langkah pengendalian awal yang berkesan bagi kes-kes kecemasan seperti tanda-tanda awalpendarahan yang berlebihan, ‘Eclampsia ‘ dan pengendalian ‘cord prolapse’. Bengkel ini diadakan satuhari dihadiri seramai 26 orang peserta iaitu 13 orang pegawai perubatan dan 13 orang jururawat dariserta klinik kesihatan Daerah Sandakan, Beluran dan Kinabatangan. Bengkel ini telah dianjurkan olehJabatan obstetric dan Ginekologi Hospital Duchess of Kent Sandakan.

Antara tajuk ceramah yang disampaikan ialah ‘Obstetric Haemorrhage’, ‘Uterine inversion’, ‘Severe PreEclampsia dan Eclampsia’ , ‘Maternal Collapse and Resuscitation’, ‘Bakri Balloon’ – cara penggunaan dandan kepentingan kegunaan Bakri Balloon, pengendalian Shoulder Dystocia, pengendalian Cord Prolapse,pengendalian ‘Assisted Breech Delivery’, pengendalian VTE (Venous Thromboembolism ) dan pengendalian‘Sepsis in Pregnancy’

BENGKEL OBSTETRIC EMERGENCY

Page 11: Perutusan Pengarah DUCHESS EDISI 1_2017.pdf · Sempena sambutan Hari Penolong Pegawai Perubatan julung kali diadakan sambutan secara besar-besaran dengan mengadakan “7K Injection

5

Unit Kejururawatan Hospital Duchess of Kent telahmengadakan pelbagai aktiviti bermula Januari hingga April2017. Aktivit-aktiviti yang dianjurkan adalah untukmembentuk sesebuah unit yang cemerlang terutama darisegi perkhidmatan kejururawatan kepada masyarakat.

Aktiviti yang dianjurkan juga dapat memupuk semangatberpasukan serta meningkatkan kecemerlangan UnitKejururawatan HDOK.

.

Persatuan Jururawat Sabah (SANA) Cawangan Sandakantelah mengadakan lawatan komuniti di Taman CahayaSandakan serta khidmat komuniti iaitu mengadakan aktivitigotong-royong membersihkan kawasan asrama lelaki danperempuan serta padang dan menanam bunga pada 23 April2017.

Lawatan tersebut telah diketuai oleh Puan Norin John,Pengarah Kolej Kejururawatan Sandakan dan Ketua PenyeliaJururawat HDOK Puan Yau Kim Yain. Pelbagai aktiviti turutdiadakan seperti ceramah denggi, pemeriksaan kesihatan,persembahan dan penyampaian cenderahati kepada wargaTaman Cahaya.

LAWATAN KHIDMAT KOMUNITI SANA

UNIT KEJURURAWATAN CEMERLANG

10

Page 12: Perutusan Pengarah DUCHESS EDISI 1_2017.pdf · Sempena sambutan Hari Penolong Pegawai Perubatan julung kali diadakan sambutan secara besar-besaran dengan mengadakan “7K Injection

12

Continuous medical education (CME) dan continuous supportingeducation (CSE) merupakan lapangan pengkongsian ilmu. CMElebih menekankan kepada keperluan perkhidmatan perubatandan CSE menjuruskan kepada pengurusan dan motivasi yanglebih kepada kakitangan sokongan. CME dan CSE ini diadakanhari jumaat setiap minggu.

Hospital Duchess of Kent yang telah didirikan pada 20 Oktober1952 pada tahun ini akan menyambut ulang tahun ke-65 tahun.

Pelancaran logo ulangtahun ke-65 tahun yang dikenali sebagai“Sapphire Jubliee” telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital Dr.Francis Paul pada 27 April 2017 semasa majlis perhimpunanpagi. Rekacipta logo ini telah dihasilkan oleh Unit PerhubunganAwam Hospital.

Pelbagai aktiviti yang telah dirancangkan bagi memeriahkansambutan ulang tahun “Sapphire Jubliee” Turut hadir dalammajlis Pelancaran Logo Sapphire ialah Dr Paul Chan Hong Kit,Timbalan Pengarah, Dr Aminudin Baki, Ketua Unit Kualiti,Ketua Jabatan, Ketua Unit dan warga HDOK.

PELANCARAN LOGO “SAPPHIRE JUBILEE”

CME DAN CSE PENGKONGSIAN ILMU

11

Page 13: Perutusan Pengarah DUCHESS EDISI 1_2017.pdf · Sempena sambutan Hari Penolong Pegawai Perubatan julung kali diadakan sambutan secara besar-besaran dengan mengadakan “7K Injection

13

12

SABAH ALLIED HEALTH & PROFESSIONAL EMERGENCY

CONFERENCE

Sabah Allied Health & Professional Emergency Conference (SALPEC) , telah diadakan pada 7 hingga 9 Mac2017 bertempat di Hotel Four Point Sandakan yang telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Dr. Haji Azman binHaji Abu Bakar, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Majlisini turut dihadiri oleh YBhg Datuk Dr. Christina Rundi, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Prof Dato Sri Dr.Abu Hassan Assari, Dr William Gotulis, Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan) Negeri Sabah dan Dr.Francis Paul, Pengarah Hospital Duchess of Kent Sandakan.

Objektif SALPEC kali adalah untuk memperkasakan kemahiran asas untuk meningkatkan mengenaipengurusan perubatan untuk pesakit bagi menangani bahagian yang penting dalam penjagaan pesakitseperti kemahiran klinikal. Antara program yang diadakan basic ECG Interpretation, basic management &treatment domestic industrial chemical poisoning dan mechanical ventilation.

Unit Perhubungan Awam Hospital Duchess of Kent telah mengadakan Bengkel Pemantapan PengurusanAduan Awam pada 27 Februari 2017 bertempat di Dewan Selingan yang dihadiri oleh 50 orang peserta yangterdiri daripada ketua-ketua unit dan wad.

Objektif bengkel ini supaya pembantu penyelaras aduan awam di unit dan wad mengetahui tatacaramengurus laporan aduan yang berkualiti selain itu, peserta juga didedahkan dengan pengurusan kesmedicolegal serta pencapaian aduan hospital.

Peserta juga didedahkan dengan latihan kumpulan iaitu tatacara menulis laporan berdasarkan kes aduan.Bengkel ini turut dijayakan oleh Timbalan Pengarah Hospital Dr Paul Chan dengan ceramah yang bertajukMedicolegal. Penceramah yang turut terlibat Puan Salasmi Yusain, Puan Sharifah Fairuz dan Encik ZainiMorshidi.

BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN ADUAN AWAM

Page 14: Perutusan Pengarah DUCHESS EDISI 1_2017.pdf · Sempena sambutan Hari Penolong Pegawai Perubatan julung kali diadakan sambutan secara besar-besaran dengan mengadakan “7K Injection

14

13

KKRS TAWAN GUNUNG KINABALUAhli KKRS Hospital Duchess of Kent Sandakan telahberjaya menawan Gunung Kinabalu. Walaupun eskpedisitelah dirancang pada penghujung tahun 2016 tetapi tidakdapat dilaksanakan disebabkan keadaan cuaca yangtidak mengizinkan.

Pada tahun 2017, ahli KKRS telah berjaya mengadakantiga aktiviti menawan Gunung Kinabalu iaitu pada 1Januari, 15 Januari dan 16 Mac. Eskpedisi ini akanditeruskan pada Julai dan Oktober 2017. Program iniberjaya memupuk semangat untuk tidak mudahmenyerah kalah serta merapatkan hubungan kakitanganhospital dari unit berlainan dan membina semangatbantu-membantu serta saling memahami antara satusama lain.

Unit Promosi Kesihatan dengan kerjasama pelbagai unit di HDOK telah menjayakan Sambutan HariKesihatan Sedunia peringkat hospital pada 7 April 2017 dirasmikan oleh Dr Francis Paul, Pengarah Hospitalyang bertemakan Jom Bincang “Depression Let’s Talk” . Melalui program ini, warga HDOK dan orang awamdapat mempertingkatkan kesedaran mereka mengenai isu-isu kesihatan global semasa. sambutan pada kalimelambangkan simbol kesedaran kepada masyarakat dunia mengenai kepentingan menangani masalahkemurungan dan mendapatkan bantuan segera jika bermasalah untuk mengelakkan kejadian yang bolehdicegah seperti bunuh diri.

Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti sesi ceramah, pameran oleh Pusat Sumber Diabetes, Unit KawalanInfeksi, Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental, Jabatan Optamologi, Unit Kesihatan Awam dan Jabatan Sajian& Dietetik.

HARI KESIHATAN SEDUNIA

Page 15: Perutusan Pengarah DUCHESS EDISI 1_2017.pdf · Sempena sambutan Hari Penolong Pegawai Perubatan julung kali diadakan sambutan secara besar-besaran dengan mengadakan “7K Injection

15

JOM DERMA DARAHUnit Tabung Darah, Aras 4, Hospital Duchess of Kent

MARILAHSAMA-SAMA MEMBANTU

UNIT TABUNG DARAHHDOK

14

Page 16: Perutusan Pengarah DUCHESS EDISI 1_2017.pdf · Sempena sambutan Hari Penolong Pegawai Perubatan julung kali diadakan sambutan secara besar-besaran dengan mengadakan “7K Injection

16

15

Page 17: Perutusan Pengarah DUCHESS EDISI 1_2017.pdf · Sempena sambutan Hari Penolong Pegawai Perubatan julung kali diadakan sambutan secara besar-besaran dengan mengadakan “7K Injection