doa perlantikan pengawas

1
ن مي الأ ا ن ل و س ى ر عل لأم س ل وا لأة ص ل ، وا حات ل صا ل م ا ت ت ه ت م ع ن+ ت ي ه الذ ل مذ ل ح ل ا ن عي م+ ج ه ا+ حاب ص ى ا:له وا عل و. Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Perlantikan Rasmi Pengawas Sesi 2011 pada pagi ini . Ya Allah Ya Tuhan Kami Sesungguhnya pada pagi ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu Jadikanlah Badan Pengawas ini sebagai wacana untuk membentuk perpaduan nasional , bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan kelancaran pengurusan sekolah kami . Ya Allah Berkatilah usaha-usaha kami , mudah- mudahan, kami akan menjadi pengawas yang bertanggungjawab , mempunyai keyakinan diri yang tinggi , ketabahan yang padu, Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin , Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan , Dan jadikanlah kami orang yang mendengar keburukan lantas bersegera meninggalkan keburukan . Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram , Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan. Dan kami pohon perlindunganMu daripada melakukan keburukan . Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid , Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan, hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, muliakanlah diri kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan. Ya munzilalkitab wa Ya Hazimal ahzab ,

Upload: maxxtorz

Post on 22-Dec-2015

44 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Doa Perlantikan Pengawas

والصالة ، الصالـحات تتم بنعمته الذي لله الـحمدوأصحابه آله وعلى األمين رسولنا على والسالم

. أجـمعين

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Perlantikan Rasmi Pengawas Sesi 2011 pada

pagi ini .

Ya Allah Ya Tuhan Kami

Sesungguhnya pada pagi ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah

Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu

Jadikanlah Badan Pengawas ini sebagai wacana untuk membentuk perpaduan nasional , bermusyawarah,

bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan

kelancaran pengurusan sekolah kami .

Ya Allah

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan, kami akan menjadi pengawas yang bertanggungjawab ,

mempunyai keyakinan diri yang tinggi , ketabahan yang padu, dan bersedia mencurahkan bakti kepada sekolah

yang tercinta ini . Sekaligus menjadi pegawas yang cemerlang, terbilang ,juga disegani dan dihormati,

samada dalam aspek kepimpinan dan juga organisasi seterusnya mampu melahirkan barisan pegawas yang

berketrampilan dan berwibawa .

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,

Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan ,

Dan jadikanlah kami orang yang mendengar keburukan lantas bersegera meninggalkan keburukan .

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,

Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan.

Dan kami pohon perlindunganMu daripada melakukan keburukan .

Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan, hiasilah diri kami dengan sifat lemah-

lembut, muliakanlah diri kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

Ya munzilalkitab wa Ya Hazimal ahzab ,

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai

perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

وقنا حسنة اآلخرة وفي حسنة الدنيا في آتنا ربناالعالـمين رب لله والحمد النار عذاب