doa perkahwinan

17
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kami memohon kepadaMu agar majlis perkahwinan ini diberkati olehMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kami menadah kedua belah tangan untuk memohon Agar Engkau berkati, rahmati dan redhai pasangan pengantin baru ini Kurniakanlah kepada si suami ibarat keteguhan cinta Saidina Ali kepada Fatimah Kekuatan untuk menjadi suami dan ayah Yang mampu memandu, membimbing dan mendidik Isteri dan anak-anak menuju ke jalan yang Engkau redhai Anugerahkanlah pula kepada si isteri kehebatan kasih Saidatina Fatimah kpd Ali Keupayaan untuk menjadi isteri dan ibu Yang mampu menjaga maruah diri serta mengasuh Anak-anak yang menjadi amanah Kurniakanlah kepada mereka Ya Allah Zuriat yang soleh solehah Dan agar berkekalan mempelai ini Sehingga ke dalam syurga Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Teguhkan iman kami Mantapkan aqidah kami Mudahkan urusan kami Murahkan rezeki kami Halalkan makan minum kami Berkatilah kehidupan kami Dan matikanlah kami dalam Iman dan Islam Masukkanlah kami ke dalam syurgaMu Hindarkanlah kami dari azab nerakaMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ampunkanlah dosa kami, Dosa kedua orang tua kami, Dosa ahli keluarga kami Sesungguhnya kami telah banyak melakukan dosa Baik yang zahir mahupun yang batin Yang kecil mahupun yang besar Sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan dosa kami Ya Allah Maka ampunkanlah dosa kami Ya Ghaffar Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Berilah kekuatan kepada kami membina individu Muslim yang taat kepadaMu Keluarga Muslim yang mengamalkan nilai hidup Islam Masyarakat Muslim yang tinggi nilai ukhuwwahnya Dan negara yang baik serta mendapat keampunanMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Jadikanlah kami yang telah berkahwin ini Menjadi contoh yang hidup kepada pengantin baru Dalam melayari bahtera rumahtangga yang kadangkala tenang dan kadangkala bergelora Kurniakanlah mereka kekuatan iman dalam menempuh segala cabaran yang mendatang Amin Ya Rabbal Alamin. Ya Allah Kami memohon restumu, berkatilah majlis ini, limpahkan barakah dan rahmat ke atas pasangan suami isteri ini, jadikanlah rumah tangga mereka aman dan bahagia, dalam ketaatan terhadapmu, kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah, serta berikanlah ketenangan kepada mereka didunia dan akhirat, sempurnakanlah agama mereka dengan berkat perkahwinan ini. Amin.

Upload: sir-attha-mohd-hatta

Post on 28-Oct-2015

93 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Doa Perkahwinan

TRANSCRIPT

Page 1: Doa Perkahwinan

Ya Allah Ya Rahman Ya RahimKami memohon kepadaMu agar majlis perkahwinan ini diberkati olehMu

Ya Allah Ya Rahman Ya RahimKami menadah kedua belah tangan untuk memohon

Agar Engkau berkati, rahmati dan redhai pasangan pengantin baru iniKurniakanlah kepada si suami ibarat keteguhan cinta Saidina Ali kepada

FatimahKekuatan untuk menjadi suami dan ayah

Yang mampu memandu, membimbing dan mendidikIsteri dan anak-anak menuju ke jalan yang Engkau redhai

Anugerahkanlah pula kepada si isteri kehebatan kasih Saidatina Fatimah kpd Ali

Keupayaan untuk menjadi isteri dan ibuYang mampu menjaga maruah diri serta mengasuh

Anak-anak yang menjadi amanahKurniakanlah kepada mereka Ya Allah

Zuriat yang soleh solehahDan agar berkekalan mempelai ini

Sehingga ke dalam syurgaYa Allah Ya Rahman Ya Rahim

Teguhkan iman kamiMantapkan aqidah kamiMudahkan urusan kamiMurahkan rezeki kami

Halalkan makan minum kamiBerkatilah kehidupan kami

Dan matikanlah kami dalam Iman dan IslamMasukkanlah kami ke dalam syurgaMuHindarkanlah kami dari azab nerakaMu

Ya Allah Ya Rahman Ya RahimAmpunkanlah dosa kami,

Dosa kedua orang tua kami,Dosa ahli keluarga kami

Sesungguhnya kami telah banyak melakukan dosaBaik yang zahir mahupun yang batin

Yang kecil mahupun yang besarSesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan dosa kami Ya Allah

Maka ampunkanlah dosa kami Ya GhaffarYa Allah Ya Rahman Ya Rahim

Berilah kekuatan kepada kami membina individu Muslim yang taat kepadaMuKeluarga Muslim yang mengamalkan nilai hidup Islam

Masyarakat Muslim yang tinggi nilai ukhuwwahnyaDan negara yang baik serta mendapat keampunanMu

Ya Allah Ya Rahman Ya RahimJadikanlah kami yang telah berkahwin ini

Menjadi contoh yang hidup kepada pengantin baruDalam melayari bahtera rumahtangga yang kadangkala tenang dan

kadangkala bergeloraKurniakanlah mereka kekuatan iman dalam menempuh segala cabaran yang

mendatang

Page 2: Doa Perkahwinan

Amin Ya Rabbal Alamin.Ya Allah

Kami memohon restumu, berkatilah majlis ini,limpahkan barakah dan rahmat ke atas pasangan suami isteri ini,

jadikanlah rumah tangga mereka aman dan bahagia,dalam ketaatan terhadapmu,

kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah,serta berikanlah ketenangan kepada mereka didunia dan akhirat,sempurnakanlah agama mereka dengan berkat perkahwinan ini.

Amin.

DOA PENGANTIN

DOA 01

Ya Allah Ya Tuhanku,

Seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buat ku,

dekatkanlah dia padaku, satukanlah hatinya dengan hatiku,

titipkanlah kemesraan antara kami agarkebahagiaan itu kekal abadi,

seiringkanlah kami dalam melayari bahtera perkahwinan,

jadikanlah kami pasangan yang bahagia dan

berkekalan buat selama-lamanya hingga keakhir hayat dan

kurniakanlah kami zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh,

sesungguhnya engkau berkuasa atas segala sesuatu.

Amin Ya Rabbal Alamin.

___________________________________________________________________

DOA 02

Ya Allah

Kami memohon restumu, berkatilah majlis ini,

limpahkan barakah dan rahmat ke atas pasangan suami isteri ini,

jadikanlah rumah tangga mereka aman dan bahagia,

dalam ketaatan terhadapmu,

kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah,

serta berikanlah ketenangan kepada mereka didunia dan akhirat,

sempurnakanlah agama mereka dengan berkat perkahwinan ini.

Amin.

___________________________________________________________________

DOA 03

Dengan Nama Allah yang Maha pemurah lagi penyayang,

Ya Allah Ya Tuhanku,

Seandainya telah kau catatkan dia milikku,

titipkanlah kemesraan diantara kami agar kebahagiaan itu kekal abadi,

seiringkanlah kami dalam melayari bahtera perkahwinan,

Page 3: Doa Perkahwinan

jadikanlah kami pasangan yang bahagia dan berkekallan buat selamanya,

hingga ke akhir hayat dan kurniakanlah kami zuriat yang sempurna,

beriman dan beramal soleh,

sesungguhnya engkau berkuasa atas segala sesuatu.

Amin Ya Rabbal Alamin.

___________________________________________________________________

DOA 04

Tuhanku…..

Sekiranya telah kau catatkan dia milikku,

dekatkanlah dia padaku,

titipkanlah kemesraan antara kami,

satukanlah hatinya dengan hatiku,

agar kebahagiaan itu kekal abadi dan

seiringkanlah kami dalam melayari hidup sejahtera.

___________________________________________________________________

DOA 05

Ya Allah, satukanlah hati

………………………………………………………………….

dengan iman, taqwa, dan keyakinan kepadamu.

Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa memimpin dan isteri solehah

yang sentiasa membantu.Mewahkanlah rezeki mereka dan

kurniakanlah mereka zuriat yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh.

Semoga kehidupan mereka dilimpahi Nur Iman

dan dipenuhi Al-Muwaddah dan Ar-Rahmah didunia dan diakhirat,

Amin Ya Rabbal Alamin

___________________________________________________________________

DOA 06

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Satukanlah hati kedua mempelai ini

………………………………………………………………….

seperti engkau satukan Nabi Adam dan Hawa,

dan seperti engkau satukan Nabi Yusof dan Zulaika,

dan seperti engkausatukan

Nabi Muhammad S.A.W. dan Saidatina Khadijah

___________________________________________________________________

Page 4: Doa Perkahwinan

DOA 07

Ya Allah

Berkatilah majlis yang diadakan ini,

jadikanlah pasangan ini yang berbahagia

dan berkekalan hingga ke akhir hayat

dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh.

Sesungguhnya engkau maha berkuasa atas segala sesuatu.

___________________________________________________________________

DOA 08

Ya Allah YaLatif Ya Rahman Ya Rahim

Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati

ini telah bersatu kerana mengasihimu,

bertemu untuk mematuhimu,

bersatu memikul amanahmu,

hati-hati ini telah mengikat janji setia

untuk mendaulatdan menyokong syariatmu,

maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,

kekalkan kemesraan antara hati-hati ini

akan jalannya yang sebenar. Penuhkan hati ini

dengan cahaya Rabbanimu yang tidak kunjung malap.

Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan

keimanan dan keyakinan,

Jadikan kami suami/isteri yang soleh/solehah

dan berikan kebahagiaan yang berkekalan

buat kami di dunia dan di akhirat.

Amin Ya Rabbal Alamin.

___________________________________________________________________

DOA 09

Pernikahan menginsafkan kita,

perlunya Iman & Taqwa meniti sabar & redha,

Bila rasa senang penuhi nikmat Tuhan,

Susah mendatang tempuhi dengan tabah,

Isteri hamparan dunia suami langit penaungnya,

Isteri ladang tanaman suamilah pemagarnya,

Isteri bagai kejora suami bagaikan purnama,

Tika isteri beri hempedu suami tabah menelannya,

Jika suami terteguk racun, isteri carilah penawarnya,

Page 5: Doa Perkahwinan

Sungguh isteri rusuk yang rapuh,

berhati-hatilah meluruskannya.

___________________________________________________________________

DOA 10

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Kami mohon doa restu-mu, berkatilah majlis kami,

Semoga ianya berjalandengan sempurna sepertimana,

yang engkau redhai dan semoga jodoh perkahwinan

ini berkekalan buat selama-lamanya

serta berbahagia di dunia dan akhirat.

Amin Ya Rabbal Alamin

___________________________________________________________________

DOA 11

Rasulullah S.A.W. bersabda,

“Apabila seseorang dariumatku telah mendirikan sebuah perkahwinan,

maka dia telah melengkapkan separuh daripada agamanya”.

___________________________________________________________________

DOA 12

Firman Allah:

“Sebahagian daripada tanda-tanda allah, dicipta-Nya

jodoh-jodoh untuk kamu dari jenis kamu sendiri supaya kamu

menghayatikehidupan yang tenteram dan dijadikan-Nya

diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya yang demikian

menjadi pengajaran bagi orang-orang yang berfikir.

___________________________________________________________________

DOA 13

Ya Allah Ya Tuhan Kami

Andai kau berkenan limpahkanlah kepada kami

Cinta yang Kau jadikan pengikat rindu,

Rasulullah dan Khadijah Al-Qubra yang Kau

Jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Page 6: Doa Perkahwinan

Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih

Andai semua itu tak layak bagi kami, maka

Cukuplah permohonan kami dengan redha-Mu,

Jadikanlah kami sebagai suami isteri yang saling

Mencinta di kala dekat dan jauh,

Saling menjaga kehormatan dikala jauh,

Saling menghibur dikala duka,

Saling mengingat di kala bahagia,

Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,

Saling menyempurnakan dalamperibadatan.

Ya Tuhanku Yang Maha Penyayang

Sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan

Perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu

dan bukti pengikutan dan cinta kami kepada sunnah Rasul-Mu

Sesungguhnya Kaulah Yang Maha Pemurah

Lagi Maha Penyayang

Amin Ya Rabbal Alamin

___________________________________________________________________

DOA 14

Ya Allah Ya Rahim

Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu,

Kau limpahkanlah rahmat jua keampunan Mu kepada pengantin suami isteri,

berkatilah majlis yang diadakan dengan

keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya.

Sesungguhnya pertemuan ini dengan izinMu.

Kurniakanlah keduanya ketenangan,

kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan Mu.

Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia.

Dengan Taufik dan Hidayahmu,

beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia

lebih-lebih lagi di akhirat kelak.

Amin Ya Rabbal Alamin

___________________________________________________________________

DOA 15

Ya Allah

Andai kau berkenan,

Limpahkanlah kepada kami cinta,

Yang kau jadikan pengikat rindu,

Rasulullah dan Khadijah Al-Qubra,

Yang kau jadikan mata kasih sayang,

Imam Ali dan Fatimah Azzahra,

Page 7: Doa Perkahwinan

yang kau jadikan penghias keluarga,

Nabimu yang suci

___________________________________________________________________

DOA 16

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah

Lagi Maha Penyayang.

Sabda Rasulullah S.A.W

“Sesiapa yang berkahwin seperti dia telah

menyempurnakan sebahagian daripada agamanya.

Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah

bagi sebahagian yang lain yang masih tinggal”

(Riwayat Al-Bauhaqi)

___________________________________________________________________

DOA 17

Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam,

bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya,

bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya,

melainkan dari sisinya untuk

dijadikan teman hidupnya.

Dekat pada lengannya untuk dilindunginya dan

dekat dihati untuk dicintainya.

___________________________________________________________________

DOA 18

Ya Allah Ya Tuhan kami

Satukanlah hati kedua mempelai ini

……………………………….. dengan ……………………………………

seperti engkau satukan Nabi Adam dan Hawa

dan seperti engkau satukan Nabi Yusof dan Siti Zulaika

dan seperti engkau satukan Nabi Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah

Ya Allah

Berkatilah majlis yang diadakan ini, jadikanlah pasangan ini yang berbahagia

dan berkekalan hingga ke akhir hayat dan kurniakanlah kepada mereka

zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh

sesungguhnya engkau maha berkuasa atas segala sesuatu.

Amin Ya Rabbal Alamin.

___________________________________________________________________

Page 8: Doa Perkahwinan

DOA 19

“Sesungguhnya apabila  suami menatap isterinya

dan isterinya membalas pandangan (dengan cinta dan kasih)

Maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih sayang

dan jika suami membelai tangan isterinya,

maka dosa mereka jatuh berguguran di sela-sela jari tangan mereka”

Diriwayatkan oleh Maisaran Bin Ali dari

Abu Said Al-Khudri.

"Ya Allah Ya Tuhan Kami,Sempena Meraikan Majlis Perkahwinan

Kami memohon restu-Mu agar berkatilah majlis ini,

limpahkan berkat dan rahmatilah pasangan suami isteri ini,

Jadikanlah rumah tangga mereka bahagia dalam ketaatan terhadap-Mu,

Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta berikanlah kepada mereka ketenangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.Sempurnakanlah agama mereka 

dengan berkat ikatan ini.Amin Ya Rabbal Alamin."

Firman Allah S.W.T.Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,

"Sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran Allah) diciptakan-Nya jodoh-jodoh untuk kamu sendiri supaya 

kamu menghayati kehidupan yang tenteram dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang, 

Sesungguhnya yang demikian menjadi pelajaran bagi orang-orang yang berfikir."

(Surah Al-Rum, ayat 21)

"Ya Allah Ya Tuhan Kami, Jadikanlah pasangan pengantin ini zuriat yang sempurna, 

soleh dan solehah.Lapangkanlah rezeki pasangan ini semoga hidup 

dalam keadaan yang harmoni dan bahagia sepanjang hayat mereka.

Amin Ya Rabbal Alamin."

"Ya Allah,Satukanlah hati kedua mempelai ini,seperti mana Engkau satukan hati 

Adam dan Hawa, Yusof dan Zulaikha,dan seperti Engkau satukan hati 

Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah, Kami memohon doa restu-Mu,

Page 9: Doa Perkahwinan

berkatilah majlis kami ini dan semoga majlis kami ini, berjalan dengan sempurna sepertimana yang Kau kehendaki,

Dan semoga jodoh perkahwinan berkekalan buat selama-lamanyasehingga ke akhir hayat."

"...Apabila seorang hambatelah bersuami / beristeri,

dia telah menyempurnakan separuh agamanya,pada separuh yang lainnya hendaklah ia

bertakwa kepada Allah S.W.T...""...Ya Allah, berikanlah rahmat-Mu kepada pasangan 

suami isteri ini dengan kebahagiaansehingga ke akhir hayat..."

***Sabda Nabi Muhammad S.A.W.***"Apabila berkahwin seseorang daripada kamu, 

maka sempurnalah separuh agamanya,maka hendaklah ia bertakwa kepada 

Allah S.W.T untuk selebihnya..."

Ya Allah Ya Tuhan Kami,Kami memohon doa restu-Mu,

berkatilah majlis kami ini dan semoga majlis kami ini, berjalan dengan sempurna sepertimana 

yang Kau kehendaki,Dan semoga jodoh perkahwinan berkekalan buat selama-lamanya

sehingga ke akhir hayat.-Amin Ya Rabbal Alamin-

"...Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam,bukan dari kepalanya untuk 

dijadikan alasnya,melainkan dari sisinya untukdijadikan teman hidupnya,

dekat pada lengan untuk dilindunginya dan dekat dihati untuk dicintai..."

Beras Kunyit Kami Taburi,Air Mawar Di renjis Wangi,

Berkembang Kasih Menabur Budi,Undangan Kami Setulus Hati,

Harap Sudi Merai...

Renungan"Dan di antara tanda-tanda

Kekuasaan Allah,bahawa Dia Mencipta Jodoh

Page 10: Doa Perkahwinan

Untukmu dari (bangsamu)Bersenang-senang dan Merasa

Tenteram kepadanya dan menjadikannyaDi antara kamu rasa

Kasih Sayang dan Hormat"(Surah Al-Rum, ayat 21)

Sabda Nabi Muhammad S.A.W.yang bermaksud, 

"Carilah rezeki dengan jalan menikah,Seburuk-buruknya kamu ialah

yang membujang,Barang siapa yang menikah 

bererti dia telah diberisebahagian ibarat."

Ya AllahYa Tuhan Kami,

Satukanlah hati kedua mempelai ini,__________________________

dengan pasangannya__________________________seperti Engkau satukan,Nabi Adam dan Hawa,

dan seperti Engkau satukan,Nabi Yusof dan Zulaikha,

dan seperti Engkau satukan,Nabi Muhammad S.A.W. dan Saiditina Khadijah.

Ya Allah,Kami memohon doa restu-Mu,

berkatilah majlis ini,limpahkanlah barakah dan rahmat

ke atas_____________________dengan pasangannya____________________

jadikanlah rumah tangga mereka aman dan bahagia, dalam ketaatan terhadap-Mu,

kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah,

serta berikanlah ketenangan kepada merekadi dunia dan akhirat,

sempurkanlah agama mereka dengan berkat perkahwinan ini.

Amin

Ya Allah Ya Tuhanku,Seandainya telah Kau catatkan dia milikku,

Page 11: Doa Perkahwinan

tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku,satukanlah hatinya dan hatiku,

titipkanlah kemesraan antara kami agarkebahagiaan itu kekal abadi,

seiringkanlah kami dalam melayari bahteraperkahwinan, jadikanlah kami pasangan yang bahagia dan berkekalan buat selama-lamanya

hingga ke akhir hayat dan kurniakanlah kami zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh, 

sesungguhnya Engkau berkuasa stas segala sesuatu.Amin Ya Rabbal Alamin.

"Sesungguhnya apabila suami menatap isterinya

dan isterinya membalas pandangan (dengan cinta dan kasih)

Maka Allah menatap mereka denganpandangan kasih sayang 

dan jika suami membelai tangan isterinya,maka dosa mereka jatuh berguguran

di sela-sela jari tangan mereka."Diriwayatkan oleh Maisaran bin Ali

dari Abu Said Al-Khudri

Ya Allah Ya Tuhan Kami,Andai Kau berkenan limpahkanlah kepada kami

Cinta yang Kau jadikan pengikat rindu,Rasulullah dan Khadijah Al-Qubra yang Kau

jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih 

Andai semua itu tak layak bagi kami,maka cukuplah permohonan kami dengan redha-Mu,

Jadikanlah kami suami isteri yang saling mencintai di kala dekat dan jauh,

saling menjaga kehormatan di kala jauh,saling menghibur di kala duka,

saling mengingat di kala bahagia,saling mendoakan dalam kebaikan dan ketakwaan,

saling menyempurnakan dalam peribadatan.Ya Tuhanku Yang Maha Penyayang,

Sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkahwinan kami ini 

sebagai ibadah kepada-Mu,dan bukti pengikutan dan cinta kami 

kepada sunnah Rasul-Mu,Sesungguhnya Kaulah Yang Maha Pemurah

Lagi Maha Penyayang.Amin Ya Rabbal Alamin.

Tidak perlu mencari teman secantik Balqis,Andai diri tidak sehebat Sulaiman,

Mengapa berharap teman yang setampan Yusof,

Page 12: Doa Perkahwinan

jika kasih tidak sekuat Hajar,dan mengapa didamba 

teman hidup yang sesempurnaMuhammad jika adakeburukan pada diri,

bimbingkanlah dirinya dan terimalah kekurangan itu

sebagai keunikan.Carilah kebaikan pada dirinya.

Bersyukurlah kerana dipertemukandengannya dan berdoalah

dia milik-Mu...

Beras kunyit ditaburi,Air mawar direnjis wangi,

Kembang kasih menabur budi,Undangan kami setulus hati,Harap sudi datang menyeri,Semoga Allah memberkati.

Terima Kasih daripada kami dan raja sehari

Kod Doa : D001

"Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk

dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai”.

Kod Doa : D002

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang-hati dan hidup mesra

dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi

orang-orang yang berfikir”.

Kod Doa : D003

"Ya Allah, satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah. Semoga Allah memberkati dan

menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat”.

Kod Doa : D004

"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi. Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau

kehendaki”.

Kod Doa : D005

Page 13: Doa Perkahwinan

“Ya Allah, berkatilah majlis perkahwinan ini, limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kedua mempelai ini, (nama pengantin) dan (nama pengantin). Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh mereka

di dunia dan di akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini”.

Kod Doa : D006

“Ya Allah Ya Tuhan Kami, kurniakan rahmat kepada (pengantin) suami isteri agar kekal abadi, aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga, sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia dengan mendapat zuriat

yang soleh serta mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad SAW”.

Kod Doa : D007

“Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu. Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu,

sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan”.

Kod Doa : D008

“Ya Allah Ya Tuhan kami, kami mohon limpah kurniaMu, berkatilah majlis ini semoga berjalan dengan sempurna sepertimana yang Engkau kehendaki. Limpahkanlah barakah dan rahmat jua keampunanMu kepada pasangan

suami isteri ini. Jadikanlah rumah tangga mereka sakinah, mawaddah dan warahmah dalam ketaatan terhadapMu. Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan juga di akhirat. Sempurnakanlah iman serta agama mereka dengan berkat ikatan ini. Moga perkongsian hidup

mereka berkekalan hingga ke akhir hayat".

Kod Doa : D009

"Semoga Allah SWT menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan semoga Allah SWT meningkatkan kualiti keturunan mereka, menjadikannya pembuka pintu-pintu rahmat, sumber ilmu dan

hikmah serta pemberi rasa damai". (Doa nabi Muhammad SAW pada pernikahan puteri Baginda; Fatimah Az-zahrah dengan Saidina Ali)

Kod Doa : D010

“Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya

pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia

dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat".

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya,

bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu

sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya

di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang

menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "

- Ar-Rum : Ayat 21

Page 14: Doa Perkahwinan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..“Semoga Allah SWT menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkatimereka berdua dan semoga Allah SWT meningkatkan kualiti keturunan mereka, menjadikannya pembuka pintu-pintu rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa damai”- (Doa Nabi Muhammad SAW pada pernikahan Puteri Baginda Fatimah Az-zahrah dengan Saidina Ali bin Abi Talib RAH)

DOA #2Ya Allah Ya Tuhan Kami..

“Kami mohon limpah kurnia Mu, berkatilah majlis ini semoga berjalan dengan sempurna sepertimana yang Engkau Kehendaki. Limpahkanlah barakah dan rahmat jua keampunan Mu kepada pasangan suami isteri ini. Jadikanlah rumah tangga mereka sakinah, mawaddah dan warahmah dalam ketaatan terhadap-Mu.Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan juga di akhirat. Sempurnakanlah iman serta agama mereka dengan berkat ikatan ini. Moga perkongsian hidup mereka berkekalan hingga ke akhir hayat”

Kata-Kata Hikmah #1:“Tidak perlu mencari wanita secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharap teman setampan Yusuf jika kasih tak setulus Zulaikha. Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim. Andai diri tak sehebat Siti Hajar dan mengapa didambakan teman hidup yang sempurna Muhammad..”Jika ada keburukan pada diri, bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya, bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia akan selalu milik mu..

 

Kata-Kata Hikmah #2:Sabda Rasullah SAW:-

“Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam bukan dari kepalanya untuk dijunjung atasnya, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, melainkan di sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat pada lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai..”Sesungguhnya apabila suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandangan (dengan cinta dan kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih sayang dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran di sela-sela jari tangan mereka.

~ Di Riwayatkan oleh Maisaran bin Ali dari Abu Said Al-Khudri

Re: Ungkapan doa yang sesuai untuk pengantin baru« Jawab #1 on: 12 September, 2009, 07:40:03 AM »

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan 

dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya 

untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman 

Page 15: Doa Perkahwinan

hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat 

di hatinya untuk dicintai

Re: Ungkapan doa yang sesuai untuk pengantin baru« Jawab #2 on: 12 September, 2009, 07:40:48 AM »

“ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka

berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka

rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “

Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinya Fatimah Azzahra dengan Ali

bin Ali Talib

Re: Ungkapan doa yang sesuai untuk pengantin baru« Jawab #3 on: 12 September, 2009, 08:03:10 AM »

Doa Untuk Pengantin"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi.Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki."~ Amin Ya Rabbal 'Alamin ~

Ya Allah, berkatilah majlis perkahwinan ini, limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kedua mempelai ini, (nama pengantin) dan (nama pengantin).Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini. « Jawab #5 on: 12 September, 2009, 08:04:17 AM »

" Ya Allah

Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan

Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah.

Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di

dunia dan akhirat “

Doa Untuk Pengantin“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat "- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -Doa Untuk Pengantin

Page 16: Doa Perkahwinan

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada (pengantin) Suami Isteri Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga, Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Dengan Mendapat Zuriat Yang Soleh Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.~ Amin Ya Rabbal Alamin ~

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “~ Amin Ya Rabbal Alamin ~

Doa Untuk PengantinYa allah ya Tuhan kami, kurniakan rahmat kepada (pengantin) suami isteri agar kekal abadi, aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga, sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia dengan mendapat zuriat yang soleh serta mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad saw.~ Amin ya Yabbal Alamin ~

**Sabda Nabi Muhammad S.A.W**

"Apabila berkahwin seseorang itu, maka sempurnalah separuh agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah S.W.T untuk selebihnya."

Sebenarnya apakah ucapan yang paling baik untuk mempelai-mempelai yang baru mendirikan rumahtangga?

Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata, "Semoga berbahagia dan ramai anak."

Mendengar yang demikian Aqil berkata, "Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian."

Mereka lalu bertanya, "Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?"

Aqil menjawab, "Katakan (Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita".[1]

Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya, "Apakah ini?"

Abdul Rahman r.a. menjawab, "saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma."

Rasulullah s.a.w. bersabda, " (semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash"[2]

Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, "(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan

Page 17: Doa Perkahwinan

berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)"[3]

Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan "Semoga berbahagia dan banyak anak."[4]

Mana tidaknya, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya.

Wallahu’alam.

Bismillah.

Barakallahu laka wabaaroka 'alaika wa jama'a bainakumaa fii khoir.[Semoga Allah memberkatimu dan meletakkan keberkatan ke atasmu serta menghimpunkan kedua kamu dalam keberkatan]

Dan, boleh mungkin ucap.. "Semoga perkahwinan kamu kekal sehingga ke akhir hayat dan insyaAllah sampai ke syurga"

Ya Allah..

kurniakanlah aku isteri dan zuriat yang soleh..

sebagai penyejuk mataku di dunia ini.. saya pernah mendoakan seseorang yg baru

berumahtangga dgn "semoga berbahagia ke akhir hayat"..tapi saya ditegur oleh seseorng, dan

menyatakan yg sepatutnya adalah, "semoga kekal hingga ke syurga"...

slama ni tak tau pun..   mendapat tunjuk ajar drpd orglain dan laman web ini..