doa perasmian krt taman kamunting perdana

Upload: mohd-sayuti

Post on 15-Jul-2015

179 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

DOA PERASMIAN KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) TAMAN KAMUNTING PERDANA

(Al-Fatihah)

Ya Allah, Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Perasmian................................ Kawasan Rukun Tetangga Taman Kamunting Perdana pada pagi yang berbahagia ini. Engkau berkatilah majlis ini Ya Allah.

Ya Allah, Kami meminta pada-Mu akan keselamatan pada agama, kesejahteraan pada tubuh badan, penambahan pada ilmu dan keberkatan pada rezeki kami...Ya Allah , Jadikanlah harihari yang kami lalui dimulai dengan rahmat-Mu , pertengahannya barakah , dan disudahi dengan keampunan-Mu. Jadikanlah kawasan kejiranan kami ini sebagai wahana untuk kami saling hormat menghormati, saling bekerjasama, tolong menolong dan saling mengambil berat antara satu sama lain. Engkau kukuhkanlah persaudaraan antara kami, Engkau eratkanlah hubungan kekeluargaan kami. Ya Allah , Engkau jauhkanlah kejiranan kami ini dari sebarang malapetaka dan bahaya. Engkau kurniakanlah kepada kami keselamatan dan kesejahteraan. Sesungguhnya hanya engkaulah sahaja kami mohon perlindungan. Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang benar Engkau kurniakanlah kepada kami Iman yang teguh, hati yang luhur demi mengharapkan redha mu ya Allah. Jadikanlah kami insan yang suka mendengar kebaikan lantas melakukannya , begitu juga jadikanlah kami insan yang apabila mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkannya

.Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada marabahaya dan keburukan.