doa menghadapi peperiksaan

3
DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah. Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, guru kami , dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami,dosa guru dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat. Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu. Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Ikhlaskan hati kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati kami agar apa yang kami lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Ya Allah, Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah kami faham apa yang diajar oleh guru-guru kami ketika kami berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu Mu ya Allah. Ya Allah, Tidak lama lagi, kami akan menduduki peperiksaan UPSR, dan peperiksaan-peperiksaan lain,Ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah kami dalam peperiksaan yang akan kami hadapi ya Allah. Ya Allah,

Upload: zuhaipgm

Post on 05-Dec-2015

245 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Doa Menghadapi Peperiksaan

DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah. Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, guru kami , dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami,dosa guru dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Ikhlaskan hati kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati kami agar apa yang kami lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah,

Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah kami faham apa yang diajar oleh guru-guru kami ketika kami berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Ya Allah,

Tidak lama lagi, kami akan menduduki peperiksaan UPSR, dan peperiksaan-peperiksaan lain,Ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah kami dalam peperiksaan yang akan kami hadapi ya Allah.

Ya Allah,

Peliharalah kesihatan kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah kami menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada kami ketika menjawab soalan, jauhilah kami daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati kami untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Page 2: Doa Menghadapi Peperiksaan

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan kami nanti. Dorongkanlah hati mereka untuk memberi markah yang lebih kepada kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang kami lakukan.

Ya Allah,

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kami, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah kami pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Ya Allah, jadikanlah kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah, Ya Rahim, Ya Rahman

Sesungguhnya, kami inilah harapan keluarga kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,

Jadikanlah kami anak yang soleh ya Allah. Tetapkan lah hati kami untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan kami dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,

Gerakkanlah hati kami untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah kami daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini.

Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.