berdoa untuk gereja yang dianiaya -...

2
UNTUK PEREDARAN PERIBADI SAHAJA SEKRETARIAT PRAYER UNITED | +601150759598 NOVEMBER 2017 1 NOVEMBER 2017 MALAYSIA PRAYERUNITED Jika satu anggota menderita, semuanya turut menderita —1 Kor 12:26 (AVB). Pada bulan ini kita berdiri bersama gereja yang dianiaya di seluruh dunia dalam doa. Ingatlah umat Kristian yang menghadapi keganasan, kebencian dan kekurangan, dan juga dinafikan hak-hak dan kebebasan mereka. Mari kita berdoa bagi keluarga-keluarga dimana orang tersayang telah dibunuh, dipenjarakan, dihilangkan atau diculik. Berdoalah untuk kekuatan dan ketabahan agar mereka tetap setia hingga akhir. Berdoalah agar kita juga dapat mencari secara praktikal untuk mengurangkan tekanan yang mereka hadapi. BERDOA UNTUK GEREJA YANG DIANIAYA Kami bersyukur kerana pengepungan Marawi sudah berakhir. Berdoalah untuk pembinaan semula dan pemulihan. Berdoa juga untuk perlindungan di rantau ASEAN daripada keganasan dan ekstremisme agama. Berdoa juga untuk penyelesaian yang cepat dan tepat kepada situasi Rohingya di Myanmar untuk memaskan kestabilan serantau. Mari kita terus berdoa untuk perlindungan di perairan Sabah, dan sempadan utara Semenanjung yang menghadap ke Thailand Selatan. Tumpuan Doa KESELAMATAN SERANTAU

Upload: nguyendan

Post on 26-Jun-2019

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UNTUK PEREDARAN PERIBADI SAHAJA

SEKRETARIAT PRAYER UNITED | +601150759598 NOVEMBER 2017 1

NOVEMBER 2017 MALAYSIA

PRAYERUNITED

Jika satu anggota menderita, semuanya turut menderita —1 Kor 12:26 (AVB).

Pada bulan ini kita berdiri bersama gereja yang dianiaya di seluruh dunia dalam

doa. Ingatlah umat Kristian yang menghadapi keganasan, kebencian dan

kekurangan, dan juga dinafikan hak-hak dan kebebasan mereka. Mari kita

berdoa bagi keluarga-keluarga dimana orang tersayang telah dibunuh,

dipenjarakan, dihilangkan atau diculik. Berdoalah untuk kekuatan dan

ketabahan agar mereka tetap setia hingga akhir. Berdoalah agar kita juga dapat

mencari secara praktikal untuk mengurangkan tekanan yang mereka hadapi.

BERDOA UNTUK GEREJA YANG DIANIAYA

Kami bersyukur kerana pengepungan Marawi sudah berakhir. Berdoalah untuk pembinaan semula dan pemulihan. Berdoa juga untuk perlindungan di rantau ASEAN daripada keganasan dan ekstremisme agama. Berdoa juga untuk penyelesaian yang cepat dan tepat kepada situasi Rohingya di Myanmar untuk memastikan kestabilan serantau. Mari kita terus berdoa untuk perlindungan di perairan Sabah, dan sempadan utara Semenanjung yang menghadap ke Thailand Selatan.

Tumpuan Doa

KESELAMATAN SERANTAU

UNTUK PEREDARAN PERIBADI SAHAJA

SEKRETARIAT PRAYER UNITED | +601150759598 NOVEMBER 2017 2

Pray for politicians of integrity and good character, with a calling to serve the people, to be nominated as candidates for the upcoming GE14 national and state elections. Pray for civility, respect and peace in the run up to elections. “The thoughts of the righteous are just; the counsels of the wicked are deceitful. “ - Proverbs 12:5 ESV

Berdoa untuk mesyuarat ketiga Parlimen 2017 yang telah bermula pada 23 Oktober dan akan berlangsung selama 25 hari. Berdoa untuk ahli parlimen supaya melakukan kerja-kerja membuat dasar undang-undang dengan tekun, terutamanya dimana RUU355 masih kembali ke agenda.

Mesyuarat Dewan Rakyat Ke-3: 23 Okt - 30 Nov 2017

Persidangan Parlimen Berlanjut

Berdoa untuk kebijaksanaan apabila Ahli Parlimen berbahas Belanjawan 2018 dan rang undang-undang lain. Berdoa untuk dasar yang mapan dan penggunaan sumber yang baik untuk kepentingan rakyat pada masa depan.

Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Belanjawan, Rang Undang-Undang dan Lain-lain Urusan Kerajaan

Perbahasan Belanjawan 2018

Berdoa untuk Pastor Raymond Koh, Joshua Hilmy dan isterinya, Ruth, dan juga aktivis Perlis Hope, Amri Che Mat, dijumpai selamat. Berdoalah agar siasatan SUHAKAM akan berkesan supaya keluarga mangsa akan mengetahui apakah sebenarnya berlaku, dan akan mendapatkan keadilan.

Pastor-pastor dan Aktivis yang Hilang Akan Selamat Pulang

Keselamatan Pastor yang Hilang

Berdoalah untuk pembangkitan pengawal-pengawal doa belia, dan untuk persediaan bagi konferensi belia akan datang pada Nov 9-11,2017. Berdoa untuk pengembangan rohani yang kuat di kalangan belia yang akan menerajui jalan untuk kebangkitan kebangsaan dan kerja Amanat Agung.

Konferensi Belia PU in Kuching pada Nov 9-11

Pembangkitan Pengawal Doa Belia

Berdoalah untuk ahli politik yang berintegriti dan berwibawa, dengan panggilan untuk berkhidmat untuk rakyat, yang akan dinamakan sebagai calon untuk PRU14 yang akan datang. Berdoa untuk kesopanan, penghormatan dan kedamaian sehingga pilihan raya. “Fikiran orang benar adalah lurus, tetapi nasihat orang durjana penuh tipu daya.” - Amsal 12:5

Hanya Calon-Calon yang Jujur Akan Dipilih bagi Pilihan Raya Umum dan di Peringkat Negeri Akan Datang (PRU14)

Pilihan Raya Umum dan Negeri

Berdoa untuk pemimpin gereja negara dipenuhi dengan rahmat, kebijaksanaan, keberanian dan kuasa Roh untuk berkhidmat kepada gereja di negara pada masa seperti ini. Berdoa untuk perpaduan yang semakin meningkat di dalam gereja dan di kalangan kepimpinan. “Lihatlah, betapa baik dan menyenangkan hatii apabila saudara-saudara seiman hidup bersama dengan bersatu-padu! “ - Mazmur 133:1 (AVB)

Cinta Kristian yang benar untuk satu sama lain

Perpaduan dan Kepimpinan Gereja