doa majlis penyampaian pingat perkhidmatan setia

2
Ya Allah, Tuhan yang memiliki kuasa pemerintahan, yang mengatasi segala kekuasaan, Maha Suci Engkau ya Allah daripada segala sifat- sifat kekurangan dan kelemahan. Pada pagi yang berbahagia ini, kami memohon ke hadrat Mu, Ya Allah agar memberkati Majlis Penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia yang akan disempurnakan oleh YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak yang kami kasihi. Ya Allah, rahmat-Mu kami pohonkan, kasih-sayang-Mu kami harapkan, jadikanlah hidup kami di dunia mendapat keberkatan, di akhirat mendapat keredhaan. Ya Allah, muliakanlah hidup kami dengan sifat- sifat yang terpuji, hiasilah diri kami dengan akhlak kesopanan yang tinggi, tanamkanlah ke dalam jiwa kami rasa rendah diri terhadap keagungan-Mu ya Allah, agar hidup kami lebih diredhai dan diberkati. Ya Allah, tambahkan lagi kejujuran dan keikhlasan serta keazaman kepada kami semua untuk terus menabur bakti dan jasa kepada agama, bangsa, negeri dan Negara yang kami cintai ini.

Upload: bro-qim

Post on 31-Jul-2015

79 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Doa Majlis Penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia

Ya Allah, Tuhan yang memiliki kuasa pemerintahan, yang mengatasi segala kekuasaan, Maha

Suci Engkau ya Allah daripada segala sifat-sifat kekurangan dan kelemahan. Pada pagi yang

berbahagia ini, kami memohon ke hadrat Mu, Ya Allah agar memberkati Majlis Penyampaian

Pingat Perkhidmatan Setia yang akan disempurnakan oleh YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib

Mahmud, Ketua Menteri Sarawak yang kami kasihi.

Ya Allah, rahmat-Mu kami pohonkan, kasih-sayang-Mu kami harapkan, jadikanlah hidup kami di

dunia mendapat keberkatan, di akhirat mendapat keredhaan. Ya Allah, muliakanlah hidup kami

dengan sifat-sifat yang terpuji, hiasilah diri kami dengan akhlak kesopanan yang tinggi,

tanamkanlah ke dalam jiwa kami rasa rendah diri terhadap keagungan-Mu ya Allah, agar hidup

kami lebih diredhai dan diberkati. Ya Allah, tambahkan lagi kejujuran dan keikhlasan serta

keazaman kepada kami semua untuk terus menabur bakti dan jasa kepada agama, bangsa,

negeri dan Negara yang kami cintai ini.