penyampaian pingat jasa malaysia kepada veteran atm

24
www.jhev.gov.my VETERAN ATM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | 1 /2015 | PERCUMA dibantu

Upload: hathuan

Post on 14-Jan-2017

300 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENyAMPAIAN PINGAT JAsA MALAysIA KEPADA VETERAN ATM

www.jhev.gov.my

VETERAN ATMVETERAN ATMVETERAN ATMVETERAN ATMVETERAN ATMVETERAN ATM

ANGKATAN TENTERA MALAysIA | 1 /2015 | PERCUMA

dibantu

Page 2: PENyAMPAIAN PINGAT JAsA MALAysIA KEPADA VETERAN ATM

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.

Bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T dengan limpah dan izin-Nya dapat kita berjumpa menerusi Buletin Veteran ATM keluaran pertama bagi tahun 2015. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam

menjayakan penerbitan Buletin Veteran ATM, khasnya kepada sidang pengarang yang meluangkan masa bagi menghasilkan artikel-artikel yang baik sebagai tatapan kita semua.

Pada akhir Disember 2014 yang lalu, negara telah dikejutkan dengan musibah banjir yang melanda kebanyakan negeri terutamanya di negeri pantai timur. Peristiwa ‘Bah Kuning’ yang melanda negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang telah mengakibatkan ramai mangsa banjir kalangan veteran ATM. Bagi mengurangkan bebanan mereka, Kementerian Pertahanan melalui JHEV ATM telah melaksanakan pemberian wang ehsan banjir kepada veteran-veteran yang menjadi mangsa banjir dengan menyalurkan peruntukan sebanyak RM3,373,500.00 bagi mangsa-mangsa banjir di mana setiap keluarga mendapat RM500.00. Seramai 6,747 orang mendapat sumbangan wang ehsan ini.

Dalam merealisasikan usaha-usaha menjaga kebajikan veteran tentera, JHEV juga telah melaksanakan pelarasan kadar bantuan sara hidup dari kadar minima RM100.00 sebulan dinaikkan kepada RM300.00 sebulan mulai Januari 2015. Semoga usaha ini menggembirakan penerima-penerima bantuan tersebut.

Dalam kesempatan ini juga, saya menyeru Veteran tentera supaya tampil mendaftar dengan persatuan-persatuan atau kelab-kelab Veteran tentera seperti Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) demi masa depan mereka. JHEV melalui PVATM dan juga kelab-kelab Veteran menyediakan pelbagai kemudahan kepada mereka dalam membela nasib bekas tentera.

Bagi mencapai tahap kecemerlangan sesebuah organisasi, aspek integriti dan budaya kerja cemerlang di kalangan pegawai dan kakitangannya perlu diperkukuhkan secara berterusan dalam banyak keadaan. Tenaga pegawai dan kakitangan JHEV akan digembleng sebagai satu pasukan bagi memastikan objektif dan ‘outcome’ sesuatu program tercapai demi kesejahteraan pelanggannya.

Semoga hasrat saya untuk merealisasikan misi jabatan iaitu ‘ Kesejahteraan Veteran ATM Keutamaan Kami’ mendapat rahmat daripada Allah S.W.T, Insya’ Allah.Sekian.

MEJ. JEN. DATO’ WIRA HAJI MOHD NOOR BIN HAJI DAUD KETUA PENGARAHJABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAysIA

SUDUT MINDA KETUA PENGARAH

PENAUNG

Mej Jen Dato’ Wira Haji Mohd Noor

Haji Daud

PENAsIHAT

Faridah Borhan

KETUA EDITOR

Zatul’ Itri Farizan Shamsudin

PEN. KETUA EDITOR

Tengku Badli Tengku Zalli

EDITORIAL

Mej. Kapli Musa,

Lt. Kol. Ahmad Kamar Abd Ghani,

Mej Abdul Rahim Musa,

Kapt Mohamadatul Shawalee Moin

TUDM, Nor Azalina Md Jani,

Nor Izzua binti Ismail,

Shahrul Ikhwan Ridzuan,

Haji Abd Rahman Hassan,

Aziha Mohd Isa dan

Muhammad Afzam bin Hanapi

JURUFOTO DAN EDARAN

Bahagian Khidmat Pengurusan

DITERBITKAN OLEH

JABATAN HAL EHWAL

VETERAN ATM,

KEMENTERIAN PERTAHANAN

Tingkat 8,9 & 20,

Menara TH Perdana,

Jalan Sultan Ismail,

50250 Kuala Lumpur.

Tingkat 1, 2 & 3,

301, Medan Tuanku, Jalan Tuanku

Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur.

Tel : 03-2050 8000

Faks: 03-2691 7564

REKA LETAK &

DICETAK OLEH

Harian (Zulfadzli) Sdn Bhd.

No. 24, Jalan Usahawan Lima,

Kawasan Perindustrian Setapak,

Setapak, 53200 Kuala Lumpur

Tel: 03-4021 8655

Faks: 03-4021 8645

2 www.jhev.gov.my | BULETIN VETERAN ATM 1 / 2015

Page 3: PENyAMPAIAN PINGAT JAsA MALAysIA KEPADA VETERAN ATM

Presiden Persekutuan Veteran Sedunia (WVF), Leftenan Kolonel (B) Dato’ Hamid bin Ibrahim telah meninggal dunia pada usia 77 tahun di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur akibat penyakit barah

hempedu dan hati pada 6 Oktober 2014 yang lalu.Beliau menyertai tentera darat sebagai pegawai kadet pada

tahun 1956 dan dihantar untuk latihan di United Kingdom, England di sekolah Pegawai Kadet Easton Hall dan Akademi Tentera Diraja Sandhurst. Beliau tamat menjalani latihan pada tahun 1958 dan ditauliahkan sebagai Pegawai tetap dalam Rejimen Askar Melayu Diraja.

Sekembalinya beliau ke tanah air , beliau ditugaskan menjawat jawatan sebagai Brigade Major, di 2 Brigade Infantri, Ipoh, Perak. Pada akhir tahun 1968, beliau telah dinaikan pangkat kepada Lt Kolonel sebagai Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja pada tahun 1969.

Dari 1RAMD, Lt Kolonel Abd Hamid ditugaskan sebagai The Directing Staff of Malaysia Staff College dan dari sana beliau telah dihantar ke Australia menghadiri Joint Service Staff College pada tahun 1973. Sekembalinya, beliau telah mengambil keputusan untuk berniaga dan meletak jawatan pada tahun 1974.

Beliau menumpukan sepenuhnya kepada veteran dan bekas tentera dengan menyertai Ex- Service Association Malaysia . Beliau pernah juga memegang jawatan kanan dalam persatuan peringkat negeri dan negara. Pada tahun 1983, beliau telah dilantik sebagai senator selama 2 penggal dalam Dewan Negara Malaysia, bagi mewakili veteran dan bekas tentera.

Di peringkat antarabangsa beliau terlibat aktif dalam aktiviti Persatuan Veteran Sedunia (WVF). Beliau adalah orang Asia pertama yang memegang jawatan tertinggi iaitu President Of The Federation.

Pada tahun 2002, beliau telah dikurniakan pingat Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.

BELASUNGKAWA PREsIDEN

PERsEKUTUAN VETERAN sEDUNIA

(WVF), LT. KOL (B) DATO’ HAMID IBRAHIM

1937 2014

3BULETIN VETERAN ATM 1 / 2015 | www.jhev.gov.my

Page 4: PENyAMPAIAN PINGAT JAsA MALAysIA KEPADA VETERAN ATM

PAHANG12 Mac 2015 - Majlis Serah Terima Tugas Pengarah JHEV ATM Cawangan Pahang yang baharu di antara Mejar Mohamad Rozali bin Abd Rahman TUDM kepada Pengarah JHEV ATM Pahang yang baharu, Mejar Adzhar bin Hamdan TUDM di Pejabat Ketua Pengarah JHEV ATM, Kuala Lumpur.

NEGERI SEMBILAN & MELAKA3 Jan 2015 - Majlis Serah Terima Tugas Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan/Melaka yang baharu antara Mejar Zulfadlee bin Zamri dengan Mejar Mohd Wazli bin Laili di Pejabat JHEV Negeri Sembilan/Melaka, Wisma Persekutuan, Ayer Keroh, Melaka.

Kuala Lumpur.

KELANTAN26 Mei 2015 - Acara Serah Terima Tugas Pengarah JHEV

ATM Cawangan Negeri Kelantan dan Terengganu yang

baharu antara Lt Kol Abu Bakar Siddik bin Sulaiman

dengan Mejar Zuphia bin Othman yang berlangsung

di pejabat JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan dan

Terengganu, Kota Bahru, Kelantan.

PERAK7 Jan 2015 - Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), Mejar Jeneral Dato’ Wira Hj Mohd Noor bin Hj Daud telah menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Cawangan Negeri Perak yang baharu antara mantan Pengarah JHEV Perak, Lt Kol Zainal Abdin bin Zainudin dengan Lt Kol Hj Yusof bin Saidi, Pengarah JHEV Negeri yang baharu di Pejabat JHEV ATM Cawangan Perak, Ipoh Perak.

SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN5 Mac 2015 – Majlis Serah Terima Tugas Pengarah JHEV ATM Selangor/ Wilayah Persekutuan yang baharu di Tingkat 1, 301 Medan Tuanku, Jalan TAR, Kuala Lumpur antara Kept Jumali bin Jabon TLDM, kepada Pengarah JHEV ATM Selangor/ W.Persekutuan yang baharu, Kdr Soo Lin Chai TLDM.

PENYERAHAN

TUGAS JHEV

NEGERI

4 www.jhev.gov.my | BULETIN VETERAN ATM 1 / 2015

Page 5: PENyAMPAIAN PINGAT JAsA MALAysIA KEPADA VETERAN ATM

MAJLIs PENGANUGERAHAN PINGAT JAsA MALAysIA (PJM) DAN PENyERAHAN KUNCI RUMAH DI BAWAH PROGRAM MEMBAIKPULIH RUMAH VETERAN 1 MALAysIA (1MVHRP) - NBOs-7 DI KOTA MARUDU, sABAH

4 April 2015 – YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan Penyerahan Kunci Rumah di bawah Program Membaikpulih Rumah Veteran 1 Malaysia (1MVHRP) NBOS-7 di Dewan Hotel Hexan, Kota Marudu, Sabah.

Sempena majlis tersebut, YB Timbalan Menteri telah menyerahkan kunci rumah kepada Encik Ahmad bin Rafl in, Puan Jaenteh binti Dali dan Puan Salasiah binti Omar. Kos sebanyak RM50,000 telah diperuntukkan untuk bina baru rumah dan RM12,000 untuk baik pulih rumah.

Pada majlis ini, turut menyaksikan YBhg Mej Jen Dato’ Wira Hj Mohd Noor bin Hj Daud, Ketua Pengarah JHEV ATM menganugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 12 veteran dan seorang balu.

Turut hadir ialah Lt Kol Adnan bin Ariffi n, Pengarah Jabatan Hal Ehwal

Veteran Negeri Sabah, Pegawai Daerah Kota Marudu, Encik Abd Sanon bin Saparit, YDP PVATM Negeri Sabah dan Encik Zaman bin Bayang, Ketua Cawangan PVATM Kota Marudu.

5BULETIN VETERAN ATM 1 / 2015 | www.jhev.gov.my

Page 6: PENyAMPAIAN PINGAT JAsA MALAysIA KEPADA VETERAN ATM

18 Apr 2015 – YBhg Mej Jen Dato’ Wira Hj Mohd Noor bin Hj Daud, Ketua Pengarah JHEV ATM telah menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 20 orang Veteran ATM Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PVATM Srikandi Cawangan Sg. Koyan kali ke 32 di Dewan Bendahara PVATM Sg. Koyan.

Ketua Pengarah juga telah mengadakan lawatan kebajikan

ke rumah tiga orang Veteran ATM dengan menyampaikan sumbangan kewangan dan Pingat Jasa Malaysia di sekitar Felda Sg. Koyan. Turut hadir ialah Mejar Adzhar bin Hamdan, Pengarah JHEV Cawangan Pahang, Kapt Abd Latif bin Mohd Nor (Bersara) YDP PVATM Negeri Pahang dan Ahli Srikandi PVATM Cawangan Sg. Koyan.

14 Mac 2015 – YBhg Mej Jen Dato’ Wira Hj Mohd Noor bin Hj Daud, Ketua Pengarah JHEV ATM telah menyerahkan Kunci Rumah di bawah Program Membaikpulih Rumah Veteran 1 Malaysia (1MVRP) NBOS-7 kepada Encik Ab Mutalib bin Md. Ali, veteran tentera di Lot 547, Kampong Sungai Petai, Alor

Gajah, Melaka. Turut hadir Mejar Zulfazlee bin Zamri, Pengarah JHEV ATM Negeri Sembilan/Melaka, Datuk Hj Mohd Fadzil bin Hj Shafie, YDP Persatuan Veteran ATM Negeri Melaka

dan ahli-ahli PV-ATM Kawasan Alor Gajah.

PENyERAHAN KUNCI RUMAH DI BAWAH PROGRAM MEMBAIKPULIH RUMAH VETERAN 1 MALAysIA (1MVRP)

NBOs-7 DI KG.sUNGAI PETAI ALOR GAJAH MELAKA

MAJLIs PENyAMPAIAN PINGAT JAsA MALAysIA DAN LAWATAN KEBAJIKAN KE RUMAH VETERAN ATM

FELDA sG. KOyAN, RAUB, PAHANG

6 www.jhev.gov.my | BULETIN VETERAN ATM 1 / 2015

Page 7: PENyAMPAIAN PINGAT JAsA MALAysIA KEPADA VETERAN ATM

DEWAN PAHLAWAN; 27 Januari - Seramai 30 orang wakil dari persatuan-persatuan dan kelab Veteran ATM telah menghadiri perjumpaan ini yang julung-julung kali dianjurkan oleh cawangan ini. Perjumpaan dirasmikan oleh Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato’ Wira Hj Mohd Noor bin Hj Daud. Antara isu-isu berbangkit adalah isu-isu berkenaan bantuan kebajikan, pencen dan permohonan rumah NBOS. Turut hadir pada majlis adalah Pengarah-pengarah Bahagian dan Pengarah JHEV ATM Cawangan; Kept Jumali bin Jabon TLDM. Selain itu, wakil dari HAT Tuanku Mizan yang memberikan ceramah berkenaan kesedaran rawatan penyakit diabetis juga mendapat sambutan.

PERJUMPAAN WAKIL-WAKIL PERsATUAN VETERAN ATM sEKITAR sELANGOR & WILAyAH PERsEKUTUAN

DENGAN PENGARAH JHEV NEGERI.

7BULETIN VETERAN ATM 1 / 2015 | www.jhev.gov.my

Page 8: PENyAMPAIAN PINGAT JAsA MALAysIA KEPADA VETERAN ATM

YB Menteri Pertahanan telah mengumumkan dua inisiatif khas bagi membantu Veteran ATM yang menjadi mangsa banjir dalam usaha mengurangkan bebanan mental dan

fizikal yang dihadapi oleh mereka yang terlibat.  Inisiatif khas tersebut adalah :

Gemas, 24 April 2015 - Lawatan dan penyampaian sumbangan bencana alam kepada Veteran tentera Encik Mohd Arof bin Udin yang mengalami bencana rumah terbakar oleh YBhg Mej Jen Dato’ Wira Haji Mohd Noor bin Haji Daud, Ketua Pengarah JHEV ATM di No. 55, Blok 3, Felda Palong 15, Gemas, Negeri Sembilan.

Encik Mohd Arof bin Udin (19595) Veteran tentera yang telah berkhidmat selama 21 tahun bermula 1 Januari 1959 dan menamatkan perkhidmatan pada 1 Januari 1990. Setelah bersara, beliau bekerja sebagai peneroka di Felda

Palong 15 dan turut mengusahakan perniagaan runcit.

Kejadian kebakaran berlaku pada 8 April 2015, jam 3.30 pagi yang disedari oleh anak beliau semasa kejadian. Beliau serta isteri tiada di rumah kerana mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah. Keseluruhan rumah telah hangus, tiada harta benda atau dokumen yang berjaya diselamatkan.

Turut hadir dalam lawatan ini, Mejar Zulfadlee Zamri, Pengarah JHEV ATM N.Sembilan /Melaka dan Mejar (B) Sazali Haji Ismail, YDP PVATM Negeri Sembilan.

PENYAMPAIAN SUMBANGAN BENCANA ALAM JHEV ATM

INISIATIF MANGSA BANJIR

Untuk maklumat lanjut dan borang permohonan sila ke pautan ini: http://www.jhev.gov.my/web/home/news_view/119/883/. Warga JHEV ATM turut berasa amat simpati ke atas

semua veteran ATM yang menjadi mangsa banjir dan mendoakan semua yang terlibat tabah menghadapi dugaan ini.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KHAS 

1Kadar bayaran saguhati adalah RM500.00 adalah secara “one-off”. 

2Salinan kad pengenalan. Sekiranya gagal dikemukakan, JHEV Cawangan Negeri dikehendaki

untuk mengambil gambar dokumen tersebut. 

3Salinan akaun bank. Sekiranya gagal dikemukakan, JHEV Cawangan Negeri dikehendaki untuk

mengambil gambar dokumen tersebut. 

4Gambar Veteran ATM bersama wakil JHEV Cawangan Negeri.(Penyerahan secara tunai sahaja)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PEMBAIKAN/PENYELENGGARAAN RUMAH MILIK SENDIRI DI BAWAH SKIM NBOS7

1 Mendapatkan borang permohonan dari Pengarah

JHEV Negeri

2Salinan Kad Pengenalan

3 Salinan Kad Bekas Tentera

4 Gambar rumah yang mengalami kerosakan

5 Dokumen lain yang difikirkan perlu.

KELAYAKAN ASAS PEMOHON

1Veteran ATM (bekas anggota tetap Angkatan Tentera

Malaysia, bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya/Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak, bekas ahli Force 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa) tanpa mengira tempoh perkhidmatan. 

2Berdaftar di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir.

Pemberian bantuan khas “ONE OFF” sebanyak RM500 kepada Veteran ATM yang terlibat mangsa banjir

Pembaikan/ Penyelenggaraan rumah milik sendiri di bawah Skim NBOS7.

Mengikut statistik sehingga Mei

2015, JHEV ATM telah menyalurkan

bantuan kepada 6,747 orang

mangsa banjir di seluruh negara yang terdiri dari

keluarga Veteran ATM melibatkan

peruntukan sebanyak

RM 3,373,500.00. Mangsa banjir yang

ramai terlibat adalah dari Kelantan dan Terengganu iaitu

seramai 5,087 orang.

8 www.jhev.gov.my | BULETIN VETERAN ATM 1 / 2015

Page 9: PENyAMPAIAN PINGAT JAsA MALAysIA KEPADA VETERAN ATM

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) berperanan untuk mengurus dan memantau proses pembayaran faedah-faedah persaraan pegawai dan anggota ATM. Faedah Persaraan merangkumi faedah-faedah perkhid matan, faedah kematian

dan faedah hilang upaya. Selain itu, Bahagian Pencen juga melaksanakan pelarasan pencen dan kemudahan perubatan kepada Veteran ATM.

BIL KES KES SELESAI FAEDAH PERUNTUKAN

TERLIBAT (RM)

1. Hitung Semula Faedah Persaraan 2,590 Pencen 1,912,284.45

FGCR1,443,724.61

Ganjaran 6,973,308.78

2. Pelarasan 2 % 1,602 Pencen 731,359.14

Jadual 3 : Jumlah Penerima dan Perbelanjaan Pelarasan Pencen 2014.

FAEDAH-FAEDAH PERSARAAN

1FAEDAH PERKHIDMATAN DAN HILANG UPAyA

Faedah Gantian Cuti Rehat (FGCR)RM 72,700,589.73

4,63 Orang

Pencen PerkhidmatanRM 12,733,138.05

4,211 Orang

Ganjaran IhsanRM 92,020.72

3 Orang

Ganjaran PerkhidmatanRM 392,607,509.43

4,231 Orang

Pencen Hilang UpayaRM 197,181.17

60 Orang

Ex-Gratia Bencana Kerja BulananRM 391,964.52

23 Orang

Ganjaran Tamat PerkhidmatanRM 13,197,376.52

102 Orang

Ganjaran Hilang UpayaRM 205,885.37

142 Orang

Ex-Gratia Bencana Kerja PukalRM 3,703,949.80

191 Orang

Carta 1 : Jumlah Penerima dan Perbelanjaan Faedah Perkhidmatan dan Hilang Upaya bagi tahun 2014

2

Ganjaran Orang Tanggungan

Ex-Gratia Orang Tanggungan

Pencen Orang Tanggungan

Faedah Gantian Cuti Rehat (FGCR)

Ganjaran Terbitan

Pencen Terbitan MDP

Pencen Terbitan MDs

RM 59,480,000.001, 316 orang

RM 4,126,464.621, 147 orang

RM 10, 520, 886.81208 orang

RM 8,251,751.98216 orang

RM 2,280,206.88216 orang

RM 219,235.4416 orang

RM 43,818.632 orang

00 orang

Bantuan Mengurus

Jenazah (BMJ)

Carta 2 : Jumlah Penerima dan Perbelanjaan Faedah Kematian 2014.

3PELARAsAN PENCEN

FAEDAH KEMATIAN

9BULETIN VETERAN ATM 1 / 2015 | www.jhev.gov.my

Page 10: PENyAMPAIAN PINGAT JAsA MALAysIA KEPADA VETERAN ATM

Lt. Kol (B) Mohd Azzam Bin Mohd Hanif Ghows dilahirkan pada tahun 1940 di Taiping, Perak. Setelah tamat belajar di King Edwards Vll English School, beliau menjadi seorang pengajar di Outward Bound School, Lumut sebelum bertugas sebagai tentera pada tahun 1960.

Pada tahun 1961, beliau dilantik sebagai kadet tentera di Kolej Tentera Sg. Besi, Kuala Lumpur.

Selepas itu, beliau berkhidmat di Batalion Ke 5, Rejimen Askar Melayu dan seterusnya sebagai Komander Di Batalion Ke 2 Renjer Malaysia.

Setelah 32 tahun berkhidmat sebagai pegawai tentera di banyak tempat seperti di Kementerian Pertahanan, Majlis Keselamatan Negeri Perak, Majlis Keselamatan Negara, RASCOM (Rejang Area Security Command), Komander Kadet Tentera, Kolej Angkatan Tentera dan Pengarah Pentadbiran Kolej Angkatan Tentera antara jawatan yang disandang oleh beliau.

Beliau juga pernah berkhidmat dalam Era Konfrantasi Malaysia – Indonesia (1963-1965) dan Era Darurat tahun 1968-1989.

Lt Kol Mohd Azzam bersara dari Angkatan Tentera pada 9 April 1992, setelah mencapai umur persaraan wajib iaitu 52 tahun. Selepas bersara, beliau menghabiskan beberapa tahun melakukan kajian untuk buku pertamanya, termasuk penyelidikan di United Kingdom. Beliau juga menghabiskan masa lima tahun lagi menyediakan buku kedua. Beliau kini aktif dalam aktiviti keagamaan dan Setiausaha Masjid Al Bukhary, Jalan Hang Tuah , Kuala Lumpur.

Pada tahun 2006, beliau telah menyiapkan buku pertamanya “THE MALAyAN EMERGENCy REVIsITED 1948-1960”, yang telah dilancarkan pada 9 Mei 2006 oleh YAB. Datuk Seri

BIOGRAFI PENULIs

Abdullah bin Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada masa itu.

Pada 9 Mei 2014, YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamed, mantan Perdana Menteri telah melancarkan buku kedua beliau, “REMINIsCENCEs OF INsURRECTION - Malaysia’s Battle Against Terrorism 1960-1990” di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.

Buku ini merekodkan perjuangan Malaysia yang berterusan terhadap pengganas bersenjata Komunis di Semenanjung Malaysia (1968-1989) dan pengganas Komunis Kalimantan Utara di Sarawak (1966-1990). Ia juga meliputi usaha memerangi penceroboh bersenjata semasa “konfrontasi” tempoh (1963-1966), rusuhan 13 Mei 1969 dan pengepungan Tentera Merah Jepun , Bangunan AIA di Kuala Lumpur pada tahun 1975 .

10 www.jhev.gov.my | BULETIN VETERAN ATM 1 / 2015

Page 11: PENyAMPAIAN PINGAT JAsA MALAysIA KEPADA VETERAN ATM

PENYERAHAN MESIN HAEMODIALISIS DI PUSAT DIALISIS SERI KEMBANGAN, SG. BESI

30 Mac 2015 - Pusat Dialisis Yayasan Veteran Angkatan Ten-tera Malaysia (ATM) hari ini me-nerima sumbangan dua me sin dia-lisis bernilai RM 84,000 dari pada Affi n Holdings Bhd (Affi n). Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jene-ral Dato’ Wira Mohd Noor Daud ber kata sumbangan tersebut me -ru pakan satu manifestasi kerja amal Affi n yang berterusan untuk me nge nang jasa Veteran ATM.

“Sebuah mesin dialisis tersebut ditempatkan di Pusat Dialisis Yaya-san Veteran ATM Cawangan Seri Kem bangan dan sebuah lagi di Cawa ngan Batu Caves. Pusat Dialisis YVATM Seri Kembangan dilengkapi lapan mesin dialisis dengan kaedah se wa beli dan sehingga kini seramai 88 orang pesakit terdiri daripada ve-teran ATM, tanggungan serta pesara ke rajaan telah menerima manfaat se-jak dibuka pada 2005”, katanya.

  Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penerimaan mesin dialisis daripada Affin

Holdings Bhd di Pusat Dialisis YVATM Seri Kembangan di sini. Turut hadir adalah Pengerusi Affi n Holding Berhad, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin. Menurut Mohd. Noor,  Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM Cawangan Seri Kembangan mempunyai empat jururawat dan tiga pembantu dialisis untuk merawat 24 orang pesakit. “Dalam masa terdekat pula, kami berhasrat untuk membuka sebuah lagi pusat dialisis di luar Lembah Klang bagi memberi rawatan kepada veteran ATM dan tanggungan mereka”, katanya.

Sementara itu, pesara tentera yang juga pesakit di situ, Sanuri Hambali, 66, berkata, jadual rawatan pesakit di pusat rawatan itu di susun dengan teratur bagi memudahkan mereka membuat rawatan.

“Perkhidmatan kenderaan dari pintu ke pintu juga disediakan bagi memastikan pesakit mendapat rawa-tan yang sempurna”, katanya.

11BULETIN VETERAN ATM 1 / 2015 | www.jhev.gov.my

Page 12: PENyAMPAIAN PINGAT JAsA MALAysIA KEPADA VETERAN ATM

Aktiviti JHEV ATM

12 www.jhev.gov.my | BULETIN VETERAN ATM 1 / 2015

Page 13: PENyAMPAIAN PINGAT JAsA MALAysIA KEPADA VETERAN ATM

13BULETIN VETERAN ATM 1 / 2015 | www.jhev.gov.my

Page 14: PENyAMPAIAN PINGAT JAsA MALAysIA KEPADA VETERAN ATM

KEDAH, PERLIS, P. PINANG

JHEV

4 April 2015 – Majlis Taklimat dan Mesyuarat Agung Kali Ke-5 Persatuan Veteran Kor Kesihatan Wilayah Utara Malaysia telah dirasmikan oleh Lt Kol Ahmad Kamar bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian Kerjaya dan Sosioekonomi JHEV ATM. Majlis tersebut berlangsung di Sungai Petani Inn, Sungai Petani, Kedah.

Turut hadir Pengarah JHEV Negeri, Mejar Norhaizi binti Khaidzir TUDM dan Penolong Pengarah, Kapten Che Zunida Bt Che Azmi TUDM

Majlis ini telah dihadiri seramai 100 orang ahli persatuan veteran di sekitar Sungai Petani.

MAJLIs PENGANUGERAHAN PINGAT JAsA MALAysIA

30 April 2015 – Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM dan Persatuan Veteran ATM Permatang Pauh telah mengadakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) di Dewan Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri di mana beliau telah menyampaikan PJM kepada 39 orang Veteran ATM.

Turut hadir YBhg Mej Jen Dato’ Wira Hj Mohd Noor bin Hj Daud, Ketua Pengarah JHEV ATM, Pengarah JHEV Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, Mejar Norhaizi binti Khaidzir TUDM, Penolong Pengarah JHEV Negeri, Kapt Che Zunida Che Azmi TUDM.

LAWATAN KEBAJIKAN JHEV NEGERI BERsAMA VETERAN

Lawatan kebajikan skim sara hidup ke atas Veteran oleh Mejar Norhaizi Khaidzir, Pengarah JHEV Negeri.

Lawatan kebajikan oleh Dato Ketua Pengarah ke atas Veteran di Jeneri, sik, Kedah

Lawatan kebajikan oleh Dato Ketua Pengarah ke atas Veteran yang terlibat dalam kejadian letupan di Taman Ria Jaya, Gurun Kedah.

MAJLIs TAKLIMAT KEPADA VETERAN sEMPENA MEsyUARAT AGUNG KE 5 PERsATUAN VETERAN KOR KEsIHATAN WILAyAH UTARA

Lt Kol Ahmad Kamar Abd Ghani menyampaikan taklimat kepada peserta yang hadir.

14 www.jhev.gov.my | BULETIN VETERAN ATM 1 / 2015

Page 15: PENyAMPAIAN PINGAT JAsA MALAysIA KEPADA VETERAN ATM

PERAKJHEV

LAWATAN KP KE PERAK - MANGSA BANJIR

Taiping, 2 Mei 2015 - Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Cawangan Perak telah membuat Kaunter Bergerak kepada Veteran-veteran 6 RAMD dan keluarga di Kem 9 RRD Taiping sempena Majlis Reunion Veteran 6 RAMD. Turut hadir pada majlis itu ialah YBhg Dato’ Seri Zulkiple bin Kasim, Panglima Medan Tentera Darat. Perkhidmatan yang diberikan oleh pihak JHEV seperti khidmat nasihat, semakan pencen, pertukaran alamat dan lain-lain.

KAUNTER BERGERAK JHEV PERAK DI TAIPING

Ketua Pengarah JHEV ATM, YBhg Mej Jen Dato' Wira Hj Mohd Noor bin Hj Daud telah mengadakan lawatan kepada Veteran ATM yang menghadapi banjir di beberapa kawasan di Hulu Perak pada 7 Januari 2015. Kawasan yang dilawati di Kg. Pengkalan Ikan, Tasik Raban, Lenggong Perak.

15BULETIN VETERAN ATM 1 / 2015 | www.jhev.gov.my

Page 16: PENyAMPAIAN PINGAT JAsA MALAysIA KEPADA VETERAN ATM

SELANGORJHEV

DEWAN HIKMAT MAKTAB TURUs ANGKATAN TENTERA; 28 Mac - Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato’ Wira Hj Mohd Noor bin Hj Daud telah menyempurnakan majlis penganugerahan Pingat Jasa Malaysia sempena Mesyuarat Agung Retired Army Forces Officers Club (RAFOC). Seramai 32 orang Veteran ATM dan seorang balu telah menerima pingat di dalam majlis tersebut. Di dalam ucaptamanya, beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada persatuan di atas kerjasama yang diberikan di samping menyampaikan maklumat-maklumat terkini berkenaan JHEV ATM serta bantuan yang diberikan. Turut hadir adalah Pengarah Bahagian Kerjaya dan Sosioekonomi, Lt Kol Ahmad Kamar bin Abd Ghani dan Penolong Pengarah 3 Bahagian Khidmat Pengurusan, Mej Kapli bin Musa.

PENGANUGERAHAN PJM sEMPENA MEsyUARAT AGUNG RETIRED ARM FORCEs OFFICERs CLUB (RAFOC)

15 Feb 2015 - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Dato’ Wira Haji Mohd Noor bin Haji Daud telah menyematkan Pingat Jasa Malaysia kepada 30 orang Veteran India ATM cawangan Wilayah Persekutuan .Sempena Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 4 yang berlangsung di Ballroom Hotel Dynasty, Kuala Lumpur.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengarah JHEV ATM Negeri Selangor/Wilayah Persekutuan, Kept Jumali bin Jabon TLDM dan Penolong Pengarah ATM Negeri Selangor/Wilayah Persekutuan, Kapt Mohamadatul Shawalee bin Moin TUDM.

MAJLIs PENGANUGERAHAN PINGAT JAsA MALAysIA KEPADA PERsATUAN VETERAN INDIA CAWANGAN WILAyAH PERsEKUTUAN (PERIM)

16 www.jhev.gov.my | BULETIN VETERAN ATM 1 / 2015

Page 17: PENyAMPAIAN PINGAT JAsA MALAysIA KEPADA VETERAN ATM

MELAKA &N SEMBILAN

JHEV

MAJLIs PERAsMIAN MEsyUARAT AGUNG TAHUNAN KEBAL 2015

1 JAN 2015

24 JAN 2015

Lawatan dan penyampaian sumbangan kepada veteran tentera Encik Rusli bin Sulong yang mengalami bencana rumah terbakar oleh YBhg Mej Jen Dato’ Wira Haji Mohd Noor bin Haji Daud, Ketua Pengarah JHEV ATM di Kg. Pulau Sebang, Alor Gajah Melaka pada 1 Januari 2015.

Majlis Penyampaian Pingat Jasa Malaysia oleh YBhg Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato’ Wira Hj Mohd Noor bin Hj Daud sempena Mesyuarat Agung Tahunan KEBAL di Lukut Port Dickson 24 Januari 2015. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB. Tun Haji Khairuddin bin Tun Abu Bakar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan.

PENyAMPAIAN sUMBANGAN BENCANA ALAM

BULETIN VETERAN ATM 1 / 2015 | www.jhev.gov.my 17

Page 18: PENyAMPAIAN PINGAT JAsA MALAysIA KEPADA VETERAN ATM

KAUNTER BERGERAK JHEV ATM CAWANGAN NEGERI JOHOR

04 April 2015 - Kaunter Bergerak JHEV ATM Cawangan Negeri Johor telah diadakan di Wisma Pahlawan, Batu Pahat sempena Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-40 Persatuan Veteran ATM Cawangan Batu Pahat. Dianggarkan lebih 280 orang balu dan veteran yang hadir ke kaunter mengemukakan persoalan dan permasalahan yang dihadapi.

Pegawai dan kakitangan JHEV ATM Cawangan Johor yang terlibat adalah Penolong Pengarah, Penolong Pegawai Kesatria dan Pembantu Tadbir 1.

Kulaijaya - Pengarah JHEV Cawangan Negeri Johor Lt Kol Hj Khalid bin Mohd Sham telah mengadakan lawatan kebajikan dan seterusnya membuat penyerahan bantuan kerusi roda kepada Veteran ATM T/1051769 Zolkafli bin Mobin dan T/709614 Mohd Sapinye bin Ismail di kediaman masing-masing pada 8 April 2015. Turut diiringi oleh Ketua Persatuan Veteran ATM Kota Tinggi, Hj Umar bin Hj Ibrahim.

LAWATAN KEBAJIKAN DAN PENyERAHAN ALAT BANTUAN PEsAKIT KEPADA VETERAN ATM

JOHORJHEV

18 www.jhev.gov.my | BULETIN VETERAN ATM 1 / 2015

Page 19: PENyAMPAIAN PINGAT JAsA MALAysIA KEPADA VETERAN ATM

PAHANGJHEV

Muadzam shah – YB. Dato’ Seri Hisammuddin bin Tun Hussein, Menteri Pertahanan telah mengadakan lawatan turun padang di daerah Rompin, Pahang. YB. Menteri Pertahanan telah berkesempatan mengadakan lawatan dan bertemu dua orang veteran tentera iaitu Encik Abd Aziz Bin

Maraus yang mengalami strok di Desa Keranji , Muadzam Shah. Pada majlis yang lain, YB Menteri Pertahanan telah mengunjungi Encik Ahmad Shabudin bin Husin, seorang OKU (kaki palsu) di Perumahan Desa Teratai. Turut hadir Mej Jen Dato’ Wira Hj Mohd Noor bin Hj Daud.

Pada 28 Mac 2015, JHEV Cawangan Pahang telah mengadakan Kaunter Bergerak dan taklimat berhubung fungsi dan peranan JHEV ATM kepada veteran yang berada di sekitar Daerah Bera, Pahang. Khidmat Kaunter Bergerak ini diadakan susulan Mesyuarat Agung PV-ATM Cawangan Bera

yang diadakan di Dewan Cemerlang, Majlis Perbandaran Bera, Pahang. Perasmian majlis pada hari tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato Seri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Bera.

Pada 12 Jan 2015 Pengarah JHEV Cawangan Pahang bersama Ketua Bahagian PV-ATM Pahang serta ahli jawatankuasa persatuan telah mengadakan lawatan dan menyampaikan sumbangan kepada veteran dan balu yang menjadi mangsa bencana banjir di sekitar daerah Pekan,

Pahang. Lawatan ini adalah sebagai sokongan moral kepada veteran, balu serta keluarga setelah ditimpa musibah akibat bencana banjir yang melanda beberapa daerah di Negeri Pahang pada Disember 2014 yang lalu.

LAWATAN yB. MENTERI PERTAHANAN BERsAMA VETERAN ATM

KAUNTER BERGERAK DI DAERAH BERA, PAHANG

LAWATAN DAN sUMBANGAN BANJIR PAHANG

19BULETIN VETERAN ATM 1 / 2015 | www.jhev.gov.my

Page 20: PENyAMPAIAN PINGAT JAsA MALAysIA KEPADA VETERAN ATM

PAsIR MAs - Impian seorang ibu tunggal iaitu Zaiton binti Yahya, 51, untuk tinggal dalam keadaan selesa akhirnya menjadi kenyataan apabila menerima bantuan daripada JHEV ATM untuk membaikpulih rumahnya yang sudah uzur dan dimakan anai-anai. Bantuan tersebut merupakan Projek Jiwa Murni yang telah dilaksanakan oleh Pasukan 7 RAJD yang mana projek tersebut secara tidak langsung mendapat sumbangan daripada YB ADUN Chetok, PV ATM dan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).

Majlis simbolik p e n y e r a h a n kunci ru mah ter-sebut dia dakan di Kg. Su ngai Ke-ladi, Che tok, Pasir Mas, Kelantan dan disem pur -nakan oleh Adun Chetok, Ab dul Halim bin Abdul Rahman pa da 5 Mac 2015. Ru mah ba haru itu telah siap dibina se-pe nuhnya pada awal Februari 2015 .

KELANTAN & TERENGGANU

JHEV

IMPIAN sEORANG IBU TUNGGAL TERCAPAI

MAJLIs PENyERAHAN WANG EHsAN KEPADA VETERAN ATM DAN BALU

yANG TERLIBAT BANJIR DI KEMAMAN

PENyERAHAN KERUsI RODA KEPADA ANAK ORANG KELAINAN UPAyA (OKU)

20 www.jhev.gov.my | BULETIN VETERAN ATM 1 / 2015

Page 21: PENyAMPAIAN PINGAT JAsA MALAysIA KEPADA VETERAN ATM

SABAHJHEV

MAJLIs PENGANUGERAHAN PINGAT JAsA MALAysIA (PJM) DI DAERAH KENINGAU, sABAH

5 Jun 2015 – Timbalan Menteri Pertahanan, Y.B Datuk Abdul Rahim Bakri telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) di Dewan Hotel Juta, Keningau, Sabah. Sempena majlis tersebut, Y.B Timbalan Menteri telah menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 30 orang Veteran ATM dari Persatuan Veteran ATM Daerah Keningau. Pingat Jasa Malaysia ini hanya dianugerahkan kepada anggota tentera atau bekas anggota tentera mengikut syarat-syarat yang.telah ditetapkan. Turut hadir ialah Y.B Datuk Ellron Angin, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Merangkap ADUN Sook, YBhg.Mej Jen Dato’Wira Hj Mohd Noor Hj Daud, Ketua Pengarah JHEV ATM, Kapt Sharuddin bin Hj. Omar (B), Timbalan Presiden PVATM, YBhg Encik Abd Sanon bin Saparit, YDP PVATM Sabah dan Pengarah JHEV Sabah, Lt Kol Adnan bin Ariffin.

PENyAMPAIAN BANTUAN KERUsI RODA KEPADA VETERAN ATM DI TAWAU sABAH

Penyampaian Bantuan Peralatan Pesakit dari JHEV ATM berupa kerusi roda dan tongkat oleh YB Datuk Tawfik Abu Bakar Titingan kepada veteran Masaran @ Masran bin Salman bagi pihak isteri beliau, sempena Persidangan PVATM Daerah Tawau Sabah pada 23 Mei 2015.

Penerima PJM bersama Dato’ Wira Ketua Pengarah JHEV, Lt. Kol Adnan Ariffin, Pengarah JHEV sabah, yDP PVATM sabah En. Abd sanon saparit, En. Ahmad bin Haroon, Ketua Cawangan PVATM Tuaran dan wakil ibu pejabat polis Daerah Tuaran.

salah seorang penerima PJM Veteran OKU, En.Ramlee @ Iderus bin Abd Hamid.

Di antara penerima-penerima PJM.

PENyAMPAIAN PINGAT JAsA MALAysIA KEPADA VETERAN ATM DI TUARAN Tuaran - YBhg Mej Jen Dato’ Wira Hj Mohd Noor Hj Daud, Ketua Pengarah JHEV ATM telah menyampaikan Pingat Jasa Malaysia kepada Veteran ATM di Tuaran, Sabah. Turut hadir Lt Kol Adnan Arifin, Pengarah JHEV Sabah, YDP PVATM Sabah, Abd Sanon Saparit dan Ketua Cawangan PVATM Tuaran, Ahmad Haron.

21BULETIN VETERAN ATM 1 / 2015 | www.jhev.gov.my

Page 22: PENyAMPAIAN PINGAT JAsA MALAysIA KEPADA VETERAN ATM

SARAWAKJHEV

KAUNTER BERGERAK JHEV sEMPENA PROGRAM MCTP ANJURAN MK 3 BRIGED

KAUNTER BERGERAK JHEV ATM CAWANGAN NEGERI sARAWAK

KAUNTER BERGERAK JHEV BERsEMPENA PROGRAM JAsAMU DIKENANG

10 FEB 2015

21 FEB 2015

24 JAN 2015

22 www.jhev.gov.my | BULETIN VETERAN ATM 1 / 2015

Page 23: PENyAMPAIAN PINGAT JAsA MALAysIA KEPADA VETERAN ATM

e-MAss adalah sistem perantara yang mengendalikan

pembiayaan perubatan pesara tanpa melibatkan transaksi wang antara pesara Kerajaan Persekutuan dan

agensi pembekal. Dalam ertikata lain, pesara yang layak tidak perlu membayar kos ubat atau peralatan perubatan

yang dibekalkan kepada mereka.Perkhidmatan e-MASS juga memudahkan dan

mempercepatkan pesara mendapat ubat atau peralatan perubatan yang diperlukan. Sekiranya farmasi komuniti tidak dapat membuat pembekalan, pihak Oratis akan menguruskan bekalan tersebut kepada pesara dan bekalan dihantar melalui perkhidmatan pos/perkhidmatan kurier/secara terus, tanpa bayaran tambahan.

Portal Pesara e-MASS boleh diakses untuk semakan kelayakan pesara dan tangunggannya, 24 jam sehari. Pusat data ini dikawal rapi dan dilengkapi dengan kemudahan canggih untuk menampung data-data atau maklumat sulit pesara.  http://www.emass.com.my/csp/emass/login.csp Sebarang pertanyaan, sila hubungi Oratis Careline 1800-88-6627 yang beroperasi dari 7.00AM hingga 9.00PM setiap hari.

Kerajaan telah melantik Syarikat Oratis Services Sdn. Bhd. melalui tender terbuka bagi melaksanakan pembiayaan ubat dan peralatan perubatan yang

dibekalkan kepada Pesara Awam Persekutuan melalui Electronic Medical Automation Supply

System (e-MASS) mulai 15 februari 2012. Melalui e-MASS, Syarikat Oratis Sdn. Bhd. merupakan

perantara di antara JPA dengan Pesara Awam Persekutuan bagi mendapatkan

bekalan ubat dan peralatan perubatan yang tidak dapat dibekalkan oleh

hospital/klinik kerajaan.Melalui prosedur sedia ada, Pesara Awam Persekutuan

akan mendapatkan ubat di hospital/

klinik kerajaan. Sekiranya

ubat

yang dipreskripsikan oleh doktor tidak dapat dibekalkan oleh hospital/klinik kerajaan, maka Pesara Awam Persekutuan akan mendapatkan ubat tersebut di hospital/klinik/farmasi/agensi swasta dengan menggunakan wang sendiri. Setelah ubat yang diperlukan telah diperolehi daripada hospital/klinik/farmasi/agensi swasta, Pesara Awam Persekutuan kemudiannya akan membuat tuntutan bayaran balik kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA dengan mengemukakan resit pembelian yang asal serta Borang 1/09 yang telah mendapat pengesahan/perakuan daripada Pegawai/Pakar Perubatan bahawa ubat/peralatan tersebut tidak dapat dibekalkan/disediakan oleh hospital/klinik kerajaan.

Dengan pelaksanaan e-MASS, Pesara Awam Persekutuan boleh mendapatkan bekalan ubat/peralatan perubatan di hospital/klinik/farmasi/agensi swasta yang berdaftar dengan Syarikat Oratis Sdn. Bhd. tanpa membuat sebarang bayaran (tertakluk kepada syarat-syarat). Pesara Awam Persekutuan boleh mendapatkan bekalan ubat/peralatan perubatan melalui kaedah-kaedah seperti berikut:

1 Datang terus ke hospital/klinik/farmasi/agensi

swasta yang berdaftar dengan Syarikat Oratis Sdn. Bhd.

2 Menghubungi Call Centre yang disediakan dan penghantaran akan dibuat secara terus oleh

Syarikat Oratis Sdn. Bhd. kepada Pesara Awam Persekutuan atau hospital.

3 Membuat tempahan melalui laman web e-MASS dan penghantaran akan dibuat secara terus oleh Syarikat Oratis Sdn. Bhd. Kepada Pesara Awam Persekutuan atau hospital.

Senarai hospital/klinik/farmasi/agensi swasta yang berdaftar dengan Syarikat Oratis Services Sdn. Bhd. boleh diperolehi melalui laman web www.oratis.com.my.

Selaras dengan pelaksanaan e-MASS, mulai 15 Mei 2012 JPA tidak akan menerima sebarang permohonan tuntutan bayaran balik perbelanjaan perubatan bagi pembelian ubat dan peralatan perubatan daripada pesara. Syarikat Oratis Services Sdn. Bhd. akan bertanggungjawab menguruskan pembekalan ubat dan peralatan perubatan kepada Pesara Awam Persekutuan dan kemudiannya menyalurkan tuntutan kepada JPA untuk membuat bayaran balik kepada rangkaian

farmasi dan pembekal peralatan perubatan.

BULETIN VETERAN ATM 1 / 2015 | www.jhev.gov.my 23

INFOJHEV

Page 24: PENyAMPAIAN PINGAT JAsA MALAysIA KEPADA VETERAN ATM

Untuk makluman, senarai ini adalah senarai pencen dan faedah persaraan yang tidak dituntut  bagi bulan Januari  hingga Mac 2015.

Sila klik pautan yang berkenaan untuk membuat semakan. Untuk memudahkan carian, tekan kekunci Ctrl+F dan masukkan Nama Pesara/

Waris atau No.Tentera yang ingin dicari.  

A. senarai Pencen Tidak Dituntut sKIM A http://www.jhev.gov.my/media/others/SKIM%20A%20-EFT.pdf

B. senarai Pencen Tidak Dituntut sKIM B http://www.jhev.gov.my/media/others/SKIM%20B%20LUPUT.pdf

 

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, mohon tindakan pesara atau waris untuk menghubungi kami di talian berikut: 

 Pencen Perkhidmatan : 03-20508066 / 8119/8113

Pencen Terbitan : 03-2050 8116/8126Bhg. Kewangan & Akaun : 03-2050 8155/8169

SENARAI PENCEN TIDAK DITUNTUT

BULAN TARIKH BAYARAN

JANUARI 21 Januari 2015 (Rabu)

FEBRUARI 11 Februari 2015 (Rabu)

MAC 20 Mac 2015 (Jumaat)

APRIL 21 April 2015 (Selasa)

MEI 20 Mei 2015 (Rabu)

JUN 19 Jun 2015 (Jumaat)

JULAI 8 Julai 2015 (Rabu)

OGOS 21 Ogos 2015 (Jumaat)

SEPTEMBER 15 September 2015 ( Selasa)

OKTOBER 21 Oktober 2015 (Rabu)

NOVEMBER 20 November 2015 (Jumaat)

DISEMBER 16 Disember 2015 (Rabu)

JADUAL PEMBAYARAN PENCENJABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM

2015

*Pencen yang tidak dituntut oleh pesara atau waris akan dimasukkan ke dalam akaun hasil

24 www.jhev.gov.my | BULETIN VETERAN ATM 1 / 2015