doa kembara basikal sempena road to pt3 2015

Upload: norjanah-ramli

Post on 09-Jan-2016

38 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Doa Kembara Basikal Sempena Road to Pt3 2015

TRANSCRIPT

DOA KEMBARA BASIKAL SEMPENA ROAD TO PT3 2015

Assalamualaikum w.b.t

Kepada hadirin yang beragama Islam, marilah bersama-sama kita menadah tangan mengaminkan doa, manakala kepada hadirin yang bukan beragama Islam diminta untuk bertafakur seketika.

Bimillahirrohmanirrohim.

Alhamdulillah hirobbil alamin, wassola tuwassala asyrofil anbiya iwal mursalin,wa ala alihi wasohbihi ajmain.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya RahimKami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan berhimpun dalam Program Kembara Merdeka Sempena Road To PT3 2015. Jadikan perjalanan program ini berjalan dengan lancar dan sempurna.

Ya Allah, Ya Aziz, Ya Jabbar,Kami meminta padaMu akan keselamatan pada agama, kesejahteraan pada tubuh badan, penambahan pada ilmu dan keberkatan pada rezeki.

Mulakanlah hari-hari yang kami lalui dengan kerahmatanMu, pertengahannya dengan keberkatanMu, dan disudahi dengan keampunanMu. Penuhilah keseluruhan hari yang kami lalui dengan hidayah, kemenangan dan kecemerlangan.

Ya Allah, Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan Apa Yang Dikehendaki, Jadikanlah usaha kami ini sebagai wahana untuk menyedarkan dan menginsafkan diri kami. Kurniakanlah kepada kami iman yang teguh, mantap dan kukuh demi menghadapi cabaran-cabaran semasa dan dalam mengharungi ujian dan pancaroba hidup kami.

Ya Allah, Ya Fatta hu Ya Alim,Berikanlah juga kami taufiq dan hidayah. Jadikanlah kami insan yang suka mendengar kebaikan lantas melakukannya. Jadikanlah kami insan yang apabila mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkannya.

Ya Allah,Jadikanlah program kami ini sebagai program yang diberkati dan dirahmati serta terpelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

Robbana atina fiddun ya hasanah, wa fil akhiroti hasanah, wa khina aza bannar,

Walhamdulillahi robbil alamin.

Sesungguhnya Tuhanku, tiada Tuhan yang sebenarnya yang berhak disembah melainkanNya, ke atasNya aku bertawakkal, dan Dialah Tuhan yang memiliki arasy yang agung, .Apa sahaja yang dikehendakinya tentu akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakinya tidak akan berlaku.Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah yang maha tinggi lagi maha agung.Aku bersaksi bahawa Allah maha berkuasa atas segala sesuatu dan pengetahuanNya meliputi segala sesuatu.Aku memohon perlindungan kepadaNya yang maha berkuasa menahan langit dari jatuh ke atas bumi melainkan dengan izinNya, aku memohon perlindunganNya dari kejahatan segala makhluk yang bergerak di muka bumi yang berada di bawah kuasaNya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus (HR. Tirmidzi)