dmpp 5043 variable refrigerant flow - inverter

4
DMPP 5043 VARIABLE REFRIGERANT FLOW (VRF) MAINTENANCE, DIAGNOSE AND REPAIR Teknologi Inverter Kebelakangan ini kita selalu terjumpa perkataan inverter pada produk elektrik terbaru seperti penghawa dingin (air-conditioner), peti sejuk dan microwave oven. Syarikat pengeluar mendakwa, dengan teknologi inverter, peralatan elektrik akan berfungsi dengan lebih cekap dan menjimatkan tenaga elektrik. Benarkah dakwaan mereka itu? Secara teorinya, teknologi inverter boleh menjimatkan tenaga elektrik dan membuatkan peralatan elektrik berfungsi dengan lebih cekap. Sebagai contoh, mengikut kiraan matematik, penghawa dingin yang menggunakan teknologi inverter ini mampu menjimatkan elektrik sehingga 30% dan lebih cepat menyejukkan udara berbanding penghawa dingin konvesional. Apakah itu inverter? Jika kita merujuk kamus, inverter bermaksud penyongsang. Walaubagaimanapun, dalam kejurutereaan elektrik kuasa, inverter ditakrifkan sebagai peranti/alat yang mengubah arus terus kepada arus ulang alik berubah frekuensi. Inverter sering digunakan pada peralatan yang mempunyai motor dan pemampat (compressor). Dengan menggunakan teknologi ini, kelajuan motor atau pemampat boleh dikawal mengikut keperluan. Bagaimana teknologi inverter berfungsi? Untuk memahaminya, ambil penghawa dingin sebagai contoh: Penghawa dingin konvensional Suhu bilik diset pada 22 darjah Celcius Pemampat dihidupkan sehingga mencapai suhu 21 darjah Celcius Pemampat dimatikan, suhu bilik naik perlahan2 sehingga 23 darjah Celcius Pemampat dihidupkan semula sehingga mencapai suhu 21 darjah Celcius Proses ini berterusan sehinggalah penghawa dingin dimatikan Penghawa dingin berteknologi inverter Suhu bilik diset pada 22 darjah Celcius Inverter menjalankan pemampat pada kelajuan maksimum Apabila suhu bilik mencapai 22.1 darjah Celcius, inverter memperlahankan sedikit kelajuan pemampat Suhu bilik turun sehingga 21.9 darjah Celcius, inverter menaikkan sedikit kelajuan pemampat Pemampat akan sentiasa berjalan pada kelajuan berbeza ( tiada operasi on-off seperti penghawa dingin konvesional) 1

Upload: nurulaidayanti

Post on 14-Apr-2016

37 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

mpp504

TRANSCRIPT

Page 1: Dmpp 5043 Variable Refrigerant Flow - Inverter

DMPP 5043 VARIABLE REFRIGERANT FLOW (VRF) MAINTENANCE, DIAGNOSE AND REPAIR

Teknologi Inverter

Kebelakangan ini kita selalu terjumpa perkataan inverter pada produk elektrik terbaru seperti penghawa dingin (air-conditioner), peti sejuk dan microwave oven. Syarikat pengeluar mendakwa, dengan teknologi inverter, peralatan elektrik akan berfungsi dengan lebih cekap dan menjimatkan tenaga elektrik. Benarkah dakwaan mereka itu?

Secara teorinya, teknologi inverter boleh menjimatkan tenaga elektrik dan membuatkan peralatan elektrik berfungsi dengan lebih cekap. Sebagai contoh, mengikut kiraan matematik, penghawa dingin yang menggunakan teknologi inverter ini mampu menjimatkan elektrik sehingga 30% dan lebih cepat menyejukkan udara berbanding penghawa dingin konvesional.

Apakah itu inverter?Jika kita merujuk kamus, inverter bermaksud penyongsang. Walaubagaimanapun, dalam kejurutereaan elektrik kuasa, inverter ditakrifkan sebagai peranti/alat yang mengubah arus terus kepada arus ulang alik berubah frekuensi. Inverter sering digunakan pada peralatan yang mempunyai motor dan pemampat (compressor). Dengan menggunakan teknologi ini, kelajuan motor atau pemampat boleh dikawal mengikut keperluan.

Bagaimana teknologi inverter berfungsi?

Untuk memahaminya, ambil penghawa dingin sebagai contoh:

Penghawa dingin konvensional Suhu bilik diset pada 22 darjah Celcius Pemampat dihidupkan sehingga mencapai suhu 21 darjah Celcius Pemampat dimatikan, suhu bilik naik perlahan2 sehingga 23 darjah Celcius Pemampat dihidupkan semula sehingga mencapai suhu 21 darjah Celcius Proses ini berterusan sehinggalah penghawa dingin dimatikan

Penghawa dingin berteknologi inverter Suhu bilik diset pada 22 darjah Celcius Inverter menjalankan pemampat pada kelajuan maksimum Apabila suhu bilik mencapai 22.1 darjah Celcius, inverter memperlahankan sedikit kelajuan pemampat Suhu bilik turun sehingga 21.9 darjah Celcius, inverter menaikkan sedikit kelajuan pemampat Pemampat akan sentiasa berjalan pada kelajuan berbeza ( tiada operasi on-off seperti penghawa dingin

konvesional)

Terdapat 2 jenis inverter yang terdapat pada produk berteknologi ini:

1

Page 2: Dmpp 5043 Variable Refrigerant Flow - Inverter

1. Inverter arus ulang-alik (AC inverter) - Digunakan pada motor/pemampat kendalian arus ulang alik (AC motor/pemampat)

2. Inverter arus terus (DC inverter) - Digunakan pada motor/pemampat kendalian arus terus (DC motor/pemampat). Produk yang menggunakan DC inverter adalah lebih jimat tenaga berbanding AC inverter. Ini adalah kerana motor/pemampat kendalian arus terus tidak mempunyai 'tork menahan' (detent torque) dan kehilangan arus aruhan.

Kelebihan produk elektrik yang menggunakan teknologi inverter ialah:1. Lebih menjimatkan tenaga elektrik2. Berfungsi dengan lebih senyap3. Beroperasi dengan lebih cekap dan pantas

Walaubagaimanapun, produk berteknologi inverter ini agak mahal termasuk alat gantinya. Kerosakan elektronik pada produk ini biasanya sukar dikesan oleh juruteknik dan perlu dirujuk kepada syarikat pengeluar. Faktor2 ini perlu diambil kira sebelum membeli produk berteknologi inverter ini.

2

Page 3: Dmpp 5043 Variable Refrigerant Flow - Inverter

Inverter dikenali sebagai satu alat atau peranti penyongsang arus elektrik. Dalam keadaan biasa, keadaan arus elektrik adalah berarus terus. Dengan inverter, arus terus ini akan ditukarkan kepada arus ulang alik berubah frekuensi.

Biasanya, inverter digunapakai pada peralatan elektrik yang dilengkapi motor atau pemampat (compressor). Teknologi inverter dikatakan boleh mengawal kelajuan motor atau pemampat mengikut keperluan.

Pemampat dalam sesuatu alat elektrik akan sentiasa berjalan pada kelajuan berbeza tanpa fungsi hidup mati (on-off) sepertimana alat elektrik konvensional. Fungsi inilah yang membantu pengurangan tenaga elektrik.

Sebagai contoh, katakan kita menghidupkan alat pendingin hawa dengan menetapkan suhu 24 darjah celcius (24 oC). Bagi pendingin hawa tanpa inverter apabila ia dihidupkan, motor elektrik akan beroperasi pada kelajuan maksimum bagi mencapai suhu tersebut. Apabila suhu 24 oC tercapai, motor tersebut akan berhenti.

Namun, apabila keadaan bilik kembali panas, iaitu suhu melebihi 24oC, maka motor elektrik itu akan aktif semula dan terus 'bekerja' untuk menurunkan suhu kembali kepada 24 oC. Keadaan ini berterusan sehinggalah suis penghawa dingin dimatikan.

Motor yang 'bekerja' secara 'on off' ini mengakibatkan penggunaan tenaga kuasa yang tinggi pada setiap kali ia mula memulakan 'kerja'. Kajian menunjukkan bahawa motor elektrik akan menggunakan arus sebanyak hampir 7 kali ganda lebih tinggi daripada biasa semasa memulakan operasinya.

Bagi alat elektrik dengan teknologi inverter, motor elektriknya akan sentiasa 'bekerja' daripada mula suis dihidupkan sehinggalah pada ketika suis dimatikan. Kelajuan motor dapat dikawal dan disesuai dengan suhu yang ditetapkan tanpa ada fungsi 'on off'.

Keadaan yang berterusan ini menyebabkan motor tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak ketika beroperasi. Pengurangan penggunaan kuasa bagi permulaan operasi juga dapat dikurangkan. Penggunaan tenaga yang kurang bermaksud bil elektrik menjadi lebih murah.

Untuk lebih mudah memahami, teknologi inverter bolehlah dikaitkan dengan amalan seharian kita, iaitu istiqamah manakala alat elektrik tanpa inverter adalah amal yang tidak istiqamah. Istiqamah bermaksud melakukan sesuatu secara berterusan manakala tidak istiqamah bermaksud melakukan sesuatu secara 'on off'.

Dalam Islam, sesuatu amal yang dilakukan secara istiqamah walaupun sedikit adalah lebih disukai Allah SWT daripada amal yang dilakukan secara tidak istiqamah walaupun banyak. Hal ini bersesuaian dengan hadis Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Aisyah r.ha., Nabi SAW bersabda: "Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berbalik kepada inverter, teknologi ini memang benar dapat menjimatkan kos elektrik. Namun, penjimatan ini berlaku dengan syarat.

Pertama, alat elektrik berteknologi inverter biasanya lebih mahal daripada produk tanpa inverter. Pengguna perlu membuat sedikit pengiraan mengenai kos pembelian dan bandingkan dengan jumlah penjimatan yang dapat dibuat.

Kedua, inverter jimat jika penggunaannya melebihi tempoh masa tertentu. Ada pihak mendakwa penjimatan hanya berlaku jika ia digunakan lebih daripada 6 hingga 8 jam. Maksudnya, inverter hanya menjimatkan jika ia digunakan untuk tempoh masa yang panjang. Justeru, alat elektrik seperti peti sejuk inverter lebih praktikal untuk penjimatan kos elektrik berbanding pendingin hawa dan microwave oven.

Ketiga, sebarang kerosakan elektronik pada produk ini sukar dikesan. Jika berlaku kerosakan, ia perlu dihantar kepada syarikat pengeluar. Hal ini secara langsung akan meningkatkan kos perbelanjaan.

Justeru produk elektrik berteknologi inverter boleh digunakan sebagai alternatif bagi mengimbangi kenaikan kadar elektrik. Namun, pengguna dinasihatkan untuk membuat analisis kos-faedah terlebih dahulu memandangkan kos produk ini adalah lebih mahal berbanding produk biasa.

3

Page 4: Dmpp 5043 Variable Refrigerant Flow - Inverter

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140108/re_07/Teknologi-inverter-istiqamah-dan-penjimatan-kos-elektrik#ixzz3x5lHm8sx © Utusan Melayu (M) Bhd

4