disensitisasi overcorrection response cost

Upload: kevin-jones

Post on 01-Mar-2016

279 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Pengurusan Bilik Darjah

TRANSCRIPT

Pengurusan Tingkah Laku Untuk Pemulihan Khas

Pengurusan Tingkah Laku Untuk Pemulihan KhasDisediakan oleh: Chai Ai Yun Dyrene NguPensyarah: Pn. Nor Laini Che Mat

Bincangkan strategi pengurangan tingkah laku

DisensitisasiOvercorrectionResponse-CostDisensitisasiSejenis kaedah terapi untuk merawat fobia dan masalah tingkah laku lain yang melibatkan kebimbangan.

Kaedah ini dilaksanakan dengan mendedahkan individu kepada rangsangan yang menakutkannya tersebut sedikit demi sedikit (biasanya 9 sesi).

Lama-kelamaan individu tersebut akan biasa dengan rangsangan itu dan fobianya dihapuskan secara berkesan.

Prinsip kaedah ini meliputi satu respon yang bertentangan dengan kecemasan (kebimbangan), iaitu merenggangkan otot-otot (relaks).

Kategori Perasaaan Takut Rasa takut yang objektifIndividu mempunyai pengalaman yang tidak menyenangkan pada masa dia terdedah kepada rangsangan tersebut.Contoh: Murid yang gagal dalam ujian subjek Matematik akan berasa takut semasa ujian Matematik yang seterusnya.

Rasa takut yang subjektifIndividu memperoleh perasaan dan sikap takut terhadap sesuatu dari pengalaman orang yang dekat dengan dirinya.Contoh: Senior-senior menceritakan betapa susah untuk mempelajari subjek Biologi dan menyebabkan murid berasa takut sebelum Tingkatan 4.Wolp dan Lazarus memperkenalkan teknik dari desensitisasi yang terdiri dari 3 tahapMelatih pesakit (murid) untuk relaks.Menyusun secara berurutan rangsangan yang menyebabkan pesakit (murid) merasa takut atau cemas - hal yang paling menakutkan sampai hal yang tidak menakutkan.Mulailah memberikan rangsangan secara berurutan. Dimulai dengan rangsangan yang menyebabkan rasa takut yang paling ringan dan berlanjut ke rangsangan yang berikutnya. Rangsangan ini ditingkatkan manurut urutan yang telah disusun.

Peringkat Pelaksanaan Disensitisasi1. Menghasilkan hierarki kebimbangan.Menentukan rangsangan yang menimbulkan ketakutan ringan sehingga ketakutan serius.Ketakutan yang ringan disusun di bawah, ketakutan yang serius diatur di atas.Membantu seseorang memahami keadaan yang harus diperbaiki.Contoh Hierarki: Ketakutan Pada Guru Kelas2. Merenggangkan badan dan otot-otot/ relaks.

Mencari jalan untuk merenggangkan otot dan emosi murid (anak kecil).Memujuk murid (anak kecil) supaya menerima rangsangan menakutkannya itu sebagai rangsangan positif.Contoh: Guru kelas kerap senyum pada murid tersebut dan memberi gula-gula kepadanya.

3. Sesi Disensitisasi

Menjalankan terapi dengan teknik main peranan.Membiasakan murid (anak kecil) dengan rangsangan yang menakutkannya.Meneruskan terapi untuk sekurang-kurangnya 2 sesi dengan setiap sesi 20 minit.OvercorrectionOvercorrection melibatkan murid melakukan tingkah laku yang berulang-ulang sebagai cara mengatasi tingkah laku tidak sesuai yang ditunjukkan oleh mereka.Tiga Jenis OvercorrectionRestitutional (Pampasan)Positive Practice (Perlakuan Positif)Negative Practice (Perlakuan Negatif)

Restitutional (Pampasan)Dalam jenis Overcorrection ini, murid dikehendaki untuk mengembalikan persekitarannya kepada keadaan sebelum dia melakukan tindakan yang tidak sesuai.

Contoh:Kamal menconteng mejanya dengan menggunakan pensel. Dia dikehendaki untuk membersihkan mejanya dan 5 lagi meja kawan sekelasnya.

Amir mengoyak buku rakannya. Dia dikehendaki menampal balik bahagian yang dikoyakkan dan membantu rakannya dalam menyiapkan kerja rumah selama seminggu.Positive Practice (Perlakuan Positif)Apabila murid bertingkah laku tidak sesuai, dia dikehendaki mengulang tingkah laku yang sesuai dalam situasi yang sama.

Contoh:Mirah berlari di dewan. Dia dikehendaki berjalan secara perlahan mengeilingi dewan untuk 4 pusingan.Hamid membaling bola terhadap rakannya secara sengaja. Dia dikehendaki membaling dan menyambut bola dengan cara betul untuk 20 kali.Negative Practice (Perlakuan Negatif)Apabila murid bertingkah laku tidak sesuai, dia dikehendaki mengulang tingkah laku tersebut sehingga dia berasa jemu.

Contoh:Faizal bermain dengan kapal terbang kertas di dalam kelas. Dia dikehendaki untuk melipat 50 kapal terbang kertas pada waktu rehat.Harul membaling pemadamnya terhadap kawan. Dia dikehendaki membaling pemadam di padang untuk 50 kali.

Suatu bentuk penarikan, peneguhan atau ganjaran secara sistematik terhadap sesuatu tingkah laku yang tidak sesuai. Dari segi Analisis Kelakuan Gunaan, ia adalah satu bentuk hukuman negatif. Dengan menghapuskan sesuatu, anda mengurangkan kemungkinan bahawa tingkah laku sasaran yang akan muncul sekali lagi. Ia sering digunakan dengan ekonomi token, dan paling baik digunakan apabila pelajar memahami implikasi.

Response CostContoh Response CostAlex adalah seorang kanak-kanak autisme. Dia sering tidak menumpukan perhatian semasa sesi pengajaran. Oleh itu, guru terpaksa menghentikan sesinya untuk menasihati Alex. Dia kini belajar menerusi peniruan.Dia diberikan token pada papan tanda untuk duduk baik semasa pengajaran, dan mendapat rehat tiga minit dengan item pilihan apabila dia mendapat empat token. Semasa perbicaraan dia diberi maklum balas yang berterusan berdasarkan kualiti duduknya.Walaupun kekerapan dia meninggalkan tapak arahan telah menurun, dia tetap akan kehilangan tokennya apabila guru terpaksa menghentikan sesinya untuk tujuan nasihat.Beliau cepat mendapat kembali ketika ia datang ke meja dan duduk dengan baik. Ponteng daripada kelas itu telah dipadamkan. Meninggalkan tapak pengajaran telah menurun daripada 20 kali sehari hingga tiga kali seminggu.Dengan sesetengah kanak-kanak, seperti Alex, response cost boleh menjadi cara yang berkesan untuk menghapuskan tingkah laku bermasalah di samping menyokong tingkah laku lain.

Sekian terima kasih