dikir_barat

Upload: milamin

Post on 03-Jun-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Dikir_Barat

    1/2

    Dikir Barat - KELANTAN DARULNAIM

    tanahmerah.webs.com/dikirbarat.htm

    Dikir barat

    Dikir Baratmerupakan satu persembahannegeri Kelantanyang disampaikan secara

    berkumpulan. Setiap kumpulan biasanya

    diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok

    Juara.

    Tukang karut dan Tok Juara akan mendahului

    nyanyian sambil berbalas-balas pantun dan

    diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar

    dengan suara yang kuat dan lantang.

    Maklumat lanjut mengenai dikir barat

    Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional

    yang paling digemari oleh masyarakat Melayu

    di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung kampung dan pinggir bandar. Di

    dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan

    Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas - balas pantun dan diikuti oleh awak awak sebagai

    suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Dikir barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan

    atau pun dipertandingkan. Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi

    dan juga di majlis perkahwinan. Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia

    tempatan, badan-badan kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang. Dikir Barat

    adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain. Perkembangannya

    sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dari bentuk persembahannya dari masa ke

    semasa mengikut perkembangan zaman. Perkataan Dikir ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu Dikir

    dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk

    pantun atau syair. Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir Syair adalah sama ertinya.

    Walaubagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan

    Dikir Karut. SUMBER : Wikipedia

    Latar Belakang Sejarah :

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Dikir_barathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kelantanhttp://tanahmerah.webs.com/dikirbarat.htmhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dikir_barathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kelantanhttp://tanahmerah.webs.com/dikirbarat.htm
  • 8/12/2019 Dikir_Barat

    2/2

    Dikir barat diperkenalkan di Tanah Melayu mulai tahun 1930 oleh anak tempatan iaitu Tuan Haji MatSalleh b. Haji Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Mat Salleh Tape atau (Mat Leh Tape).Gelaran Tape dihujung namanya adalah panggilan mengikut nama sebuah kampung iaitu Tapang.Kemungkinan juga kebudayaan ini diasaskan beliau di Kampung Tape. Terdapat teori yangmengatakan ia dibawa masuk dari Patani di selatan Siam. Di selatan Siam ia dikenali sebagai dikirkarut tetapi disebabkan perkataan karut membawa erti tidak benar menyebabkan masyarakatKelantan menukar memanggilnya dengan nama dikir barat iaitu merujuk kepada tempat asal dikir itu.Perkataan berdikir barat datangnya dari dua kombinasi perkataan iaituBerdikirdanBarat.Berdikirialah satu nyanyian beramai-ramai dengan suara yang nyaring , mengikut satu rentak

    yang tertentu. Yang dimaksudkan dengan konteksBaratmerujuk kepada empat wilayah diselatan Thailand iaitu Narathiwat, Yala, Patani dan Songkhla. Pasukan dikir barat terdiri daripada 15orang. Dua orang penting ialah juara dan tukang karut. Bagi persembahan yang biasa, awok-awokdikir barat dikehendaki duduk bersila di dalam linkungan bulatan mengarah ke pembesar suara.Dengan cara ini suara akan menjadi lebih lantang dan dapat didengar dengan jelas. Persembahandikir barat menggunakan ensembel yang menggunakan alat terdiri daripada tetawak, dua biji rebana(ibu dan anak), sepasang rumbia (marakas), canang dan kerci. Alat-alat muzik dipilih oleh juara yangmerekakan rentak untuk suatu persembahan dikir barat.

    Sumber :Dikir Barat

    Asal dikir barat masih dipertikai - Infomuzik

    http://www.carmahlms.com/Info_Muzik/IMarticles/IMadbmdp.htmhttp://www.daftarwarisan.gov.my/index.php?page=warisan_keb_home&subpage=show_detail&category=2&id=252