difinisi teater bercerita cik wa liza

Upload: alia-ayumi

Post on 06-Jan-2016

25 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Difinisi Teater BerceritaMenggunakan BonekaKonsep BonekaBoneka merupakan salah satu peralatan penting yang terkandung dalam beberapa animasi yang manipulasaikan oleh seorang dalang yang mahir.Dalam proses pembelajaran bagi kanak-kanak akan mengalami pertumbuhan dalam setiap proses bermain.Boneka merupakan alat permainan sangat diperlukan sebagai medium pembelajaran untuk membantu pertumbuhan dan perkembnagan kanak-kanak.Boneka terdiri daripada alat sebenar atau bahan ciptaan yang berbentuk orang,haiwan,tumbuh-tumbuhan yang digeraklakonkan oleh pemain dengan menggunakan dialog atau mitos mengikut sesuatu watak atau cerita.Boneka boleh digunakan sebagai alat komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran .Disebabkan sifatnya yang istimewa ,boneka boleh digunakan untuk memberi nasihat,menyelesaikan masalah dan mencerminkan cara hidup murid-murid yang dilakonkan. Menurut McCaslin ,boneka bermaksud binatang yang boleh digerakkan dengan menarik tali yang dilekatkan padanya,atau dengan memasukkan tangan ke dalam badannya dan menggerakkannya.Boneka juga barang permainan yang diperbuat menyerupai patung orang yang dianggap sebagai alat atau barang permainan.Dalam boneka pengajaran dan pembelajaran ,boneka tidak hanya terhad kepada bentuk orang bahkan berbentuk haiwan atau objek lain sesuai dengan situasai dan jalan cerita.Semasa boneaka dimainkan,pemain menggunakan dialog yang sesuai dengan watak dalam cerita tersebut.Dalam keadaan ini ,suara latar atau muzik diadakan bagi mengiringi pergerakan bonekaSelain menggunakan boneka guru juga boleh menggunakan kostum diperingkat pengenalan pembelajaran,perkembangan pelajaran ataupun untuk pengukuhan.

Langkah Perlaksanaan

Boneka atau kostumTerdapat berbagai jenis boneka atau kostum di pasaran ,kanak-kanak memang suka apabila berdepan dengan boneka selain bermain boneka boleh digunakan sebagai alat altenatif dalam pembelajaran untuk mengembangkan kreativiti kanak-kanak.Boneka telah digunakan di tadika dan prasekolah di negara kita.Berbagai jenis boneka tangan dan kostum bermotifkan haiwan sepeti gajah,harimau,zirafah,beruang dan serigala.Boneka atau kostum memiliki fungsi komunikasi yang lebih afektif berbanding buku atau bahan mainan lain.Permainan bercirikan pendidikan banyak terdapat di pasaran,terdapat berbagai warna yang memikat pada berbagai bahan.Semua ini memerlukan kreativiti dan berimaginasi tinggi agar murid mendapatKesan yang maksima dalam sesi P&P. Boneka atau kostum lebih mudah menginterpretasikan objek=objek seperti haiwan,tanaman,dan seumpamanya yang diajarkan di sekolah mahupun di rumah.Selain itu,kanak-kanak dapat belajar untuk kreatif dan berimaginasiKetika mereka bercerita sendiri dengan bermain boneka atau be kostum bersama teman-temannya.Penggunaan Boneka dalam P&P Literasi Bahasa Melayu Penggunaan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran banyak memberikan pengalaman kepada guru-guru dan murid-murid yang terlibat.Terdapat lapan lapan tujuan kebaikan penggunaan boneka dalam pengajaran dan pembalajaran.

Objektifa) Mempelajari bahasa dalam suasana menarikTujuan pembelajaran menggunakan boneka adalah untuk memberikan peluang kepada murid-murid mempelajari bahasa dalam suasana yang Menarik dan berkesan.b) Pengalaman sebenar Boneka dapat mengguna dan memperkukuh kemahiran mendengar,bertutur,membaca dan menulis murid-murid Melalui pengalaman sebenar serta aktiviti yang berkesan.c) Cepat dan memudahkan pemahamanKaedah ini akan cepat serta memudahkan pembelajaran murid terhadap sesuatau cerita ,peristiwa atau isi pelajaran yang disampaikan.d) Memupuk Daya KreativitiMurid-murid akan diajar untuk menghasilkan sebuah ciptaan karya seni yang menarik dan kreatif.e) Penglibatan secara aktif di dalam bilik darjah.Boneka membantu murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti secara pengajaran dan pembalajaran.f) Membina keyakinan diri Penggunaan dialog secara spontan atau skrip membantu menambah keyakianan semasa berhadapan dengan rakan-rakan lain ketika di dalam Bilik darjah.Secara tidak lansung proses komunikasai akan lebih berkesan.g) Memupuk semangat kerjasama dan berkongsi pengalaman semasa aktiviti dilakukan murid-murid secara tidak lansung berbincang sesama rakan mereka dan cara ini akan memupuk semangat juang dan semangat kerjasama berkongsi pengalaman dan idea untuk menghasilkan cerita yang baik.h) Terangsang dan berminat untuk belajarPenggunaan boneka yang berbagai bentuk ,warna dan bentuk boleh menarik minat minat murid-murid secara tekal dan kekal.Tambahan pulaWatak yang sedang ditonton atau dilakonkan dapat pengalaman manis dalam hidup mereka

Refleksi Hasil dari persembahan yang dilakukan murid dapat memberi kerjasama dalam kumpulan merupakan salah satu cara penyampaian pembelajran yang boleh dilaksanakan di dalam kelas. Banyak kesabaran yang perlu dilalui dengan kerenah murid-murid sepanjang aktiviti persembahan yang dibuat.Pembelajaran cara ini dapat memberikan penumpuan kepada murid-murid dalam satu-satu kumpulan ,dan mewujudkan kerjasama dalam kalangan pelajar secara formal.Aktiviti ini juga murid-murid dapat memperkembangkan kemahiran berfikir dan bertindak dengan sendiri,dapat keyakinan diri dan mempunyai motivasi untuk belajar serta mempunyai daya uasaha untuk belajar dengan sendiri. Kebaikan didapati menggunakan teknik boneka, murid-murid dapat belajar sambil berhibur tanpa disedari oleh mereka,cara ini dapat memberi kesan yang amat berkesan dalam proses pembelajaran murid-murid yang terlibat.Teknik iniJuga akan melibatkan penggunaan pelbagai deria secara serentak ,iaitu deria penglihatan,pendengaran dan sentuhan. Hasil persembahan,murid-murid diberi peluang untuk merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti,semasa persembahan pula,murid-murid berpeluang membaca,menghafal dan menggunakan pelbagai dialog.Manakala selepas persembahan,mereka digalakkan pula berbincang dan bersoal jawab tentang cerita tersebut bersama-sama rakan di dalam bilik darjah.Secara tidak lansung,murid-murid terlibat akan menggunakan pelbagai kemahiran secara serentak tanpa disedari oleh mereka. Terdapat juga masalah yang dihadapisemasa memulakan cerita,murid merasa kekok untuk membuat pergerakan dan bunyi seperti binatang yang dilakonkan .Walaubagaimanapun itu ialah pengalaman bagi mereka pertama kali dalam berlakon drama.

Bahan Rujukan1 Azman wan Chik (1993) Mengajar Bahasa Melayu Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka.2. Jamilah Ahmad (1999) Panduan pengajaran pemulihan Bahasa Melayu KBSR & KBSM Shah Alam :Penerbit Fajar Bakti3. Kamarudin Hussin & Siti Hajar Abd Aziz ,Drama dalam pengajaran bahasa,Kuala Lumpur.4. Bahagian Pendidikan Guru,1994 Buku Panduan Bercerita Pendidikan Pra Sekolah,Kuala Lumpur.

Huraian Teater BerceritaSang Harimau Dan Sang Beruang

Kisahnya mengenai binatang yang tinggal di dalam hutan iaitu,harimau ,beruang ,zirafah dan serigala .Murid memainkan peranan memegang watak-watak yang dimainkan.Seorang murid membaca cerita .Sang harimau dan sang beruang merayau-rayau di dalam hutan untuk mencari makanan,sudah beberapa hari mereka tidak makan.Pada masa itu juga sang zirafah sedang berjalan-jalan makan angin sambil memakan daun pucuk-pucuk kayu di dalam hutan.sang harimau dan Sang beruang ternampak zirafah ,mereka bercadang hendak menangkap zirafah.Harimau dan beruang menjadi tamak hendak memiliki daging zirafah,mereka bergaduh masing-masing hendak mendapatkan daging zirafah. Dalam pada itu,sang zirafah terdengar pertengkaran harimau dan beruang hendak memakannya ,sang zirafah cepat-cepat melarikan diri dari mereka.Sang harimau dan sang beruang menyedari kesalahan yang mereka lakukan .Tapi akhirnya sang zirafah dapat ditangkap oleh serigala yang memerhatikan gelagat mereka semua.