dialek bahasa
TRANSCRIPT
1.1 Pengenalan
Bahasa adalah suatu yang sangat penting dalam kehidupan manusia kerana ia
berfungsi sebagai alat perhubungan,alat untuk menyatakan buah fikiran dan alat untuk
menjayakan aktiviti seharian. ( Nik Safiah Karim,1981:35)
Umumnya orang-orang Melayu menggunakan bahasa Melayu dalam perbualan
dan percakapan mereka sehari-hari.Walaupun demikian,terdapat variasi bahasa yang
berbeza-beza menurut pemakai,atau terdapat bahasa yang digunakan dalam sesebuah
daerah tetapi berlainan dari segi bunyi,ejaan dan perbendaharaan kata. Ini disebut sebagai
dialek.Dialek pula ada pelbagai seperti dialek regional,dialek sosial dan dialek temporal.
Antara dialek yang menonjol dan biasa didengar di Semenanjung ini ialah dialek
Johor,dialek Kedah,dialek Perak,dialek Kelantan dan dialek Terengganu.
Menurut Khalid Muhammad Hussein, dialek itu didefinisikan sebagai :
“ Bahasa yang digunakan dalam sesebuah daerah tetapi berlainan dari segi bunyi,ejaan dan perbendaharaan kata.Dialek digunakan oleh sekumpulan manusia dalam daerah tertentu,seperti dialek Kelantan dan Negeri Sembilan yang merupakan dialek yang amat berlainan.”
(1974 : 124 )
Manakala Harimurti Kridalaksana pula mendifinisikan dialek sebagai:
Variasi bahasa yang berbeda-beda menurut pemakai,variasi bahasa yang dipakai oleh kelompok bangsawan di tempat tertentu (dialek regional), atau golongan tertentu dari kelompok bangsawan (dialek sosial), atau oleh kelompok bahasawan yang hidup dalam waktu tertentu ( dialek temporal ).”
(1983 : 34)
Tegasnya dapatlah dikatakan bahawa dialek itu adalah merupakan kelainan atau
variasi dari satu bahasa yang yang digunakan oleh sekumpulan penutur dalam suatu
masyarakat bahasa. Kumpulan itu boleh merupakan satu kumpulan sosial,atau daerah
1
atau zaman tertentu.Perbezaan-perbezaan itu mungkin merupakan dari segi
sebutan,tatabahasa,atau perbendaharaan kata.
1.2 Peringkat dan Rantaian Dialek
Perubahan dalam bahasa berlaku secara beransur-ansur maka, munculnya sesuatu
bahasa itu adalah secara beransur-ansur dan tumbuhnya itu adalah melalui peringkat yang
dinamakan peringkat dialek.Peringkat dialek ini bukanlah peringkat yang merupakan satu
keseluruhan yang seragam,tetapi tediri dari berbagai-bagai peringkat lagi yang
dinamakan subperingkat. Peringkat dialek dan subperingkat dialek ini merupakan lilitan
satuan-satuan yang mempunyai bahagian-bahagian yang bertumpang tindih satu sama
lain.
Dekat renggangnya hubungan antara dialek itu tidak merupakan satu cirri yang
menetap hingga ke akhir zaman.Darjat persamaan antara dua dialek yang kawasannya
berjauhan boleh bertambah sekiranya terdapat hubungan yang baik yang diteruskan
antara penutur-penutur dari dua kawasan berkenaan dari segi kekeluargaan,perdagangan
dan sebagainya.Faktor pertembungan penutur dan peresapan dapat mempertahankan taraf
dialek-dialek itu sebagai dialek dari satu bahasa yang sama.Sebagai contoh dialek Kedah
dengan dialek Kelantan.Sungguhpun disela oleh kawasan-kawasan dialek Petani dan
dialek Perak,tetapi masing-masingnya mempertahankan taraf dialek dan saling
memperkukuh dan mempertambah persamaan dengan adanya pertembungan penutur
kedua-dua dialek tersebut.
2
1.3 Kawasan Dialek-Dialek Melayu dan Penutur-Penuturnya
Setiap penutur Bahasa Melayu bertutur dalam dialek atau kelainan bahasa yang
dinamakan kelainan asas iaitu tidak lain dari dialek pertama yang diperolehi dari
seseorang itu sejak dia mulai belajar bertutur.Sekitaran geografi adalah faktor penentu
bagi jenis dialek bagi seseorang penutur.Bagaimanapun ,di samping faktor tersebut ada
faktor penentu yang lain,iaitu faktor sekitaran pergaulan yang mana seseorang itu
mungkin memperolehi dialek asasnya yang berbeza dengan dialek yang dituturkan di
sekitaran geografinya.Sebagai contoh, kita dapati seseorang itu mempunyai dialek Kedah
sebagai dialek asas sedangkan dia lahir dan dibesarkan di Kuala Lumpur atau di Petaling
Jaya. Dialek Kedah dan bukan dialek Selangor yang menjadi dialek asas penutur adalah
disebabkan oleh sekitaran kekeluargaan dan pergaulannya.
Pemerolehan dialek selain dari dialek asas boleh juga berlaku hasil dari
perkahwinan penutur-penutur dari kawasan-kawasan dialek yang berbeza. Ada beberapa
kemungkinan dari situasi yang seperti ini.Kemungkinan salah seorang daripada
pasangann kelamin itu akan mengambil- alih dialek kelamin yang lain.
Kemungkinan yang lain ialah masing-masing pihak mempertahankan dialeknya sendiri
dalam hubungan mereka antara satu sama lain. Keadaan yang mempertahankan dialek
masing –masing ini tidak akan bertahan lama disebabkan keadaan serupa itu tidak sesuai
dengan tabiee manusia yang mencuba mengenalpasti dirinya dengan orang yang
berkongsi sesuatu dengannya.Dalam soal bahasa, pengenalpastian sebegini merupaka
sikap tolak ansur dalam menerima ciri-ciri bahasa orang lain.
3
4