di satu sudut di bahagian belakang kelas dikhaskan sebagai sudut bacaan

2
Di satu sudut di bahagian belakang kelas dikhaskan sebagai sudut bacaan. Ruang ini lebih bersifat mesra kepada murid-murid dan memberi suasana seolah-olah mereka berada dirumah. Beberapa rak yang memuatkan buku, kamus, peta, surat khabar, majalah turut disusun di sudut ini untuk bacaan umum dan rujukan murid. Bahan-bahan bacaan ini diperolehi daripada sumbangan murid dan guru. Oleh itu, murid-murid akan berasa lebih bertanggungjawab untuk menjaganya kerana merasakan mereka turut memberi sumbangan bahan bacaan. Peraturan penggunaan ruangan ini turut dibina seperti bahan bacaan tidak boleh dikeluarkan daripada kelas, bahan bacaan perlu disusun kembali di atas rak selepas digunakan, buku yang rosak harus diganti dan sebagainya. Peraturan sebegini boleh mengelakkan berlakunya kerosakan dan kehilangan bahan bacaan ini. Untuk mendapatkan hasil yang efektif lagi, guru bolehlah mengaplikasikan Model Akibat Logikal Dreikurs di mana menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah. Rumusan Membaca adalah satu pengalaman yang amat menyeronokkan terutama bagi kanak-kanak yang berumur tiga hingga lima tahun.

Upload: fat-fat-ru

Post on 12-Jan-2016

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

Page 1: Di Satu Sudut Di Bahagian Belakang Kelas Dikhaskan Sebagai Sudut Bacaan

Di satu sudut di bahagian belakang kelas dikhaskan sebagai sudut bacaan.

Ruang ini lebih bersifat mesra kepada murid-murid dan memberi suasana

seolah-olah mereka berada dirumah.

Beberapa rak yang memuatkan buku, kamus, peta, surat khabar, majalah turut

disusun di sudut ini untuk bacaan umum dan rujukan murid.

Bahan-bahan bacaan ini diperolehi daripada sumbangan murid dan guru. Oleh

itu, murid-murid akan berasa lebih bertanggungjawab untuk menjaganya kerana

merasakan mereka turut memberi sumbangan bahan bacaan.

Peraturan penggunaan ruangan ini turut dibina seperti bahan bacaan tidak boleh

dikeluarkan daripada kelas, bahan bacaan perlu disusun kembali di atas rak

selepas digunakan, buku yang rosak harus diganti dan sebagainya.

Peraturan sebegini boleh mengelakkan berlakunya kerosakan dan kehilangan

bahan bacaan ini. Untuk mendapatkan hasil yang efektif lagi, guru bolehlah

mengaplikasikan Model Akibat Logikal Dreikurs di mana menekankan

kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-

murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.

Rumusan

Membaca adalah satu pengalaman yang amat menyeronokkan terutama bagi kanak-

kanak yang berumur tiga hingga lima tahun.

Pada peringkat ini, kanak-kanak adalah individu yang paling besar keinginannya untuk

mempelajari, mengetahui, meneroka, mencuba dan menyelidik. Keupayaan kanak-

kanak ini untuk mempelajari dan mengetahui sesuatu perkara akan bertambah-tambah

jika mereka dapat mencuba dengan cepat dan berkesan.

Justeru itu, terdapat kata-kata mutiara yang sangat bererti, "Membaca adalah hak

setiap kanak-kanak." Guru yang gagal menunaikan tanggungjawab menyediakan

kemahiran membaca akan melihat kanak-kanak kelak tertinggal dalam dunia persaingan

hari ini.