di bawah adalah respons fathi aris di malaysiakini

6
Di bawah adalah respons Fathi Aris di malaysiakini.com terhadap esei kuratorial aku untuk pameran Nafas. Mandiiii... ‘NAFAS’ : Berhala Tanpa Kepala Fathi Aris Omar | Nov 29, 04 2:05pm – Malaysiakini.com Ada sesuatu yang ‘ganjil’ dalam pengucapan seni Raja Shahriman Raja Aziddin. Begitu juga kurator pameran seni arca ‘Nafas’, Nur Hanim Mohamed Khairuddin. Teks kurator dalam katalog dengan sejumlah foto arca itu – dengan latar pengarca – berada dalam simpang paradoks. Kemelut Shahriman bukan baru dan kupasan kurator pula hanya menegaskan apa yang ada. Hal ini masih boleh dibahaskan, maksudnya isu Islam menentang penghasilan arca yang menyerupai ‘imej’ kejadian Tuhan, sama ada manusia (anthropomorphic) atau haiwan (zoomorphic). Tetapi, selepas merenung kembali rencana pengiring pameran itu, ‘Nafas Asyik: Hakikat insan mabuk seni’, saya dapati tidak ada kekuatan yang fundamental bersamanya. Tidak ada yang ‘berat’ cuba dipermasalahkan kecuali berat besi- besi itu sendiri; tidak pula mengasyikkan. Mungkin saya silap. Kelihatan wacana Nur Hanim, tidak sejajar dengan karya Raja Shahriman. Isu pokok yang cuba dibahaskan oleh kurator – dan mungkin hal yang sama berlegar dalam fikiran pengarca – tidak tertuang dalam karya. Maksud saya, apakah definisi ‘berhala’ atau patung yang menyerupai kejadian Tuhan yang dilarang oleh Islam? Persoalan ini yang menghantui Raja Shahriman selepas terpengaruh dengan semangat anti-patung atau konsep ikonoklasme Melayu-Islam sekarang. Tetapi pengarca mengambil jalan mudah, tidak mahu mendekati atau memecahkan persoalan ini, sebaliknya membuangnya jauh-jauh. Caranya: buang kepala si berhala! Misalkan begini: patung-patung dari kuil dibuang kepalanya, diletakkan pula di satu ruang pameran lain (bukan lagi di kuil), maka apakah layak ‘diterima’ dalam perumusan ikonoklasme Islam di negara kita saat ini? MASALAH FALSAFAH Kata Nur Hanim, “ikonoklasme bukan membawa konotasi harfiah pemusnahan’ (objek

Upload: fellahhusna

Post on 03-Oct-2015

53 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Di bawah adalah respons Fathi Aris di malaysiakini.com terhadap esei kuratorial aku untuk pameran Nafas. Mandiiii...

NAFAS : Berhala Tanpa KepalaFathi Aris Omar | Nov 29, 04 2:05pm Malaysiakini.com

Ada sesuatu yang ganjil dalam pengucapan seni Raja Shahriman Raja Aziddin. Begitu juga kurator pameran seni arca Nafas, Nur Hanim Mohamed Khairuddin. Teks kurator dalam katalog dengan sejumlah foto arca itu dengan latar pengarca berada dalam simpang paradoks.

Kemelut Shahriman bukan baru dan kupasan kurator pula hanya menegaskan apa yang ada. Hal ini masih boleh dibahaskan, maksudnya isu Islam menentang penghasilan arca yang menyerupai imej kejadian Tuhan, sama ada manusia (anthropomorphic) atau haiwan (zoomorphic).

Tetapi, selepas merenung kembali rencana pengiring pameran itu, Nafas Asyik: Hakikat insan mabuk seni, saya dapati tidak ada kekuatan yang fundamental bersamanya. Tidak ada yang berat cuba dipermasalahkan kecuali berat besi-besi itu sendiri; tidak pula mengasyikkan. Mungkin saya silap.

Kelihatan wacana Nur Hanim, tidak sejajar dengan karya Raja Shahriman. Isu pokok yang cuba dibahaskan oleh kurator dan mungkin hal yang sama berlegar dalam fikiran pengarca tidak tertuang dalam karya.

Maksud saya, apakah definisi berhala atau patung yang menyerupai kejadian Tuhan yang dilarang oleh Islam? Persoalan ini yang menghantui Raja Shahriman selepas terpengaruh dengan semangat anti-patung atau konsep ikonoklasme Melayu-Islam sekarang.

Tetapi pengarca mengambil jalan mudah, tidak mahu mendekati atau memecahkan persoalan ini, sebaliknya membuangnya jauh-jauh. Caranya: buang kepala si berhala!

Misalkan begini: patung-patung dari kuil dibuang kepalanya, diletakkan pula di satu ruang pameran lain (bukan lagi di kuil), maka apakah layak diterima dalam perumusan ikonoklasme Islam di negara kita saat ini?

MASALAH FALSAFAH

Kata Nur Hanim, ikonoklasme bukan membawa konotasi harfiah pemusnahan (objek patung). Namun menjurus kepada proses peralihan konteks (recontextualization) dan pencacatan rupa (defacement). Atur letak imej-imej berhala diubah suai agar lupus kesuciannya; imej-imej dicacatkan bahagian muka terutama mata dan hidung supaya hilang ruh yang bersemadi bersamanya. (muka surat 7; dan nadanya diulang di bahagian kesimpulan pada halaman 12).

Perenggan ini cukup bermasalah dari segi falsafah dan juga zahir pengkaryaan Raja Shahriman. Tidak ada proses menyelesaikan masalah kepala atau muka (seperti didakwa Nur Hanim) pada semua patung pengarca ini kerana semuanya tidak mempunyai kepala.

Jika ada (lihat arca-arca No. 1, 8, 14 dan 20), ia diwakilkan dengan sepotong besi tajam yang menakutkan. Kelihatannya seperti pucuk api (simbolisme iblis dalam al-Quran), bukan kepala atau lidah (atau mulut, satu lagi ruang bernafas).

Dalam bahasa mudah, kepala arca Raja Shahriman dibuang bagi menjadikannya halal di sisi sosio-agama (dan mungkin juga di hatinya) kerana takut pada ikonoklasme Melayu saat ini. Tetapi bagaimana semua patung ini boleh bernafas tanpa kepala? Ekspresi nafasnya (tema pameran) bagaimana dan di mana? Pada gerakkah, pada riak mukakah atau pada hidungkah?

Setahu saya, hanya lipas (atau serangga) yang mempunyai liang-liang pernafasan di sisi badannya, bukan di kepala. Nafas ini, kata kurator, simbol ruh yang menjadi asas pertikaian budaya ikonoklasme Islam, kononnya ia pancaran tauhid.

Saya nampak Nur Hanim sendiri tidak senang dengan kata berhala atau konsepsi ikonoklasme seumpama itu. Sebabnya, dalam tulisan beliau, kata berhala diletakkan dalam tanda kutip (quotation marks) semacam bantahan senyap.

KEPALA ARCA

Tetapi saya menduga, Raja Shahriman memang benar-benar percaya bahawa membuang kepala itu akan menyelamatkan arcanya daripada digelar berhala; sebab itu kepala arca-arcanya dibuang sama sekali! Berbeza arcanya dalam pameran Gerak Tempur (1995) atau Semangat Besi (2001) yang masih mempunyai elemen kepala.

Tetapi persoalannya, walaupun kita bernafas melalui hidung (di kepala), tetapi ruh tidak pernah dengan pasti ditentukan di kepala. Ertinya, kepala bukan tempat ruh. Dalam pandangan Islam, di manakah letaknya ruh?

Kecuali ruh itu diperkecilkan tafsirannya secara reduktif proses biokimia di dalam otak. Pada sisi kajian sains mutakhir, kematian otak menjadi takrif kematian seseorang. Kita tahu otak memerlukan oksigen. Nafas itu pula, pada pandangan sains, keluar-masuk karbon dioksida dan oksigen.

Tetapi ruh bukannya oksigen; bukan juga proses biokimia di dalam otak. Ruh manusia, setakat ini, tidak tertakrifkan kerana (dalam paradigma al-Quran) ia jelmaan daripada hembusan ruh Allah (kepada Adam). Sedangkan zat Tuhan pula bukan sahaja misteri tetapi dilarang daripada dikaji dan dibicarakan.

Ada pula larangan daripada bertanya asal muasal kejadian ruh manusia, kerana dikaitkan dengan urusan Tuhan-mu (dialog Allah dengan Muhammad seperti diceritakan dalam al-Quran). Oleh itu, saya duga, falsafah Islam tradisi (seperti anutan Raja Shahriman, mungkin) tidak dapat menerima pandangan empirikal yang reduktionistik ini. Hal sedemikian hanya usaha penurunan darjat intelektual falsafah seni kepada nisbah saintisme seni.

Pandangan seumpama ini hanya layak dalam perspektif pascamodenisme sahaja maksudnya perspektif yang membenarkan campur-aduk wacana yang tidak berhala (hala di sini maksudnya arah). Sebab itu, sukar hendak dikatakan pameran arca Nafas sebagai ekspresi seni Islam (seperti ideologi yang dianut sekarang).

Malah tema Nafas itu suatu rumusan yang masih terawang-awang dan mengada-ngada. Elok jika digubah temanya dengan kata-kata lain, misalnya siri berhala logam tanpa kepala. Bagi Nur Hanim pula, isu ini paling asasi dalam pameran Raja Shahriman setelah terpaksa bergelut dengan dogma anikonisme sekian lama.

LUAHAN KREATIF SENIMAN

Kata kurator ini, di bahagian pengenalan (dan nada yang sama di muka surat 13), menzahirkan kelegaan beliau [pengarca] kerana barang kali akhirnya sudah ditemui titik indah perseimbangan anikonisme-ikonoklasme di dalam penerokaannya [Raja Shahriman] mengenal hakikat insan.

Tetapi seperti saya cuba tunjukkan tadi, pengarca tidak serius mendepaninya soal pencacatan muka seperti cuba didakwa oleh kurator. Sebaliknya, pengarca lebih rela nafas simbol hidup dan kemuliaan insan itu itu dizahirkan melalui gerak-gerak anggota badan yang rendah, yang kurang mulia, seperti kaki, tangan atau celah kangkang.

Bahkan banyak juga arcanya (No. 21 hingga 30) yang tidak bernafas sebab tidak boleh berdiri sendiri (dan harus guna tapak sokongan)! Bukankah ini mendekati imej seorang pesakit yang vegetative di perbaringan? Tetapi jika ia sedang terminal, geraknya tidak wajar dalam posisi badan yang canggih lagi rancak lagak seorang pahlawan pula.

Namun begitu, saya pandang tinggi wacana yang cuba digeluti Raja Shahriman sejak dulu. Wacana ini bukan persoalan peribadi beliau tetapi sejenis kekangan ketara bagi luahan kreatif seniman kita. Jarang dapat dilihat pergelutan idea sepenting ini dijadikan subjek pengolahan karya seni. Di satu sisi, dia telah cuba menawarkan jawapan seperti tanggapan Nur Hanim tadi. Tetapi masih simplistik dan harus diperdebatkan lagi oleh seniman-seniman Melayu-Islam.

Setidak-tidaknya, pada sisi lain, wacana-wacana baru sangat diperlukan bagi menentang dogmatisme aliran berfikir agama yang fekah-istik, dangkal dan fundamentalistik. Konsepsi Islam di negara kita cenderung formalistik atau harfiah, satu kecenderungan yang berbahaya (pada hemat saya) untuk perkembangan akal sihat. Juga, kecenderungan mengabaikan teori-teori seni budaya yang sedang rancak berkembang di dunia antarabangsa.

Ambil contoh, penggunaan teori semiotika dalam kajian budaya bersama ruang-ruang tindihnya dengan disiplin-disiplin epistemologi, teori komunikasi, antropologi budaya atau teori maklumat. Kajian semiotika sosial membolehkan kita melihat dunia dari perspektif tanda yang lebih dinamis dan sebagai kaedah analisa yang lebih mendalam, cair lagi perinci.

Atau mudah disebut begini: proses bagaimana manusia merumuskan makna (di dalam diri), mengeluarkan makna (kepada sasaran komunikasi) dan mengedarkan makna (secara kolektif). Hakikatnya manusia tidak bergantung pada tanda seperti muzik pop, patung atau jilbab secara lapisan luar semata-mata tetapi proses pemaknaan (signification) diri dalam semiosphere.

FALSAFAH ILMU EROPAH

Susun lapis makna, kata Roland Barthes, melibatkan mitos atau ideologi suatu proses melumpuhkan minda dengan kebiasaan-kebiasaan sosial agar diterima ramai tanpa dipertikaikan. Seolah-olah makna muncul secara semula jadi; bukannya rekaan manusia dari kelompok pengawal yang dominan.

Memang objek atau tanda itu penting dan ada hubungan akrab dengan proses pemaknaan. Tetapi akhirnya kandungan kod-kod budaya yang menguasai diri manusia. Objek boleh terpisah daripada kod dan makna, itu maksud saya, seperti cuba dilihat dalam wacana aliran absurdisme (polemik subjek-objek warisan dualisme dalam falsafah ilmu Eropah).

Maksud saya begini, patung hanya boleh dianggap berhala dalam budaya yang memahami objek itu sebagai sembahan pengabdian dan digunakan pula untuk upacara agama. Dalam wacana Arab pra-Islam, berhala tidak dianggap Tuhan sepenuhnya. Berhala juga dianggap zulfa, orang tengah, antara manusia dengan Tuhan yang Esa.

Wacana ini, disebut dalam al-Quran dan hadis, difahami di zaman Nabi dengan mengaitkan kelompok paderi Kristian (yang mengubah hukum-hakam Tuhan sewenang-wenangnya) sebagai berlagak berhala. Martin Luther di Jerman beratus-ratus tahun kemudian akhirnya memprotes unsur-unsur kepaderian ini (yang telah diungkapkan di zaman Nabi) dan lahirlah mazhab Protestan.

Dalam budaya animisme kita, pokok besar dan menyeramkan, busut anai-anai atau hantu laut (yang mendorong puja pantai) mungkin lebih besar kesan keberhalaannya (dan jika begitu, layak dibasmikan?) berbanding arca Raja Shahriman (walau kepalanya dikekalkan).

Malah dalam konteks semasa, footage pemimpin politik kita di televisyen yang diulang-ulang bersama muzik dan lirik bertulis dengan nada memuja boleh diangkat sebagai berhala tersendiri. Berhala ini jauh lebih kuat kesan penyembahannya berbanding arca-arca dalam siri Nafas.

Tetapi berhala pemimpin politik negara kita tidak akan dimaknai oleh semua orang. Imej-imej ini diberhalai oleh orang yang menyanjung-yanjung kekuasan (kudrat) pemimpin politik, menyerah diri pada kawalan mutlak kuasa mereka, takut dan bergantung nasib (untung dan celaka) di tangan mereka sahaja. Ia boleh mencapai tahap syirk atau menduakan Tuhan.

IDEOLOGI DAN KEKUASAAN

Maksud saya, signification itu sangat penting dalam debat sama ada berhala atau tidaknya sesuatu objek atau imej. Keberhalaan bukanlah objek tetapi inti maknanya. Jika makna hubungan itu sebagai pengabdian atau ubudiyyah, apa sahaja objek, imej, ideologi atau kekuasaan akan mencapai taraf berhala.

Dulu, berhala pernah wujud dalam bentuk (saiz) duit syiling. Sebab itu, ketika diperkenalkan mata wang syiling dalam empayar Islam, ada bantahan dari ulama! Peranan berhala kecil ini seperti tangkal (azimat?) dalam budaya kita.

Keberhalaan ditandai bukan hanya keindahan, kasih dan kekaguman. Keberhalaan hakiki terletak pada kebergantungan nasib, ketakutan pada kuasanya dan penyerahan (ketundukan) diri sehingga mengubah gerak, termasuk gerak hati.

Di sini, hasil seni hanya menimbulkan rasa indah (estetika) dan kagum pada objek yang diciptakan (maksudnya, hasil kerja) tetapi tidak melibatkan rasa kebergantungan nasib, ketakutan pada kuasanya dan penyerahan (ketundukan) jiwa akibat kebergantungan dan rasa takut itu.

Kuasa politik dan kuasa ekonomi lebih kuat kesan keberhalaannya berbanding kuasa seni. Oleh itu, objek seni atau arca patung (walau dengan kepala) bukanlah dengan sendirinya sejenis berhala.

Cuma, akibat kedangkalan kita sendiri dalam asas-asas pemikiran agama dan juga teori-teori budaya kontemporari, semiosfera kita saat ini masih melihat patung (kecuali di tangan kanak-kanak atau yang dipakaikan baju di kompleks membeli-belah) sebagai meniru ciptaan Tuhan atau berhala. Inti semiosfera ini boleh diubah jika wacana Islam kita berjaya meminjam kajian-kajian budaya kontemporari