buku istiab fathi yakan

Upload: arkibtarbiah

Post on 06-Apr-2018

695 views

Category:

Documents


153 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Buku Istiab Fathi Yakan

    1/60

    i

    Kandunga Mukasurat Kaedah-kaedah Asas Dari Sunnah 97Pertama: Mengutamakan Posit if

    DanNegatif 97Mukaddimah 7 Kedua: Mengutamakan Sederhana

    Konsep Penguasaan Dalam kehidupan Dan Melampau 99

    Dakwah dan Pendakwah-Maksud Penguasaan-Kemampuan Penguasaan Tidak Sama

    99

    10

    Ketiga: Sedikit Yang BerterusanLebihBaik Dari BanyakTapiTerputus-putus 102

    - Penguasaan dan-PenguasaanLuaranPenguasaan

    kejayaan Dakwahdan Dalaman 141517

    Keempat: Sunna h danPengutamaanPerkara YangUtama DalamPembentukan

    105-Pertama:-Kedua:

    Memahami Deen AllahKudwahHasanah

    1726 Kelima: Pembentukan MelaluiKudwah

    111-Ketiga:-Keempat:

    SabarLemah Lembut Dan Pembelas

    3241 Keenam: Pembentukan Kulli BukanJuzie

    114

    -Kelima:-

    -Keenam:

    MemudahkanBukanMenyusahkan

    Tawaddhu Dan Rendah Diri

    4854Ketujuh: Kesejahteraan Biah

    DanKesannya Terhadap Pem-bentukan Peribadi Muslim 120

    -Ketujuh:-

    Manis Muka Dan ManisTuturKataPemurah Dan Menafkan 62

    Kelapan: Kesan Pahala DanSiksaTerhadapPembentukanPeribadi Muslim

    126Harta Kepada Orang Ramai 69

    Peringkat Kedua Penguasaan Haraki

    - Kesembilan: Memberi Khidmat Kepada 132

    Orang Lain Dan Menyempur-nakan Keperluan Mereka 79

    Pertama: Perkara YangBerhubungDengan Kemampuan

    Penguasaan Dalaman 90 an Menguasai Anggotanya 132

    PeringkatPertamaTarbawi

    Penguasaan Akaidi92

    Kedua: Perkara YangBerhubungDengan Penguasaan 136

    SunnahRasulullahPembentukan

    s.a.w. Dalam96

  • 8/3/2019 Buku Istiab Fathi Yakan

    2/60

    Bismillahirahmanirrahim

    MukaddimahPada hakikatnya buku ini merupakan intipati dari

    penderitaan yang panjang, hasil dari pengalaman pahityang saya alami dan saya hidup bersamanya dalamrealiti amal Islami di berbagai tempat dan berbagaikej adian.

    Rangka buku ini telah saya siapkan sewaktu sayadipaksa keluar dari negeri saya, Kemudian penulisannyasaya buat sewaktu saya ditempatkan secara paksa disatu daerah dari daerah-daerah negeri saya. Dalam

    bulan Ramadhan al-Mubarak tahun 1402 Hijrah, ber-samaan Jun, Julai 1982 saya memandang berat untuk iadapat dibaca dengan hati-hati dan teliti, dikaji dengantenang dan tafakkur, agar dapat diambil faedah darinyakiranya didapati faedah padanya. Saya mengharapkansebahagian besar dari apa yang saya tulis ini akanmemberi manfaat, kalau pun tidak semuanya.

    Saya juga mengharapkan agar pembaca tidak mengambilkira kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam penulisanini terutama yang berbentuk teknik dan bentuk. Sayamengharapkan agar pembaca menyelami maksud dan

    pengertian, bukan bentuk penulisan.Saya juga mengharapkan doa dari pembaca, sama ada

    beliau mendapat faedah dari buku ini atau tidak. Demi

    7

    Allah, doa yang ikhlas inilah permintaan dankeuntungan yang paling besar. Sayamemohon kepada Allah supaya menjadikankita dari golongan orang yang mendengarkata-kata atau membacanya lantas merekamengikut yang baik dari kata-kata itu.Kepada Allahlah kembalinya segala urusan.

    Pengarang Ad-Dhamiah

    Biqaa' Safrin Ramadhan

    1402 Jun,

    KONSEP PENGUASAAN DALAMKEHIDUPAN DAKWAH DANPENDAKWAH

    1- Maksud Penguasaan:

    Penguasaan yang saya maksudkan ialahkemampuan para pendakwah untukmenarik orang ramai danmemperkembangkan mereka sekalipunmereka itu ter-diri dari berbagai bentukmentaliti, kecenderungan, status dan ilmupengetahuan yang tidak sama.

    Manusia secara umum tidak samadalam semua perkara.... dalam caraberfikir, status penghidupan,

    kecenderungan, kecerdasan otak jugadalam kemampuan-kemampuan hissi dannafsi.

    Pendakwah (Dai') yang berjaya ialah dai'yang mampu mengharung danmempengaruhi semua manusia denganfikrah dan dakwahnya, sekalipun orangramai itu terdiri dari berbagai bentukkeadaan, tabiat dan status. Dai' yangberjaya ialah dai' yang mampu menarikpaling ramai orang dan menguasai merekadari sudut fikrah dan harakah.

    Dengan penjelasan ini, "penguasaan"membawa pengertian kemampuan

    eribadi keahlian di sudut akhlak sifat

    8 9

  • 8/3/2019 Buku Istiab Fathi Yakan

    3/60

    Pada hakikatnya kemampuan untuk "menguasai"dianggap sebagai syarat kelayakan yangpertama dan terpenting bagi peribadi seorangdai'. Tanpa kemampuan "penguasaan" ini dai'belum wujud dan dakwah juga belum berlaku.

    2- Kemampuan Penguasaan Tidak SamaSatu hal yang tidak diragui ialah, sepertimana

    manusia lain, para duat tidak sama dalamkemampuan untuk menguasai sesuatu. Walaupundemikian satu hal yang tidak boleh tidak ialah;setiap dai' mestilah memiliki kadar minimakemampuan menguasai dakwah, kerana tanpakemampuan penguasaan paling minima ini seorangdai' tidak boleh dianggap sebagai seorangamil/pekerja dalam arena dakwah.

    Ketidakwujudan kadar minima kemampuan

    penguasaan boleh jadi tidak hanya setakatmenjadikan seorang dai' itu tidak dapatmenghasilkan sebarang faedah, malah boleh jadibeliau menghasilkan natijah-natijah buruk yangmenyebabkan kemudaratan kepada Islam dangerakan Islam.

    Berapa banyak orang yang telah dianggapsebagai para duat dan dianggap sebagai orangyang bekerja dalam arena Islam tetapi merekatelah merosakkan Islam itu sendiri, tidakmembawa manfaat kepadanya. Mereka

    meruntuh bukan membina, mereka-

    Terdapat pula orang-orang yang hidupdalam dakwah dan dakwah hidup keranakewujudan mereka. Mereka sehidup sematibersama dakwah dan dakwah juga sehidupsemati dengan mereka. Golongan inilahpara duat yang sebenarnya. Mereka inilahyang digelar rijaluddin (pembela agama)

    yang amat diperlukan oleh Islam, jugadiperlukan oleh orang-orang yang samaseperti mereka. Mereka inilah orang-orangyang diperlukan untuk menjulang kembalipanji-panji Islam, membangunkan DaulahIslamiah dan menegakkan hujah kepadaalam sejagat.

    Ketidaksamaan kemampuan untuk"penguasaan" yang terdapat padamanusia samalah denganketidakmampuan perkakas-perkakas bijana.

    Ada bijana yang mampu untuk dimuatkandengan sesuatu yang tidak bolehdimuatkan ke dalam ratusan bijana lain.Begitulah juga, ada di antara para dai'yang mampu menguasai manusia yangtidak mampu dikuasai oleh ratusan orang

    11

  • 8/3/2019 Buku Istiab Fathi Yakan

    4/60

    10

    Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Ashari radiallahu-anhum beliau mengatakan bahawaRasulullah s.a.w. telah bersabda:

    "Pelajarilah ilmu kerana mempelajarinya (membawa) takutkepada Allah, menuntutnya adalah ibadah, mem-bincangkannya adalah tasbih, mencarinya adalah jihad,mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya

    adalah sedekah, memberikannya kepada ahlinya adalah pendekatan diri kepada Allah, kerana ilmulah petunjukkepada yang halal dan haram, menara kepada jalan

    penghuni syurga, teman setia di saat kesunyian, rakan dimasa keseorangan, teman berbicara di waktu khulwah,

    petunjuk kepada yang membawa bahagia dan yangmembawa kecelakaan, senjata menghadapi musuh,

    perhiasan di saat bersama teman-teman. Dengan ilmuAllah telah mengangkat (tinggi) kedudukan banyak kaum,sehingga Allah menjadikan mereka pimpinan yang tegak,jejak langkah mereka diikut, perbuatan mereka dicontohiddan pendapat mereka dijadikan pemutus. Para malaikatterlalu kepingin berteman dengan mereka, sentiasa

    mengusap mereka dengan sayapnya. Setiap bendalembab, kering, ikan dan binatang di laut, binatangbuas di darat dan binatang jinak kesemuanya memohonagar mereka diampunkan. Kerana ilmu menghidupkan hatidari kejahilan, lampu bagi penglihatan di saat kelam.

    Dengan ilmu hamba dapat mencapai kedudukan orang-orang pilihan dan darjat yang tinggi di dunia dan akhirat."(1)

    Contoh bandingan hidayah dan ilmu yang Allahutuskan saya untuknya samalah seperti hujan yangmenimpa bumi. Ada di antara bumi itu yang baik

    (subur), menerima air lantas menumbuhkan padang ragutdan rumput yang banyak. Ada di antaranya yang keraskontang, menakungi air, dengan itu Allah memanfaatkanmanusia, mereka minum, menyiram dan bercucuk tanam.Sebahagian yang lain pula menimpa bumi yang datar yangtidak menyimpan air dan tidak menumbuhkan padangragut. Itulah contoh bandingan orczng yang fahamajaran agama Allah dan dapat meman(autkan (hidayahdan ilmu) yang saya utuskan iuztuk tujuan itu. Beliaumengetahui dan mengajarkan-nya. ltulah juga contoh clanbandingan orang yang tidak memahaminya (ajaran agama

    Allah) sama sekali dan tidak menerima hidayah Allah;

    yang mana saya utuskan untuk tujuan itu. "(2)

    1 2

  • 8/3/2019 Buku Istiab Fathi Yakan

    5/60

    (1) Riwayat Bukhari clan Musl im.

    (2) Hadis Riwayat Ibni Abdul-Barri dalam kitab Al-Ilmu

    3- Penguasaan Dan Kejayaan Dakwah:Hubungan antara penguasaan dan

    kejayaan dakwah merupakan hubunganyang erat dan asas; kerana kejayaandakwah tidak akan tercapai tanpapenguasaan. Dakwah yang kaya dengan

    para dai' yang mampu menarik orangramai ke dalam Islam dan gerakan Islammempunyai harapan yang kuat untukberjaya dan dapat mencapai matlamatnya,sekiranya ia memiliki situasi-situasi yangdiperlukan dan syarat-syarat lain.

    Sebaliknya, dakwah yang miskin dari paradai' yang mampu menguasai orang yangberada di sekeliling mereka, akan tetapkekal sebagai dakwah yang beku.Perkembangan dan pengaruhnya amat

    terbatas, sehinggalah Allahmenganugerahkannya dengan rijal (tokoh-tokoh) yang memiliki sebab-sebab yangdapat membawa hidayah, pengaruh danpenguasaan, atau Allah akan

    "Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapati perubahanpada sunnah Allah. "

    Al-Ahzab:

    Firman Allah lagi:

    "Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapati penyim-pangan pada sunnah Allah. "

    Faathir:43

    "Dan jika kamu berpaling tadah nescaya Dia (Allah)

    akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain danmereka tidak akan seperti kamu (ini). "

    Muhammad:38

    4 - Penguasaan Luaran Dan Dalaman: Yang saya maksudkan dengan

    penguasaan luaran ialah menguasaimereka yang di luar dakwah, gerakan dantanzim, yakni tahap sebelum intima' ke

    dalam tanzim. Manakala penguasaandalaman pula membawa erti menguasaimereka yang telah berada dalam tanzim;yakni menguasai mereka yang telahditanzimkan dan telah menggabungkandiri ke dalam amal-amal Islam dangerakan.

    Kedua-dua bidang penguasaan ini salingmenyem-purnakan antara satu sama lain.Kedua-duanya amat penting dan

    14 15

    luaran jika tidak disertai.dengan penguasaan dalaman.Penguasaan luaran samalah keadaannya dengan

    pemasaran bahan-bahan mentah, memproses danmenyediakannya untuk memulakan satu peringkat baruyang lain, iaitu peringkat memproses dan menjadikannyasebagai barang niaga. Proses penguasaan dalaman, yakniproses pengilangan merupakan peringkat yang dapatmemelihara bahan-bahan mentah dari binasa danperingkat inilah juga yang dapat memberikannya nilai,

    sehingga bahan-bahan mentah itu mampu untuk bertugasdalam arena amal Islam yang berbagai bentuk

    dan cara.Kalaulah tidak dengan adanya hubungan erat antara

    penguasaan luaran dan penguasaan dalaman apakahertinya bertan-tan besi, simen dan pasir kalau tidak adabengkel kerja yang dapat menukarkan bahan-bahanmentah ini sehingga menjadi binaan-binaan, jambatan-

    jambatan dan kemudahan-kemudahan awam yang lain?Apakah ertinya sayuran, minyak, minyak sapi dan biji-bijian yang bertimbun-timbun kalau tidak ada tukang-tukang masak yang menjadikan bahan-bahan inisebagai makanan dan santapan yangmenyelerakan.

    Bertolak dari keadaan ini bolehlah dikatakan bahawa

    penguasaan luaran merupakan kegiatan pemilihan,pembimbingan dan penyediaan, manakala penguasaandalaman pula ialah kerja-kerja yang bersifat takwin,pencanaian yang asasi. Kedua-dua bidang ini mem-punyai tuntutan-tuntutan dan syarat-syarat sejajardengan tugas dan matlamat bidang masing-masing.

    PENGUASAAN LUARAN

    Membawa dakwah kepada orang ramai dan men-

    jadikan mereka mengimani , mempercaya i danterpengaruh dengannya yang kemudian akan men-dorong mereka menggabungkan diri ke dalamnya,bekerja, berjihad dan berkorban merupakan proses yangterlalu sukar dan susah. la memerlukan kemampuan dantuntutan-tuntutan yang berbagai bentuk.

    Siapa yang memiliki sebahagian besar darinya, beliauadalah dai' yang mendapat taufiq, berjaya dan mampumenguasai orang ramai dan menarik mereka satu demisutu ke dalam Islam dan ke dalam dakwah. Sejauh manaramainya para duat yang memiliki syarat-syaratpenguasaan ini sejauh itulah kemampuan dakwah untukmuenguasai orang ramai, dan sejauh itulah jugapengaruh dakwah terhadap mereka semakin banyak dan

    senrakin mendalam.Melalui kitab Allah yang tidak diresapi kebatilan darisemua pihak, dan di bawah cahaya sinar sunnahnabawiah yang mulia, kita dapat menentukan tuntutan-tuntutan paling menonjol yang diperlukan oleh dakwahdalam proses penguasaan dan penarikan orang ramai kedalam dakwah.

    1-I Memahami Agama Allah.Untuk menjadikan seorang al-akh muslim sebagai dai'

    vung sebenar pada jalan Allah, istiqamah mengikutijalan yang bijaksana dan sentiasa mendapat petunjuk,

    16 17

    beliau mestilah memiliki kadar yang boleh diterimatentang kefahaman terhadap ajaran-ajaran agama Allah.Kefahaman terhadap ajaran agama Allah ini lebih awaldiperlukan dari keperluan-keperluan lain.

    Kejelasan tentang manakah yang halal dan manakahyang haram, manakah yang buruk dan manakah yangbaik, mengetahui yang fardhu, wajib dan sunat,mengetahui permasalahan akidah dan hukum-hukumyang kesemua ini merupakan menara hidayah sepanjang

    perjalanan dakwah dan pendakwah - amat memerlukankepada memahami ajaran-ajaran agama

    Islam..Bertolak dari kenyataan inilah arahan-arahan al-

    Quraan dan sunnah datang dalam bentuk menarikperhatian kepada nilai kefahaman terhadap ajaranIslam di samping menggalakkannya.

    Di antara arahan-arahan daripada kitab Allah ialah

    firman-firman Allah berikut:

    "Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui

    dengan orang yang tidak mengetahui. "

    "Dan orang-orang yang diberi ilmu (ahli kitab) men-dapati bahawa wahyu yang diturunkan kepadamu dariTuhanmu itulah yang benar dan menunjuki (manusia)kepada jalan Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Ter

    puji. "Saba:6

    "Kemudian kami jadikan kamu berada di atas satusyariat (peraturan) dari urusan (agama) itu, makaikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikut hawa nafsuorang-orang yang tidak mengetahui. "

    Al-Jaatsiyah: 18

    Di antara arahan-arahan nabi pula ialah hadis-hadisberikut:

    "Wahai manusia, sesungguhnya ilmu itu dengan belajar,dan kefahaman itu dengan usaha memperdalamkan ke-

    fahaman. Siapa yang dikehendaki Allah (mendapat)

    kebajikan Allah akan menjadikannya faham tentangagama. Dgn sesungguhnya hamba Allah yang takutkepadaNya ialah para ulamak. "

    Kiranya Allah menghendaki kebaikan pada seoranghambaNya, Allah akan menjadikannya faham tentangagama dan mengilhamkan kepadanya kebijaksanaann ya.

    Az-Zumar: 9

    18 19

    13

  • 8/3/2019 Buku Istiab Fathi Yakan

    6/60

    "Contoh bandingan para ulamak di muka bumi ini samalahdengan bintang-bintang di langit. Ia dijadikan petunjuk di

    saat kegelapan di darat dan di laut. Apabila bintang itutenggelam orang yang mendapat petunjuk pun mulai sesat. "

    Selain dari itu, apakah seorang dai' itu dapat menjadi

    seorang dai' yang sebenarnya di jalan Allah dan men-dapat hidayah kiranya beliau tidak memahami ajaranagama Allah?

    Apakah seorang dai' akan mampu menguasai orangramai dan mengajak mereka ke dalam Islam kiranya

    beliau jahil terhadap prinsip-prinsip Islam, perundangan,halal dan haramnya?

    Menarik orang ramai ke dalam Islam terlebih dahulumerupakan asas dan merupakan jalan yang sahih, yangmana dengan cara ini ia dapat menjadikan mereka paramuslimin yang terikat dengan Islam, berpegang teguhdengannya walau apa sekalipun suasana yang mel-

    ingkungi mereka. Sedangkan menarik mereka terus kedalam gerakan terlebih dahulu akan menj adikan wala'(taat setia mereka) hanya kepada tanzim dan gerakan,

    bukan kepada syariat Allah.Islam hari ini telah ditimpa bala' dengan sebab wu-

    judnya para duat yang mengajak manusia ke dalamtanzim mereka, bukan mengajak mereka ke dalamIslam. Para duat ini menjelaskan kepada orang ramaitentang keistimewaan dan kebagusan tanzim mereka,

    bukan menjelaskan keistimewaan dan kebagusan Islam.Inilah yang menjadikan hubungan seseorang dengan

    dakwah mengambil bentuk hubungan kepartian, bukanhubungan yang bersifat akidah. Malah kadangkalamenjadikan hubungan itu mengambil bentuk hubungan

    peribadi, bukan hubungan prinsip. Keadaan iniseterusnya menjadikan medan dakwah Islamiah penuhdengan tanzim-tanzim, parti-parti, puak-puak dangcrakan-gerakan.

    Sebahagian besar keadaan ini adalah berpunca darikej ah il an t erhadap a ja ran , agama I slam, yang

    seterusnya membawakan kepada tidak berpegang teguhkepada hukum-hukum dan kaedah-kaedah ajaran Islam.Sebagai natijah dari keadaan ini, seperti yang dapat kitalihat dan yang dijelaskan oleh Rasulullah dalam sab-danya:

    Sesungguhnya Allah tidak menarik ilmu dengantarikan (sekaligus) tetapi Allah menariknya dengan

    mematikan para ulamak, sehinggalah tidak tinggal lagiseorang alim pun, dan manusia pun mengambil (memili h)kepala-kepala (ketua) yang jahil. Mereka itupun ditanya(tentang sesuatu) lantas mereka memberi fatwa dengan tanpailmu, mereka sesat dan menyesatatkan." Hadis riwayatkedua-dua Syaikh(Bukhari, Muslim).

    Benarlah Rasulullah sewaktu baginda bersabda:

    20 21

    .

    "Ilmu yang sedikit lebih baik dari ibadat yang banyak.Cukuplah kefahaman seseorang it u dengan dia mengabdidiri kepada Allah, dan cukuplah kejahilan bagi seseorangapabila beliau kagum dengan pendapatnya sendiri. "

    Setiap dai' akan terdedah kepada keadaan di manabeliau diminta memberi fatwa dan ditanya tentang banyakperkara. Apakah beliau akan memberi fatwa atau menjawab dengan pendapatnya atau dengan pen-dapat Islam?Sekiranya beliau jahil tentang agama Allah adakah jawatanImamah (pemimpin) terhadap ummat Islam akandiserahkan kepadanya dan adakah beliau akanberpengaruh ke atas mereka?

    Selain dari itu, sebelum dari perkara-perkara yang kitapersoalkan di atas, bolehkah beliau menj adi kudwahkepada orang ramai dengan amal yang dilakukannyasedangkan beliau tidak mengetahui syariat Islam.

    Bolehkah syariat Islam itu diamal dan dilaksanakan tanpamengetahui syariat itu sendiri?

    Memahami agama Allah dan pengetahuan umum akanmembolehkan para dai' berbicara dengan manusia sesuaidengan kemampuan mentaliti mereka, setelah beliaumengetahui mentaliti mereka. Memahami agama Allahdan pengetahuan umum juga membolehkan para dai'menyentuh hati orang ramai setelah beliau mengetahuiapakah yang sedang bergelodak dan bergelora di dalamhati mereka.

    Dai' yang tidak mempunyai kunci yang dapat membukaakal dan hati tidak akan boleh menarik pemilik-pemilikakal dan hati tersebut dan tidak akan dapat menguasaimereka. Seruan dakwahnya kepada mereka

    itu akan tetap tinggal sebagai jeritan-jeritan di tanahlapang dan seperti meniup pasir. (1)

    Di antara perkara yang dikira sebagai memahamiajaran agama Allah ialah membekalkan diri denganberbagai bentuk ilmu pengetahuan yang dapat menolongpara dai' menarik semua manusia yang berbagai corakilmu pengetahuan dan kecenderungannya, terutamanyadalam zaman di mana terdapatnya bermacam-macamhaluan dan aliran falsafah yang telah terlalu banyak,

    sehingga membuatkan usaha-usaha untuk mempengaruhidan menarik orang ramai bukan lagi suatu perkara yangmudah. Malah usaha-usaha ini akan dihalang oleh seribusatu persoalan dan salah faham. Keadaan inimenunjukkan kebenaran firman Allah yang berbunyi:

    An-Nur: 40.

    saya ada mengenali beberapa orang dai' yang bekerjadalam bidang siasah dan dakwah umum. Mereka ini

    III Dalam perumpamaan Melayu disebut "Mencurah air ke daun keladi ."- pent.

    "Atau seperti gelap-gelita di lautan yang dalam, yangdiliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) diatasnya(lagi) awan gelap-gelita yang tindih-bertindih,apabila diamengeluarkan tangannya tiadalah dia dapat melihatnya (dan)barang siapa yang tiada diberi cahaya petunjuk oleh Allahtiadalah ia mempunyai cahayawirlau sedikitpun. "

    2223

    tidak langsung mempunyai hubungandengan ilmu pengetahuan dan fikrahIslamiah. Mereka juga tidak faham tentangajaran agama Allah. Bolehkah kitamenggambarkan bagaimana mereka ini bolehmengikuti jalan yang betul dengan bekerjadi bidang siasah? Bolehkah kita

    menggambarkan bahawa amal-amalmereka itu akan dapat memberi khidmatkepada Islamdan kepentingannya?

    Selain dari itu usaha-usaha untukmenyakinkan orang ramai terhadap Islam,menarik mereka ke dalamnya, danmembebaskan mereka dari kelodak-kelodak pemikiran dan konsep-konsep yangselama ini mereka dokong bukanlah suatuperkara yang mudah. Begitu juga usaha-usaha untuk menawan akal dan jiwa mereka,menyelesaikan permasalahan mental dan

    jiwa bukanlah mudah. la memerlukan ilmupengetahuan, pengalaman dan kemahiran.Dai' amat memerlukan kesemua ini dalamusahanya menjalankan dakwah danmenguasaipermasalahan dakwah.

    Menguasai akal dan jiwa lebih sukar darimenyerang

    dan menawan kubu peperangan. Kiranyausaha-usahamenawan kubu pertahanan peperangan

    memerlukanberbagai bentuk persediaan, sama ada

    dalam bentukkemahiran yang tinggi, pengalaman yang

    Yang satu ini berfaham Marxsis, yang iniberfaham Kebangsaan, yang satu lagi pulaHippis, Sosialis, Kapitalis, Sekularis danentah apa-apa lagi yang tidak adakesudahannya.

    Ada orang alim yang tertipu denganilmunya, ada pula orang jahil yang tidaktahu dirinya jahil, yang lain pula si bodohatau si cerdik dan lainnya.

    Ada yang mengidap penyakit jiwa, adayang mengidap penyakit jantina, penyakitterlalu sensitif dan ada yang mengidappenyakit saraf dan banyak penyakit-penyakit lagi.Ada orang kaya yang telah menjadi zalim

    kerana kekayaannya. Ada orang miskinyang telah terhimpit perasaannya olehkemiskinannya atau kemiskinannya itu telahmenjadikannya bersikap dengki kepadasemua manusia. Ada pula yang bersikapzuhud terhadap dunia dan membiarkannyaterlepas ke tangan orang-orang kafir.

    Ada yang bersifat berani membabi buta,yang lain pula bersifat penakut dan bacul. Diantara kedua-dua eifat ini terdapatbermacam-macam bentuk perangai dansifatlainnya.Begitulah keadaannya, seorang dai' akan

    mendapati dirinya seolah-olah dalam sebuahRumah Sakit besar yang penuh sesakdengan pesakit-pesakit, orang-orang cacat,luka-parah dan lumpuh. Inilah medankerjanya dan inilah tanggungjawabnya,

    juga inilah ketentuan Allah untuknya.

    Untuk menjalani jalan ini, pertama-

    tamanya ia amat memerlukan iman,keyakinan dan tawakkal kepada Allah disamping i mu pengeta uan, ese aran,fikiran, pengalaman dan fokus yang tajam,kerana semua perkara ini akan dapat

    -

    24

  • 8/3/2019 Buku Istiab Fathi Yakan

    7/60

    juga dapat menolongnya menghadapi permasalahan denganpenyelesaian yang tegas. Tanpa semua perkara ini ia akantetap meraba-raba dan akan menambah sulitkan

    permasalahan. Tidak ada daya upaya lagi kecuali denganpertolongan Allah.

    2 - Kudwah Hasanah:Untuk dapat mempengaruhi orang ramai, menarik

    mereka ke dalam jamaah dan menguasai mereka, dai'mestilah menjadi kudwah hasanah kepada orang ramai.Kerana manusia lebih terpengaruh dengan bahasa per-buatan dari bahasa lidah. (1)

    Orang yang mengajak manusia supaya, berakhlak muliasedangkan akhlaknya sendiri rendah dan hina, seruannyai tu t idak akan d it er ima. la akan di tol ak dandikebelakangkan.

    Orang yang mengajak orang ramai supaya berjihadfisabilillah sedangkan beliau sendiri tidak berjihad atau

    beliau sendiri yang menjadi penghalang jihad tidakakan diterima.

    Orang yang menggalakkan orang lain supaya berkorban

    sedangkan beliau sendiri bersifat bakhil, tidak akanmenemui orang yang akan mendengar seruannya.

    Orang yang mengajak orang lain supaya bersifattawaddu sedangkan beliau sendiri bersifat sombong dan

    bongkak, orang yang mengajak orang lain supayamengutamakan orang lain dari diri sendiri sedangkan

    beliau mengutamakan kepentingan peribadinya, orangyang mengajak orang lain supaya bersifat jujur dan

    benar sedangkan beliau sendiri seorang pembohong,orang yang mengajak orang lain supaya bersifatamanah sedangkan beliau sendiri seorang pengkhianat,

    (1) Perbuatan seseorang lebih berpengaruh dari kata-katanya - Pent.

    26

    orang yang mengajak orang lain agar bersifat istiqamahsedangkan beliau sendiri menyeleweng, orang mengajakorang lain supaya taat sedangkan beliau sendiri seorang

    pendurhaka, orang yang mengajak orang lain supayamencari rezeki yang halal lagi baik sedangkan beliau sendirikaram dalam perkara-perkara haram dan kejahatan.....................orang seperti ini berkemungkinan mampumenipu manusia dalam satu jangka waktu tertentu, tetapi

    beliau tidak akan mampu menipu manusia selama-lamanya.

    Saya kenal seorang manusia yang memakai serbanbesar, malah di kampungnya hanya beliaulah seorangyang memakai serban. Penduduk kampungnya telah

    tidak sabar lagi menunggu beliau pulang dari mempelajariagama, supaya dengan kepulangannya beliau akanmenjadi imam dan pemimpin mereka di samping menjadi

    tempat rujukan. Tetapi malangnya setelah beliau kemba li,mereka berkata dalam hati: "Alangkah baiknya kalau diatidak kembali." Lidahnya terlalu kesat dan kotor, beliautidak merasa segan untuk munuturkan kata-kata yang

    paling kotor, dan jijik. Beliau tidak warak dari memakan

    harta manusia secara yang tidak hak. Kejahatannya telahmelewati batas apabila di satu ketika beliau dan dua orangrakannya telah pergi ke negara-negara Arab lain untukmengutip derma bagi tujuan pembinaan masjid dikampung itu.

    Salah seorang dari temannya itu telah menceritakankepada saya apa yang berlaku dengan katanya: "Sebelumkapalterbang yang kami tumpang mendarat di negeri yangkami tuju, beliau berpaling kepada kami dan berkata:"Mulai sekarang aku harap kau berdua mengetahui

    bahawa saya akan memperuntukkan separuh dari wangkutipan nanti untuk diri saya dan untuk kamu berdua satu

    per empat, manakala yang baki satu per empat silalah

    untuk projek pembinaan masjid."

    27

    Orang yang bercerita kepada saya itu terus memandangkepada orang itu dan berkata: "Ya Syaikh, tidakkahengkau takut kepada Allah, sedangkan engkau di dalamgenggamannya. Dan dia berkuasa menjadikan engkaudebu-debu yang berterbangan dalam sekelip mata?"

    Yang pentingnya, bila keadaan Syaikh ini terdedahkepada orang-orang kampung mereka terus menolak danmengusirnya. Beliau pun berhijrah ke Madinah. Di sana bel iaumasih melakukan perkara yang sama dengan tidak

    merasa insaf. Orang ramai sekali lagi menolaknya. Beliaupun berpindah ke sebuah negeri asing yang jauh. Di sanabeliau dianggap oleh golongan imigran muslimin sebagaiseorang imam yang tidak dipertikaikan lagi. Tetapi inihanyalah sebelum mereka dapat mengesan hakikatnya yangsebenar dan sebelum mereka dapat mendedahkanperbuatannya. Kisah ini penuh dengan kejadian yangmendukakan dan menyayatkan hati.

    Manusia seperti lelaki di atas banyak kedapatan dikalangan orang ramai. Inilah yang menyebabkangolongan seperti ini dij adikan hujah oleh orang-orangyang lemah iman dalam menuduh Islam dan dakwah.Malah menjadikan amalan dan perbuatan mereka itusebagai punca kejahatan bagi mereka yang sengaja

    mengambil ringan dan menjadi fi tnah pula padakebanyakan orang. Tidak ada upaya dan kuasa kecualidengan pertolongan Allah yang Maha Agong.

    Istiqamah seorang dai' merupakan rahsia kejayaan

    dakwahnya. Istiqamah inilah yang menjadi kelayakanyang penting baginya untuk menjadi imam. Istiqamahinilah juga yang menjadi faktor penting baginya untukmendapathidayah. Benarlah Allah sewaktu berfirman:

    "Maka kerana itu serulah (mereka kepada agama itu)dan tetaplah sebagaimanadiperintahkan kepadamu Asy-Syuura: 15

    Al-Quraan memberi peringatan dengan mengugut dan

    memberi amaran terhadap orang yang perbuatannyabercanggah dengan perkataannya, juga mereka yangmemperkatakan apa yang tidak mereka lakukan. FirmanAllah:

    "Hai orang-orang yang beriman mengapa kamumemperkatakan apa yang tidak kamu kerjakan. Amat besarkebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yangtidak kamu kerjakan. "

    Ash-Shaff: 2-3

    F'irman Allah lagi:

    "Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaikan sedang kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamumembaca al-Kitab (Taurat). Maka tidakkahkamu berfikir?"

    Al-Baqarah: 44Dalam kitab-kitab hadis pula terdapat puluhan

    riwayatyang menggalakkan supaya perbuatan zahir

    29

    28

    sejajar dengan perbuatan batin; dan perbuatan batin dan perbuatan zahir sejajar dengan perkataan. Di sampingriwayat-riwayat yang memperingatkan mereka yangmembelakangkan amaran ini tentang akibat buruk dan

    balasan yang dahsyat. Di antara riwayat-riwayatitu ialah:

    "Ti dak beriman kepada al-Quraan orang yangmenghalalkan apa yang diharamkannya. "Hadis riwayat Muslim.

    "Bahawasanya beberapa orang dari penghuni syurga pergi(menemui) beberapa orang dari penghuni neraka, lantasmereka (penghuni syurga) bertanya:"Kenapa kamu masukneraka, demi Allah kami tidak masuk syurga kecualidengan apa yang kami pelajari dari kamu." Mereka(penghuni neraka) pun menjawab: "Kami berkata

    (menyuruh) tetapi kami tidak buat. "Riwayat at-Tabarani.

    "Contoh bandingan orang yang mengajarkan kebaikankepada orang lain tetapi beliau lupakan dirinya samalah

    seperti lampu yang menerangkan orang lain tetapibeliau membakar dirinya."Riwayat at-Tebarani.

    30

    "Aku tidak merasa bimbang terhadap (keadaan) um-matku, baik yang mukmin dan yang kafir, kerana yangmukmin akan dilindungi oleh imannya dan yang kafir

    pula akan dihalang oleh kekufurannya. Yang aku bim-

    bangkan terhadap kamu ialah munafik yang lidahnya alim,beliau memperkatakan apa yang kamu tahu danmelakukan apa yang kamu benci. "

    Riwayat at-Tabarani.

    "Seorang lelaki tidak menjadi benar-benar mukminsehinggalah hatinya sama dengan lidahnya, dan lidahnya sama dengan hat inya. Perkataannya tidak mencanggahiperbuatannya. Jirannya terselamat dari kejahatannya. "

    Riwayat at-Tabarani.

    Apabila dakwah Islamiah dibala'kan dengan peribadi- peribadi seperti ini ia akan terdedah kepada kehancuran.Segolongan anggota dakwah membina manakalasegolongan yang lain pula meruntuhkan. Sekumpulanmenghimpunkan orang ramai, sekumpulan yang lain pulamemecah-belahkan. Segolongan mengeratkan kasih sayang ,yang lain pula menyalakan sifat benci-

    31

    membenci.Bertolak dari keadaan ini, dakwah dan jamaah adalah

    berkewajipan membersihkan safnya daripada orang-orang yang mengidap penyakit yang membawaperpecahan, walau apapun kedudukan mereka dalam

    jamaah, malah walau bagaimana tinggipun kemampuantanzim, pentadbiran dan fikrah yang ada pada mereka,

    kerana bahaya mereka akan lebih besar dari manfaat.Cukuplah sebagai satu keburukan bagi dakwahsekiranya Allah tidak memberi taufiq lantaran adanyagolongan ini. Firman Allah:

    :

    "Dan barang siapa yang tidak diberi cahaya (pertunjuk)oleh Allah t iadalah ia mempunyai cahaya walau

    sedikitpun. " An-Nur: 40

    3 - Sabar:

    Menarik manusia dan menguasai mereka menuntut agardai ' bersifat sabar menghadapi mereka. Bukanmenghadapi mereka dengan sempit dada dan bosan.

    Orang ramai memiliki berbagai bentuk perangai, ber-bagai bentuk keaiban dan kekurangannya, berbagaibentuk keperluan dan kepentingan. Manusia jugamempunyai berbagai masalah dan problem. Mereka inimemerlukan kepada orang yang dapat menyelesaikanpermasalahan mereka.

    Orang ramai tidak beradab dengan adab-adab Islam,tidak berakhlak dengan akhlak-akhlak al-Quraan. Merekaamat memerlukan orang yang sanggup bergaul danhidup bersama dengan mereka, supaya orang-orangberkenaan dapat menampung keaiban-keaiban dan

    mengubati penyakit-penyakit mereka. Kesemua inimemerlukan kesabaran.

    Hidayah dan petunjuk Allah tidak akan meresap kedalam jiwa manusia sekaligus, malah ia memerlukanmasa, pengawasan dan tenaga yang dikorbankansehinggalah usaha-usaha itu mendatangkan hasil denganizin Allah. Ini juga memerlukan kesabaran.

    Manusia terdiri dari orang-orang yang mempunyaikeperluan masing-masing. Ada orang yang tidak melihatdalam dunia ini sesuatu yang lebih penting darikeperluannya. Orang yang berkepentingan tidak akanmemperdulikan sesuatu. Boleh jadi bel iau tidak

    memandang berat kecuali apa yangdikatakannya kepadasaudara. Boleh jadi beliau tidak peduli pukul berapakahbeliau mengetuk pintu rumah saudara, dan dengan tidaklebih dahulu membuat janji dengan saudara ataudengan tidak terlebih dahulu memberitahu saudara. Boleh

    jadi kedatangannya itu di waktu saudara sedang makanatau di waktu saudara sedang berihat atau di waktusaudara sedang t idur. Menanggung semua keadaan ini

    memerlukan kesabaran di samping memberikan bimbinganyang lembut, dan halus di samping menarik pandangan.Kalau tidak sesuatu akan berlaku antara saudara denganmereka. Beliau akan bertukar menjadi musuh menaruh

    menaruh dendam kesumat yang tidak lagi akanmemperdulikan apa yang akan terjadi.

    Saya kenal setengah orang yang tidak menerimakunjungan orang kecuali setelah dijanjikan terlebihdahulu. Kalau ada orang yang datang tanpa terlebihdahulu mernbuat perjanjian mereka akan menolakkedatangannya; atau keluarga mereka mengatakanyang mereka tidak ada di rumah, sedangkan tetamu

    berkenaa\n mengetahui yang beliau berada di rumah.

    33

    32

  • 8/3/2019 Buku Istiab Fathi Yakan

    8/60

    Saudara boleh menggambarkan apakah natijah yangakan berlaku setelah itu. Saya juga mengetahui ada orangyang sengaja meletakkan gagang talipon tidak tepatkedudukannya di waktu tidur kailulah (1). Ada pula orangyang tidak langsung mahu menerima orang-orang

    tertentu kerana mereka telah mengetahui bahawa orang-orang itu menyusahkan.Golongan ini memang boleh dimaafkan, tetapi tidak

    dipertikaikan bahawa mereka telah gagal dalam dakwahan orang ramai akan menj auhkan diri dari mereka.

    Dai' yang sebenarnya ialah dai' yang hidup untukorang lain bukan untuk dirinya. Dia mengutamakankebahagiaan orang lain sekalipun terpaksa mengor-bankan kebahagiaan dirinya. Dia sanggup menelansegala kemarahannya kerana dia yakin berbuat demikianitu akan bertukar menjadi iman dalam dirinya, malah akanmenjadi bekalan baginya di Hari Perbicaraan dihadapan Allah kelak. Benar Rasulullah s.a.w. yangmenjadi imam kepada golongan yang sabar sewaktu

    baginda bersabda:

    "Tiada tegukan yang ditelan lebih dikasihi Allah darikemarahan yang ditelan oleh seorang hamba. Tidak ada

    seorang hamba yang menelannya (kemarahan seperti itu)kecuali Allah akan memenuhkan rongganya dengan

    iman. "

    (1) Tidur sebentar

    tengahari.

    3435

    Memindahkan seorang dari kesesatan kepada petunjuk,dan membimbing tangan manasia dari dunia yang gelapmenuju cahaya, tidak akan mendapat ganjaran yangsebesar ini dari Allah di Hari Kiamat kelak, seperti yangdijelaskan dalam banyak hadis-hadis Rasulullah sawkalaulah tidak kerana kerja-kerja ini memerlukan sabaryang panjang dan kesanggupan dai' menanggung berbagaikesukaran.

    Boleh jadi proses pemindahan ini memerlukan supayasaudara nuenggunakan masa kerja dan masa rehat saudarayang amat banyak. Boleh jadi ia meminta saudaramendengar dengan penuh perhatian terhadap ilmu yangdiperkatakan oleh orang yang akan saudara pindahkan/Boleh jadi ia memerlukan agar saudara menasihati,memberi ingat, menziarahi dan memberikan hadiah-hadiahkepadanya. Kesemua ini mesti saudara lakukan dengantidak merasa jemu dan bosan dan tanpa melakukansesuatu yang menyebabkan beliau merasakan yangsaudara merasa jemu atau bosan. Sekiranyaa perkara-perkara ini berlaku amal yang dilakukan itu akan gugur,

    usaha-usaha akan gagal dan tenaga yang telahdikorbankan akan sia-sia sahaja.

    Saya mengenali seorang dai' yang mendapat taufiq dariAllah, yang menghampirkan diri kepada Allah dengankesabarannya menanggung kesusahan kerana orang lain,terutama apabila keadaan itu merupakan untukmembawakan mereka mendapat hidayah danmembimbing mereka ke dalam Islam. Dai' yang sayamaksudkan ini mempunyai seorang ahli keluarga yungtelah menjadi penagih arak lebih dari betasnya .Penagih arak ini tidak diterirna lagi oleh keluarga danmasyarakat disekelilingnya, sehingga beliau tidakmendapat tempat tinggal untuk bernaung, malah tidak ada

    orang yang sudi bertegur sapa dengannya kecuali orang-orang yang sama dengannya.

  • 8/3/2019 Buku Istiab Fathi Yakan

    9/60

    Pada satu ketika penagih arak telah mengetuk pintu rum ahdai' yang saya maksudkan. Dai' itu pun membuka pintu,

    berdepan muka dengan pemabuk yang telah tersingkir, danyang lebih tua darinya. Dengan kasih sayang orang yangmendapat hidayah dai' berkenaan telah menjemput pemabuk itumasuk. Lelaki pemabuk itu pun masuk dengan langkahnya yangteragak-agak dan kehairanan terhadap sikap dai' itu, keranasebelum ini beliau telah biasa menerima tendangan di luar pinturumah dan mukanya diludahi bertubi-tubi.

    Si pernabuk telah masuk, dan sejak dari itu bermulalah pengembaraan penuh sabar yang panjang, hari demi harihingga mencapai minggu dan seterusnya menjangkau bulan,sehinggalah cahaya iman semarak bernyala dalam hati si

    pemabuk, dan mulalah hasil hidayah menunjukkan buahnyadengan izin Allah.

    Lelaki tersebut telah menjadi seorang salih. Islamnya jugatelah sempurna. Beliau terus berdamping dengan dai' tersebut,

    jarang sekali berpisah dengannya, hingalah berlaku sesuatuyang tidak diduga, dai' berkenaan telah dimasukkan ke RumahSakit untuk satu pembedahan segera. Pembedahan telahdilakukan. Dalam masa pembedahan itu lelaki berkenaan,dengan rasa kebimbangannya memanjat doa kepada Allah,

    beliau terlalu bimbang tentang keselamatan orang yang telahmenjadi sebab beliau mendapat hidayah. Beliau telah

    bersumpah dengan dirinya yang beliau akan terus di sisi dai'tersebut siang dan malam, memberikan khidmatnya danmenyempurnakan sebarang permintaan dai'. Akhirnya

    berlakulah apa yang tidak diingini apabila lelaki itu tidakdibenarkan memasuki bilik dai' itu setelah pembedahandilakukan. Sewaktu beliau datang minta penjelasan danmenghujah t indakan menghalangnya i tu beliau telahditempeleng dengan kuatnya oleh salah seorang sahabat dai'itu. Perbuatan

    menempeleng beliau itu telah cukup untuk merun-tuhkan segala-galanya sehingga dalarn sekelip matatelah mengubah perasaan dan sensitifnya memusuhiIslam dan umat Islam.

    Dengan penjelasan ini nyatalah bahawa jalan untukmemberi hidayah kepada manusia adalah jalan yangamat sukar bagi mereka yangberjiwa lemah, iradah yang

    tidak kuat dan tidak anugerah Allah dengan sifat sabaryang tinggi.

    Oleh kerana itulah ayat-ayat al-Quraan da n hadis-hadis Rasulullah s.a.w. telah menggalakkan sifat sabar danmenceritakan kedudukan tinggi bagi orang-orang yangsabar.

    Di antara firman Allah yang menyangkut dengan sabarialah:

    "Jadikanlah sabar dan solat sebagai penodongmu. "

    -Al-Baqarah: 45

    "Maka sabarlah kamu atas apa yang mereka katakan. "

    - Thaha: 130

    "Dan berilah kabar gembira kepada orang-orczng yangtunduk patuh (kepada Allah) (iaitu) orang-orang yangapabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka,

    36 37

  • 8/3/2019 Buku Istiab Fathi Yakan

    10/60

    orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpamereka. "

    - A1 Haj: 34 - 35

    "Hai orang-orang yang beriman bersabarlah kamu dankuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia(diperbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah,mudah-mudahan kamu berjaya. "

    Alimran : 200

    "Dan berikanlah berita gembira kepuda orang-orang

    yang sabar. "

    "Mereka itu diberi pahala dua - kali disebabkan kesabaranmereka. "

    - Al-Qashash: 54

    "Dan kami jadikan di antara mereka itu pemimpin- pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintahkami ketika mereka sabar. "

    - As Sajdah: 24

    "Dan sesungguhnya kami akan memberi balasankepada orang-orang yang sabar dengan pahala yanglebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. "

    Dari petunjuk Rasulullah s.a.w. tentang sabar pulaRasulullah s.a.w. telah bersabda:

    "Sabar itu tempat pergantungan muslim. "

    "Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

    Al Baqarah : 153

    - AI-Baqarah: 155"Allah tidak memberi rezki kepada hamba-Nya lebih baikdan lebih luas dari (si fat) sabar. "Hadis riwayat al-Hakim.

    "Sesiapa yang cuba bersabar Allah akan memberinya -

    39

    38

    Sesungguhnya hanya orang-orang yangbersabarlah yang disempurnakan pahala merekatanpa batas.

    Az Zumar : 10

  • 8/3/2019 Buku Istiab Fathi Yakan

    11/60

    kesabaran. Allah tidak memberikan kepada seseorang satupemberian yang lebih baik dan lebih luas dari (sifat) sabar. "Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

    "Orang yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar(menghadapi perbuatan mereka) yang menyakitkanlebih baik dari orang yang tidak bergaul dengan orang ramaidan tidak sabar (menghadapi perbuatan mereka) yangmenyakitkan. "

    "Sabar itu sebahagian dari iman. "

    Diriwayatkan dari Ibnil-Musaiyib radiallahu-anhu, beliaumengatakan:

    sahabatnya, seorang lelaki telah memperkatakan sesuatuke atas Abu Bakar radiallahu-anhu. (perkataannya itu)telah menyakiti Abu Bakar (tetapi) Abu Bakar terusberdiam diri darinya. Kemudian beliau menyakiti Abu

    Bakar buat kali ketiganya (tetapi)Abu Bakar terusmenang. Baginda Rasulullah s.a.w. pun bangun, lantas Abu

    Bakar berkata: Apakah kau mendapati sesuatu kesalahan padaku wahai Rasulullah? Rasulullah s.a.w. bersabda:Malaikat telah turun dari langit mendustakan apa yangdiperkatakannya (lelaki berkenaan) terhadapmu. Apabilaengkau telah menang malaikat itupun pergi, lantas syaitan

    pun duduk (pula). aku tidak sekali-kali akan dudukbersama-sama syaitan. "Hadis riwayat Abu Daud.

    "Tidak ada tegukan yang lebih besar bagi Allah daritegukan kemarahan yang dipendarnkan oleh seorang hamba

    semata-mata mengharapkan keredhaan Allah. "

    4- Lemah Lembut Dan Pembelas.Penguasaan terhadap manusia memerlukan seorang dai'

    itu bersifat lemah-lembut dan belas kasihan terhadapmereka. Kerana manusia itu benci kepada kekerasan danmereka yang bersikap keras. Manusia juga menjauhkandiri dari kekasaran dan orang yang bersikap kasar.

    Memang benarlah firman Allah:

    '

    4L- >

    "Sedang Rasulullah s.a.w duduk bersama para

    4041

  • 8/3/2019 Buku Istiab Fathi Yakan

    12/60

    "Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar ten-tulahmereka menjauhkan diri dari sekelilingmu, kerana itumaafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi merekadan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. "

    -Ali Imran:159

    Dakwah seorang dai' bukanlah semata-matamembawa fikrah dan teori-teori kepada orangyang disekelilingnya dengan tidak mengirasama ada mereka menerima ataumenolaknya. Tetapi dakwah seorang dai'ialah dengan beliau menghayati fikrah itubersama-sama mereka danmenterjemahkannya untuk mereka dalamdunia nyata, baik dalam bentuk perbuatan,akhlak dan amalan:

    Dakwah seorang dai' bukanlah denganmengasingkan diri dari orang ramai danmengemukakan hujah ke atas mereka,tetapi dakwahnya ialah denganmempergunakan segala sebab yang bolehmemberikan hidayah kepada mereka.

    Oleh itu, bertolak dari rasa kasihnyaterhadap orang ramai, keghairahannyaterhadap mereka juga sikap belas

    kasihannya terhadap mereka, dai' akanbekerja sedaya mampu untukmelepaskan mereka dari cengkaman danpenderitaan jahiliah dan memindahkanmereka ke dalam nikmat Islam. Kerana itulahdai' tidak mudah untuk membelakangkanmereka, memutuskan hubungan clanmemisahkan diri dari mereka. Kesemua iniamat memerlukan ke ada sifat lemah-lembut

    permusuhan. Andainya beliau melakukanhubungan permusuhan ini beliau akan jadisama sahaja dengan mereka dan beliautidak akan dapat menguasai mereka.Oleh itu, sebelum orang lain, dai' mestilah

    terlebih dahulu mengambil berat terhadapfirman Allah:

    "Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang paling baik,maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada

    permusuhan, seolah-olah telah menjadi teman yangsangat setia. "

    - Fushshilat:34

    Sebelum orang lain, dai'lah yang

    "Orang-orang yang menafkahkan (hartanya) baik di waktulapang maupun sempit dan orang-orang yang menahankemarahannya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allahmenyukai orang yang berbuat kebajikan. "

    -Ali Imran:134

    Siapakah orang yang lebih utama dari

    42

    43

  • 8/3/2019 Buku Istiab Fathi Yakan

    13/60

    "Dan dia (tidak pula) termasuk orang-orang yang berimandan saling berpesan untuk bersabar dan saling

    berpesan untuk berkasih sayang. "

    Rasulullah s.a.w., sebagai pendakwah yang pertamaadalah orang yang paling bersikap lembut dan kasihan

    belas terhadap manusia. Inilah yang menyebabkanAllah membukakan hati manusia untuk menerimanyadan membuatkan mereka berbondong-bondong memeluk agama Allah.

    Rasulullah s.a.w. mengajarkan sifat lemah-lembutdan kasihan belas kepada parasahabatnya melalui per-buatan danperkataannya. Rasulullah s.a.w. telah bersabdadengan hadis-hadis berikut:

    "Sesungguhnya Allah sukakan (sifat) belas kasihan dalam

    semua urusan. " Hadis riwayat al-Bukhari danMuslim.

    "AAsungguhnya Allah (bersifat) belas kasihan danm^mberikan (melalui) sifat belas kasihan apa yang tidakdiberikan (melalui) si fat kasar dan apa yang tidak diberikanmelalui (si fat) lain. " Hadis riwayatMuslim.

    "Sesungguhnya tidaklah berlaku sifat belas kasihan

    pada sesuatu kecuali ia akan memperhiaskannya dantidaklah sifat ini dicabut dari sesuatu kecuali ia akan

    merosakkannya."Hadis riwayatMuslim. (1)

    C

    "Siapa yang dianugerahkan bahagiannya dengan sifatbelas kasihan sesungguhnya beliau telah dianugerahkanbahagiannya dengan kebajikan. Dan siapa yang tidakdiberikan bahagiannya dengan sifat belas kasihan

    sesungguhnya beliau telah diharamkan (dari menerima)bahagiannya yang terdiri dari kebajikan. " Hadis riwayatat-Tarmizi.

    "Tidakkah kamu ingin ku beritahu dengan perkara yangAllah memuliakan sesuatu binaan dan perkara yang Allahmeninggikan darjat? Mereka berkata: "Bahkan ya

    Rasulu lla h. " Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kau bersikaplemah lembut kepada orang yang bersikap kasarterhadapmu, memaafkan orang yang menzalimimu,memberi kepada orang yang tidak memberi kepadamu danmenghubungkan silaturrahim dengan orang yangmemutuskan silaturrahim dengaramu. " Hadis riwayat at-Tabarani dan al-Bazzar.

    Maksud hadis, apabila sifat belas kasihan berlaku pada sesuatu perkara ia akan memperhiaskannya, sebaliknya sesuatu yangtidak ada belas kasihan tidak akan dipandang baik.

    -Al Balad: 17

    (1)

    44 45

  • 8/3/2019 Buku Istiab Fathi Yakan

    14/60

    "Kasih sayang Allah wajib (pasti berlaku) pada orang yang(apabila dilakukan padanya) sesuatu varrK membuatnyamarah (tetapi) beliau bersikap lemah-lembut. "

    Hadis riwayat al-Asbihani.

    Tentang perbuatan Rasulullah s.a.w. yangbersangkut dengan sifat lemah lembutdan belas kasihan pula adalah terlalubanyak. Di antara lain ialah:a - Diriwayatkan daripada Anas radiallahu-

    anhu bahawa beliau mengatakan: "Sayatelah berjalan bersama-sama Rasulullahs.a.w., dan baginda memakai sehelaiselendang buatan Najran yang tebal dankasar. Baginda telah didatangi olehseorang A'arabi dan menarik selendangbaginda Rasulullah dengan kuatnya. Sayapun melihat kepada kulit leher Rasulullahs.a.w. Saya dapati pada leher Rasulullah

    s.a.w. kesan-kesan tepi selendang ituakibat dari kuatnya selendang itu ditarik.Kemudian lelaki berkenaan berkata pula:"Hai Muhammad, perintahkanlah (supayadikeluarkan) untukku dari harta Allah yangada padamu." Rasulullah s.a.w. punberpaling ke arahnya sambil ketawa danmemberi arahan supaya (dikeluarkan)pemberian kepada lelaki berkenaan." Kisahdiriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

    b - Seorang Yahudi yang bernama Zaid binSaanah memiliki hutang pada Rasulullahs.a.w. Dua atau tiga hari sebelum sampaitempoh pembayarannya, beliau danbeberapa orang sahabatnya telah

    lambatkan menunaikan hak orang."Mendengar perkataan itu Umar bin Khattabpun marah, lantas berkata: "Wahai musuhAllah, apakah kamu (berani) mengatakanapa yang aku dengar tadi kepadaRasulullah dan kamu lakukan terhadapnyaapa yang aku lihat? Demi Tuhan yang dirikudalam genggamannya, kalaulah tidakkerana kebimbanganku akan kehilangansesuatu nescaya ku pancung lehermudengan pedangku." (Di waktu itu)Rasulullah s.a.w. melihat dengan tenangdan hati-hati lantas bersabda: "WahaiUmar, aku dan dia memerlukan sesuatuyang lain dari apa yang telah kau lakukan,iaitu dengan engkau memerintahkan akusupaya menunaikan hutangku denganbaik, dan memerintahkannya supaya

    menuntut piutangnya dengan baik.Kemudian Rasulullah s.a.w. memerintahkankepada Umar bin Khattab supayamemberikan hak lelaki Yahudi itu di sampingtambahan 20 gantang tamar. Apabila

    Yahudi itu bertanya kenapa Rasulullahs.a.w. memberikan tambahan itu, Umar punmenjawab: "Rasulullah s.a.w. telahmemerintahkan aku menambah sebagaiganti kepada perbuatanku yang telahmenggerunkan engkau." Sampai di situ

    Yahudi itupun berkata: "Hai Umar, tidakada lagi alamat nubuah pada Muhammadkecuali telah ku ketahui se-muanya ketikaaku melihat wajahnya, kecuali duaperkara yang tidak pernah diceritakankepadaku, iaitu: Kelemah-lembutannyamendahului kekerasannya dan kekerasan

    46

    47

  • 8/3/2019 Buku Istiab Fathi Yakan

    15/60

    Yahudi berkenaan telah menganut agama Islamclan turut hadir dalam banyak peperanganbersama Rasulullah s.a.w. kemudian beliau matisyahid dalam peperangan Tabuk. Riwayat at-Tabarani dan Ibnu Majah.

    Di antara apa yang diriwayatkan dari ImamHasan al-Banna ialah kata-katanya: "Jadilah kamuseperti pokok, manusia melontarnya denganbatu tetapi dia melontar mereka dengan buah."

    5 - Memudahkan Bukan Menyusahkan.Di antara sifat-sifat yang boleh menolong para

    pen-dakwah menerapkan dakwah mereka dikalangan orang ramai ialah dengan cubamengubati sesuatu perkara itu denganmempermudahkannya bukan dengan cara

    menyusah-nyusahkannya.Oleh kerana manusia itu berada dalam keadaanyang berbeza-beza, kekuatan dan kemampuanmereka untuk memikul kewajipan juga turutberbeza. Apa yang mampu dipikul oleh seorangtidak mampu dipikul oleh orang lain, begitu jugaapa yang sesuai untuk seorang berkemungkinantidak sesuai untuk orang lain. Oleh kerana itulahkaedah Nabawiah dalam hal ini ialah sabdaRasulullah s.a.w.:

    "Berjalanlah mengikut perjalanan orang yangpaling lemah di antara kamu. "Di antara perkara buruk yang menimpa Islam

    dalam dunia masa kini ialah wujudnya parapendakwah yang suka memberat-beratkan sesuatudalam semua perkara, seolah-olahmempermudahkan sesuatu perkara itu bukan dariajaran Islam.

    Mereka mempersusah-susahkan solat, wudhu,pakaian, rumahtangga, makan-minum, hubungandengan orang lain, jual-beli dan kerja-kerj a

    dakwah. Dalam semua perkara ini mereka telahmenyalahi manhaj Nabawi yang sahih.

    Selain dari itu golongan ini tidak terikat dengantun-tutan auwaliaat (perioriti). Mereka tidakmembezakan pendirian antara perkara-perkarayang wajib, fardhu atau sunat, antara haram ataumakruh, antara (hukum) yang ada nas syarak atau(hukum) ijtihad. Dengan itu saudara lihat merekamelemparkan tuduhan-tuduhan terhadap oranglain, mereka pun mengkafirkan si anu danmenghukum fasikkan si anu; seolah-olah Allah telahmelantik mereka sebagai hakim terhadap umatyang bertugas menghukum dengan hukuman-hukuman yang sukar dan payah, dengan itumereka telah menyem-pitkan keluasan Islam,mereka membekukan sifat kemencalaan(fleksibiliti) syariat Islam dan menjauhkan manusiadari agama. Ketahuilah, sesungguhnya apa yangtelah mereka lakukan itu terlalu j ahat.

    Keadaan ini tidak bermakna bahawa parapendakwah akan bersikap terlalu ringan, pandangmudah clan tawar-menawar dalam melaksanakanhukum-hukum agama; tapi yang dimaksudkan

    ialah dengan beliau memanfaatkan keluasansifat kemencalaan (fleksibiliti) dan kelonggaranyang dibawa oleh ajaran Islam itu sendiri, keranamenegakkan hukum Allah merupakan satu perkarayang tidak dipertikaikan lagi, dan bukan ini yangkita maksudkan dalam perbincangan ini .

    49

  • 8/3/2019 Buku Istiab Fathi Yakan

    16/60

    "Tegakkanlah hudud (hukum) Allah pada yang jauh dan yang dekat dan janganlah kamu dipengaruhi dalam(melaksanakan hukum) Allah oleh celaan orang yang

    mencela. " Hadis riwayat Ibnu Majah.

    Kaedah Nabawi dalam bermuamalah dengan orang lainyang sepatutnya menguasai uslub dakwah dan para

    pendakwah dapat dilihat dengan jelas dalam sabdaRasulullah s.a.w.:

    "Kamu permudahkanlah dan jangan persusahkan, berilahkabar gembira dan jangan kamu liarkan (1). "

    Di antara apa yang diriwayatkan oleh Aisyahdaripada Rasulullah s.a.w. yang memperkuatkankaedah ini ialah perkataan Aisyah yang menyebutkan:

    "Tidakkah Rasulullah s.a.w. diberi pilihan (untuk melakukan salah satu dari) dua perkara kecuali beliau akanmemilih yang lebih mudah selagi yang mudah itu bukandosa. Jika yang mudah itu dosa, beliaulah orang yang lebih

    jauh darinya. Dan Rasuluilah tidak sekali-kali melakukan

    tindak-balas untuk dirinya dalam apa perkara pun kecualiapabila kehormatan (hukum) Allah dicabul. Baginda akanbertindak balas kerana Allah."

    Rasulullah s.a.w. menggalakkan sifat berlembut dan pergaulan yang mudah dan menjelaskan keistimewaansifat tersebut di sisi Allah. Baginda bersabda:

    .

    "Tidakkah kamu mahu ku beritahu tentang orang yangdiharamkan masuk neraka atau orang yang api itudiharamkan dari (membakar)nya? Api diharamkan dari(membakar orang yang bersikap) mudah, lembut dan

    senang. "

    Rasulullah s.a.w. mengajarkan sifat-sifat ini kepada parasahabatnya dan melatih mereka melakukannya secara

    praktik. Abu Hurairah radiallahu-anhu mengatakan:

    "Seorang A'arabi (orang kampung) telah buang air kecildalam masjid, para sahabat pun berdiri (menuju)kepadanya untuk memukulnya. Rasulullah s.a.w. punbersabda.: "Biarkan dia dan jiruslah air kenciNgnya dengan

    setimba air atau setimba (1) yang ada telinga air.Sesungguhnya kamu dibangkitkan untuk memper-mudahkan dan ka mu tidak dibangkitkan u nt uk menyusah-menyusahkan. "Hadis riwayat al-Bukhari.

    1) Keraguan dari perawi yang mana satu kalimah yang disebut olehRasulullah s.a.w.~,,,~, atau I +;jkeduanya bererti timba - Pent.

    51

    (1)

    Melakukan sesuatu yang boleh meliarkan orang; ramai dari Islam -Pent.

    50

  • 8/3/2019 Buku Istiab Fathi Yakan

    17/60

    Sifat pemaaf seorang pendakwah, kelemah-lembutannya juga pergaulannya yang senangmerupakan anak kunci yang dapat membuka pintuhati manusia dan dapat menembus ke dalam lubukhatinya, ia menyentuh hati-hati itu dengan petunjuk

    lantas hati-hati itu menerimanya, ia mengajaknya ke jalan keba-jikan lantas hati-hati itupunmenerimanya.

    Akhlak yang seperti ini mestilah meresap dalamseluruh medan hidup para pendakwah. Sifat inirnestilah tidak bercerai tanggal dari para duatdalam semua urusan hidupnya, bukan dalamsuasana dakwah sahaja.

    Di rumahnya, dalam urusan jual-belinya dan dalamurusan menuntut haknya beliau mestilah bersifatpemaaf, lemah-lembut dan mudah bergaul. Rasulullah

    s.a.w. telah merakamkan perkara ini dalamsabdanya:

    "Mukmin yang paling istimewa ialah mukmin yang pemaaf dalam menjual, pemaaf dalam membeli, pemaaF dalam menunaikan hak orang, pemaafdalam menuntut hak( nya). " Hadis riwayat at-Tabarani.

    "Al lah memberi rahmat pada hamba yang

    pemaaf apabi la menjual , pemaaf apabi lamembeli, pemaaf apabila (meminta) penunaianhak. "

    Diriwayatkan daripada Huzaifah radiallahu-anhu, beliau mengatakan: "Allah telah mendatangiseorang Hamba dari hamba-hambanya yang telahAllah anugerahkan kepadanya harta, lantas Allahberfirman kepadanya: "Apa yang telah kaukerjakan di dunia?" Hamba itu pun berkata clanmereka tidak menyem-bunyikan (1) percakapanmereka kepada Allah. Beliau berkata: "WahaiTuhanku, kau telah memberikan padaku hartadengan itu aku berjual-beli dengan orang ramai. Diantara akhlakku ialah: Bersikap mudah dan pemaaf,aku mempermudahkan kepada orang susah danmemberi tangguh kepada orang yang senang

    (mampu). " Allah pun berfirman: "Aku yang lebihberhak terhadap sifat-sifat itu dari engkau.Permudah clan rnaafkanlah kepada hambaku. " Akabah bin 'Amir dan Abu Mas'ud al-Ansariberkata: "Begitulah (hadis ini) kami dengar darimulut Rasulullah s.a. w. " Hadis riwayat Muslim.

    Saya kenal dengan seorang pendakwah. Dia adalahseorang dari para ulamak yang terkemuka,tabiatnya ialah sukar dalam semua perkara, payahbergaul dengan semua orang, dengan isterinya dirumah, dengan anak-anak, dengan jiran dan dengan

    semua orang. Keadaannya telah sampai keperingkat di mana bel iau telah didakwa berpuluhkali atau beliau sendiri yang men-

    (1) Tidak berdusta - Pent.

    52

    53

  • 8/3/2019 Buku Istiab Fathi Yakan

    18/60

    dakwa orang lain di mahkamah. Lelaki alim ini diberi ilmuyang luas, tetapi tidak dianugerah kelapangan jiwa, olehkerana itu ilmunya itu tidak membawa manfaat kepadanyadan beliau tidak mampu menarik orang ramai kepadaIslam, malah ahli keluarganya sendiri. Beliau tidak

    mampu menguasai mereka.

    Dalam seruannya agar bersifat pemaaf dan bersifatihsan, Islam telah pergi lebih jauh dari apa yang telahdiperkatakan di atas, sehingga Islam telah mewajibkansifat itu dilakukan terhadap haiwan. Rasulullah s.a.w.telah bersabda:

    "Allah telah mewajibkan ihsan dalam semua perkara. A pa b il a k am u m em bu n uh h en d ak la h k am um e mp e r el o k ka n b u n uh a n i t u , a p a bi l a k a mumenyembelih hendaklah kamu mernperelokkan

    sembelihan itu. Hendaklah seorang kamu menajamkanpisaunya dan hendaklah beliau merihatkan (binatang)sembelihannya. "Hadis riwayat Muslim.

    6 - Tawaddhu Dan Rendah Diri.Di antara sifat yang terpenting dan paling menonjol

    yang dapat membuatkan seorang pendakwah itu dikasihidi kalangan kaum dan persekitarannya, menjadikannya

    berpengaruh dan dapat memimpin mereka ialah sifattawaddhu dan rendah diri.

    Sifat takabbur membentuk tabir dan penghalang an-tara pendakwah dengan orang ramai, malah menjadikanpendakwah asing dari masyarakatnya, tidak mesra

    54

    dengan orang yang di sekelilingnya. Untuk pengertianyang seperti inilah Rasulullah s.a.w. mengisyaratkandengan sabdanya:

    . .

    "Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di antarakamu ialah orang yang paling baik akhlaknya antarakamu, rendah diri, orang-orang yang (boleh) memesrakan(diri) dan (boleh) dimesrai. Dan sesungguhnya orang yang

    paling aku benci di antara kamu ialah orang yang (suka)mengadu domba, memecah-belahkan antara orang berkasih

    sayang, yang (sentiasa) mencari-cari keaiban orang yangbersih (tidak berdosa). "Hadis riwayat at-Tabarani.

    Tanda-tanda sifat takabbur boleh jadi nyata dilihatdalam berbagai bentuk:

    1- Boleh jadi ia ternyata dalam bentuk pendakwah itutidak mahu bercampur dengan golongan miskin atau orangawam. Juga pada sikapnya yang memandang berat untuk

    bergaul dengan golongan kaya, kenamaan dan yangmempunyai kesultanan.

    2- Boleh jadi juga sifat takabbur itu dapat dilihatdalam bentuk pengambilan berat yang berlebihan terhadapsoal pakaian dan kejempulan, juga ternyata dalam

    bentuk celaan terhadap sifat menafkahkan harta pada jalan kebajikan yang terdapat pada orang di keliling-kelalangnya.

    3- Boleh jadi juga sifat ini ternyata pada keeng-ganannya menunaikan kewajipan dakwah baik dalam

    bentuk memberi nasihat, arahan atau menyampaikan

    55

    ilmu dalam perhimpunan umum yang sedikit bilangannya.Beliau tidak akan berucap kecuali di hadapan

    perhimpunan yang ramai dan di kalangan orang yangtinggi-tinggi.

    4- Boleh jadi juga sifat takabbur ini ternyata melaluiperbuatan suka memperindahkan bahasa, menggunakanbahasa yang berbunga-bunga dengan berlebihansehingga menghilangkan pengertian dan maksud danmenghilangkan kesan. Inilah yang diambil berat olehRasulullah s.a.w. dalam sabdanya:

    "Sesungguhnya Allah benci kepada pemidato dari(golongan) lelaki yang memilih (kata-kata) denganlidahnya seperti lembu memilih-milih (rumput denganlidahnya) ". Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tarmizi.

    5- Boleh jadi juga ia ternyata dalam bentuk kagumdengan ilmu sendiri, berbangga dengan ma'rifat yangada dan berbicara tentang diri sendiri dengan rasakaget. Boleh jadi juga ia ternyata dalam bentuk

    pengambilan berat untuk melumbai para ulamak danmenunjuk-nunjuk kepada orang-orang bodoh. lamerupakan akhlak yang dikeji. Rasulullah s.a.w. telahmelarang sifat ini. Sabda Rasulullah s.a.w.:

    "Janganlah kamu mengajarkan ilmu kerana bermegah(kepada) ulamak (lain) dan jangan (kamu mengajarkan

    56

    ilmu) kerana menunjuk-nunjuk kepada orang-orcangbodoh dan jangan (kerana mengajarkan ilmu) keranamempersonakan majlis. Siapa yang berbuat demikianmaka (balasannya) mereka, neraka. "

    Baginda juga bersabda:

    "Orang yang paling aku kasihi di antara kamu dan pal-ing hampir kedudukannya kepadaku di hari Kiamatkelak ialah orang yang paling baik akhlaknya, dan orang

    yang paling aku benci di antara kamu dan yang palingjauh kedudukannya daripadaku di hari Kiamat kelakialah orang yang banyak bercakap, orang yangmemanjang-manjangkan cakap tanpa batas dan orang

    yang berleter panjang. "Riwayat at-Tarmizi.

    Pendakwah yang bersifat tawaddhu ialah pendakwahyang hidup bersama semua orang, menerima danmenyambut semua orang, bercakap dengan semuaorang, menziarahi semua orang dan mengasihi semua orang.

    Dia ialah pendakwah yang memberikan khidmatnyakepada orang bukan meminta khidmat mereka, beliausentiasa berhubung dengan orang ramai, tidak memutuskan hubungan dan tidak menjauhi mereka.

    Para duat haruslah mendengar sabda Rasulullah s.a.w.(berikut) dan mereka mestilah mencontohi sifat tawaddhu

    baginda kerana bagindalah ketua kepada semua anak cucu

    Adam dan manusia yang paling mulia.Di antara hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang

    dimaksudkan ialah:

    57

  • 8/3/2019 Buku Istiab Fathi Yakan

    19/60

    "Tidak masuk syurga orang yang terdapat dalamhatinya seberat zarrah (sifat) takabbur." Hadis riwayatMuslim.

    "Allah berfirman kepadaku bahawa hendaklah kamu(bersifat) tawaddhu sehingga seorang tidak bermegahterhadap seorang yang lain dan hingga seorang tidakmenzalimi yang lain. " Hadis riwayat Muslim.

    "Seorang itu akan terus menerus menganggap dirinyabesar hinggalah Allah menuliskannya dalam (senarai)

    orang-orang yang angkuh. Beliau akan ditimpa oleh apa yang telah menimpa mereka itu. " Hadis riwayat at-Tarmizi.

    Di antara hadis-hadis yang menunjukkan sifattawaddhu baginda Rasulullah s.a.w. ialah:

    a- Diriwayatkan dari Anas radiallahu-anhu bahawabeliau (Anas) telah berjalan melewati kanak-kanak, Anaspun memberi salam kepada kanak-kanak itu. Anasmengatakan: "Rasulullah s.a.w. pun berbuat demikian."Riwayat Bukhari, Muslim.

    b- Diriwayatkan dari Anas juga bahawa beliaumengatakan: "Seorang hamba perempuan dari hamba-hamba perempuan di Kota Madinah telah memegang

    tangan Rasulullah s.a.w. dan menariknya sesukahatinya." Riwayat al-Bukhari.

    c- Diriwayatkan dari Aswad bin Yazid bahawa Aisyahradiallahu-anha telah ditanya tentang apakah yangdilakukan oleh Rasulullah s.a.w. di rumahnya. Aisyahmenjawab: "Dia memberi khidmat kepada ahlinya.Apabila sampai waktu solat baginda pun keluar untuksolat." Riwayat al-Bukhari.

    d- Diriwayatkan dari Abi Rifaah Tamim bin Usaidradiallahu-anhu, beliau berkata: "Saya sampai kepadaRasulullah s.a.w. dan baginda sedang memberi khutbah,saya pun berkata: Ya Rasulullah, seorang lelaki (1) asingdatang untuk bertanya tentang agamanya, dia tidaktahu apakah (sebenarnya) agamanya itu. Rasulullahs.a.w. pun datang mendapatkan aku dan meninggalkankhutbahnya hinggalah baginda sampai padaku, sebuahkerusi pun dibawakan. Rasulullah pun duduk di ataskerusi itu dan mula mengajar saya tentang apa yang

    Allah ajarkan kepadanya, kemudian bagindamenyambung kembali khutbahnya." Riwayat Muslim.

    e- At-Tabarani meriwayatkan daripada Abi Umamahbahawa Abi Umamah telah berkata: "Seluruh per-cakapan Rasulullah adalah (mengenai isi) al-Quran,baginda membanyakkan berzikir, banyak berkhutbah,memanjang solat, tidak enggan dan tidak besar diriuntuk pergi bersama-sama orang miskin dan lemahhing-galah baginda selesai menunaikan keperluannya."

    f- Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Musa bahawaAbi Musa berkata: "Seorang lelaki dari perkampungan dibukit-bukit menjemput Rasulullah di tengah malamuntuk makan roti yang diperbuat dari gandum dan

    Rasulullah s.a.w. menghadiri jemputan itu."

    (1) Lelaki itu ialah dirinya sendiri. 59

  • 8/3/2019 Buku Istiab Fathi Yakan

    20/60

    g- At-Tabarani meriwayatkan daripada A bi Umamah bahawa Abi Umamah berkata: "Ada seorang perempuanyang selalu melakukan rafas (1) dengan lelaki; beliauadalah seorang yang suka bercakap kotor. Beliau telahmelewati Rasulullah s.a.w. yang sedang makan roti sarid (2) diatas satu tapak binaan yang agak tinggi dari tanah. Perempuanitu pun berkata: "Kamu lihatlah dia (Rasulullah), dia duduksepertimana hamba duduk, dan dia makan seperti hambamakan." Rasulullah bersabda: "Manakah hamba yang lebihhamba daripadaku?" Perempuan itu menjawab: "Hamba yangmakan tetapi dia tidak memberiku makan." Rasulullah s.a.w.

    bersabda: "Makanlah!" Perempuan itu menjawab: "Suaplahsaya dengan tanganmu." Rasulullah pun menyuapnya.Perempuan itu berkata lagi: "Berilah aku makan apa yangdalam mulutmu." Rasulullah pun memberikan apa yang didalam mulut-nya kepada perempuan itu dan beliau(perempuan itu) pun memakannya. Sejak hari itu perempuanitu telah dikuasai oleh rasa malunya dan tidak lagi merafasseseorang hinggalah beliau mati.

    Berikut ialah sekumpulan kisah-kisah yang diriwayatkanmengenai sifat tawaddhu para sahabat radiallahu-anhum.

    a- Ibnu 'Asakir meriwayatkan daripada Aslam bahawaAslam mengatakan yang Umar bin Khattab datang ke Syamdengan menunggang unta. Orang ramai pun mulamemperkatakan perkara itu antara sesama mereka. Umar pun

    berkata: "Mata mereka memandang mulia kepada tungganganseorang yang tidak ada harga bagi mereka."

    (1) Rafas: Ertinya mengeluarkan kata-kata yang menimbulkan berahiatau melakukan hubungan jenis.

    (2) Sejenis roti yang diperbuat dari gandum, tiga atau empat kali

    lebih besar dari rod canai.

    b- Ad-Dainuri meriwayatkan daripada al-Hasan bahawa al-Hasan mengatakan: "Pada satu hari yang amat panas Umar

    bin Khattab telah kel uar dengan meletakkanselendang/serbannya di atas kepala, seorang budak yang

    menunggang keldai melewatinya, Umar pun berkata: "Haibudak, bawalah saya bersama awak." Budak itu pun melompatturun dari keldainya dan berkata: "Naiklah, hai Amirul-mukminin." Umar menjawab: "Tidak, kau naiklah dulu danaku akan menunggangnya di belakangmu. Apakah engkauingin membawa saya di tempat yang selesa sedangkan engkaumo-nunggang di tempat yang keras." Umar pun menunggangkeldai itu di belakang budak berkenaan dan masuk ke Madinahdalam keadaan duduk di belakang budak itu dan orang ramaimemerhatikannya.

    c- Ibnu Saad, Ahmad dan Ibni 'Asakir meriwayatkan dariAbdullah ar-Rumi bahawa Ibnu ar-Rumi mengatakan

    yang Othman radiallahu-anhu menguruskan sendiriwudhunya di waktu malam. Lalu orang pun berkata kepadanya:"Kalau engkau perin-tahkan sebahagian khadam(menyediakannya) nescaya mereka akan mencukupkan kamu."Umar pun menjawab: "Tidak, sesungguhnya waktu malamadalah untuk mereka, mereka akan beristirehat."

    d- Saad meriwayatkan dari Thabit yang mengatakan bahawaSalman al-Farisi radiallahu-anhu menjadi amir di al-Maidin.Seorang lelaki dari penduduk Syam dan dari keluarga BaniTamim telah datang dan membawa bersamanya sebeban buahtin, beliau pun berkata kepada Salman, "Mari, pikullah ini"sedangkan beliau tidak mengenali Salman. Salman pun memikul

    buah tin itu. Orang ramai melihat perbuatan lelaki itu. Mereka pun berkata kepada lelaki itu: "Ini adalah Amirul-mukminin." Lelaki itu pun berkata: "Saya tidak

    60 61

  • 8/3/2019 Buku Istiab Fathi Yakan

    21/60

    mengenali engkau." Salman pun menjawab:"Tidak, biar saya pikul sampai kerumahmu."e- Al-'Askari meriwayatkan daripada Ali

    radiallahu-anhu bahawa Ali berkata: Tiga

    perkara yang merupakan kepala kepadasifat tawaddhu:1- Memulakan salam apabila bertemu.2- Merelai kedudukan yang rendah daritempat-tempat yang mulia dalam majlis.3- Bencikan ria dan menjaga status.

    7- Manis Muka Dan Manis Tutur Kata

    Di antara sifat-sifat yang bolehmembukakan hati orang ramai kepadapendakwah dan menjadikannya dapatditerimu dan dimesrai ialah sifat manismuka dan manis tutur kata.

    Muka adalah menjadi petunjuk padaseorang pen-dakwah, menj adi cerminyang melantunkan apa yang tersematdalam lubuk hatinya, kiranya beliaubermasam muka, keadaan itumenunjukkan beliau seorang yang sempitdada dan mudah keluh-kesah tetapikiranya beliau seorang yang sentiasa

    bermuka manis, keadaan ini akanmembayangkan kebaikan.Wajah yang manis bukanlah bererti

    kecantikan dan keindahan paras rupa,kerana boleh jadi paras rupa cantik tapitidak terdapat padanya kemanisan.Sebaliknya boleh jadi paras wajah yang

    kemampuannya menyesuaikan diri danmenguasainya, bukan sebaliknya. Beliau

    juga mestilah mampu mengawal dirinyapada semua keadaan yang dilaluinya.Beliau mestilah bijak memilih perkataan

    supaya sesuai dengan tempatnya.Saya kenal setengah para pendakwahyang keluar menghadapi orang ramaidengan senyum yang melimpah di mukamereka sedangkan di dalam hati merekamerendam dukacita dan permasalahanyang Allah sahajalah yangmengetahuinya.

    Saya juga mengenal para duat lain yangtidak mampu menguasai diri merekaberdepan dengan masalah yang kecil,anda dapat melihat kesannya dengan

    jelas pada wajah mereka juga melaluitindak-tanduk mereka, pada waktu ituanda merasakan seolah-olah andalah yangtelah melakukan kesalahan terhadapmereka.

    Saya dengar seorang pendakwah yangsering memberikan ucapan di hadapanorang ramai di kampung-kampung di Mesir,beliau telah meninggalkan anaknya diKa era a am ea aan sa it tenat.Sedang beliau berucap salah seorang darikeluarganya telah masuk ke dalam dewansyarahan dan menghampiri pentas danmenyera an sece is ertas, s ete abeliau membacanya beliau lalu meneruskanucapannya seperti biasa dan dengan parahadirin tidak dapat melihat sebarangesan. Sete a e iau se esai ari

    ucapannya e iau terus menjawaberbagai soalan dengan jiwa yang lapangdan dada yang luas. Kemudian orang ramaiterke ut a abila mereka men etahui

    62

  • 8/3/2019 Buku Istiab Fathi Yakan

    22/60

    tidak kurang pentingnya, kalaupun tidak lebih pentingdari yang lain. Perkataan para pendakwah merupakanalat penghubung antaranya dengan orang ramai, ia jugamerupakan alat untuk menyampaikan sesuatu.maksud danfikrah, oleh itu kiranya para pendakwah dapat

    memelihara lidahnya, menguasai percakapannya,berupaya untuk memilih perkataan-perkataan yang baik- baik dan susunan kata yang indah, bererti beliau telahmampu menarik hati orang ramai dan sekaligus beliau

    berjaya menyelam masuk ke dalam hati dan diri mereka.Tetapi sebaliknya jika beliau tidak mampu berbuatdemikian, malah tidak mengambil endah terhadap apa yangkeluar dari celah kedua bibirnya, bererti beliau telahmembina sendiri benteng yang memisahkannya denganorang ramai, benteng yang tidak mudah untuk ditembusi,malah dengan itu men-jadikannya dicela, dibenci, dijauhidan tidak dimesrai oleh orang ramai.

    Di antara firman Allah yang berhubung dengan per-

    masalahan ini ialah firman-firman Allah berikut:

    "Dan katakanlah kepada hamba-hambaku: Hendaklahmereka mengucapkan perkataan yang lebih baik.Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan diantara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh

    yang nyata bagi mereka

    "Dan ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia. "

    "Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baikdari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yangmenyakitkan (perasaan si penerima), Allah Maha Kaya lagiMaha Penyantun. "

    Al-Baqarah: 263

    Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepadaAllah dan katakanlah perkataan yang benar

    Al Ahzab : 70

    "Dan mereka diberi pertunjuk kepada ucapan-ucapanyang baik dan ditunjukki (pula) kepada jalan (Allah) yangterpuji. "

    Al-Haj j: 24

    Al-Isra': 53

    "Dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. "

    An-Nahl :125

    64 65

  • 8/3/2019 Buku Istiab Fathi Yakan

    23/60

    "Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah-lembut, mudah-mudahan dia ingat atautakut."

    Thaha: 44

    Di antara arahan-arahan Rasulullah s.a.w. pula ialahsabda-sabda Rasulullah s.a.w. berikut:

    "Jangan kamu memandang rendah kepada sebarangk eb aj ika n, se ka li pu n d en ga n e ng ka u me ne mu i

    saudaramu dengan muka yang manis. "Riwayat Muslim.

    "Di antara sedekah itu ialah dengan engkau memberisalam kepada orang dengan muka yang manis. "

    "Jangan kamu memandang rendah kepada sebarang

    kebajikan, sekalipun dengan engkau menuangkan (air) daritimbamu ke dalam bejana (bekas) tukang jirus, danwalaupun dengan engkau bercakap dengan saudaramu

    sedangkan mukamu riang mesra. Jauhilah (perbuatan)

    melabuhkan pakaian, kerana (perbuatan) itu sebahagiandari (sifat) bermegah-megah dan tidak disenangi Allah,kiranya seseorang mengecam engkau kerana sesuatu(perkara) yang diketahuinya ada pada dirimu janganlahkau mengecamnya kerana sesuatu (perkara) yangengkau tahu ada padanya, kerana sesungguhnya

    ganjarannya adalah bagimu dan balasan buruknyaadalah bagi orang yang melakukan keburukan itu. "

    "Dan kalimah yang baik itu sedekah."Riwayat Bukhari.

    J

    "Perkara yang mewajibkan (dapat ganjaran) syurga ialah.:memberi makan, memberi salam dan perkataan yangbaik. "Riwayat at-Tabarani.

    "Siapa yang beriman kepada Allah clan Hari Kiamathendaklah beliau mengatakan yang baik atau dia diam( sahaja) . " Hadis Muttafaq.

    66 67

  • 8/3/2019 Buku Istiab Fathi Yakan

    24/60

    "Sesungguhnya hamba itu akan berkata-kata dengan perkataan yang beliau (sendiri) tidak jelas. Kerana

    perkataan itu beliau tergelincir ke dalam neraka yang lebihjauh (jaraknya dari jarak) antara timur dengan barat. "Hadis Muttafaq.

    "Seorang itu akan berkata dengan perkataan yangdiredhai Allah, beliau tidak menyangka bahawa kalimah-kalimah itu akan sampai kepada apa yang telah dicapainya.

    Allah menulis keredhaan baginya kerana kalimah-kalimahitu hinggalah pada hari beliau menemui Allah. Dan

    seorang itu akan berkata dengan perkataan yang dimurkaiAllah. Beliau tidak menyangka bahawa kalimah-kalimahitu akan sampai kepada apa yang telah dicapainya. Allahmenuliskan kemurkaan baginya kerana kalimah-kalimah ituhingga pada hari beliau menemui Allah." Riwayat Malikdan Tarmizi.

    Kiranya Rasulullah s.a.w. itu dianggap sebagai kudwah

    hasanah kepada semua manusia, maka para duatlah orangyang paling utama mengikut Rasulullah s.a.w. dariorang lain. Oleh itu para duat Islam hendaklah melihat

    bagaimanakah keadaan Baginda Rasulullah s.a.w.

    Al-Kharaithi dan al-Hakim telah meriwayatkan dari'Amurah, bahawa 'Amurah berkata: Aku bertanya kepadaAisyah radiallahu-anha bagaimanakah keadaan Rasulullahs.a.w. apabila beliau bersendirian dengan para isterinya?"

    Aisyah berkata: "Dia seperti lelaki lain (j uga) cuma diaadalah seorang yang paling pemurah dan paling lembut bila senyum dan keta wa." Begitu disebutkan dalam al-Kanz, juzuk 4 halaman 47.

    Al-Bazzar meriwayatkan dari Jabir radiallahu-anhu,Jabir berkata: "Apabila Rasulullah s.a.w didatangiwahyu atau peringatan, saya pun berkata: "Pemberiamaran kepada kaum, mereka didatangi oleh azab."Apabila keadaan itu hiIang, saya lihat (Rasulullah s. a.w.)adalah orang yang paling manis mukanya, paling banyaktertawa dan paling baik manusia." At-Tabarani pula

    berkata: "Rasulullah s.a.w. adalah orang yang palingbanyak tertawa dan paling baik hati."

    8 - Pemurah Dan Menafkahkan Harta Kepada OrangRamai-

    Di antara syarat yang paling menonjol yang mesti ada bagi kejayaan seorang pendakwah dalam kerja-kerjadakwahnya dan yang membolehkannya menarik danmenguasai orang ramai ialah sifat pemurah dankeriangannya membelanjakan harta untuk orang ramai.

    Sifat pemurah, tangan terbuka dan suka memberimerupakan tanda kuat yang menunjukkan kemurahanhati seseorang, manakala sifat bakhil, tamak dan halobamenunjukkan kebakhilan, ketamakan dan kehalobaanseseorang itu.

    Dalam banyak keadaan pendakwah mendapati dirinyaberdepan dengan permasalahan dan musykilan yang tidakdapat diselesaikan kecuali dengan membelanja danmengorbankan harta. Kiranya beliau bersifat bakhil

    68 69

  • 8/3/2019 Buku Istiab Fathi Yakan

    25/60

    boleh jadi beliau akan terlepas peluang yang tidak mungkindidapati lagi, malah boleh jadi akan menyebabkankesukaran dan keburukan yang amat sangat kepadadakwah itu sendiri.

    Saya kenal beberapa orang pendakwah di mana harta

    mendapat tempat yang istimewa pada mereka.Pengambilan berat mereka terhadap harta telah mem- bawakan kerugian yang besar pada tenaga-tenagayang baik dan berpotensi kiranya ia dihadapi dengan sifat

    pemurah dan sikap suka memberi.

    Saya faham, bahawa dalam usaha-usaha menyam-paikan hidayah dan kerja-kerja dakwah, semua perkaramestilah dianggap murah; ini disebabkan nilai yang palingutama sekali ialah untuk manusia, yang mana Allah telahmempermudahkan sesuatu yangdi langit dan di bumi iniuntuknya. Harta adalah merupakan salah satu dari apa yang

    telah dipermudahkan oleh Allah kepada manusia danmestilah diletakkan untuk khidmat dan usaha memberihidayah dan dakwah, bukan sebaliknya.

    Dalam Islam, menghormati tetamu adalah wajib.Rasulullah s.a.w. telah menggalakkannya. Baginda ber-sabda:

    "Siapa yang beriman kepada Allah beliau mestilahmenghormati (bersi fat murah) kepada tetamunya. "Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

    Bolehkah sifat pemurah akan terlaksana dengan tidakmembelanjakan harta, tanpa kemurahan tangan dan hati?

    Sesungguhnya sifat pemurah yang telah menjadi sifat

    semulajadi kepada jenerasi pertama yang terdiri dari para sahabat Rasulullah s.a.w. itulah yang telah men-jadikan mereka sebagai para imamyangmendapat hidayah.

    Diriwayatkan daripada Abi Hurairah radiallah-anhu,beliau mengatakan bahawa seorang lelaki telah datangmenemui Rasulullah s.a.w. dan berkata: "Saya penat."

    Rasulullah s.a.w. pun bersabda: "Siapakah yang sanggupmenerima lelaki ini sebagai tetamunya malam ini, Allahakan memberinya rahmat." Seorang lelaki dari golonganAnsar bangun dan berkata: "Saya ya Rasulullah."Beliau pun beredar menuju ke rumahnya dan bertanyakepada isterinya: "Adakah sesuatu di sisimu?"Isterinya menjawab: "Tidak ada kecuali makananuntuk anak-anakku." Lelaki itu berkata: "Lengah-lengahkan mereka dengan apa sahaja, kiranya merekaingin makan malam tidurkan mereka. Apabila tetamu kitadatang padamkanlah lampu, tunjuk-tunjukkanlah

    padanya yang kita sedang makan" Abu Hurairah berkata:"Mereka pun duduk dan tetamu mereka pun makan.Kedua-dua mereka (lelaki berkenaan dan isterinya) tidurdalam keadaan melipatkan perutnya (kerana lapar). Pada

    pagi esoknya beliau pergi berjumpa Rasulullah s.a.w.Rasulullah s.a.w. pun bersabda: "Allah telah kagum (1)(melihat) apa yang kamu berdua lakukan terhadap tetamukamu. "Riwayat Muslim dan lainnya.

    Selain dari itu para pendakwah hendaklah mendengarsabda Rasulullah s.a.w. berikut:

    .-

    `sl.t ljI D

    (1) Yakni Allah menganggap perbuatan itu agung dan besar di sisi-Nya.

    70 71

  • 8/3/2019 Buku Istiab Fathi Yakan

    26/60

    "Malaikat bersalawat ke atas seorang dari kamu selagihidangannya tersaji. " Riwayat al-Asbihani.

    Begitu juga sabda Rasulullah s.a.w.:

    "Kebaikan itu paling cepat menuju ke rumah yang mana didalamnya orang memakan bibir unta hinggalah kebonggolnya. "Riwayat Ibn Majah.

    Begitu juga saling bertukar hadiah merupakansebahagian dari akhlak Islam clan merupakan yangdigalakkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. yang manaRasulullah s.a.w. telah bersabda:

    "Sentiasalah kamu saling bertukar hadiah kelak kamuakan berkasih sayang. "

    Hadiah yang diberikan oleh seorang kepadasaudaranya merupakan utusan kebajikan dan tandakasih, sebagai wasilah untuk lebih rapat dan puncakemesraan ia dapat mendekatkan yang jauh,menghubungkan yang terputus dan membukakan jalandakwah untuk terus masuk ke dalam jiwa. Siapakahorang yang lebih utama melakukannya dari para pen-dakwah dan siapakah yang amat memerlukannya lebihdari para pendakwah? Tetapi per laksanaannyamemerlukan kepa da me nge luarkan harta,menafkahkannya dan memerlukan sifat pemurah.

    Selain dari itu melakukan semua kebaikan yangdiperintahkan oleh Islam memerlukan kepada sifat

    (1) Yakn i te rsa ji untuk o rang la in .

    pemurah, ia amat sukar dilaksanakan tanpa sifat pemurah.Sebagai contoh, menafkahkan sesuatu kepada mereka yang

    berhajat yang terdiri dari golongan fakir da n mis kin,pemeliharaan anak-ana k yatim, mengutamakan oranglain dari diri sendiri, penyempur-naan timbangan,memberikan bantuan, persaudaraan, menunaikan hak-hak

    jiran, mendamaikan mereka yang berselisihan dan lainnya,kesemua perkara-perkara ini amat bertentangan dengansifat bakhil dan tidak dapat menjadi sifat kepada merekayang bakhil.

    Oleh kerana itulah ayat-ayat al-Quraan dan hadis-hadisRasulullah s.a.w. telah datang mengecam sifat bakhildan orang-orang yang bakhil di samping meng-galakkansifat pemurah dan menghormati orang-orang yang

    pemurah.Di antara firman-firman Allah yang menyangkut

    dengan bakhil ialah firman Allah:-

    "Jangan sekali-kali orang yang bakhil dengan harta yangAllah berikan kepada mereka dari kurnianya me-nyangkabahawa kebakhilan itu baik bagi mereka, sebenarnya

    kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yangmereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernyadi Hari Kiamat dan kepunyaan Allahlah segala warisan(yang ada) di langit dan di bumi

    72 73

  • 8/3/2019 Buku Istiab Fathi Yakan

    27/60

    dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. "

    Ali Imran: 180

    "Dan jiwa (manusia itu) menurut tabiatnya (bersi fat)bakhil. "

    An-Nisaa': 7 28

    "Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu padalehermu dan janganlah kamu terlalumenghulurkannya kerana itu kamu menjadi tercela danm enyesal . "

    Al-I sra': 29

    " Ka ta ka nl ah , se an da in ya k am u m en gu as ai p er be nd ah a ra an - p er be nd a ha ra an rah mat Tuhanku nescaya perbendaharaan itu kamu tahan keranatakut menzbelanjakannya. Dan adalah manusia itu sangatbakhil. "

    A1- I sra': 100

    Ayat-ayat yang menyebutkan sifat-sifat orang-orangyang beriman pula ialah firman-firman Allah berikut:

    "Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikanmereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh(manusia) memberi sedekah atau berbuat maaruf ataumelakukan perdamaian di antar'a manusia. Dan barang

    siapa yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak kami memberikan kepadanya pahalayang besar. "

    An-Nisaa': 114"Dan mereka menafkahkan dari apa yang telah kami

    (berikan) rezeki kepada mereka. " Ayat seperti iniberpuluh-puluh kali disebutkan sewaktu menjelaskan sifat-sifat para mukminin.\

    Mengenai perintah Allah supaya menafkahkan hartapula telah berpuluh-puluh ayat-ayat Allah turun dalamberbagai bentuk, di antara lain ialah firman Allah:

    "Orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah) dan yang

    memohon ampun di waktu sahur(jauh malam)."Ali I mran: 17

    "Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskinang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat

    bahagian (kerana mereka tidak meminta). "Adz-Dzaariyaat: 19

    74 75

  • 8/3/2019 Buku Istiab Fathi Yakan

    28/60

    "Nafkahkanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasilusahamu yang baik-baik. "

    "Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurutkemampuannya. "

    Al-Baqarah: 267 Ath-Thalaq: 7

    Dan nafkahkanlah sebahagian dari hartamu yang Allahtelah menjadikan kamu menguasainya.

    "Nafkahkanlah sebahagian dari rezeki yang diberikanAllah kepada kamu. "

    Yaasiin: 47

    "Dan mengapa kamu tidak menafkahkan (sebahagianhartamu) pada jalan Allah. "

    Al-Hadiid: 10

    Di antara hadis-hadis Rasulullah s.a.w. mengenai bakhilialah sabdanya:

    "Katakanlah: Nafkahkanlah hartamu baik dengansukarela atau dengan terpaksa. "

    At-Taubah: 53

    "Dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu. "At-Taghaabun: 16

    "Dan nafkahkanlah (hartamu)pada jalan Allah. "Al-Baqarah: 19 5

    "Islam tidak mengecam sesuatu (seperti ia) mengecam sifat bakhil. "

    "Perkara paling jahat pada seseorang ialah bakhil yang(membuatnya) keluh-kesah dan penakut yang (seolah-olah)mencabut (jantungnya). "

    "Bakhil dan iman tidak ada berhimpun dalam hatimukmin selama-lamanya. "

    "Dua sifat yang tidak berhimpun pada seorang mukmin:

    76 77

  • 8/3/2019 Buku Istiab Fathi Yakan

    29/60

    Bakhil dan jahat akhlak. "Riwayat at-Tarmizi dan lain-nya.

    "Orang yang pemurah itu hampir kepada Allah, hampirkepada syurga, hampir kepada manusia, jauh darineraka clan orang yang bakhil itu jauh dari Allah, jauh dari

    syurga, jauh dari manusia, dekat kepada neraka. Orangjahil yang pemurah lebih dikasihi Allah dari ahli ibadatyang bakhil. "Riwayat at-Tarmizi dan lainnya.

    "Ingatlah, orang yang pemurah itu dalam syurga, (itu)satu kepastian bagi Allah, dan saya sebagai penjamin-nya. Ingatlah orang yang bakhil itu dalam neraka, (itu) satukepastian bagi Allah dan saya sebagai penjamin-nya.Mereka berkata: Ya Rasulullah siapakah yang pemurahclan siapakah yang bakhil itu? Rasulullah s.a.w.

    bersabda. Orang yang pemurah itu ialah orang

    yang bersikap murah terhadap hak-hak Allah azza-wajalla dari hartanya dan orang yang bakhil itu ialahorang yang menyekat (tidak memberikan) hak-hak Allahdan bakhil kepada Tuhannya. Bukanlah pemurah orang

    yang mengambil apa yang diharamkan Allah clan

    menafkahkan (harta) dengan boros. "Riwayat al-Asbihani.

    "Pemurah itu sifat Allah yang paling agung."RiwayatIbnu Hibban.

    "Sesungguhnya Allah tel^h menentukan agama ini un-tuk dirinya, maka agama kamu ini tidak layak kecualibagi orang yang pemurah clan berakhlak baik. Ingatlah,hiasilah agama kamu dengan keduanya. "

    "Belaniakanlah hai Bilal, dan jangan kau takut kepa-paan dari Allah yang memiliki arasy. "

    9 - Memberi Khidmat Kepada Orang Lain DanMenyempurnakan Keperluan Mereka.

    Di antara syarat kejayaan pendakwah dalam dakwahnya,dan yang memungkinkannya mendapat pengaruh dalammasyarakat di mana beliau hidup ialah perbuatannyayang suka memberi khidmat kepada orang lain dan

    bekerja untuk menyempurnakan keperluan-keperluan

    mereka.

    78 79

  • 8/3/2019 Buku Istiab Fathi Yakan

    30/60

    Dakwah bukanlah semata-mata pentasuntuk mengemukakan buah fikiran danteori-teori. Pendakwah juga bukanlahseorang pegawai di radio yang hanyamengulang-ulang pendapat semata-mata,malahan dakwah dan pendakwah mestilahmenukarkan diri sehingga

    membolehkannya menghayati penderitaanorang ramai dan memikul sebahagianbesar dari penderitaan itu.

    Ini bukan termasuk dalam apa yangdikenal sebagai diayah, memperniagakandan mengambil kesempatan, seperti yangberlaku pada pertubuhan-pertubuhan mis-sionari dan lainnya, tetapi ia merupakanprinsip yang terdapat dalam asas manhajIslam, Islam tidak akan sah tanpa adanya

    perkara ini. Memang benarlah Rasulullahs.a.w. yang telah bersabda:

    "Siapa yang tidur (malam) dan tidak mengambil hirauurusan (keadaan) umat Islam, beliau bukanlah dari

    golongan mereka. "

    Dalam banyak keadaan, penderitaan danmusykilan manusia telah menj adipenghalang bagi mereka untuk

    menerima dakwah; dengan itu penderitaandan kemusykilan ini telah menjadi bentengpenghalang yang kuat bagi pemikiran-pemikiran dan teori-teori yang dihadapkankepada mereka. Oleh itu adalah menjadikewajipan pendakwah mengambil inisiatifuntuk menghapuskan semua halangan-halangan dari jalan dakwahnya; beliau

    orang, tetapi tidaklah tepat menganggapkeadaan itu sebagai suatu halangankepada beliau untuk melakukan apa yangbeliau mampu. Pada prinsipnya beliau ditun-