panduan pelaksanaanjpnperak.moe.gov.my/ppdks/media/kunena/attachments/779/... · 7.1 menyediakan...

12

Upload: trantuong

Post on 05-Mar-2018

448 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Pelaksanaanjpnperak.moe.gov.my/ppdks/media/kunena/attachments/779/... · 7.1 Menyediakan kertas kerja Program Bulan Dakwah peringkat sekolah. ... 2. Tayangan video dan gambar
Page 2: Panduan Pelaksanaanjpnperak.moe.gov.my/ppdks/media/kunena/attachments/779/... · 7.1 Menyediakan kertas kerja Program Bulan Dakwah peringkat sekolah. ... 2. Tayangan video dan gambar
Page 3: Panduan Pelaksanaanjpnperak.moe.gov.my/ppdks/media/kunena/attachments/779/... · 7.1 Menyediakan kertas kerja Program Bulan Dakwah peringkat sekolah. ... 2. Tayangan video dan gambar

1

Panduan Pelaksanaan

PROGRAM BULAN DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2016

PENDAHULUAN

1. Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

adalah satu program yang perlu dilaksanakan oleh semua sekolah-sekolah di

bawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan aktiviti dakwah

dilaksana dengan lebih bersepadu dan berkesan dengan pengembelingan

semua pihak.

2. Matlamat

Menyemarakkan usaha dakwah diperingkat sekolah agar penghayatan aktiviti

dakwah dan Syiar Islam dapat dihayati bersama.

3. Objektif

3.1 Berusaha secara bersama dalam menangani permasalahan ummah dalam

membina hadharah.

3.2 Menggerakkan usaha dakwah secara bersepadu agar lebih berkesan dan

menyeluruh.

3.3 Meneruskan usaha-usaha amar makruf dan nahi mungkar.

3.4 Memberikan kesedaran bahawa setiap orang adalah bertanggungjawab

untuk berdakwah.

4. Tarikh Pelaksanaan

Sepanjang bulan Jun dan Julai.

5. Tempat

Semua aktiviti dilaksana di dalam premis sekolah masing-masing kecuali aktiviti

Sahabat Masjid dilaksana di masjid yang berdekatan dengan sekolah.

Page 4: Panduan Pelaksanaanjpnperak.moe.gov.my/ppdks/media/kunena/attachments/779/... · 7.1 Menyediakan kertas kerja Program Bulan Dakwah peringkat sekolah. ... 2. Tayangan video dan gambar

2

6. Sasaran

Sekolah-sekolah rendah dan menengah di bawah Kementerian Pendidikan

Malaysia dengan melibatkan:

6.1 Murid-murid

6.2 Guru-guru

6.3 Kakitangan sekolah

7. Strategi Pengurusan

7.1 Menyediakan kertas kerja Program Bulan Dakwah peringkat sekolah.

7.2 Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana peringkat sekolah

7.3 Jawatankuasa Pelaksana di peringkat sekolah adalah bagi memutuskan

perkara berikut:

7.3.1 Memasukkan aktiviti ini dalam takwim sekolah.

7.3.2 Menyelaras jadual dan agihan tugas guru.

7.3.3 Memastikan penglibatan guru dan murid secara menyeluruh.

7.3.4 Mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sekurang-

kurangnya empat aktiviti mengikut kesesuaian masa dan

kewangan.

8. Strategi Pelaksanaan

8.1 Mengadakan Majlis Pelancaran Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat sekolah.

8.2 Melaksanakan program-program yang diatur sepanjang bulan dakwah.

8.3 Mengadakan Mesyuarat Post Mortem kekuatan dan kelemahan serta

cadangan untuk memperbaiki kelemahan selepas tamat Program Bulan

Dakwah.

8.4 Menghantar laporan pelaksanaan dengan mengisi borang seperti di

lampiran A1 ke Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah masing-

masing pada atau sebelum 15 Oktober 2016. Rumusan laporan

pelaksanaan tersebut seperti di lampiran A2 dipanjangkan ke Sektor

Pendidikan Islam JPN pada atau sebelum 31 Oktober 2016 dan Bahagian

Pendidikan Islam KPM pada atau sebelum 15 November 2016.

Page 5: Panduan Pelaksanaanjpnperak.moe.gov.my/ppdks/media/kunena/attachments/779/... · 7.1 Menyediakan kertas kerja Program Bulan Dakwah peringkat sekolah. ... 2. Tayangan video dan gambar

3

9. Cadangan Aktiviti

Berikut adalah cadangan pengisian aktiviti untuk Program Bulan Dakwah

peringkat sekolah. Sila semak Lampiran B untuk panduan pelaksanaan.

9.1 Hayya Bil Arabiah - ilmu

9.2 Bijak Tajwid - ilmu

9.3 Mahsyar Time Capsule - dakwah

9.4 You Tube Dakwah - dakwah

9.5 Infografik Dakwah - akhlak

9.6 Khatib Cilik / Remaja - syiar

9.7 Modest Hijab - syiar

9.8 Sebutir Benih Akhirat - kesedaran

9.9 Takaful vs Insurans - kesedaran

9.10 Ancaman Akidah (Syiah) – akidah

9.11 Lain-lain aktiviti dakwah yang difikirkan sesuai oleh sekolah.

10. Carta Perbatuan Program

(Rujuk Lampiran C)

11. Implikasi Kewangan

Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan

Malaysia tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan disebabkan ia

dilaksanakan mengikut kesesuaian masa dan kewangan sekolah.

12. Syor

Ahli mesyuarat dipohon memberi pandangan dan kelulusan pelaksanaan

Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi

tahun 2016.

Disediakan oleh:

Unit Dakwah,

Sektor Dakwah dan Kepimpinan

Bahagian Pendidikan Islam

Kementerian Pendidikan Malaysia

Januari 2016M / Rabiul Awal 1437H

Page 6: Panduan Pelaksanaanjpnperak.moe.gov.my/ppdks/media/kunena/attachments/779/... · 7.1 Menyediakan kertas kerja Program Bulan Dakwah peringkat sekolah. ... 2. Tayangan video dan gambar

4

Lampiran A1

LAPORAN PROGRAM BULAN DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN ………….

Nama Sekolah : ____________________________________

Alamat Sekolah : ____________________________________

____________________________________

No Tel : ____________________________________

Nama Ketua Panitia Pendidikan Islam : ____________________________________

No Tel Bimbit : ____________________________________

Bil Aktiviti Dilaksana Tidak

Dilaksana

1 Hayya Bil Arabiah

2 Bijak Tajwid

3 Mahsyar Time Capsule

4 You Tube Dakwah

5 Infografik Dakwah

6 Khatib Cilik / Remaja

7 Modest Hijab

8 Sebutir Benih Akhirat

9 Takaful vs Insurans

10 Ancaman Akidah (Syiah)

11 Lain-lain aktiviti dakwah yang difikirkan sesuai oleh sekolah.

Kekuatan :…………………………………………………

Kelemahan : …………………………………………………

Cadangan Penambahbaikan: …………………………………………………

Disediakan Oleh Disahkan Oleh

………………..……… ………………..………

( ) ( )

Page 7: Panduan Pelaksanaanjpnperak.moe.gov.my/ppdks/media/kunena/attachments/779/... · 7.1 Menyediakan kertas kerja Program Bulan Dakwah peringkat sekolah. ... 2. Tayangan video dan gambar

5

Lampiran A2

LAPORAN PROGRAM BULAN DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN ………..

PPD / JPN : ____________________________________

Penyelia UPI / Pegawai SPI : ____________________________________

No Tel Bimbit : ____________________________________

Bil Aktiviti Bilangan Sekolah yang

Melaksanakan

1 Hayya Bil Arabiah

2 Bijak Tajwid

3 Mahsyar Time Capsule

4 You Tube Dakwah

5 Infografik Dakwah

6 Khatib Cilik / Remaja

7 Modest Hijab

8 Sebutir Benih Akhirat

9 Takaful vs Insurans

10 Ancaman Akidah (Syiah)

11 Lain-lain aktiviti dakwah yang difikirkan sesuai oleh sekolah.

Kekuatan :…………………………………………………

Kelemahan : …………………………………………………

Cadangan Penambahbaikan: …………………………………………………

* Penghantaran analisa laporan melalui PPD dan JPN seterusnya dipanjangkan kepada En. Alhuzaee bin Sulaiman ( [email protected] ) pada atau sebelum 15 November 2016.

Page 8: Panduan Pelaksanaanjpnperak.moe.gov.my/ppdks/media/kunena/attachments/779/... · 7.1 Menyediakan kertas kerja Program Bulan Dakwah peringkat sekolah. ... 2. Tayangan video dan gambar

6

Lampiran B

Panduan Pelaksanaan

PROGRAM BULAN DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Berikut adalah cadangan pengisian program untuk bulan dakwah peringkat sekolah bagi

tahun 2016.

1. Tajuk : Hayya Bil Arabiah

Objektif : Di akhir program, peserta diharapkan akan dapat :

1. Mengingati dialog kegunaan harian dalam Bahasa Arab.

2. Berkomunikasi dalam Bahasa Arab secara ringkas dan mudah dalam

kehidupan seharian.

Cadangan Aktiviti:

1. Taklimat kaedah dialog dalam Bahasa Arab dengan yang betul.

2. Edaran brosur dialog Bahasa Arab .

3. Simulasi perbualan dalam Bahasa Arab.

2. Tajuk : Bijak Tajwid

Objektif : Di akhir program, peserta diharapkan akan dapat :

1. Mengetahui formula mudah mengingati ilmu tajwid.

2. Membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul.

3. Menambah minat mempelajari ilmu tajwid.

Cadangan aktiviti :

1. Taklimat khulasah ilmu tajwid dan formula mudah mengingatinya.

2. Brosur ringkasan ilmu tajwid.

3. Kuiz ilmu tajwid.

3. Tajuk : Mahsyar Time Capsule

Objektif : Di akhir program, peserta diharapkan akan dapat :

1. Menghargai dan memahami kepentingan masa dalam kehidupan di

dunia.

2. Menginsafi masa yang berlalu tidak akan berulang kembali.

3. Memenuhkan masa dengan aktiviti yang berfaedah dunia akhirat.

Page 9: Panduan Pelaksanaanjpnperak.moe.gov.my/ppdks/media/kunena/attachments/779/... · 7.1 Menyediakan kertas kerja Program Bulan Dakwah peringkat sekolah. ... 2. Tayangan video dan gambar

7

Cadangan aktiviti :

1. Ceramah “Kepentingan Masa dan Alam Mahsyar”

2. Membina kapsul masa berisi nasihat hidup dan azam pada masa akan

datang.

3. Edaran brosur berkenaan alam Mahsyar sebagai muhasabah diri bagi

menghargai masa.

4. Tajuk : You Tube Dakwah

Objektif : Di akhir program, peserta diharapkan akan dapat :

1. Menerbitkan video kreatif pendek (short film 3 hingga 5 minit) yang

mengandungi nasihat dan promosi keindahan Islam.

2. Mencungkil bakat dakwah dan kemahiran ICT dalam kalangan pelajar

sekolah.

3. Menyumbang pengisian dakwah melalui medium internet.

Cadangan aktiviti :

1. Ceramah penerangan garis panduan penerbitan video kreatif pendek.

2. Tayangan contoh video dakwah yang berkaitan.

3. Pertandingan video kreatif dakwah peringkat sekolah.

5. Tajuk : Infografik Dakwah

Objektif : Di akhir kempen, peserta akan dapat :

1. Menerbitkan bahan dakwah kreatif dari kalangan pelajar.

2. Menambahkan ilmu berkaitan Islam.

3. Menyerikan persekitaran sekolah dengan infografik dakwah.

Cadangan aktiviti :

1. Penerangan tentang infografik dakwah dan kesannya serta kaedah

penghasilannya.

2. Pertandingan infografik dakwah peringkat sekolah.

6. Tajuk : Khatib Cilik / Remaja

Objektif : Di akhir kempen, peserta akan dapat :

1. Mempelajari kaedah penyampaian khutbah.

2. Membuat amali penyampaian khutbah.

Cadangan aktiviti :

1. Penerangan kaedah dan tatacara penyampaian khutbah.

2. Amali khutbah Jumaat, khutbah hari raya, khutbah gerhana matahari.

3. Bengkel penghasilan teks khutbah.

Page 10: Panduan Pelaksanaanjpnperak.moe.gov.my/ppdks/media/kunena/attachments/779/... · 7.1 Menyediakan kertas kerja Program Bulan Dakwah peringkat sekolah. ... 2. Tayangan video dan gambar

8

7. Tajuk : Modest Hijab

Objektif : Di akhir program peserta akan dapat

1. Menimbulkan minat memakai tudung kepala yang patuh syariah.

2. Kesedaran hikmah dan kepentingan menjaga aurat.

3. Mengamalkan pemakaian hijab dengan fesyen bersederhana.

Cadangan aktiviti :

1. Penerangan tentang kaedah pemakaian tudung kepala yang patuh

syariah.

2. Pertandingan buku skrap Hijab Modesty.

3. Gerai jualan tudung.

8. Tajuk : Sebutir Benih Akhirat

Objektif : Di akhir program, peserta akan dapat

1. Kesedaran tentang hikmah dan kepentingan infaq dan wakaf.

2. Menghilangkan perasaan bakhil dalam pemilikan.

3. Merasai perkongsian harta dalam menjayakan sesuatu pembangunan

syiar Islam.

4. Merasai peluang menabung untuk akhirat.

Cadangan aktiviti :

1. Ceramah hikmah dan kepentingan infaq dan wakaf.

2. Pelancaran tabung infaq dan wakaf peringkat sekolah.

3. Kempen infaq 10 sen setiap Jumaat setiap warga sekolah.

9. Tajuk : Takaful vs Insurans

Objektif : Di akhir kempen, peserta akan dapat

1. Mengetahui secara ilmiah tentang perbezaan antara insurans dan takaful.

2. Kesedaran perbezaan insurans dan takaful dari segi syariah.

3. Mempromosikan takaful sebagai kaedah yang diberkati.

Cadangan aktiviti :

1. Taklimat secara ilmiah tentang perbezaan antara insurans dan takaful.

2. Edaran brosur fatwa kebangsaan dan perbezaan antara insurans dan

takaful.

3. Kuiz pemahaman takaful.

Page 11: Panduan Pelaksanaanjpnperak.moe.gov.my/ppdks/media/kunena/attachments/779/... · 7.1 Menyediakan kertas kerja Program Bulan Dakwah peringkat sekolah. ... 2. Tayangan video dan gambar

9

10. Tajuk : Ancaman Akidah (Syiah)

Objektif : Di akhir program, peserta akan dapat

1. Mengetahui kesesatan fahaman Syiah

2. Mengelakkan diri dari dipengaruhi ajaran ini.

3. Menjauhkan diri daripada golongan sesat.

Cadangan aktiviti :

1. Ceramah tentang ancaman ajaran sesat

2. Tayangan video dan gambar sambutan Hari Asyura oleh Syiah.

3. Edaran brosur pembongkaran kesesatan Syiah.

Page 12: Panduan Pelaksanaanjpnperak.moe.gov.my/ppdks/media/kunena/attachments/779/... · 7.1 Menyediakan kertas kerja Program Bulan Dakwah peringkat sekolah. ... 2. Tayangan video dan gambar

10

Lampiran C

Carta Perbatuan

PROGRAM BULAN DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN

MALAYSIA TAHUN 2016

Bil. Aktiviti Jan Jun Julai Ogos Sep Okt Nov Dis

1. Edaran Surat Makluman

Jan

2.

Pelaksanaan Program Bulan Dakwah di sekolah

1 Jun –

31 Julai

3.

Penghantaran Pelaporan ke UPI, PPD

1 Ogos – 30 Sept

4.

Penghantaran Pelaporan ke SPI, JPN

1 Okt – 30 Okt

5.

Penghantaran Pelaporan ke BPI, KPM

1 – 30

Nov

• Penghantaran analisa laporan melalui PPD dan JPN seterusnya dipanjangkan kepada En. Alhuzaee bin Sulaiman ( [email protected] ) pada atau sebelum 15 November 2016.