demi masa

10
Pengertian Sosiologi: · Perkataan sosiologi mula digunakan oleh Auguste Comte (1798- 1857) di Perancis melalui karyanya yang bertajuk Positive Philosophy. · Perkataan sosiologi ialah daripada perkataan Latin socio yang bermaksud berkongsi dan dalam bahasa Yunani dan Roman bermaksud pengetahuan mengenai masyarakat. Perkataan logos pula bermaksud kajian terhadap sesuatu. Beliau menggabungkan kedua perkataan tersebut menjadi sosiologi. · Tetapi menurut Ritzer (1992), seorang sarjana barat, ilmu sosiologi telah ada beratus tahun lamanya sebelum lahirnya perkataan sosiologi yang dikenali sebagai ‘ilm al-Ijtima’i yang diasaskan oleh seorang tokoh pemikir Islam iaitu Ibnu Khaldun. · Menurut Ibnu Khaldun, kajian masyarakat adalah merupakan bidang sains yang berdiri sendiri dan memiliki objeknya yang tersendiri iaitu peradaban manusia dan organisasi sosialnya. Menurut beliau lagi, ciri-ciri masyarakat moden itu telah wujud sebelum revolusi perindustrian di Eropah. Ini bererti masyarakat Islam sebenarnya sudah awal mencipta tamadun moden. Buktinya dapat ditinjau melalui karyanya Mukadimah yang ada menyentuh tentang peradaban masyarakat Badwi, pembentukan kerajaan, kewujudan negara kota, perhubungan sosial, perkembangan ekonomi dan tentang ilmu pengetahuan. · Pertubuhan sosiologi Amerika Syarikat berpendapat bahawa sosiologi dianggap ilmu yang saintifik kerana ada kelogikannya, bukti, akal, kajian terbaru, pemerhatian, guna generalisasi, merekod, ada kebenaran, bersistematik, analisis, bersifat objektif (tiada dipengaruhi kepercayaan atau nilai) dan soal selidik. Dengan kata lain, ia adalah bidang baru yang berasaskan kajian secara sistematik dan objektif kajiannya tentang tingkahlaku atau pergaulan masyarakat dan hubungan manusia.

Upload: faly-isaac

Post on 03-Oct-2015

227 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

hahah waktu dulu

TRANSCRIPT

Pengertian Sosiologi:

Perkataan sosiologi mula digunakan oleh Auguste Comte (1798-1857) di Perancis melalui karyanya yang bertajuk Positive Philosophy.

Perkataan sosiologi ialah daripada perkataan Latin socio yang bermaksud berkongsi dan dalam bahasa Yunani dan Roman bermaksud pengetahuan mengenai masyarakat. Perkataan logos pula bermaksud kajian terhadap sesuatu. Beliau menggabungkan kedua perkataan tersebut menjadi sosiologi.

Tetapi menurut Ritzer (1992), seorang sarjana barat, ilmu sosiologi telah ada beratus tahun lamanya sebelum lahirnya perkataan sosiologi yang dikenali sebagai ilm al-Ijtimai yang diasaskan oleh seorang tokoh pemikir Islam iaitu Ibnu Khaldun.

Menurut Ibnu Khaldun, kajian masyarakat adalah merupakan bidang sains yang berdiri sendiri dan memiliki objeknya yang tersendiri iaitu peradaban manusia dan organisasi sosialnya. Menurut beliau lagi, ciri-ciri masyarakat moden itu telah wujud sebelum revolusi perindustrian di Eropah. Ini bererti masyarakat Islam sebenarnya sudah awal mencipta tamadun moden. Buktinya dapat ditinjau melalui karyanya Mukadimah yang ada menyentuh tentang peradaban masyarakat Badwi, pembentukan kerajaan, kewujudan negara kota, perhubungan sosial, perkembangan ekonomi dan tentang ilmu pengetahuan.

Pertubuhan sosiologi Amerika Syarikat berpendapat bahawa sosiologi dianggap ilmu yang saintifik kerana ada kelogikannya, bukti, akal, kajian terbaru, pemerhatian, guna generalisasi, merekod, ada kebenaran, bersistematik, analisis, bersifat objektif (tiada dipengaruhi kepercayaan atau nilai) dan soal selidik. Dengan kata lain, ia adalah bidang baru yang berasaskan kajian secara sistematik dan objektif kajiannya tentang tingkahlaku atau pergaulan masyarakat dan hubungan manusia.

Sosiologi bukan sains fizikal atau kemanusiaan tetapi ia terletak di tengah-tengah.

Tujuan utama sosiologi ialah untuk mengetahui struktur asas masyarakat manusia dengan mengenal pasti tekanan-tekanan utama yang mengerat atau melemahkan mereka dan mempelajari syarat-syarat yang membentuk kehidupan sosial mereka agar dapat difahami dan dapat menyelesaikan masalah tingkah laku masyarakat dan meramal perubahan masyarakat.

Perspektif Sosiologi:

Disiplin sosiologi mempunyai perspektifnya yang tersendiri tentang masyarakat dan tingkahlaku sosial.

Persoalan yang dikaji oleh ahli-ahli sosiologi adalah:1. Berasaskan pada teori, analisis dan tafsiran data secara saintifik. 2. Setiap laporan daripada ahli sosiologi adalah tepat dan seboleh-bolehnya mengelakkan berlakunya berat sebelah. Dengan kata lain, hasil kajian daripada ahli-ahli sosiologi adalah bersifat objektif.3. Ahli-ahli sosiologi juga menggunakan kaedah empirik dan saintifik untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai tingkahlaku manusia yang disebut perspektif sosiologi sebagaimana menurut T.Marimuthu.4. Kajian meliputi bidang mikro (kecil) dan makro (besar) yang saling berkaitan. Misalnya, masalah individu seperti penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan masalah kecurian di mana melibatkan masalah orang ramai. Maksudnya, ia bukan sahaja memberi kesan yang buruk kepada individu yang berkenaan bahkan juga kepada masyarakat sekeliling.

Sejarah Perkembangan Sosiologi:

Perkembangan ilmu sosiologi perlu dikaitkan dengan sarjana Islam iaitu Ibnu Khalsun (1332-1406). Beliau lahir di Tunis, sangat bijak dalam bidang kemasyrakatan terutamanya bidang sosiologi. Selain itu, beliau menguasai Al-Quran, matematik dan sejarah. Ramai sarjana Islam menegaskan bahawa ilmu sosiologi telah wujud beratus tahun lamanya sebelum lahirnya perkataan sosiologi.

Dalam karyanya Mukaddimah, beliau membincangkan dengan mendalam mengenai peradaban masyarakat Badwi, pembentukan kerajaan, kewujudan negara kota, perhubungan sosial, perkembangan ekonomi dan tentang ilmu pengetahuan. Beliau membezakan antara masyarakat primitif dan moden. Ibnu Khaldun mengkaji berbagai-bagai institusi sosial seprti politik dan ekonomi serta meneliti saling hubungan antara institusi-institusi sosial berkenaan. Malah Ibnu Khaldun telah memperkenalkan beberapa konsep penting sosiologi seperti perbandingan desa dan kota, asabiyah atau solidariti sosial, perubahan sosial serta bidang-bidang berkaitan sosiologi politik, ekonomi dan sejarah.

Beliau telah mengkaji masyarakat dengan cara pengkajian yang saintifik dan melakukan penyelidikan empirikal dalam mencari punca-punca fenomena sosial.

Beliau adalah merupakan seorang ahli falsafah, ahli pentadbir dan penasihat kerajaan dan dianggap ahli sains sosial serta bapa kepada ilmu sosiologi. Dalam pandangan Islam seperti yang telah dikemukakan oleh Ibnu Khaldun, ciri-ciri masyarakat yang dianggap moden itu sebenarnya telah wujud lama sebelum revolusi perindustrian di Eropah. Pada abad pertengahan dunia Islam telah jauh lebih maju berbanding dengan Eropah. Ertinya, masyarakat Islam sebenarnya telah mencipta tamadun moden sebelum Eropah.

Kaedah kajian sosial yang digunakan oleh Ibn Khaldun tidak berbeza daripada metodologi kajian yang dianggap saintifik yang dibuat oleh tokoh-tokoh awal barat. Apa yang membezakan adalah sosiologi Islam yang berpandukan dan bermatlamatkan agama sepertimana yang diungkapkannya, Ilmu pengetahuan hanya datang daripada Allah Subhanahu Wataala yang Berkuasa, yang Maha Bijaksana (1993). Berdasarkan sumbangan Ibnu Khaldun itu, kita mungkin dapat merumuskan beliau sebagai bapa sosiologi moden.

Pada abad ke-18 dan 19 muncul pula ahli-ahli sosiologi moden di Barat yang mengemudi bidang sosiologi seperti Auguste Comte (Perancis), Herbert Spencer dengan karyanya Principles of Sosiologi (England), Karl Marx, Emile Durkheim, Max Weber dan lain-lain. Karl Marx berpendapat dalam masyarakat itu ada konflik dan tidak percaya ada suatu sistem yang baik. Oleh itu, beliau menyeru kepada ahli-ahli sains sosial supaya bukan sahaja memahami sesuatu masyarakat tetapi perlu juga pada mengubahnya. Max Weber pula berpendapat manusia perlu disatukan dalam kumpulan tertentu agar menjadi unit asas masyarakat. Penyatuan perlu diadakan kerana lapisan atau kelas masyarakat akan wujud akibat daripada tekanan ekonomi, sosial dan juga politik. Pada zaman ini ramai ahli fikir yang mahu memisahkan disiplin sosiologi dengan disiplin lain termasuk falsafah yang berpunca berekoran peristiwa revolusi perindustrian di Eropah dan Amerika Utara yang menjadi titik tolak kepada zaman yang dianggap moden dan memisahkannya dengan zaman tradisi.

Dalam konteks perkembangan sains, kemunculan sosiologi telah memisahkannya dengan kajian antropologi. Revolusi perindustrian telah menyebabkan perubahan dalam cara kehidupan manusia dan merubah corak masyarkat. Pada zaman moden, perubahan-perubahan yang drastik dalam masyarakat telah dilihat oleh tokoh-tokoh sosial dan timbul minat mereka untuk mengkajinya. Ciptaan-ciptaan, teknologi moden, pekerjaan baru, pola pengkhususan dan sebagainya telah merubah begitu sekali masyarakat hinggakan dalam kemajuan yang pesat itu telah wujud juga pelbagai masalah.

Ahli-ahli sains pada peringkat permulaan telah cuba mengkaji masyarakt dengan membandingkannya dengan kaedah-kaedah sains yang sedia ada. Sebagai contoh mereka mula memikirkan cara mengatasi masalah sosial moden dengan perbandingan kepada gejala fizikal, misalnya jika masalah banjir boleh diatasi dengan membina empangan, adakah cara yang serupa dapat mengawal wabak sosial yang melanda masyarakat?

Di Amerika Syarikat, bidang sosiologi juga berkembang pada penghujung abad ke-19 di mana ia banyak menumpukan pada kajian tentang masyarakt perindustrian, corak hidup, kenakalan remaja, kemiskinan dan juga jenayah. Hal tersebut banyak disentuh oleh Lester F.Ward melalui karyanya Dynamic Sociology.

Pada tahun 1896, muncul penyelidikan pertama iaitu The American Journal Of Sociology. Antara kandungannya ialah berkaitan dengan cadangan tentang penyelesaian masalah sosial. Penyelesaian ini penting kerana ketika itu berbagai-bagai masalah sosial wujud akibat daripada perbandaran dan perindustrian. Perkembangan ilmu sosiologi juga dikaitkan dengan penubuhan Jabatan Akademik pertama di Universiti Chicago pada sekitar tahun 1890an. Sejak penubuhan tersebut, ramai ahli sosiologi muncul dengan dikenali sebagai Chicago School yang memfokuskan kepada masalah serta pembaharuan sosial. Antaranya ialah Robert E.Park, W.I.Thomas dan Ernest W.Burgess.

Perkembangan ilmu sosiologi di Amerika pada awal abad ke-20 dikaitkan juga dengan tokoh yang bernama Talcott Parson dan Robert K.Merton. Hasil Parson yang terkenal ialah The Structure of Social Action (1957) dan The Social System (1951). Sementara sumbangan penting Merton ialah Social Theory And Social Structure (1949). Parson dan Merton juga bertanggungjawab dalam perkembangan teori fungsionalisme.

Pada tahun 1910-1926, perkembangan bidang sosiologi di Amerika Syarikat semakin cepat dan semakin mendapat sambutan ramai di mana kolej dan Universiti Amerika banyak menawarkan kursus sosiologi sehingga tahun 1960an perkembangan sosiologi pendidikan di Amerika Syarikat meningkat sejak penerbitan buku Sociology of Teaching (1932) oleh Waller.

Di Malaysia, bidang sosiologi dianggap bidang baru yang diperkenalkan selepas tertubuhnya universiti tempatan. Pada mulanya, kursus sosiologi diperkenalkan oleh Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya. Pada tahun 1971, bidang sosiologi mula berkembang apabila Universiti Malaya menubuhkan Jabatan Antropologi dan Sosiologi.

Di Universiti Sains Malaysia, bidang sosiologi mula diperkenalkan pada tahun 1970 apabila Pusat Pengajian Perbandingan Sains Sosial diperkenalkan.

Seterusnya bidang ini diperkenalkan terus di Universiti Kebangsaan Malaysia, Univerisiti Pertanian Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan lain-lain universiti. Sesetengah universiti meletakkan sosiologi di bawah disiplin yang berasingan dan semakin mendapat perhatian umum. Misalnya, Universiti Kebangsaan Malaysia yang meletakkan kursus-kursus yang berkaitan sosiologi di bawah Jabatan Antropologi dan Sosiologi. Antara tenaga pengajarnya ialah Prof. Dr Hood Hj Salleh dan juga Dr Shamsul Amri Baharuddin sehingga hari ini negara Malaysia telah banyak melahirkan tokoh yang membicarakan aspek sosiologi seperti Prof. Mohd. Taib Osman, Syed Hussein Ali, De Jong, Syed Hussein Al-Attas, Kahar Bador dan lain-lain. Sumbangan mereka adalah penting kerana dapat menyelesaikan berbagai krisis sosial yang melanda negara Malaysia.

Tokoh Sosiologi Yang Membentuk Perspektif Sosiologi:

Auguste Comte (1798-1857):Seorang ahli falsafah Perancis yang dilahirkan dan dibesarkan di zaman revolusi Perancis yang dianggap bapa sosiologi kerana sumbangannya memperkenalkan perkataan sosiologi. Sosiologi menurut pandangan beliau adalah merupakan ilmu sains yang terakhir sekali diperkenalkan, merupakan yang paling signifikan dan yang paling kompleks berbanding sains-sains yang lain. Comte menekankan supaya pengkajian masyarakat mestilah dibuat secara saintifik dan sistematik. Beliau berharap sosiologi dapat menyumbang ke arah kesejahteraan individu. Oleh itu, beliau mempunyai cita-cita yang tinggi untuk mengubah masyarakat Perancis dan juga dunia dengan motonya yang tersendiri iaitu order and progress. Comte membahagikan pengkajian masyarakat kepada 2 bahagian iaitu:1. Statik sosial yang merujuk kepada aspek-aspek kehidupan yang ada hubungannya dengan peraturan dan stabiliti yang menyebabkan masyarakat dapat bersatu dan bertahan.

2. Dinamik sosial pula merujuk kepada aspek-aspek kehidupan sosial yang berkaitan dengan perubahan sosial dan corak perkembangan institusi dengan menekankan kepada perkembangan pembahagian tugas dalam masyarakat moden.

Menurut Comte, masyarakat berkembang melalui tiga proses evolusi, iaitu:1. Peringkat teologikal iaitu kepercayaan bahawa semua perkara yang berlaku adalah disebabkan oleh kuasa ghaib (supernatural). Maksudnya, manusia bergantung kepada kebolehan akal fikiran untuk memahami peristiwa yang dialami dan persekitaran yang diduduki. Secara khususnya, dunia sosial dan fizikal dilihat sebagai dihasilkan oleh tuhan.

2. Peringkat metafizikal yang mana pada peringkat ini semangat yang bersifat perseorangan yang telah membawa kepada kepercayaan terhadap semangat yang abstrak seperti kudrat alam melampaui tuhan-tuhan yang maujud. Ringkasnya, kepercayaan adalah berbentuk virtual (mutlak/sebenarnya).

3. Peringkat positif yang mana ciri utamanya adalah kepercayaan kepada sains. Misalnya, hujan disebabkan adanya awan. Untuk menerangkannya memerlukan kepada fakta. Pada peringkat ini, manusia mula mencari sebab-sebab yang mutlak. Mereka menumpukan pemerhatian kepada dunia sosial dan fizikal dalam menentukan apakah sebenarnya peraturan-peraturan yang menyebabkan kewujudan dunia dan segala yang di dalamnya dalam dunia sosial dan fizikal manusia. Di sinilah sosiologi memainkan peranannya dalam semua bidang.

Keseluruhan sosiologi Comte adalah berbentuk makro. Beliau telah menyumbangkan banyak perkara yang antaranya penganalisaan struktur sosial dan perubahan sosial, menekankan ciri-ciri sistematik masyarakat, evolusi dunia, melihat kepentingan konsensus, penekanan terhadap penterorian abstrak, kaedah penyelidikan sosiologikal (pemerhatian, eksperimen dan kajian perbandingan sejarah), pandangan saintifik mengenai masyarakat dan beliaulah orang pertama mempercayai bahawa sosiologi pasti akan menjadi bidang saintifik yang dominan di dunia. Hingga sekarang Comte telah mempengaruhi ramai ahli-ahli sosiologi terutamanya golongan fungsionalisme.

Herbert Spenser (Teori Fungsionalisme):

Beliau seorang ahli falsafah Inggeris yang memberi sumbangan besar dalam pengkajian perubahan sosial. Masyarakat dibina berdasarkan kekeluargaan, penyatuan kumpulan, agama, pendidikan, negara dan ekonomi untuk membentuk kestabilan sosial. Beliau percaya kehidupan masyarakat manusia adalah sebagai satu sistem yang berjalan sendiri yang kuat dan mampu untuk hidup. Ini bererti manusia perlu bersaing dengan persekitaran untuk mendapatkan kemajuan. Masyarakat berkembang melalui penggandaan anggota dan penyatuan kumpulan yang membawa kepada bertambahnya perbezaan struktur sosial dan perbezaan fungis-fungsi yang dimainkan. Perkembangan sosial selalunya menyebabkan perbezaan dan integrasi struktur.

Karl Marx (Teori Konflik):

Beliau seorang ahli falsafah, ahli ekonomi dan ahli revolusi berasal dari Jerman yang meninggal dunia di England setelah dibuang negara kerana idea-ideanya yang radikal. Menurut beliau, perubahan sosial berpunca daripada pengaruh ekonomi. Dalam sistem moden, mereka yang mempunyai modal yang besar mendominasi ekonomi dengan mengawal faktor-faktor pengeluaran sementara yang lain pula sebagai pekerja kerana ketiadaan modal. Akhirnya wujud konflik dan pertentangan antara dua kelas berkenaan.

Emile Durkheim (Teori Funsionalisme):

Beliau berasal daripada keluarga kelas menengah Perancis melihat pentingnya kestabilan dan kesejahteraan kehidupan individu dalam masyarakat. Fenomena sosial berlaku disebabkan oleh faktor sosial yang mempunyai pelbagai perbezaan. Agama dianggap penting untuk penyatuan masyarakat dan pembangunan negara. Keperluan mematuhi peraturan dengan keperluan kebebasan mestilah seimbang. Jika tidak, orang akan hilang arah dan sosiologi pula dianggap sebagai pemandu arah agar manusia tidak terperangkap. Max Weber (Teori Konflik):

Beliau seorang ahli sejarah sosial berbangsa Jerman. Sumbangannya yang besar ialah memperkenalkan konsep birokrasi dan menjelaskan ciri-ciri birokrasi yang bersifat unggul seperti ada pembahagian tugas, pekerja dipilih berdasarkan syarat-syarat kelulusan, ada peraturan, pekerja taat setia kepada peraturan, kakitangan bekerja sepenuh masa, ada struktur formal di mana pekerja bertanggungjawab kepada ketuanya dan terdapat pejabat awam.

Antara Tujuan Mempelajari Sosiologi:

1. Untuk memahami situasi sosial memandangkan sosiologi banyak membicarakan tentang kehidupan sosial manusia dan masyarakatnya, sudah pasti dapat membentuk individu yang faham akan erti kehidupan bermasyarakat yang sebenar.2. Penggubalan polisi memandangkan polisi digubal untuk rakyat. Oleh itu dengan adanya kefahaman dan ramalan tentang masyarakat tentu memudahkan penggubalan polisi yang sesuai.3. Untuk menilai keberkesanan sesuatu polisi sama ada berjaya atau adanya halangan ataupun gagal.4. Kesedaran sosial. Sebagai contoh sekiranya dasar-dasar pihak yang mempunyai kuasa tidak membuat keputusan yang adil untuk pihak yang dikuasainya, maka pengetahuan sosiologi dapat melahirkan kesedaran sosial. Pihak yang tertekan bolehlah menyuarakan kepada pihak-pihak berkenaan. Dengan itu tidak mustahil keadilan sosial dapat dicapai.5. Kesedaran mengenai perbezaan budaya. Kumpulan-kumpulan yang berbeza dalam masyarakat akan lebih memahami antara satu sama lain. Ini sangat penting dalam sebuah negara yang berbilang etnik di mana prejudis terhadap budaya lain dapat dielakkan.

Pendidikan Dan Sosiologi Pendidikan: