definisi spss

42
Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan | PJM 3115 1.0 Pendahuluan SPSS ialah sebuah perisian yang digunakan untuk menganalisis data penyelidikan yang telah siap ditadbir dan dikumpulkan. Sebelum memulakan proses penganalisisan data menggunakan SPSS, pengetahuan secara ringkas bagaimana data kajian yang akan dianalisis ini mula‐mula direka bentuk perlu diketahui. Ini adalah kerana, reka bentuk kajian mempunyai implikasi terhadap data yang akan dimasukkan ke dalam perisian SPSS ini. 1.1 Apakah Itu Statistik Statistik merupakan satu cabang ilmu yang diperoleh dari data. Ia merangkumi segalanya dari perancangan untuk mengumpul data, pengurusan data semasa dan selepas mengumpul data hinggalah ke aktiviti seperti membuat kesimpulan dari fakta numerik dan persembahan dapatan dari data yang telah dianalisis. Statistik adalah berhubung rapat dengan fitrah manusia yang ingin tahu sesuatu dalam ketidakpastian. 1.2 Kepentingan Statistik. Data merupakan apa yang boleh di peroleh dan simpan. Data menjadi maklumat apabila ia diolah sehingga mampu menyelesaikan sesuatu maklumat. Maklumat menjadi fakta apabila data yang diperoleh dapat menyokong maklumat tersebut. Fakta seterusnya menjadi ilmu apabila pengetahuan mengenainya digunakan untuk proses membuat keputusan. 1.2.1 Konsep Asas Beberapa konsep asas mengenai beberapa istilah perlu diketahui sebelum ke aktiviti pemasukan data. Antara istilah‐istilah penting yang perlu ketahui disenaraikan seperti berikut dengan definisinya: 1

Upload: shahaizol-ejoi

Post on 03-Sep-2015

455 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

segak

TRANSCRIPT

Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan

Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan | PJM 3115

1.0 Pendahuluan

SPSS ialah sebuah perisian yang digunakan untuk menganalisis data penyelidikan yang telah siap ditadbir dan dikumpulkan. Sebelum memulakan proses penganalisisan data menggunakan SPSS, pengetahuan secara ringkas bagaimana data kajian yang akan dianalisis ini mulamula direka bentuk perlu diketahui. Ini adalah kerana, reka bentuk kajian mempunyai implikasi terhadap data yang akan dimasukkan ke dalam perisian SPSS ini.

1.1 Apakah Itu Statistik

Statistik merupakan satu cabang ilmu yang diperoleh dari data. Ia merangkumi segalanya dari perancangan untuk mengumpul data, pengurusan data semasa dan selepas mengumpul data hinggalah ke aktiviti seperti membuat kesimpulan dari fakta numerik dan persembahan dapatan dari data yang telah dianalisis. Statistik adalah berhubung rapat dengan fitrah manusia yang ingin tahu sesuatu dalam ketidakpastian.

1.2 Kepentingan Statistik.

Data merupakan apa yang boleh di peroleh dan simpan. Data menjadi maklumat apabila ia diolah sehingga mampu menyelesaikan sesuatu maklumat. Maklumat menjadi fakta apabila data yang diperoleh dapat menyokong maklumat tersebut. Fakta seterusnya menjadi ilmu apabila pengetahuan mengenainya digunakan untuk proses membuat keputusan.

1.2.1 Konsep Asas

Beberapa konsep asas mengenai beberapa istilah perlu diketahui sebelum ke aktiviti pemasukan data. Antara istilahistilah penting yang perlu ketahui disenaraikan seperti berikut dengan definisinya:

1.2.2 PopulasiSatu koleksi entiti yang menjadi tumpuan kajian kita. Misalnya, dalam kajian ini yang menggunakan murid Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Bukit Raya (SKBR)

1.2.3 SampelSebahagian atau subset daripada populasi. Misalnya daripada semua murid di Sekolah Kebangsaan Bukit Raya (SKBR), kajian ini hanya tertumpu kepada murid-murid tahun 5 SKBR

1.2.4 DataData merupakan bahan atau unit asas dalam statistik. Data boleh diperoleh dalam bentuk ukuran atau bilangan. Contoh data dalam bentuk ukuran adalah suhu, ukuran tinggi, ukuran berat, markah pencapaian murid dan sebagainya. Data dalam bentuk bilangan boleh diperoleh melalui rekod sekunder atau melalui soal selidik atau eksperimen.

1.3 Pemboleh ubahUmumnya jika ciriciri yang ingin dikaji misalnya ciri modul yang memudahkan pemahaman pelajar adalah berbeza dalam kalangan pelajarpelajar atau sekumpulan responden yang dikaji maka ciriciri tersebut mewakili satu pembolehubah. Dalam contoh ini pembolehubah bagi modul yang memudahkan pemahaman pelajar mempunyai 9 ciriciri iaitu mudah, langkahdemilangkah, latihanformatif, analogi bergambar, softcopy, hardcopy, multimedia, latihansumatif. Bidang statistik berkisar tentang pembolehubah. Pelbagai perisian atau alat statistik yang wujud hari ini adalah bertujuan untuk melihat perkaitan antara pembolehubah.

Jenisjenis PembolehubahTerdapat beberapa jenis pembolehubah seperti mana yang dijelaskan dalam bahagian seterusnya:

1.3.1 KuantitatifPembolehubah kuantitatif: satu istilah yang digunakan untuk menerangkan ciriciri sesuatu yang boleh diukur misalnya berat, tinggi, suhu dan sebagainya.

1.3.2 KualitatifPembolehubah kualitatif: satu istilah yang digunakan untuk menerangkan ciriciri sesuatu yang tidak boleh diukur misalnya agama, jantina, bangsa, kaum dan sebagainya

1.3.3 DiskritPembolehubah diskrit: satu istilah yang digunakan untuk sesuatu yang boleh diwakili oleh nombor integer seperti bilangan anak,bilangan rumah, bilangan murid yang membuat pendaftaran awal dan sebagainya.

1.3.4 BerterusanPembolehubah berterusan: mewakili satu nilai dalam sesuatu skala atau interval pengukuran seperti tinggi, berat atau nilai ukuran tekanan darah.

1.4 Pengukuran dan Skala Pengukuran

objek atau acara berdasarkan satu set peraturan. Umumnya, terdapat empat jenis skala pengukuran iaitu nominal, ordinal, interval dan ratio atau nisbah. Nominal: klasifikasi data kepada kategori tertentu yang tiada nilai sepunya misalnya mengkategorikan responden mengikut kategori tertentu misalnya mengikut:

(i) Jantina : perempuan dan lelaki.(ii) Bangsa : Cina, Melayu, India dan Lainlain

Data nominal adalah ukuran yang paling sederhana, di mana angka yang diberikan kepada objek mewakili satu label sahaja, dan tidak menunjukkan sebarang pemeringkatan. Misalnya perempuan diberi nilai=0 manakala lelaki=1. Angkaangka ini tidak boleh dimanipulasikan lagi hanya sekadar member makna bahawa data yang diisi dengan nilai 1 mewakili jantinaperempuan.

Ordinal: Pada asasnya sama seperti nominal tetapi wujud pemeringkatan yang penting dan harus diambil kira misalnya:

(i) Gred Akhir: Cemerlang, Sederhana, Gagal(ii) Saiz Baju : XXXL, XXL, XL, L, M, S, XS, XXS

Data ini, diwakili oleh nama atau atribut yang memiliki pemeringkatan atau urutan. Angka, huruf atau label yang diberikan mengandungi pemeringkatan. Ia digunakan untuk mengurutkan objek dari yang paling rendahsehingga yang paling tinggi atau sebaliknya. Ukuran ini tidak memberikan nilai tepat terhadap objek, tetapi hanya memberikan peringkat sahaja. Bagi sesuatu pembolehubah yang diberi nilai pemeringkatan misalnya 1, 2, 3, 4, 5 dan seterusnya; bila dinyatakan dalam skala, maka jarak antara satu data dengan yang lain adalah tidak sama. Data ini hanya akan memiliki urutan mulai dari yang paling tinggi hingga yang paling rendah atau sebaliknya. Jika menggunakan skala Likert maka pemeringkatan data mungkin dari sangat setuju, setuju, agak setuju, tidak setuju hinggalah sangat tidak setuju. Alat analisis untuk menguji pertalian menggunakan statistik non-parametrik yang lazim digunakan untuk data ordinal adalah Spearman Rank Correlation dan Kendall Tau.

Interval: Data yang boleh diatur mengikut sesuatu pemeringkatan dengan jarak yang sama antara satu ukuran dengan yang sebelum atau selepasnya dan seterusnya bagi membolehkan pengiraan dibuat. Dalam kata lain, jarak antara satu pengukuran dengan yang lain boleh diukur walaupun antara yang pertama dan kedua atau kedua dan ketiga tidak semestinya pada darjah pemeringkatan yang betulbetul sama. Misalnya ukuran suhu bilik pada suhu 25C dan 35C. Datadata ini merupakan data interval kerana wujud pemeringkatan iaitu 25C lebih rendah dari 35C dan (ii) pengiraan perbezaan antara dua suhu tersebut boleh dibuat iaitu suhu 25C lebih rendah dari 35C sebanyak 10C .

Ratio: Data yang yang ada pemeringkatan dan boleh diukur dari aspek nisbah dan interval iaitu jarak antara dua ukuran. Terdapat kiraan sifar yang nyata. Misalnya tinggi Ariff 80cm dan tinggi Ummi 160cm dari titik ketinggian 0cm. 80cm adalah kurang dari 160cm (ada pemeringkatan) dan beza antara dua ukuran ini adal 80cm (boleh diukur). 160cm adalah dua kali ketinggian 80cm.

1.5 SPSS Windows

Data yang dikumpul melalui instrumen seperti soal selidik perlu diproses untuk memberi makna. Terdapat beberapa pakej statistik untuk tujuan ini misalnya SPSS iaitu Statistical Package for Sosial Science atau SAS iaitu Statistical Analysis System. Contoh yang digunakan untuk perbincangan dalam buku ini ialah SPSS.

SPSS for Windows menyediakan alat menganalisis statistik yang sangat berguna. Data boleh di manipulasi dalam satu sistem pengurusan data bergrafik menggunakan menu deskriptif dan kotak dialog mudah untuk melaksanakan kerjakerja atas arahan pengguna. Segala arahan boleh dilaksanakan hanya dengan menggunakan klik tetikus. Langkahlangkah yang perlu untuk menganalisis data menggunakan SPSS adalah seperti berikut:

1. Beri definisi kepada semua pemboleh ubah terlibat bagi setiap item dalam soalselidik.2. Masukkan data ke dalam perisian SPSS melalui Data Editor.3. Pilih satu prosedur dari menu sama ada prosedur membuat graf atau prosedur menganalisis data bergantung pada kehendak kajian anda.4. Pilih pembolehubah. Pastikan prosedur yang dipilih sesuai untuk pemboleh ubah tersebut. Pembolehubah kesemuanya akan ditunjukkan dalam kotak dialog. Anda hanya pelu pilih dan klik masuk pembolehubah ke dalam kotak dialog yang berkenaan.5. Jalankan prosedur dengan mengklik ok. Keputusan akan ditunjukkan dalam OUTPUT VIEWER dalam bentuk carta, statistik deskriptif atau statisti inferensi.6. Buat kesimpulan berdasarkan output yang diberi.

2.0Prosedur Ujian Antropometri dan Prestasi Motor2.1Ketinggian Berdiri2.1.1Ujian 1 : Ketinggian Berdiri (Standing Height)1. Definisi : Ukuran jarak dari lantai hingga ke bahagian paling atas kepala semasa posisi berdiri tanpa beralas kaki (tidak memakai kasut dan stokin) .2. Rasional : Tinggi atau rendah individu mempunyai kepentingan terhadap sesuatu jenis sukan atau permainan. Contoh :- Atlet bola keranjang, bola jaring, pendayung dan perenang mempunyai kelebihan dari ketinggian manakala atlet gimnastik dan terjun mendapat kelebihan jika rendah. 3. Objektif : Untuk mendapat ukuran ketinggian murid semasa posisi berdiri.4. Peralatan : Pita Pengukur (2 meter) ,Pita penanda, Papan klip A4 atau Sesiku L panjang.5. Pegawai : Memerlukan 3 penguji satu stesen: Prosedur (Pegawai yang menilai perlakuan peserta) Penguji (Membaca ukuran) Pencatat2.1.2 Prosedur1. Pita ukur dilekatkan secara menegak di permukaan dinding yang rata setinggi dua (2) meter. 2. Murid berdiri membelakangkan dinding dengan kepala, bahu, punggung dan tumit berada dalam keadaan rapat ke dinding. Pita ukur berada di tengah-tengah belakang badan tanpa memakai alas kaki.3. Kedua-dua belah kaki mesti dalam posisi rapat sementara kedua-dua tapak tangan mesti rapat di sisi paha.4. Semasa ukuran dibuat, murid menarik nafas, tahan nafas, dan memandang kehadapan. 5. Ukuran tinggi diambil dari bahagian permukaan lantai hingga ke bahagian paling atas kepala. Untuk mendapat bacaan yang tepat, pastikan papan klip A4 (bahagian tinggi) diletakkan rapat pada dinding (90 darjah) secara menegak (bahagian tapak) di bahagian paling atas kepala. (Pastikan murid tidak mengangkat tumit semasa ukuran diambil). 6. Bacaan perlu diambil pada paras mata penguji.

2.2Ukuran Berat Badan2.2.1Ujian1. Definisi : Ukuran berat badan dalam kilogram (kg) dengan berpakaian sukan lengkap tanpa beralas kaki.2. Rasional : Berat atau ringan badan memberi kesan terhadap pencapaian sukan dan permainan tertentu. Contoh : Atlet acara larian dan berbasikal jarak jauh memerlukan berat badan yang ringan. 3. Objektif : Untuk mendapat bacaan berat badan.4. Peralatan : Alat penimbang berat yang standard.5. Pegawai : Memerlukan 3 penguji satu stesen:Prosedur (Pegawai yang menilai perlakuan peserta)Penguji (Membaca ukuran)Pencatat2.2.2 Prosedur :1. Alat penimbang diletakkan di atas permukaan lantai yang rata.2. Pastikan jarum alat penimbang berat bermula pada skala sifar (0).3. Semasa bacaan dibuat, murid dikehendaki berdiri dalam posisi menegak di tengah-tengah alat penimbang tanpa alas kaki dan memandang ke hadapan. (Pastikan murid memakai pakaian yang ringan)2.3Indeks Jisim Badan1. Tujuan: Menilai komposisi badan2. Jantina: Lelaki dan Perempuan3. Alatan dan kemudahan:a. Pengukur tinggib. Penimbang beratc. Borang skord. Kalkulator4. Pengurusan dan organisasi:a. Pengukuran ini hendaklah dilakukan sebelum bateri ujian kecergasan di laksanakan2.3.2Prosedur:1. Murid dikehendaki menimbang berat badan dan mengukur ketinggian dalam ukuran metrik.2. Kiraan indeks jisim badan berdasarkan formula berikut:

3. Rujuk jadual di bawah untuk mengenal pasti indeks jisim badan dan risiko yang berkaitan. (Rujukan: National Centre For Chronic Disease Prevention And Health Promotion, 2000)

2.4Prosedur Ujian Prestasi Motor2.4.1Lari Ulang-Alik 10m (Aahperd Shuttle Run By Aahpeard 1976)2 Definisi : Catatan masa yang paling singkat untuk melakukan lari ulang alik 10 meter.3 Rasional : Tahap ketangkasan memberi kesan terhadap pencapaian dalam beberapa sukan dan permainan tertentu. Contohnya : bola sepak, olahraga, badminton dan lain-lain.4 Objektif : Untuk mengukur tahap ketangkasan dalam catatan masa yang paling singkat.5 Kebolehpercayaan : tidak dinyatakan di dalam ujian AAHPERD.6 Kesahan : tidak dinyatakan di dalam ujian AAHPERD.7 Peralatan : Pita Ukur, Kon, Pita Penanda, Lantai bersimen , Wisel, Jam Randik dan Bongkah kayu (3 tinggi x 2 tapak x 1 lebar) 2 unitPegawai : Memerlukan 3 penguji satu stesen: - Prosedur (Pegawai yang menilai perlakuan peserta) - Penguji (Membaca ukuran) - Pencatat2.4.2 Prosedur :1. Tandakan dua garisan untuk jarak larian 10 meter.2. Letakkan 2 bongkah kayu melepasi garisan 10 meter. Jarak selepas garisan 30 cm. Jarak antara dua (2) bongkah kayu 30 cm. 3. Murid berdiri di belakang garisan yang bertentangan dengan garisan yangdiletakkan dua (2) bongkah kayu tersebut.4. Apabila isyarat mula diberikan, peserta akan berlari menuju ke garisan yang telah diletakkan bongkah kayu, ambil satu daripada dua (2) bongkah kayu tersebut dan berlari semula ke garisan permulaan. Letakkan bongkah kayu yang pertama di kawasan yang telah ditandakan 30cm di luar garisan permulaan. Lari semula ke garisan yang bertentangan, ambil satu lagi bongkah kayu dan berlari semula ke garisan permulaan untuk menamatkan lari ulang alik 10 meter. 5. Pastikan sebelah kaki murid melepasi garisan semasa mengambil dan meletakkan bongkah kayu.6. Catatan masa mula dikira sebaik sahaja pegawai memberi isyarat mulasehingga torso murid melepasi garisan setelah selesai mengambil bongkahkayu yang kedua seperti prosedur di atas. (Jumlah ulang alik sebanyak 4 kali)

NORM UJIAN LARI ULAG ALIK 10m

2.5Lompat Menegak ( Sargent Jump By Sargent 1921)3 Definisi : Catatan lompatan yang paling tinggi menggunakan kuasa kaki.4 Rasional : Tahap kuasa menentukan prestasi atlet di dalam sesuatu sukan.5 Objektif : Untuk mengukur kuasa kaki semasa melakukan lompatan menegak.6 Kebolehpercayaan : r dilaporkan adalah .937 Kesahan : Kesahan dilaporkan sebanyak .788 Peralatan : Pita Ukur ( 12 kaki), dinding dan kapur.2.5.1Prosedur :1. Peserta berdiri menghadap dinding.2. Peserta diminta melompat dan menyentuh pita pengukur pada ketinggian paling maksimum yang boleh dicapai.3. Peserta diminta untuk melompat menggunakan kedua-dua belah kaki tanpa memakai alas kaki seperti kasut dan sebagainya.4. Peserta dibenarkan membengkokkan lutut dan mengayunkan tangan semasa melompat.5. Sebanyak 3-5 percubaan dibenarkan.6. Rekodkan percubaan murid yang paling tinggi nilainya.

NORM UJIAN LOMPAT MENEGAK AGESCORE

4 321

9-11220-240200-220180-200160-180

Source : Harold T. Friermodd (1921) US Volleyball Association Berne.

3.0Analisis Dan Penulisan Laporan3.1Analisis Deskriptif3.1.1Min Berat, Tinggi dan BMI bagi subjek kajian.Analisis (berdasarkan jadual 3.1):1. Berat minimum bagi perempuan ialah 22kg manakala berat maksimum ialah 55kg. Purata berat bagi perempuan ialah 35.47kg2. Tinggi minimum bagi perempuan ialah 127cm manakala tinggi maksimum ialah 156cm. Purata tinggi bagi perempuan ialah 140.97cm3. BMI minimum bagi perempuan ialah 11.9 manakala BMI maksimum bagi perempuan ialah 25.1. Purata BMI perempuan ialah 17.71.Descriptive Statisticsa

NMinimumMaximumMeanStd. Deviation

BERAT30225535.478.407

TINGGI30127156140.977.527

BMI3011.925.117.7113.2414

Valid N (listwise)30

a. JANTINA = PEREMPUAN

Jadual 3.1

Analisis (berdasarkan jadual 3.2) :1. Berat minimum bagi lelaki ialah 24kg manakala berat maksimum ialah 70kg. Purata berat bagi lelaki ialah 36.40kg.2. Tinggi minimum bagi lelaki ialah 126cm manakala tinggi maksimum ialah 159cm. Purata tinggi bagi subjek ialah 138.77cm3. BMI minimum bagi lelaki ialah 14.0 manakala BMI maksimum bagi lelaki ialah 31.1. Purata BMI bagi lelaki ialah 18.Descriptive Statisticsa

NMinimumMaximumMeanStd. Deviation

BERAT30247036.4011.734

TINGGI30126159138.778.089

BMI3014.031.118.5954.4849

Valid N (listwise)30

a. JANTINA = LELAKI

Jadual 3.2

Laporan :1. Murid perempuan mempunyai purata tinggi yang lebih rendah berbanding murid lelaki 2. Murid perempuan mempunyai purata berat yang lebih tinggi daripada purata berat lelaki.3. Secara keseluruhannya murid perempuan mempunyai purata indeks jisim berat badan(BMI) yang lebih rendah berbanding murid lelaki.

3.1.2Min dua komponen prestasi fizikal ke atas subjekAnalisis (berdasarkan jadual 3.3)1. Ketinggian minimum lompat menegak bagi murid perempuan ialah 133cm manakala ketinggian maksimum ialah 240cm. Purata ketinggian lompat menegak bagi perempuan ialah 218.6cm2. Masa minimum bagi lari ulang alik untuk muri perempuan ialah 12.13saat manakala masa maksimum bagi lari ulang-alik ialah 18.58saat. Purata lari ulang-alik bagi perempuan ialah 14.56saat.

Descriptive Statisticsa

NMinimumMaximumMeanStd. Deviation

L.MENEGAK30188240218.5713.457

L.U.A103012.1318.5814.56331.48476

Valid N (listwise)30

a. JANTINA = PEREMPUAN

Jadual 3.3

Analisis (berdasarkan jadual 3.4)1. Ketinggian minimum lompat menegak bagi murid lelaki ialah 182cm manakala ketinggian maksimum ialah 238cm. Purata ketinggian lompat menegak bagi perempuan ialah 215.4cm2. Masa minimum bagi lari ulang alik untuk murid lelaki ialah 11.53saat manakala masa maksimum bagi lari ulang-alik ialah 16.34saat. Purata masa lari ulang-alik bagi lelaki ialah 13.55saat

Descriptive Statisticsa

NMinimumMaximumMeanStd. Deviation

L.MENEGAK30182238215.4017.182

L.U.A103011.5316.3413.54971.20282

Valid N (listwise)30

a. JANTINA = LELAKI

Jadual 3.4Laporan :1. Murid perempuan mempunyai purata lompat menegak yang lebih tinggi berbanding murid lelaki 2. Murid perempuan mempunyai purata masa lari ulang-alik yang lebih perlahan daripada purata masa lari ulang-alik untuk murid lelaki.

3.1.3Frekuensi Skor Indeks Jisim Berat Badan Keseluruhan SubjekAnalisis (berdasarkan jadual 3.5)1. Terdapat 11 orang murid (18.3%) yang dikategorikan dalam kumpulan kurang berat badan manakala 32 orang murid (53.3%) dalam kategori berat badan normal. 13 orang murid (21.7%) berada di dalam kategori kumpulan risiko lebih berat badan dan 4 orang murid (6.7%) dalam kategori lebih berat badan ataupun obesiti.

Skor BMI Subjek

FrequencyPercentValid PercentCumulative Percent

ValidKURANG BERAT BADAN1118.318.318.3

NORMAL3253.353.371.7

RISIKO LEBIH BERAT BADAN1321.721.793.3

LEBIH BERAT BADAN (OBESITI)46.76.7100.0

Total60100.0100.0

Jadual 3.5

Carta 3.1Laporan :1. Secara keseluruhannya murid dalam kategori berat badan normal adalah lebih tinggi berbanding murid di dalam kategori berat badan yang lain

3.1.4Frekuensi Skor Indeks Jisim Berat Badan Subjek Mengikut JantinaAnalisis (berdasarkan jadual 3.6)1. Terdapat 5 orang murid perempuan ataupun 16.7% berada di dalam kategori kurang berat badan manakala 18 orang murid perempuan ataupun 60.0% di dalam kategori berat badan normal. 6 murid perempuan (20.0%) berada di dalam kategori risiko lebih berat badan manakala seorang (3.3%) di dalam kategori lebih berat badan ataupun obesiti.

Skor BMI Subjeka

FrequencyPercentValid PercentCumulative Percent

ValidKURANG BERAT BADAN516.716.716.7

NORMAL1860.060.076.7

RISIKO LEBIH BERAT BADAN620.020.096.7

LEBIH BERAT BADAN (OBESITI)13.33.3100.0

Total30100.0100.0

a. Jantina Subjek = PEREMPUAN

Jadual 3.6

Carta 3.2

3.1.5Frekuensi Skor Indeks Jisim Berat Badan Subjek Mengikut JantinaAnalisis (berdasarkan jadual 3.7)1. Terdapat 6 orang murid lelaki ataupun 20.0% berada di dalam kategori kurang berat badan manakala 14 orang murid lelaki ataupun 46.7% di dalam kategori berat badan normal. 7 orang murid (23.3%) berada di dalam kategori risiko lebih berat badan manakala 3 orang (10.0%) di dalam kategori lebih berat badan ataupun obesiti.Skor BMI Subjeka

FrequencyPercentValid PercentCumulative Percent

ValidKURANG BERAT BADAN620.020.020.0

NORMAL1446.746.766.7

RISIKO LEBIH BERAT BADAN723.323.390.0

LEBIH BERAT BADAN (OBESITI)310.010.0100.0

Total30100.0100.0

a. Jantina Subjek = LELAKI

Jadual 3.7

Carta 3.3

Laporan :2. Secara keseluruhannya murid lelaki dalam kategori berat badan normal adalah lebih rendah berbanding murid perempuan di dalam kategori berat badan normal.3. Secara keseluruhannya murid lelaki dalam kategori berat badan lebih(obesiti) lebih ramai daripada jumlah murid perempuan dalam kategori lebih berat(obesiti)

3.1.6Frekuensi bangsa subjek di Sekolah Kebangsaan Bukit Raya(SKBR)Analisis (berdasarkan jadual 3.8)1. Terdapat 35 orang murid (58.3%) berbangsa Melayu manakala terdapat 16 orang murid (26.7%) berbangsa Cina dan selebihnya seramai 9 murid (15.0%) adalah berbangsa India.Bangsa Subjek

FrequencyPercentValid PercentCumulative Percent

ValidMELAYU3558.358.358.3

CINA1626.726.785.0

INDIA915.015.0100.0

Total60100.0100.0

Jadual 3.8

Carta 3.4Laporan 1. Secara keseluruhannya majoriti murid di SKBR adalah terdiri daripada murid berbangsa Melayu.3.1.7Frekuensi Skor Lari Lari Ulang-alik KeseluruhanAnalisis (berdasarkan jadual 3.9)1. Terdapat 7 orang murid (11.7%) mendapat skor 2 dalam ujian lari ulang-alik manakala 28 orang murid (46.7%) mendapat skor 3 manakala selebihnya iaitu 25 orang murid (41.7%) mendapat skor 4 dalam ujian lari ulang-alik

Skor Lari Ulang Alik Subjek

FrequencyPercentValid PercentCumulative Percent

Valid2711.711.711.7

32846.746.758.3

42541.741.7100.0

Total60100.0100.0

Jadual 3.9

Carta 3.5

Laporan :1. Secara keseluruhannya murid yang mendapat skor 3 adalah lebih tinggi berbanding murid yang mendapat skor 2 dan 4.

3.2Analisis Inferensi3.2.1Menentukan kolerasi dan hubungan antara berat dengan keputusan lariulang-alik dan lompat menegak.Analisis (Berdasarkan Jadual 3.10)1. Tidak terdapat hubungan signifikan antara berat badan murid dengan ujian lari ulang-alik pada aras kesignifikanan melebihi 0.052. Terdapat hubungan signifikan antara berat badan murid dengan ujian lompat menegak pada aras kesignifikanan di bawah 0.05.

Correlations

Berat SubjekKeputusan Lari Ulang Alik SubjekKeputusan Lompat Menegak Subjek

Berat SubjekPearson Correlation1.193.468**

Sig. (2-tailed).139.000

N606060

Keputusan Lari Ulang Alik SubjekPearson Correlation.1931-.065

Sig. (2-tailed).139.620

N606060

Keputusan Lompat Menegak SubjekPearson Correlation.468**-.0651

Sig. (2-tailed).000.620

N606060

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Jadual 3.10

Laporan 1. Berat badan tidak mempengaruhi prestasi ketangkasan murid dalam ujian lari ulang-alik 10meter.2. Berat badan mempengaruhi prestasi kuasa kaki di dalam ujian lompat menegak.

3.2.2Menentukan kolerasi dan hubungan antara tinggi dengan keputusan lariulang-alik dan lompat menegak.Analisis (Berdasarkan jadual 3.11)1. Tidak terdapat hubungan signifikan antara tinggi badan murid dengan ujian lari ulang-alik pada aras kesignifikanan melebihi 0.052. Terdapat hubungan signifikan antara berat tinggi murid dengan ujian lompat menegak pada aras kesignifikanan di bawah 0.05

Correlations

Tinggi SubjekKeputusan Lari Ulang Alik SubjekKeputusan Lompat Menegak Subjek

Tinggi SubjekPearson Correlation1.161.692**

Sig. (2-tailed).221.000

N606060

Keputusan Lari Ulang Alik SubjekPearson Correlation.1611-.065

Sig. (2-tailed).221.620

N606060

Keputusan Lompat Menegak SubjekPearson Correlation.692**-.0651

Sig. (2-tailed).000.620

N606060

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Jadual 3.11

Laporan 1. Tinggi badan tidak mempengaruhi prestasi ketangkasan murid dalam ujian lari ulang-alik 10meter.2. Tinggi badan mempengaruhi prestasi kuasa kaki di dalam ujian lompat menegak.

3.2.3 Mengenal pasti perbezaan ujian antoprometri antara murid lelaki dan perempuan tahun 5Analisis (berdasarkan jadual 3.12 dan 3.13)1. Purata tinggi perempuan adalah lebih tinggi berbanding purata tinggi lelaki.2. Purata berat perempuan adalah lebih rendah berbanding purata berat bagi lelaki3. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara murid lelaki dan murid perempuan dalam ujian antoprometri pada aras signifikan melebihi 0.05.

Group Statistics

Jantina SubjekNMeanStd. DeviationStd. Error Mean

Tinggi SubjekPEREMPUAN30140.977.5271.374

LELAKI30138.778.0891.477

Berat SubjekPEREMPUAN3035.478.4071.535

LELAKI3036.4011.7342.142

Jadual 3.12

Independent Samples Test

Levenes Test for Equality of Variancest-test for Equality of Means

FSig.tdfSig. (2-tailed)Mean DifferenceStd. Error Difference95% Confidence Interval of the Difference

LowerUpper

Tinggi SubjekEqual variances assumed.131.7191.09158.2802.2002.017-1.8386.238

Equal variances not assumed1.09157.702.2802.2002.017-1.8386.238

Berat SubjekEqual variances assumed2.011.161-.35458.725-.9332.635-6.2094.342

Equal variances not assumed-.35452.561.725-.9332.635-6.2204.354

Jadual 3.13

Laporan :1. Berdasarkan analisis menunjukkan bahawa berat dan tinggi murid lelaki dan perempuan tiada perbezaan.

3.2.4Mengenal pasti perbezaan ujian prestasi motor (ujian lari ulang-alik dan lompat menegak) antara murid lelaki dan perempuan tahun 5Analisis (Berdasarkan jadual 3.14 dan 3.15)1. Purata masa lari ulang-alik bagi murid perempuan adalah lebih perlahan daripada murid lelaki2. Purata tinggi lompatan murid perempuan adalah lebih tinggi daripada murid lelaki3. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara murid lelaki dan murid perempuan dalam ujian prestasi motor lompat menegak pada aras signifikan melebihi 0.05.4. Terdapat perbezaan yang signifikan antara murid lelaki dan murid perempuan dalam ujian prestasi motor lari ulang-alik pada aras signifikan 0.05.

Group Statistics

Jantina SubjekNMeanStd. DeviationStd. Error Mean

Keputusan Lari Ulang-alik SubjekPEREMPUAN3014.56331.48476.27108

LELAKI3013.54971.20282.21960

Keputusan Lompat Menegak SubjekPEREMPUAN30218.5713.4572.457

LELAKI30215.4017.1823.137

Jadual 3.14

Independent Samples Test

Levenes Test for Equality of Variancest-test for Equality of Means

FSig.tdfSig. (2-tailed)Mean DifferenceStd. Error Difference95% Confidence Interval of the Difference

LowerUpper

Keputusan Lari Ulang-alik SubjekEqual variances assumed.864.3572.90658.0051.01367.34887.315331.71200

Equal variances not assumed2.90655.605.0051.01367.34887.314691.71264

Keputusan Lompat Menegak SubjekEqual variances assumed.880.352.79558.4303.1673.985-4.80911.143

Equal variances not assumed.79554.850.4303.1673.985-4.81911.152

Jadual 3.15

Laporan :1. Tidak terdapat perbezaan keupayaan kuasa lompatan bagi murid lelaki dan perempuan dalam ujian lompat menegak. Kuasa lompatan lelaki dan perempuan adalah sama.2. Terdapat perbezaan ketangkasan bagi murid lelaki dan perempuan dalam ujian lari ulang-alik. Lelaki mempunyai ketangkasan yang lebih tinggi daripada perempuan dalam ujian lari ulang-alik.

4.0RefleksiSemasa menjalankan amalan profesional praktikum fasa 2 selama dua bulan bermula 15 Julai 2013 hingga 20 September 2013 semua pelajar Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2011 telah ditugaskan untuk menyiapkan satu tugasan berkaitan subjek Pengukuran dan Penilaiaan untuk dijalankan di sekolah melibatkan murid-murid tahap dua di sekolah masing-masing. Sehubungan itu saya telah memilih murid-murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Bukit Raya sebagai subjek kajian saya kerana merasakan usia kematangan mereka sesuai dengan ujian yang akan saya jalankan.4.1KekuatanDalam melaksanakan tugasan ini saya telah memperoleh pelbagai manfaat dan kebaikan hasil tugasan yang dilaksanakan antaranya ialah pengumpulan maklumat di mana subjek pengukuran dan penilaian ini adalah satu subjek yang baru bagi saya dan mencabar kerana memerlukan perancangan yang teliti dan teratur. Ini secara tidak langsung dapat melatih diri saya melakukan sesuatu tugasan yang diberikan dengan terperinci dan sistematik di mana kelak apabila ditempatkan di sekolah kelak, saya pasti akan dibekalkan dengan pelbagai tugasan yang memerlukan perancangan yang teliti dan teratur bagi memastikan segala-galanya berjalan lancar. Perancangan yang dilakukan juga memerlukan beberapa ujian awal bagi memastikan ujian yang dijalankan mendapat hasil yang memuaskan. Perjumpaan dan perbincangan dengan pensyarah terlibat juga telah melicinkan lagi proses pelaksanaan tugasan ini. Selain itu kajian yang dijalankan juga memberi manfaat bukan sahaja kepada penyelidik malah kepada semua pihak terlibat. Implikasi yang besar akan berlaku dalam memperbaiki sesuatu masalah atau situasi bagi kajian yang dijalankan. Sebagai contoh ujian yang dijalankan kepada murid-murid atau subjek yang terlibat telah memberi saya gambaran awal tentang kemajuan dan prestasi murid di sekolah tersebut seterusnya saya terus boleh berkongsi hasil kajian yang dijalankan dengan subjek yang terlibat di mana saya boleh menasihati atau mencadangkan sesuatu kepada mereka dalam meningkatkan keupayaan mereka dalam ujian yang dijalankan. Ini secara tidak langsung dapat melatih saya untuk menyelesaikan masalah yang di alami oleh mereka dalam meningkatkan keupayaan dalam ujian yang di laksanakan. Hasil daripada kajian yang dijalankan juga saya secara tidak langsung mendapat motivasi untuk menjadi pendidik yang mempunyai nilai tambah yang baik. Hasil pengalaman melakukan tugasan ini dapat saya gunakan di masa akan datang apabila ditempatkan di sekolah. Cabaran yang saya alami dari segi pelaksanaan projek dapat saya jadikan panduan kepada dalam menyelesaikan masalah yang timbul di sekolah kelak. Selain itu saya juga dapat membantu pihak sekolah dalam melahirkan murid yang memenuhi kehendak falsafah pendidikan kebangsaan melalui hasil kajian yang dijalankan di mana pihak sekolah boleh mengambil tindakan sewajarnya untuk meningkatkan keupayaan murid dalam ujian yang dijalankan supaya aktiviti pendidikan jasmani benar-benar memberi kesan kepada diri mereka.Selain itu kajian yang dijalankan juga dapat memberi kesedaran kepada diri saya akan kepentingan melaksanakan aktiviti pendidikan jasmani mengikut kehendak sukatan di mana pelaksanaan aktiviti fizikal di sekolah di lihat masih longgar di mana kebanyakan murid tidak dapat melepasi tahap yang sepatutnya untuk usia seperti mereka. Ini secara tidak langsung menyediakan diri saya dengan langkah yang dapat saya lakukan jika berdepan situasi seperti ini di sekolah yang bakal saya berkhidmat kelak. Pelaksanaan tugasan ini juga secara tidak langsung memberikan saya pemahaman lebih jelas tentang SPSS di mana jika saya ingin melakukan rujukan ilmiah ke atas jurnal ataupun kajian pihak lain, saya akan lebih memahami kajian dan hasil kajian yang dijalankan sebagai maklumat tambahan kepada saya sebagai bakal guru kelak. Selain itu ini secara tidak langsung memudahkan saya membantu rakan-rakan yang kurang mahir tentang SPSS jika mereka ingin melakukan kajian ataupun mendapatkan maklumat daripada hasil kajian pihak lain.4.2Kelemahan dan PenambahbaikanAntara kelemahan yang saya dapati hasil pelaksanaan tugasan ini ialah dari segi memahami SPSS itu sendiri di mana saya menghadapi sedikit kesulitan dalam mengendalikan perisian SPSS di dalam windows pada awalnya dan dapat diatasi setelah saya membuat rujukan dan tunjuk ajar daripada mereka yang mahir. Kefahaman saya boleh ditingkatkan lagi dengan melakukan latihan berterusan dengan perisian SPSS supaya saya dibiasakan dengan istilah, ikon dan langkah dalam melakukan dapatan kajian yang dijalankan. Selain itu masalah lain yang saya alami ialah tiada alat yang sesuai untuk saya gunakan dalam kajian yang saya lakukan. Sebagai penambahbaikan saya telah beberapa kali menukar ujian agar kajian dapat di suaikan dengan alat dan sumber yang daya ada di sekolah. Saya juga menghadapi masalah untuk mendapat kan waktu di mana subjek kajian saya dapat melakukan ujian yang dijalankan. Disebabkan saya hanya mengajar tahap satu dan kelas saya sering kali bertembung dengan waktu yang sesuai untuk dijalankan ujian, saya telah bertindak berjumpa guru mata pelajaran lain untuk saya pinjam dan gunakan murid-murid yang terlibat melakukan kajian yang saya lakukan. Selain itu kawalan kelas semasa melakukan kajian juga perlu ditingkatkan kerana bagi mengawal kelas dengan lebih baik dan mengelakkan masa terbuang untuk menegur dan membetulkan kesalahan murid. Sebagai penambahbaikan penegasan dalam bentuk berhemah di samping mendapatkan pandangan daripada guru-guru berpengalaman dengan lebih lanjut akan dapat memastikan kawalan kelas yang lebih berkualiti. Selain itu, pendedahan dan sentiasa mendampingi murid-murid ini akan mewujudkan hubungan ataupun rapport yang positif dan dapat meningkatkan kawalan kelas dan melicinkan proses kajian yang dilakukan melalui hubungan mesra antara guru dan muridSebagai kesimpulannya, aktiviti dan tugasan yang dilaksanakan ini telah banyak memberi pendedahan yang bernilai kepada diri saya dalam menjadi seorang guru yang serba lengkap dengan pengetahuan tidak hanya di dalam aktiviti fizikal malah bagaimana melakukan kajian dan mendapatkan keputusan yang signifikan. Selain itu ilmu dan pengetahuan yang diperoleh telah banyak membuka minda dan persepsi saya tentang SPSS, kajian, artikel kajian, jurnal dan sebagainya yang dapat menyediakan diri saya sebagai guru yang serba lengkap dengan pengetahuan yang terkini dan berguna.

5.0Rujukan

Buku :Barry L. Johnson & Jack K. Nelson(1986). Praktikal Measurements For Evaluation In Physical Education. London : Macmillan Publishing ompany.

Internet :i. https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=3&ved= Hubungan_Tingkah_Laku_Kesediaan_Pensyarah_Dengan_Tahap_Motivasi_Pelajarii. http://kiwil-wahyuariyadi90.blogspot.com/2010/01/apa-itu-spss.htmliii. http://suicidealone.wordpress.com/2008/05/14/hello-world/iv. http://eigtyfive.blogspot.com/2013/01/apa-itu-spss.htmlv. http://hiereonly.wordpress.com/2008/05/13/apakah-spss-itu/

6.0Lampiran

Gambar 6.1 : Menyediakan Kawasan Ujian

Gambar 6.2 : Menyediakan kawasan ujian lompat menegak

Gambar 6.3 : Murid-murid berbaris sebelum memulakan ujian

Gambar 6.4 : Murid-murid mendengar penerangan yang diberikan oleh guru

Gambar 6.5 : Mengambil BMI murid

Gambar 6.6 : Ujian Lompat menegak

Gambar 6.7 : Ujian Lari ulang alik

Gambar 6.8 : Ujian lari ulang-alik( Permulaan) 31