definisi main

8

Click here to load reader

Upload: mohamad-aqsa-hj-hussin

Post on 17-Dec-2015

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

DEFINISI MAINMain atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan sesuatu atau mencapai tujuan tertentu.Knox (1968) berpendapat bahawa main sebagai satu saluran atau wahana untuk kanak-kanak belajar tentang dirinya dan dunia di sekeliling mereka. Main juga merupakan aktiviti spontan yang mana mempunyai raptai dalam kehidupan dengan mendapat pengalaman semasa bermain.Waddle (1999), dalam kajiannya telah menunjukkan dua sebab yang berlainan berhubung dengan nilai bermain. Menurut beliau, pendidik awal kanak-kanak dan ibu bapa percaya bahawa main adalah cara yang terbaik untuk kanak-kanak belajar tentang konsep, kemahiran dan tugas-tugas yang diperlukan untuk berjaya di masa hadapan.DEFINISI PEDAGOGIPedagogi merupakankajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Dengan kata lain, pedagogi ialah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar.BELAJAR SAMBIL BERMAINKaedah bermain adalahkaedah pembelajaran yang mendekatkan diri kanak-kanak kepada pengalaman sebenar secara langsung, terutama apabila mengajar konsep atau kemahiran. Apabila digunakan secara berkesan bolehmenambah respon dan kepekaankepada perasaan orang lain, iaitu kanak-kanak tidak akan dapat memahami atau mengaplikasikan prinsip yang dipelajari dengan berkesan dan bermakna kecuali diberi peluang menyaksikan sendiri situasi sebenar dan menilai hasil aplikasi mereka dalam situasi bermasalah. Kanak-kanak berpeluang dan bolehmempertingkatkan kebolehan empati,menambah kepekaan proses interaksidan memilikikebolehan menganalisis situasisecara objektif. Kaedah bermain sambil belajar merupakan situasi yangdilakukan secara spontandengan arahan dan bahannya diambil daripada kisah benar.JENIS MAINMain yang diketengahkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran prasekolah boleh dibahagikan kepada dua iaitu : main sosial main kognitif

1. Main sosialBerlaku apabila kanak-kanak bermain bersama-sama dalam kumpulan. Main sosial terbahagi kepada 6 kategori iaitu :*Unoccupied PlayKanak-kanak tidak terlibat dalam aktiviti dan tidak bermain dengan alatan.*Onlooker PlayKanak-kanak memerhatikan rakan-rakannya yang lain bermain dan dia lebih berminat dengan permainan orang lain.*Solitary PlayKanak-kanak bermain seorang diri tanpa menghiraukan rakan dan keadaan di sekelilingnya.*Parallel PlayKanak-kanak bermain sendirian dengan menggunakan cara dan alatan yang sama dengan rakannya yang lain. Tiada interaksi yang berlaku untuk main jenis ini.*Associative PlayMelibatkan kanak-kanak bermain dengan kanak-kanak yang lain dimana mereka berinteraksi antara satu sama lain dengan bertanya atau meminjam alatan tetapi mereka tidak bermain bersama-sama.*Cooperative PlayMelibatkan kanak-kanak bermain bersma-sama di dalam kelas.2. Main kognitifBermaksud kanak-kanak menggunakan bahan maujud untuk memperoleh pengetahuan bagi menigkatkan perkembangan dan pengetahuan dari segi kognitif, fizikal, sosio emosi dan bahasa. Jenis-jenis main kognitif ialah :*Functional of practice playBerkaitan dengan peringkat motor deria.*Main simbolikMemberi peluang kepada kanak-kanak menunjukkan kreativiti, kebolehan fizikal dan kesedaran sosial dengan berpura-pura menjadikan satu objek lain seperti rama-rama atau bunga.*Main games and rulesMemerlukan kanak-kanak bermain mengikut peraturan yang telah ditentukan. Tingkah laku mereka adalah terhad kerana mengikut peraturan permainan.*Main konstruktifMain yang memerlukan kanak-kanak bermain untuk membina pengetahuan mereka mengenali dunia. Kanak-kanak menggunakan bahan atau alatan mainan yang lain untuk membina bahan lain seperti istana pasir, kenderaan dan sebagainya.KEPENTINGAN BERMAIN UNTUK KANAK-KANAK1) Bermain untuk Perkembangan FizikalPermainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana kanak-kanak menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang amat diperlukan (Berk, 1995; Fromberg, 2002; Holmes & Geiger, 2002; Mccune& Zanes,2001: Murata & Maeda, 2002; Santrock, 2003).

2) Bermain untuk Perkembangan Sosial dan EmosiDalam kehidupan sosial kanak-kanak, bermain adalah pencetus kepada pembentukan perkembangan serta kemahiran sosial dan emosi kanak. Sebagai contoh kanak-kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi, sebagai peyumbang dalam kebudayaan masing-masing. Kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, & Berk, 1998) menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan pendapat mereka sendiri. Main dikatakan dapat memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untuk meningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan orang lain, mengawal emosi, belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa.3) Bermain untuk Perkembangan KognitifKajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan pembelajaran kanak-kanak (Kumar & Harizuka,1998: Lieberman, 1977) Mereka telah mengenalpasti kemajuan dalam penumpuan, kemahiran kesediaan, dan sikap (McCune & Zanes, 2001: Smilansky & Shefatya, 1990); kreativiri dan pemikiran divergent (Dansky, 1980 ; Holmes & Geiger, 2002); pengambilan perspektif (perspective-taking) (Burns & Brainerd,1979); memori (Jensen, 1999, 2000; Gardner,1993). Jelas menunjukkan bahawa proses pembelajaran yang melibatkan operasi mental mengikut teori pembelajaran kognitif seperti Gagne, Ausubel dan Bruner ada kepentingannya di dalam aktiviti bermain.Terdapat banyak lagi kepentingan main contohnya dalam perkembangan bahasa. Apapun jika main setakat untuk digunakan sebagai alat bermain dan bukan alat pembelajaran tidak akan meninggalkan kesan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Guru harus memainkan peranan yang penting dalam memberi panduan yang sepatutnya agar melalui bermain boleh menghasilkan pembelajaran optima kepada kanak-kanak.