definisi-konsep-ciri2-persatuan-1.pptx

18
DISEDIAKAN OLEH: CHIAM SHIN YING, CHOO WAN HWA, LEE PHUI LING * TOPIK 2: DEFINISI, KONSEP, CIRI-CIRI PERSATUAN KELAB FITNESS 17

Upload: jacqueline-choo

Post on 07-Sep-2015

271 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

TOPIK 2: DEFINISI, KONSEP, CIRI-CIRI PERSATUAN

DISEDIAKAN OLEH:CHIAM SHIN YING, CHOO WAN HWA, LEE PHUI LINGTOPIK 2:DEFINISI, KONSEP, CIRI-CIRI PERSATUANKELAB FITNESS 17

DEFINISIPersatuan didefinisikan sebagai sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berperlembagaan, berperaturan dan berkepimpinan.Persatuan biasanya dianggotai oleh mereka yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu-membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing. Persatuan juga didefinisikan sebagai satu gabungan, ikatan dan kumpulan.PERSATUAN

DEFINISIKelab Fitness 17 IPG Kampus Perlis merupakan sebuah persatuan yang ditubuhkan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada para guru pelatih tentang cara-cara untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat.KELAB FITNESS 17:

KONSEPKesihatan fizikal merupakan aset yang amat penting bagi setiap orang. Kelab Fitness 17 IPG Kampus Perlis merupakan sebuah kelab yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada para guru pelatih tentang cara-cara untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat melalui pelbagai aktiviti kelab. Melalui penglibatan kelab fitness ini, para guru pelatih dapat mengamalkan gaya hidup sihat pada sepanjang masa yang bersesuaian dengan kebitaraan IPG iaitu IPG Sukan.

KONSEPKelab Fitness 17 menggabungkan ahli persatuan yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama.Kelab ini merancang dan melaksanakan aktiviti dan kegiatan secara berkumpulan berasaskan kesihatan dan kecergasan.Ahli dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang diminati dan digemari.Setiap ahli berusaha untuk mencapai matlamat yang dipersetujui dan dilaksanakan bersama.Mewujudkan peluang kepada ahli mengembangkan bakat dan potensi kepimpinan.

CIRI-CIRI PERSATUANKEPENTINGAN:Memberi pendedahan tentang cara dan kaedah menyihatkan badan yang terbaharu dan berkualiti. Melahirkan guru pelatih yang berkeyakinan, fokus dan mempunyai visi dan misi serta berdisiplin.Memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli.Memperkembangkan kemahiran dan potensi diri selaku bakal tenaga pengajar dalam dunia pendidikan suatu hari.Menggunakan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran berkaitan kesihatan fizikal pada setiap masa.

CIRI-CIRI PERSATUANAHLI PERSATUAN:Pelajar Tetap:-17 orang pelajar PJC Sem 6 Ambilan Jan 2013 Rujuk Lampiran 1 (Senarai Nama)Pelajar Bukan Tetap:-Junior-junior pelajar IPG Kampus Perlis

CIRI-CIRI PERSATUANINTERAKSI:Dijalankan selama satu semester (Jun-Nov 2015).Sekurang-kurangnya dua minggu sekali.Masa yang terlibat sekurang-kurangnya dua jam.Mempunyai penerang yang bertanggungjawab memberi taklimat terhadap aktiviti yang bakal dilakukan dan mengawasi.Mempunyai 2-3 kali aktiviti kecil yang melibatkan 17 orang pelajar dalam menjalankan aktiviti fizikal.Mempunyai 1 program besar yang melibatkan penyertaan junior-junior sekolah IPG Kampus Perlis.

CIRI-CIRI PERSATUANAKTIVITI FIZIKAL:Aktiviti fizikal yang dijalakan berunsur:-Stesen atau;Pertandingan atau;Inovatif

Stesen (Latihan Litar)Latihan Litar adalah satu kaedah latihan yang mengandungi beberapa aktiviti yang disusun mengikut stesen. Peserta dikendaki menjalankan aktiviti berdasarkan penepatan yang khusus. Apabila peserta menyelesaikan satu aktiviti, maka ia dikendaki bergerak ke stesen berikut dan meneruskan aktiviti seterusnya mengikut janka masa atau kaedah yang telah ditetapkan. Litar akan tamat apabila peserta telah menjalankan kesemua aktiviti mengikut stesen yang telah ditetapkan.

Stesen (Latihan Litar)Dibahagikan kepada 3 jenis:Menggunakan Beban Berat Badan SendiriMenggunakan Beban AlatanWeigthMenggunakan Alatan Tali Skipping, bola, kayu

Stesen (Latihan Litar)Contoh Aktiviti Latihan Litar:Stesen 1: Bangkit tubiStesen 2: AlternateSplitStesen 3: Lentik belakangStesen 4: Tekan tubiStesen 5: BurpeeStesen 6: MendaguStesen 7: Lompat bintangStesen 8: Half SguatStesen 9: Arm CurlStesen 10: Lari ulang alik 10M x 4

PertandinganPeserta akan berusaha untuk memperoleh kejayaan dalam pertandingan.Mencabar tahap maksimum diri sendiri.Contoh: Pertandingan Plank.

InovatifMengubahsuai sukan-sukan untuk menjadi aktiviti permainan yang menyeronokkan dan dapat memberi kesan terhadap bahagian otot yang terlibat.Contoh: Bola Keranjang Berduduk (memberi kesan terhadap kelenturan pinggang)Badminton dengan bebanan.

CIRI-CIRI PERSATUANPELUANG PEMBELAJARAN:Peserta mendapat peluang pembelajaran yang maksimum kerana mereka melakukan sendiri.Jurulatih atau guru membetulkan posisi sekiranya terdapat kesilapan.Peserta belajar daripada kesilapan.Peserta didedahkan kepada langkah-langkah keselamatan.Melakukan aktiviti fizikal mengikut kemampuan sendiri.

CIRI-CIRI PERSATUANSIKAP:Menghormati diri dan orang lainTidak pandang rendah terhadap kawan yang tidak mampu buat, malah memberi galakkan.Rendah diri Tidak ego walaupun kuatBersikap konsisten, bersabar, baik dengan lisan dan perbuatan.Bertutur kata yang lembut dan bersifat amanah.Mengenai kelemahan diri dan membetulkannya dan mengekalkan kelebihan diri.Cuba menghindari sikap yang tidak menolong kawan.Bersopan ketika ingin bertanya atau bercakap dengan jurulatih.

Sekian, terima kasih!