definisi kerangka operasional kajian

Upload: shahfulrizal-bin-abd-hamid

Post on 05-Apr-2018

286 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Definisi Kerangka Operasional Kajian

    1/10

    Definisi Kerangka Operasional Kajian

    Menjelaskan perkataan tertentu dalam kajian yang meragukan pemahaman bukannya

    mendefinisikan tajuk kajian. Cara untuk mendefinisikan ialah dengan memilih perkataan dan berikan

    definisi mengikut fahaman penyelidik bukannya berdasarkan kamus.

    Definisi Kerangka Konseptual

    Dalam kerangka konseptual, hal utama yang perlu dititikberatkan adalah hubungan suatu

    pembolehubah dengan pembolehubah yang lain, terutamanya pembolehubah yang penting.

    Kerangka konseptual dilakukan dengan mengemukakan bagaimana hubungan pembolehubah tidak

    bersandar dan pembolehubah bersandar. Hubungan ini mestilah mempunyai sokongan secara ilmiah

    seperti dari sumber-sumber rujukan ilmiah.

    Cara yang paling mudah ialah dengan mengambil kesimpulan daripada kajian orang lain yang relevan

    dengan pembolehubah yang dikaji.

    Definisi Teoritikal Kajian

    Kerangka teoritikal menentukan persoalan kajian yang hendak dilakukan. Ia menjadi panduan bagi

    menentukan orientasi penyelidikan yang akan dilakukan. Ia juga mengenal pasti apa yang menjadi

    minat pengkaji, soalan-soalan yang berlegar-legar di mindanya dan yang menjadi teka-teki. Satu

    kaedah untuk menentukan kerangka pemikiran ialah melalui tinjauan literasi dengan pembacaan

    yang berkait rapat dengan tajuk yang sedang dikaji. Tajuk jurnal, kata kunci dan maklumat-maklumat

    lain yang didapati sepanjang pencarian berkenaan, penyelidik akan berjumpa dengan konsep, model

    dan teori yang berbagai-bagai jenis. Yang boleh dibuat ialah memberi pengkelasan terhadap hasildapatan tersebut untuk menjadi kunci utama kepada kerangka teoritikal nanti.

    Kepentingan Kerangka Teoritikal

    Kerangka teoritikal membentuk konsep, terma, definisi, model dan teori yang menjadi asas dan

    orientasi disiplin bagi kajian yang hendak dilaksanakan. Seterusnya akan membentuk "masalah" bagi

    kajian, soalan kajian, pengumpulan data dan analisis serta bagaimana hendak mentafsir data.

    Penyelidik harus bijak memilih kerangka teoritikal kerana ia akan menjadi panduan dalam proses

    penyelidikan bagi mengenal pasti terma yang relevan dengan konsep, definisi pemboleh ubah,

    soalan-soalan khusus yang hendak diselidik, memilih responden kajian, prosedur pemilihan, strategi

    pengumpulan data, teknik menganalisis dan interpretasi hasil dapatan kajian. Perkara yang harus

    diberi perhatian ialah semua aspek kajian akan mendapat kesan daripada kerangka teoritikal yang

    telah dibentuk tadi.

    Ciri-ciri kerangka teoritikal yang baik meliputi:

    i. Membantu penyelidik mengenalpasti topik yang hendak dikaji.

    ii. Panduan mencari kajian-kajian lepas.

    iii. Memilih aspek yang difokus.

    iv. Merapatkan jurang antara meklumat yang diketahui dan tidak diketahui.

  • 7/31/2019 Definisi Kerangka Operasional Kajian

    2/10

    v. Memberi panduan kepada pengkaji memilih responden yang sesuai.

    Definisi Operasional

    Definisi operasional yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut:

    i. Powerpoint

    Dalam kajian ini, powerpoint merujuk kepada alat bantu mengajar yang digunakan semasa proses

    P&P bagi menarik minat pelajar untuk mempelajari tentang alatan pertukangan. Teknologi yang

    digunakan ini memaparkan gambar-gambar statik dan arahan kepada pelajar tentang penggunaan

    alatan pertukangan.

    ii. Tayangan video

    Penggunaan tayangan video dalam kajian ini merupakan teknologi yang digunakan dalam P&P untuk

    memberikan gambaran yang sebenar kepada pelajar mengenai penggunaan alatan pertukangan.Melalui tayangan video ini guru tidak perlu melakukan demonstrasi secara realiti. Tayangan video ini

    boleh diulang tayang kepada pelajar sekiranya pelajar tidak faham apa yang ditayangkan oleh guru.

    iii. Pelajar masalah pembelajaran

    Pelajar bermasalah pembelajaran dalam kajian ini merupakan golongan pelajar yang mengalami

    kekurangupayaan yang menyebabkan mereka menghadapi kesukaran dalam proses pembelajaran

    mereka sama ada berbetuk akademik mahupun bukan akademik. Pelajar ini terdiri daripada pelajar

    down sindrom, autisma, hiperaktif, serebral palsy, disleksia dan lain-lain. Mereka menghadapi

    masalah dalam kemahiran pengurusan diri, manipulatif, kognitif, kelemahan dari aspek sosial dan

    komunikasi.

    iv. Alatan pertukangan

    Alatan pertukangan yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah alat-alat yang digunakan untuk kerja-

    kerja pertukangan. Antara alat-alat yang dimaksudkan ialah tukul, gergaji, paku, pahat, pita pengukur

    dan sebagainya. Pembelajaran alatan pertukangan ini merupakan salah satu pelajaran yang terdapat

    dalam mata pelajaran kemahiran hidup.

    Kerangka Konseptual Kajian

    Kerangka konseptual kajian ini dibentuk berdasarkan Teori Keadaan Pembelajaran oleh R. Gagne

    (1985). Teori ini menyatakan terdapat pelbagai jenis pembezaan atau tahap pembelajaran di mana

    pada setiap tahap mempunyai arahan yang berbeza. Gagne mengenalpasti 5 kategori pembelajaran

    iaitu maklumat verbal, kemahiran intelektual, strategi kognitif, kemahiran motor dan sikap.

    Perbezaan keadaan dalaman dan luaran diperlukan untuk setiap jenis pembelajaran. Kerangka

    konseptual kajian ini terdiri daripada 3 pembolehubah iaitu tingkahlaku, tahap kognitif dan

    pencapaian. Kajian-kajian lepas telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan di antara tingkahlaku

    dan pencapaian (Abu Bakar 1991, Haniza 2003, Neal et al. 1970, Siti Rahayah 1988). Di dalam kajian

    ini, kami ingin mengkaji hubungan di antara tingkahlaku dan pencapaian.

  • 7/31/2019 Definisi Kerangka Operasional Kajian

    3/10

    Gagne (1985) juga menyatakan tugasan pembelajaran untuk kemahiran intelektual boleh disusun

    dalam bentuk hierarki mengikut kompleksiti berikut:

    Pengenalan rangsangan

    Penjanaan tindakbalas

    Mengikut prosedur

    Penggunaan terminologi

    Diskriminasi

    Format konsep

    Peraturan aplikasi

    Penyelesaian masalah

    Kepentingan utama hierarki ini adalah untuk mengenalpasti syarat-syarat yang sepatutnya

    dilengkapkan untuk memudahkan pengajaran pada setiap tahap. Gagne (1985) juga menggariskan 9

    peristiwa pengajaran iaitu:

    Mendapatkan perhatian

    Mengenalpati objektif

    Imbas kembali pengajaran lepas

    Mencetuskan rangsangan

    Mengawal pembelajaran

    Mencungkil prestasi

    Memberi maklum balas

    Menilai prestasi

    Mengekalkan/Memindahkan

    Melalui kajian ini, 9 peristiwa ini akan diaplikasikan seperti berikut:

    Objektif Pengajaran:

  • 7/31/2019 Definisi Kerangka Operasional Kajian

    4/10

    Pelajar boleh menamakan alatan pertukangan dengan mudah dan betul.

    Pelajar boleh menyebut semula alat pertukangan apabila ditunjukkan.

    Pelajar boleh menunjukkan semula cara penggunaan alatan dengan betul.

    Kaedah:

    Mendapatkan perhatian - Menunjukkan kepelbagaian jenis alatan pertukangan.

    Mengenalpati objektif - Contoh soalan: "Apakah nama alatan yang ditunjukkan?"

    Imbas kembali pengajaran lepas - Melihat semula gambar-gambar peralatan pertukangan.

    Mencetuskan rangsangan - Dapat menyatakan kegunaan alatan pertukangan.

    Membantu dalam pembelajaran - Skafolding : Powerpoint dan tayangan video.

    Mencungkil prestasi- Guru menyoal pelajar tentang perbezaan penggunaan sesuatu alatan.

    Memberi maklum balas - Guru menilai jawapan pelajar (Betul/Salah).

    Menilai prestasi - Guru menyediakan skor markah dan membetulkan kesalahan pelajar.

    Meningkatkan/Mengekalkan pengajaran - Sekiranya objektif tercapai pembelajaran baru akan

    diajar. Jika objektif pengajaran tidak tercapai pengajaran dikekalkan (Proses pengulangan).

    Rujukan:

    Abu Bakar Nordin. 1991. Kesan pencapaian akademik kepada sikap terhadap pelajaran.

    Jurnal Psikologi Malaysia. 7: 41-60.

    Haniza Abdul Khalid. 2003. Sikap dan motivasi terhadap bahasa Inggeris sebagai bahasa

    pengantar. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan

    Malaysia.

    Neal, D.C., Gill, V dan Tismer, W. 1970. Relationship between attitude toward school

    subject and school achievement. Journal of Educational Research. 6 (52):232-238.

    Nur`Ashiqin Najmuddin. 2005. Sikap pelajar matrikulasi terhadap pengajaran dan pembelajaran

    matematik dalam Bahasa Inggeris.

    Siti Rahayah Arifffin. 1988. Kajian mengenai sikap terhadap sains dan pencapaian dalam

    matapelajaran sains paduan bagi pelajar tingkatan tiga. Tesis M. Ed. Universiti

  • 7/31/2019 Definisi Kerangka Operasional Kajian

    5/10

    Kebangsaan Malaysia.

    Kerangka Teoritikal Kajian

    Kajian ini menganggap bahawa powerpoint dan video dalam P&P bagi mengenalpasti alatan

    pertukangan Kemahiran Hidup sebagai langkah yang praktikal untuk meningkatkan pengetahuan,

    kesediaan dan kemahiran yang akan secara beransur-ansur menjurus kepada pemahaman pelajar

    dalam penggunaan alatan, aspek keselamatan dan kebersihan pada masa akan datang. Huraian

    kepada kerangka teoritikal dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat permulaan, peringkat

    pertengahan dan peringkat akhir.

    Peringkat permulaan adalah prasyarat bagi kajian ini yang merujuk kepada asas mengenal alatan

    pertukangan dalam Kemahiran Hidup iaitu melalui persembahan slaid dan tayangan video. Setelahkedua-dua kaedah itu digunakan, guru meminta pelajar menamakan semula alatan pertukangan

    dengan mudah dan betul. Pada peringkat ini, penerapan Teori Konstruktivisme (J. Bruner, 1996)

    digunakan untuk membina dan membentuk skema dalam pemikiran pelajar melalui pengalaman dan

    pemerhatian. Setelah skema terbentuk, diharapkan pelajar boleh menyebut semula alatan

    pertukangan dan menunjuk semula cara penggunaan dengan betul.

    Peringkat pertengahan menjelaskan prosedur yang digunakan dalam kajian ini. Prosedur merujuk

    kepada pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam perlaksanaan

    kajian. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam kajian ini diaplikasikan daripada

    9 peristiwa pengajaran yang telah dilaksanakan oleh R. Gagne (1985) iaitu mendapatkan perhatian,mengenalpasti objektif, imbas kembali pengajaran lepas, mencetuskan rangsangan, membantu

    dalam pembelajaran, mencungkil prestasi, memberi maklum balas, menilai prestasi dan

    meningkatkan atau mengekalkan pengajaran. Aktiviti-aktiviti yang disyorkan ialah perbincangan,

    kerja berkumpulan, sumbangsaran, demonstrasi, projek, simulasi, lawatan dan pemerhatian.

    Peringkat akhir merujuk kepada peringkat melaksanakan penggunaan powerpoint dan tayangan

    video dapat membantu pelajar mengenalpasti alatan pertukangan. Selain itu, penggunaan alat bantu

    mengajar ini dapat menarik minat pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap P&P, seterusnya

    dapat meningkatkan pemahaman pelajar. Pada peringkat inilah tahap penguasaan pengetahuan

    pelajar terhadap pengenalpastian alatan pertukangan akan dikenalpasti melalui penilaian prestasioleh guru.

    Posted by kinda at 8:41 AM 0 comments

    Friday, December 4, 2009

    Kajian ini direkabentuk sebagai kajian tindakan yang dijalankan oleh guru. Hasil diukur berdasarkanpenggunaan rumusan automatik yang terdapat dalam perisian Microsoft Word dan keupayaan untuk

  • 7/31/2019 Definisi Kerangka Operasional Kajian

    6/10

    pengskalaan semula kognitif dan maklumat disusun dikaji menggunakan Internet untuk

    menghasilkan buku rujukan di dalam ekosistem yang khusus. Hasil kajian ini diterangkan dalam 2

    bentuk untuk memahami kesan strategi pengskalaan kognitif terhadap pencapaian pelajar iaitu

    tingkahlaku pelajar dan sikap mereka terhadap pembelajaran.

    Jurnal 3

    Tajuk:

    Minute Math: An Action Research Study of Student Self-Assessment*

    Penulis:

    Brookhart, S. M., Andolina, M. & Zuza, Megan (2004)

    Kajian tindakan ini melibatkan 41 orang pelajar kelas gred 3 termasuk pendidikan khas yang

    dijalankan oleh dua penyelia universiti, tiga orang guru dan tiga orang guru pelatih. Kajian inimelibatkan pelajar dalam meramalkan dan menggrafkan skor ujian mereka dalam masa satu minggu

    ujian terhadap 0-9 fakta ulangan. Pelajar juga direflek setiap minggu terhadap progres mereka dan

    kejayaan pembelajaran dan strategi penyelesian masalah. Penaksiran diri pelajar berjaya pada

    pembelajaran tugasan mengingat jadual waktu dalam pengalaman untuk pelajar tentang

    pemantauan pembelajaran matematik mereka.

    Hasil kajian ini menyediakan data untuk mencadangkan keputusan yang konsisten untuk seorang

    pelajar di mana alatan teknologi, rumusan automatik dibuktikan menjadi bernilai kepada pelajar yang

    menderita dengan ketidakupayaan.

    Posted by kinda at 7:56 AM 0 comments

    Aktiviti 9 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

    Tajuk Kajian : "Penggunaan Powerpoint dan Tayangan Video kepada Pelajar Masalah Pembelajaran

    bagi Memudahkan Pelajar Mengenalpasti Alatan Pertukangan"

    a) Matlamat kajian tindakan

    Memberi pengetahuan asas kepada pelajar pendidikan khas dalam bidang pertukangan (Kemahiran

    Hidup).

    b) Bentuk objektif kajian

    Pelajar boleh menamakan alatan pertukangan dengan mudah dan betul.

    Pelajar boleh menyebut semula alat pertukangan apabila ditunjukkan.

    Pelajar boleh menunjukkan semula cara penggunaan alatan dengan betul.

    c) Persoalan Kajian

    Adakah perlaksanaan penggunaan powerpoint dan tayangan video dapat membantu pelajar

    mengenalpasti alatan pertukangan?

  • 7/31/2019 Definisi Kerangka Operasional Kajian

    7/10

    Adakah penggunaan powerpoint dan tayangan video dapat menarik minat pelajar untuk

    menumpukan perhatian terhadap P&P?

    Adakah penggunaan powerpoint dan tayangan video dapat meningkatkan pemahaman pelajar?

    Posted by kinda at 6:57 AM 0 comments

    Aktiviti 8 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

    Tajuk Kajian : "Penggunaan Powerpoint dan Tayangan Video kepada Pelajar Masalah Pembelajaran

    bagi Memudahkan Pelajar Mengenalpasti Alatan Pertukangan"

    Cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan:

    a) Cadangan secara individu (5 minit)

    Muhamad - Meningkatkan teknik dalam kaedah P&P sehingga ke suatu tahap yang berkualiti dan

    profesional.

    Zulfaizal - Memastikan penggunaan teknik dan kaedah yang digunakan bukan hanya di sekolah

    bandar malah mestilah ditekankan di sekolah luar bandar (pedalaman).

    Shuhada - Penerangan oleh guru mestilah seiring dengan demonstrasi yang dilakukan.

    b) Cadangan dalam pasukan (15 minit )

    Mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran yang digunakan, di mana guru sentiasa membuat

    pembaharuan dalam P&P.

    Menerapkan nilai-nilai murni dalam subjek tersebut di samping menyelitkan unsur-unsur pengajaran

    dan humor.

    Penerangan dalam P&P mestilah ringkas dan mencapai objektif.

    c) Cadangan dari luar pasukan ( perlu temubual rakan-rakan dalam pasukan lain)

    Penggunaan bahan maujud lebih diutamakan untuk memudahkan pelajar mengenalpasti perlatan

    yang dipelajari. Ini kerana pelajar akan lebih memahami apabila melihat sendiri peralatan tersebut.

    d) Berdasar literatur review

    Powerpoint dan video mestilah dirancang secara berstruktur dan mengikut peraturan persembahan.

    Kunci kejayaan bagi sesuatu pengajaran berdasarkan struktur yang jelas dan secara umumnya tidak

    melebihi 5 isi pengajaran (Jones, A. M. 2003. The use and abuse of PowerPoint in Teaching and

    Learning in the Life Sciences: A Personal Overview).

    Tahu matlamat P&P mengikut tahap yang diajar serta kandungan yang hendak dimuatkan mestilah

    bersesuaian mengikut tahap tersebut (Jones, A. M. 2003. The use and abuse of PowerPoint in

    Teaching and Learning in the Life Sciences: A Personal Overview).

    Posted by kinda at 6:55 AM 0 comments

  • 7/31/2019 Definisi Kerangka Operasional Kajian

    8/10

    Aktiviti 7 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

    Tajuk Kajian : "Penggunaan Powerpoint dan Tayangan Video kepada Pelajar Masalah Pembelajaran

    bagi Memudahkan Pelajar Mengenalpasti Alatan Pertukangan"

    KELEMAHAN pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan:

    a) Pengalaman / refleksi secara individu (5 minit)

    Muhamad - Pelajar mudah hilang fokus (yang tidak berminat) apabila guru memberi penerangan

    tanpa menunjukkan demonstrasi kepada mereka.

    Zulfaizal - Guru sendiri tidak mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran.

    Shuhada - Memerlukan kekreatifan guru yang tinggi dan pelbagai untuk menarik minat pelajar.

    b) Pengalaman / refleksi dalam pasukan (15 minit )

    Tidak semua pelajar dapat menumpukan perhatian 100% pada P&P yang dijalankan.

    Guru akan mencari jalan mudah untuk mendapatkan hasilan pengajaran subjek ini.

    Pelajar akan cepat bosan jika kaedah pengajarannya sama.

    c) Berdasar literature review penggunaan Powerpoint dan tayangan video mempunyai beberapa

    kelemahan (Jones, A. M. 2003. The use and abuse of Powerpoint in Teaching and Learning in the Life

    Sciences : A Personal Overview) seperti :

    Kegagalan peralatan : Kegagalan komponen dalam sistem untuk berfungsi seperti yang dijangkakan.Kegagalan mentol dalam projektor berfungsi amat jarang berlaku tetapi mungkin akan terjadi.

    Fail tidak dapat dipersembahkan disebabkan oleh kerosakkan magnetik atau fizikal.

    Kurangnya latihan yang bersesuaian dalam program dan teknologi.

    Posted by kinda at 6:51 AM 0 comments

    Aktiviti 6 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

    Tajuk Kajian : "Penggunaan Powerpoint dan Tayangan Video kepada Pelajar Masalah Pembelajaran

    bagi Memudahkan Pelajar Mengenalpasti Alatan Pertukangan"

    Kekuatan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan:

    a) Pengalaman / refleksi secara individu (5 minit)

    Muhamad - Dapat memberi pengetahuan dan pengalaman yang berkesan kepada pelajar.

    Zulfaizal - Pelbagai pendedahan yang menarik dapat ditunjukkan oleh guru kepada pelajar.

  • 7/31/2019 Definisi Kerangka Operasional Kajian

    9/10

    Shuhada - Subjek ini memerlukan demonstrasi daripada guru dan ini akan dapat menarik minat

    pelajar supaya menumpukan perhatian terhadap P&P. Oleh itu, pelajar tidak mudah bosan dengan

    P&P yang dijalankan.

    b) Pengalaman / refleksi dalam pasukan (15 minit )

    Subjek yang mudah untuk diberi penerangan dan maklumat kepada pelajar.

    Subjek yang dapat mencungkil bakat dan kreativiti pelajar untuk mencipta/menghasilkan sesuatu

    barangan yang baru.

    Subjek yang memerlukan pelajar mempunyai rasa tanggungjawab terhadap kerja yang mereka

    lakukan.

    c) Pengalaman dari luar pasukan ( perlu temubual rakan-rakan dalam pasukan lain)

    Guru dapat menerangkan sesuatu aktiviti dengan melakukan demonstrasi.

    Mudah menarik minat pelajar.

    Aktiviti yang dilakukan melalui subjek ini memberikan peluang kepada pelajar untuk melakukannya

    sendiri tanpa bantuan guru atau memerlukan bantuan guru.

    d) Berdasar literatur review buku dan jurnal (bincang dalam pasukan)

    Penggunaan powerpoint di dalam pengajaran mempunyai potensi untuk menggalakkan pengajaran

    yang lebih profesional (Jones, A. M. 2003. The use and abuse of PowerPoint in Teaching and Learning

    in the Life Sciences: A Personal Overview).

    Penggunaan powerpoint yang bersesuaian boleh meningkatkan P&P kepada guru dan pelajar (Jones,

    A. M. 2003. The use and abuse of PowerPoint in Teaching and Learning in the Life Sciences: A

    Personal Overview).

    Penggunaan tayangan video memberikan peluang untuk pembelajaran yang aktif, di mana ia

    merupakan kunci kepada kejayaan sesuatu kerja serta pelajar menjadi lebih kreatif, kolaboratif dan

    dapat menghubungkaitkan konsep subjek yang dipelajari dengan pengetahuan lepas, pengalaman

    dan minat (Glegg, P., McDonald, A. & Unwin, A., 2007. Using digital video in business education).

    Posted by kinda at 6:46 AM 0 comments

    Friday, November 13, 2009

    Aktiviti 5 : Tugasan 1 (Buku) & Tugasan 4 (Mini Kajian Tindakan)

    1. Mengapa guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan:

  • 7/31/2019 Definisi Kerangka Operasional Kajian

    10/10

    untuk menambahkan pengetahuan dan mengembangkan pengetahuan yang sedia ada berdasarkan

    penyelidikan.

    untuk mengenalpasti masalah atau isu yang timbul di samping dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud dalam sesuatu masalah.

    untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman profesionalisme sebagai seorang pendidik.

    untuk meningkatkan hasil produk yang bermutu dan melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang di

    sekolah.

    untuk membuat sesuatu yang kreatif & kritis dalam proses P&P di dalam kelas.

    untuk memperbaiki teknik pengajaran yang boleh menarik minat pelajar-pelajar.

    2. Tajuk "Penggunaan Powerpoint dan Tayangan Video kepada Pelajar Masalah Pembelajaran bagi

    Memudahkan Pelajar Mengenalpasti Alatan Pertukangan" dipilih kerana:

    untuk mempertingkatkan kefahaman pelajar dalam mengenali alatan pertukangan.

    untuk memberi kefahaman yang meluas tentang penggunaan alatan.

    untuk mendedahkan aspek-aspek keselamatan semasa melakukan tugasan dalam bengkel.

    untuk menerangkan ciri-ciri kebersihan diri, alatan dan bengkel.

    sebagai panduan (teori) sebelum melakukan tugasan secara praktikal di dalam bengkel.