definisi dan konsep pendidikan keselamatan

2
Definisi dan Konsep Pendidikan Keselamatan Pendidikan Keselamatan merupakan satu mata pelajaran yang penting dan patut dipelajari oleh setiap lapisan masyarakat. Ini kerana ia sangat penting bagi menyelamat dan melindungi diri kita. Untuk mempelajari subjek ini dengan lebih mendalam, kita haruslah mengetahui definisi dan konsep pendidikan keselamatan itu sendiri. Satu laman web wikipedia telah menyatakan bahawa Education is a social science that encompasses teaching and learning specific knowledge, beliefs, and skills. The word education is derived from the Latin educare meaning "to raise", "to bring up", "to train", "to rear", via “educatio/nis”, bringing up, raising. Selain itu, seorang tokoh bernama John Dewey yang merupakan seorang ahli pendidikan Eropah telah mentafsirkan pendidikan adalah sebagai suatu proses pembaharuan makna pengalaman, hal ini mungkin akan terjadi di dalam pergaulan biasa atau pergaulan orang dewasa dengan orang muda, mungkin pula terjadi secara sengaja dan dilembagakan untuk menghasilkan kesinambungan sosial. Proses ini melibatkan pengawasan dan perkembangan dari orang yang belum dewasa dan kelompok dimana dia hidup. Di samping itu, menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka jilid Ke-3, pendidikan bermaksud perihal mendidik, ilmu atau pengetahuan mendidik, ajaran, latihan dan didikan. Dengan kata lain, pendidikan keselamatan merupakan satu pengajian untuk mendidik seseorang manusia. Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka jilid Ke-3 perkataan selamat bermaksud suatu perihal terpelihara atau terhindar daripada bencana, terlepas daripada bahaya, aman sentosa, sejahtera, tidak mendapat apa-apa gangguan. Ia juga merupakan satu doa yang diucapkan kepada seseorang supay mereka sentiasa berada dalam keadaan yang sejahtera. Manakala perkataan keselamatan pula bermkasud suatu perihal selamat, kesejahteraan dan sebagainya. Dengan ini, dapatlah kita simpulkan bahawa pendidikan keselamatan yang telah diperkenalkan di peringkat sekolah adalah bertujuan untuk mendidik, dan melatinh murid- murid supaya sentiasa mengutamakan keselamatan, kesejahteraan, keharmonian dan sebagainya.

Upload: ryan-boolala

Post on 08-Dec-2014

443 views

Category:

Documents


27 download

DESCRIPTION

KH

TRANSCRIPT

Page 1: Definisi Dan Konsep Pendidikan Keselamatan

Definisi dan Konsep Pendidikan Keselamatan

Pendidikan Keselamatan merupakan satu mata pelajaran yang penting dan

patut dipelajari oleh setiap lapisan masyarakat. Ini kerana ia sangat penting bagi

menyelamat dan melindungi diri kita. Untuk mempelajari subjek ini dengan lebih

mendalam, kita haruslah mengetahui definisi dan konsep pendidikan keselamatan itu

sendiri. Satu laman web wikipedia telah menyatakan bahawa Education is a social

science that encompasses teaching and learning specific knowledge, beliefs,

and skills. The word education is derived from the Latin educare meaning "to

raise", "to bring up", "to train", "to rear", via “educatio/nis”, bringing up,

raising. Selain itu, seorang tokoh bernama John Dewey yang merupakan seorang

ahli pendidikan Eropah telah mentafsirkan pendidikan adalah sebagai suatu proses

pembaharuan makna pengalaman, hal ini mungkin akan terjadi di dalam pergaulan

biasa atau pergaulan orang dewasa dengan orang muda, mungkin pula terjadi

secara sengaja dan dilembagakan untuk menghasilkan kesinambungan sosial.

Proses ini melibatkan pengawasan dan perkembangan dari orang yang belum

dewasa dan kelompok dimana dia hidup. Di samping itu, menurut Kamus Dewan

Bahasa Dan Pustaka jilid Ke-3, pendidikan bermaksud perihal mendidik, ilmu atau

pengetahuan mendidik, ajaran, latihan dan didikan. Dengan kata lain, pendidikan

keselamatan merupakan satu pengajian untuk mendidik seseorang manusia.

Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka jilid Ke-3 perkataan “selamat”

bermaksud suatu perihal terpelihara atau terhindar daripada bencana, terlepas

daripada bahaya, aman sentosa, sejahtera, tidak mendapat apa-apa gangguan. Ia

juga merupakan satu doa yang diucapkan kepada seseorang supay mereka sentiasa

berada dalam keadaan yang sejahtera. Manakala perkataan “keselamatan” pula

bermkasud suatu perihal selamat, kesejahteraan dan sebagainya. Dengan ini,

dapatlah kita simpulkan bahawa pendidikan keselamatan yang telah diperkenalkan di

peringkat sekolah adalah bertujuan untuk mendidik, dan melatinh murid-murid

supaya sentiasa mengutamakan keselamatan, kesejahteraan, keharmonian dan

sebagainya.

Page 2: Definisi Dan Konsep Pendidikan Keselamatan

Setelah mengetahui maksud pendidikan keselamatan, kita haruslah

mengetahui konsep Pendidikan Keselamatan. Pada hari ini, pendidikan keselamatan

yang diamalkan oleh pihak sekolah berlandaskan keselamatan diri. Aktiviti yang

dijalankan adalah untuk melihat bagaiman murid dapat berdikari dan dapat menjaga

keselamatan diri. Pendidikan keselamatan dapat diaplikasikan melalui aktiviti seperti

persatuan, badan uniform dan sebagainya yang diadakan di sekolah.

Pada hari ini, dapat kita lihat, terlalu banyak kes gejala sosial yang berlaku

dalam kalangan pelajar sekolah. Selain itu, terdapat banyak kes yang tidak diduga

berlaku seperti kemalangan jalan raya, rogol dan sebagainya berlaku di luar waktu

persekolahan. Oleh yang demikian, harus timbul kesedaran keselamatan diri

ataupun perlindungan diri terhadap murid-murid yang sememangnya perlu

ditekankan di sekolah-sekolah bagi mengingatkan dan mengelakkan murid daripada

terlibat dengan sebarang aktiviti yang memudaratkan, kecelakaan dan sebagainya

Surat Perkeliling Ikhtisas Bil. 8/2001 menyatakan bahawa Pendidikan

Keselamatan di sekolah perlu sentiasa mengingatkan hal-hal yang berkaitan dengan

keselamatan diri terutama sewaktu perhimpunan rasmi dari semasa ke semasa.

Surat ini dikeluarkan disebabkan oleh banyak pihak melihat pendidikan keselamtan

sangat penting. Ia perlu dititikberatkan kerana murid-murid hari ini terlalu senang

untuk terdedah dengan kecelakaan dan kemudharatan. Sehubungan dengan itu, uru-

guru pula haruslah memainkan peranan serta bertanggungjawab menyampaikan dan

memberi panduan tentang keperluan dan kepentingan menjaga keselamatan

sewaktu pendidikan formal di kelas atau kegiatan kokurikulum di luar bilik darjah. Di

samping itu, guru perlulah memaklumkan nombor telefon kecemasan supaya dapat

memudahkan pelajar jika mereka dalam kesusahan.

Secara kesimpulannya, pendidikan keselamatan sangat penting bagi

memastikan keselamatan murid-murid. Pendidikan keselamatan ini seharusnya

menjadi satu mata pelajaran teras kerana ia sangat penting dalam menjaga

keselamatan diri murid. Oleh itu, semua pihak hendaklah memainkan peranan dalam

memastikan pendidikan keselamatan ini berjalan dengan jayanya.