deb

19
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PUSAT PENGAJIAN SEJARAH, POLITIK DAN STRATEGI PROGRAM SARJANA SASTERA (SEJARAH MALAYSIA) SKSE 6013 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN MALAYSIA TAJUK BINCANGKAN SEJAUH MANA PEMBENTUKAN DASAR EKONOMI BARU (DEB) YANG DIPERKENALKAN OLEH KERAJAAN MENCAPAI OBJEKTIF PENSYARAH : DR SITY BT DAUD DR MOHD BIN SHAMSUDIN

Upload: mohd-azhar-che-seman

Post on 12-Apr-2016

224 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

deb

TRANSCRIPT

Page 1: Deb

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN SEJARAH, POLITIK DAN STRATEGI

PROGRAM SARJANA SASTERA

(SEJARAH MALAYSIA)

SKSE 6013

EKONOMI DAN PEMBANGUNAN MALAYSIA

TAJUK

BINCANGKAN SEJAUH MANA PEMBENTUKAN DASAR EKONOMI BARU (DEB)

YANG DIPERKENALKAN OLEH KERAJAAN MENCAPAI OBJEKTIF

PENSYARAH :

DR SITY BT DAUD

DR MOHD BIN SHAMSUDIN

DISEDIAKAN OLEH :

MOHD AZHAR B CHE SEMAN (P77420)

Page 2: Deb

Pengenalan

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang

diperkenalkan pada tahun 1971 oleh mantan Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Dato’

Hussein.Matlamat utama Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan adalah untuk mencapai

perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang

dua mata untuk mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan

pendapatan dan menambahkan peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa

mengira kaum dan juga untuk mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia

untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya

menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.Sejajar dengan Pelancaran Dasar

Ekonomi Baru (DEB) ini,strategi dan dasar yang dimajukan oleh kerajaan semuanya menuju kea

rah pencapaian kedua-dua matlamat tersebut.Dari segi perkilangan,pencapaian matlamat kedua

Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu penyusunan semula struktur masyarakat diberikan tumpuan

melalui keupayaan sektor ini untuk menambahkan penyertaan kaum Bumiputera dari perspektif

penyertaan modal dan pertambahan peluang pekerjaan.Oleh itu,pencapaian matlamat pertama

Dasar Ekonomi Baru (DEB) ditujukan secara tidak langsung kerana penyerapan buruh yang

meningkat dalam sektor perkilangan akan membolehkan kenaikan pendapatan pekerja

berkenaan.Dasar ini kemudiannya telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

pada tahun 1991.Walaupun begitu elemen-elemen Dasar Ekonomin Baru (DEB) ini masih lagi

wujud dan hanya akan diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai

keyakinan diri untuk berusaha sendiri tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan untuk

memajukan ekonomi mereka dan seterusnya keluar daripada kepompong kemiskinan.

Latar belakang

Perlaksanaan dasar pecah dan perintah semasa penjajahan Inggeris telah mengeruhkan

perpaduan masyarakat di Tanah Melayu.Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem

pelajaran yang berbeza telah mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang

terdiri daripada 3 rumpun utama iaitu bangsa Melayu,Cina dan India.Melalui dasar ini,orang

melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan

dan petani,orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja

Page 3: Deb

sebagai peniaga dan pelombong bijih timah,manakala orang India kebanyakannya tinggal di

kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh.Dasar pecah dan perintah ini secara tidak

langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan

bom jangka yang telah menjadi teras kepada peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi

sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia.Semenjak negara mencapai kemerdekaan

pada 31 Ogos 1957,didapati bangsa Melayu masih lagi tertinggal jauh dari segi penguasaan

ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar

bandar.Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan menguasai bidang perniagaan dan

bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal dikawasan bandar dan menguasai kawasan

perlombongan.Lantas timbul kesedaran dikalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa

mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan.Bagi masyarakat Cina

dan India pula,mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian

daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu.Bagi

masyarakat Cina yang terdiri daripada golongan kaya,mereka telah bersiap sedia untuk

mengambil Tanah Melayu kerana beranggapan bahawa merekalah yang banyak memberikan

sumbangan terhadap kemajuan Tanah Melayu,bukannya orang Melayu sendiri.Orang India pula

tidak terlibat dengan tragedi tersebut.Hal ini tidak dinafikan kerana ketika itu orang Melayu

masih lagi dengan ‘kampung dan bercucuk tanam’ dan dilemahkan dengan dunia hiburan.

Selain daripada itu,semenjak pendudukan Jepun pada Perang Dunia Kedua,pihak Jepun

mengamalkan dasar yang anti Cina dan pro Melayu telah membangkitkan kemarahan dan

prasangka orang Cina terhadap orang Melayu.Apabila Jepun menyerah kalah dan sebelum

ketibaan Inggeris,orang Cina yang kebanyakannya merupakan anggota Bintang Tiga (Parti

Komunis Malaya) telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam.Turut memburukkan

keadaan adalah kerana kebanyakan orang Cina menganggotai Parti Komunis Malaya manakala

orang Melayu kebanyakan menganggotai pasukan keselamatan ketika Zaman Darurat pada 1948-

1960.

Page 4: Deb

Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep “Malaysia untuk

orang Malaysia” yang secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan dan hak istimewa

orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew telah menyemarakkan lagi perasaan anti

Cina dan anti Melayu.Kejadian-kejadian tersebut akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa

berdarah pada 13 Mei 1969.Ia telah mengorbankan banyak nyawa dan harta benda adalah

manifestasi hubungan antara kaum di Tanah Melayu yang sememangnya retak menanti

belah.Peristiwa 13 Mei berlaku sebaik sahaja keputusan pilihanraya umum 1969 diketahui.

Kacau bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah memaksa

kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan

Agong ketika itu dan atas nasihat Perdana Menteri dengan serta-merta telah mengisytiharkan

darurat di seluruh negara. berkuat kuasa 16 Mei 1969. Pengisytiharan ini telah menyebabkan

sistem kerajaan berparlimen digantung. Atas perakuan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong

telah melantik Tun Razak bin Dato Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai

pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawab menjalankan kuasa

pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang di-Pertuan

Agong.

Majlis Perpaduan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan MAGERAN,

Majlis Perpaduan Negara yang bertanggungjawab untuk membincang dan meneliti isu-isu

perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum. Majlis

ini mendapati satu masalah yang paling ketara yang dikenal pasti ialah struktur masyarakat

majmuk di Malaysia. Adalah didapati masyarakat Malaysia masih terbahagi atas dasar

keturunan, agama dan pekerjaan. Perpaduan yang hendak dicapai bukan sahaja melibatkan

penyatuan kaum sahaja tetapi adalah didapati penyatuan ekonomi dan sosial juga perlu

dilakukan. Sehubungan dengan itu Majlis Perundingan Negara telah bersetuju membentuk satu

ideologi negara yang kemudiannya dikenali sebagai Rukun Negara yang mempunyai lima

prinsip utama iaitu:

Kepercayaan kepada Tuhan

Page 5: Deb

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-Undang

Kesopanan dan Kesusilaan

Dasar Ekonomi Baru juga dibentuk menerusi Majlis Perundingan Negara sebagai jentera

penggerak untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Majlis Perundingan

Negara juga telah mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan Jabatan Perpaduan Negara

untuk melaksanakan aktiviti berbentuk muhibbah Majlis Muhibah dan Pejabat Muhibah di

peringkat pusat, negeri, daerah dan kawasan telah ditubuhkan di bawah peruntukan Peraturan-

Peraturan Perlu (Majlis-Majlis Muhibah) 1969 yang telah diwartakan pada 18 Julai 1969.

Dasar Pecah dan Perintah

Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia sering dikatakan akibat

dasar pecah dan perintah (divide and rule) oleh penjajah Inggeris. Terdapat dua keadaan yang

memungkinkan keadaan ini:

1. Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat sebarang usaha

penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap penjajahan.

2. Inggeris perlu mengekalkan penduduk peribumi di kampung-kampung serta mengekalkan

aktiviti pertanian orang Melayu bagi memastikan bekalan makanan penduduk Tanah Melayu

tidak terjejas. Tindakan membawa masuk pekerja asing adalah bagi mengelakkan penduduk

pribumi meninggalkan aktiviti pertanian.

Page 6: Deb

Dasar Ekonomi Baru

Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan

dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah untuk

menggalakkan perpaduan negara. Selain itu,ia juga adalah bertujuan untuk menyusun semula

ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa

pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu

padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing

dengan kaum yang lain maka Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dirancang untuk memperbaiki

keadaan ini.

Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada

isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan

berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan

kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan

ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan

selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990 yang merangkumi 4 Rancangan

Malaysia iaitu Rancangan Malaysia 2 hingga Rancangan Malaysia 5.Dasar Ekonomi Baru

merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) dalam pembangunan negara.

Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi

serampang dua mata:-

penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan

pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum.

Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi telah

ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar.

Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3 peratus daripada semua

Page 7: Deb

keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis

kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86 peratsu daripada jumlah itu berada di

kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai

perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan

elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan

bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan

tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan

Dasar Ekonomi Baru (DEB), matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan

Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun

1990 ialah 17.1 peratus berbanding 49.3 peratus pada tahun 1970.

Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) turut tercapai,

kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan

pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara

kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan,

pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat

yang kedua dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini juga, beberapa strategi telah dirancang,

antaranya:

Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya

penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga

buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990

Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di

kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan

memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi

Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif.

Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika

dibandingkan dengan kaum-kaum lain

Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar.

Page 8: Deb

Tidak semua objektif yang digariskan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) mencapai

kejayaan dan tidak tepat juga jika dikatakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mencapai kejayaan

seratus peratus tanpa kegagalan.Setidak-tidaknya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dicetuskan

selepas peristiwa 13 Mei telah memantapkan keharmonian kaum dan pada masa yang sama juga

bukan Bumiputera tidak dipinggirkan sebaliknya mereka juga memperolehi manfaat.Dasar

Ekonomi Baru (DEB) juga tidak menindas mana-mana kaum atau merampas hak orang lain

untuk diberikan kepada B umiputera.Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dicetuskan serta

sasaran yang digariskan oleh kerajaan adalah untuk membasmi kemiskinan dikalangan rakyat

tanpa mengira asal keturunan di samping menyusun semula masyarakat Malaysia untuk

menseimbangkan kedudukan ekonomi di kalangan rakyat pelbagai kaum.Beberapa kejayaan

telah dapat dikesan semenjak Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan dalam usaha

mewujudkan perpaduan melalui penghapusan kemiskinan dan penyusunan semula

masyarakat.Dari laporan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Keempat telah

menyatakan bahawa pendapatan purata sebenar isi rumah telah bertambah baik seperti Melayu

RM290,Cina RM565 dan India RM455.

Antara kejayaan dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ialah kerajaan telah

memajukan kawasan luar bandar melalui pembangunan wilayah baru seperti

DARA,KEJORA,KESEDAR,KETENGAH dan JENGKA.Selain itu,kawasan kawasan

penanaman padi juga telah dimajukan seperti MADA1,MADA2,KADA1,KADA2 serta

kawasan-kawasan penanaman di Besut,Barat Laut Selangor,Krian-Sungai Manik,Kemasin-

Semarak,Trans-Perak dan Balik Pulau-Seberang Perai. Melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB)

juga,kerajaan telah memperbaiki mutu dan taraf hidup rakyat khususnya orang melayu melalui

kemudahan pendidikan,latihan,kesihatan dan juga kemudahan infrastruktur.Kerajaan juga telah

menubuhkan beberapa agensi untuk membangunkan orang melayu seperti Perbadanan

Pembangunan Bandar (UDA),Permodalan Nasional Berhad (PNB),Majlis Amanah Rakyat

(MARA),Bank Bumiputera dan Bank Pertanian yang bertujuan untuk meninggikan daya

pengeluaran,pendapatan dan menambahkan peluang pekerjaan terutamanya untuk kaum

bumiputera.Dengan cara ini akan dapat memodenkan kehidupan penduduk di luar bandar.

Page 9: Deb

Dalam penstrukturan ekuiti korporat pula,lebih dari dua per tiga ekuiti korporat di Malaysia

dimiliki oleh warga asing pada tahun 1970,sementara bumiputera yang mewakili dua pertiga dari

jumlah penduduknya memiliki hanya lebih sikit dari 2 peratus.Dasar Ekonomi Baru (DEB)

menetapkan sasaran penstrukturan berupa 30:40:30 dimana menjelang 1990,pegangan kaum

bumiputra patut mencapai 30 peratus,rakyat Malaysia yang lain 40 peratus dan warga asing 30

peratus.Melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB),menjelang 1990,pegangan ekuiti bumiputera

bertambah kepada 20.4 peratus dari keseluruhan jumlah ekuiti korporat dan pegangan rakyat

Malaysia yang lain bertambah kepada 46.8 peratus dan 25.1 peratus untuk warga

asing.Walaupun sasaran ekuiti 30 peratus pegangan bumiputera tidak tercapai,kemajuan yang

dihasilkan oleh bumiputera ini adalah cukup besar berbanding dengan kedudukan pada tahun

1970.Menjelang 2002,disebabkan jumlah nilai ekuiti berkembang dengan pesat,pegangan semua

kumpulan bertambah dalam nilai lebih besar.Walaupun bahagian warga asing jatuh kepada

hampir satu pertiga,nilainya bertambah 30 kali ganda berbanding kedudukan mereka pada tahun

1970.Dasar Ekonomi Baru (DEB) juga telah berjaya menggalakkan penyertaan yang lebih giat

dan secara langsung oleh sektor awam dalam aktiviti-aktiviti ekonomi terutamanya yang

berkaitan dengan perdagangan dan perusahaan.Yang paling membanggakan ialah pada tahun

1974,kerajaan telah menubuhkan Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS).

Kadar kemiskinan juga telah menurun bagi semua kaum.Di Semenanjung Malaysia,kadar

kemiskinan telah menurun daripada 49.3 peratus dalam tahun 1970 kepada 17.3 peratus dalam

tahun 1987.Daripada segi pembangunan bandar dan penyusunan semula,jumlah penduduk

bumiputera dibandar-bandar telah meningkat.Misalnya,komposisi penduduk bumiputera di

bandar Semenanjung Malaysia telah meningkat daripada 41.3 peratus dalam tahun 1985 kepada

44 peratus dalam tahun 1988.

Dari segi menghapuskan pengenalan kaum mengikut bidang kerja,penglibatan

bumiputera dalam semua sektor didapati telah meningkat.Bilangan pekerja disektor pembuatan

telah bertambah dari 29 peratus kepada 33 peratus dan disektor perdagangan pula bertambah

dari 23.5 peratus kepada 34 peratus.Sebanyak 28 buah bandar baru telah dibangunkan dalam

kawasan pembangunan wilayah di Johor Tenggara,Kelantan Selatan,Pahang Tenggara,Jengka

Page 10: Deb

dan Terengganu Tengah.Agensi-agensi kerajaan yang dilantik untuk membantu bumiputera

dalam soal perdagangan dan pemilikan ekonomi juga telah berjaya meningkatkan bilangan

bumiputera dalam sektor tersebut.Penyertaan bumiputera telah bertambah dari 4.3 peratus atau

RM279.6 juta dalam tahun 1971 kepada 12.4 peratus atau RM3273.7 juta dalam tahun

1980.Bilangan bumiputera yang terlibat dalam perniagaan juga telah bertambah dari 25000 orang

kepada 62000 orang pada tahun 1980.

Melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) juga,pelajar bumiputera bukan sahaja mendapat

pendidikan diperingkat rendah dan menengah tetapi ramai yang berjaya ke peringkat

universiti.Ramai juga yang dihantar belajar ke institusi pengajian tinggi luar negeri.Bilangan

profesional bumiputera juga telah bertambah.Kini terdapat ramai pakar perubatan bumiputera di

hospital-hospital.Keadaan ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan kira-kira 45 tahun lalu

dimana hanya ada segelintir sahaja doktor pakar bumiputera.Banyak syarikat besar di Malaysia

sekarang diketuai oleh golongan professional bumiputera.Ramai professional bumiputera mampu

untuk berdaya saing dan bekerja di luar negara.Dalam erti kata lain,Dasar Ekonomi Baru (DEB)

telah melahirkan golongan professional dan golongan kelas menengah bumiputera yang

mempunyai kuasa beli yang kuat.Ini dapat dilihat misalnya dari pemilikan rumah oleh kaum

bumiputera dikawasan perumahan di bandar.Sekarang ini terdapat ibu bapa bumiputera yang

mampu membiayai anak mereka belajar di universiti di dalam mahupun luar negara.

Selain itu,pegangan ekuiti korporat bumiputera telah meningkat dari 2.4 peratus pada

tahun 1970 kepada 19 peratus pada tahun 2000.Ini menunjukkan bumiputera telah ramai yang

terlibat dalam perniagaan.Jika dahulu tiada institusi perbankan yang mempunyai pemilik majoriti

bumiputera tetapi sekarang bank-bank utama di Malaysia dimiliki dan diuruskan oleh

bumiputera.Golongan peniaga bumiputera juga telah wujud walaupun kebanyakannya berstatus

industri kecil dan sederhana. Justeru itu,terbukti telah ada pengstrukturan ekonomi dimana

bidang pekerjaan tidak lagi dikenal secara automatik dengan kaum.Ertinya,sebelum Dasar

Ekonomi Baru (DEB) kaum bumiputera adalah petani atau nelayan yang tinggal di luar bandar

sementara kaum Cina merupakan peniaga di kota.Kini penglabelan automatik itu tidak lagi

berlaku.Dasar Ekonomi Baru (DEB) juga telah merapatkan jurang pendapatan antara kaum

Page 11: Deb

bumiputera dan bukan bumiputera.Misalnya nisbah pendapatan bumiputera kepada Cina

meningkat daripada 1:1.74 pada tahun 1990 kepada 1:1.64 pada tahun 2004.

Walaupun Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah membawa buah kejayaan namum ianya juga

mempunyai beberapa kelemahan dan telah menghasilkan kesudahan yang tidak di

jangkakan.Antara akibatnya ialah wujud di kalangan kaum bumiputera sindrom pergantungan

kepada kerajaan.Ada pengusaha atau peniaga bumiputera yang berniaga secara “Ali-Baba” atau

berniaga diatas angin.Mereka mendapat kontrak untuk menjalankan sesuatu projek dan

kemudiannya menjualkannya atau memberi sub-kontrak kepada peniaga bukan

bumiputera.Mereka sebenarnya tidak menjalankan projek itu sendiri tetapi mendapat bayaran

sebagai imbuhan sebagai pengantara.Amalan seperti ini telah membawa kepada ketirisan

perbelanjaan kerajaan dan penggunaan dana yang tidak efisyen.

Sebagai suatu konsep penstrukturan sosial,Dasar Ekonomi Baru (DEB) mempunyai nilai

dan sasaran murni.Namun implementasinya telah menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah

pihak kerana ianya menjurus kepada amalan siapa yang kenal dan bukannya berdasarkan

keupayaan.Akibatnya diperingkat awal implementasi Dasar Ekonomi Baru (DEB),sasarannya

boleh berjaya tetapi untuk jangka panjang pencapaian itu sukar dikekal dan dipertingkatkan

kerana ianya tidak berasaskan daya saing.Contohnya,pegangan ekuiti korporat masih belum lagi

mencecah sasaran 30 peratus kerana pegangan yang ada dijual untuk keuntungan jangka pendek

dan bukan dikekalkan serta ditambah untuk pegangan jangka panjang.Implementasi Dasar

Ekonomi Baru (DEB) yang dianggap tidak adil,telus dan cekap telah menimbulkan rasa tidak

puas hati dikalangan kaum bukan bumiputera.Antaranya sistem kuota kemasukan universiti telah

dianggapoleh kaum bukan bumiputera sebagai menyempitkan peluang anak-anak mereka yang

berkelayakan mendapat pendidikan universiti.

Pada tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama

(RRJP1) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB).Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru (DEB) tamat,

kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional yang telah dilancarkan oleh Y.A.B

Page 12: Deb

Dato’Seri Dr.Mahathir Mohamad,Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991 yang merupakan

usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).Dasar

Pembangunan Nasional (DPN) ini menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha

untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Kesimpulan

Kesimpulannya,Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan adalah bermatlamatkan

perpaduan negara melalui proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat di

dalam konteks keselamatan negara yang kukuh.Dalam tempoh pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru

(DEB) ini ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai

cabaran.Walaupun pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB) bukanlah secara menyeluruh,namun

banyak kejayaan yang telah dicapai.Segala program pembangunan negara dan dasar kerajaan

semasa yang diperkenalkan semasa pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah dirancang

dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan diatas.Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha

yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya ,malah ianya memerlukan perubahan sikap, tenaga

dan pemikir rakyat dari sektor swasta.Walaupun begitu,jelas bahawa Dasar Ekonomi Baru

(DEB) telah berjaya menghasilkan beberapa kemajuan terutama dalam mengurangkan kadar

kemiskinan dan juga memantapkan keharmonian kaum.

Rujukan

http://www.isis.org.my/attachments/390_MAZ_Kompass_220907.pdf

http://ww1.utusan.com.my/utusan

http://www.epu.gov.my/dasar-ekonomi-baru

http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru

Ahmad Idris. 1988. Dasar Ekonomi Baru, Selangor : IBS Buku Sdn. Bhd.

Page 13: Deb

Anuwar Ali,Rajah Rasiah.1996.Perindustrian dan Pembanguan Ekonomi Di Malaysia,Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Nicholas J.White,Shakila Parween Yacob (Penterjemah). 2010. Perniagaan British Di Malaysia

Pasca Penjajah 1957-70,Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Nik Hashim Mustapha,Zulkifly Osman (Penyunting).1989. Dasar Ekonomi Malaysia, Bangi :

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Just Faaland,Jack Parkinson,Rais Bin Sariman.2002.Dasar Ekonomi Baru,Pertumbuhan Negara

Dan Pencapaian Ekonomi Orang Melayu,Shah Alam : Penerbit SPEKTRA.