deb dn dpn naz fahmi

14

Upload: nurul

Post on 21-Dec-2015

231 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

dasar ekonomi baru

TRANSCRIPT

Page 1: DEB DN DPN Naz Fahmi
Page 2: DEB DN DPN Naz Fahmi

Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Hubungan Etnik

• Ketidaksamerataan ekonomi menjadi sebab utama berlakunya kecemburuan sosial sehingga mencetuskan Peristiwa 13 Mei 1969.

• Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu, kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun iaitu daripada 1971-1990 yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru.

• Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan suatu dasar yang diperkenalkan dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan etnik agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai.

Page 3: DEB DN DPN Naz Fahmi

• Dasar Ekonomi Baru mempunyai dua sasaran, iaitu,– mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan

dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira etnik

– menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan etnik mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

• Antara matlamat DEB ialah menyusun semula pemilikan harta dengan meningkatkan pemilikan saham Bumiputera sehingga sekurang-kurangnya 30 % menjelang tahun 1990.

Page 4: DEB DN DPN Naz Fahmi

Usaha yang dirangka untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek pembangunan :

• Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.

• Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.• Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor

yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.

Page 5: DEB DN DPN Naz Fahmi

• Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kelompok etnik, antara kawasan bandar dan luar bandar dan antara wilayah.

• Memodenkan kehidupan di luar bandar.• Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan

Bumiputera.• Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan

komposisi kelompok etnik di Malaysia.• Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui

pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan-kemudahan infra-struktur dan lain-lain

Page 6: DEB DN DPN Naz Fahmi

Strategi dalam Dasar Ekonomi Baru:

• Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luar bandar.

• Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga.

• Menambahkan dengan lebih cepat lagi bilangan rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.

Page 7: DEB DN DPN Naz Fahmi

• Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan golongan Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990

• Menubuhkan beberapa agensi seperti MARA, Bank Pembangunan, Bank Bumiputera, Amanah Saham Nasional.

• Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.

Page 8: DEB DN DPN Naz Fahmi

• Dasar Ekonomi Baru bermatlamatkan perpaduan negara dan dilaksanakan melalui proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat di dalam konteks keselamatan negara yang kukuh.

• Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih daripada pihak kerajaan dan kakitangannya, malah ia memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran seluruh rakyat, termasuk daripada sektor swasta.

Page 9: DEB DN DPN Naz Fahmi

• Perlu disedari bahawa Dasar Ekonomi Baru hanya mensasarkan 30 % pemilikan saham oleh golongan Bumiputera dan bukannya 100 % pemilikan saham.

• Oleh yang demikian, tidak wajar untuk mengatakan bahawa Dasar Ekonomi Baru sebagai suatu dasar yang bersifat diskriminatif

Page 10: DEB DN DPN Naz Fahmi

• Kebanyakan syarikat milik usahawan bukan Melayu telah mempunyai pengalaman yang lebih lama dan luas, maka mereka lebih berkemampuan untuk menghadapi krisis ekonomi.

• Syarikat-syarikat milik golongan Bumiputera, yang kebanyakannya lahir daripada Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Penswastaan, terpaksa berhempas pulas untuk bertahan.

Page 11: DEB DN DPN Naz Fahmi

KRISIS KEWANGAN

• Krisis kewangan 1985-1986 terjadi akibat kejatuhan harga komoditi.

• Krisis kewangan negara 1997-98 berpunca daripada kejatuhan nilai ringgit yang mendadak pada ketika itu. Kerajaan tidak berkesempatan mempertahan dan menstabilkan nilai ringgit apabila mata wangnya.

• Pada pertengahan 1998, terdapat lebih 25, 000 syarikat dalam kategori industri kecil dan sederhana (IKS) yang mengalami masalah dan terdapat 191 buah syarikat yang majoriti sahamnya dimiliki golongan Bumiputera telah muflis.

Page 12: DEB DN DPN Naz Fahmi

Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Di bawah

Dasar Pembangunan Nasional (1990-2000) dan

Wawasan Negara (2001-2010)

Page 13: DEB DN DPN Naz Fahmi

• DPN digubal berlandaskan wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.

• Wawasan 2020 menekankan 9 cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia untuk muncul sebagai negara berteknologi tinggi menjelang abad ke-21

Page 14: DEB DN DPN Naz Fahmi

• Dasar-dasar yang menggantikan DEB cuba mewujudkan landasan yang baik bagi memajukan kesemua kaum di Malaysia. Namun begitu, dari segi perlaksanaan DEB memang mempunyai kelemahan.

• Menjadi tanggungjawab kerajaan dan semua pihak bagi memastikan apa sahaja dasar yang diperkenalkan membawa faedah kepada semua lapisan masyarakat tanpa meminggirkan mana-mana komuniti.