deb 1

4
Mingguan Malaysia : ARKIB : 02/11/2008 DEB bukan dasar emosi Oleh NOOR AZLAN GHAZALI SEJAK akhir-akhir ini Dasar Ekonomi Baru (DEB) sering menjadi 'peluru' bagi pelbagai pihak. Dalam menagih pengaruh (atau populariti), DEB sering dijadikan umpan besar. Ia ditafsir sebagai halangan utama pembangunan negara dan wajar dihapuskan bagi memastikan pembangunan yang lebih pantas. Dalam konteks kepelbagaian bangsa, DEB dikatakan tidak adil kerana memberi keutamaan kepada masyarakat bumiputera dengan mengenepikan masyarakat lain. DEB dipersoalkan dalam konteks pengagihan kekayaan dan peluang serta bermacam-macam lagi. Secara pentadbiran, tempoh pelaksanaan DEB iaitu 1970- 1990 telah pun tamat. Namun, intipati dasarnya masih kekal segar dalam kesemua dokumen rancangan pembangunan negara. Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000), Dasar Wawasan Negara (2001-2010), Misi Nasional (2006 -2020), rancangan pembangunan lima tahun Malaysia dan juga dokumen pembangunan sektoral yang lain meletakkan semangat dan harapan DEB sebagai umbi utama strategi pembangunan. Tidak dinafikan setelah hampir 40 tahun dirangka, ramai yang lupa dengan dasar yang begitu penting dan bermakna dalam pembangunan negara kita, bukan sahaja untuk masyarakat bumiputera malah keseluruhan rakyat Malaysia. Penilaian ke atas mengapa semangat dan harapan DEB perlu terus dikekalkan boleh dibuat daripada pelbagai sudut. Di sebalik hujah yang mungkin mencetus ketegangan emosi, perekonomian DEB sering dibelakangkan. Apakah DEB merupakan model ekonomi yang sudah lapuk? Benarkah kemajuan yang kita kecapi hari ini tiada kaitannya dengan DEB? Adakah arus globalisasi dan kemajuan teknologi menjadikan DEB tidak lagi relevan? Benarkah kemajuan dan kemakmuran negara yang dicapai hari ini mampu terus dipertahankan sekiranya DEB dihapuskan? Persoalan-persoalan ini perlu kita rungkaikan. Apa pun DEB adalah dasar 'ekonomi' baru, bukan dasar emosi. Kewajaran DEB tidak wajar diperdebatkan dengan hujah emosi. Keharmonian negara bakal terjejas. Perekonomian DEB perlu diperjelas agar dilihat relevan oleh seluruh rakyat

Upload: arifah-ahmad

Post on 23-Dec-2015

12 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

DASAR EKONOMI BARU

TRANSCRIPT

Page 1: DEB 1

Mingguan Malaysia : ARKIB : 02/11/2008

DEB bukan dasar emosi

Oleh NOOR AZLAN GHAZALI

SEJAK akhir-akhir ini Dasar Ekonomi Baru (DEB) sering menjadi 'peluru' bagi

pelbagai pihak. Dalam menagih pengaruh (atau populariti), DEB sering dijadikan

umpan besar. Ia ditafsir sebagai halangan utama pembangunan negara dan wajar

dihapuskan bagi memastikan pembangunan yang lebih pantas.

Dalam konteks kepelbagaian bangsa, DEB dikatakan tidak adil kerana memberi

keutamaan kepada masyarakat bumiputera dengan mengenepikan masyarakat lain.

DEB dipersoalkan dalam konteks pengagihan kekayaan dan peluang serta

bermacam-macam lagi. Secara pentadbiran, tempoh pelaksanaan DEB iaitu 1970-

1990 telah pun tamat. Namun, intipati dasarnya masih kekal segar dalam kesemua

dokumen rancangan pembangunan negara.

Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000), Dasar Wawasan Negara (2001-2010),

Misi Nasional (2006 -2020), rancangan pembangunan lima tahun Malaysia dan juga

dokumen pembangunan sektoral yang lain meletakkan semangat dan harapan DEB

sebagai umbi utama strategi pembangunan.

Tidak dinafikan setelah hampir 40 tahun dirangka, ramai yang lupa dengan dasar

yang begitu penting dan bermakna dalam pembangunan negara kita, bukan sahaja

untuk masyarakat bumiputera malah keseluruhan rakyat Malaysia. Penilaian ke atas

mengapa semangat dan harapan DEB perlu terus dikekalkan boleh dibuat daripada

pelbagai sudut.

Di sebalik hujah yang mungkin mencetus ketegangan emosi, perekonomian DEB

sering dibelakangkan. Apakah DEB merupakan model ekonomi yang sudah lapuk?

Benarkah kemajuan yang kita kecapi hari ini tiada kaitannya dengan DEB? Adakah

arus globalisasi dan kemajuan teknologi menjadikan DEB tidak lagi relevan?

Benarkah kemajuan dan kemakmuran negara yang dicapai hari ini mampu terus

dipertahankan sekiranya DEB dihapuskan? Persoalan-persoalan ini perlu kita

rungkaikan.

Apa pun DEB adalah dasar 'ekonomi' baru, bukan dasar emosi. Kewajaran DEB

tidak wajar diperdebatkan dengan hujah emosi. Keharmonian negara bakal terjejas.

Perekonomian DEB perlu diperjelas agar dilihat relevan oleh seluruh rakyat

Page 2: DEB 1

Malaysia. Perekonomian DEB masih relevan malah mungkin lebih relevan dalam

konteks pertumbuhan ekonomi semasa.

DEB adalah strategi 'intervensi' yang dibentuk bagi menangani kegagalan pasaran

bebas (market failures). Idealisme ekonomi (khususnya pemikiran barat) sering

melaungkan kewujudan pasaran yang bebas daripada campur tangan kerajaan

sebagai satu model ekonomi yang terbaik.

Berdasarkan model pembangunan ekonomi yang sedemikian, pasaran yang bebas

adalah efisien dan membolehkan pembangunan dan kemajuan dicapai dengan

kadar yang lebih pantas.

Strategi

Semua pihak dianggap berpeluang menentukan strategi dan aktiviti masing-masing

untuk maju ke hadapan. Ganjaran untung-rugi menjadi insentif kepada setiap

individu. Daripada sudut yang ekstrem ada yang berpandangan bahawa campur

tangan kerajaan adalah bersifat gangguan yang lebih menghalang mempercepat

pertumbuhan ekonomi.

Dalam menolak DEB, banyak yang berhujah sedemikian. Namun yang berhujah

mungkin kurang arif dengan perekonomian pasaran bebas yang hanya menjadi

efisien jika ciri pasaran yang 'sempurna' dicapai.

Dari sudut penyertaan, kesempurnaan pasaran bererti semua pihak mempunyai

peluang dan kemampuan yang sama untuk mengambil bahagian dalam aktiviti

pasaran bebas.

Persoalannya, adakah kesempurnaan sedemikian wujud? Samakah yang belajar di

sekolah di kawasan pedalaman Sarawak dengan di Kuala Lumpur? Samakah

peluang masyarakat di Baling dengan masyarakat di Johor Bahru? Samakah

kemampuan industri kecil dan sederhana (IKS) berbanding syarikat multinasional?

Adilkah masyarakat yang mempunyai kekayaan bersaing dengan masyarakat yang

ketinggalan akibat dipinggirkan? Bolehkah pasaran bebas menjamin bahawa

ketidakserataan ini tidak meminggirkan sesuatu kelompok masyarakat menyertai

proses pembangunan dan kemajuan?

Sifat invisible hand ekonomi pasaran bebas tidak mampu mengenalpasti semua ini.

Inilah asas perekonomian DEB. Kewujudan pasaran sempurna adalah ilusi teori

ekonomi.

Hakikatnya dari dahulu lagi tiada ekonomi di dunia yang mencapai tahap

kesempurnaan dan boleh menidakkan intervensi daripada kerajaan.

Page 3: DEB 1

Sememangnya, kerajaan tetap ada peranannya iaitu membentuk polisi dan strategi

bagi menangani ketidak sempurnaan yang menyebabkan kegagalan pasaran.

DEB mempunyai perekonomian yang kukuh dan mampu disokong oleh teori

ekonomi moden. Perekonomian DEB masih relevan. Tidak dapat dinafikan bahawa

kejayaan yang dicapai oleh kita semua (bumiputera dan bukan bumiputera) hari ini

ada kaitannya dengan DEB.

Pada tahun 1970-an ramai yang 'jalan bertongkat', kini bukan sahaja sudah ramai

yang boleh berjalan sendiri malah mampu memimpin yang lain. Terapi DEB

berkesan. Kemampuan masyarakat bumiputera hari ini amat jauh berbeza dengan

statusnya pada awal 1970-an.

Peningkatan taraf hidup dan kuasa beli masyarakat bumiputera pastinya dimanfaat

oleh masyarakat bukan bumiputera. Hasil daripada strategi DEB yang berkesan,

berjuta masyarakat bumiputera telah berganjak dari kategori miskin kepada

pendapatan menengah.

Keinginan dan corak permintaan golongan menengah berbeza. Permintaan ke atas

rumah kediaman yang lebih selesa, kenderaan yang berkualiti, pendidikan yang

bermutu, perkhidmatan kesihatan yang semakin canggih, hiburan, percutian dan

sebagainya semuanya meningkat. Bukankah akhirnya semua masyarakat

bumiputera dan bukan bumiputera mendapat manfaatnya?

Jelas DEB untuk semua. Secara terus aplikasinya mensasar kepada masyarakat

bumiputera tetapi limpahan dan kesan penggandaannya amat hebat. Semua merasa

dan tiada yang terpinggir. Namun tidak boleh pula kita alpa.

Kegagalan pasaran yang menjadi asas perekonomian DEB memang wujud. Namun

kita mesti benar-benar jelas di mana puncanya. Strategi DEB yang dibentuk mesti

disasarkan untuk menangani kegagalan pasaran yang dikenalpasti.

Tanpa mengenalpasti punca sebenar kegagalan pasaran, strategi memperbaikinya

tidak akan berkesan. Strategi mesti jelas, dilaksana dan dipantau keberkesanannya.

DEB ialah senjata ekonomi yang berkualiti bagi menangani kegagalan pasaran

namun jika tidak cekap kita mengendalikannya, mungkin buruk pula kesannya.

Tidak salah memberikan 'tongkat' kepada yang memerlukan tetapi rugi dan salah

jika 'tongkat' ini diberikan kepada yang tidak sepatut menerimanya. Kita juga tidak

mahu masyarakat Bumiputera terus bertongkat selama-lamanya.

Persaingan

Page 4: DEB 1

Mesti ada elemen graduasi dalam DEB. Persaingan semakin sengit. Kita perlu

segera memperbaiki kegagalan pasaran ini bagi memastikan kapasiti enjin dan

pemandu yang setanding kecekapannya.

Penumpuan polisi perlu dialih daripada pengagihan kekayaan kepada pengagihan

peluang yang berkualiti untuk berjaya. Seperti yang dinyatakan oleh Timbalan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, memang wajar DEB

dinilai kesesuaian dan pelaksanaannya seiring dengan kemajuan masyarakat dan

negara serta perubahan struktur dan sifat ekonomi, termasuklah arus globalisasi dan

kemajuan teknologi.

Bentuk kegagalan pasaran mempunyai evolusinya tersendiri. Pada tahun 1970-an,

yang miskin berjalan kaki. Pada tahun 2020, yang miskin mungkin berkereta. Jika

hari ini jurang pendapatan menjadi keutamaan, pada masa akan datang jurang

digital pula mungkin menjadi fokus. Kalau dahulu pemilikan sumber asli amat

bermakna, hari demi hari penguasaan ilmu lebih bernilai. Dalam apa jua keadaan

kegagalan pasaran tetap akan ada. Perekonomian DEB yang berlandaskan

kegagalan pasaran akan terus relevan dan wajar untuk kita meneruskannya, untuk

manfaat semua dan pastinya dengan strategi pelaksanaan yang efektif dan efisien.