dasar_bahasa

Upload: rithuan-zainal-abidin

Post on 07-Apr-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 dasar_bahasa

    1/5

    770 Kongres Bahasa dan Pensuratan Melayu V

    5.9

    Bahasa Melayu dalam Dasar

    Pendidikan di Malaysia

    Prof. Dato Zainal Abidin Wahid

    Soal Bahasa dan Pendidikan ini adalah dua perkara yang sangat penting bagi

    orang Melayu, masa depan mereka, pembentukan satu bangsa Malaysia dan

    pengwujudan satu jati diri kebangsaan yang berlandaskan unsur-unsur

    kemalaysiaan. Perpaduan kebangsaan dan kestabilan negara adalah juga berkait

    rapatdengan isu Bahasa dan Pendidikan. Kedua-dua isu ini saling berkaitan,

    dan tidak dapat dipisahkan.

    Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa

    kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia. Penyata Razak 1956 yang

    diperteguhkan oleh Laporan Rahman Talib 1960 menegaskan bahawa Bahasa

    Melayu akan menjadi bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara.

    Usaha-usaha ke arah menjadikan bahasa Melayu bahasa kebangsaan, bahasa

    rasmi dan bahasa pengantar utama telah dilaksanakan oleh kerajaan Perikatandengan cara yang kurang sempurna, bagi tempoh 1957 1969. Selepas Peristiwa

    13 Mei 1969, Dasar Bahasa (DB) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK)

    telah dilaksanakan dengan tegas, hingga ke awal 1990-an.

    Bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa

    penghantar utama dalam erti kata yang sebenarnya. Hampir semua kuliah di

    Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menggunakan Bahasa Melayu. Tesis-

    tesis untuk ijazah Doktor Falsafah pun ditulis dalam bahasa Melayu, biarpun

    dalam bidang sains dan teknologi.

    Tetapi, pada awal tahun-tahun 1990-an ini, kerajaan Barisan Nasional (BN)

    telah menunjukkan kurang keyakinan terhadap peranan bahasa Melayu dalam

    pembangunan negara. Keraguan terhadap kemampuan bahasa Melayu untuk

    mencapai matlamat Wawasan 2020 telah dilahirkan. Kerajaan BN berpendapatbahawa bahasa Inggeris adalah kunci untuk menjayakan Wawasan 2020.

    Ringkasnya, pada bulan Disember 1993, Jemaah Menteri BN telah memutuskan

    bahawa bahasa Inggeris akan menggantikan bahasa Melayu sebagai bahasa

    penghantar bagi kursus-kursus tertentu dalam bidang sains dan teknologi di

    peringkat universiti. Perdana Menteri dan beberapa menteri lain telah membuat

    berbagai-bagai kenyataan untuk menonjolkan peri pentingnya bahasa Inggeris.

    Gambaran yang telah disampaikan kepada rakyat ialah tanpa bahasa Inggeris,

    kemajuan tidak akan tercapai.

  • 8/3/2019 dasar_bahasa

    2/5

    Bahasa Melayu dalam Dasar Pendidikan... 771

    Keghairahan Perdana Menteri dan beberapa menteri BN yang lain tentang

    peri mustahaknya bahasa Inggeris telah menggalakkan penggunaan bahasa

    Inggeris dengan meluas. Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang

    menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar telah berkembang

    dengan cepat, laksana cendawan lepas hujan. Dalam tahun 1995, terdapat lebih

    250 buah IPTS yang beraliran Inggeris. Kefasihan dalam bahasa Inggeris dalam

    temu duga untuk mendapat pekerjaan di sektor swasta telah diutamakan. Nilai

    ekonomi bahasa Melayu telah mula merosot.

    Pada akhir tahun 1995 dan awal 1996, Parlimen Malaysia telah meluluskan

    Akta Pendidikan 1996, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta

    Majlis Pendidikan Negara 1996 dan pindaan besaran kepada Akta Universiti

    dan Kolej Universiti. Pada pertengahan tahun 1996, Akta Lembaga Akreditasi

    Negara telah diluluskan. Akta Pendidikan 1996 dan Akta Institusi Pendidikan

    Swasta 1996 akan membawa kesan buruk kepada negara, khususnya kepada

    kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, bahasa rasmi dan

    bahasa pengantar utama.

    Mengikut laporan 1997, sekarang ini ada 84,000 pelajar di IPTS. Daripada

    84,000 ini, cuma lima peratus (5%) pelajar Melayu. Tetapi lebih daripada lebih

    kurang 55,000 pelajar di IPTA, 45% adalah bukan bumiputera. Jadi, jumlah

    pelajar Bumiputera di IPT (IPTA + IPTS) di Malaysia ada lebih kurang 35,000

    dan jumlah pelajar bukan bumiputera 105,000. Di luar negara juga, jumlah

    pelajar bumiputera adalah kurang daripada bukan bumiputera.

    Dari segi tenaga pelajar pula, jumlah pensyarah bumiputera di IPTS adalahamat kecil. Ketidakseimbangan adalah ketara sangat. Kesaksamaan kurang

    sekali. Titik-titik persamaan dengan keadaan sebelum Tragedi 13 Mei 1969

    nampaknya wujud.

    Langkah-langkah untuk menggelakkan Tragedi 13 Mei daripada berulang

    perlu diambil, dan diambil dengan segera lagi tegas. Di antara tindakan yang

    boleh dilaksanakan ialah:

    Mempastikan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa kebangsaan,

    bahasa rasmi dan bahasa penghantar utama dengan tegas dan

    menyeluruh. Jika ini dilaksanakan serta disusuli dengan galakan dan

    desakan terhadap pihak swasta untuk mematuhi Perlembagaan Ma-

    laysia, khususnya Perkara 152, maka nilai ekonomi bahasa Melayuakan terjamin.

    Sebelum sesebuah IPTS dibenarkan bermula atau menyambung

    kegiatannya maka wajib institusi itu menyediakan satu rancangan rasmi yang

    bertulis yang mengandungi sekurang-kurangnya perkara-perkara berikut:

    Selepas tiga tahun mendapat lesen untuk bermula atau menyambung

    kegiatannya, maka 15% daripada kuliahnya mestilah dalam bahasa

  • 8/3/2019 dasar_bahasa

    3/5

    772 Kongres Bahasa dan Pensuratan Melayu V

    Melayu. Pada tahun kelima 30% kuliahnya hendaklah dalam bahasa

    Melayu dan peratusan kuliah ini meningkat sebanyak 15% tiap-tiap

    tahun hingga jumlahnya menjadi 75%.

    Jumlah pelajar bumiputera selepas tiga tahun hendaklah menjadi 10%. Ini

    ditambah tiap-tiap tahun sebanyak 10%, hingga menjadi 50%. Jumlah tenaga

    pengajar bumiputera juga perlu mencapai 10% selepas 3 tahun dan ini

    ditingkatkan sebanyak 10% tiap-tiap tahun, hingga menjadi 50%.

    Kaedah belajar bahasa Inggeris di sekolah hendaklah diperbaiki. Kaedah

    mengajar bahasa yang digunakan oleh Pasukan Keamanan (Peace Corps),

    Amerika Syarikat dan kerajaan Australia terhadap Orang Australia Baharu (New

    Australians) wajar dikaji dan mungkin diikuti. Kaedah-kaedah lain yang lebih

    berkesan daripada kaedah yang sedang digunakan sekarang hendaklah juga

    dikaji untuk dimanfaatkan.

    Sekolah atau maktab berasrama penuh bagi pelajar bumiputera perlu

    ditubuhkan dengan lebih banyak lagi. Dalam hal ini, latihan guru hendaklah

    diutamakan.

    Sekolah rendah berasrama penuh juga wajar diwujudkan. Kalaulah

    difikirkan murid Darjah Satu terlampau muda untuk tinggal di asrama atau

    dipisahkan daripada ibu bapa maka Sekolah Rendah Berasrama penuh(SRBP)

    ini boleh mula mengambil pelajar dari Darjah Tiga. Jadi SRBP akan terdiri dari

    Darjah Empat ke Darjah Enam.

    Kelas atau sekolah matrikulasi untuk pelajar Bumiputera hendaklahdiperbanyak. Pusat pengajian ini perlu mendapat guru-guru yang terlatih.

    Latihan tenaga pengajar bumiputera di peringkat universiti dan maktab/

    matrikulasi hendaklah dimulakan dengan serta merta dan meluas (ramai). Ini

    amat penting dan perlu dilaksanakan dengan segera.

    Penubuhan institusi seperti Institut Teknologi MARA (ITM) hendaklah

    ditambah. UNIMARA hendaklah diasaskan di atas konsep ITM dari segi bentuk

    pelajar dan pensyarahnya, iaitu penekanan kepada kemelayuan. Institut

    Perguruan Sultan Idris wajar dipertingkatkan menjadi seperti ITM. Institut

    Perguruan Sultan Idris boleh mengurangkan ketidakseimbangan yang

    disebabkan oleh IPTS.

    Penulisan buku dan makalah ilmiah dalam bahasa Melayu dan terjemahan

    ke bahasa Melayu hendaklah dirancangkan dan dilaksanakan dengan banyakdan tegas. DBP perlu memainkan peranannya dalam hal ini dengan lebih

    nerkesan lagi. Peruntukan khas untuk rancangan ini perlu diberi kepada DBP

    supaya soal kekurangan wang tidak timbul. Institut Terjemahan Negara (ITN)

    perlu disusun semula dengan pinjaman yang lebih berkesan lagi berwibawa

    supaya boleh memberi sumbangan yang bermakna.

    Kaedah pendidikan agama Islam wajar dikaji dengan mendalam supaya

    pelajar dapat menghayati nilai-nilai Islam dan bukan cuma mengetahuinya.

  • 8/3/2019 dasar_bahasa

    4/5

    Bahasa Melayu dalam Dasar Pendidikan... 773

    Sekolah menengah Agama Islam perlu diberi perhatian yang teliti,

    khususnya dari segi memperbolehkan pelajarnya memasuki aliran sains dan

    teknologi di peringkat matrikulasi.

    Kaedah mengajar Sains dan Matematik, terutamanya bagi pelajar

    bumiputera di peringkat sekolah memerlukan perhatian yang berat. Cara-cara

    hendak mmembangkitkan minat dan pengurusan mereka terhadap mata

    pelajaran Sains dan Matematik perlu diperkenalkan.

    Bimbingan daripada ibu bapa perlu digalakkan. Jika perlu, latihan untuk

    membimbing anak hendaklah diadakan bagi ibu bapa.

    Bantuan kewangan bagi pelajar-pelajar miskin hendaklah disediakah.

    Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat wajar memainkan peranan yang

    lebih berkesan lagi dalam hal ini. Mereka hendaklah lagi berusaha mencari dan

    membantu keluarga miskin, tidak menunggu sahaja.

    Penggunaan bahasa kebangsaan di kalangan pimpinan negara dan pegawai

    Kerajaan hendaklah dilakukan secara automatis kecuali dalam tugas yang

    bersifat antarabangsa. Misalnya, soalan yang dikemukakan oleh wartawan

    Malaysia dalam bahasa Inggeris kepada menteri atau pegawai, wajarlah dijawab

    dalam bahasa kebangsaan.

    Kementerian Penerangan hendaklah menentukan bahawa semua program

    Melayunya, termasuk skrip dan juruacara, menggunakan bahasa Melayu dengan

    penuh, kecuali terpaksa.

    Kajian yang amat mendalam perlu dilakukan ke atas Memorandum

    Persefahaman berkenaan Pendidikan yang telah dibuat oleh Menteri PendidikanMalaysia dan negara China dalam bulan Jun 1996. Memorandum Persefahaman

    itu bukan sahaja akan membawa kesan yang buruk kepada bidang pendidikan

    Malaysia tetapi juga akan menguatkan perasaan kecinaan, menambah

    ketidakseimbangan dan mungkin menjejaskan keselamatan negara.

    Sebaik-baiknya Akta Pendidikan 1996 dan Akta IPTS 1996 hendaklah

    dipinda dengan tujuan mengekalkan matlamat Penyata Razak dan Laporan

    Rahman Talib, iaitu menjadikan bahasa Melayu bahasa pengantar utama dalam

    sistem pendidikan kebangsaan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan hujah

    bahawa kedua-dua Akta ini bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan

    Malaysia dari segi agama Islam.

    Jika akta-akta baru berkenaan dengan pendidikan ini dilaksanakan maka

    dalam tempoh 15 20 tahun lagi nilai ekonomi bahasa Melayu akan bertambahmerosot. Sekurang-kurangnya dua kumpulan pelajar dan siswazah akan timbul,

    satu aliran kebangsaan dan satu lagi aliran Inggeris, dengan kemungkinan

    kumpulan ketiga daripada aliran Cina. IPTS akan memburukkan

    ketidakseimbangan. Perhubungan antara kaum akan terjejas. Perpaduan

    kebangsaan akan sukar dicapai. Oleh itu tindakan segera mustahak diambil

    agar tragedi 13 Mei 1969 tidak berulang.

  • 8/3/2019 dasar_bahasa

    5/5

    774 Kongres Bahasa dan Pensuratan Melayu V

    Semoga cadangan-cadangan di atas akan dapat menolong menghapuskan

    ketidakseimbangan di antara bumiputera dan bukan bumiputera dengan harapan

    boleh memberi sumbangan kepada perpaduan kebangsaan, pembentukan satu

    bangsa Malaysia dan pengwujudan keperibadian atau jati diri Malaysia yang

    berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta Perlembagaan Malaysia.

    Zainal Abidin bin Abdul Wahid

    6 April 1998

    Petaling Jaya

    Disediakan untuk Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kelima di Dewan

    Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2-3 Mei 1996.