dasar sosial negara

Download Dasar Sosial Negara

If you can't read please download the document

Upload: lumycee

Post on 17-Nov-2015

18 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

dasar pem

TRANSCRIPT

Dasar Sosial NegaraPendahuluanDasar payung yang merangkumi falsafah dan berbagai dasar pembangunan sosial negara berteraskan Perlembagaan, Rukunegara, Wawasan 2020 dan komitmen negara di peringkat antarabangsa.
Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.Pernyataan DasarDSN ialah dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju serta mantap.Penyataan MatlamatMewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan mantap dengan setiap anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama selaras dengan matlamat wawasan 2020.Latar Belakang1990AN Perbincangan isu-isu sosial dan keperluan satu dasar sosial negara1996 Penubuhan Jawatankuasa Kabinet Bagi Membanteras Masalah Sosial (JKMMS)1998 JPPN membincangkan perlunya ada DSN UPE minta KPNPM menggubal DSN1999 KPNPM menganjurkan bengkel DSN Pelantikan Pakarunding PINTAS2002 Pakarunding PINTAS menghasilkan deraf DSN Pasukan Petugas Khas di KPNPM DSN, jentera pelaksanaan dan pendekatan dibentangkankepada JKMMS2003 DSN diluluskan oleh Jemaah Menteri (19 Februari) DSN dilancarkan secara rasmi (19 Ogos)OBJEKTIF DSNOBJEKTIF UMUMMenjamin setiap individu, keluarga dan masyarakat tanpa mengira kumpulan etnik, agama, budaya, gender dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusanOBJEKTIF KHUSUS Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi

Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat

Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial

Menjana sinergi multisektor

OBJEKTIF 1MEMASTIKAN KEPERLUAN ASAS INDIVIDU, KELUARGA DAN MASYARAKAT DIPENUHIMerangkumi:- Keperluan asas secukupnya

Persekitaran fizikal yang sihat, bersih, selamat dan mesra insan

Persekitaran sosial mengutamakan nilai-nilai murni

Peluang untuk meningkatkan kualiti hidup

Kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat serta hak sebagai warganegara

Keperluan hidup lain yang sesuai dengan perkembangan semasa

OBJEKTIF 2MEMBANGUN DAN MEMPERKASAKAN INSAN SEPANJANG HAYATTanpa membezakan gender, keturunan dan keupayaan fizikal untuk mengguna dan mempertingkatkan sumber serta kebolehan kendiri secara optimum pada setiap peringkat kitaran hidupOBJEKTIF 3MEMPERKUKUH DAN MEMBANGUNKAN SISTEM SOKONGAN SOSIAL DAN PERKHIDMATAN SOSIALMemperkukuh dan menambahkan: Sistem sokongan sosial seperti sistem keluarga, etnik, agama, organisasi sosial dan lain-lain di peringkat komuniti

Sistem penyampaian perkhidmatan sosial di semua sektor yang terlibat dengan perkhidmatan sosial

OBJEKTIF 4MENJANA SINERGI MULTISEKTORKerjasama antara pelbagai bidang dalam dan di antara sektor awam, swasta dan sukarela perlu dipertingkatkan supaya wujud satu sinergi tenaga dan sumber di dalam masyarakat untuk menjamin perkhidmatan sosial yang terbaik untuk semua anggota masyarakat, berasaskan konsep bahawa pembangunan sosial adalah tanggungjawab bersama.