dasar satu murid satu sukan

6
DASAR SATU MURID SATU SUKAN (1M1S). ANALISIS PELAKSANAAN DAN CABARANNYA 1. PENGENALAN SATU PELAJAR SATU SUKAN (1M1S) merupakan program yang mewajibkan setiap pelajar menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah dimana ia juga menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan dasar ini, setiap pelajar akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan di sekolah mereka sepanjang tahun. Selain itu, dasar ini diselaraskan dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan dari peringkat sekolah rendah melalui dua strategi iaitu Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan. Aktiviti sukan di bawah Sukan untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan semua pelajar. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi pelajar yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh halyang demikian, penyertaan setiap pelajar dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. Terdapat pelbagai kebaikan Dasar 1 Pelajar 1 Sukan. Perkara ini akan dibincangkan demi kepentingan bersama. 2. PELAKSANAAN DAN KEBAIKAN Dasar 1 Pelajar 1 Sukan berupaya membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan pelajar dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Hala tuju dasar pendidikan negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan berkeperibadian mulia. Oleh itu, Dasar 1 Pelajar 1 Sukan secara tidak langsung dapat membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam kalangan pelajar-pelajar di sekolah. Dasar ini bertujuan untuk membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan pelajar dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Sekurang-kurangnya satu jenis sukan yang wajib diambil oleh setiap pelajar termasuk pelajar berkeperluan khas kecuali yang mengalami masalah kesihatan. Dasar 1M 1S diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun pelajar-pelajar prasekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan seperti sukaneka atau aktiviti sukan yang mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui sukan, kerajaan mahu membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara. Tegasnya, modal insan yang syumul dan holistik

Upload: jeya-bala

Post on 15-Jan-2016

30 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dasar Satu Murid Satu Sukan

 DASAR SATU MURID SATU SUKAN (1M1S). ANALISIS PELAKSANAAN DAN CABARANNYA

1. PENGENALANSATU PELAJAR SATU SUKAN (1M1S)  merupakan program yang mewajibkan setiap pelajar menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah dimana ia juga menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan dasar ini, setiap pelajar akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan di sekolah mereka sepanjang tahun. Selain itu, dasar ini diselaraskan dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan dari peringkat sekolah rendah melalui dua strategi iaitu Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan.  Aktiviti sukan di bawah Sukan untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan semua pelajar. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi pelajar yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh halyang demikian, penyertaan setiap pelajar dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. Terdapat pelbagai kebaikan Dasar 1 Pelajar 1 Sukan. Perkara ini akan dibincangkan demi kepentingan bersama.

2. PELAKSANAAN DAN KEBAIKANDasar 1 Pelajar 1 Sukan berupaya membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan pelajar dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Hala tuju dasar pendidikan negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan berkeperibadian mulia. Oleh itu, Dasar 1 Pelajar 1 Sukan secara tidak langsung dapat membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam kalangan pelajar-pelajar di sekolah. Dasar ini bertujuan untuk membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan pelajar dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Sekurang-kurangnya satu jenis sukan yang wajib diambil oleh setiap pelajar termasuk pelajar berkeperluan khas kecuali yang mengalami masalah kesihatan. Dasar 1M 1S  diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun pelajar-pelajar prasekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan seperti sukaneka atau aktiviti sukan yang mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui sukan, kerajaan mahu membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara. Tegasnya, modal insan yang syumul dan holistik dapat dilahirkan melalui dasar ini.2.1. Sukan memupuk gaya hidup yang sihatBudaya bersukan dalam kalangan pelajar sekolah dapat dipupuk bagi melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup yang sihat cerdas serta cergas. Kecergasan jasmani seseorang individu dapat ditingkatkan melalui sukan dan ia memenuhi naluri semula jadi pelajar dalam aktiviti fizikal. Hal ini dikatakan demikian disebabkan oleh faktor kesibukan masyarakat Malaysia sehingga mengabaikan tahap kesihatan mereka. Kerajaan mengambil alternatif ini sebagai salah satu cara untuk mengatasi masalah kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia. Antara akibat mengabaikan

Page 2: Dasar Satu Murid Satu Sukan

kesihatan ialah saban tahun bilangan rakyat Malaysia yang menghidap masalah kegemukan dan obesiti semakin meningkat. Senario ini amat merbahayakan kerana penghidap penyakit ini selalunya tidak aktif dan bertindak pasif dalam kebanyakan hal. Hal ini juga akan menyebabkan masyarakat yang menghidap penyakit ini akan mengalami rasa rendah diri dan kurang keyakinan diri terutamanya dari segi penampilan dan penglibatan dalam aktiviti-aktiviti lasak yang lain. Pada tahun 2011, dilaporkan rakyat Malaysia merupakan golongan terbanyak mengidap obesiti dalam kalangan rakyat di negara-negara ASEAN dan yang keenam di Asia. Oleh sebab itu, tindakan kerajaan memperkenalkan Dasar 1 Pelajar 1 Sukan memang tepat pada masanya dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas sepanjang masa.

2.2. Sukan memupuk perpaduanJika fenomena ini kita lihat daripada perspektif yang berbeza, perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia juga dapat dipupuk melalui dasar Satu Pelajar Satu Sukan. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa. Selama 55 tahun, Malaysia sentiasa dijadikan contoh kepada negara-negara lain di dunia ini kerana kejayaannya membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk. Kerajaan sedar bahawa rakyat tidak harus alpa akan kepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni. Indikator terbaik ke arah itu adalah melalui sukan. Semangat kerjasama dan bertolenransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli sukan mesti bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan agama. Rakyat pelbagai kaum akan dipertemukan dan bergaul sesama mereka semasa menjalani aktiviti sukan. Dengan ini mereka akan memahami budaya dan cara hidup kaum lain. Sudah terang lagi bersuluh, Dasar 1 Pelajar 1 Sukan amatlah penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

2.3. Sukan mengisi masa lapangKeperluan akademik dengan keperluan fizikal dapat diberi keseimbangan melalui dasar Satu Pelajar satu Sukan ini. Ia juga boleh memberikan akses kepada semua pelajar mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada pelajar yang kurang atau tidak aktif. Pelajar pada masa kini lebih cenderung untuk menghabiskan masa dengan buku atau permainan komputer. Pada era teknologi kini, kebanyakan kanak-kanak tidak lagi menjalani kehidupan mereka seperti kanak-kanak biasa, mereka lebih tertumpu pada teknologi moden seperti telefon bimbit dan komputer lebih-lebih lagi dengan wujudnya internet di merata-rata tempat. Mereka beranggapan bahawa aktiviti sukan hanyalah membuang masa mereka sahaja. Persepsi seperti itu perlu dikikis dari kamus kehidupan mereka kerana mereka perlu memperuntukkan masa untuk melakukan kecergasan fizikal seperti bermain bola sepak, bola keranjang, menyertai acara balapan, olahraga dan sebagainya demi kebaikan mereka. Kata orang, otak yang sihat datang dari badan yang cergas. Dengan memiliki badan yang sihat, pelajar-pelajar dapat fokus pada pelajaran mereka. Kemampuan berfikir secara kreatif dan kritis juga dapat diransang apabila mereka memiliki badan yang sihat dan cergas. Secara implisitnya, pelajar akan beroleh kejayaan dalam bidang akademik mereka. Usaha membangunkan modal insan perlu dibuat secara holistik dengan menekankan terhadap penguasaan sukan dan ilmu pengetahuan, modal intelektual termasuk ilmu, pembudayaan sikap progresif dengan pengamalan nilai, etika dan moral yang baik. Melalui bidang sukan pembangunan modal insan juga dapat direalisasikan. Pendek kata, kejayaan akademik dapat diseimbangkan dengan kejayaan sukan melalui Dasar 1 Pelajar 1 Sukan yang diperkenalkan ini.

2.4. Sukan menaikkan nama negaraPada masa yang sama, Dasar 1 Pelajar 1 Sukan juga berupaya untuk mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. Peluang juga dibuka kepada semua pelajar yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi untuk menyerlahkan diri mereka melalui dasar ini. Pelajar boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. Pada masa ini, sukan

Page 3: Dasar Satu Murid Satu Sukan

merupakan salah satu aktiviti penting. Ahli-ahli sukan yang berjaya akan dikenali di seluruh dunia. Mereka disanjung dan dipuja serta mampu meraih pendapatan berjuta-juta ringgit. Mereka bukan sahaja mampu menyumbang kepada pendapatan negara malahan menjadi duta kecil untuk menaikkan imej negara di persada antarabangsa. Kejayaan beberapa orang ahli sukan negara kita seperti Datuk Nicol Ann David, Datuk Lee Chiong Wee, dan sebagainya dalam bidang sukan seharusnya diteruskan.Sesungguhnya, usaha untuk memartabatkan arena sukan negara ke persada antarabangsa dengan kelahiran jaguh sukan negara yang digeruni dapat dicapai menerusi dasar ini.

3. Faktor dan rintangan perlaksanaan dasarBulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa Dasar 1 Pelajar 1 Sukan banyak membawa kemaslahatan kepada pelajar-pelajar di negara kita. Oleh itu, semua pihak harus memberikan galakan kepada pelajar-pelajar sekolah untuk menyertai semua aktiviti sukan yang dikelolakan oleh pihak sekolah berkaitan dengan Dasar 1 Pelajar 1 Sukan. Dalam pada itu, pihak sekolah pula haruslah melaksanakan Dasar 1 Pelajar 1 Sukan dengan sempurna agar segala matlamat dan objektif yang ditetapkan akan tercapai. Pihak sekolah tidak harus bersikap sambalewa atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Namun begitu, sokongan daripada ibu bapa juga penting untuk menjayakan dasar ini kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Mudah-mudahan, hasrat kita untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam sukan akan menjadi realiti dan bukannya angan-angan Mat Jenin. Biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon terus menghijau dan biarlah sukan di Malaysia terus maju untuk bersaing di peringkat global agar Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di persada antarabangsa.

3.1. GuruSetiap perkara ada kebaikan dan halangannya yang tersendiri. Seperti dasar-dasar yang lain, Dasar Satu Pelajar Satu SUkan ini juga mempunyai halangan dan rintangan dalam pelaksanaannya. Guru memainkan peranan penting dalam penglibatan pelajar di sekolah. Antara faktor yang menjadi halangan pelaksanaan program ini ialah guru memberi pelbagai alasan untuk melaksanankannya. Setiap guru mempunyai masalah, hal, aktiviti dan komitmen hidup mereka yang tersendiri. Kebanyakan guru tidak dapat bergiat dengan baik dalam aktiviti kokurikulum apabila mereka merasakan aktiviti kokurikulum di sekolah hanyalah membuang masa atau terlalu banyak tanggungjawab terutamanya bagi guru yang telah berusia atau yang telah berumah tangga. Selain itu, pihak sekolah menetapkan pengendalian guru bagi bidang yang bukan dalam bidang kemahirannya juga menjadi salah satu faktor aktiviti ini tidak dapat digiatkan dengan baik. Justeru, pelajar-pelajar akan merasa kurang berminat untuk menyertai aktiviti ini disebabkan oleh pengendalian guru yang tidak berkesan.oleh yang demikian, kebanyak daripada pihak guru tidak menyetujui pelaksanaan dasar ini. Kenyataan ini disokong oleh Laporan Kabinet (1979) yang telah membuat kajian dimana ia dapat mengukur tahap kecenderungan minat guru terhadap sesetengah aktiviti kokurikulum seperti pergerakan uniform, kelab dan sebagainya.

3.2. Persepsi negatifPelajar juga memainkan peranan yang penting dalam penglibatan diri dengan dasar Satu Pelajar Satu Sukan ini. Pelajar juga dikatakan menghadapai rintangan yang dilihat melalui perspektif yang berbeza. Dewasa kini, pelajar juga amat mementingkan akademik berbanding kokurikulum kerana ianya dianggap lebih penting dan amat digunakan untuk ke alam universiti manakala kokurikulum dibiarkan tidak diberi perhatian. Kajian ini disokong oleh Lim Yen Yen (1991) dengan mengatakan bahawa kekurangan penglibatan pelajaran dalam 1M1S ini adalah disebabkan oleh semangat kesukanan yang rendah. kebanyakan mereka menganggap akademik dan hiburan lebih penting untuk menjamin masa hadapan yang cerah. 

3.3. Kekurangan fasilitiKekurangan fasiliti menjadi salah satu faktor yang memberi kesan berpanjangan terhadap minat

Page 4: Dasar Satu Murid Satu Sukan

pelajar. Minat untuk bersukan sememangnya akan berkurangan sekiranya aktiviti yang ingin kita jalankan atau sertai tidak mempunyai peralatan yang cukup atau pun padangnya yang tidak sesuai. Selain itu terdapat beberapa faktor lain yang mempengaruh penglibatan pelajar dalam pelaksanaan dasar ini. 

3.4. Taraf hidup keluargaMohd Suzli (1987) mengatakan bahawa dalam kajian beliau, beliau mendapati bahawa sekolah yang dikaji beliau mengalami masalah kewangan, sistem penjadualan yang tidak sistematik dan teratur serta pelajarnya terdiri daripada pelajar yang datang daripada keluarga yang miskin atau sederhana taraf kehidupannya. Namun begitu, penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum memberi peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan melalui kegiatan kokurikulum. Mohd Suzli juga mengatakan bahawa kebanyakan mereka yang tidak dapat menglibatkan diri dengan aktiviti ini adalah kerana komitmen mereka dengan keluarga. Segelintir mereka diberi tanggungjawab oleh keluarga untuk membantu ibu bapa di rumah samada pelajar perempuan menjaga adik-adik manakala pelajar lelaki pula keluar bekerja untuk membantu menambahkan pendapatan ibu bapa.

4. PenutupSukan amat penting buat semua pihak termasuklah individu, masyarakat, bangsa dan negara. Ini kerana sukan bukan sahaja dapat melahirkan cerdik pandai yang cergas dan aktif, ia juga melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani dan fizikalnya. Kerajaan melaksanakan dasar ini untuk memperbaiki tahap diri setiap individu di mana ianya harus dipupuk dari kecil. Minat terhadap sesuatu bukanlah boleh dibiarkan berkembangdengan sendiri, ianya haruslah dibimbing dan diberi galakan agar minat tersebut boleh terus berkembang dan memberi manfaat kepada sesuatu invidu. Jika dilihat tahap perpaduan negara, seharusnya kerajaan menjalankan dasar ini dimana ia dapat memupuk semangat cinta akan rakyat dan negara sepanjang perlaksanaannya. Dasar 1Murid 1Sukan 1Malaysia bukan saja dapat meningkatkan mutu sukan di sekolah dan negara, malah dapat memfokuskan bidang sukan yang perlu dimajukan di peringkat sekolah rendah dan menengah lagi. Sukan merupakan suatu aktiviti yang dapat melibatkan semua golongan masyarakat tidak mengenal usia muda ataupun tua. Kesimpulannya, melalui pelaksanaan dasar ini dapat meningkatkan sekolah dengan melahirkan rakyat yang mampu menghadapi cabaran baru dalam era globalisasi. Bidang sukan juga adalah bidang penting dalam meningkatkan nama negara di mata dunia pada masa depan. Melalui generasi yang terdidik dan mempunyai ilmu dalam bidang sukan, negara akan mencapai kecemerlangan dalam bidang tersebut. Oleh itu,wajarlah kerajaan melaksanakan Dasar 1M1S ini bagi memastikan kesejahteraan diri individu, bangsa dan negara. 

5. Bibliografia) Buku Panduan Satu Murid Satu Sukan, 2011, Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysiahttp://www.moe.gov.my/v/1-murid-1-sukan (30/10/2014)b) Kajian tindakan dalam pendidikan, 2010, Razis bin Rosli

http://www.scribd.com/doc/46183167/Proposal-Kajian-Tindakan (30/11/14)

c) 1 Murid 1 Sukan, 2012, Mummyariah

http://www.scribd.com/doc/83030199/I-MURID-I-SUKAN (30/10/14)

d) Permasalahan aktiviti ko-kurikulum di sekolah-sekolah menengah agama Yayasan Islam Kelantan

Page 5: Dasar Satu Murid Satu Sukan

daerah Pasir Mas, 1997, Mud Suzli Abdullah

http://etd.uum.edu.my/922/2/1.Mohd_Suzli_Abdullah.pdf (30/10/14)

e) Faktor ketidakhadiran pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkar Pulai dalam aktiviti kokurikulum, 2007, Farizal binti Yusuf, Johor

http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2007_7550_7b2748c49f6a462aab912b7a38f528b4.pdf (30/10/14)